Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, June 10, 2016

Ziarah Masjid: Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam Jumaat yang penuh kemuliaan…

Esok cuti, mesti ramai yang dah tak sabar. Ada yang merancang untuk pulang ke kampong berpuasa bersama keluarga? Berhati-hati di jalanraya…

Hari ni nak berkongsi sedikit…


Siapa tahu ini masjid apa?

Ya, inilah Masjid Kapitan Keling yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Dikunjungi sewaktu kami ke Pulau Pinang beberapa bulan yang lalu. Mulai tahun ini aku akan cuba untuk memperbanyakkan lagi kunjungan kami ke masjid-masjid pada setiap destinasi yang kami kunjungi. Mungkin dapat memberikan info kepada kawan-kawan yang lain juga selain melatih kakak dan aku juga untuk lebih menghayati keindahan bersolat di dalam masjid. Jangan salah anggap tau apa yang aku cakap ni sebab aku pun tak pasti ayat yang bagaimana yang paling bersesuaian untuk aku terangkan tentang salah satu dari resolusi 2016 aku ini. Semoga apa yang dikongsikan ini berupaya memberikan manfaat..Insya-Allah…

Masjid Kapitan Keling ini merupakan di antara masjid yang tertua di Malaysia dan telah dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim sekitar tahun 1800. Meskipun telah melalui fasa pemulihan dan penambahbaikan, masjid ini masih lagi mengekalkan ciri senibina lama yang berkaitrapat dengan senibina Islam di India. Berlatarkan putih dengan kubah berinsipirasikan seni reka Moghul, dua latar warna yang terus membuatkan mata terasa kemas memandang struktur masjid ini. Aku tak pandai sangat dengan term-term seni bina ni, tapi memang terasa keringkasannya membuatkan masjid ini Nampak unik dan tersendiri.

Apa yang menariknya, masjid ini juga dibuka untuk dilawati oleh pelancong mengikut ketetapan waktu dan mesti mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan. 



Bagaimanpun, di sini turut disediakan pakaian, macam robes labuh tu sekiranya ada yang masih dating dengan pakaian kurang sesuai. Apa yang aku perhatikan, mereka yang ditugaskan memberikan penerangan dan informasi berkaitan masjid ini sangat peramah dan mesra. Taklah rasa seram sangat kalau banyak soalan nak tanya kan….hehehe…


Ini adalah ruang solat wanita…


Menjengah ke segenap ruang solat utama. Masih bercirikan rona putih dan sangat dijaga rapi…aku tak ambik banyak gambar sangat kali ini, battery about to die la plak time ni…huhuhu..Insya-Allah, jika ada peluang dan kesempatan, akan dating lagi ke sini….



Thursday, June 9, 2016

Salam Ramadhan 2016...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..dah empat hari kita melalui bulan Ramadhan. Tahun ini macam juga tahun sebelumnya, berpuasa tanpa Incik Daus. Selalu kalau Incik Daus ada pun, hujung minggu. Jadi banyak harinya, kami di rumah mak. Cuma bezanya tahun ini, alhamdulillah…kakak dah mula belajar berpuasa. Tahun sudah pun puasa juga, tapi sejenis yang makan sahur sebelum ke sekolah…hehehe.. tahun ini memang gigih kejutkan kakak sahur. Mula-mula tu liat jugaklah, tapi lama-lama dah ok. Cuma menunya sama je bila time sahur, request nak nasi, ikan goreng dgn kicap.


Pencapaian:
1st day puasa – 8.30 a.m
2nd day puasa- 10.00 a.m
3rd day puasa – 11.30 a.m
4th day puasa- 10.30 a.m (tadi bagi tau kat phone, kakak xtahan tengok air milo…adulahaiiii..)

Oklah, untuk permulaan…next week dapatlah half day tu sebab gi school.. ;-)
Depan kawan-kawan kuat aje…


Inilah peneman aku setiap hari..teman solat, teman sahur, teman berbuka…bukan main manja lagi.

Anyway, harap belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan Salam Ramadhan, mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau tersalah coretan sepanjang di alam maya ini. Semoga Ramadhan ini dapat kita manfaatkan sebaiknya, Insya-Allah…. ;-)


Friday, June 3, 2016

Cuti-Cuti Penang 2016: Mee Sotong Hameed sedap meletop!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Rakan-rakan sekalian, hari ini aku nak sambung baki entry percutian ke Pulau Pinang sekitar penghujung Januari yang lalu. Penang, semua orang pun tahu itulah syurga makanan. Kalau ke Penang, tak cuba macam-macam makanan, memang tak sahlah perjalanan anda ke sana. Salah satu dari tempat makan yang kami tuju selepas beria-ia di atas Bukit Bendera, adalah Padang Kota.


Medan Selera Padang Kota ini terletak berhampiran dengan Fort Cornwallis. Kami parking sebelah sini dan jalan kaki sahaja ke situ.


Inilah deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Pilih saja apa yang teringin untuk dimakan.

Salah satu sebab kenapa kami ke sini adalah kerana taaadddaaa….


Ya, kerana nak merasa keenakan Mee Sotong Hameed itu….


Nampak x? Yummylicious kan….

Rasa dia sedap disebabkan ada sambal sotong itu dan mee juga digoreng dengan ramuan khas. Ada rasa macam campuran kacang pun ada. Tapi pedas sedap secukup rasa. Service pun cepat.

Kalau cuba mee goreng sotong ini, jangan lupa dikahwinkan dengan coconut shake..shake..shake u alls! 



Hahahha….Angah dan mak cakap sangat sedap rasanya…sampai leh bawa dalam igauan mimpi…ewah!


Selain itu kami cuba juga rojak, Makan share-share. Kakak ambil set bawal goreng panas dengan nasi putih. Mana ntah gambarnya, aku cari dah tak jumpa. Tapi kuah kari yang dihidang bersama set bawal kakak tu sangat sedap. Orang Penang memang pandai buat kari kan…..

Habis acara makan-makan, acara wajib ada posing-posing. Nak masuk ke Fort Cornwallis ni semua dah xlarat sebab cuaca sangat panas. So posing di luar ajelah.

Acara dimulai dengan posing dari tuan empunya blog…



Diikuti dengan family tuan punya blog…


Dan tidak dilupakan aksi konon romantis dari tuan punya blog dan pasangan..hahhaa…


Sempat juga kakak melihat burung gagak yang punyalah banyak di sekitar kawasan Padang Kota ini. Besar dan menakutkan bila berkumpulan….


Dan diakhiri dengan aksi posing ulang tayang Filem Dilwale dari kami…hahahha….






Thursday, June 2, 2016

Bulan Mau, bulan sibuk sana sini....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Ya Allah…betapa rindunya pada blog..rindu nak menulis..rindu nak share cerita dengan kawan-kawan semua. Tapi apa daya, lately banyak sangat event out station. Hari ini barulah lega sikit, rumah pun dah lama terabai. Kesian rumahku..ampunkan tuan rumahmu ini…hehehhe…

Hari ini xda nak bebel sangat…sebab baru cuba nak inhale..exhale..ambik mood…hehheheh…Hadaplah muka keletihan tuan punya blog ini….hahahah…



Anyway, just a brief sharing..ape yg sibuk bebenor ngalahkan PM ni…

Bulan May dimulai dengan our 8th Anniversary...tapi xsempatlah nak beria sambut...cadangnya nak plan bercuti berdua..tapi belum lagi kesampaian...


Sibuk tolong maksu opening kedai…Health Zone yang terletak di NO. 49 , JLN SG 3/19, TAMAN SRI GOMBAK,, Batu Caves,. Kiranya kedai ini lebih kepada konsep menjual pelbagai keperluan kesihatan dan makanan Sunnah.


Siap kena jadi emcee…belasah jelah labu…hahhaa….ni pose dari emcee besar dan model cilik..hahaha…


With the lovely Nora...

Habis je event maksu…rushing plak siapkan event sendiri. Bermastautin 4 hari di Kerian.

NAMPAK TAK MULUT BUKAN MAIN CIK JOYAH SANGAT...BANYAK BENOR BENDANYE TU..HEHHEHE
THE TEAM AT KERIAN

 Balik, sibuk bantu uruskan event Hari Sukan sekolah kakak. Temanya ‘Warrior’, so green team kena jadi soldier. Since kakak gadis pembawa sign rumah sukan…kenalah siapkan kakak. Jenuhlah si ibu….


Dalam pada tu, siapkan tugasan hiasan untuk rumah sukan. Kena buat hiasan dari barangan terpakai untuk dapat marks lebih...


In between, aku uruskan juga short vacay untuk kakak. 


Sebab dah janji, result exam dapat semua A’s ibu kena bawa tidur hotel yang ada swimming pool. Al-kisah, bapak pula tak boleh cuti. So terjadilah percutian ke Penang sahaja. Penang lagi? Hahahaha..entry lama pun xsiap lagi tu…aduiiilahaiii…

Jangan dilupa every weekend kena hantar dan temankan kakak for her horse riding lesson...



Dan dalam masa yang sama masih lagi gigih terima tempahan kuih-muih….




Semalam kena jadi gadis catwalk plak untuk another event for company…bukan jadi model...jadi ushered sudah…hehhee…


Urusan renovation rumah pun tengah berjalan…aku menaip ni pun terasa letih…hahhaha….begitulah kehidupan di Bulan May yang sangat padat dan sendat...tapi xjugak slim melim..aishhhh....

So itu sajalah yang nak dikongsi dalam entry kali ini. Nanti kita jumpa lagi ehhh..nanti kita lawat rumah blog kengkawan sekalian ye..Insya-Allah...