Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, October 20, 2009

I love running in heels!

What? Out of my mind or terror enough to prove
that I won't fall with the heels? Tettt..wrong!

'Running in heels' program realiti pencarian new staff utk Marie Claire tengah hangat ditayangkan di E, Astro, setiap Isnin, 10.20 malam. Kalau di Malaysia, sehingga entri ini, baru ditayangkan 3 episod. Kalau dekat my style.com, dah leh tengok episode 8.



Tengok program ini sambil imaginasikan diri, memang syok giler! Itulah realiti dunia kewartawanan majalah. Penuh thrill, kreativiti, fun & paling pasti, running in heels.. (ermm..does it sometime but most of it, berjalan penuh confident! ewah! )

So, they have 3 intern, Ashley (tak suka sangat dia ni, suka bersungut), Samantha dan Lalita. Mereka harus mula dari bawah. Apa yang aku suka tentang program ini? Itulah dunia aku meskipun pelaksanaan kerjanya sedikit berbeza. Rasa teruja melihat cara kerja team "Marie Claire' which I beleive..itu juga cara kerja kebanyakan publication di luar negara. Ok, back to them..still jauh untuk dicongak siapa di antara mereka yang bakal memenangi tempat di Marie Claire. Aku rasa macam Lalita jer..meskipun dia blurr most of the time, but she look so innocent and wiling to learn.

Kesimpulannya, aku suka melihat mereka bekerja kerana aku juga merasai auranya. Aku suka melihat mereka bekerja utk aku kaji dan pelajari sesuatu yang baru. I wish I would treasure the same moment here, now...why don't I have my wishing lamp, or doraemon..plz.., can I? Better don't, so you can explore the different world from the others by your own...and that's what I like about being a journalist!


Friday, October 16, 2009

Kisah seorang PEREMPUAN

Aku lihat perempuan itu..
Matanya kuyu..terpalit segala kepayahan..
Aku terus perhatikan dia..
Dia senyumlah..sesaat kemudian dia ketawa..
Happy aku rasa..

Aku terus lagi melihat perempuan yang sama..
Kusut betul fikiran dia..
Terkemut-kemutlag memikir..
Mana taknya berkerut dahi dia..
Terasa macam berat sangat penanggungan..
Apalah agaknya ya..

Perempuan itu masih belum mahu pergi dari mataku..
Apa terus-terusan dia begitu..
Ketawa, menangis dan ketawa kembali..
Wajahnya tidak kusut tetapi mencerminkan liku hidupnya..
Cuba disembunyikan di sebalik rias indah..
Argghhh..terlihat jua..

Aku kemudiannya tak mampu menahan lagi..
Aku katakan pada perempuan itu..

"Sabarlah kau menempuh dugaan..ini tanggungjawab yang bukan mudah tetapi seharusnya kau galas..Ketawalah terus dengan kepayahan, moga hasilnya nanti lumayan utk dituai..dan teruslah merias wajah jika itulah warna kehidupan yg kau cuba sembunyikan..dan jgn pernah keringkan tanganmu dengan doa krn di situlah letaknya KEKUATAN'...

Thursday, October 15, 2009

Mental anda STABIL tak?

' Setiap 40 saat, ada 1 orang di dunia ini yang akan membunuh diri!

Tak percaya? Itulah fakta terbaru yg aku terima dari worksyop 'Mental Healthcare' yang aku hadiri.

Di Malaysia hingga 2008, lebih dari 400 ribu manusia menghadapi masalah mental.

Mak aiii..biar real! Apa itu mental problem? Gila ek? Itu yang sume org fikirkan.

"Orang sakit mental ini, orang gila yang suka mengamuk, serang orang, cakap sorang2 then ketawa ngilai2..lari bogel..itu kot sakit mental, GILA!"

Mengapa orang takut mengakui yang mentalnya sedang bermasalah? Bukan semua perihal mental itu adalah GILA. Jika anda sering terasa sunyi, mudah stres hal yang remeh, itu tandanya mental anda tidak stabil atau lebih tepat lagi memerlukan perhatian. Atau jika kadang2 anda bertemu doktor dgn pelbagai gejala spt sakit kepala, sakit belakang, mual dan sebagainya tetapi bila diperiksa..ANDA SIHAT! Itu semua gejala menandakan minda anda sudah membunyikan 'ALARM'..segera dapatkan bantuan!

Anda tidak perlu malu utk berjumpa dgn pakar psikiatrik, atasi masalah yang dialami. Masalah mental bukannya 'GILA' semata2..atau terus menjadi begitu. Lebih baik klasifikasikannya sebagai 'Mental Illness'. Masalah kecelaruan minda yang mampu ditangani menerusi terapi yang betul. Mengapa perlu malu utk bertemu dgn pakar? Mereka tidak akan mentertawakan anda malah sedia utk membantu. Atau jika anda ingin mengatasinya sendiri di peringkat awal..cuba bantu 'MINDA' anda utk lebih tenang dan santai..

CUBALAH..

Mendengar muzik
Keluar bersama teman- menonton wayang
Keluar beriadah dan lakukan aktiviti sihat dan cergas
Tengok cerita komedi dan ketawalah
Bercuti dan lapangkan fikiran..

Jika anda inginkan bantuan, anda boleh ke Jabatan Psikiatrik Universiti Malaya Medical Centre atau ke Persatuan Psikiatrik Malaysia, ibu pejabatnya di Petaling Jaya atau ini alamatnya..

Malaysian Psychiatric Association

P.O. Box 12712,50786 Kuala Lumpur

Email: info@psychiatry-malaysia.org

Web: http://www.psychiatry-malaysia.org

Jangan kecilkan dunia anda lalu tunduk berteleku seakan inilah penghujung sebuah kehidupan..atau jangan diikutkan rasa yang mahukan segalanya sempurna..itu pun boleh buat stress. Lalui hidup dgn seadanya dan ambil masa untuk 'service' minda anda..lebih baik dari 'overhall'..hehehe...

Paling penting, DEKATKAN DIRI DGN ALLAH...itu jgn lupa kerana DIALAH sebenar2nya titik ketenangan...

Mana semua orang nak g ni?

Pagi ini ..sekali lagi aku meredah kesibukan federal highway untuk menambahkan lagi ilmu kesihatan aku. Aku terdamparlah terkelip-kelip memerhatikan manusia lalu-lalang di lobi PJ Hilton. Sibuk! Apalah agaknya aktiviti semua orang? Kerja atau ada yang asyik bercuti di sini. Kalau bercuti, alangkah syoknya!

Event yg patut aku attend sekitar jam 9.00 a.m. Apa nak buat? Mujur aku bawak lap top, dapat jugak aku mengisi masa bosan yang ada. Apa isu hari ini? ‘Mental healthcare’, entah kenapa aku begitu berminat untuk terus memahami isu ini. Hmm…mungkin dek kerana masih terpengaruh kuat dengan skop kerja arwah abah agaknya.

Aku masih di depan ‘Caffe Cino’, memerhatikan manusia berbilang bangsa dan aku yakin dari segenap pelusuk rantau jua. Semua mengejar waktu, hingga buat aku terfikir..bila agaknya mereka bersantai? Hujung minggu? Buat yg dah bekeluarga aku rasa tentu masih sibuk dan terus mengejar waktu. Bukan sahaja tubuh, minda juga perlu direhatkan. Kalau tak, STRESS sajalah yang sering terluah dibibir. Hujung minggu bagi aku wajar dijadikan hari utk kita men’DELETE’kan segala mak nenek yang tidak penting untuk difikirkan. Pergi tengok wayang ke, jalan2 cari makan ke..barulah syok! Sungguh, aku sendiri teringin sangat nak keluar dan kosongkan fikiran. Mana taknya, hujung minggu kali ini benar2 menguji diri. Tapi, bukankah itu satu keberuntungan kerana aku masih terus diuji menandakan aku perlu lebih hebat mengasah kesabaran diri? Syukur alhamdulillah kerana ujian inilah yang semakin membentuk ‘corak’ otak ku ini, taklah static jer bentuknya.. boleh ek? J

Friday, October 9, 2009

sayangkan anak, tangan2kan?

Itu papatah lama yg sering juga diperdebatkan. Entah kenapa pepatah itu yang terlintas difikiran saat aku menghirup secawan kopi panas setelah kenyang mengalas perus dengan 'mince chicken bun' di starbucks. Aku saat ini sedang menunggu janji temu. Bukan janji indah saat bercinta dan tetapi janji 'kehidupan' yang belum tentu pulangannya. Namun aku berharap yang baik2 nanti..insya-allah.

Melihatkan kecanggihan peradaban generasi-Y kini, kadang2 aku rasakan pepatah itu perlu walau dulu aku juga sering protes dgn ketegasan abah. Itu tak boleh, ini tak boleh! Pergi mana pasti kena bagi tau details, balik jgn lewat jam 10p.m yer..dan itu jugalah waktu tidur ku sepanjang zaman persekolahan..cuma aku berupaya menyelinap keluar bila abah bekerja syif malam. Aku takut dalam berani tapi tak pernah skit pun terlintas utk mengorbankan masa depan.

Itu bezanya remaja sekarang. Kemewahan ada di depan mata.. Apa, tak larat naik bas? Bapak belikan kereta, atau paling tidak pun motorlah. Habuannya? Cemerlang terus kah atau semakin panjang langkah? Kalau dulu, bebudak boleh lagi panjat tangga bas, jalan kaki atau naik basikal..Kenapa larat? Tiada istilah kesian...kerana ibu bapa mahukan anak kenal erti susah..tetapi sebaliknya berlaku kini.

Siapa salah kalau anak2 lebih petah berbahasa ***###!!!! dari santun bahasa yang ada..kata ganti saya awak lebih sedap menjadi gua, lu..kadang2 aku tak faham..dan mungkin ada yg akan mengatakan..ahhh..ortodoks! tapi itu realitinya meski aku belum punya anak tapi memiliki adik2 meniti usia tanpa ayah, cukup membuatkan aku takut dan bertambah peka.

Motor ke sekolah dijadikan motor merempit, kereta yang dibeli ke kuliah jadi taruhan status elit dan jenama baju dijadikan sandaran populariti. Sungguh, anak muda kini semakin kalut hingga buat aku terfikir, modus operandi apakah lagi yg sewajarnya dalam mendidik anak2 aku nanti? Wallahualam..aku tawakal dan masih berdoa yg baik2...amiiinnn....

Wednesday, October 7, 2009

DIRI,HIDUP,AKU?

Minggu yang sukar, hati yang rawan, emosi yang turun naik seadanya. Alhamdulillah, akal masih mampu menstabilkan perasaan..Ku fikir dan terus fikir mencari kepuasan dalam diri. Jika ketawa, gembirakah? Jika menangis, terubatkah?

Hidup ibarat kanvas yang harus dicorakkan dengan warna-warna indah meskipun sesekali perlu tercalit nuansa hitam menandakan mendung sebuah kehidupan. Bila dilanda masalah, jangan pernah mengalah. Itu aku yang dulu, sentiasa mahu bangkit dan menongkah arus. Entah mana hilangnya diri itu?

DIRI..tidak lagi sekuat dulu, mengapa? Sukar utk aku tafsirkan. Menyesalkah dengan hidup? Tidak, malah aku bangga menjadi aku. HIDUP aku yang membentuk aku ke tahap ini. Cumanya, mana perginya segala semangat bersaing itu? Meniti usiakah aku kerana gagal menghadirkan kembali obor itu?

Aku inginkan perubahan

Aku inginkan satu lonjakan baru

Impian sering terhalang dengan tanggungjawab

Tapi aku tidak mahu menidakkan tanggungjawab itu..

Justeru, mengapa aku rasa sudah tak mampu lagi memikulnya?

Wednesday, September 30, 2009

Aku yg berani akhirnya...

Hmmm..hari ni masuk opice smula setelah lama bercuti..memang terasa malasnyer tapi kenangkan keje yg banyak, dan cuti yg tak brape nak ade ni..aku pun g la keje.. :-) Macam2 jadi raya ni..dan satu darinyer..smalam sampai dahler tengah malam..malam ke awal pagi ek..hehehe..dah elok kat bawah umah, kunci umah plak tertinggal kat ipoh. Boleh gitu? sudahnye terpakselah hubby aku dgn konco2nyer (adik & sepupu die) ..menyamun di rumah sendiri. Habis sume jiran2 bukak pintu..Alhamdulillah, aku ada jiran2 yg prihatin. Aku pun tak tau macam mana leh tertinggal..rasenyer takde bawak kuar pun kunci tu..takperlah...

Dan ahad lalu, aku g mengurut...setelah sekian lamanya aku ingin berbuat demikian. Orang kata urut ni elok, nak2 aku rase dah banyak gile angin dalam badan ni. Aku urut kat ipoh, Pusat Rawatan Cinta' name tempat tu..kat dalam Giant tu jer..sambil urut sambil die explain masalah badan aku yg semakin lemah ni...aku pun cubelah dengar sambil tahan sakit bile ade 'point' yg mengena..then kakak tu pujuk aku berbekam. Katanya, lagi cepat utk buang angin dan darah kotor. Badan aku dah terlalu banyak angin, sebab tu blood flow aku lemah. Ntahlah macammana, aku setuju. Aku berbekam? Biar betul! Betullah..dan memang betul kata akak tu yg mengurut lagi sakit dari berbekam. Berbekam ini adalah di antara amalan nabi dan elok utk mengeluarkan darah kotor, memperbaiki sistem tubuh dan juga membuang toksik. Sel darah kita akan mati setiap 3 bulan dan inilah yg akan berubah jadi toksik. Jika dibiar tanpa dikeluarkan, badan leh jadi lemah. Berbekalkan semangat yg tak berapa tebal, takut jer yg lebih, aku buatler jugak. 7 bekam kesemuanya. Aku diminta selawat sepanjang proses tu..tak lama..setengah jam jer..dan aku tengok darah kotor tu..

Aku rasa alhamdulillah, lepas tu badan terasa ringan dan proses pelawasan bertambah baik. Kakak tu bekalkan aku dengan herba madu lebah asli utk diminum bersama air suam bagi melancarkan kembali aliran darah. Kenapa aku jadi berani? Mungkin krn 'ikhtiar' itu menjadi nadi keberanian aku..insya-allah..

Saturday, September 26, 2009

Corat-coret Syawal..


SELAMAT HARI RAYA!!!!


Ketibaan Syawal kali ini memberi seribu pengertian buat aku. Pertama kali beraya di kampung hubby di Alor Star. Khamis malam kami dah bertolak balik, singgah di Ipoh dulu. Tak sangka highway jammed..jenuhlah aku temankan Firdaus berbual sebab dia teramat mengantuk. Aku nak drive die tak bagi sebab malam..silau aku agak2 teruk gak. Tepat jam 12, kami dah sampai umah mak. Layan mak aku sembang sampailer ke sahur..macam tu ler pun tiap kali aku balik..tapi aku paham. Yelah, kalau dulu..arwah abahler tempat mak aku bercerita & mengadu..skrang ni sape lagi kalau bukan pada kami anak2 die..

Aku sempat gakler buat kuih dlm 3 jenis sebelum berangkat ke A.S pagi Sabtu. Aku buat Bongonut Cookies, Chocolate Drops & Biskut Badam..Sebut pasal kuih raya ni, aku ingat lagi bual2 kosong kami di office time rehat. Kakak office aku ada cakap, budaya buat kuih ni dah semakin pupus di kalangan anak muda. Jadi, tak mustahil la kalau ramai jugak yg langsung tak pernah membakar lemang, mengacau dodol atau memukul telur nak buat bahulu. Semuanye main 'tunjuk2' jer..maka apa sebenarnye suasana raya yg mahu diturunkan kpd generasi muda? Stakat pakai baju baru dan balik kg? Aku terkesima dan terfikir skejap. Lantas aku sgt bersyukur sebab aku dibesarkan di kg..sempat merasai pahit getir mengacau dodol selama hampir 7 jam..sempat juga menumbuk beras pulut utk buat dodol..blajar buat ketupat palas (wlw aku lembap skit bab menganyam ni.. :-) ) ..dan aku tak pernah missed merasai bahang oven time buat kuih raya...aku sgt bersyukur! Bos aku pun termenung memikirkan isu singkat yg kami bincangkan..terus lepas tu.." Balik nanti nak beli bahan buat kuihlah..kesian Rais, tak pernah tengok mama dia buat kuih raya.." maka esok harinya aku dengar biskut cornflakes madunya dah siap..tinggal nak buat chocolate chip cookies jer lagi..

Then kami pun gerak ke A.S. Highway jammed giler2..maka kami pun kuar ikut sg siput dan ikut jln lama. Syok jugak..dapat tengok pemandangan dan kg2 kecil yang indah permai..hehehe..Tapi sebelum gerak, sempatler aku buat drama sebabak tatkala sesi 'pengampunan'..hehehe. Aku ni nampak je macam kuat tapi tiap kali mula salam mak aku, mulalah laju jer mutiara mahal ni berderai. Apa lagi mengenangkan ini raya pertama aku takde kat sini. Adik2 pun sibuk tanya mak, aku raya mana tahun ni. Tak brani nak tanya aku agaknya. Time salam ngan adik aku yg bongsu lagiler tak leh tahan. Aku risau sebenarnya dgn pelajaran die..SPM dah hujung tanduk jer ni. Apepun aku doakan segalanya berjalan lancar. .

Kami sempat singgah Sg Petani, saja jalan2! Berbuka puasa kat sini sambil bershopping! hehehe..Dah maju dah bandar Sg Petani ni. .kami bercadang nak datang lagi ke sini nanti..Sampai ke A.S dalam kul 11mlm. Lepas jer mandi, sepupu pompuan dia ngan mak2 sedaranye ajak g last minute shopping, tengok apa yg dilelong malam raya. Itulah pertama kalinya aku g berasak2 utk tengok baju2 yg dilelong sebagai jualan penghabisan. Aku gagahkan gak diri wlw sebenarnye dah ngantuk sgt dah..sampai mak lang Firdaus pun dah tegur mata aku yg merah..hehehe..Suasana yg sgt berbeza..kalau kat ipoh, time ni aku tengah sibuk buat kek ke atau teman mak aku masak kuah kacang dan ayam masah merah..memang rindu sgt sume masakan tu pagi raya. Sempatler mintak angah simpankan..dgn lemang jagung..hehehe..thank u my sis! Raya kedua, sempatler kami pusing2 Perlis..g umah iema dan makan2 di Kuala Perlis. Memang aku dgn Firdaus ni kaki jalan agaknyer.. ;-)

Buat pertama kalinya juga aku merasai kemeriahan beratur panjang utk beraya..family Firdaus kan besar..dan aku bersyukur krn dapat merasai satu suasana berbeza meskipun hati aku tetap merindui mak, angah dan adik...tetapi kesyukuran tetap aku panjatkan krn aku berpeluang beraya bersama mereka pada raya ketiga..hinggalah ahad ni..hehehe..Buat semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin! :-)








Sunday, September 13, 2009

?????

Tak faham aku dengan manusia
Konon ingin jadi sahabat
Sedang hakikatnya dialah musuh dalam selimut
Yang konon damai di sebalik 'comforter' dustanya itu
Hakikatnya sangat sukar dijangka!

Tak faham aku dengan manusia
Konon tegak atas paksi prihatin
Sedang hakikatnya penuh pura-pura
Bukannya ambil berat tapi suka mengambil tahu!

Tak faham aku dengan manusia
Jujurlah menolong bukan menolong tapi tidak jujur
Lalu jenis apakah manusia itu?
Sahabat atau penyibuk?
Atau 'kain' nya sendiri yang tak cukup untuk dijaga?
Wallahualam...

Thursday, September 10, 2009

Berbakti pada tanah...

Tanah ini kosong..
Eh, taklah..kan ada lalang tu..
Tapi memang perlu dikosongkan..
Sebelum kekosongan itu diisi dengan 'SESUATU'...
Maka, kejutkanlah tulang2 dan urat sendi yg dah lama sejuk berselimut..
Moga nanti hasilnya mampu jadi milik kita, insya-allah...

Apakah GAGAL itu satu peluang?

Ya allah,

Kami GAGAL lagi..kecewa? Tentu sahaja bagi kami yang mengharap...
Namun sejenak terlintas, mungkinkah kegagalan itu satu sebab?
Agar kami memperbaiki segala kekurangan..
Namun Ya allah..
Seandainya GAGAL kali ini ujian bagi kami..
Maka bekalkanlah kami kekuatan untuk bangun menepis dugaan ini..Aminnn...

Tuesday, July 28, 2009

P.S I Love YOU…DURIAN…


Durian, raja buah! Sekarang ni di mana-mana kita boleh lihat durian. Aku dilahirkan di Perak, obviously bila aku kata aku tak makan durian, orang mungkin memberikan pandangan ringkas.. ”Apa ni org perak tak makan durian” atau mungkin.. ”mengada-ngadanya..”. Kenapa aku tak makan? Bukan sebab baunye..aku ok jer tapi aku pun tak pasti kenapa. Dulu aku makan durian tapi paling banyak pun dua ulas. Sebabnya? Aku geli nak pegang especially yang isinya lembik. Ok, bolehlah kot aku dikatakan mengada-ngada. Serve you rite, frenz! Jadinya malam ini, my hubby bought us durians.
Dia membelahnya…

Kemudian mempelawa aku…

Puas dipujuk akhirnya setelah aku rasakan hampir lapan tahun, aku pun jamah (sebelum ni aku pernah jamah skit waktu g umah member time study dulu. Kesian bapak die ambik dari dusun..). Mula sedikit…last2 berjaya jugak aku abiskan seulas. Aku kagum dgn kejayaan aku setelah sekian lama. Kemudiannya kami tengok filem P.S I Love You lakonan Hillary Swank kat Channel 413. Sedihkan cerita dier..She had the most loving husband and how she would live without him..and I supposed it goes the same with me..







Thursday, July 23, 2009

Terimbas kenangan lalu..

Lama sudah rasanya tak berbicara di layar sepi ini. Bukan aku tak mau tapi kesibukan aku dah seakan di luar kemampuan. Banyak hal nak diselesaikan. Ini kalau mak aku dengar jawapan aku yang asyik sibuk..sibuk dan sibuk..mesti dialog popular dia akan keluar “tu lah, tukar keja jela..jadi pensyarah..” dan aku spt biasa akan terus gagah menukar topik...hehehe..Ini dunia yg aku minati dari dulu..but still my second dream ler..dulu kononnye minat sgt nak jadi lawyer..tapi skrang aku memang leh menang award utk anugerah ‘lawyer buruk’..ahaks! J

Apa aku buat hari ni..aku baru jer beli majalah fokus SPM..sebabnye adik aku bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ni..aku plak yang cuak..citer pasal exam..aku dulu pun jenis yang blajar last minute..kesedaran tu lambat sampai atau aku yg lambat sampai pada kesedaran? Hehehe..bila ujian percubaan hampir gagal subjek elektif, barulah kelam kabut mencari kalkulator..yelah aku student akaun..ingat lagi dulu, setiap rabu petang, puan suhana (cikgu akaun aku) akan buat kelas tambahan kat surau taman indah. Kami pakai kelas tadika bebudak kat situ. Kelakar bile diingat2..kerusi die kecik..mujur time tu i langsing..jadi muatler..tapi memang syok bile diingat..

Aku bukanler pelajar yang pandai sgt..melainkan slalu buat2 pandai..hehehe..tapi alhamdulillah aku ni jenis ‘cepat dapat’..itu yg bagai nak gile blajar utk SPM..last minute..aku nakal tapi azam aku dulu, aku nak kuar umah, nak try berdikari ler konon..jadi cara terhormat utk biarkan bapak aku melepaskan aku dengan rela hati adalah menyambung pelajaran..hehehe..maka akhirnya setelah tiga bulan aku hempas2kan diri blajor maka di UiTM aku tersadai..

Tapi aku pelik dgn bebudak skrang..dieorang nakal, want to hv fun tapi sangat cetek dalam mencatur masa depan...tak fikir ke nak keje ape esok..spt yang slalu aku ngomelkan kat adik bongsu aku..”Adik lelaki..kalau tak dapat keje yg elok..macammana nak sara keluarga nanti...” Mungkin mereka akan sedar hanya bila keputusan di tangan dan dari semua subjek hanya dua yang tertera lulus? Kesudahannya..wallahualam...

Wednesday, June 24, 2009

degil, ego @ bodoh sombong

Tiga karakter yang mungkin berbeza tetapi penghujungnya = MENYUSAHKAN!

Degil? Mak aku selalu cakap yang aku adalah di antara anaknya yang paling degil..dan kedegilan itulah yang menjadikan aku hari ini..kedegilan itulah yang menguatkan semangat untuk terus hidup..tapi jangan degil tak bertempat! itu tak berfikir namanye..kesian kat otak, kerjalah skit..nanti selari jer, takder garis lekuknyer..

Ego? memang perlu tapi jika salah guna, sangatlah tak berbaloi..

Dan yang paling pelik, ada juga manusia yang memiliki semua karakter ini tetapi memakai topeng 'HIPOKRIT'. Perlukah? Bersopan, baik dan disenangi masyarakat tetapi jika tanpa keikhlasan sikap, kekalkah? Selama mana mahu bertahan? Akhirnya terdamparlah dia menjadi bodoh sombong...

Advise: Go away..very sick of u! Nikmatilah hasil titik peluh dengan penuh kejujuran bukannya kepura-puraan! Cantik pakai jer tak cukup beb.. letih!

Moral of the strory: Degil, ego & bodoh sombong, MEMANG TAK BERBALOI!

Wednesday, June 10, 2009

Satisfied?




RAPI WAJAH BARU? Ya, impian jadi nyata juga akhirnya. Satisfied? Aku lega, namun masih jauh lagi untuk berasa puas. Sebulan sahaja untuk kami ‘kerjakan’ isu baru itu. Sampai terbawak2 mimpi la katakana..hehehe..Mulanya memang rasa ‘apa lah yang cuba kami lakukan’..namun..setelah kami sit down dan merancang misi dan visi..maka kami ambil inisiatif untuk come out dengan mock-up. Tak sempurna, tapi alhamdulillah..cukup untuk memahamkan kami di hari depan. We took it as a challenge..walaupun letih, tapi aku yakin RAPI berjaya atas kesatuan ‘team’ nya…dan inilah hasilnya..

Sepanjang tempoh tu, nilah kami yang bertungkus-lumus utk mempertingkatkan kualiti MAJALAH KESIHATAN # 1 di MALAYSIA ini..alhamdulillah..doakan usaha kami ini berbaloi demi kepuasan pembaca yang setia. Dapatkan bermula keluaran 1 Jun 09 dan 15 Jun 09.
























Friday, May 15, 2009

sepi bukan bererti hilang..ahaks!

Fuhhh..lame betul tak dapat menulis dalam blog ni. boleh dikatakan sebulan yang lepas (hingga ke hari ni actually) aku asyik shooting memanjang ngan cari reference utk new look RAPI. bukan sesuatu yang mudah sebenarnya nak hasilkan idea kreatif ni...

Anyway, rindu rasenye utk menulis sebebas2bebasnye mengikut kata hati..lepas interview jojo struys tadi, aku rasa sgt rindu pada blog..lepas die bercerita dgn girangnye tentang blog die..well..such an interesting blog.. may visit it at www.jojostruys.com

Just to recap..aku baru selesaikan 3 shooting cover..cabaran langsing dan aku rasa teramat lega krn akhirnya aku punya kekuatan utk confront dengan someone..aku dah tak mampu nak pendam2 and plz her like i never had any feeling...alhamdulillah, tanggungan beban yang aku rasa amat hebat membebani dadaku pun dah terluah...entahlah..yang pasti perlukah untuk manusia berasa iri hati dengan manusia lain hanya kerana pencapaiannya..sedangkan manusia itu tidak pernah mahu berusaha dengan jalan yang sewajarnya utk berjaya? wallahualam..

NOTE: Akan ku upload kegiatan ku sepanjang sebulan ni..sooooooooooonnnnnnnnnnnnnnn.. insya-allah!

Tuesday, March 24, 2009

Kepada-NYA jua kita kembali

Semalam, otw pulang dari assignment, aku dapat call dari Jeruk..membawa khabar yang sahabat kami Mohd Al-Hafiz Islar telah meninggal dunia. accident..aku, terkejut dan terus teringat zaman kami kecik2 dulu..time skolah rendah..kami memang rapat sebab die duduk depan aku dan aku sgt suke dengar die mengaji sebab suara die sedap. bile masing2 dah menginjak remaja, bile sesekali terserempak, kami stakat senyum and say hi. Mungkin sebab dah tak same sekolah lepas tu. bile dapat berita semalam..terasa betapa cepatnya masa berlalu dan betapa mudahnya hayat berakhir..aku melihat kembali pada diri, entahkan bila giliran kita? jadi takut tiba-tiba memikirkan apa lengkapkah bekalan yang bakal dibawa?

Sesunguhnya benar, mati itu pasti dan hidup ini hanya sementara..dan aku berdoa semoga aku tidak menjadi manusia yang rugi kerana mensia-siakannya..

Buat Al-Hafiz, al-Fatihah...

Friday, March 20, 2009

Rindu!

18 March 09 - Happy Burfday Mak

19 March 09 - Happy Burfday Angah

Buat adik, belajar bebaik untuk SPM.

Aku: Rindu ini sentiasa bertamu, tidak pernah terhenti dari memikirkan kalian. Hanya doa dari kejauhan.... "Ya Allah, sesungguh-NYA hanya KAU yang maha mengetahui..KAU permudahkanlah segalanya....Amin..."

Tuesday, March 17, 2009

For all women that i care...

8hb MARCH 2009 - INTERNATIONAL WOMEN'S DAY

Untung @ tidak jadi wanita? Hebat atau tidak jadi wanita?

Apa agaknya diminda? Untung?

Bos aku pernah cakap: Untung jadi wanita sebab jiwa lebih kental sebenarnya dari lelaki walau kekadang penuh emosi. Kitaran hidup sebagai wanita itu hanya lengkap bila kita lahir, jadi anak gadis, kemudian kahwin dan bergelar isteri, peroleh zuriat dan sempurna digelar ibu.

Ada kawan aku cakap: Bestlah jadi wanita sebab kita boleh selalu shopping dan pastinya baju, kasut untuk wanita ini banyak pilihan dan jauh lebih murah dari barangan lelaki.

Aku: Wanita itu memang kental sebenarnya dan ujian paling besar yang diberikan pada kita adalah kekuatan menghadapi sakitnya bersalin. Sakit selain dari itu termasukler 'sakit hati' bagi aku akan jadi isu kecil jer..aku raseler although belum lagi merasai pengalaman itu..tapi insya-allah..

So, sedikit info untuk wanita yang aku dapat hasil interview aku dengan Dr. Fairuz Asyikin dari DEMC..info yang mungkin anda malu untuk bertanya sendiri..

15 tip penjagaan bahagian intimmu...

INTRO: Meskipun letaknya tersembunyi malah organ dalamannya juga hampir tidak terlihat dek pandangan kasar namun penjagaannya tidak harus diabaikan. Bahagian intim anda merangkumi organ reproduktif seperti vulva (kemaluan), vagina (faraj), pangkal rahim dan rahim secara umumnya dan perlu sering diberi perhatian ekstra.

Mengapa perlu jagaan ekstra?

Semua wanita dalam usia reproduktif ada lelehan dari faraj yang berupa lendir jernih hasil rembesan kelenjar-kelenjar pada serviks dan kuantitinya berubah-ubah sepanjang kitaran haid bergantung pada paras estrogen dalam darah. Lelehan normal bertambah sekitar waktu subur (ovulasi), semasa mengadakan hubungan seks dan semasa tekanan atau selepas senaman

Faraj atau vagina merupakan pintu masuk ke saluran reproduktif. Ia kaya dengan flora dan mempunyai persekitaran berasidik yang mempunyai nilai pH semulajadi sekitar 3.5.
Antara isu yang kerap dialami wanita adalah berkaitan lelehan dari faraj sama ada normal dan abnormal, jangkitan saluran reproduktif bawah dan jangkitan saluran reproduktif atas. Jika dibiarkan berlarutan tanpa jagaan khusus, ia akan mengundang pada jangkitan bakteria, kulat, protozoa dan virus. Jangkitan ini bukan sahaja mendatangkan mudarat malah turut menjejaskan kualiti hidup anda.

Sehubungan itu, langkah penjagaan alat kelamin yang sempurna perlu anda lakukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah:-


ü Bersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
ü Elakkan menyabun atau menyapu gel mandian pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
ü Elak daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
ü Selepas menggunakan tandas, sapu dari bahagian depan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran bakteria pada vagina.
ü Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
ü Bulu atau rerambut halus pada sekitar bahagian intim anda hendaklah selalu ditrim agar jangkitan kutu pubis tidak berlaku. Anda tidak digalakkan menggunakan pisau cukur sebaliknya memadai menggunakan gunting. Pastikan kebersihan gunting tersebut dan jangan sesekali berkongsi meskipun dengan pasangan anda. Bulu di sekitar bahagian intim ini tidak perlu dihilangkan sama sekali kerana ia mempunyai fungsi untuk membantu mengekalkan suhu alat kelamin anda.
ü Jika anda mengalami masalah lendiran yang berlebihan khususnya saat subur, penggunaan panty liner dibolehkan tetapi hendaklah dari jenis yang nipis dan tidak disertai haruman (scented). Ini kerana, bauan dan haruman ini juga memungkinkan keradangan berlaku khususnya untuk wanita yang sensitif.
ü Tukar panty liner anda pada jarak masa tiga hingga empat jam sekali.
ü Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
ü Pakai seluar dalam daripada material kain kapas dan elak memakai seluar dalam yang lembap serta ketat.
ü Tukar pakaian dalam anda setiap hari.
ü Pastikan pakaian dalam dibilas sebersih-bersihnya daripada bahan cucian.
ü Wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.
ü Apabila mengalami jangkitan, segera jalani pemeriksaan. Pemeriksaan membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina.
ü Hindari pemakaian bedak pada organ kewanitaan dengan tujuan agar vagina harum dan kering sepanjang hari. Bedak memiliki partikel-partikel halus yang mudah terselip disana-sini dan akhirnya mengundang bakteria merebak lebih dalam.

TERAPI RAWATAN SEMULAJADI

Cucian Air Garam

Bahan-bahan:

½ liter air
1 sudu besar garam

Larutkan keduanya dan lakukan tiga kali sehari sebagai agen pembersih bahagian intim anda.

Cucian Yogurt

Bahan-bahan:

1 cawan yogurt asli

Cuci bahagian intim anda menggunakan yogurt dan kemudian bilas menggunakan air bersih. Cucian ini mampu membantu menghapuskan perkembangan ‘fungal jahat’ pada bahagian intim anda. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Monday, March 16, 2009

ada apa dgn weekend?

Weekend kali ni memang best setelah hampir 3 minggu rasenye aku keje, lepas tu kursus yang semuanya mengambil masa weekend ku yg begitu berharga..jadi bile minggu ni dapat cuti, rase macam bestnye..sabtu pagi kami breakfast di luar..aku makan tosai garing ngan kuah dal..

INFO SIHAT : Tosai (1/4 keping besar) = 10 gm karbohidrat, 15 gm protein dan 50 kalori.
* Tapi kuahnye jangan ambik lain selain kuah kacang dhall ye..itu kuah kari
atau yang kelapa tu is a big 'no-no' yer..ewah..peringatan utk aku gak sebenarnye.. :-)
Lepas tu kami g beli barang umah skit dan kami decide nak buat movie review skit. Biaselah, sebelum dapat masuk cinema tu, kena owww soommm dulu nak nengok cite ape..so giliran Firdaus buat pilihan. Maka dengan penuh keyakinannya, dia memotivasikan aku utk joint tengok filem Will Smith yang baru tu..Seven Pounds..



Review: Ni pandangan akuler ek..slowler jalan citernye bagi aku yang takj brape nak sabar ni..Firdaus dah mule rase ala2 bersalah bile aku ngomel2..tapi at last aku gak yang faham jalan citernye compare to him..udah terpakse explain kat die plak..hehehe..mass comm le katekan..die ni pasal Will Smith ni ler yang diselubungi rasa bersalah sebab mengakibatkan wife die dan lagi enam org lain mati dlm kemalangan akibat die main handphone time drive (peringatan tu...don't text and drive..hehehe) Jadi, utk menebus salah die..die nak buat baikler kat tujuh org lain sebagai tebus salah die. Die carik org yang ade problem then tolong. Contohnye, die bagi umah die kat ada family ni yang banyak utang dan dikejar 'gang',die dermakan mata die utk sorang laki buta, dermakan jantung die kat pompuan dlm gambar atas ni..dermakan separuh hati die juga pada sorang auntie..and etc. Citer ni at one side bagus on their ciri kemanusiaannye..macam derma organ ni..kat Malaysia still tak ramai yang sanggup tampil utk derma organ. In fact, waktu aku g assignment kat NKF, one of the doctor bagi tau negara memerlukan anggaran 44 penderma buah pinggang setahun untuk selamatkan pesakit buah pinggang kronik di Malaysia. Sehingga last year, anggaran penderma hanya 2 orang: 1 juta penduduk. Imagine that..ngeri aku dengar tapi bila aku tanyakan balik pada diri aku sendiri..aku pun tak sure that am i willing to donate my organe after my death? Do you?

But, berbalik pada citer tadi..cume yg tak bestnye..ending dieler..die bunuh diri dengan biarkan diri die kena sengat dgn obor2 semata2 untuk dermakan organ2 die tu..harus diingat, bunuh diri DILARANG dalam Islam dan bukanlah cara terbaik utk menebus dosa atau kesilapan lalu..
Selain tu, kami berdua ada gak layan dua filem ni..



Hari Ahad, aku decide nak rehat kat umah je sambil main 'Millionaire'..hehehe..best giler sesekali jadi bebudak balik..keputusan seri 1-1..sampai lewatler lunch hari tu..walaupun lewat menu hidangan tetap mantap..huhuhu..camner nak diet ni.. :-)




Thursday, March 12, 2009

Ihsan, Islam & Iman

“Kita dilahirkan Islam, namun sejauh manakah rasa keimanan kita dan benarkah kita mencintai-NYA?”

Itulah apa yang dapat aku simpulkan dari kursus ESQ 165 yang aku pergi minggu lalu. Apa itu ESQ 165? Emotion, Spiritual Quotient mengikut laras 1 Ihsan, 6 Rukun Iman & 5 Rukun Islam. Tiga hari aku di MATRADE menjalani kursus, subhanallah, terlalu banyak ilmu yang aku dapat refresh kembali. Itulah manusia, mudah menjadi lupa.

Allah berfirman
“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (QS 35:15)

Namun tauhid ini sahaja tidak cukup untuk menjamin seseorang hamba bahawa dia ialah seorang Muslim, tetapi perlu disusuli dengan tauhid uluhiyah iaitu mengesakan Allah dalam ketuhanan-Nya, kerana orang musyrik juga mempercayai Allah dalam tauhid rububiyah, namun tidak mengabdikan diri kepada-Nya.

Allah berfirman
“Tanyakanlah: siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang berkuasa sanggup menciptakan pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup? Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa?” (QS 10:31)

Dan firman Allah
“Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah” (QS 43:87)

Allah berfirman lagi
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah” (QS 29:63)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.”

Betapa sebenarnya terlalu banyak ilmu dalam Al-Quran yang meliputi dunia dan akhirat malah segala-galanya. Betapa tiada ilmu saintifik dapat menandingi ilmu yang diwahyukan oleh Allah pada Nabi Muhammad s.a.w untuk kita. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘Iqra’...’

Thursday, March 5, 2009

Bercuti ke Bagan Lalang

Dah berapa hari tidak berkesempatan meng’update’ blog. Sibuk sangat. Lepas je mini karnival kelam kabut plak deadline pdf, then deadline bahan balik. Dah macam marathon dah ni. Hari ini plak aku memecut menaip artikel tinggalan rakan sepasukan. Ni baru dapat bersantai sikit.

Hari ahad lalu, habis saja jadual tugasan aku, aku dan Firdaus akhirnya berpeluang menunaikan impian ke Bagan Lalang. Dah lama dah plan tapi dek kesibukan aku, bertangguh berkali-kali. Tapi kunjungan kali ini pun pendek je, sebabkan ada janji photoshoot dgn client. So, dapatlah dua hari satu malam instead of 3 hari yang kami harapkan.

Sign out dari karangkraf sekitar 3.30 pm, terus ambil tol hala ke KLIA. Dari situ kami menghala ke Sepang Gold Coast. Jalan tak sesak, alhamdulillah kami selamat sampai ke Bagan Lalang dalam satu jam. Melewati pekan kecil sungai pelek, aku ngan Firdaus bukak mata besar-besar cari bank. Ada Public Bank, RHB Bank dengan Bank Simpanan. Malang betul, ATM gagal berfungsi, mungkin sebab kad aku ni Maybank. Aku terfikir, macam manalah dengan penduduk kat sini kan. Sebab time aku kat sini, ramai yang menunggu hampa sebab tak boleh gunakan perkhidmatan ATM ini. Ada seorang mak cik tu sampai mengeluh risau tak boleh keluarkan duit dan duit dah takde. ATM yang seterusnya yang ada, kat sg sepat dalam 15 hingga 20 minit perjalanan lagi. Kalau tak boleh juga, terpaksalah ke Morib atau Banting yang agak jauh jugak. Setelah pusing2 dan cuba berkali2 dapatlah jugak keluarkan duit kat BSN. Terus announce pada makcik dan pakcik yang lain yang tengah tunggu. Tiba-tiba je Firdaus dah macam penduduk situ. Lawak! Jadi, untuk anda yg ingin ke Bagan Lalang, silalah sediakan wang tunai yg mencukupi bagi mengelak sebarang kejadian spt ini. :-)

Sekitar jam 5 petang, barulah kami sampai ke pantai Bagan Lalang. Lepas arguement, aku ikutlah cakap Firdaus untuk pilih Bagan Villa Resort. Oklah, harganya untuk weekdays, RM 65 satu malam. Ada katil dan ruang tamu yang comel. Ada TV, aircond, kira oklah. Selain Bagan Villa, ada beberapa lagi chalet yang lain yang betul menghadap pantai seperti Chalet Persatuan Nelayan (RM 100) satu malam. Cantik jugak tapi kami tak perasan mulanya.











Acara pertama malam tu tentulah makan. Owner chalet mencadangkan ke HM Bagan Seafood sebab kami nak makan betul2 kat tepi beach. Malangnya tempat yg kat atas air tu, dah penuh. Aku ajak duduk tempat lain pun Firdaus tak nak. Tetap nak makan yang kat tepi air. Mujur tak makan dlm laut..hehehe, macam terror je nak berenang. Last2 kami makan kat sini....

Menu (jgn terkejut yer..firdaus memang tamak skit kalau bab seafood ni.. J )

Ikan Siakap Stim (sekor, saiz sederhana)
Sotong Goreng Tepung (dlm 2 ekor yg besar tu)
Ikan cencaru bakar (sekor gak, ikutkan die nak dua ekor..isk..isk..)
Tom Yam Seafood (sorang makan)
Pepahat masak cili
Kailan Goreng Ikan Masin (sorang makan)
Set ulam ngan sambal belacan.
Nasi dua
Air










Tau berapa? Hmmm...RM 63.00 je..terkejut kan? Oklah kan untuk seafood. Food dia ok especially sotong goreng tepung, tom yam, ngan kalian dia. Ikan stim die pun ok gak. Pepahat cili jer kureng..tak pedas sebaliknya sangat manis.

Menu yg patut utk 4 org makan tu, berjaya dihabiskan kami. Giler tul..







Balik, terus tersadai...zzzzz....

Esok, kami pusing2 pantai sambil ambik gambar.




Then otw balik, singgah beli ole2 kerepek utk kengkawan, kerepek kucai. Selain tu, aku beli gak kerepek ubi lada hitam, tempeyek ngan tumpi. Gerai kerepek ni namanya Kerepek House, diusahakan oleh Higah Marketing. Kedai dia, tepi jalan. Boleh nampak sebab die kat laluan keluar masuk ke pantai Bagan Lalang. Sempat juga aku dan Firdaus berbual dengan penguasahanya..Bro Kamarulzaman. Tentang perusahaan dan sebagainya. Nak buat macammana, dah reporter namanya...hehehe..

Selain kerepek, kami juga terpaku dgn lukisan dan khat dari pasir laut yang dipamerkan di kedainya. Cantik dan unik. Tulisan khat yang indah dibentuk malah harganya juga berpatutan..di antara RM 15 (paling kecil, tanpa frame) hingga RM 900. Idea seni ini menggunakan nama pena Hanim. Abang kerepek ni cakap, kalau nak tengok hasil seni yang lain oleh pelukis ini bolehlah berkunjung ke Komplek Pusat Islam. Aku tak ambik gambar sebagai menghormati karya ‘masterpiece’ pelukis. Tapi subhanallah..cantik karyanya.

Alastavista Bagan Lalang..nanti kami datang lagi yer...





















































Saturday, February 28, 2009

Aku dan mini karnival!

Alhamdulillah, baru saja menutup kedai jualan di mini karnival Kump. Karangkraf. Penat tersadai di tempatku sambil menunggu hubbyku yang tersangkut di BT 3, jammed. Rasa macam nak lunjur jer kaki ni, kasut pun dah kubuka. Letih tapi happy sebab dapat bertemu pembaca RAPI yang setia. Pelbagai aksi dan pelbagai cerita. Barulah aku ketahui bahawa pelbagai ruangan dalam RAPI berjaya menarik perhatian. Bukan sekadar isu kesihatan malah ada juga yang menjadikan ruangan 'Motivasi' sebagai koleksi. Sungguh aku kagum dengan minat membaca yang semakin menebal. Aku yang bekerja dalam lapangan ini juga bukan sekadar terpaksa malah 'wajib' banyak membaca. Boleh dikatakan setiap bulan beratus jugalah peruntukan untuk bahan bacaan. Orang shopping baju, kasut, aku shopping buku. Gitulah. Namun aku bersyukur kerana bidang kerjaya ku ini membuatkan aku harus menambah ilmu setiap hari. Membaca itu bukanlah satu kerugian, pelbagai ilmu yang kita perolehi. Bagi aku untuk menjadi seorang wartawan yang baik, kita perlu sentiasa berazam untuk memajukan diri. Biarlah kita miskin harta tapi jangan miskin ilmu!

Tuesday, February 24, 2009

Hidup, pernahkah sempurna?



Semalam pulang dijemput hubby ku dengan gurlfrend zaman berzamannye lah..RXZ hitamnye. Aku yang dulunya sangat takut membawa motor apatah lagi memboncengnya, kini dah semakin punya jiwa 'merempit' tu. Dah pandai nak layan selekoh dan kejayaan paling memberangsangkan, aku dah tak payah nak pejam mata lagi tiap kali dia mencelah di celahan kesesakan kereta. Tapi satu jer tabiat yang tak mampu aku buang, malas bawak helmet! hehehe..jadi terpakkseler hubby ku yang mithali lagi mee rebus tu membawanye ke opice die nun jauh di KL setiap kali lepas antar aku di opice kat jalan sepana tu...(ingat kat bengkel je ke ada sepana, depan pagar opice aku pun ade tau... :-)



Seperti biasa, tiap kali lalu kawasan perumahan binaan Sime Darby, apa lagi Bukit Jelutong tu ler..kami pun berangan2 konon2 dah sampai umah. Rumah teres dan semi-d yang ala2 perumahan dalam taman jadi santapan mata.

Hubby: Hmmm..jaga2 kita dah nak sampai umah ni.

Aku: Yang mana, yang corner lot tu kan?

Hubby: Mestilah, anything for you baby.

Dan macam biasalah, kenakalan komiknya akan dibalas dengan hikmat cubitan lipan bara dari aku.

Serius talknya..

Kami: Bilalah kita dapat beli rumah macam ni..best kan? Senang sedara mara nak datang tido, mak kita nak datang pun senang, rumah ada laman. Kan?

Itulah selalunya. Dan dia selalu menyatakan kekesalannya kerana hanya mampu menyediakan kami dengan sebuah apartment sahaja. Namun, aku tetap bersyukur kerana setidak-tidaknya dia ingat dan tahu akan tanggungjawabnya sebagai suami...untuk menyediakan keperluan asas itu.

Aku: Takpe, rumah kita sekarang ni dah ok. Pelan-pelanlah kita usaha.Apartment ni pun luas, tiga bilik, cukuplah untuk kita yang baru nak mula hidup.

Selingan Minda..

Bos Aku: Korang targetlah, at certain age..apa yang korang nak capai. Insya-allah, tak pe untuk ada cita2.Cuba tengok orang yang kaya2 tu, kebanyakannya dah umur berapa? Paling muda pun mungkin 35 tahun macam tu. Lainler die ade harta family untuk diwarisi, itu dah lain cerita.

'Hidup..pernahkah sempurna?'

Rumah besar, kereta mewah, luxury life..semua orang nak macam tu. Hakikatnya, bahagiakah manusia dengan kesenangan semata-mata. Kadang2 apa yang aku lihat,

Rumah besar dan mewah = Sifat kejiranan tidak sebesar rumahnya

Mungkin pengamatan aku ini mampu disangkal tetapi mungkin juga ada kebenarannya. Namun tak salah bukan, untuk memiliki sebuah rumah yang besar. Walau tak mewah tetapi cukup luas untuk menampung kasih sayang yang kian bercambah.

Kami: Mula menabung untuk kesenangan masa depan.

Sunday, February 22, 2009

What life is all about...



To live in this world you must be able to do three things: to love what is mortal; to hold it against your bones knowing your own life depends on it; and, when the time comes to let it go, to let it go.







Mati itu pasti...

Entah kenapa minggu ini, emosi bercampur baur antara gembira dan sedih. Subuh hening ahad lalu, kami dikejutkan dengan Berita pemergian salah seorang dari ibu saudara suamiku. Kami bergegas pulang ke kampungnya di Kedah. Maka jadinya aku perlu membatalkan dua temujanji pentingku bersama client. Tiada penyakit yang jelas dan tanpa derita yang panjang, hayatnya berakhir dijemput PENCIPTA tatkala ingin menunaikan tanggungjawabnya di subuh hening itu. Aku sememangnya sering tidak mampu menghadapi situasi sedemikian. Saat melihat anak-anak meratapi pemergian ibu, aku bagaikan terpanggil untuk mengingati arwah abah. Meskipun kehilangannya saat aku sudah hampir mencapai impian namun pemergiannya amat meninggalkan kesan dalam hidupku. Terkilan kerana abah tidak berkesempatan menyaksikan anaknya sudah peroleh separuh dari impian hidupnya!

Kematian, sesuatu yang pasti. Tidak mungkin tidak, kita bakal menghadapinya jua. Kadang-kadang hati tertanya jua, bersediakah aku menghadapinya? Pemergian abah memang memberikan kesan perubahan dalam hidupku. Aku yang dulunya menyangka mampu hidup tanpanya, terasa kerdil benar saat ditinggalkan keseorangan. Namun pemergian abah jualah yang mengajar aku erti tanggungjawab dan kecekalan hati yang bukan sedikit. Setelah hampir lima tahun tanpanya, aku merasakan tembok kekuatan yang aku bina sekian lamanya makin goyah diganggu emosi. Bukan mudah rupanya untuk aku mendalami hakikat perasaan seorang ibu dan sukar jua rupanya untuk memahami pergolakan rasa adik-adik yang makin membesar. Apakah aku yang terlalu tegas dalam mencorak kehidupan mereka atau aku sendiri yang semakin hilang arah? Rindu dinasihati dan ditunjuk jalan yang menjauhkan aku dari kesesatan?

Saat ini, aku cuba renungkan kembali jauh ke dasar diri. Aku hanyalah seorang anak yang masih merindu akan erti kasih sayang seorang bapa dalam meneruskan hidup. Rindu yang bertamu saban hari yang tidak mampu aku ungkapkan. Ya, kematian itu memisahkan kami. Namun aku yakin, rindu kami akan pasti berterusan jika aku tidak lupa melunaskan tanggungjawabku pada-NYA…

Al-Fatihah buat abah…. 29.09.03


"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
1-2).1

Saturday, February 14, 2009

Warm welcome to me...

My first day of writing..am enjoying this future silent mode of talking...

Cuaca kat luar cerah dan aku bosan2 jer sebenarnye..tunggu my husband siapkan keje..dan sambil aku mencari our holiday destinantion..tetibe jer terjumpa macam2 blog dan aku membaca dari satu halaman ke satu halaman. sangat menarik. In fact aku pernah dengar banyak citer pasal blogging ni..tapi tak berkesempatan nak explore selain dari facebook and frenster..maklumler..aku bab2 web ni agak sloooowwww motion skit..agak2 kure2 tu pun lagi laju speednye dari aku..hehehe..

Anyway...can't wait to start writing lagi in future..wait for me yoooooo.... :-)