Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, June 30, 2013

Awas Si Pencuri!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah hampir 2 minggu aku langsung tak sempat nak membelek atau membuka blog..sebab jadual kerja yang sangat padat. 3 hari di Lumut sebelum kemudiannya ke Kuala Kangsar dan 3 hari lagi berlanjutan ke K.Lumpur untuk training..memang agak memenatkan. TAmbahan plak aku memang tak sihat.

So malam ni, barulah sempat membuka dan mengupdate banyak entry yang tertunggak...dan tetibe aku nampak ada komen masuk...actually memaklumkan aku bahawa ada blogger telah MENCURI cerita aku dan memaparkan di blognya..cume ditranslate je ke version broken englishnya..yang hebatnya, sume termasuk jalan cerita langsung tak diubahnye..kot ye pun nak curi idea penulisan orang lain, olahlah skit supaya boleh lari jika disabit dengan Akta Hakcipta..hangin sungguh aku..gambar2 pun dicopeknye...adulahai... Ini entry aku yang dikebasnye...

http://ernyfirdaus.blogspot.com/2013/03/jamu-selera-girang-gembira-di-assam.html

Buat si blogger yakboktamkelih.blogspot.com hentikanlah apa yang anda buat...aku rasa ade blogger lain gak yang dicopy dan ditranslatekan versi broken english tu dari pembacaan aku...dan untuk Mr/Miss/Mrs. Anonymous yang maklumkan aku mengenainya, Thank You So Much for your kindness....

Bila tak sihat...uhukk..uhukk..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

NOTE: Actually, entry ni aku dah taip last week lagi,dalam hari Ahad malam gitu..tapi memandangkan sibuk sangat, then selasa petang aku dah ke KL outstation, xsempat nak mengedit gambor..so alang2 dah tulis, aku up gakle entrynya..heheheh...bayangkan anda membaca sambil flash back apa yg berlaku kat aku dalam dua minggu lepas...heheheh...njoy!

Alllooowww sume…seminggu nampak gayanya tak dihadap belog ini..aku sangat sibuk dari last week, out station dan sgala..end up tak sihat juga…so Jumaat that day, last meeting was in UTC Perak, aku dah sangat2 tak larat..rasa tolak badan je nak jalan. Incik Daus as always, dah seminggu outstation..kali ni ke Pulau Pangkor..jadinya, aku mintak tolong my colleague Nisa to send me to UTC, gile tak larat sangat. Kebetulan dia half day, so she dropped me there after Incik Daus promised to pick me up there around 5.30pm..kalau tak sape plak nak ambik aku balik, angah pun keja gak, mau plak nak merempit ngan si adik…

Then malam telan ubat, tarik selimut…zzzzzzzzz….I need to sembuh okayyy…started next Monday, ada meeting nun jauh di Manongh, K.Kangsar and will be in KL from Tuesday to Friday…training okayyyy…would u imagine my hectic schedule? Dan dalam masa yang sama surviving as a mother? Incik Daus most of the time tidak berada bersama kami, banyak kejanya nak kena diselesaikan before Ramadhan. Dulu, I use to stress out because of this jauh-jauh things. Tapi as the time goes by, I told myself to live it with the flow..kind of I’m a Survivor gitu…huhuhu… *kasik tabik spring sama diri sendiri*..ahaks! He went out to find the rizq for us… (tapi bila time tak brape nak positif, adelah gak, perdebatan sepoi2 bahasa…hehehehhe)

So sepanjang weekend, I told him…

Me :           Rasa tak larat sangat..letih semacam..

Incik Daus: Takpe, rehat je..I’ll be the chef of the house..Cleaning and everything..( not to mention cuci ‘yak’ kakak juga…heheheh)

Me:          *Giving him a BIG SMILE…huhuhuhhu… (kena berlakon tak sihat selalu ni…ahaks!)

So, inilah hasil masakan chef jemputan minggu ini…Incik Daus.. (lauk ikut selera tekak chef…hahahha!)


Hari Ahad plak, chef telah masak kacang panjang masak kicap sama telur dan juga ikan goring. Untuk kakak, ada ubi kentang goreng dan telur hancur. Paginya Chef bakar roti arab makan ngan sambal sardinn..walaupun dimasak terus dari tin (hanya ditumiskan bawang je..)..tapi oklah…heheheh..tapi gambor aku tak sempat nak ambik..

Selain itu, inilah kejanya, melayan si kecik..




Hebat nak main gitar, sekali nak tau tak lagu ape yg anaknya nak Incik Daus nyayikan,heheheh..aku dah nak tergelak dah..jenuh Incik Daus usaha menukar lagu tapi kakak tetap nak bapaknya main gitar sambil nyanyi lagu “Nenek, nenek si bongkok tiga…” kih!Kih!kih! Bagai nak terburai isi perut aku tahan gelak okayyy…


Selain  main gitar, 'kakak' sangat suke mewarna dan menulis...celik2 mata je dah ngadap buku2 dia..lepas tu akan paksa aku ngan Incik Daus jawab, cantik tak kakak buat? So agak2 ape jawapan kami..heheheh...tentulah cantikkkk!!! adeyyy..anak2.. ;p

Anyway, to my dearest Incik Daus, I always know, genetically (kemain lagi vocab nye…) I am married to a man yang tak romantik langsung (and when you try to be..aku plak akan tergelak2 kelakar..hahah, sebab kelihatan sangat poyo…ampunnnn…. *sambil cium lutut*)..tapi you trying so hard to accomplish our needs..to be exact, our long wishlist… *sambil aku ngan kakak tersenyum2 siputt..heheheh*

Thank you so much for your understanding, love and cares….We always LOVE you Bapak!!! ….


*Oh ya, walaupun minggu sudah agak ‘stress’ dan penat untuk dilalui tapi ada jugak benda2 hebat dan indah yang aku rasai, pertamanya apabila aku menerima titipan ringkas ucapan terima kasih oleh my previous trainee for segala ilmu dan pengalaman yang aku kongsikan. I always believe by saying thanks you can do miracles… ;p dan satu lagi adalah kejutan panggilan telefon from my long long best frenz Ijan…yes, ia membuatkan aku tersedar betapa aku telah lama di sini…. Hmmmm….

Saturday, June 15, 2013

Menarik di Cameron Highlands: Food & Random

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baikkkkllllaaahhhh...ini merupakan entry terakhir kisah Cameron Highlands..saja, random2 pictures...

Hari pertama kami di Cameron, agak memusing jugak kami mencari tempat makan...so kami pilih kedai makan di selekoh selepas Hotel Rossapasadena...kedai Tom Yam...


Inilah menu kami...dari atas (mengikut putaran jam), daging goreng kunyit, tom yam pok tek, ayam masak sos, kailan ikan masin dan telur dadar goreng.

Semua ini tak salah aku dalam RM 40 ++++.

Rasanya, oklah pada aku..especially daging goreng kunyit dan kailan ikan masin...kailan rangup dan tak pahit..just nice blend with ikan masin...


Then hari kedua dan ketiga..inilah destinasi makan kami...dekat Pekan Brinchang, berhadapan dengan food court area, satu baris dengan Rainbow Hotel, Kowloon Hotel dan Parkland Hotel... semua tu...pada aku makanan dia memang sedap terutamanya Tom Yam Pok Tek die..feeling abis...hehehe...kat sini tom yam dah macam peberet aku...makan waktu sejuk2 ujan plak tu...sebabnye cuaca kat Cameron ni dah tak sesejuk dulu, kirenye tak perlu nak pakai sweater bagai pun ok..melainkan waktu ujan dan tengah malam, terasa jugaklah sejuknya...

Restoran Idaman Aika namenye..



Ini menu yang kami order.. Tom Yam Pok Tek..terbaik kat lidah aku...


Kailan Ikan Masin..pun aku suke...sedap, rangup..dan tak pahit..agaknye memang kailan kat atas ni takde rase pahit mcm kebanyakan kailan kat sini...adakah lidah aku je yang mengada makan kailan kat sini je yg tak pahit...


Kerabu Sotong, pun aku suke...masam, rangup sayur dan pedas cili padi tu bersatu...


Kakak yang masih setia dengan sarung tangannyer..heheheh


Inilah di antara hotel yang ada di Pekan Brinchang..kirenye budget hotel...



Kalau ada yang nak datang ramai2, mungkin apartment adalah pilihan yang tempat, sempatlah aku ambik gambar ni..mungkin leh dijadikan panduan pada sesapa yang nak sewa apartment....


Selain itu pesanan aku, kalau stay di Brinchang ni, adalah sangat advisable untuk sediakan duit secukupnya sebab ATM hanya banyak terdapat di Tanah Rata (yang mengambil masa 15-20 minit dari Brinchang)...Kat Tanah Rata ada Maybank dan juga CIMB (kat area Starbucks).

Kalau di Brinchang, hanya ada Bank Rakyat tak salah aku...

Kedai makan, banyaknya memang di Tanah Rata..maksud aku jenis2 yang ada namalah macam Starbucks dan Marrybrown.

Sekiaaaaaaaannnnn...huh lega, dah settle!



Friday, June 14, 2013

Tempat Menarik di Cameron Highlands: Cameron Bharat Plantation @ Cameron Valley

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam perjalanan turun, kami singgah plak di sini...saja nak menikmati minum petang... (alasan untuk pujuk Incik Daus berhenti dan singgah..hehehhe)




Seperti yang aku katakan sebelum ni, pilihan makanan dia lebih banyak berbanding apa yang ditawarkan di Boh Centre, Sg Palas.


Kakak yang sudah lentok terlena kat bahu bapak..gerak macam mana pun dah tak mau jaga...


Aku order Lemongrass Tea... rasenye memang umppphhhh...aku suke2...ayaq Incik Daus tak payahlah tayang..sebab die nak teh o ais jer..heheheheh...



Memandangkan kakak sedang lena diulit intan, aku pun menjalankan agenda shopping di Cameron Valley Shop yang menawarkan pelbagai jenis teh dengan pelbagai perisa...kalau dari segi bandingan harga, teh di sini adalah lebih murah berbanding Boh..


Ini antara dua tea specialty yang aku borong...RM 20+++ sekotak, actual price, aku dah tak ingat...ampunn...ade lagi pilihan lain macam Ginger Tea, Spices Tea..dan ada satu campuran teh yang masyarakat India suka minum tu...aku pun sudah lupe namenye..itu harganya mahal skitla...

Kalau teh yang perisa strawberry, manggo sume tu, murahlah dalam RM 8.90 sekotak..lebih kurang RM1-2 lebih murah berbanding yang dijual dipasaraya kat sinilah..


Aku borong gak teh botol kat bawah ni..ada dua perisa iaitu Mangga dan Strawberi...satu botol RM2..cantik plak aku rase botol die..rasenye pun ok, especially diminum sejuk..



Ohhhh, our kakak dah terjaga dari tidur...masih 'mamai' lagi ni...


 Bagi aku, untuk mereka yang bawa mak ayah yang dah berumur, Cameron Bharat ini adalah ladang teh yang sesuai dikunjungi sebab dia kat tepi jalan otw turun tu.. (ikut jalan Simpang Pulai)..sebab nak ke ladang ni, tak perlu naik tangga tinggi-tinggi..kat tepi cafe dia tu jer..senang...



Nampak tak tudung aku yang dah ada bintik2 putih tu...itu adalah air hujan..menandakan bumi Cameron dilimpahi hujan...dan hujan jugaklah yang mengiringi perjalanan turun kami...


Tatatititutu Cameron..Insya-Allah, ada rezeki kami datang lagi.....


Thursday, June 13, 2013

Tempat Menarik di Cameron Highlands: Kea Farm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok, aku rasa macam tak percaya aku berjaya jugak marathonkan segala entry berkaitan Cameron Highlands dengan senafas..hehehe..senafas lah sangat...dah lama tak menaip terus menerus cam gini..memandangkan Incik Daus outstation di hari minggu, jadiknya aku bolehlah buat keja gini..kalau Incik Suami ade, haruslah kita menjadi isteri mithali...hehehhe..iya kengkawa, entry2 ini aku taip dalam satu hari yg sama, dan kemudian aku auto modekan saja publish datenya... *sekadar penerangan kot2 ada stalker yang ingat aku buat keja ini dalam office hour...dussshhhh!!! tajam manikam!hehehhe...* dan memandangkan next week aku bakal oustation selama 3hari...huhuhuh....

So, ini adalah destinasi yang dinanti2 oleh orang cam aku ni..memang suke memborong sayur2 kan...so inilah Kea Farm, Brinchang..tempat di mana kebanyakan hasil bumi dijadikan jualan..

Untuk kami yang stay di EQ, memang sangat convenient di mana kawasan ini adalah dekat, distance walk only...sebab susah gak nak carik parking, sebab dia kat tepi jalan je...



Sorrylah ye kengkawan, tak banyak gambar yang sempat diambik sebabnya aku sibuk nak pilih sayur2..hehehhe..

Kat sini macam2 jenis sayur pun ade..ada kedai yang jual selonggok RM10 (campur) dan ada juga yang boleh dibeli secara pilihan...Antara yang aku borong adalah lobak putih, kincam, ubi manis tu..sedappp..timun kecik...macam2 lagilah...

Selain sayuran, ada jugak dijual strawberry (yang segar dan juga yang dijadikan dried fruits), teh, asam, dan juga bunga ros. Teringat cerita bunga ros ni, aku ingat lagi dulu time aku belajar kat UiTM dulu, time pergi sini, kemain lagi teruja nak beli ros biru. Kali ni pi, Incik Daus tanya, nak tak bunga ros? hahahha, giler tak romantik, siap tanya direct lagi, takde langsung elemen kejutan...dan tanpa elemen kejutan atau keinginan nak rase kecik ati, aku pun jawab..tak naklah..baik belikan aku coklat..heheheh...

Jadinya, bagi anda yang ke Cameorn Highlands, aku cadangkan singgahlah ke sini pada hari terakhir anda..senang, borong2 terus balik....yeeeehhaaaa!



Wednesday, June 12, 2013

Dilamun Rinduuuuuuu!!!!!!

Assalamualaikum...

Waaaaaa!!!!!!sgt sedih,mlm ni tido tanpa kakak....dah lame xtinggalkan die for outstation....3hari 2 mlm plak tu....sedeyyyy!!!!!

Dan aku time ni dah sgt tepu...ngantuk!!!!

Bilelah nak abis sesi ni....otak udah xleh digest dah...
Miss my hucuk maccchhhaaammm...my kakak cayannnggg....
Friday,please come ....nak balik!!!!!!

Moments of LOVE # 8 : Kakak Mau Jadi Photographer...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cer tengok gayenye..kemain lagi...walaupun ngan kamera tipu2...





Ada gaya tak?? Oh my kakak....Love Youlah!


Tuesday, June 11, 2013

Tempat Menarik di Cameron Highlands: BOH Tea Centre Sg. Palas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ok, destinasi berikutnya pada petang hari kedua adalah of cosss...BOH Tea Centre..pekena teh o dalam persekitaran ladang teh yang pastinya sangat syiok okaaayyyy!!!

Akan tetapi, pada sesiapa yang nak ke Boh Tea Centre ni aku nasihatkan haruslah kuat semangat kerana laluan mendaki ke atasnya adalah sangat mencabar di mana laluan masuknya penuh corner-corner tajam dan ngam-ngam sebuah kereta. Jadi pemanduan harus cekap dan berhati-hati. Apabila di selekoh, biasanya hon dibunyikan dan salah satu di antara kereta dari dua arah (masuk dan keluar) perlulah bertimbang-rasa mencari laluan tepi untuk berhenti, dan memberikan laluan pada sebuah lagi kereta untuk menyusur pergi.

Namun yang aku pasti, Subhanallah, pemandangan hijau lereng bukit yang dipenuhi rona kehijauan dedaun teh sangat memukau pandangan. Terasa sejuk dan segar....best jugak kalau kerja kat Cameron Highlands ni kan....hehehhe.. (selalu aku memang teringin nak hidup di tempat baru, tengok tempat orang...heheheh..how I wish...but life, never about only you...remember that!)

Jadinya, bila dah sampai kat atas, di perkarangan parkir yang luas..aku ingat, kami dah pun sampai...iya..dah sampailah sgt kan...

Ni pandangan dari parkir kereta khusus untuk pelanggan yang nak ke Boh Centre ini...



Ye...jangan ingat, dah sampai parkir tu maksudnya dah seinci dekat untuk pekena teh panas ya...silap sama sekali...huhuhuhu..

Sambil disindir Incik Daus... "Hmmm..siapelah kan kakak yang memberikan cadangan bernas nak ke sini iyer..." ...

Errrr....manelah aku tahu bahawasanya selepas parkir kereta, kami kena mendaki plak tanga-tangga menuju puncak!!!!.. * Sambil kedengaran lagu tema Menuju Puncak didendangkan oleh angin bayu....* ^Harus dush..dushhh...diri sendiri^...



Kakak yang gigih dan bapak yang terpaksa pura-pura suke nak naik tangga yang tinggi2 ni..hehehe..oh manakah Ibu? Haruslah tercicir kat belakang..muahahah! tinggi jugak ye kengkawan..adalah dalam 10 minit nak naik, nak2 ngan gaya orang yang dah hilang stamina macam kami ni...huhuhuhu...sadis! demi secawan teh...ahaks!



Ok, steady kakak, we almost there...please2..layankan keinginan ibu ini...heheheh


Haaaa!! Yeayyy!! Dah sampai...sangat suke nampaknya Ibu...siap nak posing manjer lagi..manjerke? kew..kew..kew...ohhh, dan Bapak pun tak kurang kalahnye..tetap ngan 'signature pose' die iye...konon2 menikmati panorama alam yang menghijau...


Pemandangan dari atas..Subhanallah....terasa angin petang bertiup...rasa lega..rasa macam nak tinggal seminggu kat sini...hehehhe...berangan tak ingat dunia... ;p



So, setelah puas berangan, mehla kita ke tempat yang sangat diidamkan itu.. *macamlah teh BOH tak leh dapat kat Ipoh...kui..kui..kui..*


Inilah di antara menu kami pada petang itu...aku order 'Mint Tea' dengan Butter Cake..Ntah kenapa, selain scone, butter cake adalah peberet aku dinikmati dengan teh..hmmm..kalau tekak melayu aku plak, suka gak pekena teh ngan cucuq bilis...muahahah! *Remember mana bumi berpijak weiii..*

Kebanyakan menu di sini, pastilah beraneka teh dari jenama Boh..malah ada gak specialty tea yang hanya terdapat di sini..harganya plak, kalau seteko macam kat bawah ni dalam RM9-RM 15 mengikut jenis teh yang kita pilih...kek plak selain butter cake ada gaklah carrot cake, cheese cake..dan pie tak salah aku..tapi pilihan makanan tak sebanyak Cameon Valley Cafe.



Fuyyyooo..perasan hebat minum teh kat puncak gunung sg palas ni... * Ke teh Naina Nasi Kandar lagi syiok Incik Daus ku sayang? hehehehe...*

Abis minum teh, jomlah bercamwhore...Incik Daus segan-segan gitu nak ngambik gambor kami, sebab banyak mata-mata yg menengok..hahaha..tapi demi isterinya ini, maka digagahkan jugak..itupun cepat2 je disuruhnya...hehehe..iya, Incik Daus sangat pemalu gitu...hanya dgn org yang dah biase, barulah dia okay, bersembang ramah..kalau tak tersengih2 jelah..ermmmm..dan genetik itu diwarisi oleh anaknye ye... ;p




Di sini ada juga ditawarkan trip melawat ladang teh ini..jadualnya adalah seperti dalam bunting di bawah...


Ok, dah...kita sambung nanti..pi Kea Farm ngan Cameron Valley plak okay....

Tatatititutu.....

Monday, June 10, 2013

Tempat Menarik di Cameron Highlands: Cameron Butterfly & Insect Farm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok, jom kita sambung kisah percutian kami di Cameron Highlands...hari kedua, kami bawak 'kakak' ke Taman Rama-Rama & Serangga ni yang terletak di laluan masuk ke EQ. Kiranya kalau dari laluan jalan besar, sebelum sampai ke simpang EQ dan Kea Farm, taman rama-rama ini terletak di sebelah kiri jalan.

So, inilah kaunter masuknya. Harga tiket adalah RM5 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak (umur 3-11 tahun).



Ok, hayatilah gambar cover album versi kakak and bapak...hehehhe..kemain lagi konon candid katenye...


Dari laluan masuk, kita akan tengok pelbagai spesis rama-rama dulu...so aku sajalah practise teknik ambik gambor guna samsung camera aku...hehehe..mase ni la pun nak explore..ye tak?







Ya, saudara-saudari, inilah di antara spesis rama-rama yang terdapat di dalam taman ini, sedang menghisap madu debunga...ahaks! *Perasan tengah buat stand upper macam dolu-dolu* ^___^


Okay, di mana ada ikan, di situlah kakak nak singgah...dan yang pasti, persinggahan tu mesti lama...ohhhhhhh!!!!!



Dan sementara tunggu kakak menjalankan sesi 'bual-bicara bersama ikan-ikan itu, mehla ibu ngan bapak kasik snap sekeping gambor posing romantis ala-hindustan berlatar-belakangkan bunga-bungaan..hehhehe...
awwww!!! *kedip-kedip mata sambil malu-malu* ahaks! Poyo!


Laluan seterusnya dalam taman ini, barulah kita akan melalui seksyen serangga-serangga...

Semua diletakkan dalam kotak-kotak kaca..



Pewitttt, kasik teknik skit..



Kakak menunjukkan wajah terpegun melihat pelbagai spesis serangga dan haiwan kecik kat dalam ni. Kenapa aku kata ada haiwan kecik, sebab macam gambor bawah ni..tak salah aku macam sangkar landak kecik gitu...so itu kan bukan kategori serangga..kan Janet kan? kan? Kan? heheheh...


Ya..sekali lagi kami tampilan gambar versi cover album yang bertajuk "Setengah hari di taman haiwan.." hahahha...harap-harap Incik Daus tak bacelah entry ni..kalau tak, mau die soh aku kuarkan caption ini secara diktatornye...muahahahah!


So kengkawan, marilah kita akhiri sesi lawatan ini dengan gambar wanita paling ayu di seantero Malaya...hahahha..ayat tak hengat...

Taraaaaaaaaa!!!!....


______


_______




_______





_________











Jangan marah aaaaaaaa......tatatititutu!!! ;p