Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, January 27, 2016

Percutian Pulau Langkawi 2015 Part 4: Bercanda di pasiran Pantai Cenang..eh..eh...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Seperti yang aku cakap, kakak asyiklah nak mandi laut sepanjang kat sini. So esok pagi..seawal pagi kakak dah bangun penuh bertenaga nak pi mandi laut. Adoiii..ajak breakfast dulu pun tak nak ya..tetap nak mandi laut jugak-jugak! So berjaya pujuk sampai lepas subuh..then dalam 7.00 a.m macam tu kita pun keluarlah berjalan ke tepi pantai. Ada je orang yang berjogging seawal pagi.

Aku teruja nak menengok matahari naik…


Suka sangat..subhanallah..sejuk pagi..best je…



Incik Daus terpaksa keluar sorang pi cari breakfast untuk tapau since anak dara dia tak nak makan dulu.

So mehla kuar dengan ibu..tapi bukan mandi ke tengahlah ya..ibu xberani okay…
Tetiba pagi tu kakak mood sangat baik, suruh ibu ambik gambar kakak dulu. So marilah kakak…ibu memang suka ambik gambor dan bergambor…


 Kakak sedang cuba untuk buat lompatan juga macam ibu semalam..baiklah anakku..berlajarlah untuk melompat dan jangan risau jika terjatuh. Kerana apabila kita jatuh itulah, kita belajar cara terbaik untuk bangun...




Yeayyyy..kakak berjaya...see....kalau kita berusaha dan tak mengalah..Insya-Allah...kalau bila kakak dah besar nanti dan kakak baca entry ni...ingat tau pesanan ibu ini....



Ya Allah, bila dilihat gambar ni, terasa sayu sangat hati..dah besar dah kakak…ni baru 5 tahun..kalau 15 tahun nanti macam manalah agaknya…




Jaket pelampung tu, semalam beli kat salah satu kedai di Pantai Cenang…sibuk nak jugak sebab dia kaler pink….


Us…sejujurnya aku enjoy sangat selama bercuti kali ni…



Pinjam bot kejap ya..tak tau siapa punya..hehhehe…


Kulit siput yang kakak kumpul…kami bawa balik semua ni sebab kakak nak simpan…


Ni la my BFF now….hahhaha…everything was about her… bergaduh..merajuk..then berbaik balik..gitulah selalu..yang pasti tidur sampai sekarang tetap jugak nak menyondol aku..aishhh…bagilah tidur atas katil sendiri pun, jap lagi tetiba je dah ada kat sebelah…kakak..kakak…



Ok…settle mandi lebih kurang..bapak pun sampai..yeayyyyy…


Nasi Lemak bewarna kuning..weird right? Memang kat Kedah ni selalu nasi lemak atau nasi pagi warna kuning kan…sebab kat Alor Setar pun ada juga. Rasa dia biasalah, macam nasi lemak..hahahha..tapi macam berempah skit…


Kakak merajuk sebab suruh makan dulu baru sambung mandi….Incik Daus mana? Oo..ada appointment dengan ‘MR TAN’..hahahha…morning call things u know…kih..kih..kih…


Tengok..muka kakak merajuk..hahhaa..muka ibu…muka kelaparan..hahahha….
Ok..kami makan dulu ya…then kita mandi lagi okay…


Lepas ni nak pergi mana ek..ttuuunnnggguuuu!!!


Tuesday, January 26, 2016

Percutian Pulau Langkawi 2015 Part 3: Aktiviti petang hari di Pantai Cenang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Lepas makan tengahari, kami pun balik ke chalet dan cuba untuk berehat. Kenapa aku kata ‘cuba’ sebab kakak xmahu berehat langsung. Mana tak, ombak laut dah memanggil, kakinya dah melompat-lompat seakan tak jejak lantai. Aishhh..panas lagi ni kakak..kita tunggu kul 5pm ye…gitulah..jenuh pujuk..minum susu pun xnak apatah lagi suruh tidur dulu. Memang taklahhhh…tiba-tiba adakah percutian rehat untuk ibu dan bapak ini bakal menjadi percutian untuk kakak semata-mata..?? hahahha..gitulah bila bawak anak bercuti kan…

So setelah jenuh memujuk..berjayalah turun ke pantai selepas Asar..ya, kami stay di Pantai Cenang…kuar pintu chalet, dah pantai dah…jadinya, sangat strategik untuk buat kami pening walau cadangan asalnya untuk menikmati desiran ombak..hahaha..berdesir telinga dengar suara kakak je…kih..kih..kih…



Hmmm…kasut frozen di mana jua anda berada….






Tengok tu..bukan main lagi…teruja sangatlah…



Eh..eh…ibu pun teruja sama ke..hahahha…mau membuat lompatan di pantai..signature pose dari zaman slim ke zaman xberapa nak slim…hahhaa…bukan gemuk ye..tapi tak berapa nak slim okay…hahaha…



Susah nak buat lompatan yang sama….1,2,3 tak jadi-jadi jugak..apa kata masyarakat sekeliling? Hehhehe…lantakkan…janji leh lompat…



Dan akhirnya…dapat gak satu shot dari ratu lompatan dunia…hahhaha….berjaya juga melambungkan diri tinggi…. Ewah!





Si kakak memang pantang nampak air. Aku memang tak berani, sebab kakak dia tak peduli. So Incik Dauslah kena jaga sebab kena cekap dengan kakak. Kalau dia nak lari, main lari je. Suka main ombak, tangan yang pegang nak kena kuat. Main kat tepi-tepi sudah….






Aikkkk..Incik Daus pun dah terjangkit nampak gayanye..hahaha...segment mari berposing..hihihihi...



Tapi mana leh challenge ratu posing... Kau kunci cintaku..eh..eh..hihihihi...

Then main pasir plak…





Bapak nak tanam kakak....



Alhamdulillah kakak sekarang dah ok. Kalau dulu, jangan harap kakak nak mandi pantai sangat. Kakak geli dengan pasir. Kakak lebih suka mandi swimming pool dari mandi pantai. Sekarang, kakak suka aje..sangat suka sampai tak nak balik. Bayangkan 5 hari stay, dan selama itulah kakak tak pernah missed mandi pantai atau pool. Dua kali setiap hari sampaikan aku kena beli seluar mandi ekstra untuk kakak. Adeyyyyy…




Syok kan kalau setiap hari balik kerja..bukak tingkap rumah dan disajikan dengan pemandangan sebegini...sejuk je hati kan... ;-)

Petang tu kakak met new friends…suka main sama. Adik ni tinggal selang dua buah chalet dari kami…




 Macam nak jadikan hobilah kumpul kulit siput ni..tetiba kan... hiihihi...






Kakak suka aje kalau disuruh jaga adik. Tapi kakak kata dia teringin nak ada abang la ibu..senang skit kalau kakak ada abang..hamboiiiii...hahhaha..i is konpius...hahahha



Akhirnya kami pun jadi kawan. Dieorang dari Shah Alam, tapi asalnya Terengganu. Dieorang datang lebih awal dari kami. Bawak masuk kereta, guna roro. Roro ni sesuai digunakan kalau yang nak bawa masuk kereta ke Langkawi, sebab kalau stay lama betterlah bawa kereta. Harga naik roro dengan kos sewa kereta lebih kurang je bagi yang nak stay di Langkawi melebihi 5 hari. 




Suka ya kakak main dengan adik...doakan ye rezeki kita tahun ni ye kakak..Aamminnn.... ;-)

So meh nak ciiter skit apa aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Cenang ni..


Salah satu darinya adalah duduk termenung..eh..eh..hehhehe...tapi betul what..kalau sejenis yang suka melayan perasaan di hati...hehhee..

Ok...di kawasan Pantai Cenang ni memang banyak aktiviti seperti...

1. Para-sailing (yang paling famous..dalam RM 60 tak salah aku charge per trip) 
2. Jet-Ski (kakak eager nak try tapi bapak tak berani lagi nak membawa, takut sangat anak dara dia tercicir tengah laut...hehhee...)
3. ATV 
4. Island Hoping
5. Banana Boat 

Dan macam-macam jenis sukan air sampai aku plak xtau ape namenye..hahhaha...



Tapi bagi aku dan Incik Daus, ini yang secara peribadinya kami suka...melihat matahari terbenam di waktu senja dan menikmati keindahan matahari naik di waktu pagi...

Last trip ke sini, kami stay di Pekan Kuah. Jadi memang tak sempat pun nak bersantai di Pantai Cenang. Alhamdulillah, kali ni dimurahkan rezeki untuk stay di sini.... ;-)



Subhanallah......

Seronok sangat dapat bercuti santai-santai dan xfikirkan apa-apa. This trip pun memang kami tak rushing sangat..we just go with the flow....


Ok kengkawan..nanti kita sambung lagi ye....

Psssss....Waktu u all baca entry ni...ahkak tengah bercuti di Penang...hehhehe..bawa mak..mak teringin nak naik Bukit Bendera yang berwajah baru... ;p