Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, May 13, 2013

Resipi: Sotong Sumbat Masak Sambal


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Semalam adalah sambutan Hari Ibu..tapi pada aku, tak perlu tunggu Hari Ibu pun baru nak ingat…jadikan setiap hari adalah hari Ibu..betul tak? Cumanya semalam adalah masak special sikit. Hari Sabtu aku kerja, jadi taklah ke mana-mana melainkan pagi Ahad tu pergi ke pasar sekejap.
Menu untuk semalam adalah…….

SOTONG SUMBAT MASAK SAMBAL



Ya, hidangan ini adalah hidangan peberet mak aku. Selalunya kami buat bila tima bulan puasa atau bila time dapat sotong yang besar-besar saiznya… ;-)

Masak sotong ni taklah susah, Cuma renyah sikit…sebab banyak langkah-langkah penyediaannya…dan sotong sumbat ni, kita sumbat udang ya, bukan sumbat pulut macam yang biasa orang kelantan buat...

Bahan-Bahan:

Cili Kering (ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 batang serai
2 biji buah keras
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit halia
Sedikit Belacan
(* Semua bahan-bahan di atas untuk dikisar)
7 ekor sotong (saiz besar)
1/2 kilo udang (saiz kecil, dibuang kulit dan dicincang halus)
Sedikit daun bawang
Cili Merah (dipotong halus)
Sedikit garam
Serai untuk dititik ke dalam kuah
1 biji santan

Cara Membuat:

Penyediaan Sotong

1. Isi udang yang dicincang dicampur bersama daun bawang dan hirisan cili merah. Gaulkan bersama sedikit garam.
2. Sumbatkan ke dalam sotong dan gunakan lidi untuk tutup hujungnya.
3. Setelah siap, goreng sotong seketika di dalam minyak panas. Isi yang disumbat tadi, jangan terlalu padat sebab sotong biasanya akan mengecut apabila dimasak. Kalau terlampau padat, risau terburai isinya waktu menggoreng.


Inilah isi udang yang dicincang bersama daun bawang dan cili merah, utk disumbat ke dalam sotong

Penyediaan Kuah 

1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang dikisar.
2. Kacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air. Masukkan lebihan isi udang yang dicincang ke dalam kuah untuk berikan kepekatan kepada kuah.
3. Masukkan serai yang dititik bersama sedikit air asam jawa.
4. Perisakan dengan sedikit garam. Kemudian masukkan sotong.
5. Akhir sekali masukkan santan dan biar sehingga mendidih. Terus padamkan api,
6. Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)