Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, October 24, 2014

D.A.T.I.N.G

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nampak gayanya bulan 10 ni aku kurang bersiaran di blog, banyak jugaklah entry tertunda, tertangguh dan sebagainya. Sibuk..balik je dah penat. Incik Daus plak banyak jugak out station, so bila dah berdua dengan kakak, memang susahlah nak mengadap laptop kat rumah. Bukan apa, nanti dia pun sibuk jugak nak hadap sama. So seperti yang aku mention dalam entry sebelum ni, aku pun out station juga bermula dari Ahad baru ni sehingga selasa. Alhamdulillah, semalam Public Holiday, so dapatlah rehatkan badan.. Taklah rehat sangat, mendobi xsudah-sudah..biasalah kan.

Bila bangun pagi kelmarin (cuti Deepavali), lepas Subuh..aku dah start dobi baju, dobi tudung, selimut segala..sebab nampak hari macam panas. Then niat dihati nak ajak kakak breakfast kat luar..saja santai anak beranak. Incik Daus semalam masih di Langkawi..dah 10 hari dah ya. Sekali Astro Ceria banyak plak ceritanya. Kakak dok menengok, kul 9am, ada plak filem apa tu Gajah Biru ke apa..

Hmmm..bersambung la sampai dekat pukul 11. Last-last kul 11am tu lah yang keluar. Memang bukan breakfast dah tapi brunch. Lunch aku dah masak siap-siap dah, so malas nak lunch plak kan kat luar.

Disebabkan kami berdua, dan kakak kata kakak nak minum ‘Milo Laksasa’… ;-)…
Jadinya aku pun bawaklah kakak ke sini..



Sambil-sambil nak tulis order, sambil-sambil kami ber ‘Wefie’…




Spend time, borak-borak..lebih kepada ‘Bonding Time’ sebab dah dua kali weekend aku kerja.
Ok..dah sampai pun menu ‘Milo Laksasa’ si kakak..ibu tumpang sekalilah..teringin plak..



‘Milo Laksasa’ tu maksud kakak, ‘Milo Raksasa’..tapi nama sebenar minuman ni rasanya semua orang pun tahu..Milo Tabur..atau Milo Dinasour.  Kakak je kreatif inovatif menukar namanya…heheheh..

Tengok..abis comot mulutnya…



Ni menu aku..roti wholemeal stim dengan marjerin dan kaya..



Kakak plak, peberet dialah, kuih pau inti kacang merah, wholemeal jugak…abis 3 ketul kat dia…



Dekat 1 jam jugaklah kami bersantai di sini. Makin pot pet pot pet kakak Bam Bam ibu ni..hehehe..macam aku gak kot..hahahah!





 Inilah buah hati Ibu..BFF ibu..peneman Ibu sebab bapak asyik keja luar kawasan.....uhukk...uhukkk..

Love you so much kakak!!! 

;-) 

Monday, October 20, 2014

Resipi: Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Nak share menu ni, masaknya macam biasalah dah lama juga. Tak salah aku masa Aidiladha yang lepas atau mungkin selepas tu ke…hehhee..biasalah dah tak ingat. Ikan siakap ni, rasanya memang kegemaran kebanyakan dari kita. Cara masaknya pun macam-macam, ikut kegemaran kitalah kan. Macam aku, lebih sukakan ikan siakap yang dimasak stim tapi Incik Daus lebih suka ikan siakap yang dimasak pedas atau tiga rasa. So selalunya asyik masak ikut tekak aku je kan, apa kata kali ni kita masak ikut citarasa Incik Daus plak kan..bagilah keadilan skit..heheheh…

Ini antara bahan-bahan yang aku gunakan..

Ikan, of coz lah kan..ikan siakap ya ni adik-adik..sampai dua ekor aku goreng, punyalah makan besor gayanya kan…



Ini plak bahan-bahan ramuan yang terdiri daripada tomato, timun dan lobak merah. Kali ni aku tak masukkan nenas kiub tu..kalau nak lebih umppphhh masam manisnya boleh juga ditambah nenas ya.


Bahan-bahan lain yang tak ada dalam gambar adalah seperti:

1 biji bawang Bombay (dihiris bulat)
Sos Tomato (Anggaran ikut saiz ikan dan kadar kepekatan yang u alls semua nak ya, macam aku, aku masukkan agak-agak je..tak ada plak sukat pakai sudu bagai)
Sos Cili (Sama juga, ikut pada selera masing-masing)
Sos Tiram ( Ini aku letak dalam dua sudu besar)
1 cawan pes cili
Sedikit garam dan gula
Daun Sup dan Daun Bawang (dihiris untuk hiasan)

Bahan Untuk Perapan Ikan



Sedikit Garam dan lada sulah (lumurkan pada ikan setengah jam sebelum menggoreng)
Putih Telur
Tepung Jagung

Cara Membuat:

1.      Panaskan kuali dengan minyak yang cukup untuk deep fried.
2.      Salutkan ikan dengan Putih telur sebelum dilumur dengan tepung jagung.
3.      Gorengkan sehingga garing keemasan. Angkat dan ketepikan.

Cara Membuat Sos:

1.      Macam aku, lebih suka buat sosnya dulu, sebab nanti ikan masih panas lepas goreng, boleh simbahkan terus.
2.      Mula-mula tumiskan dulu pes cili.
3.      Setelah naik bau, masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit garam dan gula.
4.      Setelah mendidih, masukkan pula bawang dan juga ramuan sayuran tadi.
5.      Biarkan sehingga mendidih kembali sebelum padamkan api.
6.      Tuangkan ke atas ikan yang tersedia digoreng dan taburkan dengan hirisan daun sup dan bawang tadi. Daun saderi pun boleh.

Dah siappp....!



 Kala u alls membaca entry ini, aku tengah tersadai di Swiss Garden Damai Laut, Lumut..kerjalah wei..uhukk..uhukkk..sedihnya...tak sabar tunggu esok boleh balik... ;-) 

Thursday, October 16, 2014

Letih, Penat..segarnya minum madu lemon...ewah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lamanya terpaksa meninggalkan blog ni..sibuk yang amat sangat..apa yang disibukkan pun aku tak tahulah…eh, boleh plak cam tu…hahahhaha…sibuk sangat, letih pun iya..baru sudah 2 hari yang mencabar last weekend, explorace..eiii, penat gaduh ngan urusetia je dari sesama team member..hahaha..buleh gitu? Bukan apa, urusetia tu fragile sangat, emosi terlebih..tak leh nak dikomen sikit…terus bertindak defensive…apa raaaaa…tak pro langsung ko senah!!!! ;-(

Saja pakai tudung bawal hari ni..feeling budak sekolah menengah sat..hehehe...

Haaaa….tu gambor pagi semalam…barulah ceria sikit pagi ni, tapi letih tak abis lagi pun sebab nak prepare untuk event this coming weekend plak..gilelah..keja straight 2 minggu.

Ini plak muka fresh dari ladang…hahahah…muka lepas abis explorace tu..gila pucat, letih sangat, tak boleh tidur lena sangat..ada banyak kali gak terjaga…



Pi cuci keta waktu ni, nak tanggalkan segala sticker yang melekat ke kereta..warghhhh..stress nya bila kena paksa pakai keta sendiri kan..so tak pe, sebabkan kita ni cool je..jom pekena air lemon madu panas secawan…tak agak-agak orang kaya..yelah, minum pun kat Papa Kaya….hahahha…actually aku yang request kat Incik Daus nak minum kat tempat yang rileks dan tak ramai orang, sebab nak cool down jap..



Tapi tetiba napa terasa minuman si kakak lagi syahdu nikmatnye ni..ohhhh why…



Haaaa..syok kan, milo tabor dinasour….pewwwiiitttt…


Ok lah you all sekalian, nanti ahkak try update lagi ek..sebab skrang balik umah je dah letih yang amat sangat. Semalam balik pun, menimbun baju nak kena lipat…uhhh..untung siapa dapat aku ni sebagai isteri..eh..eh…terpuji diri sendiri ke? Hahahah…oklah..c u when I c u lah ek..babai u alls!!!! 

Tuesday, October 7, 2014

Kakak Sudah 4 tahunlah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

6 Oktober 2014

Kakak:- 2 tahun

Semalam, genaplah usia kakak 4 tahun…ye..4 tahun dah..
Cepat sungguh masa berlalu
Baru je terasa semalam mendukung kakak yang beratnya dulu tak sampai pun 1.2kg.
Sekarang, Alhamdulillah, dah semakin mantap badannya..geram..selalu cubit lengan ngan pipi kakak..gebu sangat..hahhaha! Selalu juga kakak nangis sebab tercubit kuat..sorry kakak, ibu geram sangat, pejal betul isinya. ;p

Kakak,
Banyak mengubah pandangan ibu tentang hidup..
Kakak, yang mengajar ibu banyak tentang erti ujian dan kesabaran..
Membantu Ibu mencari kekuatan dalaman yang kadangkala sangat rapuh…
Kakak, yang selalu buat Ibu ingin bekerja lebih kuat dan menjadi lebih baik..
Yang buat Ibu terasa cukup serba serbi di saat segalanya serba kekurangan..
Ya Allah, kakak adalah anugerah paling indah dalam kehidupan kami..
Memang banyak yang berubah dalam hidup aku terutamanya semenjak kakak lahir
360 change, I would say that.

Kakak:- 2 tahun 2 hari 
Ya Allah, tiada lebih bermakna dalam hidup aku melainkan diberi kesempatan oleh-MU untuk membesarkan kakak dengan sempurna..ke jalan-MU Ya Allah…
Semoga kami diberi kekuatan dan dilimpahi kasih dan sayang ke jalan-MU Ya Allah…

Saffiya Arissa, Kakak..Selamat Hari Lahir yang ke-4…
Terus jadi bucuk macam bam bam Ibu okay.. ;-)

Durratul Khaleeda.. Adik…Mutiara yang kekal abadi..di hati Ibu dan Bapak…setiap kali melihat kakak, ibu lihat bukan seorang tapi dua orang anak Ibu..Ibu sayang kedua-dua anak Ibu sepenuh hati..Adik tunggu kami di sana ya…aman dan tenang.. Janji Allah itu pasti…

Ikhlas dari Ibu..
7.10.14

 
Kakak:- 2 tahun 5 bulan..sibuk nak melaram dengan topi dan beg kerja bapak..."Kakak Nak Pergi Kerja..", katanya... isk..isk..

Kakak: 3 tahun 2 bulan...kakak pun ada pose Shhhhh..macam Ibu ek...hihihi..ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ek...

Kakak: 3 tahun 5 bulan..kemain lena..sekarang dh kena tidur kat belakang keta...udah xmuat tangan ibu nak ampu...

Kakak: 3 tahun 7 bulan..itu pose tangan cam gitu bapak dengan pak su azfar yang ngajor kan..hmmlahaiii... 

Kakak:- 3 tahun 8 bulan..haaa...ini pos cam gini Ibu yang ngajor kan..barulah gegurl okay...

Pose ala2 super model dari kami berdua..hahahah...





Ini pose paling supermodel above all..ini gambar kakak setelah menginjak 4 tahun..itulah perangai kakak semenjak tinggalkan BF at her age of 2...hisap susu sambil main pusat...haishhh...tak leh kata apa dah..itulah ubat pelali..hehehhee....

Apa pun, ibu dengan bapak nak kakak tahu...apa sekali pun..Ibu dengan bapak sayang kakak sangat2 okay..be a good daughter to us...Insya-Allah...


Friday, October 3, 2014

Resipi: Sambal Tumis Telur Puyuh Bersama Petai...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni meh kita share resipilah ek, mengenangkan esok kan cuti hujung minggu. Lehlah sesapa yang plan nak masak memasak kan.

Aku ni semenjak kahwin, banyak betullah masakkan makanan yang petai sebagai menu utama. Selalunya, ikan bilis petailah, kalau tak pun sambal udang petai. So baru ni, aku teringin nak makan sambal telur puyuh. Ya, aku memang suka sangat dengan telur puyuh ni. Dan bukak fridge, ada plak baki petai. Macam sayang je plak kalau tak abiskan, sebab tinggal sikit aje. So, aku pun gamble jela, try campak sekalilah kot dalam sambal puyuh ni. Bila makan, macam sedap je, macam masyukkk je..heheheh…



So tanpa membuang masa lagi, meh ahkak sharekan resipinya bersama..

Bahan-bahan:

30 biji telur puyuh (direbus dan dikupas kulit)
Sedikit petai
1/4 cawan air asam jawa @ 2 keping asam keping (kalau suka masam, lebihkan, kalau sebaliknya, kurangkan)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:

1 mangkuk kecil cili kering (digunting halus dan direndam seketika)
1 biji bawang besar
4 biji bawang Putih
Sedikit halia
Sedikit belacan

Cara Membuat:


  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang dihiris. Masukkan pula bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  2.  Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk telur puyuh dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan sos tiram, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, dan ikan masin goreng…Pehhhh, sure terangkat!!!!







Jemput cuba ya... ;-)

Thursday, October 2, 2014

Alhamdulillah..meningkat lagi usia ke satu angka... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Alhamdulillah…
Hari ni kan..adalah orang tu…dia sambut birthday dialah..birthday yang ke berapa?
Ehem..ehem…rahsialah you alls sekalian..mana boleh bagi tau.. ahaks!


Tapi dah 3series and above..hahahha!
Takpe, pada aku, itu lambang kematangan penuh eksklusif..ewah!

So hari ini..burfday girl ini rasa sangat bersyukur..
Syukur Alhamdulillah, kerana diberi peluang dan ruang..
Untuk masih bernafas di bumi-MU Ya Allah..

Alhamdulillah, bersyukur juga kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorang Isteri dan juga seorang Ibu..merasai segala nikmat berkasih sayang, disayangi dan menyayangi..


Alhamdulillah, kerana diberikan kehidupan yang selesa, cukup makan dan pakai…

Ya Allah,
Terima kasih yang amat sangat kerana mengurniakan hamba-MU ini seorang suami yang memahami..

Alhamdulillah…bersyukur aku terhadap-MU Ya Allah, kerana dikurniakan seorang zuriat yang cukup sifat, yang comel, yang menjadi kekuatan hidup kami…

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga atas umur yang diberi, atas segala-galanya Ya Allah..atas ujian susah dan senang, atas segala dugaan pahit dan manis..

Sesungguhnya, itulah yang menjadikan aku di mana tempat aku berada sekarang…

Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah…



Erny

2 Oktober 2014