Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, September 10, 2014

Resipi: Kuih Bakar Pandan Yang Mudah dan Sedap Berlemak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ehhh..resipi lagi? Wahhhhh…betulke ahkak ni? Masak memasak aje nampak gayanya minggu ni…heheheh..saja, bila ada masa lapang..apa kata kita asah bakat masterchef yang tersembunyi dalam diri, ewah! Ayat macam super best aje kan. Takdelah, aku bukan apa..Cuma bila kakak dah besar sikit, banyaklah masa boleh kembali menggodek resipi di dapur. Aku masak menu yang ringkas-ringkas aje buat masa ni sebab kalau nak beria bagai buat kek dengan hiasan semua, dapur pun tak sempurna lagi. Slow-slowlah ya..mana tahu esok-esok aku buat kek 8 tingkat ke..hahahah! *okay u alls..itu ayat imaginasi yang over..hehhe..*

Kuih Bakar Pandan ni, boleh dikatakan memang kuih kegemaran aku. Lebih kurang sama macam kuih bahulu kemboja tu..yang bentuk bunga tu. 



Aku memang tak pernah pun cuba buat kuih ni sendiri, selalu beli aje. Tapi adalah satu hari yang permai tu..aku pun berblogwalkinglah..dan aku terpesona dengan hasil kuih ni dari Blog Kak Azie Aku pun berniatlah mahu mencuba. Memang banyak versi resipi Kuih Bakar Pandan ni dari blog Kak Azia, jadi aku mencubalah resipi beliau yang ini….resepi-ii-kuih-bakar-pandan

Aku olahlah sikit mengikut kesesuaian selera, bahan dan saiz tray yang aku ada. First time buat kuih ni, waktu Ramadhan yang lalu. Siap tapau hantarkan ke rumah mak. Siap mak tanya, “Beli kat mana kuih ni..sedap…”..Hmmm..nampak sangat betapa anaknya ni jarang membuat kuih-muih tradisional macam gini kan…tapi dalam hati sedikit berbunga-bunga rianglah..wahhh..mak puji sedap..macam hebat plak terasa diri ini..kasik kuak selendang skit..hahahha! Kuih ini tidak dibeli wahai mak, dibuat oleh anakmu sendiri, ewah!

So baru-baru ni, kan sepanjang minggu sakit tekak tu lah, terasa teringin plak nak menikmati kuih ini dengan secawan teh o panas. Maka ajaklah Incik Daus keluar mencari daun pandan. Dulu senang, masa arwah Abah ada, rajin arwah abah tanam pokok pandan kat rumah tapi bila abah dah tak ada semua pokok-pokok tu pun tak berjaga. Memang dulu kalau datang rumah kami, dah macam galeri tanam-tanaman tau. Ada pokok mempelam, macam-macam jenislah, mempelam epal, harum manis, mempelam telor..macam-macamlah. Pokok kacang bendi pun ada tau. Sekarang ni, pokok rambutan yang arwah abah tanam tu, masih setia mengeluarkan buah..masak elok, isi pun lekang..manis. Itulah yang menjadi minat cucunya, si kakak. Kakak pantang nampak pokok rambutan tu berbuah, memang suka sangat makan buah rambutan. Jenuh Opah bising sebab makan banyak-banyak nanti batuk. Eh, sorrylah ya..terlanjur plak bercerita kisah-kisah silam zaman waktu arwah Abah ada. Rindu barangkali… Al-Fatihah…

Ok, berbalik kepada cerita nak membuat kuih bakar pandan ini..mungkin dugaan agaknya nak makan kuih ni..tak jumpa plak daun pandan di pasar. Tanya mak cik ni, dah abis, tanya plak makcik yang lain..pun habis juga. Pusing plak ke kedai-kedai runcit yang ada jual barang basah, Alhamdulillah, akhirnya terjumpalah di satu kedai ni..itu pun yang terakhir punya stok. Kalau buat kuih ni pakai pati pandan yang asal, wangi saja nanti baunya naik. Baru sesedap lemak secukup rasa gitu, ewah!

First of all, meh aku tayang dulu gambar bahan-bahan dia…ini yang telah aku olah, tak banyak perubahannya, sikit je…


1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 ½ cawan tepung gandum
2 ½  cawan santan (500ml)
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan (untuk ditabur)

Cara Membuat:

Mula-mula, kisar daun pandan dan ambil patinya sahaja. Asingkan.
Masukkan kesemua bahan-bahan didalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
Dalam pada itu, panaskan ketuhar, aku guna api atas bawah, dengan suhu 180 darjah selsius.

Aku pakai Loyang segi empat seperti di bawah ni, dalam 22cm saiz diameternya. Sapukan mentega di sekitar Loyang.







Inilah hasilnya sebelum dibakar. Taburkan bijan di atasnya. 


Ampunkanlah resolusi gambar..ambik gambar tak off flash..hehehe...

Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah. Then aku tambah lagi ekstra 10minit, tapi kali ni hanya menggunakan api atas sahaja..untuk bagi bijan tu garing sikit..


Inilah hasilnya setelah mula-mula keluar dari oven...biarkan sekejap ye...jangan potong time panas-panas walaupun tak tahan dengan godaan wangi dia..hmmm..harum sungguh...


Alhamdulillah...sudah siap..aku suka sangat resipi ni..sebab ia mudah dan memang sesedap rasa...cubalah ya...


11 comments:

  1. Mmg sdap kuih ni..lemak bkrim..dh try..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...sedap kan shery... mekasih, sudi cuba.. ;-)

    ReplyDelete
  3. Salam...maaf tp saya kurang faham...guna api atas bwh, letak loyang bwk skali ke di tengah2...harap jelaskan...trima ksh...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. loyang letaklah bawah sekali,,guna api atas bawah,,setiap oven adakan menunjukkn api atas bawah,,pusing bahagian tu,,,tq

      Delete
  4. Anonymous: Oooo..api atas bawah tu adalah setting pada oven..loyang tu kita letak tengah2la..atau dekat tempat biasa pada oven..cuma nanti adjust button api pada oven tu...

    ReplyDelete
  5. awak, saya dh cuba resepi awak ni... saya suka sgt sgt.. JazakAllah :-)
    mmg rasanya perfect buat kami sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...seronok sy dengar.... ;-)

      Delete
  6. uishh sedap tu...bolehla bawa pergi ofis...makan bersama kawan2 tersayang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab sedap tu betul...bab bawak p opice tu boleh difikirkan..tp bab makan bersama kawan2 tersayang tu...cer spesifik skit.,..ramai sgt yg sayangkan I kat opice tu..muahahhaha...

      Delete
  7. Mentega tu utk sapu kat loyang shj ke atau blend sekali.

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)