Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: Cherating-Kemaman-Kijal Part Finale- Makan best di Kedai Kopi Hai Peng dan Warung Sata Che Wan Terengganu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Huh! Panas sungguhlah hari ni, tekak rasa asyik dahaga jer, ghase mcm menghampiri gejala2 nak xsihat pun ada ni.Maklumlah sepanjang last week, asyik kuar masuk opice jer kejanya. Meeting sana sini mcm hebat walhal banyak keja yang penyudahnya terbengkalai....adulahai..lahai...

Ok, enuff say about my work stress...kerana ini ari mau tamatkan kisah percutian d Terengganu itu..hoyeyyyy!!! Alhamdulillah, si kecik akhirnya tido. dah xlarat dah aku nengok die main aci kejar ngan bapaknya. siap lompat2 atas katil, abis patah seribu spring katil ni sat gi...kakak ohhh kakak...

Mari2 kita sambung kisah episod finale ini..(alal2 slot Akasia kat tv plak yer...heheheh)

Abis penat main kat Smarty Club Playroom tu, kami ke swimming pool plak..memang inilah tempat yg sgt2 dinanti-nantikan oleh kakak..

Aksi sehati berposing dari kam berdua...

hahahah..kakak buat muka bosann..dalam hati mesti berkata2, org nak mandi, ibu ngan bapak ni sibuk nak bergambar...heheheh...

Mandi kat kolam budak..ginilah gayanya...kuak lentang...

ha...hujung sana tu baru kolam dewasa ya...tp seram..sb kakak ni suka main terjun jerk...

besar saiz pool area dia, ini untuk dewasa, siap ada tiang gol utk yang nak main bola dalam air...dan ada kolam air panas juga di sebelah kanan ni ya...xsempat nak snap picturenya...

Balik bilik pun dah dekat 3p.m..ape lagi, rasa macam nak dah terbungkang..disebabkan ‘kakak’ asyik ulang dialog..”bu..nak acik…nak acikkk bu…”, so kami pun angkat phone dan room service..hahaha..gile malas..letih ooo..bina menara angry bird, mandi kolam lagi…penat nak menangkap ‘kakak’ yang sangatla suka terjun kolam..ish..ish…

Asalnya, aku memang ada keinginan nak bawak ‘kakak’ g nengok penyu bertelur tapi ini jawapan yang aku terima dari staff yang jaga kaunter…

“Puan, sekarang bukan musim penyu bertelur ya, tapi sini musim hujan. Penyu tak naik bertelur time-time macam ni…” hahahha…silerlah gelakkan diri sendiri ya tuan puan..

Petang hingga ke malam, kami hanya memerap dibilik sambil melayan movie..dan our ‘kakak’ biaselah..dating ngan Upin Ipin.. isk..isk….

Sofa panjang ni tempat kakak tengok Upin Ipin...jangan sapa kacau ya...sambil makan sambil pilih episod mana nak tengok...hebat generasi skrg..adulahai...
Day 3

Ini hasil breakfast kami di pagi hari…

Ini barulah terengganu...nasi dagang sama ikan tongkol u alllls...uppps a.k.a ikan tuna kat hotel ni ya tuan puan...
 Then pagi ni tak leh g pool sebab hujan..so kami pun abiskan masa di Awana Smarty Club…tempat kesukaan kakak jugak sebab macam permainan ada...actually tempat ni ada games indoor dan outdoor..kalau outdoor tu (tak brapa putdppr sgt punla..), mcm main ping pong, pool dan jugak karem tu...kalau kat dalam bilik, ni, mcm yang gambar2 yang aku letak di atas (sila scroll up bagi yang xperasan tadi) tulah mainannnya..



Bagusnya, kat sini juga ada ditawarkan dengan Day Care ya, satu jam RM 40 ye on the weekend…tak pastilah aku tapi kalau aku rasenya tak tergamak kot nak tinggalkan anak kat tempat ni…ciaaaannnn dier….

Then aku nak gak buat batik painting ni wlwpun xpandai..heheh..




sukanyer...dapat gak buat batik panting ni...

belasah sajalah anak ibu oiiii....yg sepah itulah kreativiti sebenar anakku..hehehe...

Sebelah kanan ni, kakak punya...ok, cantik pada aku dgn umur dia yg baru 2tahun lebih ni..yang sebelah kiri ni aku punya...oklah, not bad what ngan umur aku yang baru 3tahun ni..hahahha...yelah!


Dekat aras bawah Awana ni ada Noor Arfa Batik. Mula kaler..then membeli-belah la ye…tebus kekecewaan tak dapat ke Kuala Terengganu sebab banjir. ;-) Ole2 untuk mak and angah…




After lunch, maka dengan berat hatinya terpaksalah kami berangkat pergi. Bye2 Awana..insya-Allah, ada rezeki, kami dtg lagi...

Awana Kijal GolfBeach & Spa Resort

KM28, Jalan Kemaman-Dungun, Kijal, Kemaman  24100 Terengganu
09-864 1188

Dari hari sampai, hinggalah dah nak balik, rasenye mau terseliuh telinga Incik Daus sebab aku dok ingatkan dia nak singgah Hai Peng Kopitiam. Dulu time keja lama, asal outstation ke Paka atau Kemaman, sure singgah minum2 kat sini dulu. Beria2 ni sampai aku sanggup menGPS, lokasinya dari snotes aku ni..hehehe..dan taraaaa……

Alamat: 3753 Jalan Sulaimani
Chukai, 24000 Kemaman
Terengganu.


Kedai Kopi ni berhampiran dengan Kemaman Centre Point.

Ini menu kami…

The Vietnamese-style strong coffee

Peanut Butter Banana Toast (sedaaaappppp!!!) 
Kat sini juga di ruang tengahnya menempatkan beberapa jenis kuih dan juga nasi lemak bungkus, mihun goreng bungkus yang telah dipek siap-siap dengan harga RM 2 bagi setiap bungkus.

Tengoklah aksi Incik Daus.. tanpa mempedulikan aku yang sibuk nak menangkap gambor…hehehe…


Ini plak aksi kami yang tomeyyyyyyy… ;-)


sangat suka hokeeyyyy!!!

yeayyyyy...5 more pictures of us plzzz...hahahah...

Ini plak gambor deco kedai..skit2, mana sempat aku snap...

Kakak ngan xcitednya: "Bu..tu...opah punyaaa!!!" sambil tunjuk talam nyonya tu...hehehe..kuat sungguh ingatannya!!..

Food madness kami tak berakhir di situ ya..then aku nak gak p cari pais ikan yang aku pernah makan dulu, yg bestnya aku tak ingat tempat malahan tak juga tau nama kedai tu..

Aku: Ala..kedai die depan rumah bangle bumbung biru… ngan dekat masjid..
Incik Daus: Ya, tau..tapi sini pun banyak masjid…
Aku: (Tak puas hati…terus google…). Ada dua kedai ni, satu Warung Aziz Satar dan satu lagi Warung Otak-Otak Che Wan…ala…tak taulah yg mana, tapi yang ibu pernah makan dulu depan umah banglo kaler biru..(hmmm..erny, umah banglo ya…bumbung kaler biru lagi…).Tapi kat sini cakap dua2 kedai ni pun dekat2 area Masjid Geliga.
Incik Daus: Ok, kita g tengok dua2 kedai. Tengok yang mana satu yang Ibu pernah makan dulu.
Aku: Ok (sambil jerit suka2 dlm ati..ngalahkan ‘kakak’ aku ni kan…)

WARUNG CHE WAN KEMAMAN

Rupanya…yang aku suka makan tu adalah Warung Che Wan yer tuan puan…dan konon2 umah banglo bumbung biru berhadapan kedai tu al-sebenarnya adalah balai polis..muahahah (sb malu kena gelak ngan Incik Daus, protes tak mau ambik gambor, balai polis tu… ;-(   )

Ini menu yang kami order…taraaa…..


1 set otak-otak+ satar = RM 11 sepinggan

1 ekor ikan goreng tepung = RM 4.50

1 pinggan sotong goreng =RM 7

1 set pais ikan (5ekor ikan) = RM 5.00

Tetap ada keropok lekor rebus ni...sebungkus RM5, kat mana kedai pun harga sama...

Jadinya, Warung Otak-Otak Che Wan ni terletak di Kuala Kemaman. Masuk simpang kiri sebelum Masjid Geliga. Terus..sampai simpang tiga, ambil kanan. Atau untuk lebih mudah di koordinat mana pun anda, anda hanya perlu mengikut jalan menuju ke Pantai Teluk Mak Nik, dan warung ini terletak di tepian jalan yang menempatkan deretan kedai yang menjual menu sama.Pantai Teluk Mak Nik ni dalam bahasa omputehnya, Monica Bay u alls…aku pun xperasan..hehehe..Incik Daus yang perasan ok…
Baik punya makan..dekat kul 5pm barulah kami gerak menuju K.L…dan malangnya…waaaa…..banjir!!! 4 jam setengah ok, dari Kemaman nak masuk LPT.

Incik Daus: Jom stay kat Cherating dulu, esok jelah kita balik.
Aku: Takde, kita kuar dari kawasan ni dulu. Nampak tu bomba, polis sume dah angkut boat standby. Tak maulah..kita stay Kuantan lah.

First exit ke Kuantan, pun jalan tutup gak, air naik. At last kami ikut Bandar Indera Mahkota dan stay di Kuantan semalam lagi. Esok baru gerak pulang..

Dan, nafsu Incik Daus tak mampu lagi dibendung lagi. Siap tak bagi hint terus je memintas masuk ke tepi dari laluan highway Karak tu..ape lagi pekena ni lah…


Ini durian D24..kami tapau balik Musang King...harga pun KING u alllss!

Cian kakak...kena paksa makan....ahaks!
cer nengok muka kakak...ahahaha...ciannya!
Kalau tak nak kasik konon2 panas badan..petuanya cam gini ya...




Siap tapau ya tuan puan untuk bawak balik umah. Tauke ni siap kopek dan letak dalam bekas cantik2.. 2 biji gheganya RM 70..sekiannnnnn!!!


Nanti kita jenjalan lagi ya...jgn protes yer...cenyummm ckeetttt... ;p

Tatatititutu...

Untuk entry cuti-cuti kemaman sebelum ni..boleh rujuk entry link berikut:

PART 1: CHERATING BAY RESORT

PART 2: AWANA KIJAL GOLF BEACH AND SPA RESORT



Tuesday, January 15, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: Cherating-Kemaman-Kijal Part 2- Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..



Ok, seperti yang dijanjikan, kita akan menyambung kisah cuti-cuti Malaysia ke Terengganu kali ini. Kalau disimpan lagi dalam arkib otakku ini nescaya aku akan semakin lupa..hehehe…

So setelah kami bye2 dengan seisi sedara-mara, maka kami pun membawalah diri kami bertiga beranak ke destinasi yang seterusnya iaitu Kijal. Kami stay di Awana Kijal. Kalau ikutkan dari Cherating ke Kemaman tu taklah jauh tapi disebabkan hujan, dekat 1 jam lebih baru kami sampai ke Awana Kijal. Rasa excited sangat since kami memang dh lama xbercuti. Semenjak ‘kakak’ lahir, kami limitkan hobi kami yang suka berjalan2 ni kepada jalan dekat2 saja. Sebab dulu, ‘kakak’ tak boleh ke tempat yang ramai orang, terdedah kepada asap rokok dan sebagainya. Kalau stay hotel pun, aku akan pastikan segala kelengkapan dia complete. Bila outstation, itulah dikira aktiviti berjalan2 kami sebab ‘kakak’ breastfeed sampailah die umur 1tahun 7 bulan, jadik memanglah berangkut. Alhamdulillah, bos dulu memahami, so xjadi masalah sangat asalkan kerja jalan mcm biasa. Dan Incik Daus pun banyak tolak-ansur dengan ambil cuti.

Jadik, bila ‘kakak’ dah melepasi segala tempoh kritikal selama setahun, barulah kami bawak jalan jauh2 skit. Yang pertama ke Langkawi awal tahun lepas..errr..nt aku update pasal vacation itu iya…

So, bila sampai, kami kena tunggu untuk check-in jam 3p.m. Guess banyak, so kebanyakan bilik tak clear lagi..hmmmm…so, marilah kita menghayati keindahan lobi dan segenap ruang Awana Kijal dulu ya, sambil tinjau2 apa aktiviti syiok untuk dilakukan….

Ohhhh...nak buat pe ni... ;-)

Lobi



Tempat lepak2, pekena teh tarik..pehhh!!!

View dari atas...

Sape suke main golf...sila2...

Ini view dari bilik aku...

Sesi menghabiskan masa..'Kakak vs Bapak'..hehehe...

Kakak tetap suka aksi tak mau pandang kamera..ibu yang over as usual..muahahah!

dah lama xfeeling2 ambik gambor sorang...

chakkkkkk!!!



Setelah check in, inilah bilik kami..ini deluxe room. Semua bilik deluxe room dia mengadap laut yang terbentang luas. Memandangkan ini musim hujan, aku berdoa supaya dijauhkan segala perkara2 yang tak baik….ammmmiiiiinnnnnn…



walaupun di toilet,, tetap mau enter frame..kih..kih..

perasan hebat nak shoot interior.. ahaks!



 Selesai kisah check in, barulah terasa nak lapar. Ikutkan Incik Daus dia nak room service jerk tapi ikutkan aku yang memang kaki jalan..dan Alhamdulillah, ‘my kakak’ pun sama gak mcm ibunya, maka dengan gigihnya aku menggoogle, apakah yang terhebat di sini..then we come across Mesra Mall. Kat mana ek, macam mana nak pergi, jauh ke tak..so call Recept. Dan dapatkan direction..ooo, hanya 7minit perjalanan sahaja dari Awana. Kuar entrance Awana terus ke sebelah kanan. Sebabkan lapar, xsempat ambik gambor pun apatah lagi si ‘kakak’ dah terkulai pun…zzzzzz…so ibu ngan bapak kasik isi perut dulu @ Burger King. Oklah, the mall building dia macam ada nilai senibina sikit dank at sini ada TGV u alls. Tapi disebabkan kami telah berjanji bahawasanya vacation ini memang untuk RILEKS..so kami takdelah p nengok wayang tu..kat Ipoh pun leh nengok wayang, ye tak…

Malam Day 1, kami dinner steamboat di Waterfalls Café, Awana di aras bawah berhadapan dengan swimming pool. Steamboat buffet dinner memang favourite Incik Daus. Harganya ok, RM 37++ per person, dengan kira-kira 20 jenis pilihan. Ada juga disediakan nasi goreng cina dengan mee/meehon sup kalau-kalau ada yang masih tak kenyang…hehehe…sambil makan sambil layan lagu…dan sambil main kejar2 ngan ‘kakak’..semua pun dia nak buat…aduiii, jenuh jaga jangan terbalik periuk steamboat tu sudaaaahhhhh…

sebahagian dari pilihan yang ada...yummy!!!

sebelah sup sebelah tom yam

makk aiiii anak ibu..luasnye mulut...

Balik bilik, zzzzzzzzzzzzzzz…….kenyang tu...alhamdulillah....

DAY 2

Morning view…subhanallah….


Ini plak breakfast kami di sini…

Menu aku : Tuna Quiche...western sgtt...muahhhks!

Menu Incik Daus...fuyyoooo!!!

Menu our 'kakak'..honeystars without milk..dia xsuka kalau campur susu...macam2 style la 'kakak'...

Pilihan variasi jugaklah terutamanya roti….mungkin sebab banyak mat2 salih org minyak yang keja kat sini kot…
Awal pagi hujan, dah mula nak rasa frust sebab ingat nak jalan2 pantai. Alhamdulillah, dalam kul 10 a.m, hujan pun reda. Kami pun bawaklah ‘kakak’ yang dah excited sgt nak ke beach..tapi dah sampai, tak nak cecah kaki dlm air pun sebab takutkan ombak..hehehe..tapi memang ombak deras pun…

 Last2, inilah aktiviti kami…sand arts…huh, kemain namanya ya… ;-)

Misi membuat menara peninjau Angry Bird utk 'kakak'

Gigih berusaha ya bapak..hehehe...

muka serius...silent please..under construction mode.. ;p


sempat ya kami berdua..konon abis manjalah ni..hahaha...jgn muntah ya tuan puan...kas chancela kat kami..hahaha!


so much in love with this pic..suka sangat!


dapat rasa angin bayu menghembus lembut...pewwiiittt, syok sangat!!

Ini pic Incik Daus..tiap kali p pantai sure suka sangat nak pose merenung masa depan..so aku kasiklah effect melankolik skit sama ini gambar…adusss….ohhh Incik Daus…

Gaya Seniman Jalanan... ;p
 Abis suka suki di beach, bawak plak kakak g Smarty Club, Awana yang terletak di aras bawah, bersebelahan dengan pool area.

aduii, sama je cara menonggeng bapak ngan anak...aishhh!

teringat zaman kecik2, dam ular..dolu2 mana nak ada PS 3 bagai...time aku ler...yg hebat pun brick game tu.. ;p

errrrr,,anak sapa yg tercicir ni....hehehe...

‘Kakak’ lepas main kat ball room, sibuk nak coloring…hmm..nilah hasilnya..








Sebab apa sangat cantik bagi budak yang baru berusia 2 tahun 2 bulan? Sebab last2 ibu yang kena kaler manakala ‘kakak’ sibuk memasak kat play house die yer..

tu..tengok tu..busy kot masak...


bertanya ibu kpd kakak: Masak ape tu kakak..jawab kakak kpd ibu: acak ayam kicap..hahahahha..ok, kreatif2...



Siap masak, siap bawak pinggan hidang kat Bapak, "Bapak..makan...kakak acak..."..makanlah bapak pun...hahahha..kakak, jatuh la macho jambang bapak kakak ajak main masak2..hahaha...

Ok..letih sudaaa..ini budak kecik sudah meragam...sambung Part 3 soooonnn...insya-Allah...

tatatititutu...

PART 1: PART 1: CHERATING BAY RESORT