Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, December 22, 2015

Resipi: Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin yang mudah sangat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lama sungguh tak memasak beria kat rumah…dan actually memang lama jugak x masak..ada dalam dua minggu kot… 6 hari je last week dah bertapa kat Pulau Langkawi…bertapa u all..mencari ketenangan…hehhehehhe…selebihnya minggu sebelum tu out station…see..see..ahkak bukan malas masak..Cuma xsempat… *tutup muka skittt..*

So weekend baru ni, mehla memasak…sabtu tu teman mak pi makan kenduri..diaorang ada hidang masak lemak ikan masin..aishhh..macam sodappp plak..tapi dieorng letak nenas..aku tak leh makan nenas..gatal…gatal tau..bukan menggatal..ahaks!


Ya..itulah dua menu aku Ahad baru ni..udang goreng kunyit simple tu menu permintaan si kakak. Aku masa kakak mintak masakkan tu ada sedikit musykil sebab kakak memang tak suka makan udang. Bertanyalah aku pada kakak banyak kali…so kakak kata firm..dia nak makan udang…so aku pun buatlah..mujur senang aje requestnya..

Dan untuk tekak ibu dan bapaknya..meh kita masak..Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin Duri…peeewwwwiiiitttt….

Jom aku share bahan-bahan dia…ni bahan-bahan ikut kaedah aku la ya…


2 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
2 tangkai serai (satu tangkai aku kisar manakala satu lagi aku masukkan dalam masakan)
Daun Kunyit (satu helai aku racik dan kisar bersama, manakala satu helai lagi aku carikkan masuk di dalam masakan nanti..bagi lebih harum)
Sedikit kunyit hidup
30 biji cili padi (anggaran ikut tahap pedas masing-masing ya…)
·         Kesemua bahan di atas perlu dikisar)

Ok..memandangkan aku tak boleh makan nenas, jadinya aku gantikan dengan dua bahan ini iaitu terung dan petai. 


Mulanya petai tu konon nak buat sambal ikan bilis..sebabkan macam banyak pula lauk so kita masukkan je sekali dalam masak lemak ini.


Ikan, aku guna ikan masin duri. Kalau nak guna ikan masin lain pun boleh, ikan masin kurau misalnya. Basuh dulu ikan ni ya. Ikan ni aku guna tiga ekor, dan dipotong sederhana. Kemudiannya aku goreng sedikit bagi nampak garing sedikit..tak perlu garing sangat ya. Aku goreng dulu sebab nak bagi ikan ni tak mudah pecah, nanti isi dia kalau dipanas ulang kali dah jadi sebati dengan kuah. Kalau goreng tu, dia oklah.

Santan- Aku guna ½ kg santan.
2 biji cili merah (hiris tengah)
Asam Keping (aku letak dalam 3 keping)

Cara memasak dia pula sangat mudah…
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
  2. Gaulkan sehingga tumisan naik bau dan kekuningan sedikit.
  3. Kemudian, masukkan air. Agak-agaklah ya… Biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula terung dan juga petai. Perisakan bersama sedikit garam dan gula. Tak perlu banyak sebab ikan masin pun dah masin. Biarkan sehingga terung empuk sedikit. Kemudian masukkan asam keping.
  5. Masukkan santan, dan serai. Masukkan juga ikan masin tadi.
  6. Racikkan daun kunyit dan masukkan bersama dengan cili/cabai merah. Kacau seketika sehingga mendidih sedikit dan terus padamkan api.


Hasilnya….taaadddaaaa….


Makanlah bersama nasi panas dan ikan goreng garing jangan dilupa..ewahhhh!!




Monday, December 21, 2015

Mekasih daun keladi... gift jauh dari selatan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

U alls...sorry, lama sunyi sepi...aku baru balik dari bercuti...dekat je dik nuuunnn..idakler sampai ke Kepulauan Maldives..ke Pulau Langkawi je seadanya..hehehhe...so balik aje..zassssss...silalah bekerja...ada satu event lagi before end of year..kata pekerja cemerlang..silalah hadap... ohhhh... tengah nangis tepi CPU skrang ni..uhukkk..uhukkk....batu belah batu bertangkup...hahahha...over!

Balik je that day...terdapatlah satu posto...terkejut ahkak..siapa ni..dari selatan tanah air..siapa antor ni..tak mungkin kaum kerabat Istana Johor...hahahha..berangan okay....



Sekali buka.....taaaaddddaaaaa...


Wahhhhhhhh.....lama dah tak terima surprise gift ni.....macam hebat sangat perasaan ni..serius hebat....


Haaaaa...nampak tak kehebatan perasaan tu..hebat sampai mengeluarkan lahar love-love sedemikian banyaknye...wah...hehehhe....

Nak tau ke siapa gerangan yang antor...hehhehe....

Femes orangnya...

Diminati seantero alam maya...alam realiti ahkak tak tau..ahaks... *mau kena cepuk gak ni...*

Cer tengok..cer tengok..siapa ek...


Haaaaaa....punyalah sayang nak bukak...so meh kasi thrill skit..korang tengok aje dari lubang kecik ini..hehehhee....

Ye..kiriman ini datangnya dari Blogger Travel yang femes emes... sis SS..pi terjah blog beliau okay... scdhasein.

Mekasih le sesangat dari diriku ini..mekasih daun keladi ye..daun lain tak mau..hehehhe...



Thursday, December 10, 2015

Jom Makan Best di Ipoh: Serangan 'Shell Out' di Seven Sky Cafe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Sekarang ni aku percaya tengah demam ‘Shell Out’. Semua orang teruja nak cuba..fenomena yang bermula dari mana aku pun tak pasti. Dan aku pun tak tahu yang fenomena ‘Shell Out’ tu dah datang ke Ipoh…hehehhe..sampailah ke suatu hari Jumaat yang waktu rehatnya panjang…kih..kih…member2 office ajak pergi cuba ‘Shell Out’ yang lokasinya hanya sekangkang kera aje dari office kami. So sebabkan kami gadis-gadis sopan lagi ayu..maka kami taklah pergi jalan kaki sebaliknya menaiki kereta juga seadanya… ;-) *dah rupa karangan purbakala plak dah…hehehhe*

Restoran ini terletak di dalam Bangunan Mydin Mall, Meru tu, betul-betul bersebelahan bowling area. Ni lokasinya…



Dia xda lagi bunting, banner atau apa sahaja signage yang fancy untuk memudahkan orang ramai notice akan kewujudan kedai dia. Tapi landmark dia memang tepi bowling area tu.

Taaaarrrraaaaaaaa…..




Ni lah dia rupa paras set ‘shell out’ yang dihidangkan di sini. Satu kepala dia charge RM 25. Gambar yang u all lihat ini adalah hasil combination makanan untuk 4 orang okay….

Apa ya..dia ada ketam, lala, udang, sosej, dan sayuran seperti kubis bunga dan brokoli. Sayur macam direbus tapi seafood ni dia buat masa sweet and sour macam tu lah…


Wahhhhh..tangan-tangan yang rakus mau menggapai makanan…yeeehhhaaaa…hahahha..lapor weiiiii…

Takkan gambor tangan je kan…meh kasi enter frame penuh…



Uittt..tukang tulih entry ni nak jugak enterframe…sebabkan kekurangan sorang, maka terpaksalah akak ambik gambor sendiri…cik nisa kena p kelas awal aritu..presentation katanye…next time kita datang sini okay…


Secara kesimpulannya di tekak aku..sangat berbaloi. Nasi dan air u all boleh refill. Air dia bagi air sirap je la ye u alls. Ketam dia isi gebu..udang diala tak gemuk sangat..tapi aku paham udang sangatlah mahal dan susah nak beli sekarang ni..Cuma yang aku tak paham akan kewujudan sosej dalam hidangan ni..sosej tu cengkerang dia kat mana ek..hahahhaha….

So kalau u all nak cuba makanan berjemaah cara yang santai dan sedap..ni info dia ye…sila..sila..jangan x cuba…

Lokasi:

Sevensky Cafe
Level 2, Mydin Mall Meruraya Ipoh

Waktu operasi:
Bermula 12 tengah hari

No. tel :
0174854498 (SILA BOOK SEBELUM DATANG, FULL HOUSE KATANYA)

Facebook :
www.facebook.com/Sevensky-fine-dining-concept-313789695391127


Wednesday, December 9, 2015

Siapa pernah baca tentang Moby Dick?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Aku dengan Incik Daus boleh dikatakan we hardly manage to find time berdua je..berdua dalam erti kata tanpa si kakak…huhuhuhu..sebab selalunya memang jenis tak sampai hati untuk tak bawa kakak. Kalau mula plan kata, nak keluar berdualah…tapi nanti ke satu masa, aku yang akan kalah atau Incik Daus yang akan kalah..hahhaha…ok, sesapa nak kata alaaa…anak sorang je..macam tu la..silakan..i dah belajar untuk buat tak kisah je apa korang nak cakap… mekasih… ;p

Tapi aku akui sebagai pasangan suami isteri, perlu adanya masa berdua. Masa yang you all hanya akan buat aktiviti yang disukai oleh pasangan atau yang disukai bersama. So cammana kami definisikan masa bersama? Kadang-kadang melepak kedai mamak pekena Teh Tarik je consider our quality time. Chit chat tentang kerja masing-masing atau tentang isu negara..eh..eh…negaralah sangat…hahahah!


Macam contoh..jom mulakan hari dengan breakfast sama….kadang-kadang kami akan ambik cuti di hari biasa so that kurang skit rasa bersalah pada kakak..hehehhe…macam bila kami buat keputusan nak tengok filem
Filem ni kalau sesiapa yang familiar dengan novel atau cerita Moby Dick, mesti tahu. One of the reason kami pergi tengok filem ni sebab Moby Dick adalah novel pertama arwah abah hadiahkan kat aku. Masa tu aku kecik lagi, sekolah rendah tak salah aku. Bila dapat novel tu, aku macam…ala…citer apa ni..bosannya…! Iyalah, budak perempuan..mana suka sangat cerita sains fiksyen cam gini…tapi sebabkan arwah abah beli, maka jadinya aku pun baca. Teruja sebab dapat novel omputih u alls… ;p



So petang Ahad lepas, lepas sampai ke Ipoh. Incik Daus dah standby belikan tiket filem yang telah diadaptasi dari kisah Moby Dick ini, In the Heart of the see..so marilah pergi tengok movie. Selamba dengan uniform kerjanya..hehehhe…belasah ajelah!

Menonton filem ini terasa sangat dekat..terasa sangat sentimental…kalau arwah abah ada, boleh ajak tengok sekali… sebab abah yang memperkenalkan aku dengan cerita Moby Dick ni. Overall aku suka filem ni walaupun aku bukanlah penggemar filem sebegini. Sinematografi dia cantik sangat bagi aku yang tak terror sangat ni. Effect dia nampak sangat real. Paling sedih masa dieorang terpaksa mengundi siapa yang terpaksa mati untuk yang lain meneruskan kesinambungan hidup. Kena makan daging kawan sendiri. Sedih sangat, dan kalau kitalah dalam keadaan darurat macam tu, ishhhh..tak taulah cammana.

Sinopsis ringkas dia aku bagi tau le yer..nak tau bebanyak..aku bukan pengulas filem..ahaks! Zaman dulu-dulu, dieorang jana elektrik menggunakan minyak semulajadi yang diperolehi dari dalam serombong ikan paus tu. Ala…yang tempat air dia keluar memancut tu..pernah tengok ikan paus dalam tv kan… ;p Jadinya, mereka memburu ikan paus untuk mendapatkan minyak tu dalam memastikan tempat tinggal mereka dan operasi kerja mereka dapat diteruskan. So belayarlah kapal Essex untuk meneruskan misi. Nampak real sangat bila dieorang turun tangkap ikan paus tu Cuma aku punya logic sense dok terfikirlah jugak kan..punyalah sekawan ikan paus tu..tak terbalik plak bot kecik dieorang tu…hehehhe…malas je Incik Daus nak layan bila aku asyiklah tanya soalan tu ulang-ulang.. ;p

Cuma dieorang berjaya dapat tangkap seekor saja ikan paus yang hasilnya adalah 47 tong minyak paus tu. So dieorang cari lagi tapi tak jumpa sehinggalah membawa mereka jauh ke tengah lautan yang dikatakan dah hampir dengan garisan khatulistiwa. Masa di sinilah yang kapal dieorang kena hentam dengan ikan paus yang besar sepanjang hampir 100 kaki dan bewarna Putih. Orang ingat kewujudan ikan paus tu hanyalah epic rupanya betul. So kat sinilah start kemuncak cerita…dan akhirnya..apa kata akhirnya u all gi tengok sendiri….hahahhaha! Aku sponsor beberapa keping gambar filem ni hasil carian aku dari google ye..kot nak ambik gambor dari movie tu, aku rasa mau aku diiring keluar panggung wayang tu sambil mata ditandakan hitam atau wajah dikaburkan..hahhaa…





Mekasih Mr Google dr page2 yang berkaitan..sy pinjam gambar ya... 

Tuesday, December 8, 2015

Little Caliph Ipoh: Bestnya Sports Day!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alllooowww...meh..meh kita share citer Sports Day kakak. Excited okay...as always..ibu ngan bapak kakakla...hehhehe...excited as in sebegini... ;p



Bukan main lagi 'wefie' bertiga sebelum berangkat bersukan...ewah!...Ohh..kakak rumah green..so here we go..Green Team! Mujurlah ibu memang suka warna green..so sangat suka ok bile kakak dapat rumah green,,,yeeehhhhaaa!!!


Kakak and the team. Masing-masing dengan kepala buaya...hahhaha..dieorang ada parade..so kenalah kreatif ngan macam-macam props. Sports Day kakak buat dekat Sunway Extreme Park, Tambun. Ni dalam gelanggang futsal dia. Selain futsal, ada badminton court, ada memanah...dan macam-macam lagilah aktiviti kat sini.


Ni juadah yang dibawa oleh keluarga students..ala-ala pot luck gitu... Kami bawak karipap pusing dengan apam polka dot filling chocolate dan strawberry...


Ni pemandangan dari luar gelanggang. Parents duduk luar ni je....ok gakla tak panas...hehehhe..


Cewah...cewahhh...perarakan berarak masuk...


Hehehhe..bebudak kan...susah nak kawal...tapi umur2 macam gini kalau salah ikut arahan still kelihatan comel lagi kan...cer kalau umur macam-macam kita ni...ermmmm....tak comel sangatlah kan..hahahha


Ok...biasenye kalau acara sukan bebudak tadika ni..penglibatan parents adalah sangat diperlukan...ada je lah kan acara anak-anak dengan parents. Ceiii..aku mula-mula beria ni..semangat kental nak masuk..nak beriiringan bersukan la dengan kakak...

Malangnya...

Akan tetapi.... hehehhehe




Incik Daus yang akhirnya terpaksa menyerah diri menjadi partner si kakak....hahahhaha...sebab aku tengok yang volunteer bagi kategori 5 years old ni semuanya bapak-bapak aje...

Tak caya..

Cer tengok barisan di bawah ini....


See..see,,apekah? Kalau aku mana mampu nak bersaing dengan kehebatan lelaki2 sado ini...maka baton harus beralih tangan.... hehehhehehe


Si kakak menunggu turn.... Yang temgah pegang tali tape tu..itulah Amir Faruqi... kawan kelas kakak..kelas kakak xramai boys..ada dua orang je..yang lain semua perempuan.. ;-) 


Dannnnn...aku bersyukur sangat sebab aku dah pass baton pada Incik Daus...bayangkan..nak berlari sambil dukung kakak...ohhhh myyyy..op kos la i si tak mampu..huhuhuhuhu....



Lari..lari..then kutip bola..then dukung kakak lagi..lari2 pusing kon kecik tu plak...lari patah balik lagi..pehhhhh..kalau ibu yang masuk ni kakak..ibu tukor format jadi mari berguling-guling macam tenggiling..hehehhehe....


Acara sukan tu dibahagikan ikut kategori umur..dari kelas 4 years sampaila 6 years...ada team biru, hijau dan merah...ni dah abis acara..so tengah berdebar-debar nak tau kumpulan mana yang menang...




Yeayyyyyy...green team won!!!! Power rangers sangat ni..hehehhe..ibu suka..suka dan over..ahaks!



Dah besar budak kecik yang alway be baby bucuk macccaaammm ibu ni....abis game..kasut kakak pun koyak..huhuhuhu...dah ngam sangat..cepat membesar kakak ni..tinggi pun dah melebihi paras pinggang aku...alhamdulillah...



Yeayyyy..muka suka..sebab untuk acara kakak pun kakak Juara!!! 


Ni muka suka nak sibukkk bergambor...hahahha...


Dan laaagggiiiii...sama tak kadar ketembaman kami..hehehhehehe..


Eh..eh...sembang ape tu haaaaaa....tetibe kakak malu...dan nak bangun berlari...ahaks!



Hamboiiii.,..bukan main pose model majalah Mangga nampak kakak...no..no..no!


Akhir sekali..acara yang dinanti....mengoyakkan hamper hadiah...yeayyyy!!!



Macam biase..coklat je la pun yang budak kecik ni ambik dulu...


Gift to parents..sedap kek ni...


Ni team kakak..dengan teacher kelas kakak..Teacher Aisyah dan Teacher Syida..


Dan inilah barisan kita...yang ikhlas bersukan...eh..eh...tetibe kan...ni je la pun kengkawan kakak dengan parents masing2...mostly yg green team..ade juga yang team lain...so xdelah dalam gambar ni...


Begitulah berakhirnya sukan kakak this year..so next year ibu harap teacher buat acara senang skit..so that bolehlah ibu menunjukkan semangat kesukanan ibu yang amat hebat ini..muahahahha!!

Ok geng..tatatititutu!

Thursday, December 3, 2015

Tip Kesihatan: 11 cara terbaik hilangkan STRESS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Sorrylah ye semua..lately ni agak sibuk sampai masa pada blog ni terabai skit…maklumlah nak hujung tahun kan..macam-macamlah bendanya..dan line celcom kat rumah ni sangatlah hampeh…kena naik tingkat atas baru nak ada line. Tengah nak cari alternatif masukkan internet atau langgan apa-apa yang patut. Normally weekend laju skitlah..sebab tumpeng wifi Maxis Incik Daus..hehhee…Maxis laju skit sini..so malam ni Incik Daus ade..meh kite CSR kan line wifi…hehhehehe….

Ok..topik penceritaan takda kena-mengena dengan line telefon..hehhee..tapi untuk kita yang memang jenis suka check macam-macam dekat online..bile line slow..memang sangatlah stress kan. Rasa macam nak gi panjat Menara telco tu..eh..eh..itu dusta! Hahahah…

Kali ni aku nak share tip la..lama dah rasa xshare tip-tip bernas ni… *errr…bernas ke pun..ahaks!*

Kalau u all stress kan..u all selalu suka buat apa? Cer share skit….

Macam aku..ni tip bila aku stress….santai-santai saja tau tips nya..jangan ambik serius plak tau…tapi sebelum tu meh kita share skit ape tanda-tanda yang memang kita dilanda stress…


Pernah tak bila satu waktu dalam kehidupan harian kita, u all merasai satu rasa seperti di bawah?

  • Jantung secara tiba-tiba berdegup laju.
  • Pening kepala dan terasa bagaikan menangkap dekat bahagian belakang kepala tu sampai ke leher.
  • Otot bahu dengan leher rasa macam lenguh, sakit atau tegang. Apa pun secara rumusannya adalah rasa tidak selesa.
  • Sakit belakang.
  • Pernafasan semakin laju. Rasa macam tak cukup oksigen tu..aku kadang-kadang kalau stress sangat akan rasa macam ni.
  • Badan terasa semacam..nak kata nervous x nervous..dan kadang-kadang berpeluh.
  • Perut macam xselesa, rasa memulas tanpa sebab dan adakalanya rasa macam angin menolak dan kadang-kadang sampai ulang alik ke toilet cirit-birit. Tapi bukan sebab salah makan atau keracunan makanan. Ya, kadang-kadang stress sangat-sangat pun cenderung buat kita rasa sakit perut.

Kalau kita kerap sangat stress dan kita biar aje berpanjangan, stress ni boleh membuatkan tubuh badan kita lebih lesu dan ia juga akan memberikan kesan pada imunisasi tubuh. Stress pun tak baik untuk kesihatan jantung, kulit dan juga cenderung mengganggu sistem pernafasan sehingga kita mudah terkena serangan asma atau pernah dengar tak ‘panic attack’. Aku pernah je ada kawan masa sekolah dulu yang mengalami masalah ‘panic attack’ ni. Sampaikan kami ingat dia kena histeria. So call ambulan jugakla sebab dia dah macam nak putus nafas, mengerang dan semualah. Memang suspens. Bila dekat emergency ward tu, doktor kena suruh dia bernafas dengan betul dulu. Macam dieorang ada soh dia bernafas melalui satu beg plastik tu, and ikut counting. Sampailah dia boleh rileks balik. Ngeri jugak…

So kalau u all ada pernah alami situasi macam aku nyatakan di atas dan memang you all sedar yang u all tengah stress, cepat-cepatlah cari alternatif untuk hilangkan stress tu ya….macam aku..ni yang aku selalu buat bila aku rasa aku tengah stress..hehehe…setiap orang berbeza cara tau…so ni cara aku okay…

1. Cari Kaffein.


Aku memang penagih kaffein. Tahap kronik kot. Dulu masa kerja lama, lagilah gila minum kopi. Sebab kerja lama dulu memang perlukan aku selalu berjaga malam dan mata celik terbuntang besar time-time deadline kan. Sekarang pun masih lagi. Setiap pagi, at least awal pagi mesti kena secawan kopi dulu. Tapi aku cuba kurangkanlah sekarang ni. Ntah..bila minum kopi ni rasa syok semacam..macam alahai nikamatnya kan. 


Cabaran aku tentang kaffein ni paling teruk waktu mengandungkan kakak..Ya-Allah, jenuhlah ni Sembilan bulan not to drink coffee. So ex-bos aku hadiahkan aku biji kopi…dia kata kalau ketagih sangat..ko cium jelah bijik kopi tu…hahahah…baiklah…! Menjadi habaq hang…. ;p


2. Coklat, Aiskrim segalalah yang tinggi kalori!

Hahhaha..xtaulah habit ni…kalau stress aku ni mesti nak makan. So jangan terpedaya kalau tengok badan aku mengembang tu..no..no..no! Itu bukan tanda suka hati…tapi tu tanda sakit hati okay! So ubatnya..aku akan mulalah mengidam benda yang merepek bagai…sebagai contoh..nak makan kek la…nak makan coklatla..aiskrimla..fuhhhh..semuanya berupaya menambah berkilo-kilo lemak ke tubuh badan..hahhaa..kalau coklat..suka sangat cadburry zip tu…atau fruits and nut..leh bikin lega tau! 


Aku pernah je..stress sangatla konon..aku leh je tersadai kat Secret Recipe sorang-sorang, pi order chocolate lava…pehhhh..sedap sangatla..menengok coklat cair tu…fuyoooo…ok..aku terliur dah… gulp!




3. Tengok Wayang

Aku kalau datang angin gila..boleh je aku marathon tengok wayang. Dulu masa bujang selalu sangat buat. Aku leh tengok 3 filem in a row. Masuk keluar, masuk keluar cinema sambil perut kembung makan pop corn..hehehhe…. Tapi kalau stress aku suka tengok cerita yang light atau romantic comedy ke….leh feeling-feeling…kalau citer sedih pun ok gak..leh nangis konon sebabkan cerita..hahah…best gak tu…

4. Berlari
Ok..dulu ini adalah antara terapi aku untuk hilangkan stress..berlari sampai basah kuyup..balik..minum air panas…dan leh rasa lega yang amat…tidur pun rasa sedap sangat…tp semenjak dah bertukar status dari slim kepada errrrr…hahhaha..ngeri nak mention…maka berlari tu xmungkinlah kan. Kena la berjalan laju je dulu…. So nil ah aktivitinya bila ada masa. Aku nak try displinkan diri balik, sebab tak nak kena marah dengan abang tall, dark and ensem…hahahha… 

Lagipun apabila kita berlari, kita akan memaksa tubuh untuk memberika tenaga tambahan sekaligus memberikan kita masa untuk fokus kepada kaedah pernafasan. Berlari juga boleh membantu otak merembeskan hormon secara semulajadi yang berupaya memperbaiki kualiti mood kita. 


5.  Membaca


Bila aku buat entry ni kan…barulah aku perasan yang betapa banyaknya minat aku yang dah jarang sempat aku buat. Di antaranya adalah membaca. So now..aku dah kembali cuba cari masa untuk membaca dan mostly trend sekarang banyak buku yang bersifat santai dengan menggunakan pendekatan communication writing. Maksudnya gaya percakapan dan penceritaan yang direct. Currently ada baca buku Mat Lutfi ni. 


Dia dah keluarkan buku kedua, tapi aku baru nak berjinak-jinak baca buku yang pertama.  Teruk kan keciciran keretapi….

6. Memasak
Aku tak tau nak describe macam mana pada aku memasak tu dapat digambarkan sebagai satu ketengangan. Seronok sgt memasak dan kemudia dapat jamu orang makan masakan kita. Aku sangat suka the enjoyment of pergi pasar dan jadi histeria menengok ikan-ikan yang segar. Masak, makan..layan tv..then zzzzzzzzzzz…… ;-)

7. Bercuti



‘We travel not to escape life, but for life not to escape us…’ so travel sebanyak mungkin… sebab dgn itu aje kita dapat melihat pelbagai keindahan budaya dan negara orang. Dulu masa bujang aku memang suka sangat backpack sb jimat dan lebih mencabar. Cumanya bila kahwin dan dapat kakak, aktiviti tu terbatas atas masalah kakak kena selalu g medical check up dan sebagainya. Dan since kakak dah besar, aku macam nak aktif berjalan kembali…hehhehe…sementara belum mengandung lagi kan..ye..kadang-kadang asyik diasak dengan soalan bila nak mengandung pun boleh bikin stress tau….so baik kita jangan fikirkan sangat. Tapi aku percaya kalau kita tenangkan fikiran, Insya-Allah..ada tu nanti rezeki…aaammmiiinnn….



Aku sejenis yang suka berjalan sambil mencatat nota tentang percutian tu. Dan aku sejenis yang gigih plotting peta tempat-tempat menarik nak pergi. So Insya-Allah…dapat mengurangkan risiko sesat di tempat orang..heheheh…Cuma buat masa ni kami just bercuti di dalam negara dulu…kaki dah menggedik jugak nak melangkah bertapak-tapak ni…hehehhehe….

8. Menulis
Menulis. Aku sangat suka menulis dan disebabkan minat itu jugalah aku belajar pun bidang yang berkaitan malah kerja pun sama. So kerja aku sekarang ni xmemerlukan aku menulis secara sepenuh masa. Jadinya aku divert ke menulis blog. Tak bolehleh nak tinggal..memang suka menulis..suka berceloteh. So aku suggestkan kalau yang jenis stress tapi tak suka share masalah dengan orang, apa kata u all try menulis macam diari ke. Iyalah, kalau luahan itu bersifat personal..aku tak galakkan sangatlah luahkan dalam blog atau menerusi status FB ke twitter ke yang macam-macam sangat. Might as well keep it to yourself kan. Kalau tak pun, cuba tulis luahan tu dan terbangkan aje atau koyakkan aje lepas tu. Cubalah..boleh rasa lega juga.

9. Balik rumah peluk yang tersayang…
Ini pada aku ubat paling mujarab malah kelegaan yang dirasakan tu sangat best. Meluangkan masa dengan keluarga juga adalah antara aktiviti yang aku sangat inginkan kalau stress di tempat kerja. Dapat gelak-gelak dan mendengar si kakak ni bersembang pun dah syok. Budak-budak selalunya penceritaan mereka kan jujur. Jadinya aku suka spend time ajak kakak g main ke, atau ajak kakak mengeteh ke…dan borak-borak kosong. Satu lagi jadikan habit untuk peluk insan yang kita sayang sebelum tidur. By saying I love you, you felt way much better. Tidur pun lena…hehehe… 


Meh aku share sedikit info yang aku dapat ni….

Neuroeconomist Paul Zak, also known as "Dr. Love," recommends at least eight hugs a day to be happier and enjoy better relationships.1 Psychotherapist Virginia Satir also famously said:2

"We need 4 hugs a day for survival. We need 8 hugs a day for maintenance. We need 12 hugs a day for growth."



So, jadikan hugging as a MUST in your daily life…peluk yang muhrim aje..jangan yang cintan cintun tu pun nak berpeluk jugak..ahkak rotan karang!!!

10. Letakkan ALLAH dalam segala hal…
Ok, tip nombor 10 ni adalah tunjang utama pada kita semua. Bagi yang Muslim, apabila kita pelihara hubungan kita dengan Allah…Insya-Allah, segala urusan kita akan dipermudahkan. Aku xnaklah bicara yang seakan menghalusi memandangkan aku kurang arif, masih bertatih. Tapi aku rasai dari pengalaman sendiri. Bila kita belajar sedikit demi sedikit untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan Allah…aku mulai rasa lebih aman..tenang dan lapang. Ingat selalu, kalau stress…mengadulah apa sahaja dengan ALLAH..bukan sahaja rasa lega..malah segala aduan kita tu, menjadi satu rahsia yang tak akan bocor sampai bila-bila. Kalau kita cerita masalah kita dengan orang…kadang-kadang jadi lagi stress kan..bila rahsia tu bocor ke pengetahuan orang lain…..


Bila kita berupaya lapangkan hati..tenangkan minda..Insya-Allah..kehidupan akan lebih ceria.... macam kami...yipppiiiieeeee...

11. Keluar dari kebiasaan....
 Dalam erti kata yang lain..sesekali moh kite buat perangai gila-gila. Seperti contoh, lakukan aktiviti yang spontan atau yang 'surprise dengan sahabat anda. Ketawa dan memberikan ruang kebebasan pada diri adakalanya mampu menepis segala rasa stress yang kita alami.  

Carilah kawan yang berupaya memberi aura positif kepada kita. Kawan-kawan yang penuh dengan 'kelulusan Ph.d' tu jauhkan saja. Nanti bukan lagi aman damai...lagi stress! ;p

Akhir sekali dari empunya blog...selamat menceriakan hari anda...  :-)