Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, January 30, 2015

Apa perasaan ada anak perempuan sulung?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dulu, aku selalu berharap untuk mendapat anak lelaki untuk anak sulung. Pada pandangan peribadi aku, anak sulung lebih sesuai jika ianya lelaki. Tak tahu kenapa aku berfikiran macam tu. Aku sendiri pun anak sulung. Mungkin setelah melalui ‘erti menjadi anak sulung’, aku merasakan ‘jawatan’ tu sesuai dengan anak lelaki. Cuma jangan salah faham tau maksud aku ni, ni Cuma pendapat aku waktu pemikiran aku pun masih mentah..

Bila mengandung, aku masih berharap agar dapat anak lelaki. Incik Daus tak kisah, tapi rasanya dia lebih sukakan anak perempuan. Akhirnya, Allah memberi rezeki kurniaan anak perempuan buat aku. Lebih buat kami teruja, bila dimaklumkan kandungan kembar, kembar seiras.

Sekarang, kakak dah nak masuk 5tahun, October tahun ni. Apa rasa ada anak perempuan? ;-) Aku rasa syok sangat..sebab aku dgn kakak dah macam BFF..teman sepermainan dan sepergaduhan gitu..ahaks! 

Wajah 'bodyguard' kesayangan ibu...kemain eksen lagi cara duduk tu..


Kakak, dari segi jiwa dalamannya, aku rasa lebih sama macam aku. Kakak kuat hatinya…sangat kuat azamnya. Kalau itu kakak nak, kakak akan nak itu juga. Yes, exactly like me! Pada aku, tak ada benda yang mustahil untuk kita perolehi kalau kita berusaha. Kalau kita duduk je kat situ dan mengharap kehidupan kita bertambah baik, memang ‘SELAMAT TERUS BERANGANLAH YA…’.

Kakak banyak cakap (dengan family je lah..ada je benda nak tanya..), Ibu kenapa itu, kenapa ini..kenapa bumi ada awan? Apa fungsi awan? Ibu, ALLAH tu mana? Kenapa kakak tak boleh tengok ALLAH? Ya, those are the questions yang kakak selalu tanya pada aku. Jawapan perlu ringkas dan sememangnya jawapan yang ‘real’. So, korang bayangkanlah betapa aku kadang2 bagaikan nak tercekik air liur sendiri setiap kali kakak bertanya.. arggghhh..kakak, kenapa tak tanya kat Ibu aje..nape tak libatkan Bapak dalam soalan2 susah ni…huhuhuuhu… *nangeeesss sambil rasa macam nak pi library buat ulangkaji banyak skittt…*


Aku jenis orang yang suka buat sesuatu ikut aturan aku. Dan aku bukanlah orang yang sangat bersabar dan mampu bertabah dengan sesuatu yang ‘slow’. Nampak gayanya kakak pun jenis yang macam tu..kecuali bab berangan tu..itu kdg2 macam Bapak sikit. Cuba bapak kena hadaplah setiap kali balik, kakak akan biasa dengan rutin ‘RULES IBU’. Contoh, bapak, kita tak boleh tengok TV dalam gelap, nanti mata kita rosak..kan Ibu? Bapak, kita tak boleh tengok tab dekat sangat, nanti mata kita rosak kan Ibu? Bapak, baju kena gosok, kalau baju tak gosok nanti kakak tak cantik..kan IBu? Hahahha…punya banyak, ‘KAN IBU?”…sampai naik stress bapak! Hahahha..ya, itulah penangannya bila Isnin-Jumaat, kakak selalu dengan ibu. KAKAK-IBU, dah macam partner in crime..hehehhe..
Macam sekarang, kakak pun nak ada lipstick, kakak pun nak ada compact powder, kakak pun nak ada sling bag..kakak pun banyak koleksi kasut..hahhaa..exactly like me!! Kecuali minat kakak pada lagu, band dan muzik. Minat tu lebih kepada bapak. Dan kecenderungan kakak menulis menggunakan tangan kiri, itu pun ikut Bapak.



Perasaan aku sekarang bila ada anak perempuan? Alhamdulillah, aku sangat bersyukur. Kakak walaupun masih kecil, dah macam ‘sahabat’ aku dah. Kami berbual, shopping sama, masak sama dan bertekak jugak secara berjemaah..hahahha! Especially waktu bapak ada, saja je nak kasik kepala bapak pusing2 nampak bintang…hahah! Ohhh lagi satu, hobi kami..berebut cermin waktu pagi…hahahha…aduiii…sure jiran2 ingat dalam rumah kami ada sampai 10 orang cara bising setiap pagi tu…


Suka sangat buat muka cebik2 cam tu..apake kata budak2 zaman sekarang, duck face? aishhh!



Hmmm..hujung minggu ni nampak gayanya, aku kena buat cupcakes..sebab masuk hari ni dah 4 hari dah kakak asyik mengomel…

“ Lamanyalah kan ibu, kakak nak buat cupcakes…kakak nak buat cupcakes..tapi kakak nak cupcakes coklat..kakak janji, kalau ibu ajar kakak buat cupcakes..kakak akan makan semua cupcakes tu..ok ibu?”


Hahhaha…dushhh..dushhh!! sedih tau statement..hmmm..ni memang kemahiran kakak, mencipta dialog touching… aduuuiii..nampak gayanya mood rajin kena ku binalah di hujung minggu ni…nak2 plak Isnin tu Ibu nak fly…waaahhhhh fly ya ibu..jauh sangat ke tu nak fly nya? Hahahaha…tttuuuunnnnggguuuu..kisah percutian ‘single mingle’ terhebat abad ini..kih..kih..kih…


Salah satu bakat ibu yang berjaya diperturunkan kepada kakak...bakat 'PHOTOGEDIKKSSS'..hahhaha!



 Tapi still suka main benda2 ni..kakak..kakak...


Shhhhh..saya nak bagi tau ni..yang sayalah anak busuk masam kesayangan ibu..walaupun saya dah mandi wangi2..ibu kata saya tetap anak bucuk macchhaaammm ibu sampai bila2.. ;-)

Thursday, January 29, 2015

Resipi: Udang Goreng Kari Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Selalunya kan..ada waktunya, kita macam dah tepu kan..tak tau nak masak apa. Haaa..itu bila mood tengah malas, lagilah tak tau nak masak apa. Last-lasak jadiklah masakan simple macam aku buat ni haaaaa….hehehhe..simple2 pun sedap plak aku meratah kan.. kih..kih..



Bahan-Bahan yang digunakan:

Udang (aku guna setengah kilo..)
1 biji bawang besar (bawang Bombay)
5 biji bawang Putih
1 tangkai daun kari
1 batang lobak merah (dihiris panjang)
1 biji cili hijau
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Bahan Perapan Udang:

Udang diperapkan bersama serbuk kunyit, serbuk paprika (atau serbuk cili), serbuk lada sulah, dua sudu besar sos tiram, dua sudu besar rempah kari daging dan sedikit garam dan gula. Digaul sebati dan perapkan selama 15 minit untuk biarkan rempah tu bersatu dulu.

Untuk Menumis:

1.      Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang Putih tadi. Masukkan daun kari dan tumis sehingga naik bau .
2.      Kemudian masukkan udang dan sedikit air. Kuantiti air ni ikut pada citarasa anda. Kalau gemar nak berkuah sikit, letaklah banyak skit air ya.
3.      Masukkan pula hirisan lobak merah dan sedikit garam. Tapi sebelum tambah garam ni, rasalah dulu sebabnya waktu perapkan udang tadi pun kan dah ada garamnya. Masukkan jua hirisan cili hijau tadi.
4.      Tunggu sehingga mendidih dan padamkan api. Udang jangan masak lama sangat, nanti mengeras, tak sedap pula.
5.      Hmmm..senang kan..dan yummy rasa rempah2 tu..aku suka je.. ;p







Wednesday, January 28, 2015

Moments of LOVE #23: My cute lil' pie...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni nak share gambar si kakak berposing sakan…memang sakan betullah…


 Ni namanya mood kakak tengah baik…mau aje berposing…


Tengok...buat muncung itik..bukan main panjang lagi muncungnya...leh ikat...heheheh


Ni buat muka serius plak..apa halll??? Carik gaduh? Kacau saya? Saya bagi tau bapak saya..bapak saya garang tau!! ;p


"Tak nak kawan aaaahhhh"...kih..kih...


eh..eh..main senget2 plak dia...ke ibu yang ambik gambor senget ni..ermmmm???


Ok..saya dah selesai photoshoot u allsss.,.nanti ibu saya sambung entry bermanfaat skit lepas ni ya..hahahha!!! Asyik gambor saya je ya...ahaks!


Tuesday, January 27, 2015

Cuti-Cuti Perlis: Jom makan seafood best di Jeti Kuala Perlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kalau dah nama pun menginap kat area Kuala Perlis ni..apatah lagi dekat sangat dengan Jeti Kuala Perlis ni..amatlah xberbaloi kalau tak cuba makan seafood kat sini. Dekat tepi area T-Hotel ni, memang banyak deretan kedai yang menjual makanan, khususnya seafood.

Matahari terbenam..Subhanallah...

So apa lagi, malam tu, kami pun terjahlah. Kat sini, kena tabahkan hati tau sebab by the time kita jejak je kaki kat food court ni, semua peniaga pun dah tunggu masa nak serbu kita. Rimas memang rimaslah. Tapi bertabahlah ya. Dieorang akan ‘pujuk a.k.a paksa’ kita memilih kedai dieorang. So pandai-pandailah elak. Dan memang serabut juga nak buat pilihan, antara nak tengok list menu..nak tengok macam2 jenis seafood dan nak dengar org dok soh ko masuk kedai dieorang. ;-)

First time aku pergi dulu, aku tak ingat dah kedai apa yang aku makan. Kali ni kami try Mona Ikan Bakar.


Gambar kat atas ni view dari jalan luar...


Silalah pilih ya adik2...



Hahahhaa..muka bosan.. asyik kena sakat dengan Ibu..ntahlah..Ibu memang ada satu habit, suka sakat kakak sampai kakak nangis..hahhaha...selalu buat bapak stress..sebab nanti kakak nangis, nangis kuat2 plak tu..lepas tu aku sengih2 je..hahahha!


Oklah..meh kita tengok  antara menu yang kami order..

Ikan Pari Bakar



Sedap..garing just nice…dengan sos atas..



Boleh cicah dengan sume benda ni..sambal belacan dia best jugak pada aku..


Sotong goreng tepung. Cara goreng sotong ni dah kena dah dengan gaya aku suka. Cuma kurang skit dari segi perisa dia. Rangup-rangup ok dah…



Ikan kembung goreng masak kicap..ni untuk kakak…memang sedap..aku plak yang ketagih nak meratah..mujur ambik 2 ekor..hehehehe…




Ini plak Siput Biji Nangka, first time kami cuba makan siput ni. Dibuat masak pedas. Sedap plak, memang sedap. Siput ni rasa lemak manis dia sendiri. Chewy gitu..yelah..siput kan… memang puas hatilah…

Untuk sayur selain ulam tu, kami order kangkung goreng belacan. Ya, makanlah sampai senak perut..hehehhe…


Bismillah...jemput2 makan...



Overall, makanan kat Mona Ikan Bakar ni, memang sedap dan aku leh recommend kat u alls semua..sedap berasa...trip aku baru ni ke sana..ada try makan satu tempat lain, tp dekat foodcourt sini jugaklah, sajalah konon nak cuba gerai lain..ermmm..memang mengecewakan..sangat xsedap...mcm cair semacam (menu berkuah) dan ada lauk mcm terlupa letak garam..payau je makan..huhuhuhu...so next time dah tau, memang akan makan di Mona Ikan Bakar ni jelah..



 Ok..kakak dah kenyang..dah start tonyoh2 mata..itu petanda..kakak dah ngantuk...hehehhe...

Babai ya... 

Monday, January 26, 2015

Cuti-Cuti Perlis: Penginapan hotel bajet di T-Hotel, Kuala Perlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cerita ini dah lama pun terperam..sebabkan asyik xada masa nak mengarang dan edit gambar, jadinya lebih lamalah cerita ni diperam..apakan daya..ampunnn…

Ini actually percutian yang tak dirancang. Percutian yang disebabkan nak mengekor Incik Daus pergi kerja. Terpaksa buat macam tu sebab dah tiga minggu Incik Daus asyik outstation je. Kalau tak, memang tak adalah jumpa pun.

Pagi-pagi hari Sabtu..seawal 4pagi ya, bergeraklah kami ke bumi Perlis Indera Kayangan. Tengoklah muka masing-masing..excited walaupun sebelum Subuh dah kena gerak..hehehe..jalan punya pasal..apa adehal kan..kan..kakak kan..hehehe.. 




Actually Incik Daus nak kena ke Langkawi sebenarnya. Tapi aku malas plak nak masuk ke Langkawi tu. Macam malas sangat nak naik turun feri. So aku decide nak stay dekat Kuala Perlis je. Memang tak ada preparation apa langsung apatah lagi nak book hotel awal. So sampai je kat sana, kami walk in kat T-Hotel. Oklah, sebab boleh check-in terus, tak payah nak tunggu sampai kul 3p.m. Hotel T-Hotel ini lokasinya sangat strategik iaitu betul-betul berhadapan dengan Jeti Kuala Perlis. senang kan..Ini kali ketiga kami stay di sini. First time dulu sebagai transit sebelum balik Ipoh. Waktu tu kami semua ke Langkawi. Tahun 2013 tak salah aku. 

Hari first sampai memang tak ada buat apa. Duduk dalam bilik aje. Ni pemandangan dari luar hotel.



T-Hotel ni diklasifikasikan sebagai hotel bajet ya. Kami memang macam ni..kalau nak jalan2..
maksudnya kebanyakan masa tak da sangat kat bilik atau persinggahan yang sekejap, biasanya memang kami tak pergi hotel mahal pun..hotel2 macam ni pun dah alhamdulillah selesa..bolehlah duit lebih dilaburkan kepada aktiviti yang lebih berfaedah,,,errrmmm...shopping misalnya...hahahah!



 Duta T-Hotel..Saffiya Arissa bt. Muhammad Firdaus...ahaks! ;p

Kami ambil bilik ..



Ermm..as usual..kakak lah yang menjadi tetamu VVIP merasmikan katil ni..siap dia berlompat2 la macam main trampoline tu..sabor jela..



Tengah mood mari mau posing..layankan aja ya..

Katil single tu katil bapaklah...hahaha...kalau tak, kakak sure dia soh bapak tido bawah...hehehe...kakak..kakak..


Nama bilik ni Superior Room. Harga waktu bukan peak season, RM 119 semalam ya. 

Biliknya besar juga, ada satu katil saiz queen (tp besar skit dari saiz queen biasa tu) dan satu lagi katil single, Maklumlah semenjak kakak dah besar ni, payah skit nak berhimpit sebabnya kakak tido memang boleh tahan lasaknya..

Meh aku bawak u alls semua virtual tour ya..hehehhe..

Aku kalau stay kat hotel tempat pertama aku akan terjah adalah..



Ya, of course toiletnya...toilet dia ok..taklah sempit sangat..paling penting bersih...



Dia xda almari khas..dia sediakan sangkut baju macam tu aje..jadilah..


Ini antara kemudahan yang ada..ya...jangan risau..Astro ada ya... ;p

 Di setiap bilik juga disediakan sejadah...

Dan ini plak pemandangan dari tingkap bilik kami..




Sesiapa yang stay di hotel ni, ada disediakan sarapan secara percuma. Tapi, bukanlah buffet line yang banyak jenis menu ala2 hotel 5stars tu..alhamdulillah, cukuplah buat alas perut...kebanyakan bajet hotel yang lain, jarang nak ada breakfast ni kan...

Menu pagi kami, ada nasi goreng cina, kuey teow goreng singapore, ayam masak merah dengan telur mata..


Ini menu yang aku pilih...macam menyelerakan...memang pun..sesedap rasa pada aku..ok..!


Kakak as always..bihun ni memanglah kegemaran dia sangat kan...


Awatnya..tak puas hati ka buat muka lagu tu? ;p toksah nak garang sangat..sila makan..cer buat muka kiut miut macam kakak tu...hehehhe... 

Atau muka adik maniiiissss... macam ahkak ni...hehehhe..



Selain dari menu berat tadi, ada juga menu ringan macam kuih-muih..roti bakar pun ada...

Tapi paling rare..paling rare sepanjang aku makan buffet breakfast kat hotel...

Ada..

Taaaarrrraaaa...



 KETUPATTTTTT...

Haaaa....tak caya kan? Aku pun mcm wahhhh,,,excited okay..sedangkan time kami pergi ni bukanlah raya puasa atau pun raya haji... syok sangat dapat makan ketupat di luar musim..hehehehhe.....

Ok..nt ahkak sambung di next entry okay... 

Tq for reading..tatatititutu!!!