Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, February 17, 2014

Kisah Kakak : Kehebatan bapak dan kesedihan kakak 'TANPA KUASA'.. ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ini kisah Jumaat lepas…

Incik Daus balik awal hari tu, jadinya, Incik Daus ambik kakak, so balik office je aku terus balik umah kami…

Sebaik sahaja aku parking keta, buka pintu kereta, kakak terlompat-lompat excited di muka pintu.

Sebaik saja aku cakap.. Kakak…..

Terus kakak pun meluru ke arah aku…kakak kata,

Kakak: Ibu…bapak hebat!!!

Ibu: Oh, ye ke, bapak hebat sangat ke?  *DALAM HATI TERASA MACAM ISK..ISKK…YA KE HEBAT SGT TU..HEHEHEH*

Kakak: Ya bu…bapak hebat, bapak ada kuasa!!!!

Ibu: *ERKKK..Kuasa ape plak dah yg Incik Suami aku ada ni??? Kuasa makan tahap 3 pinggan, itu aku memang dah sedia maklum…hahahaha*

Kakak: Bapak hebat, bapak ada kuasa, bapak pijak lipas, lipas mati, hebat kan bapak bu???

Ibu: (hahahahahah!!!!!!) Oh betul tu kakak, hebat sungguh bapak kan….  ;-)


Ini plak dialog hari Ahad lepas.

Venue, kat ruang tamu rumah…

Kakak nak layan citer Power Rangers…

Aku tengah buat keja rumah sambil Incik Daus teman si kakak tengok citer tu..

Tiba-tiba, situasi yang tenang jadi panik..

Kakak tiba-tiba teresak-esak (*macam nak nangis*)

Bapak: Kenapa kakak? Kenapa?

Kakak: *Sambil feeling sedih..* Kakak sedihlah bapak, kakak xda kuasa…

Bapak: ***???##? -<>-

Ibu: Eillla, suka pakai ayat komik macam bapaknye jugak.. (of coz la bapaknya yang aku bebelkan…)

Hmmmm la haiiii….

Sekian dari kakak..  ;-)




Wednesday, February 12, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highlands: Petik cendawan di S'Corner, Central Market.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila perut dah kenyang, marilah kita sambung kisah perjalanan kami di Cameron Highlands ini…Angah ajak singgah dekat S Corner, nak beli Strawberry kering, kata Angah kat sini sedap sikit..ok, jomlah kita singgah…dia antara laluan dari Brinchang ke Tanah Rata..betul-betul di selekoh...





Dekat sini, macam-macam ada. Di antaranya adalah ‘Mushroom Corner’ ini…



Dulu masa pergi bulan 5 last year, tak sempat nak singgah. Jadi untuk percutian kali ini, marilah kita singgah dan ambil kesempatan memungut cendawan ya…

Berapa bayaran masuk, tu ya kawan-kawan, sila baca pada signboard ini…



Teruja sangat aku lihat cendawan yang ada kat sini..gemookkss..gemokksss haaa..warna-warni plak tu..cam bunga kan.. *MAAFKAN MOOD JAKUN KU INI…HEHEHE…*










Setiap kali masuk, untuk satu bayaran tu, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan. Maksudnya kalau bayar RM 10, dua orang masuk..tapi finalnya tetap pada berapa kg cendawan yang u all kutip tu…


Wahh, ini muka penuh keterujaan dan takut juga sebenarnya nak mula memetik ni…taklah mudah juga, nak kena tau cara. Tapi takpe, ada staff dia sorang yang akan ushrer kita sepanjang kat dalam ni. Siap pegang bakul lagi…sabar..sabar..nanti aku tunjuk wajahnya di hujung entry ni..hehehe..surpriseee….kih..kih..


Si Angah..


Lihat hasil kutipanku...mengkagumkan tak???? ahaks! ;-)


Mak yang mula-mula tak nak..last-last kami paksa, menjadi teruja juga..hihihi...rase macam tak nak kuar dari sini kan...


Haaaaa.... Inilah 'baaayyyaaa' yang mengiringi kami sepanjang kami di sini..heheheh..Incik Daus siap ajak 'baiiiyyaaa'' ni posing...adeyy, tak leh nak handle aku....



Macam biaselah..shopping time..kat sini ada jual cenderahati, strawberry kering dan buah-buahan juga..ada juga kafe untuk minum-minum dengan sajian ringkas ala kopitiam...


Suka dapat sarung tangan baru lagi...hmmmmm....



Ok..kita jumpa lagi next entry ya...tatatititiuuuu...

Tuesday, February 11, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highlands: Sarapan pagi di Hill Station Cafe, Tanah Rata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di Kea Hotel tu, breakfast tak disediakan, jadinya, jomlah kita pergi cari breakfast. Saja kami pusing-pusing di Tanah Rata. Tak banyak pilihan sangat pun. Akhir sekali kami buat keputusan untuk singgah di sini…


Restoran  ini diklasifikasikan HALAL, ada logo dan display sijilnya di kaunter ya...

Nak alas perut je pun, sebab lunch dah planning nak pekena skali lagi waffle dekat Big Red Strawberry Farm..ya kengkawan, sila rujuk link ini utk mengetahui kesedapan makanan di Big Red Strawberry Farm ini ya.. 


Ok, berbalik kepada kisah breakfast kami , kafe ini pada aku, oklah kalau nak duduk dan berborak santai bersama keluarga. Suasananya tenang, dekorasinya juga ringkas dan sedikit cosy, seandainya anda memilih untuk duduk di dalam. Tapi untuk kami semua pagi ni, kami memilih untuk duduk di luar sebab Incik Daus suka sangat mukanya ‘ditampar’ bayu pagi..hahah! ‘Ditampar’ tau kosa kata yang aku gunakan sebab dia punya suka tu melampaui batas sgt..macam contoh, bawak keta sambil buka tingkap, sambil sembulkan kepala dia kekadang kat luar, sebab nak kena angin..sob..sob..nak nangis tau kenangkan ‘keoveran’ itu…ohhh suamiku..

Upps…aku pun dah terover terbabas cerita. Baiklah, mari kita masuk kembali kepada subjek utama iaitu kafe ini… So inilah di antara menu yang ada di sini..



Si kakak sibuk dengan kamera mainan dia...pun sibuk nak ambik gambar jugak...isk..iskk....warisi perangai akulah ni..hahaha...

Tak banyak pilihan sangat, tapi oklah untuk yang tak cerewet. Jadi, marilah kita lihat apa yang kami order ya…


Haaaa..menu omputeh ni tentulah di order dari orang yang perasan omputeh ni..muahahah…akulah tu..


 Salted Egg Porridge..milik Incik Daus...rasanya biasa-biasa aje...bubur orang sakit..hahahah!


Tuna Chillies Sandwich with fries..milik angah..mak order roti bakar..gambor tak sopan nak ambik sebab mak nak makan..hahaha...orang lain, kita boleh tahan dieorang dari makan dulu sebab nak ambik gambor..kih..kih...


Kopi O kawww..panas-panas..minum dalam cuaca sejuk, pagi-pagi..memang 'A'!!!!

Then kami pun sambung borak-borak..melayan kisah masing-masing..rileks dulu..awal pagi lagi ni kan.... ;-)

Then kan..kami pun berposing...hahahah...acara wajib...


Ini budak, bukan main lagi dengan lollipop nye..ishhhh..ngan bapak lehla dapat kan...ermmm....

Baiklah, jumpa lagi ya di entry seterusnya..kami gi mana plak ek lepas breakfast ni? Hmmm... 




Monday, February 10, 2014

Cuti-cuti Cameron Highlands: Stay di Hotel Kea Valley Apartment, bersih dan harga pun berpatutan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aduilahhh kak senah oiii..ampunkanlah saya ni ha...sebab berkurun bertangguh baru sempat nak update blog ni semula..situasi kerja yang tak mengizinkan ya..baru abis audit ni haaa..fuhhh..lega, marilah tarik nafas kelegaan... 

Jom aku sambung semula kisah Day 2 di Cameron Highlands. Short vacation je, tapi kisahnya nak tamat macam 'long vacation' je kan..

Hari kedua marilah kita mulakan dengan hirup udara segar sambil menikmati pemandangan dan keindahan alam nan menghijau yang boleh dilihat dari tempat penginapan kami ini. Kabus dingin buatkan pandangan terasa berbalam-balam, ditambah bayu yang sepoi-sepoi menampar pipi. *Ok, aku rindu nak menaip sebagai penulis..hehehe..so over skit gaya penulisannya..*


Cubalah lihat panorama berkabus kat belakang tu...amboi kakak, kemain lagi ya silang kaki....


Haaa..berilah peluang kepada kami plak nak bergambar ala-ala malu kucing kannn.. ;-)

Warna hitam memberikan inspirasi langsing...hahahha..caption melampaui batas...

Bagi chance jugaklah kepada Incik Daus..dia pun nak juga gambar persis model kan... ;p


Kakak, cam biasalah dengan aksi shhhhhh...sejuk pagi-pagi ni boleh selamba je tak mau pakai jaket budak ni...

 Inilah pemandangan hotel kami dari hadapan. Hotel ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Kea Farm, Brinchang.

Ceritanya, ini kan vacation last minute juga disebabkan kesibukan aku end of last year. Menggelabah cari apartment tapi semua dah fully booked tarikh kami nak pergi tu. Kami pergi time cuti Christmas. Cari punya cari, memang tak ada. Dekat EQ pun tak ada tarikh yang kami nak check in. So, kat sini saja yang ada dan itu pun apartment dah fully booked. Nak tak nak, bilik pun biliklah, ambikla dua unit.

Dalam hati berdoa, biarlah hotel ini kemas, bersih dan selesa. Iyalah, kalau dah semua hotel lain pun penuh, bila ini aje yang tinggal, macam suspenslah jugak kan..

Alhamdulillah, biliknya bersih dan selesa. Berlatarbelakangkan hijau muda dan pemandangan kebun sayur dan gunung brinchang yang menghijau...pada aku berbaloi dengan harga dia yang hanya RM 130 semalam. Bilik pun luas dan dilengkapi dengan kemudahan asas, macam tempat masak air, tuala, sabum mandi dan hot shower. TV mestilah ada juga. Yang tak ada satu aje, peti ais... ;-)





Ini view bilik mak dengan angah...ok, kemas dan berlatar warna hijau pucuk pisang


Ringkas aje, taklah ada apa2 yang special sangat..cuma aku puas hati sebab hotel ini bersih termasuklah bilik airnya di bawah ini...


Hotel ini ada basement parking...oklah, sebab dia kat laluan Kea Farm kan..so senang skit kalau nak shopping kat Kea Farm, tak perlu nak parking tepi jalan..sebab parking selalu penuh..

Bagi yang mana tau esok-esok nak ke Cameron, ini alamat hotel ni ya....kalau website dia.. http://keavalleyhotel.com.my/


Lot F-4, Kea Farm, 39100 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

Tel: 05-4961 268
Mobile: 019-2119081 (Ban Goh)
Fax: 05-4961 940


Tuesday, February 4, 2014

Kisah Erny dan Firdaus: Mekasih Incik Suami...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Maaflah wahai blog…rasa-rasanya citer kat Cameron Highland tu pun lambat sangat berupaya untuk ku sambung updatenye..empunya diri sgt2lah busy dan kakak pun baru je sembuh kembali kan…

So semalam, kisahnya aku cuti..saja abiskan cuti last year yang masih berbaki…sebab last year elok2 dah apply cuti tiba-tiba xjadi nak cuti kan..sebab keja..ok, banyak punya sebab musabab kan..hehehe…

Tiba-tiba, dapatlah satu perkhabaran yang pada aku sangat terkesan dijiwa..tipulah kan kalau aku kata aku tak terasa apa-apa..so lepas hantar kakak ke sekolah, lepas pula settlekan urusan lain, then aku ajak Incik Daus ‘mengopi’..ya, aku berjaya pujuk Incik Daus sambung cuti..heheh…kejayaan tu..ahaks! Tersadailah kami kat sini…




Pesan Incik Daus…

“Biarlah apa yang berlaku tu, jangan difikirkan sangat. Ingat satu je, kalau orang dapatkan sesuatu dengan cara yang tak baik, benda tu mesti tak akan bertahan lama. Rezeki kalau kita cari dengan cara yang xbetul, tentu kita tak pernah cukup. Sabar dan berdoa banyak-banyak…Insya-Allah, DIA akan datangkan bantuan untuk kita…”






Ya Allah, semoga segalanya dipermudahkan…ammmiiinnnn….