Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, September 30, 2013

Jom Terokai Perak: Sarapan pagi di Taiping…Roti Canai Cicah Kuah Daging Masak Hitam…yummy!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Yeehhhaaa…nak khabar sikit ni..aku ni kan..memanglah lahir dan dibesarkan di Ipoh, tapi since abis SPM sampai kerja terus merantau ke Shah Alam. Ewah, merantau ya ayat…tak leh blah…ahaks! ;-) Tapi tak pernahlah nak explore Perak ni. Iyalah, balik Ipoh pun during weekend..kejar sana, kejar sini dah abis dua hari weekend tu..

So, awal September ari tu, kami geng office, decide to jalan-jalan. Sebenarnya tak tahu pun dari mana idea ni datang. Just yang aku ingat, sorang intern office suggest nak ke Pulau Aman, jalan2 ramai2. Tapi disebabkan musim hujan tak menentu, kami decide ke Kuala Sepetang aje.

Pagi-pagi semua pun berkumpul di office. Sorry tak dapat nak ambik gambar sebelum bertolak…ade kesilapan teknikal skit pagi tu..ketua rombongan terkandas atas katil…hahahaha!


Ini panorama bandar Taiping, kat area kami akan breakfast...

Destinasi pertama kami dalam perjalanan ke Kuala Sepetang, of courselah isi minyak diri sendiri dulu. Setelah kemain lagi promote, kami pun setujulah nak breakfast kat Kedai Makan Bismillah, Taiping ni…dia terletak betul-betul di tengah Bandar Taiping, berhadapan clock tower tu..kedai dia corner lot..kedai lama…

Apa yang bestttt???


Inilah dia….

Gini gaya servingnya...kami order 10 keping roti canai.. pheww!!

Kemain lagi bebudak ni..hehehe...

Inilah hidangan lengkap itu.... ;-) 

Penuh meja…kuah dia macam-macam. Ada kuah tradisional, kacang dhal tu, sambal ikan bilis..dan yang paling superb. Itu haaaa….kuah daging masak hitam…sepinggan kuah daging tu lebih kurang RM 3- RM 3.50 harga dia…ada dua ketul daging, ketulnya besar jugaklah…

Memang terbaik kat anak tekak aku nilah..kuahnya pekat…dagingnya lembut..memang layan…


Teh tarik dia pun, walaupun berbuih tinggi tapi tak manis sangat..bercakap tentang teh tarik ni, dekat kedai ni ada teh tarik dengan susu lembu dan teh tarik dengan susu biasa tu…so kalau nak rasa kelainan bolehlah order dengan susu lembu ya tuan puan sekalian…untuk aku, yang biasa sajalah…mengenangkan nak jalan jauh..sat gi perut meragam..siapa nak jawab…hihihihi…

So kenyang perut, suka hati….

Apa lagi, jom…jom…kita teruskan perjalanan kita…

Inilah wajah kanak-kanak ribena..heheh..kami satu keta...

Ini budak kecik lagilah teruja...jenjalan ramai2..mula2 malu, last2 tak malu...hehehhehe

Ok..kite sambung Part 2 di entry seterusnya ya...ke mana destinasinya itu....??? ;-)

Sunday, September 29, 2013

29 September itu....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera….

29 September 2013

Genap 10 tahun abah meninggalkan kami…
Kalau mahu diingat kembali waktu itu…aku rasa bagaikan baru semalam segalanya berlaku…
Berlaku dengan pantas, tanpa sedar kini sudah 10tahun segalanya ku lewati…

Aku masih ingat, waktu menerima panggilan telefon dari angah
Aku waktu itu dalam perjalanan mahu ke tempat praktikal, di NTV 7..
Awal pagi, ya masih awal..

Dan daripada ke pejabat, aku yang sedia menunggu di Seksyen 2, Shah Alam waktu itu..
Terus laju saja menahan bas ke stesen komuter…
Hanya mampu SMS sahaja memaklumkan hal berkenaan kepada Abg Zainal & Azizul (boss aku waktu itu..)

Aku masih ingat lagi..jelas-sejelasnya aku menangis semahunya tatkala aku menelefon adik aku yang bongsu..
Sepanjang perjalanan, aku mengharapkan bas itu segera sampai. Dan aku juga ingat empati pak cik bas yang menenangkan aku sepanjang perjalanan..
Dan setibanya di Ipoh, sebaik saja turun dari bas, aku sudah layu dan longlai..
Tetapi aku harus tabah…cuba sedaya upaya mengumpul segala kekuatan untuk berhadapan dengan mak dan adik-adik..

Aku ingat lagi, sepanjang setahun abah terlantar teruk, itulah satu-satunya minggu yang aku tak pulang menziarahinya..itulah satu-satunya minggu yang abah tak benarkan aku pulang..kata abah, duduk saja di Shah Alam, ulangkaji pelajaran..abah bukan nak mati lagi…ya, itulah kata-kata akhir satu malam sebelum abah nazak…

Dan selama bertahun-tahun, aku masih merasakan yang abah masih ada…setia menemani..aku masih lagi menjadi pengunjung setia pusaranya, tiap kali aku terasa ingin berbual..hingga aku merasakan, bukan mudah bergelar abah, ayah, bapa atau walid…tanggungjawab yang payah dipikul tetapi amat besar erti kepuasannya..

Al-fatihah..buat abah…semoga damai di sana…

Amin. 

Wednesday, September 25, 2013

Moments of LOVE # 13: Eating for Longevity...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kengkawan..meh sat..meh nak ajak tengok budak kecik ni makan....ish..ish...suke bebenor...








All in 1 Caption: Saya sangat suka makan apa saja makanan yang berasaskan mi...the enjoyable moment adalah apabila sy dpt tarik mi itu tinggi-tinggi dan buat aksi ... "Slurrrppppp....."...

;-) 


Thursday, September 19, 2013

Resipi: Steamed Chocolate Cheese Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kengkawan...yeayyyy!!! Aku half day off arini...wahhh, kemain nak bagi tau..hehehe...sebab malam nanti ada nak buat sedikit kenduri doa selamat dan majlis tahlil serta bacaan yassin kat umah Mak Long aku...

Ok, semalam kan aku dah janji mau up itu resipi kek yummy2 itu... (wahhhh, sendiri bikin, sendiri kata yummy...heheheh)...marilah hari ni..kiter berkongsi ilmu resipi...ahaks!

Ini bahan-bahan yang aku gunakan....


Bahan-bahan:
  • 280 gm tepung naik sendiri
  • 60 gm serbuk koko
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 130 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar emulco coklat
  • 100 gm susu cair (campur dengan 1 sudu besar cuka)
  • 100 gm air suam

So inilah plak cara aku membuatnya....

Cara Membuat:

  1. Pukul mentega, gula perang dan gula kastor sehingga sebati
  2.  Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga gebu. Kemudian, gabungkan tepung naik sendiri, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Dah lepas campur semua bahan-bahan tu menjadi satu, barulah mula masukkan ke dalam adunan mentega tadi sedikit demi sedikit.
  3. Campurkan pula di dalam jug susu cair, air suam dan cuka. Bila masuk cuka ni, gabungan cecair ni akan jadi sedikit berbuih. Kemudian, masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan pula emulco coklat dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 9inci atau 11 inci.


Adunan Keju:

  • 500 gm krim keju
  • 90 gm gula
  • 1 biji telur


Cara Membuat:

1. Pukul krim keju dan gula
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
      3. Setelah siap, masukkan adunan keju ini ke atas adunan coklat di atas.
      4. Tutup acuan/Loyang dengan kertas aluminium dan sedia dikukus dengan api besar selama satu jam.

Topping

Bahan-bahan:

  • Coklat masakan (aku guna dua bar sebab saiz kek lebar sebab aku pakai acuan 11inci.
  • 1 sudu besar Crisco 
Inilah rupa paras kek setelah siap dikukus...sebelum kita topping...


Dan inilah hasilnya setelah berhempas pulas menghias...takdelah hempas pulas sangat pun...hehehe...aku hiasa biasa2 jer...tak sempat nak piping tulisan ke hiasan apa..sebab bila si kecik pun turut sama nak joined tolong kan... hehehe..


Kek ni lembut sebab dia dikukus. Tak manis sangat, oklah pada anda yang tak sukakan manis. Actually ini first time aku cuba resipi kek ni yang aku ambil dari buku masakan Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah. Alhamdulillah, cubaan pertama ini membuahkan hasil. Cuma kalau ikut resipi yang asal, adunan krim keju tu di masukkan di bahagian tengah kek sahaja. Tapi aku olah menjadikan krim keju itu dibahagian dasar, so aku tambahlah sedikit jumlah krim keju tu instead 0f 400gm kepada 500gm. 

Ok, selamat mencuba ya kawan-kawan....  ;-) 

Wednesday, September 18, 2013

Moments of LOVE # 12: Happy Birthday Bapak...We LOVE you!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

23.08.2013...Incik Daus sudah menginjak usianya setahun lagi..yang ke...23? Hahaha...jangan haraaappp, aku nak kasik promote kebeliaan dia...hehehe...kengkawan, terbalikkan saja angkanya ya...heheh..

Mulanya aku plan nak ambik cuti panjang and pergi somewhere..konon holiday sekalilah..tapi dua minggu menjelang 23.08.13 tu sangat busy...dengan aku kena arrange jamuan raya office dengan adalah dua tiga bendanya lagi..so aku hanya dapat cuti pada hari 23.08.13 tu sahaja..badan toksah katalah letihnya, tak sempat nak berfikir atau merancang kejutan yang ekstravaganza..maka...ini sahajalah yang berupaya aku dan kakak lakukan...

We baked him a cake..his favorite.. Chocolate Cheese Cake...


Itulah hasilnya..simple saja...buat dgn si kakak..aku sibuk nak pukul adunan, kakak sibuk nak calit adunan masuk ke mulut...sabor ajelah...resipinya nanti aku share di entry yang akan datang ya....

Inilah penyeri majlis...hehehe...maafkanlah wajah Incik Daus yang sedikit kepenatan itu..baru balik outstation ya...


Happy burfday to u...happy burfday to Bapak..happy burfday to u... kakak nyanyi dengan pelat-pelatnya...



Suap bapak skittt...

Dan diakhiri dengan wajah kakak jugak...errr...konpius burfday sapekah ini....


To Incik Daus, we are so grateful to have you in our life...You such a wonderful bapak and hubby to me and kakak. You are our life and soul..We LOVE you so much...May God bless you always....

Love U...mmmmmmuuuuuuuuuuaaaaaaahhhhhhhhhh!!!!!

Sincerely,

Ibu and Kakak

Tuesday, September 17, 2013

Syawal Kedua Kami: Stay di Leverage Hotel, Alor Setar.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Curi masa kejap sementara kakak leka main lego...hihihihi..

Jom kite sambung cerita Syawal kami yang kedua.

Petang raya tu, lepas lunch, kami pun bersiap-siap untuk bertolak balik ke kampung Incik Daus di Alor Setar...


Haaaa....inilah gayanya setiap kali nak ke mana-mana. Memang kerja akulah mengatur set-set baju untuk kami bertiga. Kalau anak ada dua,tiga, empat...memang lagi besarlah kot beg baju kami...heheheh...memang Incik Daus slalunya naik pening kepala, sebab dia yang nak kena mengangkut segala beg...hehehhe.

Biasanya aku co-ordinate baju kami berdasarkan warna asas baju atau ada satu warna sebagai main. Aku selalunya lebih suka kalau baju kakak, warnanya kontra dari kami berdua. Barulah menyerlah si kecik itu...

Sebelum memulakan perjalanan, mehler kite bersuka-suki berposing dulu ya...


Posing sambil menyerlahkan perut...sengaja je dia..


 Kemain cekak pinggangla konon...hahaha..ibu mengajarnyer..hik..hik..hik..


Cute tak kamiiii???? 

Inilah keluarga kecil kami...


Masa ni kalau nak ambik gambar dia, semua pun nak buat posing cam gini..tak taulah kenapa...

Di Alor Setar, kami stay di sini...



Kalau dulu setiap kali balik Alor Setar memang akan stay kat umah Tok tapi semenjak berlakunya kebakaran tu, umah Tok dari dua tingkat dah jadik setingkat..so ini dikira tahun pertama yang kami balik sini dan stay di hotel. Dekat je dengan rumah Tok...

Hotel dia ok, kategori budget hotel jugak..mula nak book family room tapi sebabkan musim perayaan, dah penuh. So kami booked jelah Superior King, dalam RM 118 semalam. Hotel dia ok, bersih. Nak tinggal lama, oklah. Lagipun bukan banyak masa kat bilik pun, jadi pada aku sangat berbaloi. Yang penting, selesa, bilik dan toilet bersih. Kat bilik, towel, mineral water semua disediakan. 


Incik Daus sedang check-in


Ini pemandangan ruang lobi hotel

Di bawah ni adalah bilik dan fasiliti yang ada..sorrylah kalau gambar tak sempurna sebab aku sibuk bergelut dengan kakak, berebutkan kamera...





Kat bawah ni aku letakkan alamat dan maklumat lain berkaitan..kot2 sesiapa yang memerlukan esok-esok...hehehe..sharing is caring..ye tak???


Jumpa lagi di next entry ya kengkawan...tatatititutu...!!!

Friday, September 13, 2013

Politik Pejabat, Rasuah dan Si Tupai itu....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Allooowww semua...hari Jumaat yang dingin..alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk berada di atas bumi-NYA...

Kengkawan sekalian, sorrylah ya kalau entry kali ni agak panjang celotehnya yang barangkali susah nak difahami, lebih kepada luahan rasa.

Office Politic and rasuah? Sure sume org pernah dengar dan sedia maklum atau mungkin jugak ada yang pernah melaluinya...mengalaminya..

Duit dan pangkat...dua perkara utama yang menjadi matlamat kebanyakan orang zaman sekarang. Maaf, kalau andaian aku ni tak betul..dan bukan plak arguement aku ni nanti nak menunjuk-nunjuk betapa baiknya aku. Tak sama sekali, okay!! Aku hanya luahkan rasa.

Minggu ni dan mungkin jugak minggu yang seterusnya, akan menjadi minggu-minggu yang berat untuk aku lalui. Katakanlah anda perlu melihat orang jahat bermaharajalela di depan mata, tetapi anda langsung tak boleh nak buat apa. Rasa terkilan, kan? Tapi apabila aku tersedar, segera istighfar, tak mungkin ada manusia yang kuasanya melebihi kuasa ALLAH..kalau tak, tak mungkin ada pepatah sepandai-pandai tupai melompat...ya, tupai..

Si tupai ini mempunyai sekumpulan haiwanan lain yang menjadi pengikut tegar. Aku kadang tak mengerti apa hala perjuangan itu. Aku akui dalam zaman serba mencabar ini, duit boleh menjadi segala-galanya. Semua orang pun nak bergaya, nak menunjuk segala. Apatah lagi dengan kecanggihan dunia maya, segalanya mampu diupdate sebagai bahan tatapan. Bila ada yang mahu menjadi lebih, sedangkan diri sendiri kerdil yang amat hakikatnya, maka bertuankan duit...

Jauh di sudut hati, aku amat mengharapkan si tupai ini terjatuh dengan sendirinya...lambat atau cepat, aku tawakal. Ya, tupai ini mungkin ada ramai kuasa besar di sekelilingnya, cakapnya saja mampu meyakinkan sesiapa saja...tapi aku masih di sini, tetap utuh dan yakin bahawa KUASA DOA ORANG_ORANG YANG TERANIAYA itu lebih besar kesannya..insya-Allah...Ujian Allah ini pasti ada hikmahnya...

Seandainya perjuangan kami ini menemui jalan buntu, aku redha sorakan gembira sekawanan tupai-tupai itu...menang di dunia, tak bererti menang di akhirat. Namun aku juga tak akan hakimi apa-apa kerana Allah lebih suka andai kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saudara kita yang lain. Mendoakan semoga ada sinar kesedaran dihati mereka. Semoga mereka tersentak dan berfikir, "Ini rezeki, pencarianku untuk keluargaku..duit gaji ini untuk aku beli makanan..yang bakal menjadi darah daging zuriatku...rezeki yang aku suapkan untuk anak-anakku inilah yang akan menjadi asas kepada peribadi anak-anakku.."...

Semoga ingatan ini sentiasa menjadi ingatan buat aku sendiri juga, sehingga nyawa masih dijasad...Insya-Allah....

- ErnyFirdaus-

Wednesday, September 11, 2013

Moments of LOVE # 11 : Me and Kakak...sehati berposing...hehehe..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hehehhe..jom kite tengok aksi photogediks kami anak beranak ini...kemain susah nak ambik gambar sopan santun lagi penuh keayuan...hehehe..


Tengoklah aksinya...nak menari ke nak posing anak oiiii...


Maintain....jenuh menahan tu...takkan mampu diam lebih dari 30 saat....


Kakak memang suka pakai sunglasses bapak..siap satu dah patah...stress bapak....hehehe


Okay...kami nak teruskan beraya...

Tuesday, September 10, 2013

Syawal Pertama kami...2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Okay…akhirnya setelah Syawal melabuhkan tirainya, barulah aku sempat nak memulakan kisah Syawal kami…heheheh..punyalah lama dok berkira-kira nak start menulis..pilih gambar dan resize saja aku ambik masa dekat seminggu lebih…


Syawal tahun ni jika mengikut giliran, memang turn aku beraya di Alor Setar. Tapi disebabkan Incik Daus outstation sampailah sehari sebelum Raya, so akhirnya Incik Daus kata raya kat Ipoh dulu…yeayyyy!!! Hihihihi…buleh gituuuu…

Bangun pagi-pagi macam biasa, siap-siap ke Masjid dulu…solat sunat Aidilfitri bersama-sama. Tahun ni alhamdulillah, kakak dah semakin cerdik. Dapatlah aku solat dengan tenang. Kalau tak dulu, dah menangis dah ni…kalau terawih mesti payah nak dapat sampai 8 rakaat. Dia bila tengok ramai-ramai orang, mula menangis..especially bila kita sujud sebab dia tak nampak muka kita. Gitulah kakak.

 Muka gembira selepas solat. Kakak pun dapat telekung raya… ;-)




Oh ya, tema warna kami tahun ini adalah dusty pink. Inipun jenuh aku pujuk Incik Daus. Kalau ikutkan dia, dari tahun pertama kami kahwin asyik dirotate warnanya, kelabu, hitam, kelabu hitam. Sampai aku dah naik jemu…Actually warna dusty pink ini pun, bukanlah idea asal. Cuma masa cari kain, terasa warna ni macam ok plak. Well….erny pakai kaler pink, does it miracle? Hahahah! Iya, untuk yang mengenali aku sekian lama, aku ni memang allergic dengan warna pink. Kalau dulu bila mak aku suggest warna pink, aku mesti macam .. “Pink? Tak naklah mak, nampak macam pompuan sangat…” ..hehhehe..then mak aku mesti balas balik… “ Abis tu, bukan pompuan ke…?” ;-)

Tak taulah kenapa dulu aku selalu merasakan warna pink adalah warna yang sangat girlish sedangkan aku sangat lasak. So no wonder anak dara aku ni, aku tengok pun sangat cheeky orangnya. Aktif dan lasak. No Barbie doll requested at all…hmmm…sabor ajelah…


Cubalah nengok kasut raya dia...tak mainlah sandal2 gurlish sgt..hmmmm...


Jomlah kita bermaaf-maafan dan berdrama…hihihihi…


Katanya, "Bu...kak...ampuunn...maaf..amatt ari ayaaa..." hihihihi...sebab dia dengar kita cakap cam gitu...first time beraya dia dah besar, memang meriah. Mulut tu tak henti2 bercakap...paling suka makan ketupat palas (pulut)..orang utara taulah ni...heheh..boleh abis 3 ketul sekali makan kat dia..suka sangat...


Ibu memberi pesan..kakak mcm biaselah..angguk2.. "ahhhaaammmm"...sat ja paham tu, tak sampai seminit pun...


Kakak beraya dengan Opah plak...


Kemain manja budak ni...yang Ibu kata tak boleh, pergi kat Opah, bile Opah kata tak boleh jugak, pergi kat Mak Ngah...last option...ini gerenti boleh punyalah...pergi mintak kat Bapak...muahahah!


Sangat cheeky okay ini budak kecik...


Cam gini aje beraya dengan bapak..jenuh bapak kejar.. "Kak amauu alam Bapak...kak geli..."..hehehe..gelikan janggut Bapak tu...


Bapak sengaja nak usik..suka sangat nak geli2kan anak dengan janggut dia tu...

Meh tengok ibu daughter posing momment...




Flying kiss sikit...mmmuuuaahhhh...


Sekejap je pin rambut ni dia nak pakai..dah sibuk suruh bukak...


Ok bile raya ni, yang best tentulah hidangan di pagi raya. Memang tak sempat pun nak ambik gambor, sibukkan diri nak makan aje. Tapi yang paling aku suka adalah lontong dengan kuah sambal ikan bilis.


Ini sendiri bikin okay.... **MUKA BUAT BELAGAK SIKIT SAMBIL SAPU HIDUNG****...heheheh


Petang tu, kami saja kuar jalan-jalan, habiskan masa bersama..last2..kakak ajak makan ini...


Iya..telur separuh masak...hahahah...sangat juadah hari raya iya...ohhh anakku yang gebu... ahaks! 

Okay..sudah sangat panjang entry ini...nanti kita sambung lagi ya..aku cubalah untuk gigihkan diri buat 2,3 entry raya ya...

Babaiii sume..tatatititutu... ;-)