Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, August 23, 2011

Maaf, memaafkan, dimaafkan...kemaafan

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).



'Maaf' satu ungkapan yang boleh dikatakan sangat 'popular' di kalangan masyarakat kita. Minta maaf, memaafkan dan dimaafkan, sewajarnya kita lakukan setiap hari, setiap malam sebelum kita tidur. Itu yang aku faham time attend satu kursus last year. Tapi kita 'upacara maaf dan memaafkan' adalah upacara hebat penuh airmata di pagi raya. Dan benarkah kemaafan itu ikhlas? Some peoples said, easy to forgive but not to forget! Wooo...apa kes?

Adakah aku ini jenis yang mudah memaafkan? U olls pula macammana? Memohon maaf, sorry, please forgive me, uisshhh..sangat senang nak sebut. Atau adakah sorry seems to be the hardest words, bak kata Elton John dalam lagunya itu. Hmm...susah nak cakap. Kalau dulu, aku benci giler dgn org yang sangat suka mintak maaf. Sikit2 mintak maaf. Sebabnya bagi aku, orang yang suka mintak maaf ni adalah orang yang sangat mudah mengulangi silapnya. Yes, people make mistakes, but do not repeat the same mistakes over and over again!

Tapi sekarang, aku belajar utk menjadi lebih positif. Belajar untuk sentiasa berlapang dada. Mungkin dalam sesetengah situasi, 'Kemaafan mampu menjadi dendam yang terindah'...

 Dan hakikatnya aku sedar bahawasanya iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).







Thursday, August 18, 2011

Gula-gula CINTA...

Apa itu ‘Teru teru bozu’? Siapakah, mengapakah demam itu masih melanda sukmaku ini? Oh, tersangatlah adore sampaikan masih lagi suka sama itu doll kecil, si ‘teru teru bozu’..semuanya penangan drama jepun yang popular tahun 1998 dulu, ‘With Love’..yang pastinya dibintangi oleh ‘boyfriend’ yang selalu ‘harus’ dikendong ke dalam peti angan2 ..ahaks..

 as Hasegawa Takashi



Peh..sgt ensem..kih...kih..kih.. (terasa mcm remaja plak usia ni..hahaha)


Tomeynye cenyumm..berdarah rasa hati..

Friday, August 12, 2011

Siapakah nama anda?

Watashi wa Erny Hernani desu. Anata wa?

Ewah2..saja nak refresh kenangan belajar Jepun dulu dengan sen sei yang sangat ensem di usianya! ;-)

Bukan, kita bukan nak citer tentang Takashi atau anime cartoons..tidak sama sekali! Kita nak bercerita tentang ada apa pada nama? Beberapa hari ini telah berurusan dengan seorang jejaka. Setiap kali dia mesej, email atau telefon dia pasti akan memanggil diriku ini dengan nama penuh. Satu perasaan halus wujud menjalar ke jantung hati, arghhh..tak mungkin cinta! Itu memang kes parah, leh terlantar kat ICU tu..hihii..cumanya rasa seronok, rasa best sangat2 bila disapa dengan nama penuh. To be precise, rasa dihargai kerana namanya diingati. ;-) Terima kasih wahai jejaka...

Macam senario sekrang ni, nama penuh saja berjela2. Kadang2 nama anak sampai tiga empat suku kata tapi bila di bin atau di bintikan dengan nama bapak, nama bapaknya alahai sejemput jer bunyinya. Tapi bila dah besar, nama penuh yang panjang tu (yang memerlukan ibu dan bapa membuat kajian berbulan lamanya) sudah tukar menjadi nama panggilan yang lain. I also experienced this, membesar dipanggil "Yang.." kalau tanya kawan2 sehingusan di kampung halaman, "Saya mencari rumah Erny Hernani"..silap haribulan, anda pasti dapat jawapan.. "aaaa..siapa?" they use to know and to call me as "Yang" atau "Along".

Nama memberikan pengertian yang cukup tinggi bagi seseorang. As for me, nama itu ibarat 'darjah kebesaran tertinggi' yang kita akan bawa sampai bila-bila. Bila nama diglamorkan atau dipendekkan, tak kesian ker pada mak ayah yang berhempas pulas mencari kombinasi nama yang indah dan punya makna itu? Apa, mak ayah sendiri yang kasik nama glamor tu? Contoh; Baby, Gegurl, Manja..and the list goes on.. Errkk..I reserve my comment...uhukk..uhukk..

Teringat waktu nak memberikan nama kepada anak2 kami last year. En. Daus seperti biasa lebih gemar dengan nama2 klasik untuk anak perempuan dan nama2 yang berbunyi penuh kelelakian untuk anak lelaki. 'Perang Mulut' manja2 pun tercetus mempertahankan cadangan nama masing2. Last2 En. Daus pun mengalah..hihihi..i loikeee..tapi bersyarat..nama anak tak boleh lebih dari dua suku kata. Setiap nama anak kena berbeza2 kerana menurut kata En. Daus biarlah setiap seorang anak itu mempunyai nama masing2 yang tersendiri which means tak nak ada nama 'ikatan' like kalau semua nama depan adam, kalau tiga anak lelaki pun kena mula dengan nama adam. Walaupun anak kembar, En. Daus tetap nak bagi nama lain2. Syarat yang paling penting, pilih nama yang mudah nak disebut oleh nenek2nya serta moyangnya. Your request are my command your highness...hihii..Maka dapatlah kami nama Saffiya Arissa yang membawa maksud suci, bersih dan kuat. Untuk arwah kami namakan Durratul Khaleeda (Mutiara yang kekal abadi..dia abadi dihati kami...al-fatihah).

Anda pula bagaimana?

Thursday, August 11, 2011

Kisah Ramadhan Bersamamu...

Alllooowww fans... (uissshhh..aderker? hihii..) smalam akhirnya diri ini tewas jugak..bukan tewas akibat pertarungan lumba lari 4x100m tetapi akibat flu yang mengganas. Ditambah plak ngan cuaca yang tak menentu mendatangkan rasa perit di anak tekak. Cuba bertahan dari ahad hari tu, tapi adooi...gagal! Lagi hebat sebab tak cukup tido, maklumlah my 'tomei tomeito' itu mungkin berasa bahang malam, so every hour akan bangun menagih BF. Maka digagahkanlah diriku yg sudah tak berapa gagah ini untuk bangun BF. Akhirnya smalam, lepas sahur, telan ubat, subuh..then I'm gone...At 7.30a.m terasa tangan2 halus menepuk2 muka sambil merengek2..aduss.. "Sayang tidur nak..ibu tak larat sangat ni..ibu tak sihat"..adakah dia akan faham? warggg...ditampar2nye lagi wajah ibunya yg tak berapa mulus ni..hingga akhirnya her opah come to the rescue..see the jam, cuba bangun nak g office..owwhhh...gempakah ini, berputar2..sume dah nampak double2 jerk..end up, I fall pengsan at my lovely bed..sampai ke 11.45a.m. Huh! Berat sungguh penangan 'TIDAK MENDAPATKAN REHAT YANG CUKUP' ini..so text my boss...I made up my mind, EL.

Errr...itu baru intro, intro yg takda kena-mengena langsung dengan tajuk syarahan yang bakal dibawakan oleh 'Cik Teru Teru Bozu' kita pada hari ini. Malam semalam as we watched 'Bersamamu'..hati terkedu sayu melihatkan penderitaan seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami selepas kakinya dipotonng 7tahun lalu akibat diabetis. Ditinggalkan dengan 2org anak lelaki. Apa yang sangat meninggalkan kesan dihati adalah keinginan mereka untuk menikmati ayam goreng KFC. Tiba2 rasa emosi, mungkin penangan 3 series..hihihi..Uppss sori..selingan only! ;p

Cuba bayangkan seumur hidup mereka, itu yang paling diimpikan..KFC. Kita? KFC tu ibarat makanan hujung minggu kalau tak keterlaluan dikatakan. Musim2 bulan Ramadhan ini, cuba dikira berapa banyak yang kita membazir? Tengok itu selera, tengok ini terliur..semuanya nak. Tapi masuk tak semuanya ke dalam perut? And I learn my lesson from that. Beli sekadar yang nak makan, biarlah orang nampak kita berbelanja macam orang kemut a.k.a tangkai jering. I don't care. Dari membazir masuk ke incik tong sampah, lagilah kesian kan. Sebaiknya lagi masaklah apa yang kita nak makan. Lebih jimat, lebih terjamin tahap keselamatannya supaya takda yang akan berakhir dengan keracunan makanan.

Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).


Ini tip berbuka cara sihat dari 'Cik Teru Teru Bozu'.. (my twinny sis..hahaha...)

1. Berbuka puasa dengan kuih saja sudah mencukupi sebenarnya. Kuih manis seperti tepung talam, pulut seri muka juga mengandungi kalori yang tinggi. Begitu juga dengan murtabak. Cer check kiraan kalorinya:

Lepat Ubi ( 1 ketul) = 177 kcal
Lepat Pisang ( 1 ketul) = 190 kcal
Ketayap ( 1 ketul) = 140 kcal
Tepung Pelita ( 1 biji) = 101.3 kcal
Pulut Seri Muka ( 1 ketul) = 192.2 kcal
Koci Pulut Hitam ( 1 ketul) = 163.6 kcal

Hmmm...cer total up anggaran kalori anda tiap kali lepas berbuka...so don't surprise2 if your body weight increasing this fasting month..itu baru makanan pembuka selera jer tuh..

2. Banyakkan minum air walaupun di bulan puasa. Pastikan anda minum anggaran 2@3 gelas sewaktu bersahur dan begitu juga selepas waktu berbuka. Sebaiknya peruntukkan 1 gelas susu untuk diminum ketika bersahur dan sebelum tidur.

3. Buah-buahan jangan dilupa. Kurma juga sangat berkhasiat. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gula semulajadinya 50 hingga 57% glukosa. Kandungan gula semulajadi ini mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh dan disebabkan itulah kita disunatkan untuk berbuka dengan sebiji buah kurma.

4. Jaga kuantiti makanan yang anda ambil. Jangan makan mengikut nafsu. Anda perlu faham yang anda tidak banyak melakukan aktiviti berat di waktu malam, jadi untuk apa kalori berlebihan itu.

Dan Cik Teru Teru Bozu tahu anda akan berkata " Ala..setahun sekali je nak merasa makan itu ini, lagi2 nak fikir diet seimbang." Ermm..sometime me too being trapped in this kind of thinking. Akan tetapi...marilah kita beringat2 sebelum terkena..I ingatkan U untuk mengingatkan I pada diri sendiri juga.. ;-)

Sekian... (tunduk skit sambil silang kaki..sila2lah clap2.. hihihi)



Tuesday, August 9, 2011

-Missing my soul-

Selamat menyambut Ramadhan...dengan harapan masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkannya. Huh! Lama sungguh tak menjengah ke ‘rumah keduaku’ ini..sibuk? Hmm..alasan yg sangat klise dengan status kerjayaku ini tapi itulah hakikatnya. Sibuk berbengkel dan bagai..outstation ke pelusuk negeri (mcm bertapa jer bunyinya ;-) ). Sampai mak aku pun cakap, “Anak tu nanti membesar kat atas jalan jerlah..”..hihihi..mana aku pergi aku kendonglah si kecik itu, tak boleh tinggal wooo...She is the beat of my heart! Hari ni pun sibuk juga maka dengan itu hadirlah entry tanpa intro yang jelas apatah lagi isi yang bernas. Tanpa 5W’s and 1H, ilmu yang aku tuntut saat masih berstatuskan pelajar jurusan Komunikasi dan Media (Kewartawanan) dulu. Ini kerana saat ini ada kemelut ‘tarikh mati’ sedang berlangsung di sini tetapi minda aku pula sibuk juga nak melayang2 entah ke mana saja..apa yang aku rasa? Ini mungkin.....



Seriously that I am losing this...
Separated pieces into pieces...
I tried so hard not to let it happened
But I don’t know how, I really don’t..
I really hope this wasn’t what I feel
I really hope this is not right..
I wish that my mind just want to play around in a hallucination world
Wishing that my heart strongly stand still...
Pray to ALLAH that my heart is still in piece...

Wednesday, May 4, 2011

Yeaayyyy..3rd year together...!!!

“Baru tiga tahun”, atau “ape!!!dah tiga tahun?” atau “dah tiga tahun dah...” mana satu yang best utk diintonasikan ek..hihi..apa pun..ERNY FIRDAUS, Happy 3rd Anvsry to us on last Monday (2nd May 11). Pejam celik, pejam celik jer..dan tak sangka dah 3 tahun and I am looking forward to have many years more to come! Memang rasa kejap sangat..terasa bagaikan baru semalam aku menangis beria2 kat Masjid An-Nur kat umah aku tu lepas majlis akad nikah. Terasa macam masih terbayang lagi saat2 syok pose2 ikut suka ngan ‘Sweet and Sour Photo Design’..tiba2 dah tiga tahun..alhamdulillah!
Apa yang bestnya, our 3rd anvsry ni kami bukan lagi berdua tp sudah ber-3..so meaningful number of 3. As for this year, kami tak ke mana2 sekadar habiskan masa bertiga. Thank you EN FIRDAUS for giving me a lunch treat at Tony Rama’s..yummm2..kenyang giler makan salmon dan kemudiannya melayan lagi tekak aku yg teringinkan kek Secret Recipie plak..so dapatlah merasa kek perisa terbaru ‘Choc Berry Cheese Cake’..(sambil kemudiannya aku berkira-kira jumlah kalori yang aku naik ngeri..hihihihi)..

And my treat to him.. (special request: Sambal Tumis Udang Petai sama tauhu with black pepper sauce, ikan goreng ngan sambal belacan) = 3 kali ulang makan dengan setiap sesi makan dua kali tambah. Bangun kul 3 pagi pun tanya lagi, boleh tak nak makan nasi lagi kalau masih ada..huhuhu..suami akukah itu? ;-p. Errr..boleh tak kalau lepas ni nak bagi alasan..”Bukan tak nak masak, bukan malas.. tapi saya takut suami saya obes nanti..jadi mungkin saya tak perlu masak dah lagi dan lagi...” hihihi..

Btw, I am so thankful to have both of you in my life. Nothing could ever replace the moment of love, happiness, and sadness that we’ve been through those years. I am probably not the best wife you could ever imagine but I am willing to learn to become one...and to ‘miss tomeitomeito’, Saffiya Arissa, you completed us in so many ways and you are the most best gift from ALLAH to us...loving both of you until my last breath!!


muka tak puas hati sebab baru bangun dah kena posing!


pose lagi..aperlah ibu ngan bapak ni..


New York Strip

Shrimp and Salmon Piccata
ini plak sambal udang petai..ahaks! ;p

tauhu with blackpepper sauce..
Dan inilah hadiah buat kami..

Thursday, April 21, 2011

Inikah yang dikatakan pelindung negara???

Huhhhh!!! Aku memang marah, sangat kecewa to be precise! Minggu ni sangat mencabar utk aku lalui. Kesibukan kerja dan macam2 lagilah tanggungjawab rasmi dan tak rasmi membelenggu diri. Tiba-tiba pagi Selasa kelmarin aku terima panggilan telefon dari jiran umah aku katanya bumbung umah aku kat ipoh bagaikan pecah. Katanya mungkin sebab angin kuat (sekadar utk menyedapkan hati aku yang dah mula kalut)..dan bila di hujung ayatnya ada ‘TAPI’..yezz..i just knew it..shoot me with the fact plz.. “TAPI kalau angina tap genting umah tu macam tersusun elok jer kat atas tu dan bukaannya pun besar..” ohhh pak cik..u are so nice to speak so berlapik and let me do my own assumption which is “Umah aku kena pecah!!!!!”

Perjalanan ke pejabat yang dah macam semut sebab jammed tu membuatkan otak aku ni pun terkemut2 nak berfikir. En Firdaus plak outstation..jadi aku pun tipon dan berbincang lebih kurang maka jadinya kami mintaklah sesaper kengkawan yang kebetulan ada di ipoh utk p buat acara pemantauan…Akhirnya yg terpilih itu En Azizi..setelah dipantau, katanye die pun tak pasti tapi mungkin juga angin. The next day, otw En Firdaus ke Sg Petani, die singgah ke bt 8 yang dh tak permai tu utk menjenguk sendiri, yesss..umah aku kena pecah siap ada tangga bagai..
Dipendekkan citer, aku pun memecutla balik malam tu jugak. Yg aku nak marahkan ni..bukan stakat pencuri tu jer..tapi bile aku p balai nak buat report..soalan pertama adalah ‘BERAPA NILAI KERUGIAN?’.

AKU: Takler sampai beribu2 sebab barang kemas ke duit cash memang takde pun disimpan di rumah.Cumanya saya nak buat report ni atas formality dan saya rasa pencuri tu mungkin akan datang balik sebab barang2 macam tv, radio sume elok jer dah berbuka wayar penyambungnya..tak termasuk vacuum dan periuk belanga mak aku yang canggih tu disusun kat pintu dapur yang sudah dibukaknya dr dalam.

POLIS: (memandang aku dengan sinis) susahlah kalau nak buat report pun. Takde apa yg hilang sangat pun

(sebab pencuri tu just mampu angkut beberapa barang elektrik yg ringan saja dulu)

POLIS: Lagipun skrang pegawai penyiasat takder, sume sibuk ada kes kat mahkamah. Kalau saya ambik report awak pun, awak kena pergi sendiri bagi report ni kat pegawai penyiasat kat balai polis kg tawas (aku pun tak tau mana hala dan apa motifnya aku yg nak kena hantar sendiri..aku ni ala2 despatch poliskah?huh!!!lagi jahat aku rasakan dr pencuri yg merompak umah aku tu..!!)

AKU: Saya yg nak kena hantar?

POLIS: Yerlah sebab pegawai penyiasat kat sana. Kalau nak datang check pun payah, ambik masa lama, nak carik cap jari sume, adelah nanti dalam 2,3 jam…bla..bla..bla…

AKU: saya tau encik tak banyak benda berharga hilang tp kat kampong ni rasa dah banyak kali dah kes pecah rumah ni. Saya buat laporan ni dan saya ingat nak mintak jasa baik pihak polis buat rondaan kat situ..

POLIS: Hanya terdiam sambil memandang ke PC nyer…Kalau awak nak buat report jugak datang petang karanglah..petang2 baru pegawai penyiasat ader..bla..bla..bla..

Time ni aku punya sukatan bengang dah menjerit2 kat kepala bagaikan nak pecah. Apa yang aku sedar aku sempat menghempas pintu balai polis tu..GERAM!!!!!

Aku tak tau pasal ape jadik macam ni. Nak tunggu sampai ada mayat dengan pisau tertusuk tegak kat dada baru nak anggap kes tu serius ker..atau nak kena hilang juta2 baru nak dianggap sebagai kes ker..atau sengaja tak nak ambik report supaya dieorang tak payah nak update ‘INDEKS STATISTIK JENAYAH’ punye board kat blakang kaunter dieorang tu ker supaya bila orang atasan mintak report dapatlah mereka mengatakan “Kadar jenayah di kawasan kami rendah dan terkawal..” Huh!!!!!!

Sebab sebelum aku tu ade org dari Indah Water pun mai buat laporan loji dieorang kena ceroboh dan bila ditanya apa barang yg hilang..hampir menerima nasib yang sama macam aku jugak bila dikatakan hanya 4 barang yg hilang..tapi bila pengadu tu kata nilai kehilangan adalah lebih 20 ribu..then barulah they took it seriously!!!!!! I am so MARAH!!!!!! That is your job..to protect the nation and of course to ensure the safety of the public. Then what protection that we could hope for if you with that uniform can only sit back and classified the CASES as NOT IMPORTANT until someone is dead!!!! Gitulah gamaknya…kalau rasa tak larat sangat, beban keja sangat banyak ke ape ker..buang sajalah uniform anda dan pergilah cari kerja lain..daripada mencemarkan nama baik institusi itu sendiri!!!!!






Sunday, April 10, 2011

Jom Makan Best di Negeri Sembilan: Scream for ice cream at Ice Room, Nilai 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....



"Selamat datang ke Ice Room..encik nak order aper.."





Alllooowwww… Huh! Susah betul nak cari masa utk update ini story. Tersangat busy dengan macam2 sebelum mampu mengisytiharkan diri as a housewife for two weeks. At home I thought that I could do so many things like rearrange my living hall furniture, reorganize my ‘tomeitomeito’ closet and not to forget updating my blog. But unfortunately my ‘to-do-list’ end up with me entertaining my ‘tomeitomeito’ played ‘guling2’. Kalau tak layan atau terlepas pandang akibat aku terkhusyuk melihat tv maka pitchingnya akan sangat tinggi sambil mencebik mulutnya. Oh anak…!!! Kali ni nak share story pasal makan2 lagi..Oh ice cream you can make everyone scream!! ;-) Yezzz..we had snack time at ice room located in Nilai 1. My instinct whispered silently..

"Ohhhh…inilah yang aku tengok dalam Jalan-jalan cari makan’ tu…arghhh..tapi kenapa aku tak leh nak rasa nikmatnyer aiskrim ni...huhuhuhu"

This year barulah berpeluang keluar2 jalan2 spt biasa krn 2010 aku hanya mampu menghabiskan kebanyakan masa emasku di sepital adanya…hmm..also tak sempat nak story my whole xpriences of my first pregnancy..will write about it soon! Back to the ice room..I love the décor inside the café. Hijau mata memandang dan hijau juga adalah warna kesukaan aku. But unfortunately, my positive aura color was actually pink in color. Hmm..and I wonder! Dipendekkan cerita inilah yang kami order.. My menu..kek tiramisu (very light in texture dan syoookkkkk!! Tidak terasa mual menikmatinya...5 star!!!) and hot organic soy milk (also best sebab rasa soya asli dan memang kurang manis..)..why I don’t have an ice cream in my menu? Sebab still tidak dibenarkan makan ais, kerana harus berpantang selama setahun.. P/S: Mak ada lagipun..hahaha!!


KEK TIRAMISU ( RM 7)


ORGANIC SOY MILK - RM 5


NUT CHASE - RM 7.90 (RECOMMENDED TO ALL NUTS MANIAC)


SNOW ICE - RM 7.90 (RASA MANGGA YG SGT BEST!!! )


BLUEBERRY SNOW ICE - RM 7.90 (KATA EN FIRDAUS KURENNGGG SKIT RASENYER)

 
ROSELLE TEA- RM 5 (LIKE!!!)

Friday, April 8, 2011

Dunia maya, jujurkah?

"Facebook tu dah macam tempat semua orang nak tunjukkan kegembiraan masing-masing. Segala yang elok2 jer kat dalam tu sedang hakikatnya betul ke seperti sume gambar yg diupload..sebab tu selalu yg terjadi bile kita bercakap dgn org tu in person kite akan rasa lain. Malah ada gak yang jadi punca iri hati dan sebagainya bile tengok org lain lebih baik dari kehidupan sendiri. Tak mustahil ikatan persahabatan boleh bertukar cemburu." Huh? Terpempan aku menelan sebutir demi sebutir pandanngan En Firdaus. Sound so serious like he actually own a Fbook! Unfortunately not! Then why does this comment come out? Walaupun ringkas pandangannya tapi memang mampu buatkan aku berfikir. Ya, ada kebenarannya..alam maya..yes..nama pun alam maya..Kita mungkin tak sedar apa yang kita lakukan tapi mungkin ada yang mengundang rasa tak puas hati pihak lain melihat kegembiraan org lain. Tapi sejauh manakah yang dipaparkan di dunia maya itu adalah realiti? As for me, I do facebooking but I'm not addicted to it..and I do love seeing my friends achievement whether in their career or life..but thank you to you En Firdaus for making me realize one other thing in the different perspective..and I will aware of it!

Tuesday, March 29, 2011

Jom Makan Best di Shah Alam: Makan2 at ORCHID THAI RESTAURANT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setelah puas berfikir kat maner nak makan2 for my sista angah n my mak burfdays last 18th and 19th March, maka akhirnya kami tersadailah di Orchid Thai yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam ini. Sebab pertama kenapa restoran ini dipilih adalah krn kami merasakan lokasi ini sesuai untuk membawa anak kecil. Kami memilih tingkat atas yang berhawa dingin dgn susun atur meja bulat yang setiap mejanya mampu menempatkan 10 orang. Lebih privacy krn susun atur perabotnya mempunyai jarak yang selesa di antara satu meja dgn meja yang lain. Lagi pula aku ade keja malam tu..attend dinner client da... Lunch time tu kami one 'small' family pun berkumpul.Hmm, maisng2 pun dah lapar maklumler..sumenyer tak breakfast semata-mata mau makan dan makan lunch tu..hihihi..actually this attitude of skipping breakfast are not advisable at all..but we still love to do it..err....??? What we had for that day? Inilah menu kami yang terasa macam nak makan macam2 nih..hihihi..




Ikan Siakap 3 rasa and Ikan Siakap Stim with nyonya sauce (both is RM38 each), Tom Yam (forgot the pricelah..sorry), Butter Prawn (RM 8/100gm), sotong goreng tepung (RM 10/1 small plate and we ordered 2plate), fried bok choy with ikan masin (RM7) and kerabu mangga (RM8) and RM 1 for each bowl of rice. Air plak kami order 1 big jug of watermelon juice and chinese tea to detox..hihihihi.. (konon2 lah...).

For us, the food was nice. Paling best ikan siakap stim dengan nyonya sauce tu..memang pekat dan best! Tp utk yang tak tahan pedas, die ade pedas skitlah..sayur bok choy tu pun yummm..yummmm...rangup..kerabu mangga pun tekstur die light dan tak masam sgt. Cume the butter prawn tu aku rase udang die mcm tak fresh sgt..sebab rase die tak berapa best dan kulit dier mcm melekat ke udang..susah nak tanggal..aku pernah dengar org cakap kalau kulit susah nak tanggal tu maksudnya itu udang lama..betulkah? Ape yg bestnye makan2 kat sini, kiter leh 'kowtim' dgn staff kat situ utk sambut burfday..ala2 buat surprise gitu..carenyer adalah dgn menyorokkan kek dgn dieorang dan kemudian dieorang akan pasangkan lagu burfday, padamkan lampu sambil membawa kek itu sbg surprise!!!! hihihi..silap hb customer lain pun leh ikut nyanyi the burfday song..kui..kui..kui..and this is the burfday cake..buttercake with pandan flavor (ditempah oleh my auntie di gombak)


Kami pun habiskan masa duduk dan berborak sampai ke kul 3p.m..sehinggalah our lil tomeitomeito sudah start 'humming'..errr..meaning.. "Let's go home ibu...I'm slleepy!!" ;-) And this is the moment that we treasured..





Thursday, March 24, 2011

Pengorbanan

Berkata FIRDAUS kpd ERNY..

FIRDAUS: Kalau syg rasa keputusan abang ni betul, bagi taulah..SMS pun takpe, asalkan abg tau yg syg sentiasa sokong tindakan abg. Kalau rasa tindakan abg ni salah, terus-teranglah supaya kita dapat bincang dan cari keputusan terbaik untuk kita.

Dan ERNY pun cuba utk berfikir..apa ayat terbaik untuk diberi..

Hidup suami isteri adalah tentang perkongsian, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Itu adalah di antara pesanan seorang teman time kat UiTM yang paling dekat dan sentiasa dihati aku. Ya, bila kita berdua, kita perlu bertolak-ansur. Sebagai isteri, aku sebenarnya sgt berterima kasih kerana dia tidak pernah membelakangkan aku dlm apa jua tindakan besar yg bakal diambil. Tapi setelah lama aku berfikir...mungkin ini ayat paling sesuai utk meredakan kekusutan hati EN FIRDAUS ku..

"Memang kita inginkan perubahan dlm hidup..macam yg selalu kita bincangkan. Rezeki yg datang itu pelbagai bentuk.Dalam hal ni, kita diberikan rezeki tp ALLAH uji kite adakah kita mampu berkorban masa berkualiti yg kita ada demi apa yg kita cari? Jika kali ini kita perlu menolaknya, yakinlah yg ALLAH telah berikan kita pilihan dan ALLAH akan sentiasa berikan kita ruang yg luas utk terus mencari rezeki lain di buminya. Yang terbaik buat kita adalah bila kita bersama..insya-Allah, ALLAH akan berikan kita rezeki yang lain dan siapa tahu di masa itu nanti kita tidak perlu berkorban masa berkualiti yang kita ada selama ini...untuk masa ini, kita bersyukur atas rezeki yg dikurniakan..kita tak susah dan mewah itu bukanlah impian..syg hanya nak kita selesa dan masa berkualiti as a family itu sentiasa ada..."

Buat ERNY sendiri, sematka kata2 sendiri ini dihati....

Wednesday, March 23, 2011

Sakit tak?

Itu adalah frasa kata paling popular yang aku kuarkan sepanjang tempoh aku mengandung terutamanya menjelang waktu kelahiran. Pengalaman pertama memang mampu memberikan pelbagai emosi dalam diri. Pertama, mestilah excited!!! Kedua dan selalunya tentulah rasa takut memikirkan sakit ke tak nak melahirkan nanti. Aku berterima kasih sgt2lah pada my beloved sis Zuraita yang selalu saja 'cool' tiap kali aku mengajukan pertanyaan 'Sakit tak?'..hihihi..sampaikan dah masuk hospital pun aku sibuk jer bertanya itu dan ini. "Akak, inject dexa (matangkan paru2 baby, sebab kelahiran pra-matang) tu sakit tak? Akak, nanti kalau operation, sakit tak? Kalau normal, sakit tak? Akak, masuk air tu sakit tak? Masuk darah tu sakit tak?" Yes, that was the typical side of Erny. I am penakut, have to admit that!! Tapi maha suci ALLAH yang menganugerahkan satu kekuatan yang luarbiasa pada seorang wanita bila tiba saat melahirkan. Demi satu nyawa yang sangat istimewa, segala rasa ketakutan itu bagaikan lenyap. Seluruh rasa takut waktu itu hanya dipusatkan pada ALLAH semata-mata.

But then, the phrase of 'Sakit tak?' aku tu tak terhenti kat situ jer. Genap 45 hari, kena bawak anak g cucuk kan..Yes, again that popular phrase come out. Aku ni kalau dlm family, the most degil kot, dan di kalangan kengkawan, akulah yg konon2 paling kuat dan berani. But I don't really know in which way that my lil' 'tomei tomeito' make my strong character become the other way round. Hinggakan aku kena halau dgn nurse2 yang bertugas time tu sebab aku berjaya melakonkan watak penuh airmata dngan jayanya. Congrats Erny, u such an actress!!! Clap! Clap! Clap!!! Maka akhirnya aku pun tersadai di luar pintu dan EN FIRDAUS pun dipanggil masuk. My 'tomei tomeito' pun dipegang bapanya untuk dicucuk. Tak lama lepas tu aku pun dengar satu tangis nyaring membikin hati ini bertambah sayu. Aduuuiii... "Sakit tak wahai anak ibu..."

Dan tiga hari ini, my 'tomei tomeito' diserang demam selsema gara2 berjangkit dari ibu bapaknyer ini. 'Sakit tak anak ibu???' As for conclusion...this one lil' 'tomei tomeito' gave me the big impact of life..I become the most sensitive woman on earth and another popular phrase to EN FIRDAUS since then also is "Ala..ibu tak sampai hati..." Kesian melihatkan lil' 'tomei tomeito' yg slalunya aktif, lasak dan sangat bising uhhh...ahhhh...tetibe jadi senyap jer..cepatlah sembuh wahai anak. Dan aku sanggup walau ala2 pening ke pejabat sebab tak cukup tidur..tapi hati ini sangatler jadi selemah2nye bile bab anak ni..might be that is another part of me..the feminine side of me..hihihi..cume mungkin ada yg pernah berkata kpd aku.. "ala, anak sorang bolehlah nak melayan..tunggulah anak dua esok"..aku tak suka sgt dgn statement ni. Mengapa kita tak boleh utk kekalkan apa saja yg kita lakukan utk anak pertama kpd anak yang seterusnya? Setiap kali dikata begitu, aku cuba sehabis daya utk memberikan peringatan kpd diri sendiri. Aku tidak mahu bercakap mendongak langit, slalu ingin ikut resam padi, semakin tunduk bila berisi...aku harap aku dapat melayan sume anak, insya-allah samer, tiada bezanyer...

I gave my everything for you my 'tomei tomeito'..besar bebaik, nanti kiter leh g shopping same2..hihihihi... p.s to EN. FIRDAUS, tunggu dlm keta pun takpe, kami tak mintak banyak..duit belanja secukupnya saja..ahaks! ;-)




OUR DEAREST 'TOMEI TOMEITO'

Monday, March 21, 2011

Erny Firdaus ‘English Merapu’ Session

Last Friday, aku ada seminar ‘New Perspective of Feeding a Children’ di salah sebuah hotel yang tersergam indah di tengah2 KL..disebabkan aku menumpang Firdaus utk merempit, maka jadinya aku sampai awal. Event yg sepatutnya start kul 10.30 bermula agak lewat juga atas masalah teknikal…

I think I’m a real observer, mungkin the nature of my work buatkan observing peoples become my interest..hahaha!! Kebanyakan reporter that day berbangsa Cina dan doktornya pula dibawa jauh nun dari Kanada. Mata ini tertarik dgn ketibaan one guy. I never see him before. Selalunya reporter yg datang utk event kesihatan ni, kita dah boleh cam mukanya. “Hmmm…gaya lebih sesuai utk buat fesyen spread..”, aku mengomel sendiri sambil membasah tekak dgn secawan espresso. Yes, I’m a coffee lover!! (Kakak bancuh air kat tempat keja aku pun slalu jer ngomel2 time aku mintak kopi o pekat…hihihi..katenye, pahitla dik, leh ke minummmm???)..jgn risau kakak, saya mintak minuman yg saya yakin boleh abiskan..hihihi..tapi atas sebab aku masih menyusukan si kecik maka had limit coffee aku hanyalah secawan saja di waktu pagi..

Ok, berbalik pada citer that one guy..aku terus perhatikan gayanya..(memandangkan event lambat sgt nak start, maka hobi sambilan ini aku teruskan.. ;-) ) tapi tak syok plak kalau minat ini tak dikongsi..so aku kuarkan hp and my first text to my hubby, my best friend and my lover..EN FIRDAUS..

ERNY: Event ni start lambat la plak..kul 11 katanya..dieorang still dok setting lagi..dok berdiri menunggu ni..u know what akhbar… “Tuuuuuttttt####***” antar ‘guava young boy’,hihihi…budak baru kot..slalunya event kesihatan gini kakak2 yg otai yg mai..xmcm penulis kesihatan dgn gaya ala2 tomok..gaya rambut pun alike..but who knows underneath that look, he might be talented and can do the health writing perfectly!Don’t judge a book by it’s cover, remember?”

(Abis saja teks yg pertama, this one guy pun dtg dekat aku dan mula mengajak aku berborak..maka jadinyer..aku pun sembang saja..)

FIRDAUS: Amboi2 terus cakap omputeh nampak..

ERNY: Well, I would like to I’view Dr. Glenn Berall frm Toronto..hihihi..Btw, this tomok guy that I mention just now, he actually the photographer not a writer la my dear…

FIRDAUS: Ooo..that hairy guy is a photographer? I c..

ERNY: How do u know that he is hairy? Emm, mix of mamak like u my dear.. ;-)

FIRDAUS: I know I can smell a mamak from miles away..special gift like pahlawan laut

ERNY: Wow…I’m impress! This tomok guy must be the youngest in his family..

FIRDAUS: Youngest and rambut tercacak? Am I right dear?

ERNY: Not so cacak! Tomok latest hairstyle, long side remos until below the ear..his shoes is frm Gucci u know??? ;-)

FIRDAUS: Uuuuu..stylo mylo..gucci

ERNY: Yep, very mommy kind! Never sabit the grass neither change the bulp..ohhh my..where does the man like hang tuah gone?

FIRDAUS: Not gone but here my dear..firdaus..pahlawan laut…

ERNY: Pahlawan laut that can’t swim? So canggihlah u my sweetheart!! ;-)

FIRDAUS: Technical error, can fix what..hahahaha!!

ERNY: Grrr….. ???####*** (I think that’s why I love u lah En. DAUS..always hv idea to merapu!!!)

ERNY FIRDAUS: Kesimpulannya, budak2 sekarang lebih suka mengikut trend atau lebih tepat lagi gemar menjadi ‘follower’ tanpa mengetahui apa yang mereka ikuti..daya tahan diri semakin susut malah tak ramai yang memilih utk menjadi ‘trend setter’. Again, I do miss seeing the real Malay man so much!!

Monday, March 7, 2011

pergi jauh2!

Aku tak tahu apa yang bersarang dihati..berkali sudah diusir pergi tapi rasa ini terus kuat mencengkam jiwa. Ya, aku sedar salah utk aku menyimpan perasaan ini tapi entahlah..sgt berat penanggungan..ingin rasa itu berlalu krn itu adalah satu sejarah lama..ingin rasa itu berlalu krn yg patah tak akan mungkin bertaut kembali...ingin rasa itu berlalu krn aku..dia..dan kami...sudah lama berlalu....

'Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya'