Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, April 27, 2017

Jom Makan Best di Kampar: Kelapa Leleh yang semakin viral itu.....!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Ya betul, caption bab makan semalam itu adalah benar. Ibu bab mencari tempat makan yang sedang viral, sangatlah pantas. Kelapa Leleh Kampor ini ditemui dari Instagram seorang sahabat. Pantas saja DM bertanyakan lokasi…hahhaha….dan ke sinilah kita pada petang itu…..


Waktu kami sampai ini orang dah ramai.Kena bertabah jugalah nak mencari tempat duduk. 

Lokasinya di No.1 Gerai pertanian Jalan Iskandar Kampar, ia berhadapan dengan Masjid An-Nur Kampar dan gerai ini juga berhampiran dengan jalan susur untuk ke Teluk Intan.


Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup) Mereka juga selalunya tutup seketika pada jam 7.00 p.m untuk solat Maghrib. Boleh check FB Kelapa Lelehhhh KampoR untuk waktu operasi terkini. 

Mari kita lihat menu yang ada di sini. Ini menu time kami pergi beberapa bulan lepas. Sekarang menunya dah bertambah, ada western lambak lagi…kedainya pun dah semakin ditambah baik. 





Lempeng kelapa yang dimakan dengan sambal ikan bilis. 


Sedap sangat….memang aku suka sangat. Macam serasi sangat rasa dia semualah. Over kan… *ok, terliur!* hahaha…


Pekena pula dengan kopi o kaw satu…fuuhhhh! 
Ok, inilah masa yang dinantikan... menu yang sangat viral itu…Kelapa leleh….




Bayangkan kalau makan di kala cuaca terik…syahdu kan…. 


Tengoklah si kakak ni…memang model kelapa leleh betul..meleleh-leleh makannya….hilang terus aura Tyra Banks wannabe..ahaks!

Ini pula ais jagung…sedap..banyak jagungnya. Bagi penggemar jagung macam aku, this is a must try!

Ini pula air Incik Daus..biasalah... 'Raja Minum Air', mana pernah order satu jenis minuman aje haaa...lai chi kang...
  
Untuk kakak, kita order laksa fish cake. Memang kena sangatlah. Kakak memang suka laksa dan fishcake. Specialnya laksa ini, dimasak guna mangkuk ini…


Oklah ya kawan-kawan sekalian..berikut disertakan segala info tentang Kelapa Lelehhhhhh Kampor, Makan sampai meleleh ini.....jangan lupa cuba okay....



Wednesday, April 26, 2017

Jom Terokai Perak: Keindahan warna-warni Bandar Agacia tarikan terkini di Kampar



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alloowww..apa cerita kita hari ini ya? 

Kita borak sambil tengok gambarlah….


Bandar Agacia yang terletak di Pekan Kampar merupakan sebuah kawasan baru di daerah ini yang menampilkan konsep bangunan warna-warni yang sangat cantik dan sesuai bagi pencinta ‘selfie’ dan ‘wefie’. 


Juga dikenali sebagai ‘The Trails of Kampar’, lokasi yang mengetengahkan idea yang sinonim dengan pembangunan ‘The Trails of Redmond., Washington’ ini dikatakan bakal menjadi tarikan terbaru pelancong dan juga pelabur ke negeri Perak. 

Untuk mencari lokasi ini mulanya kami memusing juga. Landmark yang paling tepat adalah berhampiran kampus UTAR tetapi anda perlu memandu jauh ke dalam lagi. Kawasan ini masih lagi dalam fasa pembangunan di mana rumah-rumah yang dibina di dalam lokasi ini juga berkonsepkan ‘American-styled Resort’. 


Kami tidak merancang pada mulanya untuk ke sini, sekadar mengikut Incik Daus yang bekerja di hari minggu. BIasalah, alang-alang ikut, haruslah pandai menyelit aktiviti. 

Aku secara peribadinya, sangat kagum dengan konsep yang diketengahkan. Menarik, cantik dan segar mata memandang. Sangat best untuk berposing acah-acah model…heheheh…

Ramai yang datang ke kawasan ini memang dengan niat untuk bergambar, jadi silalah mengikut giliran ya….hehhehe….

Sebelum apa-apa, nak mintak tolong ni..tolonglah teruskan scroll entry ini atas tanggungjawab sendiri ya…banyak sangat gambar ala-ala semangat keyakinan yang tinggi menggunung..hahhaha…
 







 

Ewahhh..yang dua orang ni pula acah-acah ko kunci lakimu dalam phone box..hahahha...bolehlah gitu tajuknya...


Wahhhh…ini namanya aksi nak caras Tyra Banks ke anak oiiii..ahaks! 

Then bagi lagi peluang couple perasan hot ni shooting konon-konon post-wedding... hehehhehe...


 







Jikalau perasan, ada entiti menyorok di sebalik ibu...merajuk..tapi ibu malas nak layan sebab ibu kalut layan posing...hahahha...


Thank you Bapak, we love you…makan jom! Eh..eh..gitulah konsep sayang ada makna…. 

Anyway, bagi anda yang ingin ke sini, boleh waze lokasi seperti mana kami lakukan...


Bandar Agacia, 31910 Kampar, Perak






Tuesday, April 25, 2017

Jom: Terokai Perak: Eksplorasi ke Taman Rekreasi Gunung Lang...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar semua? Harapnya sihat la ya…hari ini baru Selasa..jauh lagi nak menyampai ke Jumaat…hehheheh…marilah kita kuatkan semangat… 

Hari ini aku nak berkongsi mengenai salah satu taman rekreasi yang terdapat di negeri Perak. Kalau nak diikutkan, di Perak memang terdapat banyak lokasi yang sangat sesuai untuk dilawati bersama keluarga. Namun entah kenapa tak ramai yang tahu dan kebanyakan tempatnya pada pendapat aku perlukan pemulihan dan penjagaan khusus. Bukan apa, sayang sangat kalau lokasinya cantik tetapi tidak dipelihara dan dilakukan sebaiknya untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung ke sini. 

Ok, enough of voice out my own thought. Sekarang marilah kita menuju ke seberang…bukan seberang tambak tapi ke seberang, melihat apa ada di Gunung Lang ini. 


Taman Rekreasi Gunung Lang ini terletak berhampiran Jalan Kuala Kangsar. Masih hijau dan sangat damai. Bagi anda yang ingin membawa keluarga untuk bersantai, beriadah atau mencari ketenangan…di sini adalah destinasi yang sangat bertepatan.  P/S: Jangan pula pi panjat signboard ni naaaaaa….


Ia mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2000 dengan keluasan 30.35 hektar. Kawasan ini dibahagikan kepada dua bahagian dengan dikelilingi oleh tasik dan juga berlatarbelakangkan dua buah gunung batu kapur iaitu Gunung Lang dan Gunung Bilike.


Subhanallah..cantik pemandangan…. 


Marilah kita meneroka bersama….


Anak dara Incik Daus pun tidak ketinggalan menunjukkan bakat....hailahh anak...cepat betul besar..


Sebelum itu..haruslah kakak nak bagi ikan makan. Boleh beli makanan ikan di kaunter. RM1 sebungkus. Memang besar ikan-ikan kat sini. Seronok tengok ikan-ikan merebut makanan. 





Perjalanan kemudiannya kami teruskan dengan menaiki bot untuk ke seberang. Berikut harga tiket yang ditetapkan:





Apa ada di sana? Jeng..jeng..jeng…ada macam-macam…


Ada view yang Subhanallah…cantik…boleh photo-shoot ala-ala you jump, I pejam…di sini..hahaha…


Ya, bukan kami …tapi Incik Daus lebih over sibuk nak selfie secara individu… #weallsentap 


Jadinya, kakak...silalah ganggu fokus bapakmu itu...


Salah satunya yang berjaya menambat hati kakak..dah tentulah…..


Boleh naik basikal, pusing-pusing di sini dengan kadar sewaan yang sangat minima mengikut jenis basikal. Kalau tak salah aku tak lebih dari RM 10 untuk satu jam…maaf tau, ahkak is lupa… hehehhe…


Nampak tak, ada budak tu sangatlah bercita-cita tinggi. Tak mahu naik basikal roda tiga, rasa yakin macam boleh bawa basikal tinggi roda dua. Nampak tak muka bapak dah stress. 

Lebih stress bila kakak juga telah menggunakan kuasa veto dalam memilih basikal untuk bapaknya…

Taaaadddaaaa….


PINK u all…hahahha…..

Please bapak..you such a sweet handsome dad… kih..kih..kih… demi anak kaedahnya..cuba kalau ibu yang tiba-tiba belikan t-shirt atau kemeja warna pink untuk bapak..haruslah tak akan pakai tu…. *anakalwayswin 

Penat juga rupanya naik basikal pusing keliling kawasan walaupun sebagai pembonceng…


Yes I know, Ibu yang lebih over-excited. Cubaan untuk feeling like a loving hot couple…hahhaha….





Rasa seronok sangat sebenarnya dapat spend time with family. Meskipun tak jauh, tapi berbaloi. Cuaca tidak terlalu panas kerana dikelilingi pepohon yang menghijau. Ada juga yang bawa tikar dan berkelah di tepian tasik. Best kan….



Punyalah bersungguh kami mengayuh sampailah ke hujung kawasan yang menempatkan Menara Peninjau. Dari atas menara ini anda boleh lihat ke seluruh kawasan. Kami tak naik pun sebab kepala lutut dah bagaikan nak tercabut dek kerana mengayuh basikal. Errr..ibulah tu…heheheh….

Di sini juga ada menempatkan beberapa sangkar mini bagi pelbagai jenis haiwan yang bersaiz kecil seperti burung, ayam hutan dan sebagainya. Ada juga satu kawasan luas untuk burung unta. Malangnya waktu kami pergi ini, kawasan ini sedang ditutup untuk penambahbaikan. Jadinya banyak sangkar kosong sahaja.

Maka dengan itu, berilah keizinan untuk ibu menjadi model payung seketika…. :p


Biasalah, inilah port kena beratur okay…semua pun nak ambik gambar kat sini termasuklah yang menulis entry ini..hahahha…

Selepas lebih kurang dua jam lebih, kami pun kembalilah ke tempat asal. Ingatkan dah bolehlah balik tetapi sebaliknya yang jadi. Kakak nak sambung bagi ikan makan. 

So terpaksalah ibu dan bapak sambung posing….hehehhe…

Di luar kawasan Gunung Lang ini juga terdapat taman permainan kanak-kanak. Kalau tak nak ke seberang, boleh juga menghabiskan masa di situ. Cumanya dah alang-alang datang…better explore!

Bagi yang ingin ke sini, berikut alamatnya:

Taman Rekreasi Gunung Lang
Off Jalan Kuala Kangsar,
30010 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi:  8am - 12noon / 1.30pm - 7pm (Isnin-Khamis)
      -8am - 12noon / 2.45pm - 4pm (Jumaat)
      -8am - 6.30pm (Sabtu/Ahad/Cuti Umum)