Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, December 23, 2014

Kesiannya wahai anakku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Sorrylah ya kalian semua yang ada mengikuti blog ni, aku lately ni memang jarang sangat ada masa nak mengadap dan menaip. Sebab terlampau mcm2 benda nak kena buat dan sangat letih. Balik rumah je, memang rasa letih yang amat sangat. Aku pun jadi tak sihat, dah dua minggu diserang ‘cherry berry’..ngan muntah2..badan berangin semacam..terasa nak pi berurut ni..

Tahun 2015, memang rasanya tak sempat nak fikir apa yang jadi..tup tup ni, dah terasa nak hujung tahun. Plan bercuti pun tak sempat. Hujung tahun ni ada dua kenduri sepupu. Dengan event opice pun back to back. Kalau dilihat keadaan aku skrg ni, memang rasa mcm tolak diri sendiri je.

Meh bagi nengok muka penat satuuuuu..sememeh je kan..jerawat bertaburan toksah cakaplah..lama dah tak jadik cam gini..

Muka pucat lesi...

Kesian kakak..

Pagi Jumaat last week, aku ngan Incik Daus cuti, sebab nak kenduri si Intan, sepupu aku tu. Kejutlah kakak awal. Kakak bangun ni, kalut2 tanya aku ngan Incik Daus cuti ke? Aku pun takdelah terasa apa..aku cakap jelah, ya, kami cuti.

Tiba-tiba kakak rasa excited ni, terus ambik beg sekolah kakak, terus g kat tempat baju dia..terus mengemas baju bawak masuk beg. Aku jadi confuse jap, tanyalah kakak..kakak, kakak kemas nak ke mana ni..

“Kakak nak pergi jalan-jalanlah, kan bapak ngan ibu cuti ni. Kakak kemas beg ni, kakak nak bawak baju mana lagi ek ibu..?”

Time tu..rasa macam dusssshhhhhhhh!!! Hati bagai ditusuk sembilu okay…Allah..kesiannya kakak…dah mula faham bahawasanya kalau cuti sekolah, ibu dengan bapak kenalah bawak jalan-jalan. Tak sampai hati sangat rasanya tau…

“Kakak, nanti ya, lepas kita balik Alor Setar nanti, ibu dengan bapak bawak kakak gi jalan-jalan ya..sekarang ni tak boleh lagi..kita kena pergi kenduri dulu ok..” sambil cakap tu, mata dah bagi signal kat Incik Daus, lepas ni tak boleh tidak, kena jugak ni bawak kakak ke mana-mana. Dekat atau singkat waktunya, takpelah, janji jalan.

Sedihnya..terus bawak kakak gi bekpes dulu…




Tahun ni memang tahun yg sangat memenatkan..ibu dengan bapak sorry ya kakak..ibu start planning dah ni..kita akan go somewhere tau early next year..Insya-Allah..semoga tiada tuntutan kerja yang mendesak sangatla ya awal tahun ni..sob..sob..sob..





Tuesday, December 16, 2014

Weekend kami Part 2: BERPERANG dengan pakcik O.K.U?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Haaaaa? Betullll kaaaa???? Iya, memang betul pun tajuk di atas…tapi bukan akulah, Incik Daus yang ‘berperang’, aku kat sebelah jadi tukang gelak aje..hehehhehe…Iyalah, hal orang lelaki, kita jangan campur sangat..betul tak?

Nak tengok ke muka Incik Dau bertarung nyawa dengan pakcik O.K.U tu?


Nak?



Hmmmm..



Meh kita tengok..dasyat jugaklah..bukan pakcik O.K.U tu kalah, sebaliknya Incik Daus yang mengetap bibir bagai menahan sakit…



Ni haaaaa…






Haaa…tu diaa…seksa je aku menengok muka Incik Daus…abis hilang kemachoan jambang tu…hahahha!! Pakcik ni urut rileks je..tapi memang berasa..Incik Daus hampir surrender la…jahat aku jadik tukang gelak sambil ambik gambor…memang ‘A’, lepas makan pi urut…mujur tak terkuor segala isi perut…





Pak Cik Urut ni kalau ada yang nak cuba, boleh pergi ke Giant Sunway, Tambun. Pakcik ni buka tempat urut dekat sidewalk sebelah Marrybrown. Kalau perempuan yang nak urut kaki, pun boleh..ada makcik yang mengurutnya tapi sebab aku ni pun jenis penakut nak mengurut, jadi tak adalah aku mengurut… hehehhe..


Sementara Incik Daus mengurut.. kakak melayan benda ni…




Balik, sambung main lagi...gitulah..tak main, sibuk nak tengok astro ceria lah, disney channel la..ibunya ni dah lama dah tak menengok siaran orang dewasa..nak tengok berita pun payah...



Gitulah berakhirnya sambungan kisah weekend kami…simple aje jalani hidup.. ;-)





Monday, December 15, 2014

Weekend Kami Part 1: Dating teh tarik….

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Aku dengan Incik Daus boleh dikatakan pasangan yang hidup ‘caca-marba’ la jugak…tau tak apa ‘caca-marba’ tu kengkawan? Hehehhe..kira lebih kurang definisinya adalah masing-masing sibuk dan kerja masing-masing pun jenis yang tak duduk setempat. Banyak berkejar ke sana sini dari duduk di rumah sendiri. Haaa..lebih kurang gitulah. Kakak memang most of the time dengan aku. 

Disebabkan aku pun diserang kesibukan yang amat dasyat dari bulan 10 hari tu, segala sesi hapdate blog memang sangat gagal dilakukan dengan pantas dan kerap...memang letih..balik rumah aje, terasa bantal dan tilam melambai memanggil-manggil..so cannnerrr? *sob..sob..sob..* in fact, ada dua plak kenduri kahwin cousin after this..huhuhu...so tahun ni adalah tahun tanpa holidays nampak gayanye... *sedeeeeyyyy ahkak.....* 

Mujur ada budak bam bam kesayangan hati ni...


Alhamdulillah...Aku ni selalu jugaklah kena pi merata-rata tapi alhamdulillah..sebab aku kebanyakannya kalau outstation pun jenis boleh balik hari. Tapi definisi balik hari tu yang jenis kuar sesudah subuh balik mencecah ‘midnight’. Gitulah lebih kurang. Incik Daus plak jenis yang kalau sibuk, ada gak mencecah dua minggu out station.  Selalunya kami akan cari juga masa untuk kakak. Kakak memang rapat dan manja dengan semua. Anak sulung, cucu sulung plak tu…hmmm..memanglah kan…



Bila ada masa weekend bersama, selalunya kami akan mulakan dengan ‘merempit’!!! 

Hahahhaha..takdelah..kami mulakan dengan mengeteh bersama…

Tinggi kan buihnya..gitulah tinggi kalorinya...hahahha..bantai ajelah...sesekali..ehhh..eh...ye ke sesekali ahkak oiii? kih..kih...kih

Bila cuti, macam segar je terasa kan nak bangun pagi…kalau time kena pergi keja, masya-Allah..bukan main semput lagi nak tinggalkan katil kan…hahahha! Ngalahkan kakak yang bangun nak pi sekolah je aku ni kadang-kadang kan…

Sesekali, saja jalan-jalan, santai-santai, naik motor…



Ready??? Out we gooooooo!!! To the moonnnnnn…eh, eh..to the mamak only..hahahha!

Takpelah, walau ke mamak je, tapi kami tetap excited..hahhaha…memang kaki berjalan pun kaedahnya..




Eiiii geram betul ngan budak bucuk machhhaaammm niiiiiii..ni la girlprenn forever ibu.. ;p

Tosai bawang…nama saintifik dia aku xtau..hahhaha…bantai jelah ek..


Si kakak kusyuk menghirup telur separuh masak…




Dan pemenang kategori sarapan pagi melampau, terlampau..ttteerrrllllaaaajjjjaaaakkkkk over….
Di menangi olehhhh…

Jeng…Jeng…Jeng…


Binti Amad Auuuusssss…. 




Hahhahaha…  *sebutan ala kakak…ye, bile org tanya apa nama bapak..dijawabnya nama bapak mula dengan ‘binti’ sekali…hahahahha…gasaklah kakak…*

Pagi2 dah mintak air kelapa..hmmmlahaaaaiiii....

Itulah rutin simple kami..janji happy, ye tak????

Friday, November 21, 2014

Raya Haji 2014.... *Baru nak hapdate* ....hehehhehe....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Orang semua dah habis dah borang cerita tentang Hari Raya Aidiladha, tapi aku barulah nak terkial-kial ni. Takpelah, janji cerita kan. At least esok-esok bila dah tua, dapatlah membuka kembali entry-entry lama dan baca sambil syahdu-syahdu kan..hehehe..over sangat!

Sambutan Aidiladha tahun ni besederhana je, kami sambut di Ipoh. Incik Daus macam biasa, bayangkanlah, lepas solat raya, makan-makan, posing-posing, terus kena pergi outstation. Ada problem dekat station. Sedihhhh…tinggalkan aku dengan kakak membujang. Nasiblah Incik Daus pergi hari tu aje, so esoknya dah balik. Nasiblah aku tak ambik cuti panjang ke apa, kalau tak mau slot Samarinda menghiasi perkarangan rumah..hahahha!

Pagi tu, lepas siap-siap semua..bertolaklah berhari raya di rumah mak. Ini menu pagi raya kami…


Lemang, Rendang Daging, Nasi Himpit dengan Ayam Masak Merah..Ayam Masak Merah ni memang masakan mak yang jadi peberet kami semua...makan ngan nasi tomato pun best gak ni...


Dan yang paling tak tahan, posing2..baju kurung kakak ni, aku siapkan jahit manik dalam kul 2 pagi u alls..gigih ni! Punyalah lama bertangguh, akhirnya berjaya juga aku siapkan.

Jom layan The Perakian Next Top Model ni.. ;-)  dengan pesanan, diharap jangan muntah…. Kih..kih..kih… 




Bukan main lagi si kakak..dirembatnya dengan cermin mata hitam bapak...



Wewiiitttt...



Gaya 'tegak berdiri' Incik Daus...


Jenuh si kakak soh bapak ubah pose..gitu jugaklah posing bapak...hahahhaha!


Masih sama kan... ;p 


Posing bapak masih sama walaupun dengan ibu....hahahha..kesian bapak, muka letih sebab baru balik outstation..ni lepas solat, makan-makan..terus cargas kena pi Teluk Intan..dedikasi tak suami ahkak... *NAAAAANNNNNGGGGIIIISSSSSSSS!!!*


Tapi takpelah..'I Still Lap U..."...hehehehhe...


Thursday, November 20, 2014

Nasi Goreng Senang dan Mudah yang amat... 5 minit siap!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hello Kengkawan…pernah tak ada masanya terasa macam teringin nak makan masakan mak kita time kita kecik-kecik. Masakan yang biasanya menjadi bekalan kita ke sekolah. Masakan yang ringkas tapi rasa puas sangat bila dapat makan. Macam tu jugaklah ngan aku. Ada satu hari tu, terasa teringin sangat nak makan Nasi Goreng Pecah Telur ngan tabur garam tu…aku tak surelah kalau u all pernah makan masakan ni..meh aku share gambarnya…


Simple je kan..sangat simple..itu pun aku rajin skit hiris kacang buncis. Kalau ikutkan resipi sebenar, nasi goreng ni memang ‘bogel’ semata..hehehhe…

Aku tak adalah nak share resipi bagai..ringkas yang amat. Apa yang perlu disediakan hanya bahan-bahan di bawah ni…



Mula-mula, panaskan minyak. Then tumis hirisan bawang, masukkan hirisan kacang buncis, masukkan air sikit je, then masukkan garam. Dalam bekas berasingan, pecahkan telur, pukul dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam. Masukkan telur, kemudian masukkan nasi. Gaul sehingga sebati. 

Siaaappppppp!


Wednesday, November 19, 2014

Kakak nyaris diserang demam denggi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hy u allsss...nampak gayanya kesibukan Mak Jemah ni masih belum berakhir. Sesiapa yang kejanya biasa buat event ni je yang tau betapa azabnya bila running an event..waaaa...rasa nak nangis sambil makan choc lava yang amat sedappppp..hahahah! Itu jugaklah di antara rahsia kenapa badan mengembang bagai di pam..pammmm..mana tak, asal stress je go for benda2 manis kan..

Lama dah juga semenjak sibuk ni, dapur tak berasap dengan penuh kejayaan..masak yang ringan2 je..yang mudah..dan yang paling mudah adalah menapau...ohhhh....apakan daya...balik pun dah malam.,,,

Btw, kakak plak khamis lepas..waktu aku balik tu..demam panas. Bawak ke klinik, xsempat sampai dah muntah-muntah. Habis satu kereta..dari depan ke seat belakang penuh muntah kakak. Mula muntah kat depan, then aku alihkan kakak ke belakang..muntah lagi. Check suhu, 39. Longlai lutut kejap bila doktor kata kakak suspected denggi. Mau tak lemah lutut? Incik Daus plak out station. Aku time tu dengan menggigil xmakan, dengan baju kurung kerja..kelam-kabutlah bawak kakak ke klinik,

Bila sampai ke klinik, sekali Dr kata suspected denggi plak. Hmmm..melompatlah aku. Antara sakit yang kalau boleh nak dielakkan. Doktor bagi ubat dan kalau suhu still tak turun jugak malam ni, esok nak kena ambik darah. Keluar je dari bilik doktor, aku dengan mak dah macam..bukan kot..rasanya bukan ni. Tapi sebelum melarat, marilah mencegah. Balik rumah memang bersilatlah bagi kakak makan ubat. Lepas tu paksa kakak minum air kosong banyak-banyak. Buatkan kakak sup ketam. Check suhu kakak setiap 4jam. Memang nak elaklah kena demam denggi ni. Kejap-kejap aku belek badan kakak..ok, kompem takde bintik merah-merah.

ala cian..cian..anak bucuk ibu ni...

Esoknya, suhu kakak, 38.2, then 37.8..so masih monitoring. Incik Daus pun gegas balik. Sebab aku sangat-sangat sibuk dan sangat-sangat tak leh berkejar-kejar. Nanti takut aku plak yang pitam tengah jalan..so bila Incik Daus balik, legalah skit...

Now alhamdulillah..kakak dah sihat..lega sangat-sangat. Memang akulah ibu yang sangat fobia dan panic bila anak tak sihat..sebab aku dah tak sanggup menengok time sebulan kakak kat hospital masa kecik dulu...

Gitulah celotah ahkak di petang hari ni... nak balik peluk si kakak.. ;-)



Tuesday, November 18, 2014

Sibuk ke..ke buat-buat sibuk? ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku rindu gila nak menulis kat blog ni, rindu nak tulis dengan penuh kreatifnya dan mengikut gerak hati.. *errrkkk..kreatiflah sangat..hahhaha*..

Tapi aku seddddiiiiihhhh…keja banyak sangat..letih gila… tulis benda-benda yang serius aje..fiiitttaaaaammm….wargghhhh…tetiba terasa nak makan eskrem…hehhehe…

Anyway, Alhamdulillah..aku baru je selesai dua event..dan ini salah satunya yang aku sibukkan bukan berhari tapi berbulan jugaklah…huhuhuhu…tak payahle nak citer details sangat ek.. I just want to keep my working profile to privacy…hahhaha! Statement yang bukan main poyo dari ahkak Mak Jemah…







Begitulah life ahkak Mak Jemah sepanjang menyepi dari blog ini...balik umah je, dah nampak bantal aje melambai-lambai...letih fikir dengan letih fizikal sangatlah letih..

Ok..ada rezeki kelapangan masa..aku tulis lagi ye kengkawan... 


Wednesday, November 5, 2014

Kisah Sang Kancil dan Buaya... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lama sungguh memang tak sempat nak update blog. Serius, aku sangat sibuk..sibuk yang melampaui batas….gitulah diklasifikasikan. Pendek kata, kalau kat rumah, letak kepala je, terus zzzzzzzzzz….memang lena sungguhlah tido, sampai tak sempat nak mimpi2 indah sambil dancing2 pun..hahahha!

Mujurlah bila balik, ada ubat penenang..si kakak..itulah pun kawan bermanja dan bergaduh..nasibler isteri yang selalu ditinggalkan..uhukk…uhukkk.. *nangis sebaldi penuh ayaq mata*…tapi apa yang selalu aku sebut kat kakak, nampak gayanya kenalah disebut jugak untuk diri sendiri..bapak kan keluar mencari rezeki..ewah!

Nak tulis entry short and sweet je kali ni..cite satu malam sebelum tidur:

Kakak: Ibu, bacakan kakak kisah kancil dan buaya

Ibu pun dengan penuh perasaan, bacalah. Last sekali..

Ibu: Begitulah kisah buaya yang ditipu Sang Kancil yang bijak..

Kakak: Ibu, tak baik kan menipu..

Ibu: Ya, tak baik menipu, kakak jangan menipu tau.

Kakak: Baiklah Ibu…berdosa kan Ibu kalau kita menipu, nanti boleh masuk api neraka.

Ibu: Ya, betul..macam Kancil, dia menipu..berdosa, masuk api neraka.

Kakak: Tapi ibu, neraka kan untuk manusia, Sang Kancil tu kan haiwan.

Ibu: **** ERKKKKKK**** Abis tu kakak, kancil masuk apa?

Kakak: Kancil masuk hutanlah ibu..kena marah dengan buaya..!!

Ibu: *** Aduiiii..nak gelak kea pa ni?????******

Kakak..kakak… sel otak sedang berhubung…baikkkkkkk!!! ;-)





 Memang suka sangat makan sup..steamboat ni lagilah suka...kakak..kakak... ;-) 

Oklah..nanti akan disambung lagi bila ada kelapangan masa okay...

Tatta kengkawan... ;p