Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, September 30, 2014

Kisah Kakak dan Bapak: Syoknya Makan Coklat Choki Choki!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Huh..banyak betul kerja hari ni..berpinar mata aku. Masuk opice je pagi tadi, terus cargas pergi meeting. Then balik je, hadap plak checklist untuk dua event coming soon ni..then kalut plak amend proposal satu lagi event. Pendek kata, dari Oktober sampailah Disember, bersahut-sahutan event nak dibikin...uhukk...uhukkk...

Then, tengah sibuk yang amat sangat tu, dapatlah gtalk dari Incik Suami Tercinta...aku copy paste aje apa yang Incik Daus antar..aduii..terbahak-bahak aku gelak..inilah gayanya bila bapak kena jadi baby-sitter...


Bapak: Kakak, tolong bawak angkat beg sama nie. 

Kakak: Bapak, kakak kan dah bawak barang hugak, nie ha choki choki".

Bapak tertunduk akur sambil tutup pintu keta.

Kakak pun melangkah masuk kerumah sambil makan choki choki idaman kalbu

Kakak: Ermmm, sedapnya choki choki nieeeee. boleh beli untuk kawan-kawan. 

Lagi sekali bapak tertunduk sambil geleng kepala.

Hahahha..comel plak aku rasa dua beranak ni..memang gitulah..aku slalu cakap kakak dgn bapak ni, kalau borak dialog dieorang kadang-kadang macam drama alih suara tu punya translation...isk..isk..

Ni haaa budak comot makan choki choki...



Monday, September 29, 2014

SOGO! SOGO! Jom...jom shopping kat SOGO...aku suka je, kenapa ko x suke ek?? ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hy anda-anda semua..apa khabar..semoga sihat hendaknye..aku cuti sabtu dan ahad baru ni, terasa sekejap sangat. Ermm..pernah ke cuti terasa lama pun kan? Hehehe..last week memang sangat-sangat mencabar minda. Terlalu banyak yang berlaku di awal minggu sehinggalah kemuncaknya pada Khamis lepas. Terasa emosi sangat-sangat tidak stabil dan memang aku terasa nak makan orang pun ada..tapi mujurlah hati ni boleh bertahan untuk rasional…

Sebelum aku berbicara lanjut…29.09.14..hari ni genap 11 tahun arwah Abah meninggal dunia..Al-Fatihah….semoga roh Abah tenang di sana dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman…Ammmiiinnn….

Dan marilah berbalik kepada apa yang aku nak tulis tu..actually, aku bukanlah orangnya yang suka melepaskan geram di media sosial atau sebagainya. Memaki orang pun, bukan aku jugak sebenarnya. Cuma kali ni aku rasa aku kena tulis jugak untuk meluahkan apa yang aku rasa. Dan kalau ‘yang berkenaan’ tu pun tetiba seronok nak menjadi Stalker membaca tulisan aku ni pun, lantaklah..bak kata Azwan Ali..”Why bother…why bother…” hahahaha…

Lately ni persekitaran kerja aku ni memang sangat tak best, keja aku memang best..tapi environment dia. Betullah kan, kejayaan sesebuah organisasi tu bergantung kepada nakhoda dia..kalau gagal mengemudi, memang abislah hanyut kelasi yang ada di bawah naungan dia. Dan lagi satu bila orang yang ada Phd.  Ni kan…ermmm kalau Phd.  tu as in doctorate aku ok lagi lah kan..tapi kalau stand for Perasaan Hasad Dengki..hmmmlahaaiiii..memang lah kan..rasa menyirap sangat… kalau isu kerja yang dijadikan benchmark, aku ok lagi, tapi kalau benda-benda remeh as in..tempat orang tu shoppinglah, jenama baju, beg, kasut orang tu lah..semua pun korang nak kecoh..memang lah nak ketawa berdekah-dekah aku rasa. Sorry to say, kadang-kadang orang yang dikedudukan tinggi ni, xsempat pun nak memikir mana nak shopping. Kalau sibuk, kadang-kadang aku ni memang shopping pun tak sempat. Bukan tipu, tapi realiti. Selalunya yang terjadi, kalau gi mana-mana, nampak baju yang berkenan…terus je rembat, rasa-rasa muat..terus je gi kaunter dan bayar. Aku bukan ‘branded person at all time’ but I do sincerely shop for some branded items..let say, kasut, beg dan jam. Benda-benda yang pada aku memang kita nak pakai lama kan. Tapi selalulah berbelanja ikut kemampuan, janganlah sampai berhutang-piutang atau sampai sanggup nak pinjam duit mak segala kan..kalau takde, duduk jelah diam-diam ko kat situ kan. 

Macam baru ni..adalah mek sorang kat office ni, sebar citer agaknya as in aku ni gila sangatlah suka benor shopping kat Sogo tu..tapi pada akulah..kalau iya pun, so what? Aku pinjam duit ko ke dik oiii? Btw, barang-barang kat Sogo tu pun bukannya jenis harga macam Kedai 2 hengget tu..kalau sale, iyalah..murah lah jugak, but still..kalau takde duit, tak ada jugaklah kan istilah ‘SHOPPING’. Be realistic, ko ingat orang yang tak mampu ke shopping kat Sogo tu…tak da maknanya! Nampak sangat kan yang bercakap ni, orang yang ‘culture shock’..tak pernah pun tahu kehidupan kat KL ni macam mana..baru je dapat ulang-alik KL lebih dari lima kali setahun…dah macam ko ‘HAFAL’ sangatlah kehidupan kat KL tu..kesian sangatlah kan.. Sogo tu aku dh start shopping situ dari zaman belajar lagi, dari zaman memang Empire Gallery dengan Pavillion pun tak naik lagi kat KL tu dik..dulu Sogo tu memang ‘A’ dah..sebelum Jusco ke AEON wujud lagi..tu..yang ada dulu tu..Hankyu Jaya semua tu..kalau dulu orang sebut memang femes pun tempat-tempat tu..Sungai Wang, Bukit Bintang…few years ni la, baru ada new shopping mall in the list as in Pavillion dengan Empire Gallery..so tak payahlah nak ejek aku sangat kan..ejek plak tapi belakang-belakang..ko dah tunggu orang tu menapak jauh skit, baru nak ejek-ejek. Memang aku suke beli set cadar dengan pinggan mangkuk time warehouse sale dekat Sogo..so ko kenapa sakit hati? At least, aku ada rumah sendiri, katil sendiri dan set pinggan mangkuk sendiri..bukan menumpang orang lain punya kesenangan. By the way girl, your attitude was so not like a corporate people..itu maknanya dik, kalau baju ko sehelai 2,3 ribu pun..tapi kalau ‘OTAK’ ko tu harga tak sama dengan harga baju..so please..please not judging others by their outfit or the places that they went to shop. Orang tak jaja citer dia beli baju jenama apa, shooping abis berapa ribu..sebab orang tak nak riak..ko paham tak?

Serius aku tak paham dengan orang yang merasakan cerita-cerita dalam telenovela tu semuanya betul 100%. Orang yang kerja corporate sector dan pangkat bos2 ni, kenalah 24jam pakai kot..kasut 2,3 inci all the time. Wake up lah wahai cik adik oiii..the reality is the bosses hanya akan pakai longue suit lengkap tu bila ada formal function or attending formal meeting. Kalau tak, takdelah si Tony Fernandes tu rileks je sarung topi almost all the time compare to a necktie or a coat. Pandai-pandailah orang nak sesuaikan keadaan.

Lepas tu last week, rasa hangin je jugak..sebab tak pasal-pasal nama baik aku dicemari. Dan kepada yang berkenaan jugak, yang kononnya..ooo..kita kena dengar cakap dua belah pihak..jangan mudah percaya..tapi hakikatnya..memang itu pun lah yang korang buat. Aku taklah keji untuk mengambil tindakan yang boleh merosakkan masa depan orang lain atau menganiaya orang..tapi aku rasa aku pun xperlu explain my decision if you all pun judge me without asking kan…again.. Why Bother…hahahahha! Korang ni.. cemburu sangat dengan aku ek..aku ni hebat sangat ke yang sampai korang kena bermesyuarat panjang lebar untuk kenakan aku ek? Kesian sangatlah wei..coz aku berpegang pada pesanan Prof. Dr. Muhaya..dulu pernah interview dia, sebelum dia femes mcm skrang lagi..pesan Prof. Dr. Muhaya..in whatever situation, always remember..

ALLAH, CEO Hatiku… ;-)

Anyway, kawan-kawan..sorry for this entry..terasa macam mahu luahkan perasaan… fuhhh..lega…
Now..jom nikmati…A&W Float ni…gerenti sejuk sampai ke usus perut…hehehheeh….



Thursday, September 25, 2014

Resipi: Bingka Labu Lemak Manis Yang Sangat Mudah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai anda semua..apa khabar??? Ewah..macam intro rancangan masakan sangat kan..hihihii...hari ni chef amatur ni nak share satu lagi resipi buat tatapan anda semua. Cara penyediaannya semudah A,B,C sahaja..tak sampai 15min mengadun bahan, dah leh masuk oven dah. Betul..ahkak chef tak tipu punyalah.. ;-)

Actually resipi ni, mulanya dicuba sebab di dalam fridge ada labu. Terbeli sebab dah lama tak makan labu dan sebab terpesona dengan warna kuningnya yang sangat memikat kalbuku..hehhee...over kan? Then buat masak lemak labu skit, sambil dihati berniat nak buat jugak apa-apa jenis manisan dari buah labu ni. So google la kaedahnya..dan terpesona dengan resipi dan hasil bingka ini dari blog Kak Yatie Memmories Sinar Kehidupanku dan juga dari Kak Nor Secubit Garam. Resipinya sama dan memang nampak mudah sangatlah. So, aku pun lepas masak makan tengahari, cepat-cepat sediakan bahan nak buat bingka labu ni. Niat dihati, nanti sambil makan tenghari, bingka ni dah selamat dalam oven. So bila dah masak, sementara nak sejukkan, sempatlah menyampai ke minum petang. Kiranya bajet masa konon ngam-ngam cantiklah...gitulah isteri-isteri ni. Dari masak breakfast, dah fikirkan menu lunch..dari lunch, kepala otak ni dah mengarang menu minum petang.. ;-)

Jadinya, Kak Yatie dan Kak Nor, mohon dishare resipinya juga hasil dari cubaan pertamaku itu...

Bahan-bahan yang diperlukan..



2 biji telur
2 cwn santan (Kak Yatie dan Kak Nor guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je, tapi aku memang betul-betul masukkan 2 cawan pati santan, memang saja nak bagi berlemak..)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi (aku gunakan butter)
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

* Aku tambah satu sudu kecil pewarna kuning telur supaya warnanya lebih terserlah. 



Ini labu, setelah dibuang kulit..direbus dulu ya..sebelum dilecek. 

Cara-cara membuatnya pula...

Panaskan oven. Aku gunakan suhu 180C, api atas bawah. Kepanasan suhu ni ikut oven masing-masing. Loyang yang telah disapu mentega tadi di panaskan seketika. 
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan. Aku campurkan semua ke dalam blender. Kisarkan. Senang kisah...hehhehe...
Tapis adunan tadi yang telah dikisar. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Aku tambah lagi 10minit, setkan api atas sahaja, sebab nak bagi bijan tu garing skit. 


Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.

**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati.. - Ini note Kak Yatie, so aku pun ikut jugaklah..nak juga rasa teruja...hehehehe...




Aku guna loyang 9inci. Sebelum dimasukkan bahan adunan, pastikan loyang ini disapu dengan mentega, senang nak keluarkan nanti.


Ini rupa sebelum masuk oven. Jangan lupa ditabur bijan ya...


Masa masak, bingka ni macam membuak naik sampai ke luar dari loyang. Ngeri aku tengok at first. Macam, alamak..jadi ke tak ni...tapi bila dah sejuk, size dia akan ok sama macam loyang.


Dah sejuk, mehla kita potong. Nampak x, dari sisi. Lembut je bingka ni..dengan serat-serat labu, manis-manis labu. Bau dia masa keluar dari oven, walllahhh!! Harum mewangi sangat...


Apa lagi yang lebih nikmat dari menikmati bingka labu lemak manis ini dengan segelas kopi o panas yang pekat kaw-kaw punya...hmmm...sedapnya!!!


Adeyyy..terasa-rasa plak kelembutan dan kelemakan kuih ini saat abis entry ini..aduiii..macam ada yang nak repeat buat jugak kuih ni... ;-)

Untuk anda yang ingin mencuba, Selamat Mencuba!


Wednesday, September 24, 2014

Jom Makan Best di Kedah: White Coffee yang pekat mantap... ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Nak story sikit, kisah yang dah berbulan berlalu..hehehhe..again, makanannya pun telah ku hadam dengan penuh kejayaan..ahaks! Jangan marah aaaaa… ;-p

Sebelum balik ke Ipoh, kami singgah kat satu mall ni, nama dia Pacific Alor Setar. Sajalah singgah, then mata ternampak ada Georgetown White Coffee. Aku suka jugak melepak kat Georgetown White Coffee (GWC) ni..suka dia punya white coffee dengan ketiau goreng dia. Kat Teluk Intan ada satu. So, marilah kita menyinggah untuk menambahkan lagi kegebuan badan masing-masing…ohhh noooo!!! No, no pun, kaki laju je kan melangkah masuk..

Kat sini, lagi besar restoran dia. Aku suka décor dia, macam lama-lama skit..gunakan konsep kayu gitu.

Meh kita mulakan mukadimah dengan penayangan menu book dia dulu…



Hmmm, kakak pun sibuk jugak nak satu menu book…nak jugak pilih menu sndiri kan..bagi jelah..
Sempat nak posing jugak…tengok décor blakang kakak ni..simple je kan..






Ni antara variasi menu yang ada kat sini..menu lebih berkonsepkan yang mudah dan ringkas..kata kopitiam kan..







Incik Daus dengan air jus apple dengan ambra ke ape ntah..dia kan suka air masam-masam macam tu.


Untuk aku, of course la Georgetown White Coffee dia..


Buih-buih dia yang mempesona..ewah! Pekat, tapi tak manis sangat..aku kan caffeine addicted skit..


Ni plak menu ketiau yang aku suka tu..dia simple aja..aku suka, sb taklah rasa khayal bila makan…ad eek makanan buat kita rasa khayal..hahahha! Macam makan dadah plak aku ni…lantaklah ek, aku pun tak tau nak citer camana nak bagi gambaran…




Incik Daus plak order bubur..macam-macam bahan sampingan bubur ni...

Oklah makan kat sini..nak expect fancy sangat pun taklah..as I said Kopitiam kan..tapi untuk penggemar kopi macam aku ni..aku suka aje menyinggah tempat-tempat macam ni...

Mehlah kami akhiri dengan wajah keceriaan kami..hehehe..ceria ke? ;p


Jumpa lagi muka kami-kami ni di lain entry ye... ;-) jangan jemu tau..ahaks! 

Tuesday, September 23, 2014

Mak ni bodohlah!!! ;-(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

“Mak ni bodohlah!”, ya..memang itulah ayat yang menangkap telinga aku awal pagi tu waktu kami berhenti solat Subuh di salah sebuah R&R. Waktu itu kami dalam perjalanan ke Kuala Perlis. Pagi Sabtu, aku dengan kakak mengikut Incik Daus yang outstation ke Pulau Langkawi. Tapi kami tak masuklah ke Pulau Langkawi, sebab perginya pun sehari je. So kami stay di area Jeti Kuala Perlis sahaja. Cerita tu, nanti aku ceritakan ya..Insya-Allah.

 Berbalik kisah tadi, waktu memasuki rakaat akhir, aku rasa sedikit terganggu dengan suara si anak dan ibunya yang ingin mengambil wuduk. Bingit suara anaknya, mengarah itu ini sedangkan si ibu masih mendatar rendah sahaja suaranya. Aku cuba buang jauh-jauh gangguan suara tersebut dan fokuskan hati menghabiskan solatku. Sebaik sahaja selesai memberi salam, hati aku tersentak mendengar si anak memarahi si ibu.. ‘Mak ni bodohlah…!”..Astaghfirullah..terkedu aku. Aku berpaling sekilas, tak mampu lagi menahan hati hendak melihat gerangan si anak. Ya Allah, masih kecil lagi..adalah rasanya umur antara 8 atau 9 tahun jika ku lihat dari saiz badan. Aku tak tahu kenapa hati aku waktu itu, bukan rasa marah tetapi lebih kepada rasa belas. Waktu aku sudahkan doa, airmata menakung hebat…aku jadi sedih yang amat sangat. “Ya Allah, aku mohon kau berikanlah pelindungan buat anakku, semoga dia membesar menjadi anak yang baik, yang sentiasa lemah lembut tutur bicaranya…” Saat ini, memang meleleh airmata..tak tahulah kenapa hati terasa sedih sangat. 

Aku risau sangat kalau anak-anak aku tersalah pergaulan atau kami sebagai ibu bapa, tersalah mendidik. Melihatkan macam-macam perkembangan zaman sekarang, memang sangat menakutkan. Apa pun, aku tak mahu bersangka buruk pada anak itu..aku hanya panjatkan doa, semoga anak itu sentiasa di dalam Rahmat Allah…Insya-Allah…


Masuk kereta, tengok si kakak masih lena..rasa macam sayu aje..Ya Allah, bantulah kami menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak-anak kami untuk ‘saham’ masa depan kami..ammmiiiinnn… 


Kakak, ibu doakan supaya kakak membesar menjadi anak yang solehah..dunia akhirat..ammmiiinnn...


Monday, September 22, 2014

Kisah Kakak: Minat sangat dengan Power Rangers..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak borak pasal si kakak. Tentang minat dia pada benda alah ni...


Ya..kakak memang minat Frozen..suka dandan rambut dan berangan menjadi Elsa...kadang-kadang suka melayan lagu Jepun sambil menari..

Tapi kakak juga sukakan Power Rangers...berjangkit minat dengan Incik Daus aku rasa..suka sangat melayan Power Rangers..

Kata kakak, kakaklah Power Rangers Yellow...kakak ni hebat tau!...

Memang apa saja, kakak akan pilih Yellow..tapi untuk Power Rangers ni, sbab Power Rangers gugurl hanya ada dua warna kan..Pink atau Yellow..disuruhnya Ibu jadi Power Rangers Pink..dia tak nak plak kaler Pink..hmmm..sajalah tu sabotaj Ibu...



Inilah kakak...ye...kakak lebih sukakakan koleksi action figure dari koleksi anak patung Barbie...so leh imagine tak betapa aku selalu bertekak dengan kakak sebab tak kasi dia beli benda-benda ni semua...

Mungkin kakak macam aku kot...tak minat main gugurl2..aku dulu pun cam ni gakla..main senapang-senapang aje kerjanya..

Kakak..memang lasak..sesuailah dengan nama dia..Arissa=Kuat...hmmm...kuat semangat...alhamdulillah..semoga kekal kekuatan semangat tu time belajar esok-esok besar nanti ya kakak...

Ibu dan bapak sayang kakak...mmmuuuuaaaahhhhh... ;-)

Friday, September 19, 2014

Resipi: Sarapan mudah dan ringkas dengan Sosej Roll Dengan Keju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Roti Gardenia ni belinya konon sebagai stok makan malam, memang gitulah pun bila Incik Daus kena outstation. Malas nak masak, malas nak singgah tapau..semua pun malaslah. So before dia pergi selalunya aku akan pastikan ada stok roti dan biskut kat umah..buat makan malam kalau lapar.. tapi kalau suruh Incik Daus yang beli, dia sukalah sangat beli yang saiz besar tu..memang takkan abislah pun by the end of the week. Jadinya adalah di satu hujung minggu tu, tiga minggu lepas tak salah aku..baki roti ni, aku doklah fikir nak buat apa. Kena habiskan sebelum tamat tempoh kan. Nak buat bingka roti macam tak rajin sangat. At last, terbayangkan resipi Hotdog Cheese yang pernah ku lihat dari blog Wahida, My All..Hot Dog Cheese Roll 

Maka sepantas kilat, aku pun dengan gagahnya berjuang di dapur..hehehe..semangat perjuangan di dapur ni kena cepat time dah tau nak masak apa. Kalau semangat tu diperam, lambat-laun terus kuncup aje melayu..sat gi mau aje bekpes kat kedai mamak aje..ahaks! ;-)

So inilah hidangannya..



Meh kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan..


Roti (bilangan ikut sukalah ye..)
Keju (dibelah dua)
Sosej (Aku guna dua jenis sosej..separuh roti aku buat guna sosej blackpepper dari jenama Ayamas, satu lagi aku pakai sosej honey tu dari Ayam Madu tak salah aku…)
Telur (dipukul bersama sedikit garam)
Serbuk Roti
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat dia senang aje..mula-mula buangkan bahagian tepi roti tu..then tekan-tekan skit. 
Kalau rajin…tekan roti pakai penggolek tu, supaya nipis dan senang digulung.

Kemudian, potong keju dan sosej kepada dua bahagian. Sosej tu aku rebus dulu..sebab nanti masa gorengan tak lama kan.


Gulung dan kelimkan hujung roti tu..sapu skit kuning telur, nak bagi melekat. Ada juga yang gunakan bancuhan tepung gandum sebagai bahan pelekat roti.


Golek-golekkan roti dalam telur, sebelum digolek pula di dalam serbuk roti.

Panaskan minyak. Make sure panas betul. Minyak banyak jugaklah, deep-fried. Bila minyak dah panas, masukkan roti..dan angkat cepat. Takut garing sangat nanti.



Then, apa lagi…jemputlah makan panas-panas ya..cicah dengan Sos Cili Thai la plak..ermmm..memang syioklah kan…



Selamat Mencuba ya kengkawan… 


Thursday, September 18, 2014

Jom Makan Best di Pulau Pinang : Mee Udang Pak Ngah Sungai Dua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ok kengkawan..stand by, ada satu lagi tempat makan best bakal didedahkan...hahaha..hamboiii ayat tak menahan, dedah ye..macam nak dedah apa je kan..saja je bikin gempak sikit..

Tempat makan yang aku nak share kali ni, makannya dah lama, adalah kot lebih enam bulan yang lampau. Ni la baru sempat nak susun gambar semua...makanan dia pun dah hadam, barulah terhegeh-hegeh kan aku ni...ok, barang dilepas jangan dikenang, tengah rajin dan sempat ni, mehla kita update...tempat makan ni kami pergi time balik Kulim that day, ada kenduri kahwin family sebelah arwah abah..

Nilah kedai makan dia..dari tepi jalan pun boleh nampak.


Tapi tempat ni selalu penuh, memang bertabahlah kalau nak mencari parking...kalau secara landmark, lepas keluar exit Sungai Dua (dari hway utara selatan), kalau kita dari KL atau Ipoh, lepas keluar tol Sg. Dua, ambik kanan. Nanti terus je..then kedai tu tak salah aku sebelah kiri. Bagi sesiapa yang pandai gunakan teknologi..ni aku bagi map dia...



Dekat jalan ni, memang banyak kedai makan bertemakan mi udang. Tapi yang org kata paling best..kedai pak ngah ni la..so sinilah kami singgah. Pernah nak datang dulu, tapi time tu tak ada rezeki..kedainya tutup. Alhamdulillah, kali ni bukak...





Macam biasalah, bila dah datang sini, haruslah kita mencuba Mi Udang dia yang dikatakan syiok menyengat itu...

Naaahhhh..hambikkk...selambak udang dia, besar plak tu...





Ini mi udang special (udang laut)...harga dia memang aku tak ingat..tapi antara range rate RM7.50-RM 20..bergantung pada jenis udang yang kita pilih atau jenis hidangan..maksud aku nak mi udang biasa ke..atau special. Kalau mi udang biasa pun kenyang jugak..ada 4ekor udang dia bagi, saiznya boleh tahanlah jugak. Kalau sesiapa berkenan nak makan udang galah..pun boleh jugak order.


My Verdict: Ok, sedap..kuah dia pekat...tapi tak muak..abis sepinggan, terasa sengkak perut...hahahha...

Selain mi udang, kedai ni ada je jual makanan lain, goreng-goreng pun ada. Untuk si kakak kami order nasi goreng udang...



Then hati tertarik plak dengan sotong kangkung..so orderlah jugak. Sotong kangkung dia biasa-biasa je rasa kuah dia...


So pada sesiapa yang nak mencuba..silalah refer kat landmark yang aku bagi di atas tu ye... jangan segan silu..

Ok kengkawan..tatatititutu...