Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, July 29, 2013

Resipi: Kuih Lapis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Yeayyy! hari ni aku adalah cuti...yalah, dah nak abis bulan 7, cuti tahunan tak berganjak lagi, apa kes? so, jomlah ambik skit2...lainlah kalau dapat ditukar cuti itu dengan wang...ahaks!

Ni, sementara kakak nengok kartun, aku pun gigihlah nak share resipi ni..gambar aku ambik gambar lama la ya..time buat kuih ni dulu ngan kakak...

Resipi Kuih Lapis ya...


Ok, meh kita lihat apa kaedah pembuatannya ya..

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
3/4 cawan gula
1 biji santan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau dan merah.

Ok, mula-mula sekali campurkan semua bahan-bahan di atas. Kacau rata dan kemudian tapiskan ya. Sambil tapis tu pun kacau perlahan-lahan.

Ni rupa bahan-bahan yang disatukan.


Lepas tu bahagikan separuh-separuh adunan yang telah ditapis ini. Masukkan satu bahagian dengan warna merah manakala satu lagi bahagian masukkan warna hijau ya.



Pastikan periuk kukus anda dah siap sedia ya. AKu pakai loyang saiz kecil tu, saiz 7inci tak salah aku, sebab adunan ni tak banyak, jadi pakai loyang kecik, baru dia nampak tebal elok.

Mula sendukkan satu bahagian ke dalam loyang pengukus. Tutup loyang pengukus, dan sendukkan plak bahagian kedua. Antara satu bahagian ke bahagian lain tu, durasi masanya dalam 5minit gitu.

Dah siap!!!..senang kan..lebih senang kalau ade sous chef...hehehhehe


Semenjak dah besar ni lagilah..pantang aku ke dapur..so jiran-jiran ampun maaf dipinta ya kalau kdg2 tu pitching aku leh tembus dinding ke umah sebelah....hahahah!

But to be true, she is always my everything...Alhamdulillah... ;-)

Saturday, July 27, 2013

Resipi: Soda Gembira...memang minum sambil bergembiralah!! heheheh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Huhuhuhu..apa khabar semua? pose tak tu...???ahaks!

Saja je log in ke blog ni sementara menunggu waktu berbuka..hari ini berbuka dengan nasi dan lauk sahaja..ayam goreng kunyit masak cili padi sama kuah dalca...aku kagum dengan diri aku puasa tahun ni sebab hanya sekali sahaja aku mencari juada berbuka puasa di bazaar ramadhan. Macam malas plak nak pergi. Kalau adik aku pergi pun, yang selalu aku kirimkan adalah kuih tepung pelita atau kat utara ni kami panggil limas. Tapi kan..aku belum jumpa lagi kuih tepung pelita yang sedap dan lemak macam yang aku suka kat Giant Shah Alam..aduuuiiii, rindunya sama kuih tu kat sana....walaupun seketul 50 sen, kecik molek je dia buat..tapi memang sedap...

Hmmmm..ok..ok. stop melalut, masa dah semakin suntuk ni..jom kita jamu mata dengan hidangan air yang cukup nikmat ni..hehehe..sapa suka makan kat restoran2 ayam penyet atau restoran makanan Indonesia, sure tahu akan air ini...


Air Soda Gembira...!!!


Senang saja, cara buatnya sama macam Air Bandung...campurkan kordial sirap dengan susu cair, kemudian masukkan ais krim soda tu..aku guna jenama F & N yang botol kaler biru air tu..campurkan ais...dah siap..tunggu time saja ni....

Ok...selamat berbuka ye!!!

Wednesday, July 24, 2013

Moments of LOVE #10: Kakak nak olooonggg....hmmm....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Baru-baru ni kami sibuk cuci rumah...so kakak pun nak tolong jugak..

"Buu...kakak nak oooolooongggg..."

Hmmm..baiklah anakku.. ;-)



Aksi-aksi ini telah menyebabkan lantai semakin kotor...hehehe..adeyyyy...


Mana hala pun dimopnya...


Yeaayyyy..sudaaahhhh...jom kembali ke umah Opah...heheheh 



PS: Jangan ade sesapa plak kata kami dera anak buat keja umah time kecik2 ni ya...die mop pun ala-ala manja je..budak-budak..pada aku bagus jugak untuk libatkan anak-anak dalam apa yang kita lakukan selagi benda tersebut nak memudaratkan dan membahayakan. Cuma kita sebagai ibu bapa kenalah monitoring dan terus berikan panduan yang sewajarnya. Kids, at this age, mudah dan cepat faham....

Monday, July 22, 2013

Kisah Kakak: Tak suka jumpa doktor!!!!!! A big No No for her...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ni nak share sikit kisah budak kecik ni pergi klinik..ya, our 'kakak' tak sihat, batuk dan selsema since last week. Last week hari Khamis macam teruk skit, sampai muntah. Tapi bagus jugaklah muntah, abis keluar semua kahak yang tak boleh keluar sebelum ni.

Malam tu lepas berbuka, aku bawaklah pergi klinik. Klinik kanak-kanak kat Tambun yang selalu aku bawak kakak tu, tutup plak dah. Bulan puasa agaknya. Hmmm, Incik Daus pun gegas balik dari outstation sebabkan anaknya dah muntah-muntah. Kakak dah besar, tenaga dia semakin kuat. Kalau dulu, boleh lagi aku ngan mak bendung dia nangis2 meronta tak mau jumpa doktor, tapi semenjak dah besar ni lagi susahlah. Pernah ari tu sekali, time die demam, aku ngan angah bawaklah. Tak mau masuk pun pintu klinik tu..jenuhlah berdukung, berentap bagai..

Ok, ok, back to kisah kali ni...last2 kami bawak dekat one of the klinik dekat dengan umah...mula-mula sampai depan klinik..

Kakak: Bu...kita nak ambik ubat opah kan..kan..kan..kakak, tak..tak..tak kan... (maksudnya, bukan nak bawak dialah, just nak ambik ubat Opah..)

Ibu: Ya kakak... (terpaksa iyakan, untuk mengelakkan cerekarama berlaku lebih awal..)

Maka kakak pun masuk ke klinik..tapi dengan wajah penuh protes..

Buktinya...


Tak lama lepas tu, bila kakak mula yakin dengan jawapan ibu yang nak pergi ambik ubat Opah..kakak pun mulalah menunjukkan belang...


Siap simbol 'peace' lagi...

Bagaimanapun, semua kegembiraan ini hanya bersifat sementara..tetiba bila nurse bukak pintu bilik misteri ini...


Dan mula memanggil...

SAFFIYA ARISSA!!!!!

Terus kakak jadik terpaku dan bermulalah adegan yang bukan sahaja cerekarama yang bisa meruntun jiwa tetapi yang memaksa kudrat bapak dan ibu yang bukan kepalang...sampai dah tak mampu nak ambik gambor...huhuhuhu..dan doktor sangat kagum dengan level ketakutan kakak nak jumpa doktor ni..siap last2 pemeriksaan terpaksa dilakukan secara pusing keliling bilik doktor sambil bapak dukung kakak dan ibu dengan nurse tolong pegang kakak supaya senang nak examine...memang terbaikkkkk!!!!

Kakak kuar dari bilik doktor masih menangis, kuat dan teresak2..last2 ibu terpaksa bawak kakak keluar untuk tenangkan kakak...dan akhirnya, Ibu yang mati akal pun ternampak kedai My One Shop selang dua buah kedai dari klinik..maka...

Sambil mata yang masih basah dengan airmata..kakak konpius nak buat pilihan....




Aduiiilaaa kakak...walhal masa kecik dulu, setakat jarum tu dah macam mainan...ermmm..atau mungkin pengalaman merasa sakit tu la yang menyebabkan kakak sangat takut nak jumpa doktor...

Ohhh my anak....

Funny Quotes # 3: The message is there but a bit weird sentences in use..for me lah!


Wednesday, July 17, 2013

Simple yet tempting: Creating the Glutinous Rice Ball With Soy Milk...my favorite!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hmmm...as I told you before, being a wife and a mother, you have to be creative sometimes...hehehe..dan inilah menu kreatif dan memang simple gila ahad lepas,errr..dessert buat juadah berbuka di hari ke-5 berpuasa..seperti yang aku beritahu di entry semalam, that on Saturday tu aku kan demam dan batuk..so hari Ahad tu..inilah yang termampu dibuat dan aku fikirkan untuk buat...


+

=


Inilah gayanya bile rindukan My Soya Shop at Ikea...heheheh..

Mudah aje caranya, rebus rice ball tu, bila dia terapung atas air, terus angkat. Tuangkan soya, campur ais...yeayyyy...siap!!!!


Tuesday, July 16, 2013

Kisah Ramadhan Keempat dan Kelima...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ok, ini kisah Ramadhan ke-4 dan ke-5 yang lalu. Aku xsihat, demam dan batuk. Asal demam je mesti kena malam Jumaat menjelang weekend..sajalah tu tak nak kasi chance aku MC kan diri…huhuhuu...

So Sabtu tu pagi-pagi ajak Incik Daus pergi pasar. Itupun ambik yang patut-patut je, sebab aku tak leh nak fikir apa nak dibeli untuk stock up bahan mentah for five working days as usual yang kami buat setiap minggu. Ngan muka tak serupa orang, aku cepat-cepat beli dan terus cepat-cepat balik.

Every weekend kami memang akan balik tidur umah sendiri…so gitulah last weekend pun. Lepas antar barang umah mak, balik umah kami dan aku pun sambung melepek…time sahur tu dah makan ubat siap-siap. Sangat letih….


So menu petang Sabtu tu sekadar ini aje yang mampu aku masak…..

Day 4 (Sabtu)

 Cekodok Pisang untuk kakak...aku punye cekodok memang tak membulat menggebu..sebab aku tak suka letak baking soda dlm cekodok aku..aku suka makan cekodok pisang yang kaya rasa pisangnye..hehehe....ini kira menu untuk my kakak jugak..


Ikan Goreng...

 Dan dalam tak sihat tu pun, sempat plak mengidam nak makan masak lemak cili padi telur ni haaaa....teringat zaman blajar dulu, setiap kali ikut member aku Ijan balik umah dia kat Bahau, mak die mesti masakkan masak lemak cili padi telur itik..itu gaklah first time aku makan telur itik...terus macam suka jer....hehehe..

Ulam timun jepun ni mesti ada sama sambal belacan..sambal belacan taklah plak sempat nak ambik gambor...

DAY 5 (AHAD)


Hari takde idea apa nak makan...belasah jelah masak Udang Goreng Serai dengan Cili Padi...Incik Daus ngan aku memang kuat makan pedas...hihihihi..tak sedar diri tu ada gastrik..ahaks!


Sup Tauhu, Lobak Mera bersama Cendawan Enoki untuk kakak....memang abis dimakannya tauhu tu, lepas tu diratahnya plak lobak merah..kakak sangat suka makan sup macam ni...


Telur masin ni dah macam hidangan wajib di bulan puasa...especially waktu sahur kan...

Dan hari Ahad ni aku ada buat simply amazing dessert.. * Sambil blink blink mata kiri dan kanan*

Entrynya esok aku kasik up ya...hehehehe...

Dan jom kite akhiri dengan budak kecik yang suke bikin havoc time nak berbuka pose nih.....huhuu....


Gitulah kaedahnya...cerita berbuka kami di hujung minggu baru ni...kebetulan barulah merasa bersahur dan berbuka dengan Incik Daus...tu yang gigihkan diri memasak gak tu walaupun tak sihat..dan tugas Incik Daus pada minggu itu adalah basuh dan sidai baju...hihihihi....

Ok semua..tatatititutu...!

Monday, July 15, 2013

Funny Quotes # 2: Simple but yet so cute for me...hihihihi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku tak tahu kenapa aku rasa notis pemberitahuan yang digantung kat satu kedai time aku gi site visit ke Manong K.Kangsar ni mengusik deria lawak aku...hihihihi..sangat direct tapi lawak...


Friday, July 12, 2013

Resipi: Cucur Kacang Dhall, juadah berbuka di Ramadhan ke-2...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sekejap je kan, dah hari ketiga ya kita berpuasa...

Ok, hari ni citer sikit tentang makanan kesukaan aku..hehehe...Aku memang suka makan cucur kacang dhal ni…mak long aku yang ajar buat, kalau pekena sama ngan kopi o kawww, lagilah nikmat..hehehhe..
So inilah di antara juadah berbuka di Ramadhan hari ke-2..

Kami bertiga je berbuka..aku, mak dan angah. Opppsss..mane leh lupe, campur itu budak kecik, my kakak tomeitomeito la…sibuk kemain nak baca doa..panjang plak tu..nth ape bunyiknya…takpelah nak, janji niat suci murni tu ada, org kata nak melentur buluh biar dari rebungnya..ewah!

Baiklah, marilah kita bercerita akan topik yang sebenar…juadah berbuka semalam…

Taraaaa…Cucur Kacang Dhal…ok, jom kita share resipinya ya tuan puan…




Bahan-bahan

  • 500 gm kacang dhall (make sure rendam dulu, kalau jenis yang tebal, pagi2 lepas sahur tu starlah rendam, kalau yg nipis, rendam dalam 4-5 jam pun dah ok dah)
  • 2 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 2 biji cili merah (hiris halus)
  • 1 tangkai daun kari (gunting halus)
  • Tepung Gandum (agak-agak, ikut pada kecairan kacang dhal setelah dimesin, tekstur adunannya tak perlu pekat sangat)
  • Sedikit garam

Cara Membuat

  1. Kacang dhall yang telah direndam, dikisar halus. Masukkan ke dalam bekas untuk diadun.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris halus. Gaul sebati. Masukkan sedikit garam.
  3. Panaskan minyak. Goreng comel2 ya, dalam bentuk bulat kecil sebab cucur ni sedap kalau dimakan dengan saiz-saiz kecil, barulah rangup luar kulit tu terasa.

Ok, kawan-kawan, selamat mencuba.

Hmmm..abislah, sepanjang bulan Ramadhan ni share resipi sesajalah nampak gayanya ek…ngee…..


Thursday, July 11, 2013

Resipi: Simple Chilled Oreo Cheese Cake


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Bila kita dah berfamily dan ada anak kecik ni, kadang-kadang kita akan terus jadik kreatif..maksudnya bab masak memasak kea tau bab menyelesaikan masalah. Macam aku, boleh dikatakan agak berdikari jugak sebab most of the time aku sorang pun. Incik Daus hanya ada weekend saja. Kalau dulu memang aku dengan mak jelah..adik2 pun jauh.
Ehhh, melalut plak..sebenarnya aku nak story bab kreatif mencipta resipi baru dari bahan-bahan yang sedia ada di rumah…macam semalam..berbuka puasa teringin nak makan dessert..kononnyalah dessert…hehehhe…so malas nak kuar p carik bahan bagai, maklumlah ngan mak je, nak membawa si kecik tu di bulan puasa agak tough jugak ler..so aku godek2 fridge, terciptalah…taraaaaaaa….



Meh2 kita share resipi yang simple ini…bebudak sure suka punyalah…

Bahan-bahan:

2 bungkus biskut oreo (asingkan krimnya, dan hancurkan. Aku hancurkan pakai lesung batu saja…Atau kalau nak mudah, carilah oreo yang dh siap dihancurkan, ada jual tapi biasanya kat kedai bakerila..)
250 ml krim keju (cream cheese)
200 ml krim putar (whipping cream)
1 sudu besar perahan pati limau nipis
½ cawan mentega (dicairkan)
1 bungkus kecil cocoa crunch (hancurkan jugak)
Manik tabur untuk hiasan

Cara Membuat:

  1. Gaulkan mentega yang dicairkan bersama biskut oreo yang dihancurkan. Tekan-tekankan ke dalam bekas. Aku asingkan ke dalam bekas-bekas kecil, mudah nak ambik bila nak makan.
  2. Krim keju dengan krim putar dipukul hingga sebati dan gebu. Masukkan pati limau, putar lagi.
  3. Then, tuangkan ke atas adunan oreo tadi.
  4. Boleh hiaskan guna cocoa crunch dengan manik tabur. Sejuk bekukan dalam fridge.
  5. Sedia dimakan. Kuarkan hanya bila nak makan ya..lepas kuar tu, biarlah kejap dalam 5-10 minit ke..then dah boleh ngappp…yummy!

 Selamat Mencuba!!!

Wednesday, July 10, 2013

Moments of LOVE # 9: Salam Ramadhan dari kami...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah...syukur pada-MU Ya Allah kerana masih diberi kesempatan untuk berada di bulan mulia penuh keberkatan ini...Semoga Ramadhan ini memberikan seribu nikmat ketenangan...untuk itu ampun dan maaf dipinta kepada semua atas segala kekhilafan masa lalu....agar Ramadhan dan Syawal lebih bermakna...

Me & Kakak...adakah akan bangun bersahur jugak bersama-sama? hmmmm.....




* Kakak, tahun ni teman Ibu solat terawih, tak mau nangis2 lagi ya...4 rakaat je kakak dapat bertahan penuh tenang last year..then dah start menangis..huhuhuhu..now she such a big gurl...adulahai my anak dara.... :p

Tuesday, July 9, 2013

Awesome Food Finding # 5: Pulut Mangga, sedapnya!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ya Allah, nikmat sangat rasanya bila dapat makan Pulut Mangga ni....apatah lagi pada tekak aku ia sangatlah sedap dan lemak2 pulut, santan dengan manis-manis mangga tu bergabung jadi satu, melt in your mouth...fuhhhh!!! Percaya atau tak, aku teringin nak makan pulut mangga ni dari awal tahun ni lagi masa kami  ke Padang Besar. Malangnya, time tu bukan musim. Memang takdak satu pun kedai kat sana yang jual pulut mangga, hancur harapan rasenye... * kemain teringinla lagi time tu...*

Last2 dapatlah gak aku merasa pulut mangga ni...tapi nak tau kat mana? Haaaa..kat KUALA LUMPUR ye kengkawan...serius...! Dan pada waktu yang tak terpikir pun nak makan pulut mangga ni...kebetulan je time aku bawak mak p shopping2 kat KL...so kami lalulah di Kg. Baru...ni kedainya...



Dan inilah dia..super awesome...sorryla, kualiti gambar agak kureng..sebab bateri kamera dah almost dying okay...



Mengapa dia awesome: Mangga dia tak terlalu masak, sedang-sedang saja, manis dan masih ada rangup2 buah, santannya pun dimasak elok..sedap, tak terlalu manis dan berlemak, kirenye just nice...

Harga: Aku tak ingat sangat tapi lebih kurang RM 4-5 la sepiring.

Dan yang menambahkan awesome..pelbagai dessert tradisional disediakan di sini...


Lokasi:  Restoran Lala Seafood, Kg. Baru. Senang je nak cari. Dia bertentangan dengan Masjid Kg.Baru. Jalan menghala ke arah wad pediatrik HBKL, bukan ke KLCC tau. Restoran ni letaknya di tepi jalan, berhadapan dengan kedai warung ikan bakar tak salah aku, memang main roadla..so bawak slow2 takut terlepas pandang..

Monday, July 8, 2013

Jom Makan Best di Kedah: Nasi Lemak Royale Alor Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Weeehoooo, sebelum Ramadhan menjelma, jomlah kita hadap jap entry aku mengenai satu tempat makan ni...sebenarnya citer ni dah lama la jugak, nasinya pun dah lama hadam dah dalam perut aku ni haaa....tapi tak kisahlah kan, yang penting info untuk kita kongsikan..makan sedap2 kenalah kongsi..ye tak?

Last month tak salah aku, aku ambik cuti ganti aku yang menimbun tu, lalu aku ikut Incik Daus outstation bersama di Kedah..kami pergi naik bas sebab Incik Daus dah ada kat sana, kiranya time pergi tu macam dah hujung-hujung, taklah ganggu Incik Daus keja...

Dah lama sebenarnya aku mendengar dan membaca tentang Nasi Lemak Royale ni..hmmm...gitulah, dah lima tahun kahwin ngan orang Aloq Staq pun tak pernah sekali pun Incik Daus bawak ke sini..heheh..sebab dia pun banyak tempat kat Aloq Staq ni tak khatam..hahahha! Tak taulah passsaipaaaa....


Inilah Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning yang terletak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim (nama dia je ada lebuhraya, tapi bukanlah tepi atau dalam highway utara selatan ya...). Landmark yang lain adalah kedai ni tepi jalan dan berhampiran dengan Wisma Hijau Kuning.Kalau kita kuar exit highway Alor Setar (S), akan jumpa Tesco Stargate sebelah kiri, lepas tu terus lagi, sampai jumpa traffic light di simpang empat, ambik kanan, terus sampai jumpa simpang empat kuala..then terus lagi..sampai u all jumpa stesyen minyak BP sebelah kanan..u-turn, dekat2 je kedai ni ngan stesyen minyak tu...

Alamat: Nasi Lemak Royale Hijau Kuning, Lebuhraya Sultan Abdul HAlim, SG. Korok, Alor Setar Kedah.

Kami sampai dalam kul 8malam gitu, dah macam ni punya panjang beraturnya....



Ini adalah nasik aku, ayam goreng, telur rebus, bendi rebus, kuah kasik campur...huhuhuhu..mau dua tiga hari bau kuah tak hilang dari jari jemari ya...hahahah!


Berikutnya plak pilihan Incik Daus, tambah hebat dengan daging masak hitam dia tuh...

Ini plak pilihan kakak, nengok tu haaa...siap nganga2 mulut menunjukkan bukti kesedapan nasi lemak ni... *penerangan yang agak melebih-lebih..hihihi*

Nasi lemak royale ni warnanya kekuningan skit, tapi kuning2 air gitu, ala2 nasi kandarlah, tapi nasiknya macam ada ramuan rempah2 skit...memang sangat kenyanglah makan..ayam goreng dia ok..kedai dia bukak petang dalam kul 5pm ke atas sampai tengah malamla.

Nasi ni makan ngan telur rebus sama kuah campur dia saja pun dah marvellous pada aku...yummy!..


Alhamdulillah...akhirnya tertunai hajat nak pekena nasi lemak ni...harganya pun pada aku, reasonable, tiga menu di atas kami makan (tidak termasuk air) dalam RM 17 tak salah aku.

Ok..jom tidoq!  ;-)

Tatatititutu kengkawan.....

Sunday, July 7, 2013

Resipi: Ikan Siakap Stim Bersama Asam Boi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Aku sebenarnya suka dengan masakan yang berasaskan steam method ni…ntahlah kenapa..so di antara ikan siakap masak 3 rasa atau masak stim, aku lebih suka yang masak stim..lepas tu dapat plak makan part yang macam pipi ikan tu kan.. * errr, yang bahagian sirip tu..*

So last week tak salah aku..lepas balik dari out station KL tu, mood rajin pun datang.. *Actually lebih kepada kesian family aku, weekend je pun aku dapat masak sedap2..hihihih…sedap ke? Ahaks! *

Maka terhasillah…IKAN SIAKAP STIM/REBUS BERSAMA ASAM BOI..aku olah sesuka tekak…dan sebab malas nak stim, aku rebuskan bersama sosnya..then tutupkan kuali tu dengan penutup..rebus dgn stim ni lebih kurang je pada aku..errr…buleh ke cam tu? Bulehlah ek…

Bahan-bahannya:-

  • 1 ekor ikan siakap (yang aku beli ni adalah 1.2kg, buang sisik siap-siap)
  • 1 biji bawang Bombay (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (dihiris nipis)
  • Sedikit halia (aku suka banyak halia sebenarnya..hehehe..hiris nipis)
  • Asam Boi (Asam Limau pun boleh, berapa biji nak bubuh, ikut pada tahap ‘kemasaman lidah’
  •  Masing-masing ya..
  • 5 biji cili padi (ditumbuk sedikit, kalau nak hiris saja pun boleh)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 biji tomato
  • Sedikit daun bawang dan saderi (dihiris halus)
  • 5 biji limau nipis (diambil patinya)
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit garam dan gula untuk perisa.


Cara Membuat:
  1. Masukkan air ke dalam kuali, agak-agaklah dengan saiz ikan. Biarkan mendidih.
  2. Kemudian masukkan bawang, cili padi, bawang putih, halia, serai dan asam boi. Masukkan juga pati limau nipis bersama sedikit garam dan gula.
  3.  Masukkan ikan dan tutup kuali anda dengan penutup. Biarkan selama 10 minit.
  4. Buka kembali penutup kuali dan masukkan tomato dan daun limau purut. Biasanya ikan dah masak dah ni. So, sedia dihidang.
  5. Taburkan hirisan daun bawang dan juga saderi di atasnya.







Saturday, July 6, 2013

R.E.S.P.E.C.T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ya, mata terbungkang, masih tak mahu lelap..baru lepas merencana dua buah teks ucapan...entah bernas atau tidak, telah aku cuba melunas bait sebaik mungkin...dan ini..sekadar mengisi ruang waktu, tabir mata yang masih segar...Ohhh, lelaplah..esok mahu kerja..ya aku kerja..di hari Sabtu yang sepatutnya aku nikmati bersama keluarga.. (ada orang ingat mereka saja yang punya keluarga...hmmm..sabarlah wahai hati..kerana kalau kau melawan bicara lagak mereka melantun alasan, sama pula nanti tarafnya dengan mereka..mana mungkin, kan? ;p )

Learn to respect all kind of people
Because everyone is fighting a battle on their own
We all have our problems, bad sides and bad days,
But there are so much more behind it, behind me, behind you..
And behind everyone....
SO PLEASE RESPECT OTHERS
SO OTHERS MAY RESPECT YOU TOO....



Thursday, July 4, 2013

Funny Quotes #1: Why Sardines Why? uhhhh...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtrera...

Hihihi..saja je aku nak share this fun and creative quotes...



Tuesday, July 2, 2013

Mari belajar naik LRT..hehehhe...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Meh rapat2, aku nak citer pengalaman yang sangat melawakkan diri aku yang sudah hamper setahun setengah meninggalkan KL dan sudah lebih empat tahun tak naik LRT.. (sekarang my rapid ya adik2…)
Tersebutlah kisah hari Rabu lepas..aku ka nada training di KL..selasa petang dah bertolak pergi KL..aku akhirnya drive saja sebab mengenangkan nanti Jumaat nak bawak mak ke Sogo..memandangkan angah tak berani atau lebih tepat mak aku tak berapa nak izinkan angah bawak keta masuk KL nanti..so aku jela yang bawak ye..Incik Daus plak kat Penang..so tak sure lagi time tu sama ada dia boleh atau tak bercuti Jumaat, so baik aku drive jela..kang mengharap plan A jadik, tak jadik plak..so might as well aku proceed with plan B saja..

So aku stay di Corus Hotel manakala training plak di Renaissance Hotel, meskipun di antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang, tapi ujung ke ujung di mana jalan U-turnnya adalah sangat jauh dan takde jalan masuk yang mudah..so aku pun naiklah LRT. Yakin je bangun pagi, kul 7.20a.m aku dah kuar sebab registration kul 8.30a.m katenye..so menyusurlah aku ke dalam bangunan Avenue K, yang tengah renovate tu..ambil LRT KLCC ke Dang Wangi, satu stesyen saja..

Bila sampai ke stesyen…haaaa, sudahhh..aku selamba nak beli tiket kat kaunter..alamakkk..sekali kaunter hanya dibuka untuk top up touch and go jer..maka aku pun gagahkan diri penuh yakin ke mesin tiket…haammmbbeeekkk..tengok route map je dah mendebarkan jantung..terkial-kial aku cari stesyen Dang Wangi..gelabah sebab pagi2 kan ramai orang..tak maulah tunjuk aku tak tau sangat..a.k.a jakun skit..hahahah..lepas tekan segala, dussshhh, jatuhlah token warna biru.. okayyy..baikkklahhh..semakin canggih..time aku dulu, pakai tiket tu jer, mana ada token2 ni..dan dia tak combine sume route dalam peta nak pilih destinasi tu..


Ha, inilah rupe token nye...kecik bangattt..so hati2, jgn tercicir...

So, yakin lagi, nak pergi masuk…then, alamakkk…mane plak aku nak slot token ni..hahahah…gilelah erny, yakin sungguh..so aku pun one step back..tarik napas…jangan gelabah, let us see how people do it..oooo..rupenye ala2 swipe je token tu kat atas mesin palang tu…okayyy, no worries, I’m a fast learner..yeayyy! Berjaya sudahhhh..

Time nak turun sekali lagi masalah, mane plak nak dihala token ni..swipe punye swipe, tak boleh…adusss..apehal plak ni..yakin lagi, aku gi ngadu kat guard yang jaga…hahahah..my bad! Rupe2nye time nak kuar, kena insert the token to the slot like coin slot..masuk je swipe the token..adusss, berbaloi2 lesson yang aku belajar…kih..kih..kih..!

Dari stesyen Dang Wangi, lebih kurang 5min jalan kaki..tak jauh..kejap je..cume aku terasa macam aku ni budak fresh grad yang tengah kalut nak pergi interview first job…hahahha!
Adik2, akak sudah sampai……




Tapi bagus untuk kalau2 akan datang aku saja nak berjimba2 berdua dengan my anak dara, I might choose to travel by public transport..bus sudah, ETS pun sudahh..next perhaps the LRT with kakak….ahaks! ;p
Okay..itu jerk yang nak dishare…tatatititutu!



Monday, July 1, 2013

Resipi: Masak Lemak Udang Nenas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini menu yang dimasak agak berminggu-minggu jugak lamanye…iya, baru skrang sempat nak update…maklumlah, balik umah aje dah kalut ngan si kakak..bile die tidor dan kalau aku larat, barulah menaip ni..

Nak story skit pasal Masak Lemak Udang Nenas…yummy! Teringin nak makan ni sebab adelah satu malam tu aku pi dinner, ade jemputan..kemain sedap lagi makan masak lemak udang nenas ni..tapi nak ambik bebanyak, aku agak malu-malu ayam skit..maklumlah, I is jaga my manner… *Kunun-kunun*…
So katekan dinner itu adalah rabu malam, sabtu itu jugak aku merancang baik punya mau masak ini menu..so jangan tunggu2, ini resipi dari Ipoh Masterchef..ahaks!



Bahan-Bahan:

1 kg udang (saiz sederhana)
1 biji nenas bersaiz kecil (potong kecil/sederhana, ikut selera masing2)
1 biji santan
Air
1 batang serai
Daun kunyit
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
Sedikit kunyit hidup
10 biji cili padi
(bawang, kunyit, cili padi dikisar)
Sedikit garam dan gula.
2 biji cili hijau (hiris tengah, untuk hiasan)

Senang je nak masak ni..caranya adalah:

  1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  2. Biar sampai naik baud an kekuningan, barulah dimasukkan air.
  3.  Masukkan udang dan serai yang dititik.
  4.   Bila air mendidih, masukkan santan. Kalau nak lebih kuning warna kuahnya, masukkan sedikit serbuk kunyit.
  5. Masukkan nenas dan daun kunyit.
  6. Masukkan garam skit, gula skit dan biarkan mendidih seketika. Terus padamkan api.
  7.  Siapppppppp!!!!