Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, December 31, 2016

Pahit.Masam.Manis. 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini.

31 Disember 2016.

Ya, hari terakhir di tahun 2016.

365 hari.

Itu tempoh bilangan hari yang telah dilalui.

Jika dihitung saat dan masa, pasti terasa takut.

Lama detik waktu yang telah kita lalui, adakah kita lalui dengan sebaiknya?

Dunia dan akhirat, seimbangkah kita?

Aku akui 2016 adalah di antara tahun yang paling sukar bagi aku. Walaupun nampak tenang, tetapi terlalu banyak ujian yang datang.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana di sebalik dugaan itu aku belajar lebih tenang dan positif.

Aku adalah orang yang ceria, suka ketawa. Maka jadinya, aku cuba divert segala yang negatif di persekitaran 2016 menjadikan sesuatu yang positif.

Apa yang aku buat?

1. Aku declare putus cinta dengan MR. LEMAK.


Azam nak kuruskan badan memang azam setiap tahun. Namun setiap tahun jugalah aku bertangguh. Tahun 2016, alhamdulillah, berjaya juga aku realitikan. Bayangkanlah, berat aku mencecah 80kg awal tahun 2016. Baju semua tak muat, sendat padat! Alhamdulillah, by end of 2016 ini, aku berjaya turunkan 10kg. Tahniah, syabas Erny!!! Hahahah….

Inilah aku dulu dan sekarang…..


Nanti Insya-Allah, aku kongsikan macam mana aku turunkan 10kg itu, tanpa sebarang ubat kurus okay….. 

2.  Masuk marathon, walkhaton…dan segala yang ada ‘Kak Ton’ di belakang…

Ini pun bukan part of my azam. Semuanya salahkan adik office, Cik Nisa kita. Dia yang mula pergi register masuk acara larian di UTP somewhere in August 2016. 



Dan dari situlah kami mula masuk pelbagai acara lain. 

Antaranya….


Walkhaton 6.6km sempena World Alzheimer Day


Run For Reading, Oktober 2016 (10km)


Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, November 2016 (10 km)

3. Hiking


Inilah perkara yang paling lama aku tinggalkan. Alhamdulillah, berjaya juga aku panjat satu bukit dalam tahun 2016 ini. Tapi dah jadi kontroversi…menyampah rasa hati ini. Bayangkan kalau 10 bukit aku panjat, terus aku boleh masuk MELODIII!! Hahhaha…. So dah, lantaklah…malas aku dah….silalah yang dengki itu panjat…..!

4. Menunaikan ibadah korban.


Alhamdulillah, terlaksana niat itu…hajat disimpan agak lama. Syukur pada rezeki yang dikurniakan Allah. Aku doakan semoga anda semua dilimpahi rezeki untuk menunaikan ibadah korban ini....Insya-Allah....

5. Siapkan renovation rumah.


Inilah part paling kontroversi dalam hubungan kami this year…hahahha…susah betul nak dapatkan masa dan jalankan kerja. Akhirnya, alhamdulillah….major renovation done! This coming January, kami nak feeling2 d├ęcor bersama Eric untuk bilik kami saja….save the best for last orang kata…hehehehhe….

6. Buatkan birthday party untuk kakak di rumah



Despite segala huru-hara antara renovation rumah dan sebagainya, dapat juga planned theme party for kakak. Seronok tengok semua orang happy. Itulah harta paling bernilai pada aku.

7. Tunaikan permintaan mak untuk Discover Penang…done!


Mak dulu dibesarkan di Pulau Pinang. Jadinya, tempat ini seakan memberikan memori yang penuh sentimental buat mak. Mak suka ke Penang sebab makan-makan dan saja nak jalan-jalan tengok perubahan Penang. 


So here we go, Penang! 

8. Perbaiki diri


This is what I wanted to do every year. Memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Alhamdulillah, aku berjaya memperbaiki apa yang aku niatkan. Cuma tak manis untuk dibicarakan lanjut di sini, dibimbangi menjadi riak. Cuma, aku yakin, Allah akan gerakkan hati kita pada satu ketika yang tak kita jangka. Teruskan berdoa, muhasabah diri dan istiqamah…Insya-Allah. Semoga kami dan kita semua menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah…..

Ok, itu 7 perkara yang paling ‘Wow’ bagi aku di tahun 2017. Bagaimana dengan anda semua? J

Apa azam 2017?  Shhhhh…Biarlah Rahsia…

Nanti aku recap je end of next year…..hehehhehe…

Apa pun, mohon doa kalian untuk yang terbaik buat kami sekeluarga. Begitu juga kami mendoakan yang terbaik untuk anda semua……

2017…. Please be good!


Thursday, December 22, 2016

Jom Jamu Selera: Nasi Kandar Pokok Ketapang -Nasi Kandar terbaik di Penang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Jom meh sambung kisah jalan-jalan cari makan di Penang ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian….hehehhe…

Ok, masa ke Penang baru-baru ini, aku cakaplah dengan Incik Daus aku teringin nak pergi makan Nasi Kandar Line Clear ke, Nasi Kandar Beratur ke…bagaimanapun usaha aku ke arah itu nampaknya menemui kegagalan. Nanti, sila jangan hampa…hehehe…Incik Daus sebaliknya mencadangkan untuk kami menikmati makan malam berhampiran dengan pejabatnya saja. Ya, makan malam yang sangat lewat malam…nasi kandar some more, can you imagine? Ok, please do not imagine…scary especially when you started to do the calories counting. *pejam mata sambil menyesal tapi tetap nak makan*

Jadinya, aku pun menerimalah cadangan berkenaan setelah puas disogokkan dengan pelbagai kebaikan, kesedapan dan paling over, diberitahu tentang kewujudan telur sotong sebagai menu di situ. Ok fine, aku memang penggemar telur sotong. So marilah kita ke sana….

Nasi Kandar Pokok Ketapang, begitulah nama diberi, ewah! Masa mula Incik Daus parking kereta di tepi gerai, hujan sedang renyai-renyai. Aku masa tu, biar betul ini kedainya. Yes, being me…hahahha…itu belum si kakak lagi. Dia lagi over….hahahha….

Cuma dalam hidup, kita kena cuba positif. Ini pula soal makan, haruslah cuba dulu walau presentationnya agak tak tip top kan.

Bila dah duduk, barulah Incik Daus bagi tahu yang Nasi Kandar Pokok Ketapang ini di waktu siangnya di buka tidak jauh dari kawasan ini. Di bangunan rumah kedai yang berhampiran dengan nama Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamad. Jadinya kalau pengunjung yang datang lebih awal, silalah ke restoran berkenaan. Restoran berkenaan telah diusahakan sejak 1988 lagi. Kisahnya perniagaan warisan turun-temurunlah ni.

Bila waktu malam, mereka memilih untuk berniaga dalam suasana ‘open air’ begini. Sepanjang di sini aku lihat ramai yang singgah beli adalah mereka yang habis kerja syif malam.

Ok, banyak pula aku membebel tentang sejarah kewujudan tempat makan ini. Marilah sekarang kita ke agenda utama penulisan ini. *ok skema* hehehhe…

Haaa..ninnnnn diaaaaaaa…banyak kan lauknya. Pilihlah komer sekalian nak lauk apa.



Ya, berperiuk-periuk ada. Nak kuah kari ikan, ayam, daging, atau kuah campur..banjir atau kemarau..eh…kemarau…hahahha…silalah pilih. Semua kuahnya pekat dan berbau harum dari gabungan pelbagai rempah asli. Sedap nak habaq mai….siap tangan boleh berbau sampai ke esoklah!

Aku mulalah rambang mata..nak pilih lauk pun jadi macam nak pilih kasut. Pusing sana sini, mata ke kanan ke kiri…still undecided.


Tapi bila dah decide…hahahhaa….tentulah penuh meja makan.

Ini kacang bendi rebus. Incik Daus memang sangat suka bendi rebus. So dia minta mamak tu cedokkan kuah kari ikan sekali dengan bendi ini. Kari ikan dia sangat sedap.


Kari Telur Sotong….my always favourite food. Bestnya telur sotong kat sini, dia bukan telur sotong yang semata-mata bahagian putihnya, tetapi the real telur sotong pun dicampurkan sekali. Aku tak pandai nak explain sangat tetapi bagi mereka yang memang meminati telur sotong, anda pasti boleh bayangkan beza telur sotong yang putihnya saja (yang dijual di kebanyakan kedai mamak) atau telur sotong yang sebenar yang warnanya kelabu cair tu… ok…payahnya…hahahha….tapi sangat memuaskan hati aku kari telur sotong dia.


Ini pula kari ikan. Dia guna ikan jenahak tak salah aku yang kami ambil ini. Ambil bahagian isi tengahnya dengan bahagian pipi ikan sebab lemak. Kepala ikan dah sold out. Sedap sangat kari dia. Kuahnya tak terlalu pekat rasa rempah yang semacam tu, dia just nice. Rempahnya macam fresh sangat aroma dia dan tak terlalu pekat tapi berasa semuanya.


Ini pula telur ikan….aku memang pantang, semua benda yang namanya telur, mesti suka….hahahah….tapi aku lebih suka telur ikan duri, yang bulat-bulat tu. Telur jenis tu susah nak dapat.

Ini pula ayam masak kicap….menu si kakak. Ayam masak kicap ala mamak ni kan boleh rasa manis-manis halba dia tu….

Ok, yang di atas ini menu yang dikongsi berjemaah. Dalam pinggan masing-masing, ada je lauk tambahan ikut selera masing-masing. Cumanya, aku lupa nak ambiklah. Ampunkan aku…heheheh…..

Overall, memang best makan kat sini. Sedap. Lauknya banyak untuk dipilih. Apa yang tak best adalah kalau makan waktu hujan. Sebab tempatnya terbuka, ada satu khemah macam tu saja di bahagian belakang. Kami hari tu tengah baik punya makan, hujan turun lebat. Maka jadinya, jenuhlah kesejukan dan makan diiringi tempias hujan….tapi makan tetap makan…hahahah!

Bagi yang teringin nak merasa keenakan nasi kandar bawah pokok ini…alamatnya adalah seperti berikut:

Lokasi:            Nasi Kandar Pokok Ketapang.
Bagan Ajam, Butterworth, Malaysia
(Berhampiran Telekom)
Waktu Operasi: 11 P.M - & 7.00 A.M



Monday, December 19, 2016

5 PERKARA SANGAT DIBENCI SEWAKTU DRIVING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Driving. Yes, driving di waktu pagi pada aku adalah waktu di mana mental perlu kuat. Kalau dulu, driving ulang alik dari rumah di Puncak Perdana ke Seksyen 15, Shah Alam adalah waktu paling yang huh, penuh pancaroba. BAtu 3, siapa tak tahu betapa sesaknya jalan sepanjang Batu 3 itu. Mujurlah ada uncle polis trafik yang amat hensem di traffic light nombor 3 masa itu. Hehehehe….


Bila balik Ipoh, aku rasa bestnya. Jalan tak sesak sangat. Tapi rupanya ku sangkakan panas sampai ke petang…rupanya hujan di tengahari..hahahah….
Ok…aku nak meluahkan perasaan ini. Harap semua bersedialah membacanya..hehehe…tapi apa pun ini luahan saja. Aku taklah kata semua pemandu teruk. Cuma ini adalah antara insiden-insiden di jalanraya yang selalu buatkan tekanan darah aku naik membuak-buak….hahahha…

1. Bayangkan kita di simpang jalan. Nak keluar ke kanan. Anda Nampak ada kereta datang dari arah tersebut. Jadi dengan penuh ketabahan, anda pun menunggulah kereta itu untuk melepasi anda. Tiba-tiba, rupanya kereta berkenaan nak membelok masuk arah anda menunggu tadi. Dan pemandunya langsung tak bagi signal okay. Rasa macam nak hempuk aje dia apatah lagi bila melihat wajahnya yang ‘sardin’ aje tanpa rasa bersalah.

2. Anda di satu jalan utama, ada dua lane kiri dan kanan. Anda nak potong tapi tak boleh sebab kereta di hadapan anda bawa kereta di tengah-tengah. Maksud aku tengah-tengah adalah apabila dia berjalan di atas garisan putih pembahagi jalan. Separuh keretanya di lane kanan dan separuh lagi body keretanya di lane kiri. Faham tak maksud yang cuba aku sampaikan ni? Serius geram gila apabila kereta tersebut di bawah pemanduan 40km sejam. Dan anda sedang struggle nak kejarkan punch card. Perghhhhhh…habis berasap telinga aku….

3. Anda nampak dari jauh, traffic light adalah bewarna hijau. Anda cuba pastikan anda melepasi traffic light tersebut. Tapi kereta di depan anda sangatlah teruk bawak kereta kalahkan kura-kura. End up, dia saja yang lepas sebab waktu dia lalu traffic light dah bertukar kuning. Dan stucklah kita di lampu merah kembali. BAyangkan jika junction tersebut adalah four-junction. Berapa banyak turn nak kena tunggu oiiiiiii….

4. Highway. Apa guna lane kanan? Ya betul, untuk memotong kenderaan lain. Jadi, apa gunanya kalau lane kanan bawa slow sampaikan kena potong guna lane kiri? Kalau boleh potong…kalaulah keta lane kiri memang dah slow…cammana? Aku memang sampai sekarang tak boleh nak absorb dalam kepala kenapa bawa slow guna lane kanan highway. Sakit hati bila kita curi pandang dan jalan sangat terbentang luas..kosong di hadapan kereta itu. Sakitnya hati ini…..dan lebih sakit hati bila kita bagi signal nak memotong, kereta di hadapan kita tu buat ‘sardin’ je. Sangat-sangat menyakitkan hati. Rasa nak jerit je…


KE TEPI!!!!


5. Parking. Aku rasa manusia paling saiko adalah manusia yang parking sebiji kereta dalam dua parking lot. Lebih saiko lagi yang jenis parking menyenget melintang bagai. Come on lah, tolonglah bertimbang rasa sikit sekalipun masa parking kereta tu kau actually nak membuang air besar. Cubalah adjust dulu parking kereta itu elok-elok.

Ok, cukuplah aku senaraikan 5 perkara yang paling aku benci setiap kali driving. *now boleh Tarik nafas lega dan pergi minum Ribena sejuk* 

Saturday, December 17, 2016

Dear Zindagi.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Dear Zindagi, Dear Life…Ya, kehidupan….itulah maksud tersirat filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan dan juga Alia Bhatt. Ok, aku bukan nak menulis ala-ala pengkritik filem..apa yang aku bakal tulis ini adalah berdasarkan apa yang aku rasa sepanjang menonton filem ini.


Aku bukanlah peminat filem Hindustan tegar. Memang semenjak banyak filem baru yang muncul, rasa macam tak minat dengan pelakon Hindustan versi baru. Over semacam aku rasa, semua sibuk nak tayang body.

Cuma bila terbaca sinopsis tentang Dear Zindagi, terasa macam nak pergi tengok. Dan ternyata, aku menangis beria-ia…hahahha….aku tak tahulah, mungkin most of the part terasa terkesan dihati.

KETAKUTAN…perasaan takut yang ada dalam diri yang adakalanya membuatkan kita pilih jalan yang sangat susah dalam hidup iaitu dengan menyeksa diri kita. Kita cuba membuat keputusan awal dengan mendahului KETAKUTAN lebih daripada rasional. Kita pilih untuk act like a cool girl in town walau hakikatnya kita tak cool langsung. Kita pilih untuk simpan rasa sedih, marah, dendam jauh ke dalam diri SENDIRIAN sebab kita rasa kita cool, kita hebat. Tapi kita tak sedar yang hakikaynya kita sedang mental tortured diri kita. Sedikit sebanyak itulah yang adakalanya aku lakukan.

Filem ini memaparkan Kaira seorang sinematografer muda yang mempunyai kisah hidup di zaman kanak-kanak yang menyedihkan bila mana perniagaan bapanya di Goa mengalami kerugian. Akibat itu, dia perlu untuk tinggal bersama datuk dan neneknya. Dalam dirinya sudah tertanam bahawa dia perlu untuk menjadi seorang yang kuat, segala masalah dirinya dia perlu atasi sendiri. Dia sering berperang dengan emosinya sendiri dan mengharapkan orang memahami dirinya tanpa dia mahu melepaskan kisah silamnya sendiri.

Memetik kata-kata Einstein, “He/She who does the same thing every day and expects a different result every time is crazy. Sometimes, we need to be the ones to set ourselves free”.

Aku bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan menerusi watak SRK sebagai Dr. Jehangir Khan (Dr. Jug) dalam filem ini….





NOTA: Semua gambar adalah dari carian di google.

Ya, adakalanya dari zaman kanak-kanak kita telah diasuh dengan pelbagai peraturan dan adab cara kehidupan atau apa yang lebih mudah untuk kita sebut sebagai NORMAL. Apa yang NORMAL? Bila zaman kanak-kanak, kita menangis inginkan perhatian sebaliknya kita dimarah sebab mengada-ngada. Apabila kita rasa marah kepada yang lebih tua, menjadi taboo bahawasanya yang layak marah adalah orang tua dan bukannya budak-budak. Selamanya kita membesar dengan segala aturan sebagai UNDANG-UNDANG HIDUP tanpa kita sedar kita membiarkan ketidakstabilan emosi kita berpanjangan.

KESIHATAN MENTAL adalah di antara skop lain yang cuba diangkat sebagai mesej di dalam filem ini. Isu yang sering dibiar sepi oleh masyarakat kita. Bagaikan takut untuk berjumpa Pakar Psikologi atau Psikiatri jika mengalami tekanan perasaan. Bimbang dengan status GILA yang bakal dilabel oleh masyarakat. Aku akui topik ini sangat dekat dengan aku memandangkan arwah Abah bekerja dalam line berkaitan. Waktu kanak-kanak, aku sering ikut abah bekerja di Hospital Bahagia. Melihat abah melayan pelbagai karenah pesakit. Apa yang memeranjatkan ramai yang mengalami pelbagai masalah kesihatan mental zaman sekarang adalah GOLONGAN MUDA. Pastinya itu bukan satu petanda yang baik.

Terlalu banyak tekanan hidup yang dialami. Kita terlalu banyak membiarkan apa masyarakat ‘pandang’ kita sebagai satu ‘peraturan’ atau ‘hukum’ yang wajar kita ikuti. Kita takut membiarkan kita menjadi unik dalam cara kita yang tersendiri.
Banyak pula aku membebel kan..hehehe. Filem ini sangat ringkas dan tanpa lagu yang meleret-leret dan tukar baju sampai berkali-kali hanya untuk satu muzik video. Cumanya kalau anda sejenis yang cepat bosan dan tak sabar untuk mencantum setiap maksud tersirat…ini bukanlah filem yang wajar ditonton. Tapi bagi aku…menonton filem ini bagaikan satu kelegaan yang amat sangat.

Sebabnya, SRK pesan…..

Dear LIFE,
See the sun is up. The sky is blue.
Sort of beautiful. So it’s ok if you are not ok.
As long as you take care of one person….
And that one person is YOU…..


So, move on…and be good to your own self….


Friday, December 16, 2016

Cuti-Cuti Penang 2016: Menyusuri perkampungan air di Chew Jetty

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Travel bagi aku bukanlah hanya ke tempat yang a sebaliknya aku suka juga untuk meempunya nilai sejarahnya yang tersendiri. Masa aku cadangkan untuk singgah ke Chiew Jetty inahhaa..lebih-lebih lagi si kakak yang asyiklah dok bising tak tahan panas. Tapi aku nak juga jalan ke sini…hahhahaha….

Apa yang menariknya Chew Jetty ini?


Ya, ia merupakan perkampungan air terbesar yang terdapat di Pulau Pinang dan merupakan satu-satunya jeti yang dibuka kepada pengunjung untuk dilawati. 


Selain dari Sin Chiew Jetty ini, tujuh perkampungan berkonsep begini adalah Lim, Tan, Lee, Yeoh, Koay, Peng Aun dan Mixed Clans.


Kawasan kampung air Chew Jetty ini bermula dari tepi jalan Gat Lebuh Armenian sehingga ke tepi laut. Chew Jetty atau Sneah1 Chew1 Kio2 dalam Hokkien adalah kampung air terbesar yang dibina sejak pertengahan kurun ke-19 di negeri Pulang Pinang. Chew Jetty ini juga telah diisytihar sebagai UNESCO World Heritage Site.


Pada setiap tahun upacara penyembahan Temple Deity dan "Tee Kong" (God of Heaven or Sky-God ) berlansung pada hari ke sembilan kalendar Lunar yang menarik ribuan pengunjung untuk melihat sendiri tarian singa dan naga. Ok, so jom kita bergambar dengan naga….hehhehee….


Chew Jetty ini terdiri daripada deretan rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu dan agak rapat di antara satu sama lain. 
 Kakak dengan wajah protesnya sebab panas dan tak faham apa yang ibu nak tengok kat kawasan ni..hehehehe...



Bagi menambahkan keunikan kawasan ini, terdapat beraneka jenis kraf dijual di sepanjang lorong. Kalau anda berminat untuk membeli cenderamata yang unik, di sinilah tempatnya.


Nun di hujung kawasan ini, ada boleh melihat seluasnya pemandangan laut sambil menikmati tiupan angin.




Bagi pengunjung yang berbangsa Cina, di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang dijual secara panas-panas di hadapan rumah penduduknya. Suasana agak santai meskipun kedudukan rumah-rumah agak berdekatan di antara satu sama lain. 

Ada juga beberapa kawasan menarik lain di mana dinding rumah dilukis dengan hiasan lukisan yang indah. Kami tak sempat explore habis sebab kakak dah mula buat perangai pelik-pelik. So sebelum ada satu jeti denga raku membebel..adalah lebih baiknya kita kembali ke kereta…hehehehe….siapa yang nak melawat jeti ini aku advise datanglah awal pagi supaya tak panas sangat ya…

Thursday, December 15, 2016

Jom Makan Best di Penang: Roti Canai Jalan Transfer yang sedapnyaaaa.....

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

Tahun ini banyak sungguh pergi Penang. Ingat nak berjalan je..Penang..bila nak makan best je, Penang. Hehehehe..siapa sama macam aku, angkat tangan skit..hehehhee…

Demi makanan yang best, sanggup bersiap seawal pagi dan meredah laut ni….
Muka masing-masing excited naik feri…

Manakah destinasi Jom Makan Best kami kali ini? Ya, tidak lain dan tidak bukan…here we gooooo…Roti Canai Jalan Transfer….


Sewaktu kunjungan kami ke Penang sebelum ini, tak sempat nak singgah makan roti canai yang sentiasa viral bagi mereka yang ke Pulau Pinang ini. Untuk mengubati kehampaan itu, maka gigihlah I memujuk Incik Daus untuk sudilah kiranya ke sini..hahahha..nampak tak…bab makan, Incik Daus senang amat dipujuk…hahahha….

Jujur aku cakap, rotinya yang buat sedap adalah kuah dia weiiiii..kecur liur sambil menaip dan resize gambar tuuuuuu..haihhhh….

Kami sampai seawal jam 8.30 a.m, dan lihatlah barisannya…punyalah panjang….



Kedai roti canai ini biasa saja di tepi jalan. Bagi yang mementingkan keselesaan untuk makan, kedai Roti Canai Jalan Transfer ini bukanlah seperti yang diharapkan. Meja nak duduk pun jenuh nak mencari. Silalah berhimpit ya….


Jadi dalam situasi menekan seperti ini, apa yang penting? KERJASAMA….hehehhe…so, bahagikan tugas, ada yang beratur order roti canai, ada yang beratur nak order roti bakar…dan kakak, silalah cop tempat dengan Opah…hehehhee…supaya dapat makan sebelum mood terjunam ke lautan…. :p



Roti Canai dia ada dua jenis kuah, kari ayam atau kari daging. Roti canai kuah biasa pun ada tak salah aku.


Inilah rupanya roti canai kuah kari ayam. Besar betul ayam dia dan banjir kuahnya. Harga sepinggan adalah RM 6.60. Rasanya sangatlah sedap dengan isi ayamnya yang sangatlah lembut. Inilah killer menu kedai ini.


Ini pula roti canai dengan daging. Harganya adalah RM 4.


Selain dari hidangan roti canai, ada juga stall yang menjual roti bakar telur. Kaedah bakar dia sangatlah semulajadi dibakar menggunakan arang. Cuma aku rasa yang meniaga ini bolehlah rasanya sediakan tong sampah proper sikit untuk buang kulit telur tu…..


Harga satu set roti bakar cam gini adalah RM 3.50.


Selain itu, kami ada juga beli kuih ini dari yang datang menjaja ke sini….aku tak sure nama kuih ini tapi rasanya sangat sedap. Dia macam cucur tapi dicicah dengan jeruk bawang cam ni….


Inilah view dari meja kami. Ini kiranya the other side of the kedai…ceruk ke lorong dalam….


Inilah dia muka masing-masing yang sangat puas dapat makan roti canai yang sedap itu….macam nak kena repeat balik je nanti….hehehhee

Ok, mana lokasinya? Alamat adalah seperti di bawah, senang saja zaman teknologi….search aje di google maps atau gunakan waze…

Roti Canai Jalan Transfer
56 Jalan Transfer
Georgetown
10050 Penang
Malaysia


Waktu Operasi: 7:00AM – 1:00PM | 3:30PM – 7:00PM

Lepas makan, lihatlah kakak...as usual...ish..ish...anak dara pak daus ni...hmmm...