Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, October 24, 2016

Jom Terokai Perak: 7 lokasi Art of Oldtown hasil terjemahan kehidupan di Oldtown Ipoh…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Last week bercuti seketika daripada blog…mood ke laut china selatan plak…busy juga last week, maka balik nak tidur je mata ni…Suri Hati Mr. Pilot pun jadi surirumahtangga mencari bantal dan katil aje..ahaks!

Ok, jom nak sambung sikit lagi story masa bersiar-siar di Pekan Ipoh tempoh hari. Pekan Lama Ipoh, sememangnya terkenal dengan kepelbagaian keindahan budaya masyarakat majmuknya. Pelbagai latar kehidupan menjadikan Ipoh sebuah pekan yang unik dan sangat klasik pada aku.

Bagi mengabadikan segala memori kehidupan masyarakat majmuknya ke layar mural, Projek Art of Oldtown telah dilaksanakan dengan ilham seni oleh Ernest Zacharevic pada sekitar tahun 2014 yang lalu. Bermula dari 7 lukisan mural, kini jika aku perhatikan sudah terdapat lebih banyak dari itu di mana ada di antaranya adalah ilham anak muda dari Ipoh sendiri. Pengunjung kini boleh juga menemui berbelas-belas mural tiga dimensi (3D) dan lukisan dinding yang memiliki pelbagai cerita tersendiri di belakang deretan bangunan lama di Jalan Sultan Yussuf, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Masjid yang terletak berdekatan.
Ok, untuk sesi lawatan kali ini aku bawa melawat ke 7 lukisan di bawah Projek Art of Oldtown terlebih dahulu. Itu pun, yang berjaya kami jengah dalam 4 lukisan. Baki 3 mural, dah tak larat nak jalan. Insya-Allah, kalau ada peluang lagi lepas ni…akan ku usahakan… ;-)



Ini adalah peta lokasi kesemua kawasan lukisan mural berkenaan. Ada GPS koordinat juga bagi memudahkan pengunjung untuk menjejaki kesemua lukisan mural ini.


Hummingbird. Pekan lama Ipoh sememangnya dikenali dengan pepohon tinggi yang masih setia di tengah bandar. Bangunan-bangunan lama juga kebanyakannya masih dikekalkan dengan di kelilingi keindahan alam. Pokok-pokok tinggi ini masih lagi dihinggapi burung-burung dan anda boleh dengar dengan jelas kicauan burung sewaktu lewat petang di sesetengah kawasan. Inilah di antara keunikan yang diambil untuk dijadikan lukisan mural yang terletak di Jalan Panglima, Ipoh.


Ipoh dan keenakan citarasa kopi sebenar. Apa yang dapat menyangkal fakta tentang ini. Malahan Ipoh White Coffee sering menjadi sebutan penggemar kopi. Inilah cara pelbagai lapisan masyarakat di sini menikmati kehidupan di kala santai…menyisip kopi O kaw yang beraroma…sedar-sedar, dah habis…hehehe…


Dalam banyak-banyak mural, mural inilah yang paling aku suka. Ia menggambarkan evolusi Perak khususnya di Ipoh ini dari sebuah pecan bijih timah kepada sebuah bandaraya yang membangun pesat. Pembangunan yang berlaku di sekitar Ipoh pada aku masih lagi diimbangi dengan pengekalan warisan sejarah dan budaya yang menjadikan Pekan Lama Ipoh ini bagaikan sebuah pekan yang sangat klasik.


Satu lagi lukisan yang menggambarkan Ipoh dengan satu menu yang paling simbolik- WHITE COFFEE. Lukisan mural ini boleh anda temui di Jalan Bandar, Ipoh.
Oh dan di bawah ini adalah lukisan paling cantik sepanjang perjalanan kami ini…


Hahha..xlah…mudah terhibur…hahaha…ini tuan punya blog beria bergambor hilangkan penat berjalan…


Friday, October 14, 2016

Jom Terokai Perak: Apa yang menarik di Concubine Lane?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Perak sememangnya sangat terkenal dengan pelbagai kisah sejarah daripada penjajahan British sehinggalah ke era kemasyuran pelombongan bijih timah. Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Perak, pasti anda akan lihat banyak bangunan lama khususnya di kawasan Pekan Lama Ipoh. Tahukah anda bahawa di setiap bangunan lama ini terkandung pelbagai kisah sejarah lampau? Jika anda lalui lorong-lorong di celahan bangunan ini juga, anda akan temui pelbagai kisah tersembunyi.


Di antaranya adalah Concubine Lane ini. Lorong yang dahulunya juga dikenali sebagai ‘The Mistresses Lane’. Pasti tertanya-tanya bukan kenapa gelaran lorong ini sebegitu? Concubine Lane ini telah dibuka oleh salah seorang ‘tycoon’ bijih timah pada tahun 1892. Kawasan ini dibina semula selepas berlakunya satu kebakaran di Pekan Lama Ipoh pada waktu itu. Menurut sejarah, lorong ini dibinakan rumah yang diserahkan sebagai kediaman untuk ‘perempuan simpanan’, bagi ‘tycoon’ bijih timah itu. So, here we go the asal usul of this lane… 


Kini, Concubine Lane ini telah dijadikan tempat tumpuan pelancong luar dan tempatan dalam sebahagian dari ‘Jejak Warisan Ipoh’.


Di sepanjang laluan ini, terdapat pelbagai aktiviti perniagaan dengan masih mengekalkan sebahagian besar dari ciri binaan asal bangunan di sini.





Lepas ni tak perlu ke Cameron Highland dah kalau nak memborong pokok kaktus. Di sini pun banyak ni....pilih..pilih... 



Pelbagai barangan hiasan yang sangat unik dan klasik boleh didapati di sepanjang jalan ini. Koleksi 'rare' sebegini sangat sesuai untuk disimpan sebagai kenangan atau sebagai cenderahati kepada keluarga dan taulan. 

Terdapat juga pelbagai tarikan lain seperti kenderaan yang sering digunakan oleh peniaga makanan di tepian jalan…


Syok betul Nampak…hehehe..tinggi juga okay..jenuh nak panjat naik….

Salah satu tarikan lain yang sangat best untuk dicuba adalah ini…


Ya, anda harus mencuba keenakan aiskrim gaharu ini….

Terdapat pelbagai produk makanan berasaskan gaharu di sini termasuklah teh ini. 


Aku cuba juga teh ini, tapi pahit pada aku..hehehhe…kawan aku cakap sedap je..agaknya sebab aku tak tahan pahit kot…Tak usah risau kerana produk di sini adalah halal.


Tapi berbeza pula dengan rasa aiskrim dia…


Haaa…tengok muka aku je dah tau kan keterujaan rasa aiskrim ini…Sedap berlemak…rasa dia ringan je, tak terlalu manis. Memang aku suka sangatlah!


Ok, kami dah tiba di penghujung jalan dan diberi penerangan seterusnya oleh pemandu pelancong kami yang berkemaja pink lembut itu…mana lagi nak pergi ya…

Oh, before that, ada di antara gambar-gambar di dalam entry ini terpaksa aku kaburkan untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari…harap maklum ya wahai sahabat pembacaku sekalian….

Lokasi Concubine Lane ini adalah seperti berikut:

Concubine Lane
30000 Ipoh
Perak
Malaysia


Thursday, October 13, 2016

Jom Terokai Perak: Menjejaki bangunan bersejarah di Birch Memorial Clock Tower dan Ipoh Town Hall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Rasanya ramai yang dah tahu bahawa 2017 merupakan Tahun Melawat Negeri Perak, #Visit Perak 2017. World of wonders telah terpilih sebagai tema bagi tahun berkenaan. Kenapa World of Wonders? Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan dari lokasi yang terpelihara flora dan faunanya seperti Royale Belum, keindahan pantai di Pulau Pangkor dan Negeri Perak juga gemar dikunjungi bagi mereka yang ingin meneroka sejarah lama. Contohnya Kota Tampan di Lenggong, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Kellies Castle di Batu Gajah dan banyak lagi.

Bersempena dengan kempen #VisitPerak2017, aku dan kawan-kawan telah diberi peluang untuk meneroka negeri kelahiran kami ini (tapi ada juga yang dalam group tu memang bukan anak Perak…heehehhe..so real touristlah..ahaks!). Aku akui sebagai anak jati Perak pun terlalu banyak tempat yang aku tak tahu akan kewujudannya. Nampak tak? Nampak tak yang aku kena gi berjalan-jalan meneroka Negeri Perak ini dengan lebih jayanya…hahahha….

Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah Ipoh Town Hall atau dikenali sebagai Dewan Bandaraya Ipoh. Disebabkan kami belagak TOURIST, maka gambar kami posing haruslah banyak…heheheh…bertabahlah ya mengadap beberapa siri entry ini…


Serba ringkas berkaitan Ipoh Town Hall ini, bangunan ini merupakan pusat pentadbiran kerajaan pada zaman pemerintahan British di Perak. Lokasinya sangat strategik kerana terletak di tengah pusat bandaraya Ipoh yang kini lebih dikenali sebagai Pekan Lama, Ipoh.


Ciri bangunan yang sangat klasik dengan mainan warna putih polos sangat menaikkan lagi seri bangunan ini pada aku secara peribadi. Ipoh Town Hall bukan sahaja sesuai dilawati bagi mereka yang sukakan monument lama dengan ciri rekaan berteraskan rekaan Moghul tetapi sangat indah lanskapnya untuk sesi fotografi. Banyak juga fotografi perkahwinan dilakukan di sini….




Antaranya of courselah pemilik blog ini sendiri..hahaha..akulah tu. Ya, aku memang suka dengan bangunan yang bercirikan klasik ini. Biasan lighting semulajadi dari luar bangunan, cantik kan…. Ditambah pula dengan seri pengantin…eh..eh..tetiba kan..hehhee….tapi tu bukan aksi yang diinspirasikan dari aksi viral Che-Ta dan Zain Saidin mahupun Scha dan Awal ye...harap maklum...hehehhe

Selain daripada itu, Ipoh Town Hall ini juga sering dijadikan lokasi untuk diadakan Majlis Perkahwinan….

Kemudian, dari sini, kami berjalan kaki untuk ke Birch Memorial Clock Tower yang lokasinya di belakang Ipoh Town Hall ini. Anda boleh berjalan dari sini menghala ke Masjid Negeri Perak (Ipoh).


Menara Jam ini telah siap dibina sekitar tahun 1909 dengan ketinggian 6 kaki 6 inci. Menara ini juga mempunyai satu loceng besar dan empat lagi loceng kecil mengelilinginya. Di tengah Menara ini juga terdapat ukiran ‘terracotta figures’ yang melambangkan empat era pemerintahan British di negeri Perak.


Berhadapan Menara ini juga disediakan serba ringkas sejarah berkaitan Birch Memorial Clock Tower untuk dijadikan bahan pembacaan yang dating berkunjung.
Bagi anda yang ingin ke sini, berikut adalah alamatnya…

Birch Memorial Clock Tower
31650 Ipoh Perak

Anda boleh juga melayari laman sesawang Perak Tourism ini untuk informasi yang lebih jelas dan tepat…


Ini dulu untuk hari ini, nanti aku sambung lagi entry menjelajah ke negeri sendiri ini ya… ;-) 

Friday, October 7, 2016

Jom tonton Deepwater Horizon...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tengok wayang. Rasanya dah berkurun lama tak pernah keluar tengok wayang berdua dengan Incik Daus. Sebab tak sampai hati tak bawak kakak. Jadinya mostly kami akan pilih movie yang kakak boleh tengok sama.
Baru ini masa public holiday hari tu, Incik Daus ajak tengok wayang. Konon dating sebelum burfday I la tu…hahhaha… Aku ad abaca tentang review film ni…




Jadi, kami pun pilih movie ini untuk ditonton.

Filem ini ditulis berdasarkan kisah benar kebakaran yang berlaku di offshore drilling rig pada tahun 2010. Pada aku, filem ini best untuk ditonton. Walaupun agak slow pada permulaan, tetapi penting untuk berikan tumpuan. Kalau x, memang nanti dah terpancut minyak dan lumpur bercampur-campur tu, dah meletup terbakar..barulah nak tanya…eh..kenapa jadi macam tu, apa punca..eh..eh…tetiba habis…langsung u all tak leh menikmati part mencemaskan tu nanti…hehehhe

Cuma aku akui, content dia memang ada masanya agak teknikal. Aku pun xpaham..hahaha..mujur ada abam sado yang explain… ;p

Lakonan Mark Wahlberg pada aku sangat mantap. Penjiwaan watak semuanya umphhh. Part sedih masa kehilangan kawan-kawan dan part last tu..sangat touching ok. Kebakaran ini telah mengakibatkan kematian lebih kurang 7 krew. Nama-nama syarikat dan konsultan yang terlibat dalam kejadian berkenaan juga dikekalkan.

Tapi kalau u all mengharapkan sebuah filem yang full of action, memang ini bukan filemnya. Dia bergerak seadanya mengikut kejadian sebenar.
Selamat menontonlah ya… ;-)


Thursday, October 6, 2016

Salam Sayang Buat Kakak & Adik....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….


Hari ini
6 Oktober…
Setiap tahun…dua perasaam yang sering bersatu…

Dear Kakak,
Happy Birthday sayang…
Semoga Membesar menjadi anak yang solehah, baik dan lembut tutur kata…
Semoga dimanfaatkan segala ilmu ke jalan Allah…

Dear Arwah Adik,
Al-Fatihah sayang…
Tak pernah sesaat ibu lupa dalam setiap langkah dan doa…
You were here for a moment, but left a lifetime of love in my heart…
Kakak and Adik, Both of YOU have been a blessing from Allah to Ibu and Bapak.
We LOVE BOTH OF YOU eternally…

Yours Sincerely,

Ibu & Bapak…

6.10.16 

Monday, October 3, 2016

Resipi: Vanilla Muffin dengan Kismis dan Coklat Cip yang sangat mudah dan sedap!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam Maal Hijrah buat anda semua….Semoga dipermudahkan kita untuk hijrah ke arah kebaikan dengan niat kerana Allah…Insya-Allah…

Apa projek u all hari ini? Kalau tak tahu nak buat apa, meh aku suggest, baking bersama anak-anak. Tapi memang kesabaran akan diujilah..hehehhe..especially untuk memastikan taka da sesiapa yang bermandikan tepung…hahahah!


Kakak lama dah asyik ajak aku baking. Cuma mood nak baking memang hilang ke mana tak tau lately. Maka jadinya, ada satu weekend tu bila kami hanya tinggal berdua…so jomlah baking. Kesian pula kakak bosan duduk rumah dan aku pula malas sungguh nak keluar. Incik Daus kena kerja pula minggu itu.

Aku guna resipi asas buat muffin yang sangat mudah, dari blog NINA MIRZA

Vanilla Muffin dengan Kismis dan Coklat Cip

Resipi Asal: http://ninamirza.com/




 Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Kismis /Coklat Cip (Kalau resipi Nina, dia letak di atas sahaja. Aku pula sendukkan adunan sedikit, dan kemudian aku taburkan kismis/coklat cip. Aku sendukkan lagi adunan di atasnya, sebelum aku taburkan sekali lagi kismis/coklat cip). Aku buat separuh kismis dan separuh lagi coklat cip. Satu adunan boleh dapat dalam 12 biji muffin kesemuanya.

Cara-caranya:

Panaskan oven pada suhu 180c-190c


Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk


Buatkan lubang di tengah-tengahnya

Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati).

Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)

Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.


Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. 


Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing).

Akhir sekali..tadddaaa....






 Muffin pada aku just nice, tak manis sangat, lembap dan gebu tekstur dia. Bila keesokkan harinya, lagi nampak sangat moist dan cantik permukaan dia. Tak ada rasa baking powder yang kuat. Muffin ini pada aku the best to eat the next day, pada akulah. Sangat puas hati...ni muka orang paling puas hati...


Alhamdulillah...siapa nak cuba...aku strongly sokong...hehehe



Sunday, October 2, 2016

2.10.16...Alhamdulillah...let's begin the new journey of LIFE...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

2.10.16

Alhamdulillah, genap setahun lagi usia aku di bumi Allah. Alhamdulillah, semakin hari semakin belajar memperbaiki diri dan Allah hantarkan ujian-ujian melalui manusia-manusia yang pelbagai.

Alhamdulillah, aku yakin bahawasanya…

“ALLAH gives his hardest battles to his strongest soldiers”

Tahun 2016, ternyata merupakan tahun paling banyak perkara yang berlaku antara suka dan duka. In fact, tahun yang paling banyak dijadikan mangsa fitnah. Alhamdulillah, aku rasakan kesemua itu mematangkan dan menjadikan aku lebih banyak mencari positive vibes dalam hidup berbanding dengan perkara yang negatif.

Aku tak nak stress dengan pertanyaan seperti, kenapa tak nak tambah anak lagi? Merancang ke? Atau dengan tohmahan manusia seperti, “Issshh, dia ni gelak kuat betul macam apa je”..atau “Dia tu mulutnya memang jahat…” Alhamdulillah…aku sudah mampu tenang mendengarkan semua itu datang bertandang ke telinga. Buat sesiapa pun orang itu, buatlah apa pun. Kerana aku berpegang pada pesan ummi dari seorang sahabat, “Serahkan segala perbuatan tidak baik mereka itu kepada Allah, baca Al-Fatihah dan Surah Yassin selalu, sedekahkan kepada mereka. Hanya Allah yang selayaknya mengadili dan membalasnya…” Like I said, umur pun dah bertambah. I ain’t kid like you anymore…. Oh yes, to those yang tak ada kerja tu, silalah print screen entry ini if you feel like to share in the ‘Gossip Forum’ or ‘Gossip Whats App Group’ or whatever. That was the most childish action if I may say….

Since hari ini merupakan hari lahir aku, aku decided to move on, moving beyond my enemies expectations. Walaupun aku pelik, aku ni simple sangat…ceria, suka melawak, suka gelak…ada juga yang tak suka rupanya. Oh yes, I think they just being jealousy of what I have…apa tu? I have my own happiness. I guess happiness is the best revenge because nothing drives your enemies more insane than seeing you smiling and living a good life.

And this is what happiness, my happiness…



Husband and daughter


Family

Friends and all...





I don’t do any campaign to be like by anyone, but I normally be myself and let them be their self… barulah happy! One tip for you, yes YOU, Mrs. Stalker, YOU can't be me because you are way too far from being me, no matter how hard YOU are trying to imitating me...kalau YOU nak happy, why don't YOU focus on yourself. Jaga diri, jaga anak-anak YOU...better kan..sebab kalau YOU sibuk sangat nak stalk my life, YOU will have lesser time to focus on your family...YOU pun tak happy bila family YOU x happy, am I right? And one more thing, please stop mengugut all my friends..come on, give us some privacy, will YOU


So as my new chapter of life begin, I do pray to Allah, for my family and friends happiness. Ya Allah, semoga tahun yang mendatang ini menjadikan aku hamba-MU yang lebih baik, semoga diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti buat mak dan Arwah Abah, semoga diberikan keselesaan hidup untuk dikongsi dan dinikmati dengan keluarga kami, Semoga berupaya menjadi ibu dan isteri yang lebih sempurna...dan semoga diberi izin untuk terus dipermudahkan dalam mencari rezeki dan dalam rahmat-MU Ya Allah, dunia akhirat. Aammiinn….