Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, January 30, 2014

Kakak tak sihat..batuk, demam, selsema dan tonsilnya bengkak...kesian anak ibu... ;-(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mintak ampun dan maaf semua, lama plak tinggalkan blog this week. Kakak xsihat sebenarnya..so EL la aku pada Isnin lepas. Kebetulan Selasa, memang aku apply cuti..so sambunglah…semalam plak terpaksa pergi Kay El ada meeting…hmm..gitulah senah…kehidupan…muahah! Tetiba kan…

Meh kita citer tentang kakak nak…actually last week, kakak memang demam, pergi klinik, abis ubat semua..demam pun baik, tapi batuk masih ada.

Pagi Ahad tu since kami berdua, kakak dengan aku pun kuarlah dating..biasalah, itulah aktiviti bila Incik Daus xada..dah besar dah, bolehlah jadi kawan ibunya bershopping bagai kan..hihhi..

Mulanya kami ke Sec 18 kejap, jumpa Aunty Nisa..then otw balik, singgah Tesco sekejap, beli barang. Lepas tu tiba-tiba si kakak,

“Bu..Bu janji nak minum sama ngan kakak…”

“Ok..kita nak baliklah ni..nanti kita minum ya..”

“Tak nak, nak minum kat mamak..”

Ermmm…amboilah anak…sapa ngajor melepak mengeteh kat Mamak ni…upsss..ibu ngan bapaknya jugaklah ya…ahaks!


Inilah hidangan kami...kakak minum soya dengan maggi goreng kosong dia..ya, kosong ya...aku dengan ape tu...vadai ke ape ntah..hahah...


Ha..nampak tak microphone di atas ini? Inilah yang di pow ibunya time kat Tesco tadi...masukkan bateri, ada minus one lagi..beli kat My New.com kat Tesco tu..silalah asah bakat wahai anakku...ahaks!


 Sudah-sudahlah nyanyi ya..jom kita makan meh..dah petang ni...punyalah bercinta nak tunggu kakak makan okayy...mehla borak2 sambil makan-makan..kata girls day out...errr..ibu pun kategori girls ke..kih..kih..kih


Hmmm..dah keletihan..masuk aje keta...zzzzzzzzzzzz.....

Then Ahad malam tu, tiba-tiba kakak tersedak waktu tidur, batuk-batuk..naaahhh..ambik kauuu..muntah! Sikit punya banyak muntahnya..abis toto semua…jenuh aku jadik bibik jap..waktu tengah lap-lap kakak di dapur, then muntah lagi..abis lantai dapur mak aku..Allahuakbar…cuci lagi…

Then aku pun ajak kakak masuk bilik..tidur dalam bilik, tadinya tertidur kat luar, aku belumlah lagi angkat dukung masuk bilik. Kakak pun tertidur semula, elok 15 minit lepas tu, kakak terjaga, muntah lagi..hmmm..sekian..abis tilam aku..jenuhlah nak cuci, tilam dahlah berat…Incik Daus tak ada ya, dia ke Kuantan, macam biasa, keja luar kawasan..eii, susah betul nak ada dlm kawasan kan…merayap aje kejanya…hahah!

So, bila dah kali keempat muntah, maka aku mulalah dengan semangat panic ku itu..so duhai anak, mohle kita ke sepital..kakak mcm biasa, rileks aje, lepas muntah pun mcm xada apa yang jadik..

Sabor jelah…nak tengok betapa rileksnya budak kecik ni..ermmm...


 

Ini waktu kat Emergency ya..aku bawak ke Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh..tengoklah..dalam dok muntah-muntah, batuk-batuk teruk tu..muka dah pucat, masih lagi melalak nak bawak juga microphone dia tu..sabor ajelah..anak aku ni aku rasa macam bapaknya juga..kalau dapat mainan atau barang baru, memang keterujaan tu akan makan masa berhari-hari jugaklah... ;-)

Mulanya doktor pun ingat kakak hanya muntah disebabkan batuk..rupa-rupanya kakak muntah tak berhenti tu berpunca dari tonsilnya dah membengkak, di sebelah kanan..dan sudah mula dijangkiti kuman. Bila check suhu badan pun dah dekat nak 39..so demam la kaedahnya…errmmm..maka jadinya, tersadailah kejap kat ward tu…

Tapi itulah kakak..kalau demam pun macam tak demam..sakit pun macam tak sakit…so begitulah kisah kami weekend yang lalu…huhuhu…



Wednesday, January 22, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highlands: Nikmati Steamboat best dan murah di Hotel Titiwangsa, Brinchang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ampun ya kawan-kawan, hari ini baru sempat kembali menyambung kisah percutian yang tergendala, biasalah kan aku ni..ampun maaf dipinta ya.. ;p

Ok, malam pertama kami di sini..jomlah kita pi pekena steamboat..hujan rintik-rintik malam ni, memang sejuklah. So kena makan sup panas-panas, baru syok layannnn…

Di Cameron Highlands ni, memang banyak tempat steamboat. Tapi untuk kali ni kami memilih restoran di Hotel Titiwangsa ni..dan ianya Halal. Lokasi hotel ini betul-betul di tepi jalan di Pekan Brinchang tu…Insya-Allah, tak mudah terlepas pandang.

Tempat steamboat ni adalah di basement hotel ini tau. Kalau kat lobi dia tu, ada café biasa dan juga bakery macam tu.

Ini restorannya, biasa sahaja, taklah fancy sangat pun...



Ini antara jenis-jenis dan bahan-bahan steamboatnya..oklah..banyak jugak..jenuh berpeluh dahi nak habiskan..hihihi...kita sampai, duduk aje, bagi tau berapa orang, then diaorang akan hidangkan dalam pinggan silver tu, banyak portion dia

Harga dia, bagi dewasa satu orang RM 20 (kuah sup) kalau nak kuah tom yam RM 23.

Bagi kanak-kanak, harganya RM 15.

Pada aku dengan kadar harga macam ni, berbaloilah...memang kenyang..dan kami memilih sup supaya kakak boleh joint the forum of this makan-makan..yeayyy!

Marilah jamu mata ya anda semua...




Cuma sayur-sayur memang fresh dan mewah..macam-macam ada..dia ada dua meja panjang cam gini..untuk buffet sayuran..sayur aje buffet ya kengkawan...  ;-)

Selain sayuran, dia ada jugak diletakkan bihun dan mee sebagai line up di buffet ini..air, chinese tea ya..




Dah kenapa anak Ibu ni, garang sangat mukanya tu...cer contohi ibu..ceria Superstar aje kan..muahahah!


'Kolam Renang' kami...sedia untuk diterjuni...waaaahhhh!!! caption apakah ini? hahahah!


Incik Daus yang sudah tak sabar-sabar...ermmm...Incik Daus ni steamboat ni memang paberet dia sangat-sangat...suka gile...

So kesukaan ini telah diturunkan secara genetik kepada anak dara kesayangan..tak caya? Cer lah tengok gambar-gambar di bawah ni haaaa...



Siap bersuap-suap haaaaaa...ya, makan Bapak makan...



Baiklah....enough update for today...nanti kita sambung lagi ya....


Monday, January 20, 2014

Cuti-cuti Cameron Highlands: Makanan Best dan Sedap di Big Red Strawberry Farm Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wokey..seperti yang aku janjikan semalam, marilah kita menyambung kisah makan-makan di hari kedua kami berada di Cameron Highlands. Sebelum balik, kami terjah lagi ke Big Red Strawberry Farm ini untuk menikmati macam-macam lagi menu. Tapi to be specific, waffle dia. Semua orang pun teringin nak makan waffle dia lagi sekali. Aku semalam tak makan waffle, abiskan kakak punya aiskrim goreng tu. Aku hari ni teringin nak makan scone dia. Semalam tengok mak makan, macam sedap je..macam best je...hihihihi...


Ini budak kecik mula-mula aje nak pakai sweater bagai, lepas tu suruh bukak..rileks aje haa...kali ni pergi, org dah start ramai, so kena parking nun jauh di atas bukit sana...adeyyy...jenuh..time datang xpe lagi, dari tempat parking tu, menuruni bukit aje, time nak balik...Ya Allah, rasa macam mendaki Bukit Tonggek kat UiTM dulu...mengah kot, mana tak mengah, senaman pun tak pernah semenjak keja kat Ipoh ni kan...


Dah tinggi dah anak dara aku ni..walhal baru tiga tahun lebih...ini posing senyum-senyum sebab mood masih ada...hari masih muda kaedahnya..tunggu jap lagi time dah melepasi tengahari, waktu dia ngantuk..silalah cuba soh dia posing ngan simbol peace cam gitu...ermmmm....tengoklah nasib, aksi apa kakak nak bagi...hihihi...

Eh, eh...mentang-mentang anak dah jalan ke depan..ibu ngan bapaknya, posing ala-ala pasca 'honeymoon' ke...muahahaha!!! *SILA GELAK GOLEK2*


Since kakak dari celik biji mata, asyiklah dok sebut "Bu..kakak nak etik (petik) eiii "(strawberry ye kawan-kawan..)..so sebelum kita makan, layankanlah dulu keinginan si kecik ni. Kalau tak, mau setiap 5minit kakak akan repeat dialog yang sama..ulang dan ulang...as always. Lagipun, tadi kami dah breakfast, jadi sementara perut masih kenyang..layankanlah dulu..

Seperti biasa, di mana-mana ladang yang boleh self-pluck ni..hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. So, aku bagilah mak dengan angah saja yang masuk sementara aku dengan Incik Daus menunggu dekat luar...

Kakak dah tak sabar tu..bukan apa, saja suka sebab dapat peluang pegang gunting kann...


Jom kita tengok aksi kakak dengan Opah..ciaaannn Mak Ngah kena jadik photographer kakak kat dalam ni..hehehe...



Nengok..muka puas hati sebab dapat main gunting..kalau kat umah, memang Ibu menjerit aje..sume benda-benda tajam memang aku sorok tinggi-tinggi, bahaya..bebudak kan tinggi naluri ingin mencubanya...upsss..terbagi kata-kata nasihat plak..takpe kan u allss...saling ingat-mengingati...





Tarrrraaaaa....hasil usaha kakak dan Opah...dan Mak Ngah...


Dah penat, apa lagi..makan time!!!! Yang di atas ini adalah Strawberry Sundae...harganya, maaf, dah tak ingat...


Ini plak doughnut dengan sapuan jem strawberry..dalam RM 3.90 macam tu..gebu dan lembut doughnutnya..ini aku beli untuk kakak...

Yang di bawah ini pula, yang mak makan semalam...hihihi...aku plak nak cuba kali ini..memang aku suka scone dia, lembut, lemak dan gebu...makan panas-panas...cuaca plak dingin, angin sepoi-sepoi bahasa...pergghhhh.. *hihihihi..over aku kan...*



Strawberry Milkshake dia..pekat rasa strawberry..tapi tak masam..dan tak manis sangat..just nice...


Dan of course, kami ke sini lagi tak lain tak bukan...sebab inilah....


Kali ni order sorang satu..heheheh...

Ok, itulah di antara menu dengan aktiviti kami pada kunjungan kedua ke Big Red Strawberry Farm pada hari kedua ya anda-anda semua.

Kalau nak tahu apa yang kami order pada kunjungan pertama kami...anda bolehlah baca di sini...

Cuti-Cuti Cameron Highlands Part 1: Makanan best dan sedap di Big Red Strawberry Farm

Sunday, January 19, 2014

Cuti-cuti Cameron Highlands Part 1: Makanan best dan sedap di Big Red Strawberry Farm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ok, fuhhh..akhirnya berupaya juga aku start update tentang percutian pendek kami last year..dua hari satu malam aje..nak buat macam mana, cuti yang telah dirancang lama harus di cancel atas tuntutan kerja…well, aku kan dedicated..wah..wah..wahhhhhh! Tak naik 10% tak taulah nak kata..hahah!

Baiklah, sebelum aku merepek lebih lanjut, meh kita lihat apa yang berlaku sepanjang kami di Cameron Highlands..

Cadangan asalnya adalah nak ke JayBee, tapi sebab pendek sangat waktu dan harinya, so fikir2 mak yang tak pernah naik ke Cameron, so we decided to go to Cameron ajelah…

Ini kisah first day, kami mula plan nak bertolak awal pagi, alih-alih dekat kul 10 lebih barulah bertolak, sebab kebetulan taska kakak kena register dan bayar yuran pada 26.12.13 tu..so delaylah skit, uruskan hal kakak dulu. On our way up, mak dah siap-siap ni makan ubat tahan muntah..tapi jalan ikut Simpang Pulai ni, ok aje jalannya…

Naik-naik aje atas…singgahan pertama kami, of cozlah ke Big Red Strawberry Farm…masa pergi bulan May hari tu, tak sempat nak singgah ke sini…kali ni tak naklah lepaskan peluang lagi…mengidamkan waffle dia tu..teringin sangat tekak ni nak rasa..hahah! Ngan Incik Daus, kalau nakkan sesuatu..silalah pakai phrase 'teringin sangat..' di dalam ayat..hahaha...harap dia tak bacalah entry bininya ini..kih..kih..


Tema kami kali ini adalah OREN ya tuan puan sekalian..Incik Daus pakai baju kaler ni paksa rela aje tu..kih..kih..dia kan memanjang aje koleksi bajunya kaler hitam, tak hitam, kelabu...upppsss...tergossip husband sendiri plak..kena mintak ampun jap lagi ni..hihihi...




Masuk gambar yang atas ni, kakak dah protes tak mau posing sebabnya dia dah bosan..tu yang dia pose belakang cam gitu..muahahah! Ibu dia gak as usual..teruskan melentikkan diri agar tampil langsing..hihihi...




 Cubalah tengok aneka menu pilihan..sila pilih sambil rambang mata ya...



Syok aje aku rasa jamu selera, santai-santai dengan family sambil kat sebelah tu plak pemandangan menghijau salad..cantik-cantik warnanya...sume dah tak sabar menunggu makanan..lapar kot, kami sampai dah tengahari kan...


Kakak dengan eiiiii (strawberry) nye..kakak panggil strawberry as 'eiii"..bolehlah nak...hihihi

Wajah masih teruja menengok buah 'eiii' nya..so ibu paksa pose..cam ginilah hasilnya..hahah! Sign 'good' tu ikhlas ke tidak wahai anak ibu ni...hmmmm..

Inilah menu ala-ala Datuk Daus dan Datin Erny...romantic tak kami berdua... *SILA TAHAN DIRI ANDA DARI MUNTAH YA...* tapi kan..ntahlah kenapa bila time kat sini, makan stoberi ngan cekelet ni, rasa mcm lazat jer... ;-)  Set ini harganya adalah RM 16.90 


Ini menu untuk mak, scone dengan tea..scone dia best jugaklah, lembut sangat..kalau yang tak pandai buat kan selalunya scone akan jadik keras dan tak enjoy sangat nak makan..ini baunya pun harum ajer...Set di atas ini harganya adalah RM 8.90


Ini aku order untuk si kakak..eskrem goreng kaedahnya..tapi kakak lebih teruja mencicah stoberi ngan cekelat dia tu..eskrem ni harganya adalah RM 3.90


 Inilah menu yang menjadi kegemaran kami semua..waffle dia ngan strawberry sauce ngan cream gitu..waffle dia gebu, teksturnya tak kering..fuyooo..gaya penulisan aku dah rupa juri rancangan masakan Masterchef dah ni..muahahha...harganya plak RM 5.90 tapi serius besar dan puas makan..kenyang!


Ohhhh kengkawan sekalian..bahayanya kat sini adalah dia banyak benda-benda mainan ni..hmmmm....jenuh jugaklah nak memujuk agar berhenti main okay...


Dalam Big Red Strawberry Farm ini juga ada terdapat sebuah kedai yang menjual serba sedikit barang-barang utama yang selalu orang nak beli kalau ke sini, misalnya strawberry dan segala mak nenek produk dari buah strawberry tu, dan tak lupa juga teh ni haaa...aku suka sangat membelek koleksi teh dengan packaging dia..cantik-cantik, ralit nengokkan bekasnya.Macam-macam perisa pun ada...



Subhanallah....hijau, segar sangat....

Gambar seterusnya ni, sabar ya kengkawan..pasangan ni memang feeling abis..romantis tahap gaban punye...muahahah...

Incik Daus: Dengan pokok salad pun nak ambik gambar ke?

Cik Puan Erny: Ala..jomlah...cantik apa...fresh sangat...

Incik Daus: Yalah..jom..jom..tapi cepat-cepat tau...

Cik Puan Erny: Baikkklllaaahhhh...

Incik Daus: Kalau tau tadi, bawak stall burger meniaga kat sini pun ok kan...

Cik Puan Erny: Erkkkk? *DALAM HATI, NAK KENA GELAK KE APA NI...???/*



Ermmm...sebagai isteri mithali..kena gelak jugaklah..kununkunun hebat lawak si suami...hihihihi... *larikkkkkkk!*


Si kakak ngan mak ngah..ni la kejanya...ala tomey-tomey ye...


Kakak pandang ibu dengan pandangan tak mengerti..hahahah...sabar ye kakak, ibu pun nak jadi kanak-kanak ribena jugak...


Di mana ada ikan..di situlah kakak pasti berhenti..then jenuh plak kami nak ajak proceed ke destinasi seterusnya...


Di dalam Big Red Strawberry Farm ini juga terdapat tempat nak self-pick strawberry, ada tempat kaktus macam kat bawah ni..yang salad aku bergambar tadi kat atas tu pun, ada dijual yang dipetik segar..satu pokok dia jual dalam RM3 macam tu...macam-macam sayuran lain pun ada. Tempat dia memang besar..dah nama pun ada 'BIG' kan..of courselah besar ya tak...

So jomlah layankan gambar-gambar lain ya...






Memang cucu kesayangan Opah ni..teman sepermainan, teman berbual dan tentulah teman bergaduh juga....hihihihi....


Uppppsss..as always, kami yang terlebih suka dan bapak dengan pose menahan macho...macho ke bapak? hihihi...

Percaya atau tak, disebabkan teruja sangat dengan kesedapan waffle di sini, kami repeat lagi datang tempat ni, sebelum kami balik. Nanti aku sambung di entry PART 2, aku sharekan apa lagi menu lain yang kami terjah...ermmm..mana tak badan semakin menggebu..asyik jalan-jalan cari makan aje....

Oklah..tatatititutu....

Akak nak masak late lunch ni...ermmm..ginilah keadaannya..pagi sibuk di kedai ya...wokey...babai!!