Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, December 30, 2012

Amalan Menabung- I love my DUIT SYILING...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Yuuuuhhuuuu!!!! Menulis di pagi hari di tengah ibu kota...ya, sekarang sedang menaip sambil panorama jendela direntangi bangunan2 dan deruman kenderaan. Broom...brooommm...dari tengah malam semalam lagi. Aduiii, tak tahu nak cari jalan balik umah agaknya bebudak ni.

Actually, semalam attend wedding Emy, dah 2 bulan diberikan tarikh. Tahu dan faham akan kesibukan kakaknya ini. Alhamdulillah, syiok dapat jumpa kawan2...bercerita, bergossip..hehehe..other than diamonds..gossiping is also part of gals life..tapi gossip ttg diri sendiri saja...no worries!!! ;p

Kenapa masih di 'Kay-EL'? Hmmmm...ada urusan utk tahun hadapan..insya ALLAH...

Tapi itu bukan topik kita hari ini ya kengkawan...semalam temankan My Saffiya tengok kisah Upin Ipin. Ÿerrr...begitulah selalunya, asyik Upin Ipin..sampaikan tido ngigaukan Ipin..Ipin..hmmm, itulah pengaruhnya!!!



Kisahnya, 'Cari dan Simpan'.. ruang lingkup kisah yang mudah, tetapi punya teladan..betapa anak-anak sekarang wajar didedahkan akan susahnya mencari duit dan amalan menabung. Aku masih ingat lagi sewaktu kecil, abah bukakan akaun tabung haji..dulu RM10 je dah boleh buka akaun. Then kalau ada yang masih ingat (errrr,kpd sesiapa yang lahir sezaman dengan saya la ye..3 series..heheheh),ingat tak tabung unta bank rakyat..dulu memanglah popular...

Pssssttt..nak tau tak, sehingga sekarang amalan menabung itu masih aku amalkan..suka sangat simpan syiling esp syiling 50 sen..yalah, kita ni kadang-kadang kalau nak dengan ikhlas hatinya ke bank dan menyimpan segedebuk duit bernilai RM200 hingga RM300,memanglah terasa makkk aiii, banyaknya. Macam mana nak beli baju baru, ermmm, maskara dah nak abis...ermmmm, kasut baru..and the list go on and on...jadi menyimpan duit syiling ini,walaupun kelihatan sedikit tetapi bak kata pepatah, yang sedikit itulah yang bakal membukit! Bak aku yang menabung dalam botol susu besar (tabung lama..hehehehe)...inilah hasilnya....


Insya-Allah, amalan ini bakal diperturunkan..... ;p

Tuesday, October 30, 2012

Cuba bangun,berlari dan berdiri teguh!

Assalamualaikum n morning dear pals....
Lama dah rasanya xmelawat blog ni. Spt biasa, keinginan itu ade, tp masayg slalu xda. Balik je umah, dah malm....bergaduh,berguling,bertekak manja ngan My Saffiya yg dah semakin petah...then dah tengah malam. ape lg Zzzzzzz....

Wokey, pejam celik dah almost setahun di tempat baru. DUNIA KORPORAT....huh, mcm best jerk dengar...jangan nak berangan macam drama2 slot Akasia ker ape ker..yg dok citer projek juta2..adeyyyy...

Sape berani deny that I am so hardworking...never be 'giler keja'...hehehe...my daughter had change me lots...tp seriously 8 jam sehari skrg mcmxcukup...I am not complaining cuma ntahlah...

Aku bukan orangnya yg suka  buat kerja cincai2...I always push my self to the limits...my previous working environment make me always chalenge my self to deliver quality works...tp itulah yg susah utk buat org faham...Kerja berkualiti tak akan mungkin  terhasil kalau perancangan kerja seorang ketua terhadap staffnya lemah. I useto work with dedicated, intelectual and full with motivation bosses...when currently vice versa...huh,sgt mencabar minda!!

TEGUH DIRI- sangat penting sb kekadang dunia korporat ini mampu menjadi sgt di luar jangka..pelik2 manusia yg boleh jumpa...

Ya Allah...permudahkanlah sgala urusan.....

Sorry yer kengkawan kerna entry kali ni sgtlah xmembina....heheheh....

Thursday, July 19, 2012

Letih tapi tak boleh tido...

Hari yang sangat letih..

Sungkai - Sg Siput - Ipoh- Jelapang

Penat perjalanan + Penat Otak

= Aku belajar banyak sepanjang jalan - HIDUP PERLUKAN KEJUJURAN

Aku: Tak mahu mindaku lesu tanpa diasah, tak mahu ilmu yang ada dipersia, tak mahu keupayaanku pupus..lalu aku rasa aku perlukan transformasi...SEGERA..itu bisikku pada diri..jika tidak, aku semakin kerugian...

Thursday, July 12, 2012

Bebelan tanpa hala tuju ;p

Dari jam 5a.m, mata terkebil-kebil memandang skrin komputer. Cita-cita mahu mengarang sebuah teks ucapan utk seorang tamu VIP bagi acara esok. Tapi akhirnya di sini aku tersadai. Lebih mudah tulis di sini dari mengarang ucapan itu. Hehehehe...Mungkin kerana otak dan badan sangat letih, keduanya bersatu menjadikan AKU BUNTU! Yep, minggu ini sangat letih, antara meeting ngan prepare untuk event dengan kerja-kerja lain yang menimbun, aduiiiilahai.  Uppps, tidak, bukan komplen tp sekadar bercerita. Tak baik komplen, cari rezeki tu utk 'tomeitomeito' khususnya.

By the way, semalam kosa kata my lil gurl dah bertambah. She now can pronounce 'susu' correctly. Dan semalam aku ajar dia mengira dari angka 1 hingga 10. Nak tergelak pun ada tapi alhamdulillah, bunyinya ada walaupun pelat...hehehe..and for a specific number like One, Two, Four, Six, Eight and Ten, her pronunciation sound correct event not really perfectlah..like Six, for her is 'Cix'..oklah..at her age, what do you expect? I am just 1years and 9 monthlah Ibu..I am suppose to be cute what...hehehe..Tapi yang aku ngan adik aku gelak bagai nak pecah perut tu adalah apabila 'Seven' menjadi 'BIO'..hahahha..kan lari jauh sangat bunyinya tu...Ohhh anakkk, she really make my day, despite all tiring and work load..She is my 'penglipulara'.. Love her so much as much I love being a mother... ;-)


P/S: Jap lagi mahu ke Selama..ada tamu VVIP mahu turun ke Perak. Aduiiii, ku bawa jasadku pergi dengan timbunan kerja di kepala. Ohhhhh, syioknya..hehehhe...

Tuesday, July 10, 2012

Awesome Food Finding # 2: Air Jagung

Ini menu sudah lama dalam simpanan..syiok giler untuk dinikmati time cuaca panas, sama macam time aku layan Air Jagung ni..time lepas penat set up booth waktu opice aku ada event kat area sini..

Menu:       Air Jagung
Lokasi:     Kedai ketiga dari laluan masuk (sorry, aku tak ingat nama gerainya), Medan Selera,
                 Bandar Taiping (sebelum kedai jual kuey teow doly yang popular tu, 
                berhampiran Balai Bomba, memang townlah)
Waktu:     Tengahari-Malam
Harga:      RM 2.50
Kenapa dia Awesome: Gelas dia besar sangat, boleh share dua orang (utk yang saiz perut
                                    kecik..hehehe) dan sungguh lemak berkrim.




Bayangkan kalau waktu panas terik pekena ini air...slurrrppp!



Monday, July 9, 2012

Di mana letaknya aku?

Assalamualaikum sumer..

Kali ni nak share sesuatu yang agak serius skit..heheh.. Eh bukan, bukanlah sangat serius umpama nak membahaskan 'Theory of the Big Bang'..tidak sama sekali! ;-)

Kisahnya begini, pagi tadi aku ada meeting. Ya, semenjak berkerja di tempat baru ni, aku pun naik confuse, kerja aku adalah bekerja atau menghadiri meeting semata2? Hehehe..dulu aku slalu beranggapan, orang yg selalu meeting ni adalah orang yang pandai bercakap dan memberikan idea tetapi bab pelaksanaan keja, ermm...payah nak komen! Makin lama aku plak yang naik takut sebab aku mula sedar yang aku selalu sangat kena attend meeting. Maka bertanya aku pada diri sendiri, mampukah aku untuk laksanakan dengan jayanya semua yang aku 'meeting' kan itu? Hmm..anyway, itu bukan akar umbi cerita kali ini, tapi sekadar aku tertarik dengan ayat spontan Tuan Pengerusi Sidang Mesyuarat ini hari..ujarnya..

"Kalaulah diterima setiap lontaran pendapat dari mereka yang bersidang di kedai kopi, maka saya yakin yang matlamat Wawasan 2020 itu mudah untuk kita capai, malah mungkin lebih awal dari jangkaan."

Aku terkesima malah terpanggil untuk mencerna ayat ini kerana lama jugak aku tidak dihadapkan dengan ayat berunsur kritis seperti ini. Ini adalah ayat spontan dari tuan pengerusi itu apabila memberikan pesan bahawa kadang-kadang sebagai ketua, kita perlu juga mendengar idea atau pandangan orang bawah kerana merekalah yang sebenarnya yang banyak membuat kerja asas untuk membangunkan sesuatu yang bersifat kukuh dan tinggi. Idea staff mungkin kedengaran mudah dan simple tetapi idea staff itulah yang kebanyakannya bersifat rasional kerana mereka memberikan pendapat hasil dari pemerhatian terhadap kerja yang mereka lakukan. Ini pula konsep yang diberikan sebagai contoh;

'BOTTOM UP CONCEPT'

Konsep yang memberikan peluang untuk staff didengari di mana idea untuk membangunkan sesebuah syarikat perlu bermula dari akar umbi. Kalau kita meletakkan penanda aras di antara 'kuli' dengan 'boss', sampaikan yang bergelar 'kuli' itu langsung tak boleh nak suarakan pendapat, maka 90% sesebuah syarikat itu tak mungkin ada pelbagai usaha inovasi di dalamnya. Hmm, aku setuju dengan pandangan yang diberi. Dan pada aku sebagai seorang ketua, cara kita meminta dan melayan staff akan menjadi 'vice versa'..Itulah penanda aras yang sebenar dalam hubungan di antara majikan dan pekerja atau boss dan staff...semua bergantung kepada sikap atau lebih tepat lagi yang dikatakan 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Dan ini pulak pesan mak aku;

" Bila berada di atas, jangan pernah lupa apa rasanya bila berada di bawah. Berbudi bahasa dan hormat orang, tak kisahlah apa pun kedudukan orang itu."

Ini pula yang aku pegang;

"Tunjukkan rasa hormat dan sikap yang positif jika kita nak dihormati kembali. Staff yang cemerlang atau sebaliknya adalah cerminan sikap ketua itu sendiri."

Yes, agreed or not, ketua adalah orang yang perlu bertanggungjawab atas jatuh bangunnya sesebuah organisasi itu.


AKU: Masih bertatih...



Saturday, June 30, 2012

Awesome Food Finding #1: Apam Dolu2..hehehe

Aku dengan Incik Daus adalah org yg sangat suka menikmati makanan, no doubt that we are now a bit.. (shhhh.... * gebu*..hahaha...cakap slow2). Kalau travel, suka cuba makanan yang jarang-jarang ditemui. Aku dulu bukanlah jenis yang suka mencuba benda-benda pelik tapi bila dah kawin, pengaruh Incik Daus sangatler membantu. ;-)

Ini di antara yang kami temui dan sangat unik atas kreativiti pembuatnya untuk menjadikan hidangan tradisi lebih bersifat kontemporori...

Yang Ini yang telur dikacau dan dibancuh skali, isinya tebal..budak2 kecik leh makan

Menu:       Apam Manis
Lokasi:     Pasart Tani, berhadapan Stadium Indera Mulia Ipoh.
Waktu:     Pagi hingga tengahari (Sabtu)
Harga:      RM 1.00 - 1.50
Kenapa dia Awesome: Disediakan dalam pelbagai perisa seperti jagung, choc rice, kacang merah, bersama telur mata atau telur kacau dan ada juga perisa asli.

Yummy, cubalah!

Friday, June 29, 2012

Ibu Daughter Momment: Anak daraku sudah besar..uhukk...uhukkk


Akhirnya tidur juga ‘tomeitomeito’ yang tersayang. Mentang-mentanglah ibu dia cuti setelah sekian lamanya sibuk memanjang, maka hari ini anakku itu sanggup menahan matanya. ;-) Sorry sayang ibu, ibu teramat sibuk but I always find my time for you like today..yeayyy! Kami mulakan hari dengan berguling-guling di katil sambil nyanyi2 lagu yang tak tau patah perkataannya..  “Capica..capicapica…” and I sing along as I know the lyrics..hehehe..dan melihat dia tersenyum sambil berbaring di atas lengan ini, rasa satu nikmat yang sukar digambarkan..alhamdulillah. Errrrr..bapak waktu moment touching ni tengah bersiap nak pergi kerja. Tak boleh cuti pulak sebab ada report yang nak kena siapkan katanya. Ok, I am a ‘Supermak’, no big deals! ;p

Then after breakfast, kami pun menuju ke office Incik Hubby, pick him up and straight a way to KPJ Ipoh. Our sweet little gurl arini nak kena cucuk. Her 1st booster for Polio and Hib. Sepatutnya dah diberi suntikan tu masa 1tahun 6 bulan, malangnya anakku itu demam. Tumbuh gigi. As always, anak yang nak kena cucuk, ibu dia ni yang terlebih suspens. U know what, I never like to see a doc since I was young. Makan ubat? A big No, No, ok! Jadinya atas faktor genetik itu harus ku akui bahawasanya anak daraku ini telah mengikut jejak langkahku. Agak canggung juga kali ini sebab ini kali pertama kami ke sini. Nak pilih Dr mana pun tak pasti. Dah lama sangat dengan Dato’ Dr. Zul @ KPJ Shah Alam..So here, I finally choose Dr. David to be our daughter paed’s. Dr. David pun sudah sedia kenal akan Dato'..so senang kisahlah.. ;-)

Ini picture of her playing outside Doc’s room…

nyanyi2 dengan bapak..uppps, sorry, resolution pic xbrape baik..ambik pakai BB jerk..


Ok, alhamdulillah. Dr. David ini pandai ambil hati. Kalau tak, maunya dicekik leher ibunya ni. Ingat lagi last time masa dia demam, aku ngan mak bawak dia ke klinik, lepas tu dengan angah bawak dia ke satu lagi pusat perubatan, memang meraung sakan. Kali ini alhamdulillah, ok, walaupun mukanya sangat kelat.Hehehehe…Errr..as always, we’re a bit drama queen when it comes to Saffiya cases…Opah kat luar pun dah siap nangis dulu2 dah sebelum cucunya nangis kena cucuk. Heheheh…

Lepas tu, hantar Incik Suami  pulang ke pejabat, ibu, opah dan Saffiya ke kedai menjual barangan membuat kuih di Ipoh town. ;-) Nak buat cup cakes, yeayyy! Balik rumah, suapkan Saffiya makan.

Kemudian aku buat keputusan untuk keluar semula. Kali ni hanya kami berdua. Sambil aku memandu, anak dara aku ni pun menyanyi-nyanyilah seperti biasa. Tak taulah kenapa, sangat suka menyanyi! This is definitely opposite of me! Oh my baby gurl, ibu tak izin masuk Mentor ke, AF ke..ape2 jugak yang seangkatan dengannya tau…ingat pesan Ibu…ngomelan biasa aku seakan anakku itu sudah besar panjang! ;-)

We had fun at Giant. Jalan sama-sama, berpimpinan tangan. Hayun ke depan dan ke belakang. Pada aku, itulah saat paling indah buat seorang ibu dan anak. Kalau dulu, genggaman tangannnya erat sewaktu aku menyusukannya, kali ini situasi yang sama Cuma keadaan semakin berbeza. Dia sudah membesar. Sudah pandai ralit melihat ibu bersolek, sudah pandai mengusik dan mengajuk. Sudah pandai membunyikan ‘A’ sebagai ‘Aaaa’ dan ‘B’ sebagai ‘Baaa’, sudah pandai memanggil Bapak, Opah dan Mak Nyah (panggilan untuk Mak Ngah dier..hehehe)..dan untuk ibu, panggilan spesel.. ‘Kakak’ ok…Mekasihlah anak ibu, ibu tau ibu nampak muda dan jelita…hehehehe…Hati ini terusik, setiap kali bersamanya. I am a mother! I wish that this moment would never come to the end…

curik2 ambik gambor kat lane towel..ngeeee... 

Tuesday, June 12, 2012

KEHIDUPAN..dari pandangan Uncle Apek


Ini kisah weekend yang lalu. Saja berangan romantik, aku dgn Incik Daus menaiki motosikal mau ke Pekan Tg. Rambutan. Dan seperti selalu, setelah separuh jalan kami terpaksa berpatah balik akibat puteri ‘tomeitomeito’ yang akhirnya tertido. Memang tak boleh kena angin langsung…mulalah nak terlentok dan zzzzzzzzzzz…comel sgt, dgn helmet kuning yang masih melekat di kepala. Anak oh anak, boleh bikin hati ceria selalu.
So setelah settle menghantar ‘tomeitomeito’ kami itu pulang dan tinggalkan kejap dengan opahnya, kami pun kembali ke tujuan asal. Sebenarnya nak survey rumah (gilelah, survey umah naik motor, gerenti agent umah tak mau layan nengok dtg pun naik EX5 jerk..hahahah), tp nak ke Pekan Tg dulu nak beli asam keping yang dah abis, nak bikin asam pedas. Hmm..ujung minggu jelah sempat nak asah skill memasak pun, itu pun kalau tak keja. Ohhh pilihanraya, cepatlah dikau datang..dah letih dah ni.
Dah settle sume kt pekan TG tu..tetibe mata ni tertancap hebat kat mak cik jual air tebu la plak kat tepi jalan. Imaginekan, cuaca yang panas, pekena plak air tebu yang dingin meluncur laju ke anak tekak. Pasti hebat bukan? Apa lagi, paksalah Incik Daus berhenti dan pergi beli. Sedapnya….glurppp! Tiba-tiba waktu nak lompat naik sbg pembonceng semula tu, pekan Tg yang lengang jadi hiruk-pikuk sekejap. Ada motosikal besar ala2 peronda menahan laluan keluar dengan bunyi siren yang kuat. “Ohhh, what happened?”, naluri busy body segera berkata-kata. Tunggu punya tunggu, rupanya ada kenderaan yang membawa orang mati dari kaum Cina. Ohhh…ingatkan apa tadi. Dan disebabkan itu juga, aku telah terperangkap dalam satu perbualan dengan ini Uncle Apek..

UNCLE APEK: “Sikalang aaa…mau hidup pun susah, mau mati pun manyak susah. Dulu mau mati, ratus-ratus saja sudah cukup. Ini hari aaa…itu dua tiga ribu pun blum tentu cukup oooo. Mau mintak anak-anak pun susah..hidup diaolang pun susah juga…aiseeyyy”…

AKU: Kaget dan tersenyum sambil angguk2 dan berfikir. “Iyalah Uncle..” jawapan yang terbaik mampu aku beri.

UNCLE APEK: “Sikalang aaa…zaman sudah ubah manyak. Itu dulu saya sini juga besar. Mau main sana sini pun ammma tak pernah susah ati mau cari2. Sikalang aaa..manyak kes budak ilang kena kidnapped suma..manyak takut ooo..”

AKU: Melihat terus keresahan di dalam mata insan emas itu. Terbayang wajah ‘tomeitomeito’ kat umah, dgn wajah anak-anak kecil yang hilang tanpa ditemui kembali. Terfikirkan perasaan seorang ibu apabila kehilangan anak dambaan hati. I could never imagine myself in the situation. Ya, Allah, selamatkanlah anak-anak itu di mana jua mereka berada. Teringat plak wajah bayi yang didera yang diupload ke YOU TUBE tempoh hari. Nauzubilllaaahhhh….aku terkesima dengan perilaku makhluk dunia kini.

Sambil aku terfikir2..Incik Daus melayan Uncle Apek tu berbual.

UNCLE APEK: U olang muda, tentu tak percaya sama cakap saya.

INCIK DAUS:  Percaya Uncle, Uncle orang lama, lagi banyak tengok dunia, lagi tau apa beza…

Sambil Uncle Apek itu mengangguk-anggukkan kepala, kami pun minta izin berlalu meneruskan pencarian rumah kami itu…..



Saturday, June 9, 2012

Untuk GEN-Y #1: Gula Kabung


Aku yakin, teramatlah yakin…tidak ramai GEN-Y tahu apakah bendanya ini…..



Apa? Tengah fikir? Nakkan masa tambahan? No,no, no! Masa dah cukup! Hmmm...Inilah yang dinamakan Gula Kabung. Bukan ‘brown sugar’ ye adik-adikku sayang. 

Gula ni nak buat apa? What the ***** to know? Aissshhh...jomle ambik tau..kot2 esok kena masak...hehehe...

Suka makan itu buah melaka? Tau tak macam mana rupa paras kuih buah melaka tu? Ala, yang bulat2, warna hijau disaluti kelapa dan bila dimakan anda terasa ada gula mencair didalam mulut? Sorrylah, nak tempek gambar, takde la plak..Itu di antara resipi makanan yang menggunakan gula kabung ini. Ada juga yang memanggilnya dengan nama ‘Gula Melaka’.

Selain buah melaka, kuih-kuih lain yang dibuat menggunakan gula ini adalah seperti kuih koci, lepat liat, dodol dan juga sedap kalau dibuat bubur manis. Rasa dia lebih enak kalau dibandingkan dengan gula merah.

Gula kabung ini diproses tanpa pengawet dan pemutih. So lebih baik untuk kesihatanlah. Jika dibandingkan dengan gula pasir, gula kabung lebih mudah larut di dalam air dan memiliki rasa serta aromanya tersendiri.

KHASIAT LAIN: Protein, mineral dan vitamin. Warna coklat pada gula kabung adalah serat yang bermanfaat untuk kesihatan pencernaan.

TAPI…yer, dibold dengan warna merah yer..kandungan kalorinya agak tinggi iaitu…

368 kalori/100 gram

PESANAN PENAJA: 40 minit aerobik boleh bantu anda bakar semula kalori itu!!! Yeayyyy!!!

Saturday, June 2, 2012

Penyusuan Ibu Baik Untuk Bayi Pra-Matang


Sekarang jam menunjukkan angka 5.15 pagi. Kisah apakah aku bersengkang mata di depan komputer riba ku ini. Kalau dulu iyelah, waktu2 gini mmg idea baikkkk punya akan datang..hehehe..dululah, waktu nak kena tulis artikel2 berat, memang aku suka taip pepagi buta gini.

Tapi pagi ni, aku menulis sebab mata tak mau nak lelap kembali. Tadi si kecik ‘tomeitomeito’ kesayangan baru je lepas bangun menyusu. Yep, still breastfeed. Aku pun kagum dgn diri sendiri krn masih ‘GAGAH’melakukannya. Cumanye sekarang xlah breastfeed sekerap dulu. Dan penyusuan pun dah tak eksklusif, sudah mula campur susu formula. Dah nak masuk 2tahun pun, dlm proses untuk trained ‘tomeitomeito’ kami ini untuk mengucapkan sayonara pada alam breastfeeding. Tapi jauh di sudut hati aku, ada juga rasa sedih. Why? Coz I really adore and enjoy the moment of breastfeeding her while she holding my hand. Satu rasukan rasa maha halus yang hadir di dalam diri…

Dek krn mata yg tak mau lelap, jomlah layan mata ini. Terkedip2, tengok ‘tomeitomeito’ dah kembali dgn aksi ‘kuak lentang kekenyangan’ manakala Incik Firdaus tercinta plak sungguh hebat aksi tidurnya, hmm..penatlah katakan baru balik dari kerja luar negerinya selama 4 hari itu. Luar negeri ya, bukan luar negara..hehehe…

‘Penyusuan ibu secara eksklusif’, uisshhh..memang aku tak pernah terfikir mampu melakukannya. Kerana suatu ketika dulu, aku adalah manusia yang ‘sangat gila kerja’, sanggup ‘bertunggu-tangga’ di officelah tahap dedikasinya aku ni. ;-) SEkarang pun tahap dedikasi masih sama u alls… ;-)

Bila ‘tomeitomeito’ was born at her 32 weeks, aku mengambil serius nasihat puan DR.

“Hanya susu ibu yang mampu menjadi imunisasi terbaik untuk semua bayi terutamanya yang lahir pra-matang.”

Itu pesan Paed’s, ini plak kata2 jujur yang mampu membunuh…

“Bayi pra-matang mudah diserang penyakit. Tambahan plak dalam kes anak U yang sorang kembarnya meninggal dunia di dalam perut. Kemungkinan jangkitan kuman akibat mayat kembarnya mampu merebak dan menjangkiti otak anak U yang lahir ini. Kalau ada kecacatan pada sistem saraf otak, itu semua hanya mampu dilihat selepas usianya setahun. Sebabnya, hal berkaitan saraf ini sangat rumit.”

Dush2! Aku kena tembakan yg tepat. Terima kasih DR, maklumat anda sangat bernas sampai aku rasa nak terduduk. Alhamdulillah, atas kekuatan yang Allah berikan kpd aku melalui renungan mata sayu ‘tomeitomeito’ aku gagahkan diri utk mulakan tugas sbg seorang IBU dgn hal yang positif dahulu. Aku nekad untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Dengan hati berkobar, selepas 2hari, aku mula perah susu. Lambat sikit sebab aku kan operation. Itu pun the next day lepas operation aku dah gagahkn diri bangun, yakinkan hati je sb tak sabar dah nak p wad paed’s tengok ‘tomeitomeito’ dlm incubator. Ohh, berbalik kisah perah susu tadi, aku diuji..susu tak mau kuar. Toksah kata 10ml, 1ml pun tak sampai. Ada kot beberapa titik. Time tu ‘tomeitomeito’ menyusu pun guna syringe. Disebabkan die lahir pra-matang, dia tak pandai nak breastfeed naturally. Lagipun dia tak boleh kuar dari incubator lama2.

Aku tak putus asa, ikut nasihat nurse. Setiap 4 jam, muka aku dah tersembul kat bilik perahan susu. Naluri keibuan dan emosi yang berkecamuk, aku pun nangislah bagai budak kecik bila melihat perbandingan susu aku dan ibu2 lain di tempat simpanan kat PPUM itu jurangnya sgtlah besar. Alhamdulillah, di PPUM, ada kumpulan penyusuan ibu. Jadi, sorang nurse tu pun ajarlah aku teknik penyusuan yang betul dan cara membantu menggalakkan kehadiran susu melalui urutan dan tuaman. Kata nurse, disebabkan anak aku lahir pra-matang, badan aku sebagai ibu juga belum benar2 ready utk mengeluarkan susu. Justeru, rangsangan adalah perlu, positif, dan jgn berputus-asa. Nurse advise untuk lakukan urutan pada payudara setiap kali sebelum memulakan perahan atau penyusuan ibu. Tuam di sekitar payudara juga amat membantu. Selain nasihat nurse, nasihat org2 tua pun aku ikut dlm membantu memperbanyakkan susu. Contohnya, makan ulam pegaga dan juga lobak putih.

Lain-lain yang aku amalkan:

  1. Makan makan seimbang untuk menjamin kualiti susu.
  2. Minum susu dan air suam yang banyak.
  3. Jauhkan kaffein (yang ni part yg sgt2 susah sb aku adalah coffee addicted ya..). Ini kerana menurut kajian, kaffein boleh mengganggu penghasilan susu.
  4. Sentiasa cuba perah susu setiap 4jam sekurang-kurangnya bagi mengelak susu kurang. (Yes, ini part paling aku struggle terutamanya bila ada tugasan luar. Kdg2 dalam kereta pun boleh jadi port perah susu. Orang bwk satu beg p keja, aku siap 2,3 beg kekadang tu…)
  5. Jangan stress! Ini paling penting…

Apa yg dpt aku katakan, saat menyusukan anak adalah saat paling indah. Saat itu ibarat ubat penenang yang tak mungkin ada tandingannya. Aku sendiri tak pernah terfikir yang aku mampu melakukannya. Aku ingat lg azam utk menyusukan anak sendiri, pernah dpt pelbagai pandangan negatif sesetengah ‘org2 lama dalam keluarga’.Pandangan diberi krn aku org yg bekerja, kalau dlm pantang pun tak ajar susu botol, macam mana nanti bila dah kerja. Alhamdulillah, akhirnya ‘kedegilan’ aku direstui dan akhirnya diberi galakan padu. Mak pun dah sampai pandai cara-cara nak mulakan penyusuan dari susu stok yang ada.

I would never imagine me doing this, but I do it for the sake of my baby. To see her now, healthy and happy, is the best ‘anugerah’ above all. Thank you so much ALLAH…

Al-fatihah juga buat anak yang dirindui....

8 OKTOBER 2010 (2 Hari selepas her born day)

Bapak gigih berusaha..TQ so much!
at her 3-months old, a visit to DR every month

at her 4-months old..wave to the camera

at her 8-months, our first attempt of bringing her for a holiday, at A'Famosa Resort, Malacca
following ibu to work- At Sg Petani

Thursday, May 31, 2012

Kisah Pisang & Budi....


"Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati…"

Ohh, ini bukan kisah nak buat stand upper yang kaya peribahasa macam Mr. Karam Singh Walia..tapi sekadar lontaran fikiran di pagi hari. Sesuatu yang telah lama sangat terpendam di kepala ini.

‘Hutang budi dibawa mati’, begitulah budi disanjung kala zaman mak ayah kita dulu. Itulah gambaran betapa tingginya hutang budi atau lebih tepat pertolongan sesama insan atau saudara sesama Islam. Sikap bantu-membantu yang digalakkan di dalam Islam dan tentunya hanya Allah yang Maha Agung yang layak memberi hisab baik dan buruk, ikhlas atau sebaliknya pada setiap budi yang ditabur oleh hamba-NYA.

Tapi, manusia kini…menabur budi juga untuk dibalas, menghulur bantuan juga untuk dibalas. Kadang hingga aku terfikir, kenapa semakin hari semakin hilang nilai santun dan budaya? Kenapa semakin hilang rasa syukur dan ikhlas membantu sesama manusia. Kadang-kadang sesama keluarga atau adik-beradik pun semakin banyak ‘budaya berkira’? Tak teringinkah untuk budi yang ditabur, dijadikan bekalan hatta sedikit di akhirat nanti, atau manusia sekarang lebih selesa membudayakan amalan ‘ungkit-mengungkit?’…Renung-renungkan.. dan sesungguhnya peringatan ini untuk aku juga…

AKU: Aku bukan baik2, tapi aku ingin terus usaha menjadi lebih baik, maka aku pohon semoga HATI ini masih terus ada keikhlasan dalam mencari redha Allah..agar setiap sesuatu yang dilakukan membuahkan hasil yang baik2 juga…Ammmmiiinnn….

Jom Makan Pisang... ;-)

Sunday, May 6, 2012

Makanan bewarna hijau...? Jom share resipi Kek Pandan Mudah dan Kuih Cara...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebenarnya dah lama sangat tekak ni macam mengidam...uppss..bahaya guna kosa kata 'mengidam'..hehehe..teringin nak makan Kek Pandan. Petang semalam dengan jiwa yang kental, maka diri ini pun mengajaklah Incik Daus untuk mencari daun pandan di pekan Tanjung...jumpalah dekat apek yang berjualan depan kedai mi rebus hebat di Tanjung tu. Dua ikat yang merimbun tu dijualnya RM 1 je..sangat murah kalau nak dibandingkan dengan Shah Alam.

Maka dengan hati yang girang, daun pandan pun ku bawa pulang..lalalala! ;p

Selepas je rancangan MANIA malam semalam, dalam jam 10.30mlm, di dapur sudah ku proses bahan2nya. Syukur alhamdulillah, si kecik sudah tidur, kalau tak, baking with Arissa la jawabnya. Ok, ini bahan-bahan utk buat Kek Pandan ye tuan2 dan puan2..hehehe..

Bahan-bahan:

10 helai daun pandan (dikisar, kemudian tapis dan ambil patinya sahaja = 1 cawan pati pandan)
1 cawan pati santan
4 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
4 biji telur
13/4 gula
sedikit pewarna hijau (dalam beberapa titik dahlah..)

NOTA: Mulakan dengan memukul telur dan gula. Untuk elak kek menjadi 'kembang' atau 'bantat', pastikan gula dan telur dipukul sehingga gula hancur betul tau..

Cara Membuat:

1. Bila gula dan telur dah ok, masukkan plak santan dan pati pandan tadi. Titiskan sedikit pewarna hijau.
2. Dalam masa yang sama, tepung dan baking powder tu, dah diayak ya. Masukkan secubit garam utk kasi rasa lemak2 gitu..
3. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan cecair tadi. Sambil masukkan kena terus memutar, so kalau ada assistant tolong tuangkan tepung ni lagi baiklah...
4. Ohhh..oven jangan lupa nak dipanaskan..suhu 180darjah, api bawah saja..bakar nanti selama 45minit.


Inilah hasilnya..tarrraaa.....!!


Lebihan dari air pati pandan yang dikisar tu, dijadikan pula kuih cara manis di pagi ahad yang indah ini..boleh juga dinikmati oleh si kecik. Kalau nak diikutkan ramuan bahan-bahannya hampir sama saja. 


Kuih cara home made...

Wednesday, May 2, 2012

L.O.V.E

                                                            

Live Life with LOVE!!!!


                   
" LOVE one another and you will be happy...
It's as simple and as difficult as that..


LOVE is the music of the heart and marriage its most joyful song...."














Happy 4th Anniversary...Yes, he is improving, at least now he learn how to make surprise.. ;p









-US-







Erny & Firdaus..... 

Thursday, April 19, 2012

Barang baeeeeekkkkk punya...upppsss... ;-)

Ini kisah tentang keinginan yg luar biasa..yang jarang2 sgt org tau mengenainya, apatah lagi utk terserempak dengannya. Pehhh...memang susah betul nak dapat benda ni. Ceruk rantau dicari, malah ada pun ikut musim. Tapi Cik Teru Teru Bozu ni mmg 'gian' sungguhlah kat ini benda..hehehehe...cer tengok apakah ia...




Generasi Y of course takkan kenal ini makanan..errr..not to say that I am no longger G-Y..hehehe... ;p

Menu inilah yang ku idamkan time mengandung dulu. Malangnya lokasi menu ini gagal dikesan hatta di pasar besar Ipoh sekali pun. ;p Dulu masa tinggal di Dato' Keramat Penang, Cik Teru Teru Bozu punya mak long selalulah pesan sama Amoi dekat pasar penang tu utk simpan menu ini. Tapi sekarang memang payah nak jumpa. Sampai dah habis bersalin, akhirnya dapatlah makan ini menu. Huh, mujur si kecikku itu tidak meleleh air liurnya (kata org tua lah, kononnya anak yang mengidam..tp jgn percaya sgt tau..).

Hinggalah satu hari, pulangnya My Incik Daus dari kerja luar daerahnya, dia kasi kejutan dengan menu ini yang di bawa pulangnya nun dari sebuah kedai makan yang letaknya di Bertam, Tanah Besar..hambeeekkk..sebungkus penuh dia bawa balik. Kata My Incik Daus dengan loyar buruknya, "Everything for you My wife.." ceh..ceh..ceh...propa sgt!!!

Anyway, sebungkus penuh harganya RM 10. Still tercari2 jawapan di kotak misteri? Baiklah wahai rakan taulan...ini namanya ...


TELUR IKAN DURI (atau ada yang panggil ikan plotan..errr..ikan yg ada misai tu..hahaha!)


Wednesday, April 18, 2012

Assalamualaikum and hello my dearest frenz...

Aduii..udah bersawang rupanya blog ku ini..ciannyer dia..phewww...kasi tiup sikit bagi bersih..Sungguh, it has been very long time since my last entry. Reason why? "SAYA SANGAT SIBUK", yes it sound cliché to the people who really known me .. ;-)

Banyak yang berlalu dan berlaku sepanjang tahun 2012. Yang utama, I am move on to my new career path. Saya sudah ucapkan selamat tinggal kepada title 'JOURNALIST' dan memegang kecintaan tugas yang baru. Walaupun sejujurnya, meninggalkan bidang kewartawanan itu membuatkan hatiku sedih sangat.. 'Saya rasa macam putus cinta pertama'..this is the actual statement that I told to My Incik Hubby..tapi dalam hidup, kita tidak boleh tamak. Kita tak mungkin mampu memiliki segalanya secara total, 100% sempurna. Jadi kita harus buat pilihan dan yakinlah jika kita ikhlas ALLAH akan memudahkan segala urusan. So I decided to choose to 'migrate', wahhh..statement mcm pindah jauh over the sea...hehehe..kembali ke tanah asal je diriku ini, IPOH..atas permintaan My Incik Hubby yang sgt risau untuk membesarkan anak di ibu kota..katanya, padang untuk anak-anak bermain semuanya tak ada. Jadi anak-anak akan hilang nikmat main lepas bebas di padang, lari2, main layang2, main bola. Nampak gayanya idea kreatif My Incik Hubby sudah pun didengari malah didramakan, apakah namanya drama itu.."Selamatkan Padang Kami"... ;-)

Sila layan promo picture di bawah...


Pinjam sat dari: www. gua.com.my

Selain My Incik Hubby, of courselah, my mum yang paling banyak melobi untuk aku berpindah balik ke bumi Ipoh ni..Jadi, demi suami, mak, dan kebaikan anak..maka aku pilih untuk kembali meneruskan pencarian rezeki di Ipoh. Meninggalkan kecintaan yang sgt dalam pada dunia penulisan untuk nikmat cinta yang lebih sempurna..Insya-Allah..

Jadi untuk recap segala KECINTAAN itu..inilah di antara hasil kerjaku selama 7 tahun di Kumpulan Media Karangkraf...











Untuk CINTA BARU, ya ALLAH, bantulah hambamu ini untuk menghadirkan rasa kasih sayangku kepada pekerjaan baru ini semoga mudah pencarian rezekiku...ammmmiiiinnn...

Please welcome myself to....












My Motivation...

FIND YOUR WAY


to get results...start with clear goals and the courage to follow where they lead you to...