Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, November 29, 2013

Tertunai sudah satu amanat....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...





Ini waktu angah konvo baru ni...end of last October, 26th if I am not mistaken...

Apa aku rasa...speechless...

Aku ingat lagi sebelum arwah Abah meninggal dunia, time tu angah tengah nak duduki SPM. Pesan arwah abah pada aku, "Apa jadi sekalipun dengan keputusan peperiksaan angah, abah nak angah terus belajar..."

Ya, time tu Abah dah kat hospital, setahun terlantar. Kejap masuk hospital dan sekejap keluar, begitulah rutin selama setahun. Dan aku masa tu, masih di tahun akhir degree. Abah pergi, angah lagi beberapa hari nak SPM dan aku plak tengah bergelut dengan final exam.

Bila result SPM angah kuar, I don't expect anything, sebab memang kalau aku jadi dia pun, tentu serabut. Hadapi exam waktu abah baru meninggal dunia. Fikiran dan fokus tentu ke mana hilang. Bila result keluar, average. Dan aku ingat lagi yang pada mulanya angah macam tak nak sambung belajar. Mula-mula tu dapat kat Kuantan. Beperang gaklah aku. Last-last Angah datang gak kat aku di Shah Alam, sehelai sepinggang. Adalah kot beg baju satu. Itu pun staff mak yang hantarkan angah ke station bus naik motor. Memang susah sangat kalau kenangkan waktu tu. Sebab mak tak boleh drive keta.

Aku masih ingat, time aku tinggalkan Angah kat KPM, Bandar Indera Mahkota...aku tak tau apa yang aku rasakan. Aku cuma cekalkan hati dan berdoa supaya angah boleh survive. Aku siap beli stok bekalan makanan sebulan kot kat dia time tu. Memang lawak gile. Aku yang pergi berkenalan dengan semua penghuni dorm. Siap pesan kat dieorang mintak tolong tengok-tengokkan adik aku. Sebab angah berbeza sangat karaktornya dari aku. Aku ni memang sedari azali cepat mix around dan asal belasah je mana boleh...

Bila aku hantar dia ke sana, apa pun tak ada. Jenuh aku carik tempat jual baju kurung, belikan baju ngan tudung buat pakai pergi kelas. Then mata tercelik-celik besar memerhatikan kat mana ada Giant ke, Mydin ke kat Bandar Indera Mahkota ni..yelah, baldi, sabun ke apa mak nenek yang lain..semua pun tak beli lagi...

But those days...hari ini..aku melihat segala keperitan itu pay off. Aku bukan jenis yang mudah tunjukkan apa yang aku rasa. Tapi hanya Allah yang tahu betapa hari ini, aku merasa satu kelegaan yang amat sangat. Sangat-sangat lega sebab amanat arwah abah dah aku langsaikan sepenuhnya. "Apa jadi, angah mesti belajar..."

Alhamdulilllah....terima kasih Allah...




Nanti giliran anak ibu plak ye...Insya-Allah....semoga dipermudahkan, semoga membesar menjadi anak yang baik, solehah dan sentiasa di jalan Allah...ammmiiinnnn......

Thursday, November 28, 2013

Jom Terokai Perak: Taman Rekreasi Gunung Lang Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ok, phewww!! sudah kembali ke realiti, hari ini sudah pun masuk keja semula. Sekejap je rasa kalau jadik 'leisure lady' ni...muahahah... *Berangan okay...*

Ok, mehla kita sambung kisah Gunung Lang dua hari lepas..

Info tentang tambang bot dan segala, boleh rujuk di link kat bawah ni ya...

GUNUNG LANG PART 1

So, kami pun dengan penuh gigihnya, naiklah bot untuk menyeberang ke sana...


See..see..muka dan aksi pelancong luar sangat dari kami...muahahah!

Cuma sesekali tengok pemandangan menghijau ni...alhamdulillah, lega sangat...


Kakak muka cuak masa mula-mula naik bot...

Awan membiru...subhanallah...ciptaan Allah..


Ok, kakak kat bawah ni dah ok skit..dah half way, dah mula excited, tanya itu dan ini...ya, kita serahkan tugasan menjawab segala soalan cepu emas itu kepada Incik Daus... ;p Biar bapak asah sikit skill bercakap...hahaha! 

Kata Bapak nak sedapkan hati:  Takpe, biarkan kakak tanya, sel-sel otaknya tengah berkembang.... 

Kata Ibu: Haaa..iyolah...tapi tiap kali anak soal, tiap kali tu la berkerut dahi nak mencari jawapan bernas...sebabnya aku dah pesan, jangan jawab loyar buruk ngan anak...bagi jawapan in full sentence..sebab memang betul pun at this age, otaknya tengah nak berkembang.... ;p




Muka ibu yang terlebih excited...hihihihi...pi ngan anak ni ada skit alasan nak buat-buat perangai cam gini...



Inilah the other side of Taman Rekreasi Gunung Lang ni..kita akan berhenti di jeti itulah...lebih kurang 30minit perjalananlah utk cross over..


Kakak macam biaselah..asyik dengan ikan..ikan..ikan...

Di bawah ini adalah gambar-gambar di seberang sana. Kat seberang ni, macam ada pameran rumah-rumah lama, adalah juga dibina macam rumah untuk burung, ayam belanda...kiranya haiwan-haiwan jenis beburung ni lah...ok la, utk anak umur 3 tahun, semua benda baru macam tu pun dah macam teruja..jenuh mak bapaknyelah nak sediakan jawapan lisan itu... :p









Kakak dah penat pusing...berhenti minum 'Oyaaa' dulu...sekali slurpp aje..memang dahaga sangat...

Kembali ke jeti..tunggu bot nak bawak kami balik....kalau kat sini, nak bawak anak-anak berkelah pun ok. Ada family tu aku tengok siap bawak tikar bagai, ngan bakul-bakul makanan semua..berkelah kat bawah pokok...syok je aku tengok...




 Ok, kami dah ready to balik umah...hmmm, sempat gaklah kakak nak mainan..dapatlah bapaknya belikan teropong...tak paham aku, suka main benda2 macam gitu...


Amboii..kemain meneropong...jangan intai anak teruna orang udah ye nakkkk... ;p



Ok..itu sahajalah kisah jenjalan kami di hujung minggu di minggu bile pun aku dah xbrape nak ingat...hehehhe..

Tatatititutu....



Wednesday, November 27, 2013

Moments of LOVE #18: Di balik KL Tower...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kami yang gigih menjadi cute...hahahhaha...



Ginilah gayanya bila kakak dikelilingi sume orang yang suka bergambor...hehehheh....

Tuesday, November 26, 2013

Jom Terokai Perak: Jemput Ikan Makan kat Gunung Lang...heheheh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Weeehooo..sahabat2 yang budiman..aku sekarang sedang bercuti selama 3 hari...yeeeehhhhaaa! And now di Penang, ngekor Incik Daus keja...so melepak di bilik hotel saja kerana kemalasan mau kuar..jap-jap lagilah kot...sementara akses Internet yang sangat laju di sini, jomlah kejap kite menghapdate blog ini..masih terlalu rasenya story2 yang tertunda siarannya..gitulah...tapi Insya-Allah, akan aku usahakan berkongsi dengan semua..sharing is caring..kan..kan..kan... ;p

Ok, Sabtu dan Ahad adalah masa untuk kami bertiga. Selalunya Sabtu barulah Incik Daus ada kat umah..sudah kejanya sebegitu, terpaksalah aku ngan 'kakak' cuba memahami..hehehe..so bila Incik Daus balik hari Sabtu, biasenye aku akan biarkan dia habiskan masa banyak skit ngan kakak...dan tiap kali balik, sure mukanya serabut aje..dah xkuasa dah aku nak bising2 soh cukur janggut..bila anak dia xmau cium pipi sebab gelikan janggut tu, barulah cepat skit die nak pi cukur janggut itu...

Ok, ini acara selingan beberapa weekend yang lalu..actually tak plan pun. Cuma setelah jenuh berfikir apakah acara terbaik untuk dibuat bersama....

*OK..SIARAN TERTUNDA JAP..SEBAB TETIBA INCIK DAUS SAMPAI, AJAK PI MAKAN....LUNCH TIME..MALAM SAT GI, KITA SAMBUNG NAAA....*

Baiklah..udah jam 6.30 p.m..pewiiittt..lamenye p lunch...muahahah! lepas lunch td bwk kakak pi main kat dalam sunway carnival mall tu..ok, kite sambung entry tentang Gunung Lang ini. Aku kali pertama dan terakhir ke Gunung Lang ini adalah zaman belajar kat UiTM dulu,time tu pergi sini sebab nak ambik gambar utk subjek fotografi..lepas tu tak adalah pergi2 pun..so sebabkan kakak asyik dok mintak nak bagi ikan makan, nak bagi ikan makan..so kami pun decide untuk bawak kakak ke sini...


Ini pemandangan dari pintu masuk. Taman Rekreasi Gunung Lang adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak,khususnya di Lembah Kinta. Perak kan banyak kawasan gunung batu kapur...Jajaran Gunung Lang  terletak di utara Bandaraya Ipoh dan ianya boleh di masuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar.

Ini aku bagi sikit info tentang harga tiket...Gunung Lang ni ada dua kawasan. Kalau sekadar nak jalan-jalan di kawasan sebelah sini, tak payah bayar pun. Cuma kalau nak seberang, kenalah naik bot. So, ini harga dan waktu operasi bot ya...



Sementara tunggu Incik Daus beli tiket siap-siap, jomlah kita lekakan diri dengan pemandangan di sekeliling Gunung Lang ni...


Ini pemandangan sekitar 10.30 a.m, pagi yang cerah...pemandangan menghijau...subhanallah...



Bot bawa penumpang adalah seperti di atas. Kita akan seberang sampai ke sebelah sana, yang ada nampak sayup-sayup macam jeti di hujung sana tu....

Kita mulakan dengan bagi ikan makan dulu ya...tunaikanlah permintaan si kecik ni. Beli makanan ikan kat kaunter..murah je, RM 1 dapat sebungkus, banyak jgk...


Haaaa...berebut ikan ngan makanan...uhhh, kalau terjatuh kat dalam ni..mau kena serbu..dah macam pirana aku nengok...

Tapi kakak, sekali bagi segenggam penuh dia taburkan makanan....


Masalahnya...tak berapa nak sampai...hahahah..nengok la gambor kat bawah ni..lepas tu jerit-jerit soh bapak dukung...lawak sungguh...


Nampakla ni...siap gapai-gapai tangan soh bapak dukung...masalahnya bapak pun dah tak larat nak dukung dah semenjak dah besar-besar ni...hihihihihi....



Kat belakang kami ni ada jugaklah satu kedai makan..tapi menunya simple-simple jelah..oklah, kalau sekadar nak borak-borak santai sambil saksikan panorama tasik dan gunung... ;p


Ok..kami nak ke seberang sana...bot dah sampai ya...nanti kita sambung story of the morning glory lagi ya...sebab udah maghrib ni....kang Incik Daus marah.hehehehe...tumpang lalu ya kengkawan....

Nanti kita sambung okay...tatatititutu....


Wednesday, November 20, 2013

Moments of LOVE #17: I am a ROCK STAR!!!...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hihihihi..nak tergelak aku menengok gaya posing si kakak ni...kemain lagi dia...






Dialog Bapak Dalam Hati: Janganlah patah spek mata aku ni..  *****

Muahahahah!

Tuesday, November 19, 2013

Jom Makan Best di Kedah: 'Mengeteh' dan 'Mengopi' di Kafe Roti Bakar, Alor Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kafe Roti Bakar, aku suka dengan konsep yang ditonjolkan. Hanya menampilkan menu yang ringkas tetapi pelbagai, menjadikan ia satu destinasi santai yang sangat sesuai untuk anda menikmati minum petang atau sarapan. Suasana kafe yang berinspirasikan seni reka kayu dan klasik sangat serasi dengan ciri 'kopitiam' moden.

Ini sebenarnya kali pertama kami ke sini. Akulah yang selalunya rajin meng'google' tempat-tempat makan menarik untuk dicuba. ;-)

Kafe ini letaknya tak jauh dari pusat bandar Alor Setar dan lokasinya di corner lot tepi jalan utama, memudahkan pencarian.




Beralih pula kepada menu yang ditawarkan, beraneka jenis roti bakar yang ada. Sampaikan aku naik rambang mata nak buat pilihan. Aku kan memang suka makan roti-roti ni, especially yang unik macam ni. Dulu masa duduk dekat Shah Alam, aku sukalah sangat pergi ke Toast Box kat Sunway tu..memang sangat teruja bila jumpa kafe ini masa balik Alor Setar hari itu.

Ini di antara menu yang sempat aku snap dari menu book...



Ini baru menu dari dua mukasurat je, macam-macam kan...

Kami datang ke kafe ini untuk sarapan pagi, jadi taklah order macam-macam sangat...ini antara menu yang dicuba kali ini..


Chocolate Thick Roti Bakar..memang sangat terbaiklah bagi penggemar coklat macam kami anak-beranak...siap ada ditabur serbuk koko lagi kat atas tu...roti dia pun jenis nipis, bila dibakar jadi rangup-rangup...


Banana Nut Roti Bakar...ini memang kesukaan aku kat mana-mana kafe yang tawarkan menu ini...roti bakar disapu mentega kacang dengan diletakkan hirisan pisang nipis di antaranya..sedap sangat...


Roti Bakar Telur..kalau kat Ipoh, ini namanya roti bakar goyang..tapi macam xjadi sangat roti bakar ini..sebab telur separuh masaknya cair sangat....

Kalau makan roti bakar di kafe yang berkonsepkan kopitiam ni..tentulah kena minum White Coffee..pekat kaw-kaw...umppphhh!!!


Dah puas kita disajikan dengan gambar-gambar makanan, apakah yang sedang berlaku dengan rakyat jelataku...hehehhe...


Kemain melayan kartun dua-duanya pun...ini sementara tunggu makanan sampai..minum dulu...


Cuba lihat betapa kakak sangat menyukai roti bakar coklat ni...


Siap menjilat lagi coklatnya...layan...


Haaaaa..habis mulut sampai comottt....

Bagi anda yang nak dapatkan maklumat lanjut tentang kafe ini atau yang nak tau mana lokasi-lokasi yang lain, mungkin anda boleh dapatkan maklumatnya di sini...


Untuk yang nak singgah di Alor Setar, berikut adalah lokasinya....dan kafe ini mula beroperasi jam 10.00 pagi.

Kafe Roti Bakar
274 &275, Lorong Peremba,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
05050 Alor Setar,
Kedah.
Tel: 04-771 7757