Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, February 28, 2013

Tip Memilih Barangan Keperluan Bayi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alllooowww...

Huh, hari ni jiwa sangat kacau bilau..dua tiga ari ni dah rupe P.I...mengumpul bahan dan bukti...bukti ape, uppppssss....saje, dulu kan cite2 nak jadik lawyer, time ni pun la kalau nak practise buat hujah2 bernas...tadi sepanjang hari event kat RTC Gopeng..besor rupenye tempat ni tapi sayang tak ramai orang...

hmmm...ok, bagi mengurangkan rasa stress, apa kata kali ni sembang pasal my kakak tomeitomeito...

Our ‘kakak’ kan dilahirkan preemie’s, jadinya, kulit dia sangat sensitif. In fact, sampai sekarang aku masih lagi menggunakan sabun cuci baju khas untuk dia yang ‘Hypo-Allergenic’. Baju ‘kakak’ pun akan aku basuh berasingan, maksudnya takkan dicampur dengan baju kami yang lain. Pernah dulu, bila dia dua tahun, aku ingat bolehlah kot nak cuba tukar sabun basuh baju ni..dan kesannya, bila dia pakai baju, dia akan gatal2 dan mula naik merah2. So terpaksalah kekal setia dengan sabun ini. So far, memang sabun basuh baju ini sangat sesuai untuk ‘kakak’. Aku pernah try tukar jenama lain, dari jenis liquid jugak, tapi tettttt, kulit dia xmau terima. Baiklllahhh anakku.. ;p



Sabun mandi ‘kakak’ pun sama, dulu kami memilih yang jenis  ‘Hypo-Allergenic’ juga, tapi jenama Johnson’s & Johnson’s saja. Alhamdulillah, dia serasi. Tapi biasalah, mak aku selalu komplen cucu bau tak wangi walaupun lepas mandi…hehehe…Yelah, sabun dengan rumusan ‘Hypo-Allergenic’ ini memang takde bau ya kengkawan. Then, aku try tukar yang ada bau skit. Itu pun bila dia dah umur nak masuk dua tahun.

Bedak, sampai sekarang aku masih xbagi ‘kakak’ pakai sebab pernah dulu kami cuba, terus naik merah-merah. Sebab lain, dulu time aku pergi satu seminar kesihatan tentang Penyakit Asma, doktor yang kasi ceramah tu memang tidak menggalakkan pemakaian bedak bagi bayi kerana dibimbangi molekul bedak tu boleh menyebabkan gangguan pernafasan atau alahan. Seperti yang kita sedia maklum, baby yang dilahirkan preemie’s ini sistem pernafasan dia tidak begitu kuat sewaktu kecil, malahan antibodinya juga lemah. 


Dan ini satu lagi produk yang aku masih pakaikan pada dia sampailah sekarang. Tapi ini antara produk yang aku sangat suka. Sebab bau dia wangi, macam coklat…rase nak makan gitu..hahah! Buleh gitu? Krim ini boleh elakkan dari ruam-ruam merah pada punggung dan celah peha. ‘Kakak’ tak tahan jugak kalau pampers dia dipakai lama… hmmm, my daughter! Ini gak salah satu problem anak pra-matang, kulitnya sangat sensitif. 





Apa pun pada aku dalam memilih barang keperluan untuk anak-anak adalah KESERASIAN bukan jenama. Kadang-kadang, kalau kita pilih jenama mahal sekalipun, kalau xsesuai untuk anak kita, masih kekal tak sesuai juga. Pada akulah, yang penting:



  1. Senaraikan keperluan secara umum. Sekiranya anak anda dilahirkan tanpa sebarang kondisi kesihatan tertentu, bajet dilihat sebagai kriteria utama dalam memilih barang.
  2. Cuba lihat adakah produk itu serasi atau tidak dengan anak anda (TERMASUK SUSU FORMULA). Perhatikan sebarang kesan dalam tempoh 1-7 hari selepas pemakaian kali pertama.
  3. Teliti kandungan sesuatu produk.


Dan sebagai ibu yang concern terlebih, ini kandungan ekstra dalam beg aku tiap kali kami kuar…heheheh…


EKSTRA TIP: Kulit baby yang baru lahir selalunya kelihatan merah, berkedut, kering dan adakalanya agak mengelupas. Kulit baby ni akan perlahan-lahan adapt dengan situasi luar. Lama kelamaan akan hilang. Jadi, janganlah risau sangat ya. Dalam masa sebulan, oklah. Satu lagi, untuk ibu-ibu yang ada anak yang lahir pra-matang ini banyak bulu roma halus di muka dan belakang badan. Anak aku pun hadapi situasi yang sama...selalu opah cakap "Kesian cucu opah ni, banyak betul bulu badannye...bila besar nanti macam manalah..." ...hehehhe..buleh wax kot opah....ahaks! ;p Selain itu, susu badan adalah penawar paling mujarab nak cegah demam kuning. Dan susu ibu jugaklah yang berupaya membantu menguatkan antibodi anak pra-matang, ini aku observe dari pengalaman sendiri...

So, pilihan tepat terletak pada keserasian baby anda....

Itu saja ya tuan puan, knowledge sharing..ta ta ti ti tu tu!

Harta paling berharga buat kami....alhamdulillah....


Tuesday, February 26, 2013

Tawakal


Minggu ini minggu yang sukar
Hari ini jiwa jadi kelam
Hati jadi kacau
Minda mulai celaru
Hanya hati yang cuba tabah
‘Tawakal’ menggerak diri

Manusia menindas manusia
Ditindas manusia yang bijak ambil ruang dan peluang
Dari penindasan yang bermaharajalela
Jika ditangan manusia, manusia itu menang..
Moga doa manusia yang ditindas ini
Didengar untuk dibela yang MENCIPTA…

Ya Allah, bantulah hamba-MU ini…..


AKU: Terasa emosi merudum...

Friday, February 22, 2013

Jom Terokai Perak: Jomle singgah di Kuala Kangsar


Ini kisah jenjalan pada minggu tahun baru cina yang lepas. Punyalah lama baru sempat nak update, ini pun aku tak janji berapa episode kisah ini akan jadik…hehehe…
Aku ada dapat baucar penginapan percuma time dinner company last year. Sekarang barulah sempat nak p..itupun sebab tarikh mati baucar tu ujung februari ni…heheh..ke Taiping Golf Resort. Tapi sebelum ke sana, atas urusan kerja (ya…walaupun hakikatnya aku bercuti)…singgah kejap di Kuala Kangsar Bandar di Raja.

Disebabkan itu hari Jumaat, sementara menanti Incik Daus p solat merangkap menunggu urusan kerjaku selesai juga (sebab break solat jumaat kan...), aku pun melepakkan diri bersama my lil' kakak di sini...


 Ini area Persiaran Sayong Kuala Kangsar. Ada perkhidmatan bot kalau sesiapa nak menyusur sungai ni. Tapi aku ngan kakak duduk jer..tengahari plak tu kan..sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Allah..Subhanallah..

Ini muka kakak cuak sebab nak jalan meniti jambatan kayu ini..amboiii kakak, bandarlah sgt yer...tak mau..tak mau..jgn forget the land okeyyy...

Selain dari pemandangan ini, dekat kawasan ini juga ada medan selera yang terkenal dengan laksa dan juga cendolnya. Ini ha kat bawah ni...


Kat dalam medan selera ni, macam-macam kedai ada. Pilihlah ya. Laksa Kuala ini kalau dibandingkan dengan Laksa Kedah, Laksa Kuala kuahnya cair tapi ikan tu terasa. Kalau laksa kedah, isi ikan tu nampak tebal-tebal ajer..ini dari pemerhatian aku yang tak berapa nak makan laksalah..hehehe


Nak shopping barang-barang kraf..haaa...kat atas ni la tempatnya..semua dekat2 jer..

Disebabkan lapor, aku ngan kakak, pilih dulu tempat makan. Tempat makannya adalah...


Tempat makan ini dalam kawasan yang sama tetapi lebih hampir dengan jeti bot tadi. Tapi kakak buat drama, tempat ni kucing banyak..kakak dok "Bu..akuuuttt Bu...", yang ibunya ni pun sama takut gak ngan kucing. Tapi depan anak kan..kenalah berlagak 'iron lady'..hmmm, walhal dalam hati.."Alahai..manelah Incik Daus ni..." Incik Daus berani ke plak dengan kucing despite janggutnya yang kunun MACHO itu..hahahah....sape nak tulun jawab... ;p


Cer nengok wajah makan sambil stress sebab takut kucing panjat kaki...heheheh...


 Ha..opposite of her Ibu, my kakak sangat suka makan laksa. Tapi hanya dengan kicap ye tuan puan..senang2 jer leh dihabiskan itu...

 Dari dok makan tadi, mata sibuk usha kakak jual kuih muih ni...sebab nampak tuuuu...itu kegemaran Incik Daus...Apam Beras yer...maka aku sebagai isteri mithali (ada unsur-unsur mengampu disitu..kot2 leh dapat gelang lipan ker...ahaks! ). belikanlah. Tapi yang goreng-goreng tu, u allls semua tinjau2lah minyaknye yer...tepuk dada tanya kolestrol..heheheh...bukanler sebab aku ni kemain healthy diva sgt...tapi ade unsur kehitaman yang melampau menandakan udah terlalu banyak digunakan ulang dan ulang...


Inilah rupe Apam Beras yang gebu, suci lagi bersih itu...dimakan bersama kelapa parut yang dicampur secubit garam..jadik lemak-lemak gitu...cubelah kalau ke kuale yer...

Selain laksa dan apam beras ini, Sayong, Kuala Kangsar juga terkenal dengan pembuatan labu sayongnya. Aku dulu time kawin, meh order kat siniler wei cenderamata berupa labu sayong yang diwarnakan chrome...tak ingat nak explain gak..heheh...

Menjelang nak balik....Yeayyyy!!! Muka kakak yang sudah berani...senyum gitu...


Baiklah..sampai sini dulu...bersambung ke Taiping sooonnnnn...

Thursday, February 21, 2013

Apa BAHASA CINTA anda berdua? Janganlah malu...jomlah kongsi.. ;-)


Kalau dulu seiring dan sejalan hingga akhirnya memperakui betapa sehati sejiwanya anda berdua. Namun kini, segalanya menjadi satu episod indah dalam lipatan kenangan. Kesannya, minda terganggu dan anda merasakan anda kehilangan diri anda yang dulu. Ke pejabat, rasa tertekan dan bila pulang ke rumah timbul pula rasa stres yang bukan kepalang! Mengapa tiada lagi riak gembira? Mengapa tiada lagi aura positif? Mana hilangnya? Ewahh, kemain lagi intro...

Memang diakui, adakalanya semakin lama usia perkahwinan semakin sukar untuk pasangan kekalkan sifat romantik, rasa kasih sayang walaupun sekadar rasa ambil berat. Orang tua-tua selalu pesan, tempoh 5 tahun awal perkahwinan dianggap sebagai fasa pertama paling crucial...huh! Aku dan Incik Daus xlama lagi insya-Allah, genaplah 5 tahun itu....alhamdulillah...

So, aku just nak share, apa yang selalu membuatkan pasangan lost rase loving2 ini...kebetulan balik tadi mendengar topik dalam Red.fm...

Anne Sheffield dalam bukunya Depression Fallout: The Impact of Depression on Couples and What You Can Do to Preserve the Bond menyatakan bahawa minda yang terganggu akan mewujudkan rasa depresi di antara pasangan. Gejalanya bermula dengan rasa jauh hati, mudah beremosi, diburu kebimbangan akan ditinggalkan atau sentiasa tidak berpuas hati dengan perhubungan yang terbina. Kesannya akan membuatkan seseorang itu mulai kehilangan minat untuk bekerja atau sudah tidak mahu lagi menikmati aktiviti riadah bersama teman-teman, keluar berdua bersama suami hingga akhirnya langsung hilang minat untuk menikmati perhubungan suami isteri. Tiada lagi rasa sensual yang terbina malah sering dibelenggu rasa rendah diri.

Seterusnya menurut Gary Chapman di dalam bukunya The Five Love Languages: How to Express Heartfelt Commitment to Your Mate, jarang sekali suami dan isteri memahami ‘bahasa cinta’ masing-masing. Pernahkah anda terfikir mengapa apabila usia perkahwinan melewati tempoh lima tahun, belaian manja atau ayat-ayat cinta tidak mampu lagi menjadi ‘getaran’ hebat disanubari? Ini kerana anda berdua kini berbahasa cinta yang berbeza! Kekeliruan akan mula timbul di mana anda semakin tidak memahami antara satu sama lain. Si suami hanya menunjukkan tanda cinta dengan memberikan pendapatan pada keluarga dan si isteri menyangka dengan melayan suami maka sempurnalah ikatan cinta itu. Kesannya, kemurungan, rasa tidak dihargai dan tekanan perasaan melanda jiwa. Bagaimana bagi anda mahu mendidik anak-anak untuk mewujudkan minda yang sihat jika minda anda sendiri celaru?

Kenali BAHASA CINTA kalian berdua…

Terima dia seadanya!

Mahu si dia menjadi seperti mana yang anda inginkan hanya akan mendatangkan rasa tertekan di jiwa. Ya, terutamanya dalam 10 senarai anda yang panjang dan dia hanya mampu memiliki tiga kriteria sahaja. Jadi, belajarlah bertolak ansur dan sentiasa percaya bahawa sebagai pasangan kita perlu saling lengkap melengkapi. Mengadili pasangan anda adalah sifat ego yang akan menjauhkan lagi kalian berdua. Terima kelemahannya dan gunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk membina sebuah perhubungan yang sihat.

Erti sebuah penghargaan

Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk menghargai! Pasangan yang tahu menghargai sumbangan masing-masing dalam perhubungan akan membina sebuah ikatan yang kuat. Kesannya, pasangan tersebut akan lebih fokus untuk memikirkan bagaimana memperbaiki hidup dan bijak merancang masa depan. Apabila sebuah ikatan itu kuat, anda akan mampu menerima kegagalan dengan minda yang lebih positif kerana anda tahu anda memiliki seseorang yang sentiasa menyokong anda. Hargailah dan berikan motivasi pada pasangan anda melalui kata-kata dan perbuatan. Ucapkanlah terima kasih walau pada ketika itu dia hanya membantu anda mengangkat baju di jemuran. Mudah bukan?

Jadikan juga kebiasaan untuk mengucup dahi pasangan dan anak-anak sebelum melangkah ke pejabat. Ia akan memberikan rasa gembira pada mereka dan pada diri anda juga agar mampu melangkah dengan matlamat untuk terus membahagiakan insan yang anda sayangi!

Sentiasa bermurah hati…

Adakah hati anda akan berbunga bahagia apabila suami anda pulang dengan membawa hadiah istimewa sebagai kejutan? Adakah cincin perkahwinan menjadi aset paling berharga buat anda? Jika ini adalah sifat anda maka bagi anda pemberian suami adalah satu hal yang penting untuk anda berasa dicintai. Anda pula sebagai suami, cuba hayati riak wajah si isteri saat anda melakukan semua ini. Jika gembiranya bukan kepalang, maka itulah ‘bahasa cinta’ isterimu. Hakikatnya, isteri anda tidak memerlukan hadiah yang mahal. Kalau anda hanya memetik bunga di laman dan menghadiahkannya sebagai kejutan, itu sahaja sudah membuatkan dia merasakan betapa romantisnya anda. Jika tidak berkesempatan, peluklah isteri anda setiap kali pulang dari kerja. Ini kerana pelukan mesra dari suami mampu membuatkan keletihan si isteri menguruskan rumahtangga lenyap tanpa dipinta.

Beri sokongan dan galakan

Fahami pasangan anda dengan rasa kasih dan empati. Rasai apa yang dilalui pasangan anda terutamanya ketika dia sedang menghadapi dugaan dalam hidupnya. Masalah dia adalah masalah anda juga. Jadikan diri anda pendengar yang setia. Individu yang berasa dirinya tidak diperlukan akan lebih cenderung untuk mengalami kemurungan dan tekanan jiwa jika dibiarkan berpanjangan.

Bergurau senda membawa bahagia!

Mengapa perlu malu untuk terus mengusik manja pasangan anda meskipun usia perkahwinan sudah melewati 10 tahun? Bergurau dan mengusiklah kerana ketawa yang lahir dari kebahagiaan itu mampu melembutkan hati dan menenangkan minda. Pasangan yang sentiasa ketawa bersama akan melalui fasa perhubungan yang sihat hingga mampu menangani setiap masalah dengan berhemah. Jika pasangan anda suka ketawa, maka wujudkanlah sebuah hubungan mesra melalui lawak spontan yang bersahaja. Mungkin itu ‘bahasa romantis’ yang didambakannya!

Kualiti masa bersama

Jika emosi anda mudah terganggu dan berasa sunyi saat suami tiada di rumah atau bekerja di luar kawasan, maka ‘bahasa cinta’ yang perlu anda cari adalah kualiti masa bersama.

Menghabiskan waktu bersama bukanlah hanya sekadar makan atau menonton televisyen bersama sebaliknya harus fokus pada satu sama lain. Contohnya, berbual tentang apa yang berlaku dalam hidup masing-masing. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti yang menghubungkan anda berdua secara langsung seperti solat bersama, berbasikal bersama atau berkhemah.

Zahirkan rasa kasih melalui perbuatan…

Jika anda masih belajar untuk membuang ego demi melafazkan ‘Aku cinta padamu..’, apa kata lakukan perkara kecil ini terlebih dahulu. Hulurkan bantuan pada pasangan anda saat die berhempas-pulas melakukan kerja rumah. Jika anda suami, bantulah isteri mengangkat baju, mengelap lantai atau membuang sampah. Bagi isteri, bantulah suami berkebun atau sediakan secawan kopi saat dia leka membaca buku. Beban kerja rumah pun berkurangan malah hati pun semakin gembira.

Kuasa sentuhan…

Jika anda suka bila isteri anda membelai rambut anda maka anda gemarkan sentuhan lembut. Ada ketikanya hubungan seksual bukanlah agenda utama sebagai luahan cinta yang anda inginkan dalam hubungan suami isteri sebaliknya sekadar sentuhan lembut. Berbuallah dengan pasangan anda sambil anda memeluk bahunya. Percayalah, ia mampu meredakan tekanan yang anda alami seharian di tempat kerja.

Kemaafan dendan yang terindah!

Belajar untuk memaafkan pasangan anda mampu menghilangkan kesakitan dan ketegangan jiwa yang dialami. Ia membantu membentuk ruang bagi anda berdua untuk belajar bertolak-ansur malah ada ketikanya mampu mencambahkan lagi rasa cinta. Jika anda mahu diberi peluang, mengapa tidak memberikan ruang?

SOLAT, bahasa cinta terunggul!

Solat atau bersembahyang bersama mampu mewujudkan ikatan spiritual yang kukuh di antara anda dan pasangan. Ia mampu mengalirkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana Allah. Waktu berdoa adalah waktu di mana anda berdua menetapkan matlamat yang sama dalam perhubungan. Jadi, gunakanlah waktu ini untuk menyatakan yang ikhlas dari hati. Belajarlah memohon dan memaafkan setiap kesalahan antara satu sama lain setiap hari supaya hidup anda lebih positif setiap waktu.


'KEPOYOAN ' sebegini juga kadangkala sangat2 diperlukan untuk tambah 'perisa'...hehehhe...



Tuesday, February 19, 2013

My lil' KAKAK praktis mencukur janggut....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ok, very quick update..my daughter, telah mencukur janggutnya..haaa...xcaya..cer nengok hasilnya...aduiiiii...panik aku sekejap semalam..


iyer..sila lihat di bawah dagunya itu. Lepas solat maghrib semalam, aku pun pelik awat senyap ja anak dara aku ni. Aku nampak dia dok main lipstick aku...skali nampak merah-merah bawah dagu. Darah. Aku tanyalah kenapa. Sekali dia unjukkan aku shaver Incik Daus..

"Bu...kakak buat..ukur (cukur) cam ni..anggguttt...bapak.." (cukur janggut macam bapak katanya sambil tunjuk demo kat aku. Paniklah aku, walaupun luka sikit. Kalut aku belek dagu dia..terus call Incik Daus untuk 'praktis vokal'..hehehe..a.k.a membebel la sebab tinggalkan shaver atas almari solek gitu..budak, at this age memang suka mencuba. Tengok kita buat sekali pun dah boleh ingat..so next time make sure benda bahaya macam tu sila simpan di tempat tinggi, berkunci atau tertutup. Aishhh..

Ibu:   Kakak sakit tak, luka ni...

Kakak:   Bu, takpe..sapu inyak.. (minyak).. (sambil terus memekik panggil Opah mintak minyak..)

Dan next story, Ibu plaklah yang kena bebel dengan Opah...adusss...Ku redha.. ;p


Monday, February 18, 2013

Mana mungkin ada TEMAN PENGGANTI...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah beberapa hari tak sempat nak update apa2, macam-macam jadik for the pass last week. Sibuk uruskan perasmian UTC dan kemudian mendapat berita yang membuatkan aku rasa 'kosong'. Jumaat lepas, bila mendapat panggilan dari Incik Daus, sepatah kata yang mampu terlafaz dari mulut aku hanyalah...

"Rasa sangat kosong, blank...tak tahu apa yang patut dirasa..."

Tiga kali aku mengulang tanya, persoalan yang sama. Sekadar inginkan kepastian bahawa dalam hiruk pikuk majlis, aku tak tersalah dengar..

"Ya, betul..Pak Su baru meninggal...", ulang Incik Daus berkali-kali.

Aku terkesima. Banyak yang meninggalkan kesan dan kisah. Nyatanya, aku pernah mengkagumi lelaki ini akan kesabarannya sebagai suami dan segala kekuatan dirinya melawan penyakit yang dihadapi. Aku tidak pernah lupa saat dia sering menziarahi aku bila terluang saat aku bergelut emosi waktu di hospital dua tahun lepas. Segala sokongan dan kata azimat buat aku mengharungi saat getir kehilangan anak aku dahulu, segala budi dan jasa, semoga Allah yang mampu membalas-NYA....

KEMATIAN..satu janji ALLAH yang pasti buat setiap umatnya. Aku pernah lihat sembilan tahun yang lalu bila mak kehilangan arwah abah. Kehilangan insan yang berkongsi segala rasa, susah senang, kasih dan sayang...bukan suatu hal yang mudah untuk dihadapi. Aku masih ingat, betapa mak setiap malam selama sebulan, tak pernah putus menghadiahkan arwah abah dengan doa dan alunana surah yassin pada setiap solatnya. Hal itu berlarutan hingga setahun, malahan hingga kini. Kata mak, untuk perolehi kembali segala kekuatan dan ketenangan.

Aku dikala termanggu sering terfikir, apa jika aku dikedudukan itu? Ya Allah, sungguh, aku sendiri tak pasti. Bila mana mak dulu sangat tenang tatkala memberitahu aku yang ketika itu dalam perjalanan ke pejabat untuk jalani latihan praktikal. Betapa aku yang meraung sepanjang perjalanan pulang ke Ipoh, betapa pakcik bas yang memecut laju kerana bimbangkan aku yang asyik menangis selama 2jam perjalanan dari Kuala Lumpur itu. Betapa tenang wajah mak saat segala urusan mandi dan kafan arwah abah selesai. Namun sekuat mana pun hati seorang wanita itu mendepani ujian Allah, tewas juga saat jenazah diiring keluar meneruskan perjalanan akhirnya dari 'istana cinta' yang didiami selami ini. Mak rebah, lesu tak bermaya.

Hilangnya cinta hati, peneman hidup bukan suatu hal yang mudah...itu juga benar...

Buat Arwah Pak Su...semoga roh nya tenang di sana...Al- Fatihah...

Hati aku sangat tersentuh bila menghayati bait lirik lagu Teman Pengganti ni...sangat besar pengertian...

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


AKU: Selalu ingatkan diri untuk mencintai dirinya keranamu Ya Allah...

Tuesday, February 12, 2013

Jom Makan Best di Ipoh: GREENTOWN DIMSUM CAFE IPOH...HALAL untuk dicuba!


 Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alllooowww..harap-harap masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di mana jua anda berada.. ;-)

Memandangkan masih lagi mood tahun baru cina, aku nak update tentang DIM SUM. Hmmm..aku memang sangat suka makan Chinese Food... (errrrr...walaupun kulit tak berapa nak cerah...hahahah!) Dua minggu lepas di pagi Sabtu yang indah (of co indah sebab cuti...hehehe)..maka aku dengan Incik Daus terasa nak makan apa ek for brunch. Macam bosan plak nak makan nasi lemak, roti canai, mee kicap ke ape....tekak aku plak terasa nak makan something yang simple tapi lain...(sebulan sekali, memang akan ada hari yang citarasa aku merepek sikit..huhuu...)..so aku pun nekad 'menggoogle'..then aku terjumpa review tentang tempat makan ini...


Terujalah aku..sebab dah lama jugak tak melayan Dim Sum. Yang lebih membuatkan aku teruja sebab Dim Sum nya HALAL..nampak tak logo itu..ewah! Bila pergi restoran ini barulah perasan bahawasanya restoran ini pernah direview dalam Program SARAPAN TV 3 itu..oooo..finally we found this place!

Jom..jom..masuk makan...ini di antara menu yang ada...boleh pilih sampai rambang mata...


Anak-beranak yang sangat teruja!..Yeayyyyy!
Aku mulalah 'naik hantu' rase nak order semua..aku rasa sure time ni Incik Daus rase macam nak tarik je menu itu dari tangan aku...heheheh...kesian ngan Incik Daus, semenjak kawin ngan aku, semua selera aku yang dia tak pernah suka nak makan pun kena makan...macam Sushi..dim sum ni ha..haaa, barulah SERASI, SEHATI SEJIWA!.. ;-)

Ini yang kami order...

BLACKPEPPER SIEW MAI

DIM SUM SET 1

FRIED BEANCURD ROLL...ini memang sedap....

FRIED LOTUS SEED BALL...

Campuran lotus seed ngan isi daging...inti macam karipap..tapi manis , xpedas..first time try sebab akakwaiter tu recommend..makan lebih dari satu akan rasa muak sikitlah melainkan yang suka manis...


FRIED RADISH CAKE..

Ini antara favorite aku..kat mana ada menu ini mesti aku akan try.....Dekat sini, rasa dia oklah..but  I had taste  better before...sebab kek dia kurang, tauge yang banyak, mujur tauge tu gemokks2 dan segar...hehehe

Selain itu, kami ada order lotus seed pau ngan red bean pau. Pau dia pada aku memang best sebab sangat gebu dan lembut. Serasi dengan inti dia. Memang enjoy makan di sini..lepas ni boleh cuba menu lain plak...long list to try....


ALHAMDULILLAH....... 
Pada sesiapa yang nak pergi, meh kita share lokasinya:


Greentown Dim Sum Cafe
No 10, Persiaran Greentown 4,
Greentown Avenue,
30450 Ipoh.
Tel:05-255 2010, 012-569 8876
Business hours: 8am-9pm (closed Tuesdays)

Ala..dekat area Greentown Business Centre itu...berdepan dengan office PTPTN.

Monday, February 11, 2013

Husin Mon dan Jin Pakai Toncit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah 4 hari tertunda nak menulis tentang kisah filem ini. Aku dan Incik Daus memang dah lama tak pergi tengok wayang. Last show that we manage to go is Seefood (errrr...menolak segala filem yang aku pergi tengok sendiri atas tuntutan kerjalah ya...).

Sepatutnya aku dah tengk filem ni time preview lagi tapi disebabkan kerja lebih utama (ewaahhh, macam bunyi pekerja Anugerah Cemerlang..heheheh), jadinya bila dah keluar di pawagam barulah berkesempatan tengok. Since tiket dapat dua, maka call Incik Daus cepat2, mintak dia balik cepat..show jam 9.30 malam.

My Verdict: Gila punya best dan kelakar. Dari show mula (tak sempat sampai 10 saat pun..), semua orang dah start gelak. Walaupun garapan kisah Husin Mon dan Jin Pakai Toncit ini kelihatan sangat ringkas tapi by knowing karya Abang Mamat selalunya punya makna tersirat. Betapa digambarkan masyarakat kita yang semakin memandang kebendaan. Mereka yang 'JATUH', dibiarkan terjatuh terus sedangkan sebagai manusia, kita perlu sama-sama bersatu membangun masyarakat. Aku paling suka dengan aksi-aksi spontan dan tak terfikir dek akal, macam adegan main galah panjang tu. Teringat zaman kecik2 dulu. Punyalah camera trick tu berjaya memperdayakan kami semua. Ingatkan tengah bertarung ke apa, rupanya main galah panjang. Hahaha! Aduiii, see, how actually Mamat Khalid manipulate us. Pada aku, menonton filem Abang Mamat, selain gelak seronok-seronok, kita kena duduk dan berfikir mana hala tuju yang dia nak sampaikan. Aku bukanlah perngkritik hebat tapi aku seronok tengok filem ini. Walaupun terus-terang aku cakap, Incik Daus sebenarnya peminat tegar filem-filem Abang Mamat ni. Bayangkanlah kalau Man Laksa tu dia boleh hafal dialog dan scene. Aku dulu kalau tiap kali dia dok ulang tengok Man Laksa tu, rasa macam, kisah apa ini, aku tak pahamlah...lama-lama aku semakin faham.

Bila kerjaya baru aku ini memberi peluang untuk aku bekerja secara tidak langsung dengan Abang Mamat, aku jadi semakin suka untuk mendengar buah fikiran dia. He only said something that relevant to his anak bangsa. Setiap scene yang direalisasikan di dalam filem beliau mempunyai maksud tersendiri. Walaupun sekadar bendera di Dewan JKKKK Kg tu..pada dia ada maksud yang cuba disampaikan, dalam sinikal.

Tapi, masing-masing punya selera..bagi kami, kami sangat enjoy nengok filem ini..



Terima Kasih Abang Mamat dan Kak Intan sudi belanja kami ini.... ;p

Komen aku yang pasti: Tengok citer ini macam terapi pada aku, nampak ajer muka Abang Mamat, aku terus cakap..

"Terima kasihlah sebab hilangkan penat dan stress saya bekerja sepanjang minggu. Aduii, lama dah tak gelak kuat-kuat macam ni.." (macam Jin Baragas bak kata lecturer PR aku dulu...hehehehe).

Kali ni kami bawak 'kakak' sekali..asal scene malam, dia mintak bapak dia tutup muka dia...die nengok ikut celah-celah jari jer..bila scene siang, baru tengok rileks..hahahha..

Siap lepas abis movie, teman ibu ngan bapak 'mengeteh'..huhuhu..

Muka jam 12 tengah malam..her first night out ever..I mean, at this hour...


Pada yang tengok filem ini, aku sarankan sangat-sangat pergilah tengok. Bawak mak ayah, anak-anak sebab filem ini memang sangat kelakar hokeeeyyy...ooo, dan Abang Mamat ada selitkan unsur CGI dalam filemnya ini. Incik Daus siap dok ulang-ulang dialog filem ini. Kadang-kadang tersengih sorang-sorang. Bila aku tanya kenapa, leh plak dia kata sebab teringat watak sekian-sekian...Incik Daus ni slain filem Abang Mamat, filem Allahyarham P.Ramlee je yang dia selalu hafal dialog-dialog ini.

Sampai hari-hari dok ulang:

"Nanti kita pergi tengok filem ini sekali lagi ya..."

Ish..ish..sungguh-sungguh..tapi disebabkan aku baik..kali ini aku belanjalah...huhuhuhu...bawak mak ngan angah sekali...jom, tiket dah beli jam 3.30p.m..tatatititutu!




Friday, February 8, 2013

Resipi: Kerabu Daun Selom

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alooowww frenz...

Kali ni aku nak share satu lagi resipi kerabu. Aku pun tak tahulah apa penyakit yang menyerang asyik nak makan kerabu je kan... namenya kerabu daun selom (aku tak taulah kalau negeri lain panggil ulam ni ngan nama lain..tapi aku panggil selom..)

Untuk mendapatkan gambaran jelas, ulam apakah itu...meh aku tunjukkan...

Inilah WATAK UTAMA

Salah satu ramuan utama : Beras yang digoreng tanpa minyak, kemudiannya dikisar
Ok, jom kita check di antara ramuannya (aku agak2 je, so anda semua pun pandai-pandailah ya dalam mengagak...)


  • 1 ikat daun selom (dicuci bersih dan guntinglah bagi kecik saiznya..ikut sukalah nak besar mana)
  • 3 sudu besar kelapa goreng (kelapa parut, digoreng tanpa minyak, kemudian dikisar sekejap..nak tumbuk pakai lesung batu pun ok..tumbuk kejap saja)
  • Cili kering, bawang kecil, udang kering (ditumbuk atau dikisar..tapi jangan tumbuk sekali dengan kelapa diatas ya..buat asing-asing). Kemudian tambahkan sedikit air asam jawa dalam ramuan yang ditumbuk ini. 
  • Serbuk beras goreng, seperti gambar di atas (bila campur beras goreng ni, dapat bagi rasa lemak-lemak pada kerabu)
  • Sedikit garam.


Cara Membuat:

Senang saja. Campurkan saja semua bahan tadi. Gaul rata dan sedia dihidang.

Senang tak..???.  -___- (suke2!)

Inilah hasilnya...


Selamat Mencuba!!

Tatatititutu!

Wednesday, February 6, 2013

Moments of LOVE: US



 I love to feel you in my arms......



And I wish that I would be able to hold you still forever like this....






Waking up to your beautiful face
Makes me happy that I'm not in another place....



When times seem too hard to bear and I feel like giving up
I vision your beautiful face, the twinkle of your eyes and the laughter we shared...
The bond we created from my womb to the day you were born....

Make me promise myself that I want to be the best 'IBU' that I can be to you...
Embrace you with all my love...Insya-Allah...




And to you my other half...

Together we have stood for each other 

I can only love you and never another 


In LOVE,

----ME------

Monday, February 4, 2013

Jom Tengok: The Blind Side

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sat jaa, dah Isnin kembali. Aiseyyyy! Ermmm, last week Jumaat pun aku dah cuti. Rancangan awalnya nak ke satu tempat ni, tapi terpaksa ditangguhkan dulu buat sementara waktu. Tapi sebabkan aku malas nak cancel cuti, aku pun cuti jugaklah. Incik Daus pun cuti.

Incik Daus: Nak kuar jenjalan ke?

Aku: Macam malaslah. Macam nak duduk rumah (baru perasan betapa lamanya aku tak mengadap TV, hatta menonton wayang sekalipun. Last film was the 'Seefood').

So, kami pun melepak jerlah sambil aku selongkar segala koleksi DVD yang kami ada. Banyak juga yang tak ditengok pun. Aku akui banyak benda yang aku dah tak buat semenjak adanya anak ini. Setahun pertama segalanya tentang kesihatan 'kakak'. Masuk tahun kedua, masih sibuk awasi segala perkembangan tumbesaran dia termasuklah menyudahkan segala imunisasi wajib dan tambahan. To be honest, now only I can feel so relief and started to missed the activities of my own like this, blogging. ;p

Jadinya, lepas solat Jumaat, 'kakak' pun menunjukkan tanda-tanda mahu tidur..setelah main 'pewwwooootttt'..heheh..one of her habit, a must do before going for bed is 'main pewwwoooottt'. 'Kakak' akan minum susu sambil main pusat/perut aku. Aku pun tak sure mana dia dapat habit ini tapi yang pasti selepas dia tak breastfeed lagi. Baru beberapa bulan ni tak salah aku. After she slept, maka ibu dan bapaknya pun....

Melayan...






Ok, aku memang suka nengok cite cam gini. Suka juga dengan lakonan Sandra Bullock ni. This is also one of the true story base on now-NFL player Michael Oher and the family that adopted him when he was a homeless teenager. Sebelum difilemkan, kisah ini pernah dibukukan oleh Michael Lewis, “The Blind Side: Evolution of a Game".

Filem ini dah lama ditayangkan iaitu pada tahun 2009 lagi dan aku pun memang dah lama dah beli DVD ini, sekarang baru dapat masa nak tengok. Could you imagine how busy I am before? (kunun2... ;p). The Blind Side is both written and directed by John Lee Hancock (Hard Time Romance, The Rookie, The Alamo).

Aku sukalah citer ni...dia banyak berkisar tentang hubungan kekeluargaan dan juga bagaimana seharusnya kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Dalam 'kerasnya hati' Leigh Anne Tuohy (watak yang dibawakan oleh Sandra Bullock), ada juga sifat kemanusiaan yang tinggi dalam dirinya. Dan aku sangat suka di mana wataknya digambarkan sebagai...

"She's an onion, you have to peel her back a layer at a time..."

Kirenye Michael Oher ni dulu hidup pun ala2 merempat..dia tak pandai menulis tapi daya ingatan dia kuat..dan dia juga sangat menghargai kasih sayang walaupun mak dia dulu abaikan dia. Sandra Bullock ni la yang banyak bantu dia sampailah dia berjaya. Wokey...gitulah serba skit tentang kisah ini. Tapi yang paling best, sesi nontong wayang itu sambil2...

Menjamu...

dah lama weiii, tak makan ni..dulu hebat kot kalau dapat makan cornetto ni..hehehe...

Sunday, February 3, 2013

Tip Kasih Sayang: Kuasa Ciuman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

'Kakak' dah pun tidur. Penat agaknya hari ini meneman ibu ke...'tetttt', hehehhe..tak boleh reveal sehingga menunjukkan hasil.. ;p

Btw, terasa nak share tip ringkas untuk hangatkan kasih sayang di antara isteri dan suami, ibu dan anak..Insya-Allah...


"Ciuman juga mampu dijadikan salah satu cara untuk mempertingkatkan keyakinan diri agar anda rasa diperlukan dan dihargai, begitulah ujar Profesor Dr. Helen dari Universiti Rutgers, New Jersey yang juga penulis buku ‘The Sex Contract and Anatomy of Love’."

No,no,no..jangan fikir jauh sampai ke Kutub Utara. Ciuman bersifat luas, terpulang pada anda. Ciuman di pipi, di ubun-ubun kepala dan untuk suami isteri..lagi mudah..hehehe... ;p

Sign off for now..tatatititutu....

Friday, February 1, 2013

Resipi: Cheezy Macaroni for My Saffiya ;-)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Weeehooo..jom pakai apron!
Hari ini kita nak masak simple saja..nak masak for my lil’ kakak…

Bahan2nya adalah:

Antara bahan2nya...tambah ayam cincang. Aku guna mozarella cheese,  terpulang pada krestiviti dan selera...

Watak utama: Makaroni. Aku guna jenama ni sebab terang jenama HALAL nya..

Cara membuatnya:

  1.  Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang. Gaul seketika.
  2.  Masukkan juga serbuk kari daging dan pes tomato. Jangan lupa hirisan lobak merah. 
  3.  Jangan lupa untuk rebuskan macaroni tadi terlebih dahulu.
  4. Tambahkanlah sedikit garam. Masukkan makaroni, goreng seketika.
  5.  Angkat, masukkan dalam mangkuk, taburkan keju. Masa ini, pastikan yang ketuhar anda dah dipanaskan pada suhu 180°C. Bakar pula untuk anggaran 10-15 minit. Saja nak bagi cheese tu melt. 
  6. Sedia dihidang. 

Kununn..ada effect2 skitttt.....siap untuk di ngappp!


Senang jer kan…selalunya, aku main agak2 saja bahan-bahannya. Taklah nak sukat beria-ia.
Menu untuk anak-anak ini pun kita perlu ubah juga, sebab kita kena ajar anak kita untuk lebih variasi. Jangan biarkan anak kita dibesarkan sebagai ‘Picky Eater’, susah kita nanti.

Macam for my ‘kakak’, aku agak concern juga tentang pemakanan dia. Yes, I am an obsessive Ibu, plus with her nutritionist Opah, would you imagine… ;-)

Aku cuba untuk jaga menu ‘kakak’ walaupun aku busy dengan kerja. Memang selalu discuss ngan mak, apa nak masak and so on. Ajar ‘kakak’ makan sayur dari baby lagi. ‘Kakak’ mula diberikan solid food, masa umur dia 6 bulan. Sebelum tu memang fully breastfeed. Aku ingat lagi pengalaman mula-mula nak bagi ‘kakak’ makan…uishhh, usaha yang memerlukan kesabaran bukan sedikit. Mak aku selalu pesan,

“Nak bagi anak makan ni nak kena banyak sabar. Kena tunggu, pujuk dia makan. Jangan bila anak macam nangis refuse nak makan, mak bapaknya pun cepat2 kemas. Then mengeluh, anak tak nak makan..budak-budak memang macam tu tapi kita kena sabar. Kena bagi jugak anak makan.”

Hokeyyyyyyy…..untuk ibu dan bapa di luar sana, pengalaman memberikan bayi anda their first solid food memang mencabar. Bila dah masuk umur setahun dan seterusnya akan lagi mencabar sebab waktu ini mereka dah pandai memilih. Lagi satu waktu ini jugalah tengah sangat aktif, budak nak membesar katakan…apa pun jangan putus asa dan jadilah lebih kreatif dalam mencipta resipi! ;-)

Something to share, pesanan dari doktor pada salah satu seminar yang aku pernah attend lama dulu....

TIP:Preparing a separate meal for your child after he or she rejects the original meal might promote picky eating. Encourage your child to stay at the table for the designated mealtime even if he or she doesn't eat. Keep serving your child healthy choices until they become familiar with the food.  If you are concerned that picky eating is compromising your child's growth and development, consult your child's doctor. In addition, consider recording the types and amounts of food your child eats for three days. The big picture might help ease your worries. A food log can also help your child's doctor determine any problems. In the meantime, remember that your child's eating habits won't likely change overnight. Above all, please BE PATIENT!