Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Sajian Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Sajian Minum Petang. Show all posts

Thursday, April 20, 2017

Resipi: Roti Kepit Cheese yang yummylicious!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…..

Memasak ini kadang tak perlu pun yang complicated. Sometimes the simple dishes will do miracle to our taste. Cewah..siapa setuju??

Contohnya macam resipi yang nak dikongsi ini.



ROTI KEPIT CHEESE

Aku dapat idea ini dari instagram seorang teman. Nampak sangat ringkas tetapi menyelerakan sangat. Jadinya, jomlah cuba…

Bahan pun ringkas je…


Roti Putih (Aku pakai jenama Gardenia). Sapukan di keduadua bahagian dengan soft marjerin. 
Telur (dipecahkan, dipukul sebati bersama  sedikit garam, lada sulah)
Keju (letakkan di tengah dan diapit dua keping roti).
Kemudian, panaskan non-stick pan. Bakar roti berkenaan sehingga kekuningan dan sedikit garing.
Selepas diangkat, barulah dipotong roti berkenaan. Masa ini Masya-Allah, seronoknya tengok keju mencair.


Sedap sangat…selamat mencuba!





Tuesday, February 14, 2017

Lempeng Pisang Disimbahi Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 Hahhaha…kenapa tetiba gelak? Kelakar pula sambil menaip tajuk resipi, bukan main gah nama resipi walhal lempeng pisang je pun…hehehhe…


Family kami ini memang penggemar pisang. Lama betul tak makan lempeng pisang. Lempeng pisang ini sedap juga kalau dicampurkan adunannya bersama kelapa parut. Cuma sebab kakak tak makan kelapa parut macam tu, jadinya aku buatlah lempeng pisang biasa saja.

Bahan-Bahan:


6 biji pisang emas saiz besar
½ cawan air
Tepung gandum (agak-agak sahaja sukatannya, bagi adunan tak terlalu lembik..anggaran dalam 1 cawan)
5 sudu besar gula (kalau pisang dah terlalu manis, boleh dikurangkan sukatan)
Sedikit garam sebagai penambah rasa.

Cara Membuat:

1.      Pisang dilecek bersama gula dan garam sehingga hancur. Aku tak suka terlalu hancur, biarkan ada juga isi-isi pisang yang berketul.
2.      Kemudian masukkan air dan diikuti dengan tepung gandum sedikit demi sedikit. Campuran tepung ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keadaan adunan.
3.      Panaskan non-stick pan. Kemudian masukkan sedikit mentega (sapukan di sekitar kuali).
4.      Masukkan adunan lempeng tadi dan bentukkan satu bulatan. Biarkan sehingga masak di kedua-dua bahagian.
5.      Hidangkanlah dengan simbahan coklat cair dan hirisan pisang di atasnya. Makan waktu panas bersama secawan kopi O panas. Sure sedap!

Selamat mencuba!









Friday, December 9, 2016

Resipi: Orange Butter Cake, mudah, ringkas dan moist.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Minggu sudah hari Jumaat jugalah…dalam pukul 10 malam macam tu tiba-tiba rasa teringin sangat nak makan butter cake. Punyalah teringin sampai aku nekad nak buat sendiri. Hahahhaa…sindrom orang perempuan, biasalah. Kalau rajin, tak menyempat, kalau mood malas…kirim salamlah nak buat… ;p


Aku pilih untuk buat kek butter yang ringkas menggunakan resipi asas dari Kak Azie…Ini link resipinya Resipi Asal Moist Butter CAke: Azie Kitchen , Cuma aku olah serba sedikit ikut keinginan tekak aku pada waktu itu. Aku actually memang lebih prefer kek yang plain macam butter cake, orange butter cake…dan aku juga lebih menggemari kek klasik seperti kek pandan, kek pisang atau kek marble susu. Kalau kek yang moden sedikit, aku prefer cheese cake.

Untuk tak membebel panjang, jomlah kita segera melihat resipinya…hehhehe… Bahan-bahan, gunakan apa yang ada di rumah sahaja.

Yang tak ada dalam gambar adalah susu segar, lupa pula nak masukkan dalam gambar... 

Bahan bahan:

250 gram butter  (aku guna jenama SCS manakala kak Azie gunakan jenama Anchor)
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kastor
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
*2 sudu besar sunquick oren
*1 sudu kecil esen vanilla
(Bahan bertanda * aku tambahkan sebab aku inginkan wangian oren dan perisanya di dalam kek butter itu)

Cara Membuatnya:


  1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
  4. Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama satu jam. (kalau mengikut resipi asal Kak Azie, Kak Azie hanya bakar kek ini selama 40 minit, tapi kek aku masih belum cukup masak setelah 40 minit). Jadinya aku tambahkan masa sehinggalah kek itu siap dimasak setelah satu jam. Api, gunakan atas bawah ya.



Aku sukakan bau kek ini apabila masak...wangi sangat bau oren tu. Sebenarnya kalau nak lebih wangi, gunakan pati oren yang asal tapi mana nak cari buah oren malam-malam kan....so guna sajalah apa yang ada..heheheh...


Tekstur kek ini sangat kena dengan tekak aku. Keknya tidak terlalu ringan tetapi moist dan tidak juga terlalu manis. Memang syok sangat makan kek dengan secawan teh o panas atau kopi o kaw. Incik Daus malam tu juga try makan...dalam dok try abis jugalah setengah kek...hehehhe...tak sempat tunggu sejuk betul. 

Alhamdulillah.... resipi yang sangat mudah untuk ada cuba... 




Thursday, November 26, 2015

Resipi: Kek Marble Oren yang sangat mudah macam A,B,C...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ok..esok Perak cuti ye semua..hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

So hari ni nak sharela resipi mudah teramat sangatla untuk buat kek marble. Aku ni kan mcm orang tua skit..suka kek simple2..yg xsimple yang aku suka hanya cheese cake aje..hehehhe..yg krim bebanyak tu kureng skitla…kaitan antara cuti ngan kek marble ni adalah..hehehhe...kot-kot korang nak main masak-masak esok kan...ahaks! 

Ok..ni resipi dia…


Haaaaa…old school tak…hahahha..ni buku resipi koleksi Bonda Siah okay…mak aku rajin menyimpan..so aku yang sekarang ni rajin memunggah….saja nak cuba-cuba. Resipi ni first time cuba buat. Dulu mak yang selalu buatkan…kih..kih..kih…
Anda-anda semua..setelah ikut cara membuat di atas…maka bahagikan adunan kepada dua bahagian seperti berikut….


Satu dikekalkan warna asal, manakala satu adunan lagi dimasukkan serbuk koko. Aku buat guna dua adunan. Maksudnya kali dua bahan-bahan anda sebab aku pakai dulang yang agak besar dan tinggi. Kek kalau nipis sangat, xcantik plak kan…



Aku memang tak pandai sangat nak buat bunga ukiran tu..so nak ajak teknik pun aku tak reti. Mak soh buat lain aku buat lain..hahhaha..yang pasti..korang mulakan dengan adunan bewarna asal ok. Ratakan ke seluruh pelusuk Loyang berkenaan. Kemudian gunakan senduk, scoopkan adunan bewarna coklat tu, dan letakkan setompok setompok gitu. Selang selikan dengan adunan bewarna asal.

Dengan menggunakan lidi, ukirlah apa yang you all nak ukir..aku belasah aje..ni first time..Insya-Allah, kalau ada cubaan mengukir kali kedua, ketiga dan seterusnya..cantikla ni bunganya..hehehhehe….



Apa yang penting…bila siap..enak dihidang dengan segelas teh o panas..nyum..nyum….



Ok geng..jumpa lagi nanti ye…tatatititutu….


Thursday, October 22, 2015

Resipi mudah: Popiah Nestum Horlicks Yummy!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kakak memang suka sangat makan popiah nestum. Selalunya cousin akulah yang buat bagi. Aku mula tu macam isssshhh..nampak macam remeh je nak buat popiah ni..macam tak berseni aku nak buat...

Tapi kesian plak..sebab kakak suka makan..jadi berbekalkan semangat waja...gigih berusaha..hahhaha...so mehlah dimulakan projek popiah nestum campur horlicks ini...projek dimulakan dalam kul 9.30 malam sebab Ibu balik kerja lambat skit that day..huhuhuhu....


Haaaa...see..see..very the easy one right..tengok gambar pun nampak dah kan betapa simplenya bahan-bahan yang diperlukan...ewah...ayat nak bagi racun soh u all pun buat juga...hehhehe...

Bahan-bahan yang aku gunakan:


  • Kulit Popiah (aku pakai jenama Spring Home yang warna biru tu..jenama ni ada dua warna hijau dengan biru....), saiz besar.
  • 1 cawan nestum (kisar halus)
  • 1/2 cawan Horlicks
  • 1/2 cawan gula kastor (juga dikisar halus)
  • 1/2 cawan susu tepung 
  • (Kesemua bahan ini kemudiannya disatukan)
  • Sedikit tepung gandum (dibancuh dengan air, nak jadikan sebagai gam)




Beginilah rupanya 'gam' kita..yang dibuat dari tepung gandum tadi. 


Wajah tukang bikin adunan gam tadi... ;-)


Step 1: Gunakan lidi satay tu, jadikan bahas asas nak mudahkan gulungan. Nampak tak di hujung sebelah kanan tu, lidi..so bagi senang nak gulung. Di hujung gulungan, sapukan gam tepung tu. Then tarik balik lidi tadi. Jangan plak pi goreng sekali..hehhehe...


Step 2: Beginilah rupa paras sebahagian yang dah digulung.


Petua: Kulit popiah ni sangat sensitif tau. Jangan terdedah lama sangat di suhu luar, nanti dia akan pecah-pecah dan mulalah terkoyak. So makesure kulit popiah ni kekal lembap. Macam aku..aku gunakan tuala suwa suweiii kemorning..hehehhe...basahkan skit bagi lembap, then at all time make sure tutupkan kulitnya macam gini...


Dah siap gulung, gunting serong-serong cam gini...Then panaskan minyak, gorengkan.


Ni semua campuran nestum, gula kastor, horlicks...kahwinkan aje semuanya...

Guntingan popiah yang siap digoreng tadi tu, gaulkan dalam campuran bahan di atas. 


Taaaaaarrrraaaa..sudah siap....

Selamat dikerjakan si kakak dalam tempoh 3 hari...hehhehe...buat popiah nestum ni renyah nak menggulung dan menjaga kulit tu supaya tak koyak-koyak. Aku guna pek yang ada 50 keping tu...ingat dapat banyak la kan..alih2 dapatlah satu botol kecik je....ohhh la haiiii... ;-) 

Ok geng..siapa nak cuba..silalah..senang aje..hehehhe...

Tatatititutu!

Monday, July 6, 2015

Resipi Ramadhan: Chocolate & Cappuccino Chips Muffin Mudah dan ringkas sangat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..dah 19 hari kita berpuasa. Sekejap masa berlalu. Tahun ni xdapat dinafikan, ujian cuaca sangat mencabar dalam kita menunaikan ibadah berpuasa. Aku rasa lebih teringinkan air dari makanan..terasa masak pun tahun ni yang mudah dan ringkas je.
Last week, Alhamdulillah..dapat tunaikan permintaan kakak nak bake muffin..actually dia nak buat cup cakes…tp bolehlah ni..resipi muffin tapi kita letak dalam small cup ok..hehhehe..resipi mudah ni aku ambil dari Dapur Kak Azie.. AZIE KITCHEN

Inilah hasilnya….


Ini resipi yang aku olah sikit…

Chocolate & Cappuccino  Chips Muffin

Bahan bahan:

NOTA: Aku dapat lebih kurang 18 biji muffin gunakan cup kecik Hello Kitty macam dalam gambar ni...baki 4 ketul tu je aku guna cup muffin yang besar macam dalam gambar...

125 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu segar
75 gm gula castor
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanilla
1 sudu besar serbuk koko (aku guna Van Houten)
½ cawan chocolate chips (dimasukkan ke dalam adunan)
Sedikit Cappuccino Chips (ditabur di atas muffin)

Cara cara:

1. Putar sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
2. Masukkan chocolate chips dan juga serbuk koko. Kacau sebati.
3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
4. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur cappuccino chips di atasnya.
5. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.



Friday, July 3, 2015

Resipi: Sardine Roll yang mudah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weehhuuuu..kengkawan..ampun maaf diminta..bila bulan Ramadhan aje..memang bercambahlah entry berkaitan resipi kan..hehehhe..

So kali ni nak share menu iftar hari ke-12 yang lalu..Sardine Roll...

Bahan-bahan yang diperlukan..mudah je..

Bahan Inti:

1 tin sardin saiz besar (aku guna cap Ayam Brand)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji cili merah (dicincang halus)
1/2 cawan cili kering kisar bersama sedikit belacan (pakai cili boh pun buleh...)
Sedikit sos tiram.
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili

Bahan Kulit:

Beberapa keping roti (aku guna roti Gardenia, jenis honey wholemeal..)
Sedikit tepung gandum
Sedikit air
Telur Putih

Cara membuatnya:

1. Mulakan dengan memasak inti. Inti ni nak kena biarkan sejuk dulu sebelum kita roll kan dia. Baru senang.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang dan cili merah.
3. Masukkan cili kisar, kacau seketika. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
4. Dalam mangkuk berasingan, isi sardin tadi hendaklah dihancurkan. Guna garfu pun boleh, silalah lenyek-lenyekkan ya...then masukkan ke dalam tumisan. Gaul sehingga sebati. Perisakan dengan sedikit sos tiram. Aku tak masukkan garam dah sebab sardin dalam tin pun dah naturally ada rasa masin dia kan. So ikut selera masing-masing. Dah sebati, tutup api dan biarkan inti ni sejuk.

Ni plak kaedah nak bagi mudah untuk roll..

1. Mula-mula...dengan menggunakan kayu uli tu..leperkan roti sampai jadi macam di bawah ni...


Kemudian, barulah masukkan inti...gulung dan lekapkan menggunakan campuran air dan tepung gandum. Bancuh dulu tau air dengan tepung gandum tadi sebelum mula menggulung. Kiranya benda tu jadi macam 'gam' lah.

Selesai semua..golekkan dalam pecahan telur putih..dan goreng di dalam api panas (deep-fried).

Tadaaaaa....siappp!


Selamat mencuba... ;-)

Wednesday, July 1, 2015

Resipi: Cucur Ikan Bilis dengan Cendawan Enoki yang rangup dan sedap!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar u all sekalian? Masih tegak bertenaga atau ada yang dah tumpor tekup muka kat meja opice? hahhaha... aku tak taulah nape..terasa letih sgt this week. mcm seret aje badan ni. Agaknya banyak sgt benda nak buat dan kakak plak makin besar ni, jenuh sgt nak paksa tidur. Kalau tak jam tu kul 12tgh malam..hmmm..memang terpaksa tarik pitching tinggi berbaur ugutan barulah lekas-lekas lari naik atas. Ginilah nasib isteri yang selalu ditinggalkan.. *sob..sob..sapu ayaq mata....* ;p

Memasak memang antara hobi aku..selain suka menjamu orang makan...untung sapa nak jadi jiran, sila angkat tangan!! Kui..kui.. bagusnya, kadang2 memasak ni pun boleh buat kita jadi kreatif dan inovatif kan...huhuhuhu... *ayat kena up...hahah!*

Jadinya, fikir punya fikir..congak punya congak..jomlah try buat..CUCUR IKAN BILIS DAN CENDAWAN ENOKI

Haaaa..pangjang kan nama dia..resipi dia lagilah panjang..hahhaha..taklah gurau aje..aku buat simple je..meh share bahan-bahan dgn u alls..


Inilah bahan-bahannya: 

1 bungkus Cendawan Enoki (dipotong pendek-pendek)
1 batang Lobak Merah (dipotong dadu kecil-kecil)
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
Ikan bilis (ditumbuk kasar)
Tepung Gandum (sukatan agak-agak tapi dalam anggaran 2 cawan)
1 gelas bancuhan air garam.
* 1 batang cili merah (lupa nak include dalam gambar, dihiris nipis halus)

Ok..meh tengok pula cara membuatnya..


Mulakan dengan masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dan dihiris. Gaulkan sebati kesemua ramuan.

Kemudian baru masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jangan masukkan air lagi. Gaulkan biar tepung tadi menyaluti kesemua bahan-bahan ini. Masukkan tepung sehingga kesemua bahan telah diselaputi tepung.

Kemudian, barulah masukkan air sedikit dan kacau. Ulangi proses ini sehinggalah adunan bersatu seperti di bawah...


Just nice macam tu aje..jangan terlalu cair okay...masukkan sedikit serbuk kunyit untuk bagi warnanya naik...

Kemudian, panaskan minyak..dan bolehlah mula menggoreng bila minyak dah panas.

Inilah hasilnya....


Ini cubaan pertama tau..tapi aku suka rasanya..Incik Daus pun suka..rasa dia sedap...macam kena je rasa cendawan enoki tu dengan ikan bilis. Bila kita gunting pendek-pendek cendawan enoki tu, tujuannya untuk memudahkan proses menggoreng dan of coz lah..memakannya... ;-)

Selamat mencuba ya... tatatititutu...!

Tuesday, June 30, 2015

Resipi: Kuih Cara peberetku selamanya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kali Ramadhan...memang teruja sangat nak makan kuih-muih yang biasanya jarang sangat kita layan bila bulan biasa kan. Dan aku ni memang suka sangat cuba buat kuih-muih tradisional ni sebab macam terasa diri ini lebih klasik..errr..ke lebih tuo adanyer...? Ahaks!

Kuih Cara adalah di antara kuih kegemaran aku..yang juga telah menjadi di antara kuih kegemaran kakak... suka sangat perasaan bila gula dia 'pop' memecah di dalam mulut..macam best je..

Acuan lama ni..turun temurun..


Buat kuih ni sangat mudah tapi bila acuan dah panas..semua nak kena cepat...


Sedap sangat..nampak x gula mula meresap ke dalam kuih...

Sedap betul kuih 'Ninja Turtle' ni...weeehuuuu!!!! Ok, bagi sesiapa yang nak respinya...ni dia yer...

Bahan-bahan:

10 helai daun pandan (dikisar, kemudian tapis dan ambil patinya sahaja = 1 cawan pati pandan)
1 1/2  cawan pati santan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
Sedikit garam (untuk membangkitkan rasa lemak) 
sedikit pewarna hijau (dalam beberapa titik dahlah..)
Gula pasir (secukupnya, sebagai inti)

Cara membuat:

1. Masukkan pati pandan, pati santan, telur, sedikit garam, tepung gandum dan sedikit pewarna hijau. Kisarkan menggunakan blender. 
2. Selesai dikisar, tapis adunan berkenaan. 
3. Panaskan acuan kuih cara. Sebelum tu ambil sehelai daun pandan, ikat dengan getah dan gunting-gunting sedikit depan dia. Buat macam berus tu. Sebelum masukkan adunan, leh sapu marjerin sikit-sikit kat tapak acuan tu. Bagi senang nak keluarkan sedikit nanti. 
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan cepat2 masukkan gula anggaran 1/2 sudu kecil setiap satu lubang acuan tu. Tutup kejap guna tudung periuk. Dalam tak sampai pun 1 minit. 
5. Siap, sedia dihidang...mudah kan... ;-) 

Selamat mencuba...

Wednesday, June 24, 2015

Resipi: Cucur Udang yang rangup dan lembut diganding bersama kuah kacang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ni nak share menu iftar hari ke-3 baru ni..simple je..aku buat cucur udang, cicah dengan kuah kacang.



Cucur udang kali ni aku ikut cakap mak aku...rahsia nak bagi cucur udang lebih rangup dan lembut adalah bermula dari teknik pengadunan bahan. *Ok..aku dah sound like program masakan..hehhehe*.

Sebelum Junior Masterchef ni berkongsi tip..ewahhh..junior sangat ke aku ni..hahahha..ampunkanlah ye... meh dulu kita berkongsi resipi mudah ini...

Bahan-Bahan:

500 gm udang (aku potong kecil-kecil sebab aku beli udang size XL jugak, so bila potong, lebih senang nak buat cucur saiz kiut miut)
Tauge (aku beli kat pasar mintak 50sen)
Kucai (agak2 je supaya balance jumlahnya)
1 biji bawang besar (aku cincang halus)
Sedikit tepung
Sedikit serbuk kunyit
1 gelas air yang dibancuh dengan sedikit garam

Cara membuat:

Ni nampak skit sebab dah nak abis goreng... ;p
Bak aku kata tadi, teknik adunan ni yang berbeza skit. kalau dulu, aku buat cucur udang, aku akan bancuh tepung dulu dengan air bagai..then baru aku masukkan bahan-bahan lain seperti udang semua tu. So kali ni kita tukar skit...

1. Masukkan tauge, kucai, udang dan bawang. Gaulkan atau ramaskan menggunakan tangan. Tip: Of cozzzz sila cuci tangan bagi bersih dulu ye..hehehhe...
2. Lepas tu barulah taburkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Serbuk kunyit jangan dilupa, nanti tak kuning keemasan plak cucur itu...Gaulkan agak sebati.
3. Akhir sekali baru masukkan air. Sukatan tepung dan air ni bergantung kepada kuantiti bahan-bahan lain. Masukkan tepung dan air ni agak-agak sampai cukup untuk 'memegang' bahan-bahan ini untuk digoreng. Paham ke x ni..aku harap pahamler ye..
4. Panaskan minyak, then mulalah menggoreng. Hasilnya cucur udang lebih rangup dan tetap lembut walaupun dah sejuk.

NOTA: Ada juga yang tip nak bagi cucur udang lembut dan rangup..bila bancuh tu dieorang gunakan air panas. Aku sekadar berkongsi..pilihan di tangan anda..ewah!

Ni plak RESIPI KUAH KACANG... aku memang suka makan cucur udang dengan kuah kacang berbanding sos...


Bahan-bahan:

1 cawan kacang tanah kisar kasar (aku beli kat kedai bakery, jenis yang dah siap dikisar kasar tu...sebab aku tak berapa rajin nak goreng kacang, then buang kulit dia..dan baru leh kisar/tumbuk. Aku memang jenis suka makan kuah kacang yang dari kacang dikisar kasar sebab lebih rasa tekstur dia...pada akulah..so kalau suka tekstur halus..kisar halus je kacang2 ni ok..up to u)
1/2 cawan kacang tanah kisar halus (kacang yang sama  tapi yang ni aku kisarkan bagi lebih halus dari yang dibeli)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 mangkuk kecil air asam jawa (kalau guna asam keping pun boleh, masukkan dalam 3 keping dan tambahkan air)
Sedikit udang kering (kalau nak tambah daging pun boleh..tapi kena rebus daging tu dulu)
Sedikit minyak untuk menumis (kalau nak lebih terasa lemak, gunalah minyak mazola)
Sedikit garam sebagai penambah perisa

Bahan Untuk Dikisar:

1 mangkuk cili kering
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 batang serai
Sedikit lengkuas

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
2. Gaul sebati sehingga naik bau atau bewarna kekuningan.
3. Masukkan udang kering diikuti dengan sedikit air, air asam jawa, gula, gula merah dan sedikit garam. Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api. Tujuan perlahankan api sebelum masuk kacang tu sebab nak elak kuah kacang ni meletup-letup..nanti abis plak jari jemari u alss yang mulus itu okay.. ;-)
4. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar td. Kacau dan biarkan masak seketika dengan api perlahan.
5. Padamkan api dan siap!


Ok..kengkawan..itu je sharing resipi simple dariku untukmu...

Tatatititutu..



Tuesday, June 23, 2015

Resipi: Bihun Goreng Taucu...ringkas dan mudah untuk berbuka puasa..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yeayyyy..hari ni boleh share citer masak-memasak..ohhh tak sangka..kibas shawl skit...hehhehe...

Tahun ni, actually seperti tahun2 sebelumnya..bila tiba bulan Ramadhan aje..most of the time Incik Daus kena out station..sengaja kan...so hari Sabtu baru ni..iaitu puasa ke-3, barulah dapat sahur dan berbuka bersama2..jadi akak pun rajinlah memasak...takdelah masak apa sangat...just buat Bihun Goreng Taucu..


Meh aku share resipinya...bahan-bahannya mudah aje..aku pakai apa yang ada di rumah..

Saiz Hidangan: 5-6 orang makan

Bahan-bahan:

1 bungkus bihun

* 1 mangkuk kecil cili kering
* 20 batang cili padi
* 1 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 2 biji tomato
* Sedikit belacan
* 1/2 genggam udang kering

Bahan Menumis: 

1 biji bawang
2 biji bawang putih

Kesemua bahan yang bertanda (*) perlu dikisar. 

250 gm isi ayam cincang
Fish Cake (dihiris nipis)
Tauge & Kucai (kuantiti agak2 je yer..)
2 keping tauhu (digoreng, biarkan sejuk sebelum dihiris dan diasingkan)
2 sudu besar taucu (aku guna cap opah Nur)
Sedikit sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram sebagai penambah perisa.

2 biji telur dadar (digoreng sebiji demi sebiji, biarkan nipis untuk mudah dihiris dan ditabur di atas bihun).

Cara Membuat:

1. Tumiskan hirisan bawang dan bawang putih. Biarkan sehingga naik bau sebelum dimasukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak atau sehingga nampak ramuan seakan memekat. Masukkan 1 cawan air. (agak2 ye air tu)
2. Masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram.
3. Masukkan isi ayam. Biarkan masak seketika.
4. Masukkan taucu dan kacau perlahan. Kemudian, masukkan pula bihun, tauge dan ratakan. Biarkan sehingga sebati ramuan dan bihun sebelum masukkan kucai.
5. Dah masak, hidangkan dengan hirisan tauhu dan juga telur dadar.

Mudah je kan...selamat mencuba...



Wednesday, June 3, 2015

Resipi: Kek Horlicks+Kaya Stim (Steamed Horlicks Kaya Cake)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni nak share menu ringkas sangat. Ringkaslah pada aku bila bercakap tentang pembikinan sebiji kek. Aku actually, bukan penggemar kek yang terlalu manis dan banyak sangat krimnya. Aku rasa aku pelik skit kot..hahhaa..yelah, waktu semua orang berlumba2 mengkagumi kelazatan pavlova..red velvet bagai..aku tetap setia dengan butter cake..cheese cake..kek pisang...see...i is sooo orang lama in cake taste. In fact orang lama pun dah berubah citarasa...kan????

Kek Horlicks Kaya Stim ni dah lama sangat aku nak cuba. Sebab? Sebab aku penggemar horlicks..ahaks! So adalah di satu hujung minggu..ada skit masa terluang...ku gagahkan ke dapur dan membikin resipi ini. Resipinya aku dapat dari Miss B: everybodyeatswell.blogspot.com. Thanks a million for the superb easy recipe!

Ok...meh aku share bahan-bahan yang diperlukan...



LOYANG: 8 inch (empat segi)

BAHAN A:

250 gm butter
100 gm gula perang (brown sugar)

BAHAN B:

6 biji telur

BAHAN C:

100 gm evaporated milk
100 gm susu pekat
125 gm horlicks
125 gm kaya (aku pakai pandan kaya..bagi bau dia lebih harum...)

BAHAN D:

185 gm tepung
1 sudu kecil baking powder

(Aku guna tepung self-raising flour, so aku x masukkan lagi baking powder).

CARA MEMBUATNYA:

1. Butter tadi pasti telah dibiarkan seketika pada suhu bilik. Masukkan dan kacau dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga adunan menggebu. Setelah siap, asingkan. Periuk stim bolehlah dipanaskan terlebih dahulu agar air dia benar2 mendidih.
3. Dalam mangkuk berasingan, campurkan kesemua Bahan C, Kacau secara manual menggunakan spatula sehingga sebati. Kemudian, masukkan adunan tersebut ke dalam Bahan A tadi dan putar dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan Bahan D dan kacau sebati menggunakan spatula.
5. Sediakan loyang. Lapik dengan kertas baking (kertas minyak) dan sapukan loyang dengan sedikit mentega/marjerin untuk memudahkan nak keluarkan kek nanti.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup menggunakan aluminium foiled.
7. Kukus selama anggaran 1 jam 15 minit. Kukus pada api kuat untuk 15 minit pertama sebelum dikukus pada api sederhana selama 1 jam berikutnya. Aku gunakan periuk stim yang besar juga, so proses masak berjalan lancar.

NOTA: Bila kukus kek ni, makesure kek ditutup rapi supaya air dari permukaan tudung periuk stim tu tak masuk ke dalam kek.

Alhamdulillah..siap..wangi u alls baunya..




Tak sempat nak simpan lama...kahwinkan dengan Teh O Panas..peeehhh..tak sedar pun dah nak abis..hehehhe...


Tekstur dia lembut, ringan dan sedap berlemak...



Selamat Mencuba yer.. ;-)