Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, February 27, 2015

Jom Makan Best di Ipoh: Ikan Siakap Stim Limau yang sangat sedap di Restoran Caterbest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hari ni meh nak share skit story ‘makan besar’ we all sempena CNY baru ni…ewah! Feeling jadi orang Chinese skit walaupun kulit2 tak berapa nak ‘Chinese’ sangat kan..hahahha!

Takdelah..actually this dinner was like a month ago..hmm..camtulah rasanya. Saja bawak mak makan-makan..memang rutin pun sebulan sekali bawak mak makan besar cam gini. Selalunya time gajilah ya..harap maklum…hehehhe..rasanya kebanyakan dari kita pun memang gitu kan..Aku selalu percaya ada bahagian dari gaji kita wajib untuk kita kongsikan dengan yang tersayang dan juga yang memerlukan. Insya-Allah, rezeki kita akan cukup dan jiwa kita pun akan tenang. Eh, eh tiba-tiba ahkak telah menjadi pakar motivasi…ahaks!



Restoran Caterbest ni memang dah lama dah beroperasi dekat Ipoh ni, ada kot dekat 10 tahun. Aku tiap kali balik kerja, memang lalu-lalang dekat sini tapi belum pernah singgah makan pun. Tapi aku pernahlah jamah makanan dari restoran ni time one of my colleague kahwin dahulu. Memang sedap food dia. So why not, jom try. Sampaikan owner dia pun macam…dah 10 tahun kami di sini, tak pernah singgah..? Heheheh..

Ambience restoran berkonsepkan Chinese food ni usually lebih kurang sama sahaja. Décor bercirikan oriental sikit. Cuma aku agak suka décor Restoran Caterbest ni sebab simple, not too much dan yang penting ada air-cond…hahahha! Kan tengah musim panas sekarang ni.

Itu muka cebik tandanya adalah tu perbalahan antara keduanya..jap lg kalau xdipujuk pasti akan jadiklah drama sebabak...hahaha..kakak ni hatinya kecik, ko haipppp skit pun dah bercucuran airmata mengalir bagaikan kena cubit aje..kakak..kakak...

Kami datang ni dalam kul 6.30 p.m..so kiranya dinner actually. Mulanya memang nak lunch tapi kami sampai agak lambat, dalam kul 3p.m macam tu. Dia mula buka 11a.m sampai 3.00 p.m. Restoran ni dia tutup kejap dari jam 3.00 p.m sampai 6.00 p.m untuk chef-chefnya berehat dan prepare untuk dinner. Jadinya terus aku booked table untuk dinner jelah. Sementara tu ajak mak makan ringan-ringan dulu lapik perut.


 Kesayangan Opah ni..silalah marah kakak depan Opah..bukan setakat kakak menangis, Opah pun akan joint sekali..hehehe..tak leh katanya..kesian...biasalah kan Opah ngan Cucu...


Kakak telah memaksa ibu pakai baju kaler pink..baiklah anakku..maka jadinya itu saja t-shirt pink yang ibu ada..nak gosok satu2nya blouse pink ibu tu..ibu adalah dalam tahap gaban punya malas...

Tapi kami tetap comel dan peace...hehehhe...


Ok, so jom kita tengok apa yang dah berjaya ‘SELAMAT’ masuk ke dalam perut kami..hehehhe..


Bila makan kat tempat macam ni, haruslah cuba menu Ikan Siakap kan..kali ni kami pilih Ikan Siakap Stim Limau..hehehe..sebab aku memang sangatlah suka ikan siakap masak stim..huuhuhu…Alhamdulillah, ikan siakap ni memang sangat sedap u alls..sedap sangat..terasa manis ikan yang balance dengan masam limau tu..light je rasa dia antara masam, manis dan pedas2 hirisan cili padi tu..balance..ngam kat tekak!

Untuk kakak, aku order sup sayur. 



Kakak memang penggemar sup. Bagi jelah apa jenis sup..mesti dia layan…selain sup, kakak suka masak kicap. Hari-hari ini dua ajelah menu silih berganti.


Ini plak Ayam Goreng Nestum…first time order menu macam ni dari mana2 chinese restaurant yang pernah aku makan..dan menurut kata owner ni, this dish macam one of their specialty selain dari ikan stim tadi. Rasanya, memang sedap. Rangup garing nestum tu..meratah sedap ni. Aku order untuk si kakak, tapi last2 ibu dia ni yang banyak makan..canner tu?



Ini pulak Butter Prawn..rasa dia biasa saja..takdelah terlampau A pada anak tekak kami..
Yang ini Sotong Masak Asam Pedas..pekat juga kuah dia..sedap..




Kangkung Goreng Belacan..aku tak tahulah kenapa kalau g mana2 kedai cam gini, sayur2 hijau dieorang masak sure rasa macam fresh yang amat…rangup2 je bila makan..

Apa lagi makanan dah terhidang..takkan nak pandang aje kan..jomlah rakan taulan…terjah!!! Hehehehe.. Bismillah…


Nampak kesungguhan muka kakak tu? Suka sangat kerut dahi...makan je kak, ibu tak suruh fikir pun...chill skit.. ;-)



Haaaa...chill macam ibu ni..sengih aje 24 jam kannnn..itulah rahsia ku muda, barulah muuuddddaaa..ahaks!



Ok, sesiapa nak ke sini boleh call dulu nak buat tempahan meja. Ini alamat penuh:

Jalan Bercham Taman Sri Kurau, Taman Desa Kenchana, 31400 Ipoh, Perak.


Total cost untuk hidangan kami di atas ni, termasuklah 1 jug Jus Mangga, nasi putih dan air chinese tea yang sentiasa free flow.. adalah RM 168.00.

Biasanya makan kat tempat macam ni dia akan bagi tisu basah dalam packing tau. Silalah pakai ya, sebab dia memang dah charge siap2 dalam bil pun..

Wednesday, February 25, 2015

Moments of LOVE # 25: Ibu vs Anak... ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Berposing..hehehe..itu adalah hobi azali aku. Maklumlah, kerja pun line yang memang hari-hari mengadap words ‘POSE’..ahaks! Jadinya memang dulu selalu belek majalah, selalu tengok shot2 menarik untuk dijadikan rujukan. Maka dengan itu, berjangkitlah juga kepada yang empunya diri..memang pantang nampak kamera..setakat selfie, wefie..segala yang fie, fie ni..memang sukalah sangat…

Baru-baru ni saja belek2 gambar zaman muda-mudi..ewah! Sekarang ni pun muda lagi u alls..Cuma muda belia..hahahha! Aishhhh…gediks sungguh bila pose depan kamera kan..aku share skit je lah ek..skit aje..xleh lebih2..sebab I now is malu2 u alls..blushing…hehehe..

Tengok je tau...tapi sumpah rasa kagum akak slimnya jugak aku dulu ek..kih..kih...oohhhh...bilalah nak dapat badan kurus macam tu lagi..sob..sob..sob...sedihhhhh....


Gambar Atas ni, hmmm..cer ko tengok..bukan main muncung lagik kan...perasan artis sangatlah kan..hahahha..gambar atas ni lepas beranak satu..kih..kih...


 Haaa....ko berani posing tarik2 rantai bagai..hahahhaha...ini zaman anak dara..adeyyyy...tepuk dahi ni kalau nengok masa tua2 esok ni...


Ini ayu skit..tapi belitan tudung tak agak2 kan...fesyen katanya...hmmmlahaiiii... Baju dengan tudung ni dari Ammara Hijabi..

Hmmm...siap jengket kaki...shoes..shoes...memang aku orang yang obses dengan kasut dan aku rasa penyakit itu sudah berjangkit dengan si kakak...bayangkan few days back, kakak tetiba nak kasut high-cut all star kaler red...pehhhh...baru 4tahun 4 bulan ya umur si kakak..bukan main lagi kan...sabor jelah...


Wahhhh...ni gaya apa aku pun xtau..dalam gelung mainan pun jadik..pendek kata, asal boleh aje..yang penting yakin akan ketrampilan diri..hahahah...


And my signature pose..cekak pinggang...konon nak bagi ilusi langsing skit...hahaha..double poyo!

 ;-)

Jadi..bila si ibu dulu-dulu memang suke posing sana sini..maka jadinya, agak2lah si anaknya akan suka posing ke tidakkkk ekkkk???

Errrrmmmmmm…..

Mehla kita lihat…


Pose tak pandang kamera konon....aishhhhh...


Jeling kamera skit..bahu kasik jungkit lentik skit...hahhahaa..hamboooiiii..mcm nak pok pok bontot ia ni..kakak..kakak...



Ini aksi tak menahan..dah rupa aksi majalah mangga dah ibu tengok kakak oiiii..ohhh no..no..no kakak!!!! BIG NO NO!


 Haaaaa...pose macam ni xpe...barulah comelllllll....macam tu la sekarang..dah pandai request.. "Ibu...tolong ambik gambar kakak boleh.....?" 

So kesimpulannya, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..ye takkkk? Hmmmllaaahaiiiii.....





Tuesday, February 24, 2015

Resipi: Kacang Bendi Tumis Cili dengan ikan bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Bulan ni, Alhamdulillah..kehidupan kembali normal sedikit. Jadinya, punyalah masa untuk aktiviti mari memasak di hujung minggu..hehhehe..hujung minggu ni, masak lauk ringkas2 saja..sebab Alhamdulillah, ada tempahan karipap pusing 300 biji untuk kenduri..fuhhh..jenuh ahkak menggoreng..hehehe…tapi Alhamdulillah..rezeki orang kata.. ;-)
Jadinya, balik dah penat..masak yang ringkas saja..lauk yang kakak dengan mak bapaknya boleh makan sekali..Ikan bawal masak kicap dengan tumis sayur bendi. Aku ni tak tahulah kenapa memang suka sangat makan sayur bendi ni yang dimasak begini..

Pernah makan tak sayur bendi masak tumis cili macam ni?


Cara buat pun ringkas sangat..sangat sesuai untuk waktu memasak yang minima..
Meh..meh..aku kongsi resipinya..mudah yang amat..

Bahan-Bahan:
Kacang bendi (anggaran ikut suka)
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 biji bawang Putih (dihiris nipis)
Sedikit sos tiram

Bahan untuk dikisar:
Sedikit cili kering
1 biji bawang besar
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis

Ikan bilis (digoreng dan diasingkan, tabur di atas kacang bendi yang siap dimasak)

Cara membuat:
1.      Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang merah dan Putih sehingga naik bau.
2.      Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak atau sehingga cili tersebut masak.
3.      Masukkan sedikit air (kalau suka lebih kuah, masuklah air lebih sikit). Masukkan sos tiram dan sedikit gula jika suka.
4.      Akhir sekali, masukkan kacang bendi yang telah dihiris. Biarkan seketika.
5.      Settle! Ikan bilis yang dah digoreng berasingan, jangan lupa taburkan di atas hidangan yang dah siap ni. Better tabur bila dah nak makan, barulah rangup. 




Monday, February 23, 2015

Resipi: Kari Ikan dan Telur Sedap dan Pekat.. ;-)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Meh nak share sikit teknik-teknik memasak kari yang mampan pekat kuahnya dan mengancam rasanya…ewah! Macam hebat sangat ni mukadimah aku…no..no..ngeri ahkak sendiri membacanya..hehhehe..

Mukadimahnya adalah..ini adalah menu aku lebih kurang dua minggu yang lepas. Aku actually memang dah lama dah teringin nak makan telur ikan ni. Last makan, rasanya time ni kot..
So memang dah lama pun mntak Incik Daus tolong belikan. Asyiklah tak sempat..lupa memanjang..so akhirnya dua minggu lepas, berjaya jugak telur ikan ni mendarat kat dalam periuk aku..hehhee..itu pun, org suruh beli yang dah siap masak tapi dibeli yang raw, So takpelah, aku pun dah lama tak masak memasak kari ni.

Gigih ke pasar, pi cari ikan sebab telur ni takdalah banyak sangat. Ada banyak ni saja.



Haaa..sure pelik kan? Sure ada jugak yang tak pernah tengok. Aku ‘berkenalan’ dengan telur ni semenjak aku kecil lagi. Dulu tinggal kat Penang, memang banyak jual telur ni kat pasar dia. Ntah kenapa kat ipoh ni susah nak dapat telur ni. Kalau dekat Shah Alam..hmmm..lagilah susah nak jumpa kan..

Ini telur ikan plotan kalau orang utara panggil..aku tak sure negeri lain panggil ikan apa..nak tau camner rupa ikan tu..lehlah google ek..tapi bentuknya ala2 ikan keli gaklah skit..dia ada misai..

Ok, dah banyak sangat sembang sejarah telur ikan ni..kih..kih..so ini bahan yang aku gunakan ya, untuk bikin ini kari..




Telur Ikan (kuantiti macam dalam gambar)
1 ekor Ikan Nyok2.. (ikan bawal pun boleh)
2 biji tomato (dibelah empat)
Kacang bendi (ikutlah nak letak banyak mana ya)
2 biji cili hijau (dibelah tengah sedikit)
½ mangkuk serbuk kari dan 2 sudu serbuk cili (dibancuh dengan air suam dan diasing tepi. Aku suka pakai jenama Kari O..)
Sedikit air asam jawa
1 biji santan

Bahan dikisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
1 tangkai daun kari
2 biji tomato
Sedikit cili kering
Sedikit cili padi

Bahan Menumis:
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji bawang Putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari (dileraikan daun dan tangkai)
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan manis

NOTA: Aku memang sukakan kari yang pedas dan pekat, sebab itu aku ada buat bahan kisar tu juga. Aku belajar dari kawan aku time kat UiTM dulu, dia orang Penang.


Cara Membuat: 

1. Panaskan Minyak.
2. Kemudian tumiskan semua bahan untuk menumis sehingga naik bau. 
3. Masukkan pula bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Sentiasa kacau sebab takut nanti bahan tumisan ni dia hangit di bahagian bawah dan elok di bahagian atas. Nanti tak sedap pula bau dan rasa. 
5. Dah pecah minyak, atau dah masak bahan kisar tu, masukkan air dan sedikit air asam jawa. 
6. Masukkan kacang bendi dan juga cili hijau. Perisakan dengan sedikit garam dan gula. 
7. Masukkan pula ikan dan telur ikan. Biar seketika, sehingga mendidih. Jangan lama sangat, nanti telur tu akan masak keras. Aku suka makan telur ikan yang jenis bila masuk mulut aje, dia macam meletup-letup lembut. Ewah! 
8. Kacau slow2 sebab ikan mudah hancur kan...
9. Bila dah mendidih tadi masukkan tomato diikuti dengan santan. Biarkan dalam 5 minit macam tu, then padamkan api. 
10. Sedia dihidang... 



Ini lah hasilnya..Selamat Mencuba tau! 

Wednesday, February 18, 2015

Satun, Thailand Part 3: Sedapnya Pulut Ayam Goreng..yummy!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok, entry kali ni aku nak story tentang Pulut Ayam Goreng ni. Ini antara makanan popular masyarakat muslim Thai aku rasa. Mostly siapa yang ke sana, sure akan post picture pulut ayam goreng ni kan? Aku pun sama gaklah..hehhe..


Teruja nak rasa, banyak sangat yang menjual sepanjang jalan kat Satun ni termasuklah yang jual somtam. Aku pilih nak beli kat makcik ni sebab ayamnya gemuk-gemuk okay..hahah! Nampak sedap dan garing saja..



Gemuk-gemuk kan ayam goreng dia kan..


Setiap satu bungkus pulut ni ada pulutlah of coz kan..diatasnya ditabur bawang goreng garing dan dia ada bagi sos cili masam manis ni. Kalau untuk yang suka bolehlah cicah ayam tu dengan sos masam manis Thai tu.

Hmm..dilawankan dengan kopi o kawww…pehhh..memang dasyat sangatlah rasanya pada aku ni..hehehhe…


Cuma kan..being orang Melayu sejati..hehehe..aku merasakan lebih nikmat sangat kalau makan pulut ayam goreng ni digandingkan dengan sambal tumis…pehhh..menulis ni pun dah terasa kecur liur u alls…. 


Anyway..aku suka rasa bawang goreng tu dipadankan dgn pulut..macam kriuk2 rangup dia…ni makan kat RnR, otw balik Ipoh semula..mulanya, aku try gak makan sos masam manis ni..last2..aku pi carik gak sambal ikan bilis…hahaha..barulah ada ummmppphhhh!!!


Ok kengkawan..bye…!

Tuesday, February 17, 2015

Satun, Thailand Part 2: Syurga membeli-belah untuk para isteri..hehhehe...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ok..jom, jom sambung citer jenjalan..bila masuk je kawasan meniaga Pasar Satun ni, aku seakan rambang mata. Knowing me, memanglah sangat rajin memborong barang perkakasan rumah kan. Di area Wang Kelian pun memang ada jugak kedai berjualan, tapi tak banyaklah.



Ni kedai mula-mula yang kami singgah. Sebab kakak Tarik tangan paksa singgah sini.

Hmmm..tak ada maknanya kakak menengok patung tu..dia actually aim skateboard tu sebenarnya..aduiii..last2 memang beli jugak..ni dialog si kakak ya..


“Kakak kan macam Code Lyoko”…sabar je ibu mendengarnya..Ya, itu citer kartun animae ya kengkawan…masalahnya kat mana plak nak terbang dengan skateboard tu..adulahai…

Then kami jalan-jalan lagi..

Ni antara yang banyak dijual kat sini..kerongsang batu Putih ni..




Haaaa…unik kan..aku puas membelek apalah bendanya ni..rupa-rupanya tempat juice..

Kakak stop lagi kat sini..haaaiii, sapa yang banyak shopping ni..ish..ish..



Ni burung unta kait..tak sempat tahan lama pun benda ni..jenuh aku sorok so that tak rosak teruk lagi…hehhehe..



Muka excited si kakak..



Ni aiskrim sana..ala2 aiskrim potong tu, kami tak beli pun. 


Ada melepak jugak kat kedai kopi ni. Kedai ni ala-ala ‘Starbucks’ tu konsepnya..tapi bagi aku yang memang suka sangat minum kopi..rasa kopi dia out pada tekak aku ni..



Kerepek-kerepek pun murah sangat kat sini..dengan gajus..aku mohon ampun dan maaf sebab aku tak ingat harganya. 


Tapi aku borong kerepek halus yang ada seaweed. Sedap, memang sedap. Ini keropoknya..


Keropoknya yang sebelah kiri tu..yang macam cone tu pun sedap jugak..perisa jagung..

Satu bungkus besar ni berapa belas ntah, aku xingat..tapi setengah kilo.

Selain dari tu, ikan bilis pun murah dekat sini. 100gm dalam rm2 lebih je.



Cuma masa kami pergi ni currency RM kan dah jatuh skit..so agak jenuh jugaklah kalau nak menawar.

Tikar, toto..bekas makan dengan cooler memang murah kat sini. Kalau yang kat luar kecik aje cooler box tu pun dah cecah RM 30 lebih kan..kat sini boleh dapat rm10-rm15 aje. Set toto pun murah..aku ada tanya set tilam bujang dengan comforter baru RM 100. Tilam tu tebal jugak. Aku beli selimut dengan cadar jenis cotton..murah jugaklah dapat dalam RM 35 tak salah aku..memang lembut..sedap jugaklah pakai. 




 Barang gift2..sudu2 dalam packaging pun banyak, kalau ada yang nak bagi sebagai doorgift hantaran kahwin kan. Barang2 bercorak camouflage pun banyak dan murah jugaklah kat sini, bak kata pengumpulnya, Incik Daus. Aku tau harga periuk cap Crocodile aku jer..hahaha..

Dan Thai Silk pun murah..boleh dapat di antara RM 60-RM 100 ikut jenis. Kalau kat online atau kedai..murah2 pun RM 150 kan. Aku rembat jugaklah sepasang..sebab design lain xmenarik minat aku. Banyak yang dah habis kata orang tu. Musim cuti katakan..ramai yang datang..


Ini cotton batik 4m, harga letak RM 80, harga lepas tawar RM 58...sebab aku borong baju tidur kakak jugak kat sini. Kalau kat IG, online ke..hmm..murah2 pun memang RM 150. 

So itu jelah cerita dari ahkak untuk u alls jamu mata dan isi masa lapang utk membaca..hehehe...

Jumpa lagi nanti ek..tatatititutu.. ;-)