Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, April 29, 2013

Kisah Kakak: Pengalaman Pertama Naik ETS

Assalamualaikum dan Slaam Sejahtera..

U allls, arini 'my kakak' ada benda nak story skeeettt...kisah pengalaman pertama dia...hehehe..hmmm..actually last Saturday, ada cousin kami bertunang (belah Incik Daus)..Tarikhnya kami dah dapat sangat awal..tetibe aku plak harus kerja..ada event di Titi Serong..biaselah, menjelang PRU 13, aku lebih sibuk ngalahkan Incik PM...ahaks! Klessss statement...so Incik Daus selepas aku gerak g opice at 5 a.m (yer..di dingin pagi hari, aku gagahkan diri p kerja..okayyy), terus gerak dulu balik Rawang. Aku dan kakak dah ambik tiket ETS jam 3.00 p.m. Insya-Allah, kami baik2 saja..kan kami berdua independent woman!! Yeeeaaayyy!

Oklah, tanpa melengahkan masa.. (cewahhh), jom kite bace same2 kisah kakak ini ye... ;-p

"Bangun saja dari tidur pagi ini, kakak dapati ibu dengan bapak dah tak ada di tempat tidur. Terkejut kakak tengok yang tidur di sebelah waktu kakak terjaga adalah ‘anyahh’. Kakak pun  kerutkan dahi lalu bertanya.....

“Bu..?”.  ‘Anyyahh’ pun jawab yang Ibu pergi kerja. Hmmm… ‘Bapak?’ Pun sama jawapan ‘Anyah”…tapi bukanke Bapak baru saja balik malam semalam.

Ok, kakak pun macam biasa… “Anyah…nak cucu.. (susu)”

Selepas itu, kakak pun main dan makan macam selalu. Sampai tengahari tiba-tiba ‘Anyah’ suruh tukar baju. Mulanya kakak tak nak pakai baju tu, kakak nak pakai baju t-shirt gambar Red Bull…heheh..Opah tak kasik, kakak kena marah ngan Opah. Opah kata nak g jalan, kena pakai cantik. Ok, kakak dengar jalan..kakak sukaaaaaa atiiii! At last pakai jugak baju yang Opah dah pilih…Yeaaayyy! Nak pergi jalan…

;-)

Dalam 2 p.m Ibu pun sampai. Kalut-kalut macam selalu. Ibu kalut tukar baju, ibu cakap, “Cepat Kakak, kita dah lambat”

Masuk kereta Ibu Tanya, “Kakak, kita nak pergi mana ni?”

Kakak jawab, “Yeayyy, nak g beli ayam…”

Hahahhaha.. (Ni Ibu gelak!)

Kakak pun suka hati..Ibu nak bawak jalan..

Sampai sini, kakak konpius…

Ok..ini benda apa yang Ibu ajak 'kakak' naik ni... (nampak tak tu, sambil tangan letak di belakang, gaya boss sangat!!!)

Lepas tu, kakak buat drama ‘airmata’, menjerit nak lari turun…Ohhh, benda apa ni? Kenapa banyak sangat orang asing kat dalam ni? Kenapa Opah ngan ‘Anyah’ tak naik sekali? Kenapa? Kenapa? Kakak meraung nak turun sebab kakak takut. Ibu tak bagi, Ibu kata “Kalau kakak nak turun, kakak tak boleh ikut Ibu”..Tapi kakak ‘naakk mauuu’ ( actually tak mau), Kakak nak ikut Ibu…jadik kakak pun serba salah..kakak ajak ibu turun tapi ibu ‘naaakkk maaauuu’..Ibu kata, kami nak pergi sini…



Kami nak pergi rumah Mak Tok…

Sambil tahan nangis, kakak tunjuk ketapi yang dah mula gerak...


Ibu pujuk, ibu bagi makan ‘kepok’ (keropok) sambil tengok Boboiboy, kakak pun suka semula…

Macccihhh Bu...kakak suka!!!

Berdua lebih baikk..hehhehe

Dan lagiiii...jom bersuka-suki bergambar...


Di setiap stesen, kakak tanya Ibu, “Dah ampaii Bu..?”

Ibu jawab belum..hmmm…lamanya..jadik kakak mana buleh dok diam lama sangat…kakak pun…


Ibu suruh duduk diam-diam..ttttaaaaapppiiii...kakak nak jenguk jugak...kakak dah mula nak main...


Kakak dah tak tahan nak berjalan sana sini..kakak nak tengok ada apa di sebalik kerusi ini..

Oklah Ibu, kakak duduk diam...taaapiiii...


Wahhhhhh...ada aammmppuuuu... (lampu)...



Wahhh..ada meja....ngan aaammpuuu (lampu)

Yeayyy..akhirnya sampai…Inilah pengalaman pertama kakak naik ETS….tak sabar kakak nak turun..kakak nak jumpa Bapak... Nanti kakak nak naik lagi...hehehe..kakak tak angisssshhhh (nangis) dah Bu....

(Ibu tak sempat ambik gambar kakak sampai...sebab kakak dah kalut nak panjat tangga plak...)

Sekian, citer dari kakak yang ommmeeeyyyyy!!!!

Mekacih Bu...kakak ayyaangggg Buuuu!!!

-Saffiya Arissa bt. Muhammad Firdaus-

IBU: Huh! Hebat sungguh drama anakku, sabar jelah..jenuh jawab soalan macam2..kenapa lampu bukak, eehhh,,cartoon Bu.. (kan dalam ETS ada TV),Bu, dah sampai Bu? Bu, nak aaalaaann.. (jalan)…ayooo! *IBU URUT DADA PENUH KESABARAN* 1 jam 40 minit pernuh mencabar…dari Ipoh ke Rawang. ;p

Wednesday, April 24, 2013

Moments of Love #4: My Saffiya a.k.a kakak:- Sejuk Perut Ibu..terharu nengok.... Alhamdulillah....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah...kakak dah semakin membesar, dah nak masuk 3tahun, semakin petah dan semakin panjang akal..ada jer halnya...tak pernah terbayang aku yang dulunya sorang yang sangat huru-hara, sekarang dah punya anak yang semakin membesar...

Pinjam telekung ibu... "Ibu angan kacau, kakak nak bayanggg..." macam yang selalu kita dok pesan kat dia....


Rambut nampak segala...takpelah nakk, yang penting niat... ;-)


Abisss daaa Ibu...


Alhamdulillahh..sejuk perut Ibu mengandung..Ya Allah, semoga anak kami membesar menjadi anak yang baik, solehah dan sentiasa berada di jalan-MU...amiiinnnnnnn! 

Tuesday, April 23, 2013

Simbahan Cahaya @ Kinta River Front a.k.a I-City Ipoh...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Actually ini cerita Jumaat lepas bersamaan 19.04.13. Kami rakyat Perak bercuti umum sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak. Tapi dukacita dimaklumkan aku adalah HARUS bekerja…huhuhuhu…ada event di Taiping. Maka awal pagi lagi sudah terpacak di opice sebelum membawa diri pergi ke tapak acara. ;p

So balik umah pun dah dekat jam 8.00 malam. Baru je masuk umah, dah menengok ‘my kakak’ buat aksi mencabar minda…berebutkan krim Safi Rania Opah…haaaa, jangan main2, ingat Cik Ta je boleh tampil menawan? Opah ‘kakak’ pun buleh, hokaaayyyy!!! Punyelah berebut tak mau bagi, nak jugak dibukanya..last-last bapak dapat idea la kunun-kununnya..

“Kakak, bagi kat Opah…jom Bapak bawak naik keta…” , diumpan anaknya dengan ajak naik kereta.

Maka kakak pun jawab, “Tak mau…kakak nak ni..aaapppuuu (sapu) muka…”

Kakak suruh ibu buka tiub krim tu..so ibu yang lemah longlai penat katakana, malas nak gaduh pun bukaklah. Kakak ambik dan sapu muka, macam biasa orang besar buat. Abis je siap sapu krim, diserahkan tiub tu pada Ibu..

DAAAAAAAAAANANNNNNNNNNNNNNNNN……

“Dah Bapak..jom naik keta…”

Aku time ni dah nak terburai gelak dah…sape skrang yang lebih bijak, Kakak atau Bapak…dua-dua pun dia nak..mana mau rugi bapak…apa lagi, janji bapak dituntut…last2, terpaksalah bapak sarung jeans..dan terpaksalah Ibu kena joint, walhal Ibu mandi pun belum lagi..tak sempat tukar baju pun lagi…gegaslah ikut..

Dan ajaklah Opah serta Mak Ngah sekali..kunun-kunun nak pi minum saja..

Hmmmm…last-last…dari nak pi minum…tersadai kami di sini….


Inilah Kinta River Walk berhadapan dengan Kinta River Front Hotel and Suites - yang dikenali juga sebagai I-City Ipoh…kiranya di antara tempat menarik terbari di bandaraya Ipoh ini...

Moh kite nengok keindahan lampu-lampu dan kecomelan kami-kami ini…heheheh…buleh statement cam gitu? Gasak sajalah…


Kakak yang teruja...dok cakap "aikkk?..Aikkk? "..pelik kenapa pokok bercahaya...hehehe...at her age, konfiuslah Ibu... ;p



Ni aksi kakak takut tengok pokok kaler kuning...siap lembikkan badan tak mau dekat...hehehe



Tu sayup-sayup kelihatan adalah jambatan yang merentangi dua kawasan, juga disimbahi cahaya..ada dua jambatan sepanjang laluan...


 Kakak dengan mak ngah..bab posing..serah kat si kecik ini...dah pandai mengikut...


Haaaaa...model berikutnya ini sememangnya tak payah nak ajor cammane nak posing...muahahah...sweetla kunun-kununnya...ahaks!


Yuuuuuhuuuu!!!! Kami di sini..Muzium Palong yang juga dibina disini..banyak info berkaitan sejarah dan teknologi bijih timah di Perak...masih belum dikenakan bayaran masuk buat masa ini...



Gambar-gambar lama...sangat informatif...


Jom mendulang bijih timah kakak...



Kami dari Ipoh...


Muncung kakak muncung...mcm rakan sebaya tak???? heheheh


Incik Daus ambik gambar versi sabotaj...mana difokusnya ntah...


'Kakak' konpius...apa ajelah yang dikecohkan Ibu ni...hahahah...


Haaaa...inilah bahannya.."Ini semua aksi poyo"...muahahah..abis macho la tu...


Selepas selesai menikmati keindahan lampu...kami sambung plak 'Family Day' kami di Mohamad Bistro, Tambun..tengok bola..apa ntah lawan malam tu...


Ini 'kakak' sudah ngantukkk...tapi ditahan jugak matanya...


Tapi terus terbungkang cerah matanya bila nampak satay...suka 'kakak' makan satay...5cucuk kat die sorang...

Ok, sekian dulu laporan dari saya...gitulah kami menghabiskan malam minggu yang lalu..Opah aje malu nak enter frame...yer...mak a.k.a Opah pun kami angkut sekali..joint aktiviti muda mudi...mudake kami ni? Ahaks! ;p

Tatatititutu....

Monday, April 22, 2013

Resipi: Fried Pasta Malay Style


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pewwwitttt, tajuk resipinya macam hebat..hihihii…

Ya, yang sebetulnya aku nak bagi tau hari ini aku bawak bekal…tak caya? Yep, walaupun dah keja, aku still bawak bekal bila berkesempatan memasak. Memang Incik Daus jenis yang suka bawak bekal ke pejabat. Aku pernah gak tanya dulu, “Tak seganke?”…Rileks jer dia jawab tak…so bila sempat aku akan bangun dan masak..tapi bila ada anak ni memang jaranglah yang sempat…heheheh..

Pagi ni..inilah hasilnya…




Bahan sume dah kasi standby siap-siap sebelum tidur.Simple jer…

Bahan-Bahan:

1 bungkus (500gm) pasta angel hair
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji lobak merah (dihiris panjang dan nipis)
1 tin cendawan butang (dipotong empat)
Udang
Bebola Ayam (dipotong empat)
11/2 cawan air
2 kiub pati ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara Membuat:

  1. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang.
  3. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Kacau seketika.
  4. Masukkan air, biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan sos tiram.
  6. Kacau dan masukkan bebola ayam. Masukkan pasta.
  7. Kacau sehingga sebati. Kemudian taburkan lada sulah.
  8. Sedia ditapau…heheheh…

Friday, April 19, 2013

Resipi: Ayam Masak Merah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ok, seperti yang dijanjikan, ini resipi seterusnya iaitu Ayam Masak Merah…selain nasi briyani, ayam masak merah ini juga sangat padan kalau kita nikmati dengan nasi tomato…yummy!

Silalah cuba resipi ini…

Ayam Masak Merah



1 ekor ayam (1-1.5kg)
4 biji bawang besar
8 biji bawang putih
10 tangkai cili kering (kalau tak nak pedas, pakai cili kering yang saiznya besar atau lebar)
2 biji tomato segar
2 biji buah keras
Halia (dalam dua inci)
(Bawang, bawang putih, tomato dan halia dikisar)
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
(Sos tomato dan sos cili ini kuantitinya ikut selera masing-masing)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam penambah perisa.

TAMBAHAN:

  1. 1 tin kecil kacang pis
  2. 1 biji bawang besar (dihiris bulat)

Cara Membuatnya:

  1. Ayam digoreng terlebih dahulu. Tak payah sampai garing, memadai separuh masak. Setelah siap, asingkan.
  2. Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang dimesin tadi. Kacau dan biarkan sehingga naik bau atau sehingga cili masak.
  3. Masukkan susu cair, air, sos tomato dan sos cili. Kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ayam, serai, bunga lawang dan kulit kayu manis. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Jangan lupa masukkan sedikit garam.
  5. Akhir sekali, masukkan kacang pis dan juga bawang yang dihiris bulat. 

Thursday, April 18, 2013

Resipi: Daging Masak Hitam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok..tuan puan sekalian…seperti yang dijanjikan..resipi seterusnya yang enak dimakan bersama dengan nasi briyani adalah….

Daging Masak Hitam



Bahan-bahannya:

500 gm daging (nak best pakai daging batang pinang..dipotong nipis,dibersihkan dan diperap bersama kicap, serbuk lada hitam dan sedikit gula. Kalau pakai kicap manis, tak payahlah tambah gula dah..). Kalau tak suka lada hitam, boleh saja untuk tidak diletakkan tapi aku adalah peminat tegar lada sulah dan lada hitam…hehehhe

2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kas-kas
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
(Cili Kering, bawang besar, bunga cengkih dan bunga lawang ini dimesin)
2 biji tomato (setiap satu dipotong empat)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Sedikit halia, bawang merah, bawang putih dan daun kari untuk menumis. Hidangan ini memang banyak guna bawang, nak bagi rasa manis bawang untuk membangkitkan rasa daging. Fuhhhh..dah rupa chef bertauliah dah..menangis kalau Chef nengok kaedah aku memberikan tip ini…hehehhe..

Ok..cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan untuk menumis.
  2. Kemudian, baru masukkan bahan yang dimesin halus pula.
  3. Biar sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian baru masukkan daging yang diperap. Kacau dan biarkan sehingga daging tadi masak atau lembut.
  4. Bila daging sudah masak, baru masukkan tomoto, bawang besar yang dipotong bulat, kulit kayu manis dan buah pelaga. 
  5. Akhir sekali baru masukkan daun bawang dan daun saderi yang telah dihiris halus. 

 Aku memang penggemar tegar daging masak hitam ni..huh, sambil mengupload gambar ini pun terasa sudah kecur liur...ok, aku hutang lagi dua resipi iaitu ayam masak merah dan dalca daging. Resipi nasi briyani yang aku buat ni, lauknya asing-asing. Kalau setengah resipi tu, lauknya dimasak sekali ke dalam nasi. Insya-Allah, mungkin next time aku akan cuba resipi yang itu pulak...

Sign off dulu ya..tatatititutu....

Wednesday, April 17, 2013

Moments of LOVE #3: Main belon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada satu hari tu, time aku di Pekan Lama Ipoh..aku singgah satu kedai ni...nak beli biskut sebenarnya..then..tetiba mata ni cepat tertangkap pada satu objek yang tergantung di tepi kaunter..rasa suka yang amat sangat..macam budak-budak je lagaknya...taraaaa...ini dia bendanya!!!!


Kawan-kawan...ingat tak dengan belon ni??? yang kita tiup pakai straw tu....hehehhe...suke main time kecik2 dulu ni...ohhh, I miss my childhood time.. ;-(


Sifu siap sedia nak ajar anak cara meniup belon pakai straw...ready kakak!!!


hahahah..sekali terbalik daa kakak..salah tiup tu...


Ok..meh bapak tunjukkkan...actually bapak pun excited sama nak main ni..kan..kan...???


Wahhhh...berjaya!!!


Ok...sekarang berebut plak dahhhhh...stop2...jangan berebut...nanti ibu beli lagi 10 hokeeeyyyy... (bunyikan loceng..), anak, bapak..sila bersurai!!!!

Tuesday, April 16, 2013

Resipi: Nasi Briyani Kukus


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok..marilah mari, cepat menulis…hehehe..sementara my lil kakak masih lagi kuar jenjalan bersama Mak Ngah dan Opah…amboiii, berjalan sakan ye, ibu balik umah kakak xde ek…kebetulan Mak Ngah pun baru abis internship…so ape lagi..berjimbalah ya..

Baiklah, entry ni sebenarnya dah lama sangat nak ditaip..ade kot berlaku dua bulan lepas…isk..isk..apakah lambat sangat mau diupdate…hehehhe..dua bulan lepas, M.I.L aku datang ke Ipoh…so apa nak masak makan ni? Kata nak datang lunch kan..so tetibe hati ini ada berani mau masak nasi briyani…hebat sungguh cita-cita! To be honest, aku tak pernah pun masak nasi briyani. Tapi ok kot kalau nak dicuba. Aku guna resipi dari buku resipi antik mak aku..heheheh…

Nasi Briyani Kukus

4 cawan beras Basmathi (rendam selama satu jam, kemudian toskan. Aku guna Faiza)
4 cawan air
1 cawan susu cair

2 sudu besar rempah briyani (juga aku guna jenama Faiza)
2 sudu besar serbuk kas-kas
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
(bawang merah, putih dan halia ni dimesin dan dicampur dengan rempah briyani dank as-kas tadi)

12 biji buah badam
12 biji buah gajus
(direndam dalam air panas dan dimesin)

1 cawan minyak sapi
2 helai daun pandan
Kulit kayu manis dan bunga lawang (untuk naikkan bau harum, kalau tak suka, jangan letak..ikut citarasa masing-masing)
Sedikit garam dan gula

Cara Membuat:

  1. Sediakan tempat pengukus dan panaskan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang yang telah dimesin bersama rempah sehingga naik bau. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan air, susu cair, badam, gajus, garam dan gula. Kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan beras yang telah ditos, kacau seketika.
  5. Kemudian, setelah adunan sebati bersama beras, alihkan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama setengah jam.
  6. Setelah setengah jam, buka penutup dan gaul sekali lagi. Masukkan kismis, gajus dan daun pandan. Nak bagi warnanya cantik, titiskan pewarna kuning dan merah. Hati-hati waktu titiskan pewarna ini, takut terlebih. Sebaiknya jangan dikacau lagi setelah dititis pewarna, takut warna akan sebati, dan hanya jadi satu warna sahaja nanti.Kukus untuk 15 minit lagi.
  7. Kacau nasi dan tutup api setelah nasi dimasak.

 Fuhhhh…siap satu bab…lega cubaan menjadi! ;-)

Inilah hasilnya…



Apakah maknanya hidangan nasi briyani tanpa dalca, daging masak hitam dan ayam masak merah? Tunggu ya di next entry…kena stop dulu…kakak sudah pulang…..sat gi dia pun mau menaip sama…heheheh..

Ok..tatatititutu….


Saturday, April 13, 2013

Resipi: Minum Petang dengan Nutella Puff

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, minggu ini masih dapat menikmati cuti hujung minggu...seronok sangat! Hanya luangkan masa dengan 'my kakak' and Incik Daus di rumah..

Hmmm...bila bersama dengan my sayang2, macamlah idea nak buat..so hari ini kakak, jom kita baking together2...yeayyyyy, kakak pun lompat sambil angkat tangan tanda suka!!!...hmmm, kakak memang suke nak tolong...ahaks!

Memandangkan aku mengundang kakak sebagai chef jemputan, haruslah resipinya mudah dan boleh dilakukan bersama tanpa menghuru-harakan dapur Opah..jadi idea kreatif aku (cewahhh...kreatif sangatlah...heheheh..), nak bikin Nutella Puff..kata nak resipi mudah dan ringkas, so pakai je apa yang ada, tak perlu nak adun bagai...

So, bahan-bahan yang aku guna adalah..taraaa!!!

Yang takde dlm gambar adalah jem anggur dan gula aising ok...puff pastry tu aku pakai jenis yang itu...oklah, lembut hasilnya...
Ini cara membuatnya..aku susun gambar mengikut urutan langkah-langkah..senang saja.... ;p

STEP 1

STEP 2

STEP 3
Jangan lupa untuk panaskan ketuhar pada suhu 180'C, bakar selama 10-15 minit.

Dan hasilnya adalah....

Bila dah kuarkan dari ketuhar, biarkan dalam seminit sebelum taburkan gula aising di atasnya. Tabur  waktu puff di atas dulang pembakar ya..sebab kalau angkat time panas, takut hancur nanti sebab dohnya lembut

Sedia dimakan...heheheh
Memang mudah dan sedap sebab filling die leh ikut citarasa masing-masing. Kali ini aku campurkan nutella ngan peanut butter, jem anggur dengan peanut butter...so ada dua jenis campuran filling dia...kalau nak letak nutella saja pun tak ada masalah..atau nak letak jem nenas ke..ikut sukalah ya..

Uppps...hampir aku lupa..mana ek chef kecik ibu yang semangat nak tolong ni...


ermmmm...





ermmmm...






errrrmmmmm....





Laaaaaaa....buat ape tu nakkkk.....??????






Ok..mula2 pakai jari...meh rasa skit...


Ok..ibu tak 'histeria'..buleh diteruskan lagi..mula kena buat2 serius..hmmm..sedap gak makan cam gini..


Dan sekarang..abis sudu ibu guna nak scoop filling, jadik sudu kakak..sudah comot penuh ngan nutella...



amboooiiii..cumelll la mulut comot cam gitu...aishhhhhh....itulah Chef Cilik Buah Hatiku...

;-)