Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, August 23, 2011

Maaf, memaafkan, dimaafkan...kemaafan

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).



'Maaf' satu ungkapan yang boleh dikatakan sangat 'popular' di kalangan masyarakat kita. Minta maaf, memaafkan dan dimaafkan, sewajarnya kita lakukan setiap hari, setiap malam sebelum kita tidur. Itu yang aku faham time attend satu kursus last year. Tapi kita 'upacara maaf dan memaafkan' adalah upacara hebat penuh airmata di pagi raya. Dan benarkah kemaafan itu ikhlas? Some peoples said, easy to forgive but not to forget! Wooo...apa kes?

Adakah aku ini jenis yang mudah memaafkan? U olls pula macammana? Memohon maaf, sorry, please forgive me, uisshhh..sangat senang nak sebut. Atau adakah sorry seems to be the hardest words, bak kata Elton John dalam lagunya itu. Hmm...susah nak cakap. Kalau dulu, aku benci giler dgn org yang sangat suka mintak maaf. Sikit2 mintak maaf. Sebabnya bagi aku, orang yang suka mintak maaf ni adalah orang yang sangat mudah mengulangi silapnya. Yes, people make mistakes, but do not repeat the same mistakes over and over again!

Tapi sekarang, aku belajar utk menjadi lebih positif. Belajar untuk sentiasa berlapang dada. Mungkin dalam sesetengah situasi, 'Kemaafan mampu menjadi dendam yang terindah'...

 Dan hakikatnya aku sedar bahawasanya iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).







Thursday, August 18, 2011

Gula-gula CINTA...

Apa itu ‘Teru teru bozu’? Siapakah, mengapakah demam itu masih melanda sukmaku ini? Oh, tersangatlah adore sampaikan masih lagi suka sama itu doll kecil, si ‘teru teru bozu’..semuanya penangan drama jepun yang popular tahun 1998 dulu, ‘With Love’..yang pastinya dibintangi oleh ‘boyfriend’ yang selalu ‘harus’ dikendong ke dalam peti angan2 ..ahaks..

 as Hasegawa Takashi



Peh..sgt ensem..kih...kih..kih.. (terasa mcm remaja plak usia ni..hahaha)


Tomeynye cenyumm..berdarah rasa hati..

Friday, August 12, 2011

Siapakah nama anda?

Watashi wa Erny Hernani desu. Anata wa?

Ewah2..saja nak refresh kenangan belajar Jepun dulu dengan sen sei yang sangat ensem di usianya! ;-)

Bukan, kita bukan nak citer tentang Takashi atau anime cartoons..tidak sama sekali! Kita nak bercerita tentang ada apa pada nama? Beberapa hari ini telah berurusan dengan seorang jejaka. Setiap kali dia mesej, email atau telefon dia pasti akan memanggil diriku ini dengan nama penuh. Satu perasaan halus wujud menjalar ke jantung hati, arghhh..tak mungkin cinta! Itu memang kes parah, leh terlantar kat ICU tu..hihii..cumanya rasa seronok, rasa best sangat2 bila disapa dengan nama penuh. To be precise, rasa dihargai kerana namanya diingati. ;-) Terima kasih wahai jejaka...

Macam senario sekrang ni, nama penuh saja berjela2. Kadang2 nama anak sampai tiga empat suku kata tapi bila di bin atau di bintikan dengan nama bapak, nama bapaknya alahai sejemput jer bunyinya. Tapi bila dah besar, nama penuh yang panjang tu (yang memerlukan ibu dan bapa membuat kajian berbulan lamanya) sudah tukar menjadi nama panggilan yang lain. I also experienced this, membesar dipanggil "Yang.." kalau tanya kawan2 sehingusan di kampung halaman, "Saya mencari rumah Erny Hernani"..silap haribulan, anda pasti dapat jawapan.. "aaaa..siapa?" they use to know and to call me as "Yang" atau "Along".

Nama memberikan pengertian yang cukup tinggi bagi seseorang. As for me, nama itu ibarat 'darjah kebesaran tertinggi' yang kita akan bawa sampai bila-bila. Bila nama diglamorkan atau dipendekkan, tak kesian ker pada mak ayah yang berhempas pulas mencari kombinasi nama yang indah dan punya makna itu? Apa, mak ayah sendiri yang kasik nama glamor tu? Contoh; Baby, Gegurl, Manja..and the list goes on.. Errkk..I reserve my comment...uhukk..uhukk..

Teringat waktu nak memberikan nama kepada anak2 kami last year. En. Daus seperti biasa lebih gemar dengan nama2 klasik untuk anak perempuan dan nama2 yang berbunyi penuh kelelakian untuk anak lelaki. 'Perang Mulut' manja2 pun tercetus mempertahankan cadangan nama masing2. Last2 En. Daus pun mengalah..hihihi..i loikeee..tapi bersyarat..nama anak tak boleh lebih dari dua suku kata. Setiap nama anak kena berbeza2 kerana menurut kata En. Daus biarlah setiap seorang anak itu mempunyai nama masing2 yang tersendiri which means tak nak ada nama 'ikatan' like kalau semua nama depan adam, kalau tiga anak lelaki pun kena mula dengan nama adam. Walaupun anak kembar, En. Daus tetap nak bagi nama lain2. Syarat yang paling penting, pilih nama yang mudah nak disebut oleh nenek2nya serta moyangnya. Your request are my command your highness...hihii..Maka dapatlah kami nama Saffiya Arissa yang membawa maksud suci, bersih dan kuat. Untuk arwah kami namakan Durratul Khaleeda (Mutiara yang kekal abadi..dia abadi dihati kami...al-fatihah).

Anda pula bagaimana?

Thursday, August 11, 2011

Kisah Ramadhan Bersamamu...

Alllooowww fans... (uissshhh..aderker? hihii..) smalam akhirnya diri ini tewas jugak..bukan tewas akibat pertarungan lumba lari 4x100m tetapi akibat flu yang mengganas. Ditambah plak ngan cuaca yang tak menentu mendatangkan rasa perit di anak tekak. Cuba bertahan dari ahad hari tu, tapi adooi...gagal! Lagi hebat sebab tak cukup tido, maklumlah my 'tomei tomeito' itu mungkin berasa bahang malam, so every hour akan bangun menagih BF. Maka digagahkanlah diriku yg sudah tak berapa gagah ini untuk bangun BF. Akhirnya smalam, lepas sahur, telan ubat, subuh..then I'm gone...At 7.30a.m terasa tangan2 halus menepuk2 muka sambil merengek2..aduss.. "Sayang tidur nak..ibu tak larat sangat ni..ibu tak sihat"..adakah dia akan faham? warggg...ditampar2nye lagi wajah ibunya yg tak berapa mulus ni..hingga akhirnya her opah come to the rescue..see the jam, cuba bangun nak g office..owwhhh...gempakah ini, berputar2..sume dah nampak double2 jerk..end up, I fall pengsan at my lovely bed..sampai ke 11.45a.m. Huh! Berat sungguh penangan 'TIDAK MENDAPATKAN REHAT YANG CUKUP' ini..so text my boss...I made up my mind, EL.

Errr...itu baru intro, intro yg takda kena-mengena langsung dengan tajuk syarahan yang bakal dibawakan oleh 'Cik Teru Teru Bozu' kita pada hari ini. Malam semalam as we watched 'Bersamamu'..hati terkedu sayu melihatkan penderitaan seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami selepas kakinya dipotonng 7tahun lalu akibat diabetis. Ditinggalkan dengan 2org anak lelaki. Apa yang sangat meninggalkan kesan dihati adalah keinginan mereka untuk menikmati ayam goreng KFC. Tiba2 rasa emosi, mungkin penangan 3 series..hihihi..Uppss sori..selingan only! ;p

Cuba bayangkan seumur hidup mereka, itu yang paling diimpikan..KFC. Kita? KFC tu ibarat makanan hujung minggu kalau tak keterlaluan dikatakan. Musim2 bulan Ramadhan ini, cuba dikira berapa banyak yang kita membazir? Tengok itu selera, tengok ini terliur..semuanya nak. Tapi masuk tak semuanya ke dalam perut? And I learn my lesson from that. Beli sekadar yang nak makan, biarlah orang nampak kita berbelanja macam orang kemut a.k.a tangkai jering. I don't care. Dari membazir masuk ke incik tong sampah, lagilah kesian kan. Sebaiknya lagi masaklah apa yang kita nak makan. Lebih jimat, lebih terjamin tahap keselamatannya supaya takda yang akan berakhir dengan keracunan makanan.

Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).


Ini tip berbuka cara sihat dari 'Cik Teru Teru Bozu'.. (my twinny sis..hahaha...)

1. Berbuka puasa dengan kuih saja sudah mencukupi sebenarnya. Kuih manis seperti tepung talam, pulut seri muka juga mengandungi kalori yang tinggi. Begitu juga dengan murtabak. Cer check kiraan kalorinya:

Lepat Ubi ( 1 ketul) = 177 kcal
Lepat Pisang ( 1 ketul) = 190 kcal
Ketayap ( 1 ketul) = 140 kcal
Tepung Pelita ( 1 biji) = 101.3 kcal
Pulut Seri Muka ( 1 ketul) = 192.2 kcal
Koci Pulut Hitam ( 1 ketul) = 163.6 kcal

Hmmm...cer total up anggaran kalori anda tiap kali lepas berbuka...so don't surprise2 if your body weight increasing this fasting month..itu baru makanan pembuka selera jer tuh..

2. Banyakkan minum air walaupun di bulan puasa. Pastikan anda minum anggaran 2@3 gelas sewaktu bersahur dan begitu juga selepas waktu berbuka. Sebaiknya peruntukkan 1 gelas susu untuk diminum ketika bersahur dan sebelum tidur.

3. Buah-buahan jangan dilupa. Kurma juga sangat berkhasiat. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gula semulajadinya 50 hingga 57% glukosa. Kandungan gula semulajadi ini mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh dan disebabkan itulah kita disunatkan untuk berbuka dengan sebiji buah kurma.

4. Jaga kuantiti makanan yang anda ambil. Jangan makan mengikut nafsu. Anda perlu faham yang anda tidak banyak melakukan aktiviti berat di waktu malam, jadi untuk apa kalori berlebihan itu.

Dan Cik Teru Teru Bozu tahu anda akan berkata " Ala..setahun sekali je nak merasa makan itu ini, lagi2 nak fikir diet seimbang." Ermm..sometime me too being trapped in this kind of thinking. Akan tetapi...marilah kita beringat2 sebelum terkena..I ingatkan U untuk mengingatkan I pada diri sendiri juga.. ;-)

Sekian... (tunduk skit sambil silang kaki..sila2lah clap2.. hihihi)



Tuesday, August 9, 2011

-Missing my soul-

Selamat menyambut Ramadhan...dengan harapan masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkannya. Huh! Lama sungguh tak menjengah ke ‘rumah keduaku’ ini..sibuk? Hmm..alasan yg sangat klise dengan status kerjayaku ini tapi itulah hakikatnya. Sibuk berbengkel dan bagai..outstation ke pelusuk negeri (mcm bertapa jer bunyinya ;-) ). Sampai mak aku pun cakap, “Anak tu nanti membesar kat atas jalan jerlah..”..hihihi..mana aku pergi aku kendonglah si kecik itu, tak boleh tinggal wooo...She is the beat of my heart! Hari ni pun sibuk juga maka dengan itu hadirlah entry tanpa intro yang jelas apatah lagi isi yang bernas. Tanpa 5W’s and 1H, ilmu yang aku tuntut saat masih berstatuskan pelajar jurusan Komunikasi dan Media (Kewartawanan) dulu. Ini kerana saat ini ada kemelut ‘tarikh mati’ sedang berlangsung di sini tetapi minda aku pula sibuk juga nak melayang2 entah ke mana saja..apa yang aku rasa? Ini mungkin.....



Seriously that I am losing this...
Separated pieces into pieces...
I tried so hard not to let it happened
But I don’t know how, I really don’t..
I really hope this wasn’t what I feel
I really hope this is not right..
I wish that my mind just want to play around in a hallucination world
Wishing that my heart strongly stand still...
Pray to ALLAH that my heart is still in piece...