Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, May 31, 2013

Kuasa Lidah...Berkuasa gak tau!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Pic: Ihsan Mr. Google

Semalam saja bosan-bosan membaca..sebab aku rasa sangat mahu fikirkan sesuatu yang luar dari skop kerja…so aku terjumpa satu fakta menarik bahawasanya warna lidah juga boleh bantu kita kesan tahap kesihatan kita..hmmm…macam menarik kan?

So kengkawan, jom kita share2 info ini…

‘Diagnosis lidah’ ini mula dipraktikkan semenjak tahun 1600 S.M lagi di bawah pemerintahan maharaja cina, Dinasti Shang. Kemudian, kaedah ini mulai digunakan oleh tabib cina, pakar akupuntur dan mulai meluas dipraktikkan di kalangan pengamal perubatan.

Untuk permulaan, cuba kenal pasti apa warna lidah anda sekarang. Penunjuknya seperti berikut:

Sedikit kebiruan = Aliran darah yang lemah.

Pucat   = Kurang darah atau anda menghadapi gejala anemia.

Merah jelas = Anda mengalami gangguan tidur, stres, atau pengambilan kaffein berlebihan. 

Sedikit kekuningan = Anda mungkin mengalami gangguan fungsi hati.

Berbalam atau gelap = Sistem penghadaman yang terganggu.

Kesan gigi yang mudah tertera pada kiri dan kanan lidah = Sistem penghadaman yang   terganggu.

Permukaan lidah diselaputi keputihan yang tebal = Sembelit.

Gelap atau kehitaman   = Kesan merokok yang teruk.

Keputihan  =  Ketidakseimbangan hormon atau gangguan bakteria pada penghadaman atau mulut atau angin berlebihan dalam tubuh.

Merah jambu dan lembap  = Tahap kesihatan yang baik.

Wednesday, May 29, 2013

Moments of LOVE # 6: Kisah Kakak dan Strawberry....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Si comeey ini semakin keletah..semakin petah..semakin pening melayan... heheheh...


Ok, first, kakak konpius, cammana nak makan buah ni??? hmmmmm...kita biarkan sahaja daya fikirnya bergerak...baik untuk kordinasi mata dan tangan...



Ok, macam susah jer...


"Bu....tangan kakak 'aghahhh' (darah)...semakin pelik...


Amboi...kemain lagi kakak...bila ibu cakap, itu bukan darah kakak, itu strawberry..kakak pun jawab.. "Oooooooo"...heheheheh

Tuesday, May 28, 2013

Tempat Menarik di Cameron Highlands: Lavender Garden


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ok kengkawan..sorry2, lama sudah mahu diupdate kisah suka-suki kami di Cameron Highlands, tapi apakan daya…masa sangatlah tak mengizinkan. Melihatkan gambar saja pun sudah mau tercungap-cungap, mana nak resize segala kan..

Ok, hari ni meh kita sambung. On the day one kami mendaki (ayat kasik gempak, mendaki pakai kereta iye kengkawan sekalian…hehehhe) ke Puncak Brinchang, terlalu lah Lavender Garden. Seperti biasa, rasa teruja jangan dibendung..hehehe…mohler ngajak Incik Daus berhenti dan singgah. Nanti kempunan susah..(alasan semata-mata… ahaks!)

So kami pun berpusu-pusulah macam orang lain untuk meninjau apa yang ada di sini. Nama pun Lavender Garden, of courselah akan banyak bebunga lavender, ye tak? Sebelum kita berceloteh panjang, harus diingat, coretan kali ni penuh bergambar. So tabahkanlah mata melihat segala aksi yang comeyyy dan jugak tak comeyyyy..hahahha!

First sebelum beli tiket, kasik snap dulu sekeping dua kat entrance ni..kot2 lupa nanti nama tempat yang dikunjungi.




Ok, bagi yang nak tahu harga tiket dan sebagainya..nah…sudikanlah baca sendiri… ;p







Kakak dan Bapak gigih berlari naik…sempat lagi ala-ala posing…hmmm, sapelah ‘Cikgu’ yang ngajar kakak posing cam gini ni ek…hehehhe * Kedip-kedip mata skit*



Ok, hari ni tak taulah makjun lawak mana yang Incik Daus termakan..asyik buat lawak loyar buruk die, yang secara nyatanya diwarisi hebat oleh anak kami itu..buktinya…

Ini lawak Bapak…konon hebat nak makan eskrim batu ni…

 Sekali..ini aksi anaknya plak.. “Bapak..kakak nak, kakak nak…aummmm…dap..dap.. (sedap)…”

Hmmm, thank you my dear hubby, you taught her well…



Cantik pemandangan penuh warna-warni..lavender bukan warna ungu saja rupenye ya…baru ku tahu… (yang aku ingat time Geografi dulu hanyalah ukur panjang sungai pakai benang..muahahaha! gile baik dulu dalam kelas….)



Kakak: Oh My Ibu…why must posing like that??? Hmmmm..

Ibu: Sebab kite kan omeyyyyyy!!! (ahaks, sila lap muntah sendiri okay kengkawan…heheheh)



Ni aksi konon2 sweet..ha, nyampah!!!



Then we saw this…



Ok..teruja untuk daki lebih tinggi, semangat nak memetik strawberry walau secara jujurnya aku memang tak suka sangat buah strawberry yang makan gitu..kalau dah jadik jem atau air, itu aku ok..ntahlah kenapa aku pelik cam gitu..ke ada lagi spesis kat luar sana macam aku???? Hmmm, and I wonder… *sambil garu-garu kepala*




Sebelum kita proceed, usaha memetik..apa kata kita rehat sebentar di Lavender CafĂ© yang terletak betul-betul di entrance ke ladang strawberry tu..sajalah nak cuba…



So ini menu yang kami order…





Strawberry Milk Shake (RM 7.50, kalau tak salah aku)

Strawberry Cheese Cake (tak ingat berapa harga tapi around RM6-RM7 per slice)

Set lavender scone (RM 8)

Strawberry Tea (RM 5)

My Verdict: Strawberry Milk Shake, pada tekak aku, ok, sedaplah jugak..tapi strawberry tea, sangat out rasanya..mulenye aku ingat without the milk, rupanya with milk..tapi tercari-cari rasa strawberry,ermmm..tak berapa nak rasa…kek plak, aku actually penggemar kek keju..tapi this time around, aku kecewa…huhuhuhu…toping strawberrynya pun sangat kuat rasa asid die, menjadikan die sangat masam berasid, bukan masam biasa, so end up, tak abis pun makan…lavender scone dia at average in taste..so, kesimpulannya, kami sangat kesian pada diri sendiri…warggghhhhh!!!


Then, jomlah pi petik strawberry untuk mengubat duka lara….




Kakak tetap nak singgah tengok ikan...sangat suka dengan ikan...




Aksi poyo, konon harum sangatlah strawberry tu..ingat mempelam harum manis ka..hehehe


Usaha gigih nak memotong buah....



Otw turun, sempat singgah lagi, dengan bakul strawberrynya..jangan sapa usik ya..nanti kakak marah..buah kakak punya... ;p

Aku tak ingat sangat harganya, tapi akan ditimbang berapa kg yang kita petik..dekat bawah tu, ada jugak yang dijual yang dah siap dipertik, satu bekas plastik tu dalam RM 10 macam tu....


Singgahan kakak yang seterusnya...


 Comeyyy tak kami???? ahaks!

Dalam pukul 3pm macam tu, kami pun meneruskan perjalanan ke Equatorial Hotel (EQ), check-in, then pergi carik makananlah..sudah lapar woooo…

Sebagai ‘orang baru’ di Cameron Highlands, masih tak pandai cari kedai makan..so punyalah pusing2 pekan Brinchang, tak tau mana kedai makan Melayu. Adalah KFC, nampak gaklah signboard Marrybrown..but at last..makan je kat satu kedai ni..aku tak ingat namanya, tapi kedudukan dia betul-betul dekat gak ngan Rossa Passadena Hotel tu, kat selekoh, kedai melayu…



Ini order kami, pada harga keseluruhan RM 43.00. Oklah..daging goreng kunyit dia sedap, garing. Kira aku kalau daging goreng, suka yang garing-garing gitu…Kailan Goreng Ikan Masin die pun best, rangup segar sayurnya dan tak ada rasa pahit yang kadang-kadang ada pada sayur kailan..apa pun, by the end of the day..stomach satisfied…alhamdulillah…


 Ok...kite sambung lagi di next entry ya..ke mana kita seterusnya..tuuuunnnggguuuu...!!!!!





Monday, May 27, 2013

Aku Cuba Jatuh Cinta..



Aku cuba untuk jatuh cinta
Berkali aku cuba
Aku cuba tanamkan keikhlasan..
Ya Allah, sungguh berkali aku cuba…
Mencari rezeki perlu dengan keikhlasan, atas dasar cinta pada-MU..
Namun aku semakin tidak mampu…
Cuba dan cuba, namu makin aku rasakan aku menipu diri
Mana hujungnya pencarian ini…
Aku tak boleh teruskan tanpa CINTA ini…
Aku cuba cari namun masih belum aku temui
Semakin jauh pergi..KOSONG
Pagi ini mandat aku terima..
Kalau menjadi aku yang dulu, pastinya aku akan melonjak gembira
Pencarianku penuh ketelusan dan bercambah kecintaan..
Tapi mandat ini aku galas penuh kekosongan..
Yang mengukuhkan gerakku di sini..hanyalah wajah si comel..
Aku perlu teruskan kelangsungan hidup ini..
Demi masa depan dia..
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini..
Kuatkanlah hatiku Ya Allah…

Wednesday, May 22, 2013

Moments of LOVE # 5: Aksi Pelakon Eskimo di Cameron Highlands... hehehhe...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sorry ya kengkawan, masih belum berkesempatan nak menulis kisah jenjalan di Cameron dengan penuh efisyen..keja sangat2 menimbun untuk dilunaskan..kdg sampai aku rasa ku ditenggelami dokumen2...huh!

So bagi tidak membasikan kisah aku itu...jom..jom..kite nengok aksi spontan our 'kakak' yang bucuk machammm... (yg merajuk tadi sebab ibu balik keja lambat..aduiiii, syahdu2...)


Pssssttt...Bapak, kakak pinjam topi bird bapak okayyyy...kakak ejukkkkkk....pakai topi ngan 'selimut'...ye...cardigan, kakak panggil sebagai selimut...


Memang ginilah gayanya kalau di sua kamera..suka sgt dgn aksi-aksi gini..aksi2 cumeyyy memang payah nak dapatlah...


Oooooo...anak ibu...nape tu...


Ada berani kacau saya???? Kakak garangggg!;p

Monday, May 20, 2013

Cameron Highlands: Chillax di Equatorial Hotel for our 5th Anniversary!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Seperti yang pernah aku sebut dalam entry sebelum ni, Anniversary kami kali ni Incik Daus telah menunaikan hajat aku nak climb up to Cameron Highlands. Aduuiii, asyik jalan je yer…hehehe…
Urusan percutian kali ini memang Incik Daus yang uruskan…selalu bab2 cari hotel, google lokasi menarik di sekitar..memangla keja aku..tapi alhamdulillah..setelah lima tahun, Incik Daus sudah semakin menunjukkan kemajuan…hehehe..kalau dua tiga tahun pertama kahwin dulu, kejanya gaduh n merajuk sebab Incik Daus asyik lupa tarikh….dan bila buat surprise plak, tak romantik langsung…muahahah! 

Jom tayang skit gambor 'honeymoon' kali ke-5 ni... (sila sediakan baldi bg yg tak sanggup tengok aksi konon manja kami ni...heheheh)

Cewah2....



Romantik tak kengkawan...berlatarbelakangkan bebunga lavender...so sweeettttt!!! muahahahah..korang halalkan jelah ya tatabahasa di atas...hahahah!


Kami bertolak lebih kurang 11a.m macam tu dari Ipoh, ikut laluan Simpang Pulai. Jalannya ok, luas dan tak teruk sangat bengkang-bengkoknya macam laluan Tapah.


Sejuk mata memandang..nampak tak kabus tu..walaupun hampir tengahari. Banyak jugak keta yang naik atas tu, mungkin sebab Public Holiday.  Ohhh..Ada yang bertanya, adakah benar ini percutian berdua-duaan sahaja? hehehe..of cozlah, kata anniversary..mestilah nak dating2 gitu...


----


----


---


----


----

----


-----



------




Haaaaa...mana mungkin tak bawak ini budak kecik....haaaa...nilah kejanya sepanjang jalan naik ke atas tu...tiddoooooo..jenuh Ibu memangkunya..dengan nak bertarung ngan jalan kona-konanya..ohhh My Anak!



Ok...Yeaaayyyy!! Akhirnya kami pun sampai setelah hampir tiga jam perjalanan, banyak kereta juga mungkin sebab time ni org dah start nak balik mengundi...kami stay di sini....


Bitik kami di tingkat 5, lebih mencabar sebab kuar-kuar lif je terus nampak swimming pool..aduiii, memang tak sudah2 bertanyalah budak kecik ni bila nak g 'eennanggg'?


Sangat senang dan selesa tinggal di EQ ni sebab dia berada di puncak Brinchang dan banyak akses tempat menarik yang berhampiran. Macam kalau jalan saja turun bukit ni kita dah boleh nampak Strawberry Farm, sebelah Strawberry Farm, ada Butterfly Farm dan sebelah kirinya pula adalah Kea Farm, tempat banyak sayur-sayuran di jual tu...so kalau yang malas nak drive, boleh je jalan turun...tak berpeluh pun..walaupun cuaca di Cameron sekarang ni pun bukanlah sejuk sangat...just berangin jer...dan still rasa dingin...


Sementara Ibu selesaikan urusan check in, kakak pula (yang telah terjaga dari tidurnya), telah ternampak sudut rekreasi kanak-kanak di sebelah kiri kaunter check-in..maka, jadinya, teruslah meluru lari ke sana....


Dalam bebanyak permainan, ini yang kakak sangat teruja..okaay..adakah 'honeymoon' ibu ngan bapak atau sudah menjadi 'percutian riang-ria' si kecik..hehehe...takpe, pada kami, yang paling membahagiakan adalah apabila we stay put together..sebab kesian pada kakak jugak dengan kesibukan ibu ngan bapaknye..bapak lagilah kan..slalu out station..kekadang ujung minggu baru ader..so this is the time where we may be able to spend our quality time together... -LOVE-



Sungguh2 ya mainnya..walaupun tak tau apa yang ditujunya...hehehe

Setelah selesai urusan check-in, kami pun menuju ke Cricket Lounge  untuk menikmati welcome drinks..sangat cozy dan selesa untuk chillax tempat ini...


Inilah airnya, fruit cocktail...sedappp, tak manis sangat..



Haaaa...!!! betula tak aku kata tempat ni cozy..kemain lagi Incik Daus merenung masa depan...hehehe...caption ikut suka aku... ;p

Ok tuan puan sekalian, inilah bilik kami...hmmm, nampak gayanye Upin Ipin dah landing dulu tu atas katil...hmmmlah Our Kakak....





Cuma sedeyyy, bilik airnya takde bath tub...


Ini plak pemandangan dari bilik kami...



Begitu juga dengan yang ini....hijau mata memandang..

So apa aktiviti malam? Takde apa sebenarnya melainkan bermalas-malasan dalm bilik saja...dan memandangkan ibunya nak kena siapkan slide presentation..aduiilahaii..ohh kenapakah begitu efisyen? Takde maknenya..tapi sebab dah boss nak pakai urgent ya kengkawan..so misi malam ni adalah supaya kakak tidur cepat dan ibu dapat buat keja cepat...heheh...


Okay Ibu..kakak dah ready to bed....

Daaannnn bagi mendapatkan semangat, motivasi dan inspirasi sewaktu percutian, jangan lupa bawak peneman setia ini....sejuk2 makan maggi pun sedapppppp!! Kirenya must have in list while going for vacation la kirenye...heheheh



Okay...kite jumpa lagi di entry berikutnya ya....ke mana lagi kami pergi bergumbira di Cameron Highlands...selamat menunggu ya...tatatititutu....