Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Masakan Telur. Show all posts
Showing posts with label Masakan Telur. Show all posts

Saturday, January 21, 2017

Resipi: Sambal Tumis Telur Puyuh dengan Petai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Masak apa u alls sekalian hujung minggu baru ini…hari ni nak share resipi yang ahkak masak last weekend. Mana tahu ada yang buntu nak masak apa..ewah…bunyinya macam nak bagi resipi tahap 5 bintang aje kan…heheheh…

Last week ahkak masak ini ha…


Ya, Sambal Tumis Telur Puyuh dengan petai…

Siapa suka petai, angkat tangan!!! :p

Sebenarnya aku dulu sebelum kahwin pun tak makan petai walaupun arwah abah makan petai. Suka lagi petai tu….tapi anak dia macam eksenlah masa tu tak suka petai…bau u alls… *rasa gedik sangat* hahahha…bila dah kahwin, dapatlah suami sama perangai macam arwah abah…suka segala petai dan jering…so dari kerana cintaku padamu..maka terpaksalah I jatuh cinta juga dengan petai…hahahha….kengkonon sangat…

Sebelum melalut ke laut dalam, ini bahan-bahan yang diperlukan…

Bahan untuk dikisar:

* Segenggam cili kering (aku guna yang halus kerinting, rendamkan sekejap)
* 10 batang cili padi kampong
* Sedikit belacan
* Dua biji bawang besar
*semua bahan ini silalah kisar halus

30 biji telur puyuh (rebus dulu)
Petai (ikut sukalah ya nak banyak mana….seeloknya hidangan ini dimasak di hari Sabtu, supaya toilet rumah sendiri saja yang menjadi mangsanya..hahahha)
1 biji bawang Bombay (dihiris nipis, bulat-bulat)
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air, kalau suka nak berkuah sedikit.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga masak atau pecah minyak ek orang cakap….hehehe…
2.  Kemudian masukkan air asam jawa. Bagi kuahnya nampak pekat sedikit barulah dimasukkan hirisan bawang dan juga petai.
3.  Setelah itu, masukkanlah telur puyuh. Perisakan dengan garam dan gula.
4.  Siap semua, silalah hidang.. J



Monday, June 1, 2015

Menu Si Kakak: Burger Kicap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weekend baru ni kami menjadi dua dara pingitan..ewah!

Asalnya patut balik Kedah, ada wedding. Sekali Incik Daus urgent kena ke Langkawi...hari Khamis gak nak kena masuk Langkawi..huh..kalaulah dpt tahu lebih awal, mau je ku ikut..errr..ke sebab tu sengaja tak bagi tau lebih awal? Hahahaha...

Maka jadinya..kami yang bujang2 di rumah ni pun...jadiklah leisure lady..tapi version leisure lady ni masih kena basuh baju, lipat baju, masak..kemas rumah..and the list goes on..

Then time makan..tanya kakak, kakak nak makan apa...tau ape jawabnye...errmmm.. Kakak nak burger kicap? Adeyyy...burger kicap? Ibu macam nak aje garu2 kepala yang tak gatal ni...segala benda nak dimakan dengan kicap...memang hantu kicap! Macam bapaknye jugak... ;p
\

Inilah version Burger Kicap...benjo actually...roti tu sapu mentega aje..then letak je kat non stick pan...kosong..kakak memang tak suka sos cili..sos tomato ada masa dia nak makan..dia makan...mostly tak makan..hmmm...kakak ni macam picky eater jugak..tengah train nak tukarkan tabiat picky eater tu...

Telur tu aku buat sempoi aje baq hang...hehhee..macam telur dadar je..kasik lipat2..angkat. Then tabur kicap...senang sungguh..weeehuuuu...


Walaupun itu menu yang aku tak pernah terfikir nak masak..tapi oklah..janji kakak suka... hi-5! ;-)

Wednesday, April 1, 2015

Resipi: Kari Telur dengan Kacang Dhall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ewahhh..sopan betul title, kacang dhal u alls..walhal kat rumah selalu sebut parpu..hahhaha! errmmm..skali mamu habaq mai kat hang…. Ahaks!

Actually dah agak lama juga teringin nak buat Kari Telur dengan kacang dhall ni tapi weekend baru ni dapatlah kesempatan masa untuk kembali ‘bersilat’ di dapur..



Meh..meh ahkak kongsikan bahan-bahan yang diperlukan…

Bahan-Bahan:

1 ¼ cawan kacang dhall (direndam dulu, aku rendam dalam 2jam, kalau rendam semalaman lagi ok)
1 kotak santan (200ml)
5 biji telur

Garam dan gula sebagai penambah perisa
Air

Bahan Tumis Darat:

*3 biji bawang merah
*3 biji bawang Putih
*Sedikit halia
(bahan bertanda * dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
Sedikit herba campur (jintan manis/jintan putih/biji sawi)



Cara Membuat:
1.      Rebuskan kacang dhal selama 15 minit.
2.      Kemudian masukkan ubi kentang dan biarkan lagi dalam 5 minit.
3.      Masukkan telur sebiji demi sebiji (mak cakap kalau tak nak telur pecah sangat, pakai telur itik..hehhe..pesanan penaja).
4.      Akhir sekali masukkan santan. Perisakan dengan garam dan gula. Biar didih sekejap, padamkan api.
5.      Dalam kuali berasingan, panaskan minyak (untuk tumis darat)
6.      Tumis bahan tumis darat sehingga naik bau. Then dah naik bau, nampau bawang pun dah garing-garing, tuangkan atas bahan rebusan tadi. Inilah namanya tumis darat.


Settle..yeayyyy..berjaya!!! ;-) 

Monday, February 23, 2015

Resipi: Kari Ikan dan Telur Sedap dan Pekat.. ;-)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Meh nak share sikit teknik-teknik memasak kari yang mampan pekat kuahnya dan mengancam rasanya…ewah! Macam hebat sangat ni mukadimah aku…no..no..ngeri ahkak sendiri membacanya..hehhehe..

Mukadimahnya adalah..ini adalah menu aku lebih kurang dua minggu yang lepas. Aku actually memang dah lama dah teringin nak makan telur ikan ni. Last makan, rasanya time ni kot..
So memang dah lama pun mntak Incik Daus tolong belikan. Asyiklah tak sempat..lupa memanjang..so akhirnya dua minggu lepas, berjaya jugak telur ikan ni mendarat kat dalam periuk aku..hehhee..itu pun, org suruh beli yang dah siap masak tapi dibeli yang raw, So takpelah, aku pun dah lama tak masak memasak kari ni.

Gigih ke pasar, pi cari ikan sebab telur ni takdalah banyak sangat. Ada banyak ni saja.



Haaa..sure pelik kan? Sure ada jugak yang tak pernah tengok. Aku ‘berkenalan’ dengan telur ni semenjak aku kecil lagi. Dulu tinggal kat Penang, memang banyak jual telur ni kat pasar dia. Ntah kenapa kat ipoh ni susah nak dapat telur ni. Kalau dekat Shah Alam..hmmm..lagilah susah nak jumpa kan..

Ini telur ikan plotan kalau orang utara panggil..aku tak sure negeri lain panggil ikan apa..nak tau camner rupa ikan tu..lehlah google ek..tapi bentuknya ala2 ikan keli gaklah skit..dia ada misai..

Ok, dah banyak sangat sembang sejarah telur ikan ni..kih..kih..so ini bahan yang aku gunakan ya, untuk bikin ini kari..




Telur Ikan (kuantiti macam dalam gambar)
1 ekor Ikan Nyok2.. (ikan bawal pun boleh)
2 biji tomato (dibelah empat)
Kacang bendi (ikutlah nak letak banyak mana ya)
2 biji cili hijau (dibelah tengah sedikit)
½ mangkuk serbuk kari dan 2 sudu serbuk cili (dibancuh dengan air suam dan diasing tepi. Aku suka pakai jenama Kari O..)
Sedikit air asam jawa
1 biji santan

Bahan dikisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
1 tangkai daun kari
2 biji tomato
Sedikit cili kering
Sedikit cili padi

Bahan Menumis:
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji bawang Putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari (dileraikan daun dan tangkai)
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan manis

NOTA: Aku memang sukakan kari yang pedas dan pekat, sebab itu aku ada buat bahan kisar tu juga. Aku belajar dari kawan aku time kat UiTM dulu, dia orang Penang.


Cara Membuat: 

1. Panaskan Minyak.
2. Kemudian tumiskan semua bahan untuk menumis sehingga naik bau. 
3. Masukkan pula bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Sentiasa kacau sebab takut nanti bahan tumisan ni dia hangit di bahagian bawah dan elok di bahagian atas. Nanti tak sedap pula bau dan rasa. 
5. Dah pecah minyak, atau dah masak bahan kisar tu, masukkan air dan sedikit air asam jawa. 
6. Masukkan kacang bendi dan juga cili hijau. Perisakan dengan sedikit garam dan gula. 
7. Masukkan pula ikan dan telur ikan. Biar seketika, sehingga mendidih. Jangan lama sangat, nanti telur tu akan masak keras. Aku suka makan telur ikan yang jenis bila masuk mulut aje, dia macam meletup-letup lembut. Ewah! 
8. Kacau slow2 sebab ikan mudah hancur kan...
9. Bila dah mendidih tadi masukkan tomato diikuti dengan santan. Biarkan dalam 5 minit macam tu, then padamkan api. 
10. Sedia dihidang... 



Ini lah hasilnya..Selamat Mencuba tau! 

Friday, October 3, 2014

Resipi: Sambal Tumis Telur Puyuh Bersama Petai...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni meh kita share resipilah ek, mengenangkan esok kan cuti hujung minggu. Lehlah sesapa yang plan nak masak memasak kan.

Aku ni semenjak kahwin, banyak betullah masakkan makanan yang petai sebagai menu utama. Selalunya, ikan bilis petailah, kalau tak pun sambal udang petai. So baru ni, aku teringin nak makan sambal telur puyuh. Ya, aku memang suka sangat dengan telur puyuh ni. Dan bukak fridge, ada plak baki petai. Macam sayang je plak kalau tak abiskan, sebab tinggal sikit aje. So, aku pun gamble jela, try campak sekalilah kot dalam sambal puyuh ni. Bila makan, macam sedap je, macam masyukkk je..heheheh…



So tanpa membuang masa lagi, meh ahkak sharekan resipinya bersama..

Bahan-bahan:

30 biji telur puyuh (direbus dan dikupas kulit)
Sedikit petai
1/4 cawan air asam jawa @ 2 keping asam keping (kalau suka masam, lebihkan, kalau sebaliknya, kurangkan)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:

1 mangkuk kecil cili kering (digunting halus dan direndam seketika)
1 biji bawang besar
4 biji bawang Putih
Sedikit halia
Sedikit belacan

Cara Membuat:


  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang dihiris. Masukkan pula bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  2.  Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk telur puyuh dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan sos tiram, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, dan ikan masin goreng…Pehhhh, sure terangkat!!!!







Jemput cuba ya... ;-)

Monday, June 30, 2014

Resipi: Telur Bungkus Bersama Daging Cincang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masak apa you all petang ni...??

Sure ramai yang berkobar-kobar nak memasak untuk insan-insan tersayang kan...

Aku masih lagi bercuti ni..cuti sampai esok..banyak benda nak buat..tu yang bercuti tu.. ;-)

Ok..untuk kengkawan yang sangat ku hargai...kata orang, sharing is caring.. jadi mehla ya kita share resipi makanan peberet ku ini.. Telur Bungkus...

Meh belanja mata nengok end product dia dulu kan... hehehhe...




Ok, sekarang bahan-bahan dia adalah...

Daging (direbus dan dincang halus..kalau nak pakai minced beef pun boleh)
Sedikit sayur campur
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit sos tiram
Sedikit garam 
5 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Sedikit halia
(cili padi, bawang besar, bawang putih dengan halia ni, ditumbuk halus..nak kisar pun boleh, ikut suka anda semua...)
Daun Limau Purut
3 biji telur


Ok, dah siap, sediakan bahan..mehla kita mulakan memasak..

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau seketika.
3. Masukkan pula sayur campur tadi, diikuti dengan bahan perasa yang lain iaitu sos tomato, cili, sos tiram, dan sedikit garam.
4. Bila dah masak sebati semua, masukkanlah daun limau purut. Koyak nipis-nipis, ini nak bagi naik bau, supaya masakan tu harum mewangi...ewah!
5.  Bila inti ni dah masak, padamkanlah api.
6. Ok, nak membungkus dia memang tricky skit. Gunakan minyak sedikit. Then masukkan telur yang dah dipukul dengan sedikit garam.
7. Kuali tu makesure panas betul ya..then bila dah masuk telur, ratakan dengan melenggang kuali tu..hahaha..aku tak tau nak bagi instruction macam mana nak kasi jelas ni...kalau nak guna sudip pun boleh..biar melebar..senang nak bungkus nanti.
8. Dah siap buat bukaan telur tu, bolehlah masukkan bahan inti tadi. Kalau bukaan lebar telur tu besar dan tebal, lehla masukkan banyak skit intinya. Then lipatkan telur tu cepat...mcm lipatan sampul surat tu..jangan bagi telur tu masak abis..nanti susah nak melekat.
9. Sette lipat..ambik pinggan..tekup dulu bahagian belakang..dan angkatlah...taraaaa..hasilnya macam yang dibawah okay...

Dah siap, hiaslah ikut kreativiti masing-masing..kata nak pikat suami kan...hahahha...nantilah, kalau aku ada masa, dan Incik Daus ada umah, akan ku paksa dia ambik gambor  step by step proses membungkus ni ya...

Ok..selamat mencuba!