Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Saturday, December 17, 2016

Dear Zindagi.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Dear Zindagi, Dear Life…Ya, kehidupan….itulah maksud tersirat filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan dan juga Alia Bhatt. Ok, aku bukan nak menulis ala-ala pengkritik filem..apa yang aku bakal tulis ini adalah berdasarkan apa yang aku rasa sepanjang menonton filem ini.


Aku bukanlah peminat filem Hindustan tegar. Memang semenjak banyak filem baru yang muncul, rasa macam tak minat dengan pelakon Hindustan versi baru. Over semacam aku rasa, semua sibuk nak tayang body.

Cuma bila terbaca sinopsis tentang Dear Zindagi, terasa macam nak pergi tengok. Dan ternyata, aku menangis beria-ia…hahahha….aku tak tahulah, mungkin most of the part terasa terkesan dihati.

KETAKUTAN…perasaan takut yang ada dalam diri yang adakalanya membuatkan kita pilih jalan yang sangat susah dalam hidup iaitu dengan menyeksa diri kita. Kita cuba membuat keputusan awal dengan mendahului KETAKUTAN lebih daripada rasional. Kita pilih untuk act like a cool girl in town walau hakikatnya kita tak cool langsung. Kita pilih untuk simpan rasa sedih, marah, dendam jauh ke dalam diri SENDIRIAN sebab kita rasa kita cool, kita hebat. Tapi kita tak sedar yang hakikaynya kita sedang mental tortured diri kita. Sedikit sebanyak itulah yang adakalanya aku lakukan.

Filem ini memaparkan Kaira seorang sinematografer muda yang mempunyai kisah hidup di zaman kanak-kanak yang menyedihkan bila mana perniagaan bapanya di Goa mengalami kerugian. Akibat itu, dia perlu untuk tinggal bersama datuk dan neneknya. Dalam dirinya sudah tertanam bahawa dia perlu untuk menjadi seorang yang kuat, segala masalah dirinya dia perlu atasi sendiri. Dia sering berperang dengan emosinya sendiri dan mengharapkan orang memahami dirinya tanpa dia mahu melepaskan kisah silamnya sendiri.

Memetik kata-kata Einstein, “He/She who does the same thing every day and expects a different result every time is crazy. Sometimes, we need to be the ones to set ourselves free”.

Aku bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan menerusi watak SRK sebagai Dr. Jehangir Khan (Dr. Jug) dalam filem ini….





NOTA: Semua gambar adalah dari carian di google.

Ya, adakalanya dari zaman kanak-kanak kita telah diasuh dengan pelbagai peraturan dan adab cara kehidupan atau apa yang lebih mudah untuk kita sebut sebagai NORMAL. Apa yang NORMAL? Bila zaman kanak-kanak, kita menangis inginkan perhatian sebaliknya kita dimarah sebab mengada-ngada. Apabila kita rasa marah kepada yang lebih tua, menjadi taboo bahawasanya yang layak marah adalah orang tua dan bukannya budak-budak. Selamanya kita membesar dengan segala aturan sebagai UNDANG-UNDANG HIDUP tanpa kita sedar kita membiarkan ketidakstabilan emosi kita berpanjangan.

KESIHATAN MENTAL adalah di antara skop lain yang cuba diangkat sebagai mesej di dalam filem ini. Isu yang sering dibiar sepi oleh masyarakat kita. Bagaikan takut untuk berjumpa Pakar Psikologi atau Psikiatri jika mengalami tekanan perasaan. Bimbang dengan status GILA yang bakal dilabel oleh masyarakat. Aku akui topik ini sangat dekat dengan aku memandangkan arwah Abah bekerja dalam line berkaitan. Waktu kanak-kanak, aku sering ikut abah bekerja di Hospital Bahagia. Melihat abah melayan pelbagai karenah pesakit. Apa yang memeranjatkan ramai yang mengalami pelbagai masalah kesihatan mental zaman sekarang adalah GOLONGAN MUDA. Pastinya itu bukan satu petanda yang baik.

Terlalu banyak tekanan hidup yang dialami. Kita terlalu banyak membiarkan apa masyarakat ‘pandang’ kita sebagai satu ‘peraturan’ atau ‘hukum’ yang wajar kita ikuti. Kita takut membiarkan kita menjadi unik dalam cara kita yang tersendiri.
Banyak pula aku membebel kan..hehehe. Filem ini sangat ringkas dan tanpa lagu yang meleret-leret dan tukar baju sampai berkali-kali hanya untuk satu muzik video. Cumanya kalau anda sejenis yang cepat bosan dan tak sabar untuk mencantum setiap maksud tersirat…ini bukanlah filem yang wajar ditonton. Tapi bagi aku…menonton filem ini bagaikan satu kelegaan yang amat sangat.

Sebabnya, SRK pesan…..

Dear LIFE,
See the sun is up. The sky is blue.
Sort of beautiful. So it’s ok if you are not ok.
As long as you take care of one person….
And that one person is YOU…..


So, move on…and be good to your own self….


Friday, October 7, 2016

Jom tonton Deepwater Horizon...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tengok wayang. Rasanya dah berkurun lama tak pernah keluar tengok wayang berdua dengan Incik Daus. Sebab tak sampai hati tak bawak kakak. Jadinya mostly kami akan pilih movie yang kakak boleh tengok sama.
Baru ini masa public holiday hari tu, Incik Daus ajak tengok wayang. Konon dating sebelum burfday I la tu…hahhaha… Aku ad abaca tentang review film ni…




Jadi, kami pun pilih movie ini untuk ditonton.

Filem ini ditulis berdasarkan kisah benar kebakaran yang berlaku di offshore drilling rig pada tahun 2010. Pada aku, filem ini best untuk ditonton. Walaupun agak slow pada permulaan, tetapi penting untuk berikan tumpuan. Kalau x, memang nanti dah terpancut minyak dan lumpur bercampur-campur tu, dah meletup terbakar..barulah nak tanya…eh..kenapa jadi macam tu, apa punca..eh..eh…tetiba habis…langsung u all tak leh menikmati part mencemaskan tu nanti…hehehhe

Cuma aku akui, content dia memang ada masanya agak teknikal. Aku pun xpaham..hahaha..mujur ada abam sado yang explain… ;p

Lakonan Mark Wahlberg pada aku sangat mantap. Penjiwaan watak semuanya umphhh. Part sedih masa kehilangan kawan-kawan dan part last tu..sangat touching ok. Kebakaran ini telah mengakibatkan kematian lebih kurang 7 krew. Nama-nama syarikat dan konsultan yang terlibat dalam kejadian berkenaan juga dikekalkan.

Tapi kalau u all mengharapkan sebuah filem yang full of action, memang ini bukan filemnya. Dia bergerak seadanya mengikut kejadian sebenar.
Selamat menontonlah ya… ;-)


Wednesday, January 6, 2016

Penangan Filem Dilwale...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Sana sini aku yakin tengah demam Dilwale kan…ade yg sampai berkali-kalilah pergi tengok. Seriously, aku xdalah teruja sangat nak pergi tengok sebab aku xpernah tengok pun Dilwale yang first tu secara abis satu filem. Selalunya tengok kejap then aku dah tukor channel. Tapi disebabkan aku rasa sekarang ni filem Hindustan dengan pelakon-pelakon baru macam tak best le sangat. So bila tibe org dok viral sana sini ttg gandingan shah rukh khan dan kajol dalam Dilwale version baru ni,  aku buat keputusan..jomla kita pergi tengok kan…. Lagipun mak suka filem2 hindustan..cei..cei…guna nama mak…walhal empunya badan pun nak pergi….hehehhehe

Disebabkan penangan filem ni, so tiketnye sentiasalah laku macam pisang goreng panas. Dan di Ipoh filem tu hanya ditayangkan di AEON Sek 18, Pasir Putih. Maka, mintak tolong cik adik Nisa, belikan dulu tiket sebab rumahnya dan AEON hanyalah sedepa saja…eh..eh..berdepa-depa jugakla…hihihihi


Memang mengambil risiko yang bukan skit bila decide nak bawak kakak tengok Dilwale…bayangkanlah kalau tengok citer kartun pun dia boleh duduk diam dalam panggung tu hanya 30minit…huhuhuhu..ni kan plak filem yang langsung bukan genre kesukaan kakak…maka…silalah siapkan mental menghadapi segala karenah..hehehhe…


Muka kegembiraan kami..mak especially, lama katanya tak layan Hindustan…hehehhehe

TQ En Google 

 Ok..review aku..Dilwale ni pada aku bukanlah sejenis filem yang sangat typical Hindustan..dia ada nyanyi2 tapi taklah selang 10minit. Dan lagu dia pun aku suka…nampak modern skit…tapi pemandangan dalam filem ni..Subhanallah…cantik sangat….Cuma yang aku dok pikir sampai skrg macam mana leh duduk menyanyi menari dalam satu scene yang macam kat artic tu..itu..pada aku kurang logik, dahlah pakai baju nipis je pun..hehehhe…

Tapi dialog2 dia banyaknye kelakar...kelakarlah sampai aku boleh tergelak terbahak-bahak kan..macam ramlal dan pago tu..dia gangster, tapi bukan yang hardcore...sebab dia selit2 adegan lawak...tapi kalau nak dikaji pada setiap plot logik x logik memang payahlah..just tengok filem ni dengan rileks...nak feeling2 gitu....tapi lagu tema dia memang sedapla...hahhaa..tetibe...

Kakak..as usual..hanya tengok bila part menari dengan part bergaduh tengok sambil tutup mata...abis makan M&M, makan cheesy sausage...kakak mulalah tabiat dia..nak tengok dari tepian tangga..so kami skrg ni kalau pilih tempat, terpaksa cari tepi tangga..sebab kakak memang suka tengok wayang dengan duduk atas tangga...adeyyy..peel ape ntah...

Tq En Google

Tapi kan aku rasa Kajol sangat cantik dalam filem ni..simple dan sangat cantik dengan usia...cantik sangat...

Abis tengok wayang..kakak ajak gi tempat kakak plak..hmmm..biaselah..di mana ada tempat mainan..di situlah ada kakak..hahhaha...

Ni haaaa....jenuhlah bapak melayan..nak jadi drummer ke nak oiiii....set drum kat rumah Opah..Opah dah sorok katenye..hahhaa..abis main bersepah kan... 


Ok...setelah puas main..makan kenyang semua..maka Kajol pun pengsan dan terpaksa didukung oleh Bapak Shah Rukh Khan...hahahhaa...mohler balik...



Sesiapa nak tengok Dilwale..silalah pergi bawa mak2 anda..sangat sesuai untuk ditonton dengan family okay..feeling okay..jangan risau, dia takde scene yang kena bawak spare sekotak tissue okay..no worries... ;p 

Wednesday, December 9, 2015

Siapa pernah baca tentang Moby Dick?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Aku dengan Incik Daus boleh dikatakan we hardly manage to find time berdua je..berdua dalam erti kata tanpa si kakak…huhuhuhu..sebab selalunya memang jenis tak sampai hati untuk tak bawa kakak. Kalau mula plan kata, nak keluar berdualah…tapi nanti ke satu masa, aku yang akan kalah atau Incik Daus yang akan kalah..hahhaha…ok, sesapa nak kata alaaa…anak sorang je..macam tu la..silakan..i dah belajar untuk buat tak kisah je apa korang nak cakap… mekasih… ;p

Tapi aku akui sebagai pasangan suami isteri, perlu adanya masa berdua. Masa yang you all hanya akan buat aktiviti yang disukai oleh pasangan atau yang disukai bersama. So cammana kami definisikan masa bersama? Kadang-kadang melepak kedai mamak pekena Teh Tarik je consider our quality time. Chit chat tentang kerja masing-masing atau tentang isu negara..eh..eh…negaralah sangat…hahahah!


Macam contoh..jom mulakan hari dengan breakfast sama….kadang-kadang kami akan ambik cuti di hari biasa so that kurang skit rasa bersalah pada kakak..hehehhe…macam bila kami buat keputusan nak tengok filem
Filem ni kalau sesiapa yang familiar dengan novel atau cerita Moby Dick, mesti tahu. One of the reason kami pergi tengok filem ni sebab Moby Dick adalah novel pertama arwah abah hadiahkan kat aku. Masa tu aku kecik lagi, sekolah rendah tak salah aku. Bila dapat novel tu, aku macam…ala…citer apa ni..bosannya…! Iyalah, budak perempuan..mana suka sangat cerita sains fiksyen cam gini…tapi sebabkan arwah abah beli, maka jadinya aku pun baca. Teruja sebab dapat novel omputih u alls… ;p



So petang Ahad lepas, lepas sampai ke Ipoh. Incik Daus dah standby belikan tiket filem yang telah diadaptasi dari kisah Moby Dick ini, In the Heart of the see..so marilah pergi tengok movie. Selamba dengan uniform kerjanya..hehehhe…belasah ajelah!

Menonton filem ini terasa sangat dekat..terasa sangat sentimental…kalau arwah abah ada, boleh ajak tengok sekali… sebab abah yang memperkenalkan aku dengan cerita Moby Dick ni. Overall aku suka filem ni walaupun aku bukanlah penggemar filem sebegini. Sinematografi dia cantik sangat bagi aku yang tak terror sangat ni. Effect dia nampak sangat real. Paling sedih masa dieorang terpaksa mengundi siapa yang terpaksa mati untuk yang lain meneruskan kesinambungan hidup. Kena makan daging kawan sendiri. Sedih sangat, dan kalau kitalah dalam keadaan darurat macam tu, ishhhh..tak taulah cammana.

Sinopsis ringkas dia aku bagi tau le yer..nak tau bebanyak..aku bukan pengulas filem..ahaks! Zaman dulu-dulu, dieorang jana elektrik menggunakan minyak semulajadi yang diperolehi dari dalam serombong ikan paus tu. Ala…yang tempat air dia keluar memancut tu..pernah tengok ikan paus dalam tv kan… ;p Jadinya, mereka memburu ikan paus untuk mendapatkan minyak tu dalam memastikan tempat tinggal mereka dan operasi kerja mereka dapat diteruskan. So belayarlah kapal Essex untuk meneruskan misi. Nampak real sangat bila dieorang turun tangkap ikan paus tu Cuma aku punya logic sense dok terfikirlah jugak kan..punyalah sekawan ikan paus tu..tak terbalik plak bot kecik dieorang tu…hehehhe…malas je Incik Daus nak layan bila aku asyiklah tanya soalan tu ulang-ulang.. ;p

Cuma dieorang berjaya dapat tangkap seekor saja ikan paus yang hasilnya adalah 47 tong minyak paus tu. So dieorang cari lagi tapi tak jumpa sehinggalah membawa mereka jauh ke tengah lautan yang dikatakan dah hampir dengan garisan khatulistiwa. Masa di sinilah yang kapal dieorang kena hentam dengan ikan paus yang besar sepanjang hampir 100 kaki dan bewarna Putih. Orang ingat kewujudan ikan paus tu hanyalah epic rupanya betul. So kat sinilah start kemuncak cerita…dan akhirnya..apa kata akhirnya u all gi tengok sendiri….hahahhaha! Aku sponsor beberapa keping gambar filem ni hasil carian aku dari google ye..kot nak ambik gambor dari movie tu, aku rasa mau aku diiring keluar panggung wayang tu sambil mata ditandakan hitam atau wajah dikaburkan..hahhaa…





Mekasih Mr Google dr page2 yang berkaitan..sy pinjam gambar ya... 

Tuesday, August 12, 2014

Teenage Mutant Ninja Turtles..filem yang best dan sangat dinanti!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Siapa sini minat tengok Teenage Mutant Ninja Turtle? Angkat tangan!!! Yeayyy..samalah kita!! ;-)

Aku memang minat gile dengan Ninja Turtle ni, pada aku macam citer dia kelakar. Ninja Turtle ni jugaklah yang mengajar aku kenal pizza..hahahha! 


Siri Ninja Turtle ni tak salah aku, mulanya dengan komik, sebelum jadi siri kartun, dan akhirnya jadilah sebuah filem. Selain Ninja Turtle ni, dulu zaman kecik-kecik, aku suka jugak tengok ‘Jem, Jem is my name…!’ Haaaa…ingat lagi tak kengkawan seusia? Hehehhe…cukup teruja tengok dia pegang subang dia aje, terus leh transfer pakaian jadi cantik2 gitu…huh, senang hidupkan?... ;p

Meh aku hadiahkan gambar untuk you all refresh balik fikiran mengingati si Jem ni.. ;-)
Gambar Ihsan Google

Those days…tapi sekarang susah aku nak minat kartun yang leh meresap ke jiwa kan..maksudnya, sekadar tengok tapi taklah sampai nak terasa suka yang amat.. *Faktor Usia..hahahha! Sedor jelah..*

Jadinya, ahad baru ni, gegas ke cinema nak menengok filem yang memang dah lama aku tunggu, Teenage Mutant Ninja Turtle. Huissshhh, masa tu cuak juga, sebab tiket dah beli dan kakak pula demam balik Jumaat tu. Alhamdulillah, tengok wayang punya motivasi, kakak ok Ahad tu..hehehe..jenuh ibu paksa makan ubat.
Aku pilih tayangan jam 3.50pm. Berkobar-kobar ni nak pergi. Dahlah sebelum tu, time solat Zohor kakak merajuk dgn kami sebabnya solat berjemaah tak ajak dia. Aku sampai sekarang kalau ingat2 dia merajuk sambal membebel tu, macam nak tergelak sangat. Siap duduk kat hujung katil, peluk tubuh, muka masam..sambil cakap, “Dah, jangan cakap dgn kakak. Sembahyang pun tak nak ajak kakak..bukan lama pun..”..hahaha.. Siap cakap ni, “Lepas ni ibu dengan bapak tak boleh tido bilik kakak lagi sebab kakak merajuk. Opah nak sembahyang, boleh je ajak kakak, tunggu kakak ambik air sembahyang..haaa…ok je, elok je..”

Hahahahha! Aku serius tak leh tahan, terpaksa cakap kat Incik Daus, ‘Macam sama je kan kaedah percakapan dengan mimik muka kakak merajuk dgn Ibu…”

Sekilas Incik Daus pandang aku sambil buat muka tersengih dia tu.. “Hmmm..baru tau ke..”

Ok fine! ;-(


Tapi aku mengaku pun time mengandung kat kakak dulu, memang aku over sensitive..sikit punya hal pun dah boleh emosi melampau, nak merajuk menangis segala…hahahah! Memang mujurlah Incik Daus suami yang penyabar jugak..kalau tak..hmmm..sendiri mau ingatlah kan… heheheh…

Sebelum gi tengok wayang tu, aku buat sesi poyo2 skit..walaupun mendapat tentangan hebat dari Incik Daus..hehehe..berposing depan umah…hhihihihi…



Tema kami merpati dua sejoli that day, merah..as usual, sila layan kehendak isteri ya..kih..kih..kih..Cuma bab topi tu memang aku tak paham semenjak bila datangnya angin mengumpul topi jenis cam gitu. Bukan satu ya, adalah dua tiga koleksi terkini..heran aku..macam nak pergi memancing je rupanya…pancing ikan takpe ye bang..jangan pancing lain sudah…memang sengaja nak makan mata kail namenya itu.. *macam best je nak mengugut..hihihi…*


Kakak..tu jaket jeans tu, itu projek rahsia dengan bapak..tetiba je dah ada jaket tu beli bawak balik. Nanti nak pakai time naik motor..bukan main lagi anak dengan bapak..sabor jelah ya…



Kakak dengan muka muncung dia..time ni dah start malas nak posing..sebab ibu asyik soh tukar pose je..heheheh…belajarlah bertabah wahai anak..ahaks! ;-)


Dah, jom kita pergi..kang lambat plak. Singgah Umah Opah, ambik Opah jap. Sampai Aeon Kinta City, masih awal..baru kul 3.00p.m. Perut plak lapar sebab tak makan lunch lagi. Maklumlah pagi tadi sibuk kat kedai. So, jom cari benda yang simple nak alas perut dulu sebab mak dah bagi tau yang mak masak Mee Rebus Tulang kat rumah.

Tekak terasa nak makan Choc Eclairs Auntie Anne ni..so jomlah kita..


Kakak, segala yang ada coklat dia suka. Tapi coklat dalam bentuk topping. Memang Choc Eclairs tu sebiji kat dia jelah. Aku order kat mak yang sesame punya, cicah dengan caramel, memang masyuk...itu pun kakak tumpang jugak sekaki. Isk..isk..takpelah, biar jelah sebab selera dia baru nak ok lepas demam balik khamis lepas.

Untuk show ni pun aku risau mulanya, takut demam kakak xbaik lagi kan..memang kira burnlah tiket yang dah beli awal tu..


Ini namanya sambil makan sambil bagi pose simbol PEACE..heheheh...

Settle alas perut, jomlah kita pergi menonton..Teenage Mutant Ninja Turtle..huh..terasa macam anak muda remaja adrenalin yang mengalir dalam tubuh saat ini.. *Sound so poyo, yes I know...who care? ahaks!*


Gambar hasil pencarian di Google Image


Memang kelakar sangat cerita ni, pada selera akulah. Memang kat dalam panggung tu ketawa bagai nak rak pada certain scene..mak aku pun gelak2 jugak..kakak siap menari time dieorang rap dalam lift tu. Nak tergelak aku..

Kalau dari segi plot cerita, taklah banyak beza. Cuma diselit macam mana bermulanya kejadian mutant dieorang tu..kira flash back lah. Then macam mana dieorang membesar, belajar Ninjutsu semua..Cuma pada aku dialog2 dia tu. Kiranya dieorang ni kan ‘teenage’..so macam-macam karakter yang dapat dilihatlah. Paling kelakar pada aku, Michael Angelo…ada je dialog dia yang poyo tapi kelakar. Kiranya bukan action yang serius sangat macam Transformers. Bila bab sedih, yang diaorang nak terhempas tu, pengucapan dialog dia..memang sedihlah, dapat kita rasa. Overall, memang aku suggest you all pergi tengok..bawak family sekali… ;-) Rasa macam nak ulang tengok sekali lagi…

Kakak siap book awal-awal, kakak Ninja Turtle Michael Angelo, sebab ia pakai topeng kaler yellow..hahahha…oklah anak…

Aku, dari dulu memang minat Raphael..sebab aku rasa karakter dia macam aku..ewah…Jiwa Nampak kental, dalam hati ada Taman D.R…muahahaha!

Si kakak, sebelum filem ni kuar, awal-awal dah buat koleksi..hmmm..tengoklah ni…



 Itulah kisah Ahad lepas..aku akhiri dengan gambar aku yang 'macho' tahap gaban ni lah ye..jangan marah aaahh kengkawan..kasi chance ahkak poyo skit..


Adios! ;-)

Friday, March 15, 2013

Rock Ooooo...Rimba Bara Kembali...Cayalah Amy Mat Piah! Muahahah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Allooowww...

Jom..jom..tenangkan otak..mau review filem ini..filem apakah? ;p

Ini kisah minggu sudah tak salah aku..kira dua minggu ini memang aku and Incik Daus sangatlah sibuk..jumpa pun during weekend saja..haaa, gitulah, Incik Daus busy outstation dan aku busy organizing an event. Jadi bila weekend bersama, marilah kita merehatkan otak...bergelak tawa...

So, nawaitu nak rileks2 je, memang kenalah bila tengok filem ini...pada aku, filem ini telah berjaya memecahkan perut aku..tinggal isi perut je tak kuar...hehehehe...

Sebelum kite nonton wayang, mohler kita lihat aksi excited penuh kegirangan kami...

Kemain lagi our 'Kakak' with her Mak Ngah and BB Umairah

Gambaq skema sebab mak ada kat depan..gatai!!!

sampai pejam mata 'kakak' penuh emosi

Inilah filemnya yang pada aku telah berjaya mengembalikan kegemilangan era rock dulu...





Selain itu syok jugak tengok tempat-tempat menarik di Ipoh yang penuh dengan mood klasik...era koyak seat kulit bus buat suar ketat... ;p sesape org Ipoh, tentu ingat Super Kinta lama yang jadik studio SYJ tu..Bazaar Bulat yang dah roboh tu....

Aku suke tengok Amy Mat Piah watak Que Haidar tu..menjadi sungguh watak 'berangan' dia tu...lawak sangat aku tengok..Jijo (Khir Rahman) pun best...antara scene yang buat aku gelak gile scene makan maggi sepinggan kongsi reramai dan scene yang rebus sebijik ubi tu, sambil sume tunggu time nak sebat...walau kalau dilihat secara dalam, sedih oooo time tu, betapa hebatnya perjuangan band rock time tu sampai sanggup tak cukup makan...

Dan satu word baru dalam kosa kata aku adalah... 'CINGGGEEEIIII'...muahahhaha!!! Apa tu? Kena nengokler filem Rock Ooooo ni baru tau apa dia...

Tatatititutu....






Monday, February 11, 2013

Husin Mon dan Jin Pakai Toncit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah 4 hari tertunda nak menulis tentang kisah filem ini. Aku dan Incik Daus memang dah lama tak pergi tengok wayang. Last show that we manage to go is Seefood (errrr...menolak segala filem yang aku pergi tengok sendiri atas tuntutan kerjalah ya...).

Sepatutnya aku dah tengk filem ni time preview lagi tapi disebabkan kerja lebih utama (ewaahhh, macam bunyi pekerja Anugerah Cemerlang..heheheh), jadinya bila dah keluar di pawagam barulah berkesempatan tengok. Since tiket dapat dua, maka call Incik Daus cepat2, mintak dia balik cepat..show jam 9.30 malam.

My Verdict: Gila punya best dan kelakar. Dari show mula (tak sempat sampai 10 saat pun..), semua orang dah start gelak. Walaupun garapan kisah Husin Mon dan Jin Pakai Toncit ini kelihatan sangat ringkas tapi by knowing karya Abang Mamat selalunya punya makna tersirat. Betapa digambarkan masyarakat kita yang semakin memandang kebendaan. Mereka yang 'JATUH', dibiarkan terjatuh terus sedangkan sebagai manusia, kita perlu sama-sama bersatu membangun masyarakat. Aku paling suka dengan aksi-aksi spontan dan tak terfikir dek akal, macam adegan main galah panjang tu. Teringat zaman kecik2 dulu. Punyalah camera trick tu berjaya memperdayakan kami semua. Ingatkan tengah bertarung ke apa, rupanya main galah panjang. Hahaha! Aduiii, see, how actually Mamat Khalid manipulate us. Pada aku, menonton filem Abang Mamat, selain gelak seronok-seronok, kita kena duduk dan berfikir mana hala tuju yang dia nak sampaikan. Aku bukanlah perngkritik hebat tapi aku seronok tengok filem ini. Walaupun terus-terang aku cakap, Incik Daus sebenarnya peminat tegar filem-filem Abang Mamat ni. Bayangkanlah kalau Man Laksa tu dia boleh hafal dialog dan scene. Aku dulu kalau tiap kali dia dok ulang tengok Man Laksa tu, rasa macam, kisah apa ini, aku tak pahamlah...lama-lama aku semakin faham.

Bila kerjaya baru aku ini memberi peluang untuk aku bekerja secara tidak langsung dengan Abang Mamat, aku jadi semakin suka untuk mendengar buah fikiran dia. He only said something that relevant to his anak bangsa. Setiap scene yang direalisasikan di dalam filem beliau mempunyai maksud tersendiri. Walaupun sekadar bendera di Dewan JKKKK Kg tu..pada dia ada maksud yang cuba disampaikan, dalam sinikal.

Tapi, masing-masing punya selera..bagi kami, kami sangat enjoy nengok filem ini..



Terima Kasih Abang Mamat dan Kak Intan sudi belanja kami ini.... ;p

Komen aku yang pasti: Tengok citer ini macam terapi pada aku, nampak ajer muka Abang Mamat, aku terus cakap..

"Terima kasihlah sebab hilangkan penat dan stress saya bekerja sepanjang minggu. Aduii, lama dah tak gelak kuat-kuat macam ni.." (macam Jin Baragas bak kata lecturer PR aku dulu...hehehehe).

Kali ni kami bawak 'kakak' sekali..asal scene malam, dia mintak bapak dia tutup muka dia...die nengok ikut celah-celah jari jer..bila scene siang, baru tengok rileks..hahahha..

Siap lepas abis movie, teman ibu ngan bapak 'mengeteh'..huhuhu..

Muka jam 12 tengah malam..her first night out ever..I mean, at this hour...


Pada yang tengok filem ini, aku sarankan sangat-sangat pergilah tengok. Bawak mak ayah, anak-anak sebab filem ini memang sangat kelakar hokeeeyyy...ooo, dan Abang Mamat ada selitkan unsur CGI dalam filemnya ini. Incik Daus siap dok ulang-ulang dialog filem ini. Kadang-kadang tersengih sorang-sorang. Bila aku tanya kenapa, leh plak dia kata sebab teringat watak sekian-sekian...Incik Daus ni slain filem Abang Mamat, filem Allahyarham P.Ramlee je yang dia selalu hafal dialog-dialog ini.

Sampai hari-hari dok ulang:

"Nanti kita pergi tengok filem ini sekali lagi ya..."

Ish..ish..sungguh-sungguh..tapi disebabkan aku baik..kali ini aku belanjalah...huhuhuhu...bawak mak ngan angah sekali...jom, tiket dah beli jam 3.30p.m..tatatititutu!




Monday, February 4, 2013

Jom Tengok: The Blind Side

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sat jaa, dah Isnin kembali. Aiseyyyy! Ermmm, last week Jumaat pun aku dah cuti. Rancangan awalnya nak ke satu tempat ni, tapi terpaksa ditangguhkan dulu buat sementara waktu. Tapi sebabkan aku malas nak cancel cuti, aku pun cuti jugaklah. Incik Daus pun cuti.

Incik Daus: Nak kuar jenjalan ke?

Aku: Macam malaslah. Macam nak duduk rumah (baru perasan betapa lamanya aku tak mengadap TV, hatta menonton wayang sekalipun. Last film was the 'Seefood').

So, kami pun melepak jerlah sambil aku selongkar segala koleksi DVD yang kami ada. Banyak juga yang tak ditengok pun. Aku akui banyak benda yang aku dah tak buat semenjak adanya anak ini. Setahun pertama segalanya tentang kesihatan 'kakak'. Masuk tahun kedua, masih sibuk awasi segala perkembangan tumbesaran dia termasuklah menyudahkan segala imunisasi wajib dan tambahan. To be honest, now only I can feel so relief and started to missed the activities of my own like this, blogging. ;p

Jadinya, lepas solat Jumaat, 'kakak' pun menunjukkan tanda-tanda mahu tidur..setelah main 'pewwwooootttt'..heheh..one of her habit, a must do before going for bed is 'main pewwwoooottt'. 'Kakak' akan minum susu sambil main pusat/perut aku. Aku pun tak sure mana dia dapat habit ini tapi yang pasti selepas dia tak breastfeed lagi. Baru beberapa bulan ni tak salah aku. After she slept, maka ibu dan bapaknya pun....

Melayan...






Ok, aku memang suka nengok cite cam gini. Suka juga dengan lakonan Sandra Bullock ni. This is also one of the true story base on now-NFL player Michael Oher and the family that adopted him when he was a homeless teenager. Sebelum difilemkan, kisah ini pernah dibukukan oleh Michael Lewis, “The Blind Side: Evolution of a Game".

Filem ini dah lama ditayangkan iaitu pada tahun 2009 lagi dan aku pun memang dah lama dah beli DVD ini, sekarang baru dapat masa nak tengok. Could you imagine how busy I am before? (kunun2... ;p). The Blind Side is both written and directed by John Lee Hancock (Hard Time Romance, The Rookie, The Alamo).

Aku sukalah citer ni...dia banyak berkisar tentang hubungan kekeluargaan dan juga bagaimana seharusnya kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Dalam 'kerasnya hati' Leigh Anne Tuohy (watak yang dibawakan oleh Sandra Bullock), ada juga sifat kemanusiaan yang tinggi dalam dirinya. Dan aku sangat suka di mana wataknya digambarkan sebagai...

"She's an onion, you have to peel her back a layer at a time..."

Kirenye Michael Oher ni dulu hidup pun ala2 merempat..dia tak pandai menulis tapi daya ingatan dia kuat..dan dia juga sangat menghargai kasih sayang walaupun mak dia dulu abaikan dia. Sandra Bullock ni la yang banyak bantu dia sampailah dia berjaya. Wokey...gitulah serba skit tentang kisah ini. Tapi yang paling best, sesi nontong wayang itu sambil2...

Menjamu...

dah lama weiii, tak makan ni..dulu hebat kot kalau dapat makan cornetto ni..hehehe...

Thursday, August 18, 2011

Gula-gula CINTA...

Apa itu ‘Teru teru bozu’? Siapakah, mengapakah demam itu masih melanda sukmaku ini? Oh, tersangatlah adore sampaikan masih lagi suka sama itu doll kecil, si ‘teru teru bozu’..semuanya penangan drama jepun yang popular tahun 1998 dulu, ‘With Love’..yang pastinya dibintangi oleh ‘boyfriend’ yang selalu ‘harus’ dikendong ke dalam peti angan2 ..ahaks..

 as Hasegawa Takashi



Peh..sgt ensem..kih...kih..kih.. (terasa mcm remaja plak usia ni..hahaha)


Tomeynye cenyumm..berdarah rasa hati..

Monday, March 16, 2009

ada apa dgn weekend?

Weekend kali ni memang best setelah hampir 3 minggu rasenye aku keje, lepas tu kursus yang semuanya mengambil masa weekend ku yg begitu berharga..jadi bile minggu ni dapat cuti, rase macam bestnye..sabtu pagi kami breakfast di luar..aku makan tosai garing ngan kuah dal..

INFO SIHAT : Tosai (1/4 keping besar) = 10 gm karbohidrat, 15 gm protein dan 50 kalori.
* Tapi kuahnye jangan ambik lain selain kuah kacang dhall ye..itu kuah kari
atau yang kelapa tu is a big 'no-no' yer..ewah..peringatan utk aku gak sebenarnye.. :-)
Lepas tu kami g beli barang umah skit dan kami decide nak buat movie review skit. Biaselah, sebelum dapat masuk cinema tu, kena owww soommm dulu nak nengok cite ape..so giliran Firdaus buat pilihan. Maka dengan penuh keyakinannya, dia memotivasikan aku utk joint tengok filem Will Smith yang baru tu..Seven Pounds..



Review: Ni pandangan akuler ek..slowler jalan citernye bagi aku yang takj brape nak sabar ni..Firdaus dah mule rase ala2 bersalah bile aku ngomel2..tapi at last aku gak yang faham jalan citernye compare to him..udah terpakse explain kat die plak..hehehe..mass comm le katekan..die ni pasal Will Smith ni ler yang diselubungi rasa bersalah sebab mengakibatkan wife die dan lagi enam org lain mati dlm kemalangan akibat die main handphone time drive (peringatan tu...don't text and drive..hehehe) Jadi, utk menebus salah die..die nak buat baikler kat tujuh org lain sebagai tebus salah die. Die carik org yang ade problem then tolong. Contohnye, die bagi umah die kat ada family ni yang banyak utang dan dikejar 'gang',die dermakan mata die utk sorang laki buta, dermakan jantung die kat pompuan dlm gambar atas ni..dermakan separuh hati die juga pada sorang auntie..and etc. Citer ni at one side bagus on their ciri kemanusiaannye..macam derma organ ni..kat Malaysia still tak ramai yang sanggup tampil utk derma organ. In fact, waktu aku g assignment kat NKF, one of the doctor bagi tau negara memerlukan anggaran 44 penderma buah pinggang setahun untuk selamatkan pesakit buah pinggang kronik di Malaysia. Sehingga last year, anggaran penderma hanya 2 orang: 1 juta penduduk. Imagine that..ngeri aku dengar tapi bila aku tanyakan balik pada diri aku sendiri..aku pun tak sure that am i willing to donate my organe after my death? Do you?

But, berbalik pada citer tadi..cume yg tak bestnye..ending dieler..die bunuh diri dengan biarkan diri die kena sengat dgn obor2 semata2 untuk dermakan organ2 die tu..harus diingat, bunuh diri DILARANG dalam Islam dan bukanlah cara terbaik utk menebus dosa atau kesilapan lalu..
Selain tu, kami berdua ada gak layan dua filem ni..



Hari Ahad, aku decide nak rehat kat umah je sambil main 'Millionaire'..hehehe..best giler sesekali jadi bebudak balik..keputusan seri 1-1..sampai lewatler lunch hari tu..walaupun lewat menu hidangan tetap mantap..huhuhu..camner nak diet ni.. :-)