Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, August 31, 2014

Selamat Hari Merdeka buat seluruh rakyat Malaysia....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Merdeka..apa pengertian merdeka buat anda semua? Merdeka sekadar pada lafaznya sahajakah atau sekadar seronok-seronok melihat perbarisan? Tak kurang juga yang seronok gile cuti merdeka ni, boleh rehat-rehat…hehehhe..ye tak? Macam aku pun kadang-kadang terasa begitu.

Tapi pada akulah, bila semakin meningkat usia ni dan bila melihat macam-macam yang berlaku sekarang ni..kemerdekaan itu adalah satu kebebasan yang sangat wajar kita nikmati dan kita syukuri. Kita hidup di bumi yang bebas di mana kalau nak jalan-jalan pun kita tak risau. Kita boleh enjoy life, jalan-jalan dengan family, makan makanan yang best-best. Kita tak perlu takut setiap masa, takut rumah nak kena bomlah, takut kena tembaklah dan sebagainya. Apa yang perlu kita kekalkan adalah kesatuan antara kita. Sikap saling hormat-menghormati. Kadang-kadang sedih melihat, sikap hormat-menghormati ni semakin pupus plak aku tengok. Dalam sebuah komuniti kecil pun adakalanya ada je sikap tak puas hati. Sikap tak puas hati ini pula dilanjutkan lagi dgn sikap ‘PHD’. Hmmm, parah memang marah. Kenapalah sikap tak puas hati dengan seseorang itu tidak kita lanjutkan dengan sikap kerajinan kita untuk mendapat apa yang orang itu dapat. Dapatkan dengan cara berhemah bukannya dengan niat menjatuhkan. Kalau nakkan sesuatu tu, jadilah ‘Berani’, jangan jadi dayus, baling batu sembunyi tangan! 

Kita hidup di sebuah Negara yang merdeka, tapi janganlah hanya Negara saja yang merdeka sebaliknya sikap dan mentality masyarakat di dalamnya juga harus Merdeka. Bukankah mengisi pengertian Merdeka itu lebih payah dari mendapatkannya?

Kasihanilah pejuang-pejuang, datuk nenek moyang kita yang dulu, yang sanggup bersusah-payah bergadai nyawa demi keamanan ini. Keamanan yang kita nikmati kini. Sekarang ni, kita tak perlu lagi bergadai nyawa, hanya perlukan ‘CINTA’ untuk meneruskan kesinambungan keamanan ini. Belajar cintakan tanahair kita, cintakan keamanan, cintakan kedamaian, cintakan perpaduan, cintakan rakan taulan, Insya-Allah bumi Malaysia ini tidak akan dicemari dengan darah akibat persengketaan. Biarlah bumi kita ini dibanjiri keringat masyarakatnya yang sentiasa berlumba-lumba mengejar perpaduan…Insya-Allah…

Untuk anda semua…Selamat Menghayati Hari Kemerdekaan…..






Friday, August 29, 2014

Cuti-Cuti Anniversary 2014 Part 3: Apa yang bestnya kolam air panas kat Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Phewww, memang berpeluh-peluh jugaklah nak menghabiskan update entry percutian ini walau hanya perginya 3 hari dua malam aje. Manakan tidak, belambak sungguh gambarnya. Aku rasa aku start pilih, resize dan segala, ada dari bulan Jun that day…hahahah! Iya, buat sikit, tangguh, buat sikit, tangguh. Mana taknya, ahkak banyak urusannya..

Esok bangun awal pagi, kita pergi breakfast dulu. Kakak pagi tu kat bilik, nak juga mandi kat bath tub. Mandilah dulu..then sibuk nak mandi kolam lagi. Baiklah Tuan Puteri…isk..isk..tapi sebelum tu marilah kita pergi breakfast dulu. Buffet breakfast kat sini dah include dengan pakej bilik. Tapi orang punyalah ramai, maklumlah kami pergi time public holiday kan. Celah-celah jugaklah untuk makan. Cuma satu yang tak best, lalat sangatlah banyak. Dieorang kata sebab musim hujan ni, tu yang lalat banyak. Ambik makanan pun, kena cepat-cepat tutup. Dalam hati berdoa, janganlah terkeracunan makanan plak kan. Malam semalam, time dinner, tak sebanyak ini. Lalat pun aktif waktu pagi kot. Pandai je aku ni kan..

Disebabkan orang terlalu ramai, takdelah aku ambik gambar buffet line dia. Overall, food dia oklah. Ada nasi lemak, mee goreng, kuih-kuih, cereals, fruits, roti canai, roti bakar dan ada lagilah yang lain yang aku pun dah tak ingat. Habis breakfast, bertekak kejap dengan kakak. Sebabnya aku nak rendam-rendam kaki kat kolam air panas (hot spring), dia plak nak juga mandi kolam air sejuk tu. So bapaklah terpaksa menjadi pengadil..”teng..teng..” hahaha! Ok, kita gi kolam air panas dulu…

Suka sangat suasana pagi kat sini..dingin je *waahhhh dingin…*.

Ni fountain air panas dekat entrance before masuk ke hot spring. Suhu dia mencecah 100©..panas sangat. Hati-hatilah ya kalau ada anak kecik. Memang berasap-asap nampak haba air dia.









Ok, dan inilah view hotspring dia..






Amboiiiii!!! Tampannya model ayaq paneh ni...hihihi..

Taaaaapppiiiii....

Model kat bawah ni..lagi tak boleh tahan hebatnya..memang hebatlah...

Hahahhaa...

Sedia ya tuan puan....


Taaaaarrrrrraaaaa....




Muntah darah tak tengok ahkak posing...hahahhaha..sesekali...




Masa mula-mula nak cecah kaki dalam kolam air panas ni, memang tak tahan. Memang panas sangat aku rasa. Berapa kali masuk, berapa kali aku lari keluar semula. Lama-lama, aku tahankan juga. Memang tip dia macam tu. Kena bertahan…lama-lama terasa biasa dan boleh tahan dengan suhu panas tu. Apa yang aku baca, merendam kaki atau badan dalam air panas dari sumber semulajadi macam kat hot spring ni boleh bantu meredakan lenguh-lenguh sendi atau kaki dan juga meredakan ketegangan tubuh. Bila rendamkan tubuh dan lapangkan fikiran, bertahan dalam 30 minit macam tu..bila keluar aje, memang terasa lega sangat. Rasa best!



Kakak mula tak nak langsung masuk sebab airnya panas..last-last ok jer..syok je main air...alaaaa..rindunya nak rehat-rehat macam ni...




Memang tak dapat nak berlama sangat kat sini sebab kakak sibuk sangatlah nak pergi ‘kolam kakak’. Asyik-asyik ‘kolam kakak’..sabor jelah…

On the way ke sana, singgah plak kat sini. Hmmm..kata bercuti..hahahha..tetap nak cuba juga merebus telur ni. Macamlah tak biasa makan telur separuh masak kan.





Jadinya, kami pun cubalah. Memang dia ada bagi pun indication, kalau nak telur separuh masak, kena rendam berapa minit, nak masak betul, kena rendam berapa minit. Jadinya, silalah baca arahan atau nak ikut kata hati pun boleh..takde hallah! Cuma telur, memang kena beli kat sini. Satu mangkuk macam dalam gambar kat bawah ni, dia jual dengan harga RM5, adalah berapa biji je telurnya.


Then teruslah ke kolam kakak tu..gambar dah tak ambik dah..sebab aku sibuk nak main yang meluncur tu..Incik Daus tak mau cuba mulanya. Cisss..haruslah kena paksa barulah standard ‘janggut’ tu sampai..hahahah!

Nanti Insya-Allah, aku sambung entry berkaitan makan-makan di sini plak ye…


Thursday, August 28, 2014

Cuti-Cuti Anniversary 2014 Part 2: Mandi-manda kolam air sejuk kat Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang aku cakap dekat entry sebelum ni.. Felda Residence Hot Spring Sg. Klah Part 1

Iya, kalau bab mandi-manda, tak payahlah nak suruh kakak tunggu esok. Sure setiap 5minit kakak akan ulang tanya, “Ibu, bila kakak nak mandi kolam ni ibu…”..macam gitulah kan..so disebabkan itu jugalah, kami bawak kakak petang tu juga. Dapatlah masuk bilik kejap, then dah kena keluar semula. Melayan kakak mandi-manda. Hmmm…confuse kejap, ni celebrate anniversary ibu dengan bapak ke, atau celebrate harijadi kakak ni..hahahha! Terbalik dah, kakak yang paling excited. So, takdelah rehat sangat kan. Kalau tak bawak nanti, kesian plak. Dah alang-alang sampai pun. So jomlah kita terjah kolam mandi dia dulu. Ini kolam biasa, air sejuk biasa tu..kakak tak naknya mandi air panas.

Bapak kena gi cari seluar renang..hahahah..padankan..bapak lupa langsung nak membawa seluar pendek. So terpaksalah pergi beli seluar Hawaii tu..warna-warni. Biarkan, selalunya memilih, mana nak pakai macam gitu. Aku memang tak larat nak gelak time ni..sabor jelah! 

Kita mulakan gambar kakak pakai goggle dia ni. Bukan main lagi nak benda alah ni tapi akhirnya, mandi tak pakai pun. Nak sebab nampak ada budak lain yang pakai.




Si kakak, ceria dah ni kaki dapat cecah air. Macam best je kakak. 






Cantik tak u alls, seluar Hawaii baru kepunyaan Bapak ni? Hehehhee...bintang-bintang, berkerlipan...hanya satu, bintang dihati..ewahhh! Muahahah!




Mula-mula main kat tepi, lama-lama dah ke tengah. Boleh plak dia tak takut. Selamba je..sampai air dah paras tengkuklah. Jenuh Incik Daus pujuk ke tepi semula, tapi tak naknye kakak. Berani kakak, ibu kat tepi kolam ni haaa..yang cuak. Tapi memang macam tak menahan je tengok kakak ngan bapak mandi. Air dia dahlah sejuk..best sangat! Tambah pula cuaca panas-panas. Huh, best!


Kakak tetap nak melepasi palang tali tu..jenuh tak bagi..itu dah nak masuk area orang dewasa...





Kolam dia taklah besar sangat..tapi orang memang ramai. Akhirnya dengan aku sekali pun tewas..tak leh menahan melihat tu, yang boleh meluncur dalam air tu. Tetiba plak datang angin adventure aku kan..adventure lah sangat…fikir punya fikir, trylah sekali…hahaha..ok kot…belasah jelah, jom! Tapi aku try pada esok harinyalah. Hari pertama, taklah sebab pakai jeans segala. Trylah next daynya..tapi gambar takde. Walau nampak pendek je benda tu, tapi bila bedebush masuk dalam air, memang tenggelam jugaklah..siap terminum air sekali…hahahah..berat sangat tu… ;-)

Abislah sesi mandi-manda petang tu selama dua jam. Jenuh pujuk kakak ajak balik.
Sebelum balik, singgah dulu pekena benda ni…





Haaaa…aiskrim roti..lama gila tak makan aiskrim roti ni. Dulu masa kecik-kecik peberet ni…dah abis comot, jom balik! 


Wednesday, August 27, 2014

Cuti-Cuti Anniversary 2014 Part 1: Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 Actually cerita ni dah sekian lamanya diperap dalam external hard disc aku. Hampir terlupa sebenarnya disebabkan sibuk dengan entry Ramadhan dan Syawal kan….maafkanlah ya kengkawan. Orang tua-tua kata, biar lambat asalkan selamat..or dalam kes aku ni..biar lambar dari tak berupdate terus kan… ;p

Setelah bergaduh dan berfikir lama, akhirnya aku dengan Incik Daus sepakat untuk spend time di Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai Perak. Sebab utama kami pilih lokasi ini untuk bercuti adalah sebab destinasi ni macam dekat. Sebab aku mention kat Incik Daus yang aku nak rehat, cuti-cuti..tapi aku tak nak gi jauh-jauh sebab aku letih. Aku pun dah tak ingat that time apa yang buat aku busy dan letih. Letih dengan perangai manusia rasenye…hahahahha!

Jadinya untuk percutian kali ni, aku serahkan pada Incik Daus untuk buat semua arrangement. Incik Daus book bilik semua. Selalu aku yang buat kan…kali ni aku serahkan pada dia plak..heheheh…walaupun dalam hati berdoa biarlah segalanya berjalan dengan lancar. Orang lelaki kan, kalau buat keja-keja menempah ni, selalunya asal boleh je kan. ;-) Btw, nanti aku tunjukkan gambar bilik dia di last entry ya… *wahhh,berapa episode punya entry ni..hahaha!*

Kami bertolak pagi dari Ipoh dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2jam. Tempat ni agak jauh ke dalam ya, di mana aku rasa malam-malam memang aku taklah nak keluar semula walau semata nak mencari makan. Memang tak sesuai pada aku kalau membawa anak kecik. Jadi, jangan dilupa stok makanan ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Waktu sampai ni, kami mula-mula salah masuk entrance, terus pergi masuk entrance yang tempat mandi-manda tu. Time tu hati dah kecut sat, mana taknya..ramai sangat orang, sampai taka da parking. Oooo…bila dah tanya, salah rupanya. Kiranya kalau you all lalu dari jalan masuk, memang akan jumpa entrance resort dulu. Untuk yang stay, kita boleh akses ke tempat mandi ni dari dalam resort. Jalan kaki saja..tak perlu nak drive bagai.


Sebelum kita sambung cerita, haruslah menunjukkan muka excited nak memulakan perjalanan. Ya, betul..ibu dengan bapak nak gi celebrate anniversary, tapi tetap mengendong budak bam bam ni…memang tak boleh tinggal..bukan kakak je yang akan menangis tapi aku rasa, kami pun tak sampai hati untuk tak bawak kakak..macam sedih je kan. So jomlah mengangkut…Btw, ini anniversary kami yang ke-6. Alhamdulillah, dah 6 tahun usia perkahwinan kami. Kami nikah 2 May 2008 dan bersanding keesokan harinya. Kejap je dah 6 tahun. Bergaduh, bertekak, bergelak ketawa, merajuk bagai…6 tahun dah kan…heheheh..doakan ya semoga ikatan perkahwinan kami kekal sehingga ke Jannah..amiiiinnnn…..


 Bila sampai, Alhamdulillah..cuaca cantik. Dikelilingi pula dengan pemandangan menghijau, jauh dari main road. Memang aku rasa akan tercapailah matlamat aku yang memang nak duduk dan rileks je, hal lain aku malas nak fikir. Memang tepat sangatlah sebab line handphone dan Internet memanglah tak berapa nak ada kat sini ya. So sesiapa yang nak fikir hal ‘duniawi’, silalah jangan bercuti kat sini..hahahah! Segala fesbook bagai..memang payah gile nak dapat line. Kot iya pun ada, kat area lobi resort.


 Sementara menunggu Incik Daus selesaikan urusan check-in, leka je perhatikan kawasan resort ni. Memang besar kawasan Felda Residence Hot Spring ni. Kawasan bilik hotel pun tak banyak dan kawasan villa dia agak jauh juga antara satu sama lain. Privacy kan…

Budak bam bam kami ni yang paling happy..asyiklah nak mandi kolam..nak mandi kolam…sabor anak ye…

Selesai urusan check-in, kami kena ‘garikan’ tangan dengan benda alah ni..pakailah sepanjang kat sini..kiranya lepas ni bolehlah masuk kolam air panas ke, kolam air sejuk ke without limit. Memang itu jelah keja kami kat sini, kuar masuk kolam..kakak, mandi sampai kecut jari pun tak puas kan…



Sebelum kita masuk bilik, mehlah kita ber ‘Wefie’ dulu kan. Apa guna ada pemandangan cantik menghijau kalau tak dimanfaatkan..ewah! Dah memang jenis suka bergambor kan…hehehhe…

Mujur aku tak pakai baju kaler hijau, kalau x, dah blend dah dengan background..tudung aje hijau sikit-sikit kan… 


Iya, nampak tak persamaannya di situ..kakak semakin ‘menurun’ sikap suka berposing ibu dia..hahahha! Walaupun muka tak setaraf model, gaya setaraf model tu perlu ada ye tuan puan sekalian..muahahah! Sesekali perasan, bukan depan public pun, paling-paling depan suami terchenta ajer..kan…??? Ahaks!


Bangunan di belakang kami yang nampak sikit tu, itulah spa. Dekat saja dengan lobi. This time datang, tak boleh nak try spa dia sebab ‘Jepun tengah attack Malaya’, hehehhee..Jepun, Jepun, suka tau attack time gini…heheheh…

Kat bawah ni adalah map keseluruhan kawasan resort ni. Luas kan. Nak jalan dari bilik kami ke kolam pun, boleh tahan gaklah…adalah dalam 5-10 minit (depends pada speed jalanlah…). Cuma tak terasa sangatlah sebab hijau je keliling kan. Actually before bercuti ni, kami macam nak pergi pulau ke, atau nak stay dekat area pantai ke..atau itu ini..last-last hambekkkk..tengah hutan rimba. Oklah tu, kata nak rehat tanpa gangguan.. *Femes sangatke sampai nak bercuti tanpa gangguan..hehehe..macam banyak sangat orang yg mengganggu kan..kunun-kununler tu.. ;-) *
 

Disebabkan aku ni baik budi pekerti, meh aku share senarai harga perkhidmatan spa yang ada di sini. Tapi ini harga sehingga aku pergi that day la ye..Bulan May 2014. Harap Maklum. ;p





Frust aku tau, hati berkobar-kobar ingat pagi-pagi nak naik tricycle ni..sekali takdelah beskal tu. Yang ada yang biasa tu aje..Hmmm..mana nak rasa mcm ala-ala kayuhan kat negara omputeh cam gini..hahahah! Erny Poyo! ;-)

Aktiviti seterusnya, masihlah tak reti nak masuk bilik. Tetap nak ajak posing lagi. Bukan sengaja ya, sebab time tu kami sampai awal so biliki tak siap lagi. Silalah habiskan masa ye..dan aku ok je, kiranya taklah Incik Daus tension sangat nak melayan kami berposing kan..heheheh..trik tu..




Wajah-wajah bulat kami..pipi kami yang mahal tu..hahhaha!



Kakak dan Ibu…budak bam bam Ibu ni..geram!


Ok…dah..jom pi masuk bilik. Incik Daus gaya nak bercuti macam Man vs Wild dah aku tengok..heheheh…


Nanti kita sambung lagi di next entry ye..kita tengok hot spring dia plak ok…

Babai!