Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, July 29, 2014

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni dah 2 Syawal 1435, Alhamdulillah...kami tahun ni beraya di Kedah...Incik Daus teringin nak bersolat di Masjid Jalan Langgar,dekat dgn rumah Tok. Kata Incik Daus,mengimbas kenangan zaman dulu dan khutbahnya sedap didengar..

so since aku pun isteri mithali..hahahha...sebab tahun ni turn Incik Daus, aku ok je. Raya kat Kedah ni pun best jugak sebab family ramai..mcm family aku, kecik je,tak ramai.
Anyway, harap masih belum terlewat utk aku ucapkan .....


Salam penuh kemaafan dari kami sekeluarga Incik Daus, Erny dan Saffiya Arissa..mohon maaf andai ada tersalah kata, perkongsian yang menyinggung hati di blog ini..maafkanlah ya...

Ok, kami nak sambung beraya... ;p

Thursday, July 24, 2014

Zakat Fitrah jangan dilupa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ya Allah, semakin berganti tahun, detik waktu dan masa terasa sangat pantas. Sedar tak sedar, dah habis sehari. Ramadhan tahun ni, terasa cepat sungguh berlalu dan semakin hampir meninggalkan kita. Sedih rasa..dahlah tahun ni, macam-macam Allah uji kita umat-NYA...Allahuakbar, Maha Suci Allah..

Dalam sibuk persiapan raya, jangan lupa tau kawan-kawan sekalian..jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita, lagi awal lagi bagus..kang kalut2 di pagi raya, terlupa plak..kan ke kes naya tu..hehhee...

Alhamdulillah, untuk kami sekeluarga, amanah dah tertunai minggu sudah..Alhamdulillah...



Kakak pelik, first time kakak tengok bapak bayar Zakat Fitrah, dulu kecik sangat, mana kakak nak faham kan..kali ni, macam2 kakak tanya..mandor sangat gaya kakak, siap cekak pinggang lagi tu...ish..ish..



Tekun kakak dengar, satu persatu...then Incik Bapak, silalah jawab soalan cepu emas kakak yang semakin bertubi-tubi semenjak nak besar ni..maklumlah, kan ke sel otak tengah nak berkembang..hehehe..ye tak bapak...

Apa pun, marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteran seluruh umat Islam..dan semoga kita terus menjadi lebih baik dari hari ke hari...Insya-Allah..

Akhir sekali.. Peace dari kakak..tak mau gaduh-gaduh tau..kosong-kosong...! ;-)



Wednesday, July 23, 2014

Jom Terokai Perak: Incik Daus peminat tegar Pasar Karat@ Lokkin, Ipoh.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ok, hari ni rasa nak cerita lain plak selain makanan dan masak-memasak..ewah..macam best je bunyinya kan…

Pernah u alls dengar tentang Pasar Karat atau Lokkin (aku pun tak sure ejaan yang betul macam mana… bulehlah ni..). Ok, siapa yang tinggal di Ipoh tentu familiar dengan kewujudan Pasar Karat ni. Lokasi dia betul-betul di tengah bandar Ipoh, berhampiran pasar raya The Store, dekat juga dengan Hospital Ipoh dan CIMB Bank. Lokasi yang tepat adalah di sepanjang Jalan Horley & Jalan Lim Bo Seng. Memang banyak gerai-gerai kat sini. Kalau nak datang dan tawaf sepanjang jalan, aku nasihatkan datanglah awal-awal pagi. Pasar Lokkin ni start buka seawal 7a.m.

Setahu aku, ini lokasi baru..baru tak barulah kan. Tapi time aku masih muda remaja, belasan tahun dulu..ewah…hehehehe… Dulu, aku selalu panggil Pasar Karat ni sbg Lam Looking, sebabnya tak salah aku adalah dulunya lokasi asal adalah berdekatan bangunan Lam Looking di area Jalan Laxamana, Ipoh. Waktu tu aku masih belajar lagi. Sekarang di lokasi baru..lagi besar, dari hujung ke hujung jalanlah.

Aku secara jujurnya, takdelah minat sangat nak datang Pasar Karat ni selalu..dulu kalau datang pun, memang mengikut kawan-kawan je. Tapi bila dah kahwin ni, Incik Daus memanglah suka menghabiskan masa melihat barang-barang antic ni. Nak-nak yang berkaitan dengan barangan elektronik. Pernah dulu sekali, dia borong Walkman lama, design lain-lain, koleksi katanya. Aku pun, iyolah. Erkkk, cari isteri, cari yang antic jugak ke..hahaha…yelah, kawan dari sekolah kan, aku ni agaknya dlm kategori antic jugaklah ni..huhuhu…. ;p

Nak datang sini, silalah datang awal pagi. Ni dari jalan mula..orang tak ramai lagi…


 Macam-macam ada kan…Tengoklah muka Incik Daus, tersenyum girang gumbira lagi...setelah lama tak jejakkan kakinya ke sini... aishhh!


Nampak tak, gambar di atas dan di bawah, segala mak nenek pun ada..ladam kuda pun ada..penimbang elektronik pun ada...



Ok, orang dah start ramai, kakak, sila pegang tangan bapak kuat-kuat...bahaya okay...


Haaaa...nampak dua orang budak ni, gigih nak menaip pakai typewriter ni...kagum aku, dah lama tak dengar bunyik ketak ketuk menaip...


Aku baru tau akan kewujudan belut putih. Itulah yang aku katakan, macam-macam ada kat sini..yang rare, yang bizaar...semua pun adalah..



Cincin batu untuk kaum-kaum lelaki di luar sana..cincin-cincin ni Incik Daus tak minat..


Botol F&N pun dieorang jual..benda-benda macam ni pun kadang-kadang ada je collector dia yang tersendiri..macam kawan aku dulu, minat gila kumpul barangan Coke...siap ada kabinet khas simpan koleksi dia..dan aku pun sama..dulu time sekolah rendah, suka kumpul setem, bila dah meningkat remaja, suka plak collect toys dari Mc'D dan KFC...bila dah ada anak, ntah mana dah koleksi2 tu, ada yang kena gigit time dia gatal nak tumbuh gigi...penuh air liur dan corak2 khas..hahahah!

Ada jugak yang dh patah tengkuk, patah tangan, patah kaki...hahahha..adeyyyy..anak-anak...






So untuk sesiapa yang memang minat dan suka menyimpan pelbagai aneka barang antik ni...bolehlah datang ke Pasar Karat ni..actually banyak lagi barang-barang yang ada..tapi tak larat aku nak ambik semua..silalah datang sendiri ya kengkawan....

Sunday, July 20, 2014

Resipi: Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari tu rasanya aku ada berjanji nak sharekan resipi Ayam Goreng Berempah yang dimasak untuk gandingan Nasi Lemak tu kan..so nil ah baru sempat nak share pun.
Ayam Goreng Berempah ni pada aku yang buat dia lagi sedaplah adalah pada bahan-bahan sampingan dia yang bersirat-birat tu..kalau macam kita makan goreng pisang, selalu nak request ‘keropok’ dia, macam tu lah.

Resipi ni aku buat mengikut citarasa akulah ya..

Bahan-Bahan:

Ayam (aku beli yang pek-pek tu, so aku pilih 4 ketul drumstick, 4 ketul kepak dan 2 ketul bahagian dada)

Bahan Perapan (Untuk dikisar)
4 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
2 batang serai (dihiris nipis)
1 inci halia
Kunyit hidup
1 tangkai daun kari

Bahan Perapan (Akan digaulkan kemudian dengan bahan yang dikisar tadi)
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Serbuk paprika
Rempah kari daging (dalam 2 sudu besar)

Sedikit garam (salutkan garam dahulu dan biarkan ayam tersebut dalam 10 minit sebelum digaul bahan perapan lain)

Cara Membuat: 


1. Lumurkan semua bahan yang dikisar dan bahan perapan tambahan seperti yang dinyatakan di atas. Biarkan diperap selama satu jam.


2. Kukus terlebih dahulu selama 15-20 minit supaya isi ayam ini separuh masak. Lebih mudah untuk digoreng nanti dan supaya untuk mengelakkan ayam yang digoreng terlalu gelap dan garing di luar sedangkan tidak berapa masak di dalam.


3. Goreng ayam tersebut dengan taburan daun kari bagi membangkitkan bau dan rasa. Nampak tak yang macam berserat tu, itulah yang best tu... ;-)

Selamat Mencuba ya kawan-kawan....

Friday, July 18, 2014

MH 17..Al-Fatihah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…



Allahuakbar..Maha Suci Allah..besar sungguh dugaan-MU buat kami umat-MU kebelakangan ini. Rentetan dari peristiwa MH370, peperangan kejam di Gaza, dugaan sakit buat sesetengah saudara sesama Islam dan kini yang terbaru, pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, wilayah yang kini bergolak sejak beberapa bulan lalu akibat campur tangan Rusia dalam konflik politik di negara tersebut. Tragedi ini dikhabarkan telah mengorbankan kira-kira 298 orang (penumpang dan juga anak kapal). 

Allahuakbar, Maha Suci Allah…pelbagai ‘tanda-tanda’ kecil dihantar kepada kami sebagai peringatan untuk kembali setia dan taat pada-MU Ya Allah… Kala aku merasakan terlalu banyak hal-hal yang berlaku disekeliling aku, membuatkan aku menjadi kadang-kadang takut sendiri, tentang bila pula kematian bakal menjemput kita. Pada saat dan ketika itu, terasa diri serba kerdil. Terasa segala ilmu dan amal masih belum padat dan kukuh untuk dibawa sebagai bekalan. Justeru, hati kecil terfikir juga, mungkin ‘dugaan-dugaan’ yang Allah berikan buat kita umat-NYA ini adalah untuk kita kembali betulkan cara dan jalan hidup kita.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui….
Allahuakbar..

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. 


Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Thursday, July 17, 2014

Resipi: Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah yang sangat sedap dan terangkat gitu.... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Nasi lemak buah bidara…sayang selasih sayang selasih saya lurutkan... buang mak buang saudara, kerana kasih saya turutkan….hamboiii intro tak ingat..hahahah!

Meh kawan-kawan nak share, ni serba sedikit menu Iftar Isnin lepas…tak tahu nak masak apa.Tiba terasa lama jugak tak makan nasi lemak. So jomlah buat nasi lemak dengan ayam goreng rempah.



Aku rasa cara membuat nasi lemak ni kebanyakan dari kita pun tahu kan..sebab mudah saja. Tapi aku share jugalah ya…

Bahan-bahan:
2 pot Beras
11/2 cawan air
200ml santan
1 batang serai (diketuk)
Sedikit halia (dihiris nipis)
1 helai daun pandan (dipintal)
Sedikit garam

(Kaedah memasak sama saja macam nak masak nasi. Campurkan kesemua bahan ni, air tu agak-agaklah ya sebab sukatan beras saiznya mungkin berbeza)

Nasi lemak kali ni aku gandingkan dengan sambal tumis ikan bilis dengan petai….



Telur rebus dan timun jepun



Dan watak utama pada hidangan nasi lemak aku kali ini adalah taraaa….



Ayam Goreng Berempah…nanti aku share ya resipinya di entry akan datang…Insya-Allah…


Wednesday, July 16, 2014

Resipi: Pisang Bakar Keju Bersalut Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku tak tahulah kenapa, tetapi tiba-tiba saja dok lah terbayang nikmatnya makan pisang bakar keju time aku ke Jakarta dulu. Kat sana, macam-macam variasi hidangan berasaskan pisang ni. Sampaikan ABC pun dieorang selama je letak pisang. Sekarang ni kat sini pun dah ramai peniaga makanan mula menjual pisang bakar keju ni. Tapi kalau nak ramuan coklat dan keju yang melimpah ruah, silalah merajinkan diri membuatnya sendiri..heheheh..

So gigihlah aku mengerah Incik Daus Isnin baru ni, meneman aku mencari pisang. Dapatlah buah pisang berangan. Yeayyy!

So, ini antara bahan yang berjaya aku godek dari fridge aku...



Bahan-bahan:


  • Pisang (ikut jenis dan kuantiti yang anda sukai, kali ni aku pakai pisang berangan dalam 4biji, dibelah dua, menjadi lapan potongan)
  • Keju Mozarella
  • Sos Coklat (Jenama Delfi, baru nak try guna, ok, sedap juga, rasa dark coklat dan tak terlalu manis)
  • 2 sudu besar mentega

Cara Membuat:



1. Sapu sos coklat pada pisang terlebih dahulu, setelah ia dipotong dua.
2. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Letakkan pisang tadi dan biarkan seketika, sampai sedikit garing. Balik kaupkan pisang tadi.
3. Angkat dan terus taburkan keju mozarella tadi sementara pisang masih panas, barula ia boleh mencair. Macam aku, aku ada cairkan juga sedikit keju mozarella dalam kuali dan taburkan atas pisang.
4. Letakkan sos coklat dan kemudian taburlah coklat urai atau manik tabur sebagai hiasan.

Inilah hasilnya...


Rasanya...Ya Allah, memang nikmat...sedap sangat..dan ringkas untuk disediakan...

Hmmmm..ini pula hasilnya selepas berbuka...Alhamdulilllah....  ;-)




Tuesday, July 15, 2014

Hobi Mengumpul Pisau, hobi terbaru aku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Tajuk entry macam Gangster Kg Pisang daaa...hahahah!

Ni, nak share satu story…kisah mak-mak orang ni..hehehhe…ingat tak entry aku yang ini..http://ernyfirdaus.blogspot.com/2014/04/tuala-murahsiapa-tak-nak-seringgit.html ya, kumpul sticker untuk dapatkan tuala. Semenjak itu, makin syok plak main kumpul-kumpul sticker ni…gian semacam, boleh ek, aku cakap cam gitu? ;-)

Lepas tuala Guardian tu, aku start plak kumpul sticker untuk dapatkan pisau, ya..pisau u alls. Aku gigih ni kumpul sticker dari taraaa…




Kumpul punya kumpul, sampailah masa untuk redeem…suka sangat rasa hati ini. Untuk sticker Jusco ni, terima kasih juga pada kawan-kawan di pejabat yang gigih mendermakan kupon mereka kepada aku ini..hatiku terharu..ewah! So that day, pergilah Jusco nak redeem. 




Aku dapat kumpul dalam 70 lebih kot sticker. Malangnya pisau yang aku nak redeem tu kehabisan stok. Kenalah isi nama dan booking dulu. Lagi sebulan baru dapat katanya. Hmmm…ramai gak rupanya selain aku yang minat main kumpul dan tebus ni ya…so taklah rasa ‘keseorangan’ sangat kan..hahahha….

Then, untuk mengelakkan tragedy Jusco berulang lagi, laju-laju ajak kakak nak gi redeem pisau kat Giant plak hujung minggu yang lepas…



See, banyak kan aku kumpul. Mana kan tidak, Giant ni paling dekat dengan rumah aku. Beli barang rumah setiap bulan, memang selalunya dekat sinilah. Rumah aku lagi, rumah mak aku punya stok barang lagi..so memang banyak jugaklah stickernya yang dapat aku collect.


Sibuk si kakak nak ambikkan. Siap nak posing lagi..model pisau abad ini...takut-takut je aku nak bagi pegang pun, risau terjatuh, benda tajam. Yang chopper tu memang beratlah jugak. Jenuh pujuk lepas ni, soh letak dalam trolley aje pisaunya ni. Kakak..kakak..


Sebabkan aku pengumpul tegar, dapatlah aku dua bilah pisau ni. Satu tu chopper, kena kumpul 60 stamp baru dapat beli dengan harga RM 9.90, harga asal dia dekat 200 lebih jugak. Memang berat dan memang tajam. Satu lagi tu, pisau potong buah, dan benda-benda kecik macam bawang, sayur-sayur ke..itu dalam 100 lebih rasenya harga asal dia...

So, hati seronok yang amat dapat dua bilah pisau baru utk dapur..yeayyy! Tak sabar tunggu pisau Jusco je ni...

Ok kengkawan sekalian..tatatititutu... ;p

Salam Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekadar perkongsian....semoga tidak lupa akan membacanya dijadikan satu amalan,,. *Peringat buat diri sendiri juga...Insya-Allah..*


Monday, July 14, 2014

Resipi: Mi Kari Seafood Lazat Berlemak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar anda-anda semua? Harap masih segar hendaknya dalam menjalani ibadah puasa. Dalam suka-suka, jangan lupa setiap waktu untuk menitipkan doa buat saudara kita di Gaza...semoga terus berada dalam lindungan Allah, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, baik buruk setiap ujian dan dugaan..Subhanallah...

Ok, hari ini aku cuti, maklumlah esok kan Hari Nuzul Quran, memandangkan ada lagi cuti-cuti kerja hujung minggu yang belum diguna, jomlah kita gunakan.

Jumaat lepas, terasa nak makan mi kari. Jadinya waktu rehat, ajak adik office si Nisa, untuk teman ke Mydin, belikan bahan-bahan memasak. Sabtu tu, tertunailah hajat memasak Mi Kari Seafood. Aku olah dari idea Kak Azie dalam Azie Kitchen.



Ni antara bahan-bahan yang aku gunakan.



Bahan-bahan yang anda semua tengok ini adalah ramuan utama seafood yang digunakan. So jom kita semak apa bahan-bahan yang lebih details:

Bahan-bahan:

500 gm isi kerang
500 gm udang
300 gm udang (buang kulit, dan asingkan kulitnya untuk direbus menjadi stok, isinya pula dicincang halus)
3 keping fishcake (dihiris nipis)
Sedikit kacang buncis (dihiris nipis secara menyerong)
Bebola ikan (saya masukkan sebungkus, dibelah dua setiap satunya)
2 pek kecil rempah kari
500 ml santan
1 liter air
2 biji russet potato (direbus dan dilecek sehingga hancur)
Asam Keping


Di bahagian atas ni, adalah hasil ubi yang telah direbus dan dilecek, manakala mangkuk di bawahnya pula adalah stok udang. Stok udang ni, buatnya mudah je. Rebuskan kulit dan kepala udang sehingga masak, kemudian kisarkan. Bila dah kisar, tapis untuk dapatkan airnya yang jernih macam di dalam gambar ni. Stok udang dan isi kentang lecek ni bagi menambahkan lagi lemak kuah mi kari dan juga kepekatannya.

Bahan untuk dikisar:

3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Sedikit daun kari
4 sudu besar pes cili
2 batang serai
1/2 inci halia

Bahan Untuk Menumis:

Sedikit Minyak
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai (diketuk)

Bahan hiasan (garnishing):

2 keping tauhu (digoreng dan diasingkan sebelum dipotong mengikut saiz yang diinginkan)
Telur (direbus)
Limau Nipis
Tauge (dicelur di dalam air panas)
Daun bawang (dihiris nipis)
Bawang Goreng
Cili Padi Merah (dihiris nipis)

Mi kuning (dicelur terlebih dahulu dengan air panas)

Cara Membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang dikisar bersama bahan lain untuk ditumis. Kacau sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan rempah kari (yang telah dibancuh dengan air suam terlebih dahulu), ke dalam tumisan. Kacau seketika.
3. Kemudian, masukkan air, diikuti dengan stok udang dan isi udang.
4. Masukkan semua bahan-bahan lain seperti udang, kerang, fishcake dan fishball. Masukkan juga serai yang telah dititik bersama asam keping. Masukkan garam dan gula, mengikut citarasa.
5. Masukkan pula isi ubi kentang yang telah dilecek dan hirisan kacang buncis, kacau perlahan-lahan.
6. Setelah mendidih, masukkan santan dan biarkan mendidih seketika sebelum padamkan api.

Inilah hasilnya...


Selamat Memasak... ;-)

Friday, July 11, 2014

Resipi: Puding Bandung Cincau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bulan-bulan puasa ni, macam mudah je jatuh cinta dengan juadah yang manis-manis. Memang suka sangat makan puding, kuih pulut seri muka ke, tepung talam, badak berendam..kuih lopes..tak tahulah kenapa dengan tekak aku ni, time bulan puasa memang inilah antara kuih-kuih yang aku suka. Gigih ni buat kuih lapis sendiri sebab nakkan rasa lemak manis kuih yang sebenar..untuk resipi kuih lapis boleh rujuk entry aku yang ini…Resipi:Kuih Lapis

Tapi untuk hari ni, marilah kita share resipi Puding Bandung Cincau..



Bahan-bahan:

20 gm agar-agar
1 liter air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat manis.
1 paket cincau (dipotong dadu, saiz potongan ikut kerajinan masing-masing..hehehe)
1 cawan gula
Perisa Sirap Ros

Cara Membuat:

  1. Basuh dulu agar-agar berkenaan. Panaskan api dan rebus agar-agar tu sampailah cair semuanya.
  2. Then, masukkan gula, kacau lagi sehingga gula melarut.
  3.  Masukkan susu cair dan diikuti susu pekat manis.
  4. Masukkan perisa sirap ros.
  5. Akhir sekali masukkanlah cincau. Semua dah ok, tuang ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.



Rezeki Nuffnang di bulan Ramadhan...Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..rezeki bulan Ramadhan…ada 3 CPUV iklan menjengah ke blog ini.



Berblogging ni dah lama, tapi tak pernahnya konsisten. Salah satu faktornya dulu adalah skop kerjaya aku juga. Payah sikit nak menulis dengan kebebasan, ewah! So sekarang, kerjaya baru ni langsung tak ada kena mengena, freedom of speech tu lebihlah skit kan.. ;p Dan akhirnya dapatlah peluang dan rezeki sedikit yang disumbang oleh Nuffnang ni,,Thank you Nuffnang…

Untuk anda-anda yang disayangi, kalau waktu menziarah blog ini, ternampak ada iklan-iklan itu menari-nari, silalah klik ya. Banyak infonya..

Kalau anda merancang pelaburan, nak tahu konsep dan jenis perancangan, bolehlah klik INVEST SMART CAMPAIGN tu..

Kalau nak masuk pertandingan menang hadiah lumayan, cuba tengok iklan DOVE HAIRFALL RESCUE tu ya..

Untuk membaca kisah-kisah bola yang menarik dan kreatif, dan nak masuk contest juga ..silalah klik pada iklan STADIUM ASTRO WORLD CUP..hadiah-hadiahnya adalah seperti di bawah..hulllaahuuu!!!

1st prize is RM 5000, PS4 and FIFA 14 GAME!!
2nd prize is RM 3000, PS4 and FIFA 14 Game, and 3rd prize is RM 1000, PS4 and FIFA 14 Game.

Selamat menikmati tawaran hebat berganda itu ya!



Wednesday, July 9, 2014

Menghayati perjuangan dan dugaan hidup...Ahmad Ammar, Linda Rafar, Baby Izz...kerdil kan diri kita..Allahuakbar...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama sekali aku bukanlah ustazah, jauh sekali baik bebenor..aku hanya manusia biasa, yang serba lemah dan yang masih banyak perlu dipelajari…banyak yang perlu untuk diperbaiki…

Bulan Ramadhan ni, banyak keberkatan, banyak pahala mudah diperolehi dan banyak ujian serta  dugaan. Cuma dalam bentuk apa ujian dan dugaan itu hadir, itu yang kita tak pasti. So tulisan hari ni, sekadar perkongsian aku tau..sebab last week, aku akui aku memang down sangat. Tak tau nak cakap macam mana rasa down tu. Banyak betul ‘drama’ berlaku kat sekeliling aku yang aku tak pun menjadi part of it. Geram semua bercampur-baur! Rasa nak maki orang, rasa nak telan orang hidup-hidup, semua pun adalah! Kenapalah banyak betul manusia-manusia yang menguji kesabaran ni. Aku tak dengki pun kat u all, Cuma boleh tak give me my own space..korang janganlah calitkan aku sama..macam tu la..sampai ke tahap memang aku moral downlah! Tak pernah aku rasa seletih dan selemah itu.

Tiap kali balik rumah, aku cuba kaji diri…cuba cari kekuatan untuk menempuh macam-macam ‘drama’ depan mata..cuba untuk buang jauh-jauh perasaan sedih..cuba untuk cari kembali ketenangan…cuba fokus dan tetapkan matlamat bahawasanya aku hanya ingin bekerja dan mencari rezeki. Lain-lain aku malas nak fikir. Rasa down tu membawa kepada perasaan cepat marah dan mudah kecewa. Buat apa pun aku rasa macam serba tak kena. Rasa nak balik rumah, kurung diri dalam bilik sorang-sorang dan tidur..haaa..sampai macam tu la malasnya aku time tu…mungkin sebab dah terlalu banyak benda yang tak best jadi depan mata, tu yang jadi lemah semacam tu….marah dengan orang yang perasan bagus, terasa diri hebat..tapi hakikatnya sebaliknya.. (mujur bulan Ramadhan, xleh la express marah sangat..heheheh…)

Then, bila terkebil-kebil sorang kat rumah dengan si kakak…aku pun fikir apa aku nak buat ni. Then aku start baca buku. Kebetulan aku dah lama sangat tak betul-betul membaca. Dan memandangkan sepanjang Ramadhan, memang Incik Daus pun outstation dari Day 2, so mehla anak, kita cari hobi kita bersama. Kita membaca. Aku bacakan kakak buku ni…sebelum tidur..kakak yang pilih nak dibacakan buku ni…



Bila kakak dah tidur…aku baca buku ini..

GAMBOR AKU PINJAM DARI LAMAN WEB SINAR HARIAN..SEBAB BUKU SENDIRI TAK AMBIK GAMBOR LAGI.. ;-) 


Aku dengar nama arwah menjadi kisah dari bibir ke bibir dah lama, Cuma sehingga sekarang aku masih belum berpeluang untuk mendalami kisahnya sendiri. Alang-alang aku memang perlukan motivasi, dan memang perlukan sesuatu yang keluar dari kepompong rutin harian aku, so marilah kita mulakan pembacaan… Alhamdulillah, sekarang aku dah habiskan sehingga chapter 3. Masih usaha membaca walau sekadar 10 minit sebelum tidur. I really need this…

Kemudian, sepanjang minggu lepas, banyak betul ujian dan dugaan yang menjengah ruang pembacaan aku…






Akhirnya, aku tarik nafas dalam-dalam dan aku muhasabah diri..

Ya Allah, lagi besar dugaan-MU buat mereka-mereka ini di bulan Ramadhan…KAU kuatkanlah mereka Ya Allah…







*Teringat dugaan dan ujian buat aku dan Incik Daus pada Ramadhan 2010/1431..waktu kami terima khabar yang kami kehilangan permata hati kami..buat anak ibu…Durratul Khaleeda...
Al-Fatihah…* 


Monday, July 7, 2014

Aku suka: Soyfresh Hershey's Chocolate..minuman lazat yang yummy!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah..dah 9 hari Ramadhan..cammana anda-anda semua? Masih bertenaga? Ewah..As for me..alhamdulillah..pagi tadi barulah dapat merasa bersahur dengan Incik Daus yang dh pulang dari out-station tapi tu pun nanti pergi pula…huhuhuhu..sedih ahkak ni..tapi apa kan daya… isk..iskk..
So bagi merawat kedukaan..kesedihan dan kelukaan…jom aku nak share satu minuman yang cukup sedap kat anak tekak aku ni..

Taraaaa….!!!!



Aku tak pastilah sama ada air ni dah lama atau baru lagi kat pasaran..Cuma aku baru je terjumpa air ni kira-kira seminggu yang lepas..macam best je aku menengoknya..so mehlah beli sekotak..mehla kita cuba, apa rasanya..pelik ke tak..soya campur coklat?

Aku cuba..dan aku rasa, aku jatuh cinta!! Ewah! Dengan air pun nak jatuh cinta kan…tapi seriuslah..aku suka sebab rasa coklat dia sangat pekat…memang tak rasa pelik sebab dia tak rasa macam campuran soya yang pekat..apa aku cakap ni..paham tak kengkawan? Hahahah! Rumusannya adalah rasa coklat itu lebih mendominasi… tapi memang aku sukalah sangat…

Jadi, sesiapa penggemar minuman susu coklat, bolehlah mencuba…



Thursday, July 3, 2014

Fenomena Filem Frozen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Frozen…tetiba semenjak ahkak ni ada anak gegurl kan..teruslah tahu cerita-cerita fairy tale cam gini..kalau tak dulu..hmmm…mana ada..ye, aku bukan penggemar cerita kartun, lainlah kalau Incik Daus..suka sangat dengan Pingu, Pokemon, Detektif Conan dan yang dia paling suka..Sponge Bob Square Pants..Spooooonnnngggeeee Boooobbbb…Square Pants….hahaha! Aku mula-mula kahwin dulu jadi psiko sekejap..macam boleh je dia duduk sorang-sorang sambal gelak-gelak layan kartun. So sekarang ni, memang bab ni Incik Daus leh geng dengan kakak..boleh aje dua-dua tengok kartun. Sebab tu kakak kadang-kadang boleh je melayan Ultraman Max, Power Rangers…walaupun dia perempuan.. isk..isk…

Tapi lately ni kakak suka sangat tengok filem ni…



Ya, Filem Frozen, pagi petang siang malam asyiklah dengan Frozen..celik bijik mata je Frozen..siap nak pakai baju Frozen..siap suka sangat bila teacher panggil dia ‘Elsa’..ohh myyy..sangat berangan okay my gurl.. Teacher dia cerita, bila panggil Elsa, mesti tersipu-sipu malu..sambil sengih..sekarang ni hari-hari pergi sekolah, mesti nak suruh aku dandan rambut.. “Mestilah ibu, kakak kan cantik macam Elsa..”..Ohhh..semestinya perangai ‘bersiap’ tu bukan perangai ibu time kecik-kecik..ibu dulu zaman kecik, comot sangat nak oiii..stok balik mengaji pi masuk gua, kacau sarang kelawar, main bergayut tali kat gua..ghupe tarzan dah…pergi mengaji pakai baju kurung tapi dalam kain dah siap-siap pakai seluar track..mana main masak-masak tapi main senapang..siap pergi tapak binaan rumah kutip kayu, kutip paku untuk buat senapang sendiri…heheheh..yes, itu memang Erny!

Ok..ok..back to kisah asal..dah jadi sejarah Erny masa kecil pula…hihihi…

Kakak punya minat Frozen ni sampai boleh nyayi lagu dia.. (dalam versi pelat dialah…)…siap dengan tangan-tangan sama macam si Elsa tu la..bila menjerit part chorus.. “Let it go…let it go…!!!”

Bila menyanyi ni pula, tak pernahnya slow, asyik kuat aje pitchingnya. Bila aku tegur, kakak, nanyi slow sikit, sakit telinga ibu ni..dan kakak akan menjawab.. “ Ibu, memang lagu ni kena nyanyi kuat-kuat..haaa…macam Elsa dalam Frozen tu…”.. Oh btw, kakak panggil ‘Frozen’ as ‘Pojen’…hahahah!

Lepas tu juga, dek kerana ketaksuban kakak pada filem Frozen ni, kakak siap satu hari tu bagi aku dialog yang amat menyayat hati…hahah..

“Ibu..semua kawan-kawan kakak kat sekolah ada baju Pojen..kakak sorang je yang tak ada lagi…” sambal cebik-cebik bibir tu macam sedih sangat…haaaiiilllaaa anak, ibu macam nak babap aje bontot tu geram..pandai sangat bikin drama budak kecik ni kan….

So Sabtu lepas, pergilah aku pagi tu ke Pasar Tani stadium tu..niat asal nak mencari keledek. Sekali kakak ternampak ada jual baju t-shirt kaler pink gambar watak-watak dalam filem Frozen tu…tapi malangnya saiz untuk kakak dah habis, yang tinggal semuanya size kecil saja. Kesian plak aku menengok muka kakak. Nampak sangat sedihnya tu..aku ni memang garang, tapi selalunya tak sampai hati juga.

Aku ajaklah Incik Daus masuk kedai-kedai baju baby yang ada sekitar sini, semua kata dah habis stok. Ok, so pujuklah kakak. Then, kami ke Jusco, nak tengok Transformers..mujurlah aku punya mata ni cekap..ewah! Ada Nampak satu stall kat dalam Jusco ni menjual baju-baju Frozen ni. Cargas aku pergi…ha’ah, dia baru je nak kuarkan dari plastic, stok baru sampai..belum sempat dia susun, aku dah terjah dah..so tadaaaa…suka sungguh kakak…


Ohhh la anak ibu..mana tengkuk anak oiii??? Hehehe..mcm tengkuk bapak! ;-)

Filem Frozen ni pada aku memang fenomena..aku tengok kat You Tube (tumpang kakak yang rajin menengok…), banyak betuk bebudak nyanyi lagu Frozen ni dan upload kat You Tube. Bukan main lagi menyanyi dengan penuh emosi. Tak tahan aku tengok, comel-comel semuanya…Eiiilllaa bebudak sekarang kan.

Kisah dia simple je..takdelah heavy sangat tapi berjaya buat budak-budak kusyuk tengok. Siap hafal lagi lagu-lagu dia. Bukan fenomena kat bebudak aje..tapi kat orang dewasa jugak. Siap ada tutorial cammana nak tiru gaya rambut Elsa tu.

So, sebelum aku akhiri entry ni, aku nak kasik pesanan penaja dari kakak, “ Ibu, nanti kakak nak kek Pojen tau ibu..nak harijadi Pojen…”

Hammmmbbbboooiiii!!!