Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Masakan Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Masakan Sayuran. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

Resipi: Sambal Tumis Labu Air, mudah dan membuka selera!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Labu Air, siapa suka makan? Kalau suka, seppp sikit..sebab kita sama, yeayyy! 


Selalunya kalau labu air ini, sesuai dibuat masak sup. Kali ini kita nak buat masak tumis cabailah, tu kalau orang Kedah katalah..kalau orang bukan Kedah panggil Tumis Cili…ewah! *sajaakakbergurau*


Sayur labu air ini, sesuai sangat kalau dijadikan menu bila demam kerana dikatakan mampu membantu menyejukkan badan. Ia juga kaya dengan kandungan kalsium dan juga Vitamin C. 

Ok, sekarang, meh kita share bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji labu air
Udang (anggaran ikut masing-masinglah ya…)
Bahan untuk dikisar:
Segenggan cili kering
3 batang cabai/cili merah/masak
Segenggam udang kering
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih

Cara Memasak:


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi.
  2. Biar naik bau sedikit, kemudian masukkan air. Kuantitinya bergantung kepada    jumlah labu air dan juga selera masing-masinglah ya…ada suka kuah banyak. Ada yang suka pekat.
  3. Bila dah mendidih, masukkan udang. Perisakan dengan garam dan gula. Labu air ni tak perlu dimasak lama, nanti terlalu lembik pun xbest.
  4. Done…bolehlah mula makan…hehehhe                      
  5.               

Friday, September 30, 2016

Resipi: Sayur Tau Meu Tumis Sos Tiram dan Ikan Bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selamat berhujung minggu, lega rasanya hari ini dah jumaat. Boleh dahlah cari-cari resipi apa nak masak esok ni, alang-alang dah cuti 3 hari kan. Hari ini aku nak share satu menu ini, masakan sayuran yang Incik Daus beria introduce pada aku. Jadinya masa ke Cameron Highlands baru ini, aku belilah sebungkus. Aku selalu Nampak sayur ini tapi tak pernah cuba nak masak. Bila dah cuba masak dan makan, aku rasa sedap pula. Rasanya rangup-rangup sedap.

Resipinya bila aku search, semuanya Nampak dari gabungan yang mudah. Jadi aku decide untuk jadikan dia masakan Tau Meu Tumis Sos Tiram dan Ikan Bilis. Dari kajian (ewah, kajian..hahahha), ada juga yang memanggil sayur ini sebagai teow meow, dikatakan addik-beradik tauge juga. Kat pasaraya pun banyak sayuran ini yang telah siap sedia dipek.

Ok, apa bahan-bahan yang aku gunakan?



*4 biji bawang merah kecil
*5 bii bawang putih
* Sedikit halia
(Kesemua bahan ini dihiris/dicincang halus)
Segenggam ikan bilis (ditumbuk sedikit kasar)
Sedikit sos tiram, air, dan lada sulah.

Cara Memasak:

1.    Panaskan minyak.
2.    Tumiskan bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. Masukkan pula ikan bilis yang telah ditumbuk.
3.    Kemudian, masukkan sedikit air. Perisakan dengan sos tiram dan juga lada sulah.
4.    Akhir sekali, masukkan sayur Tau Meu dan goreng seketika. Siap!


Mudah sangat kan? Sedap sayur ni kalau dimakan dengan nasi putih dan hidangan lauk lain yang dimasak kering seperti sambal tumis, ikan goreng atau telur masin. Memang membangkitkan selera.


Wednesday, September 21, 2016

Resipi: Terung Goreng Berlado Sedap dan Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Siapa yang ada sejenis perangai pelik iaitu bila stress terasa nak makan macam-macam? Terasa nak memasak untuk gembirakan hati family? Heheheh..akulah tu…so prinsip aku mudah saja, kalau nak gemuk…jomlah gemuk seisi keluarga… ;p

Ok, gurau je..jangan took it so seriously. Memasak ini ikut mood juga, kalau datang mood kerajinan melampaui batas, maka berialah complicated hidangan. Selalunya aku, masak yang mudah dan ringkas. Incik Daus bukan sejenis yang suka berkuah-kuah sangat sebab dia suka yang temanya, “aku cilikan mulut ko nak tak?”…haaa gitu…hahahahah…maksud aku, dia suka makanan yang pedas-pedas.

Masak Terung Berlado ini adalah di antara yang disukailah…


Jom aku share resipi nak membuatnya ye…

Bahan-bahan:

2 batang terung panjang (aku ambil saiz sederhana besar, potong dadu memanjang)
*5 biji cili cili merah (orang Kedah panggil cabai masak..hehehe)
*15 biji cili padi
*Udang kering (dalam sejemput lebih skit macam tu..ikut sukalah ya sukatan dia, nak guna ikan bilis pun boleh)
*1 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* Sedikit belacan
(Semua bahan bertanda * dikisar, tapi jangan halus sangat)
Bahan hirisan:
1 biji bawang besar (Hiris nipis)
Air asam jawa atau asam keping


Cara Memasak:
1.    Terung yang telah dipotong tadi, dilumurkan sedikit garam kunyit. Minyak dipanaskan dan gorenglah terung tersebut tetapi jangan terlalu lembik. Cukup sekadar masak kekuningan.
2.    Angkat dan toskan terung tersebut.
3.    Kemudian panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. Biar sehingga naik bau dan cili tersebut masak.
4.    Masukkan pula bawang yang dihiris tadi.
5.    Masukkan sedikit air asam jawa. Ikutlah, kalau suka masam masuklah banyak. Aku masukkan dalam 3 sudu besar macam tu.
6.    Perisakan dengan garam dan gula agar sebati rasa. Masukkan air kalau nak sedikit berkuah. Aku memang nak kering sedikit so air asam tadi dah memadai.
7.    Kacau seketika atau sehingga mendidih sebelum padamkan api.





 Dah, jom makan..heheheh...

Sunday, March 20, 2016

Resipi: Sayur Pucuk Paku Tumis Sos Tiram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Aku dengan Incik Daus memang suka makan pucuk paku. Tapi satu saja masalah aku bila cerita bab nak memasak sayur pucuk paku. Aku malas sungguh nak siang sayur pucuk paku ini. Adus, memang bercinta sangatlah. Sayur pucuk paku ini kalau setakat beli dua ikat, dapatnya bila siap masak taklah banyak mana. So memang kalau nak masak sayur pucuk paku, kena waktu angin rajin datang menyerbu si tukang masak…

Incik Daus, kalau sayur pucuk paku memang jenis suka dibuat goreng ringkas sahaja. Maksudnya, tak perlu dibuat masak lemak. Jadinya, aku pun berkreatiflah hasilkan resipi ringkas ni. Kreatiflah sangat, especially bagi yang nak sesuatu yang ringkas dan mudah macam aku..hehehhe…

Bahan-Bahan:

Pucuk Paku (aku guna dua ikat, cukuplah untuk kami berdua makan)
*4 biji bawang merah
*4 biji bawang Putih
*Sedikit ikan bilis
* 5 biji cili padi
(Semua bahan bertanda * ditumbuk halus)
Anggaran 3 sudu besar sos tiram
Sedikit garam dan gula penambah perisa

Untuk Hiasan:

Ikan bilis (digoreng dan asingkan)
1 biji cili merah (dihiris nipis)

Cara memasak:

  1. Mudah saja. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk sampai naik bau. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sedikit.
  2. Masukkan pula sos tiram, sedikit garam dan gula.
  3. Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku. Aku masukkan batangnya dulu (aku siang dan asingkan antara batang dia dan sayurnya). Lepas kuah tu mendidih kembali, baru aku masukkan daunnya pula, kacaukan seketika. Then padamkan api.
  4. Last sekali, taburkanlah hirisan cili dengan ikan bilis goreng on top. Ya, aku tau, cilinya tak nampak, nampak ikan bilis sahaja…hehehhehe…



Settle, satu lauk..senang kan!


Wednesday, July 15, 2015

Resipi: Masak Lemak Betik Muda untuk berbuka..yummy!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weeehuuuu..dh nak cuti yer u alls..ahkak masih tegar bekerja....hahhahaa...

So meh temankan ahkak nak borak pasal ini...


Haaaa..kenal x buah ape ni kengkawan...???

Bagussss..betulll..buah betik...hehehhehe

Begitulah..buah betik ni bila tak nak, nampak banyak sangat jualannya di tepi2 jalan dan di pasar...

Tapi bila teringin nak makan..jenuh kembara nak mencari..inilah balasan, xjaga pokok betik belakang umah yang arwah abah tanam dulu...ohhhh sedihhh..rindu arwah Abah..Al-Fatihah....



Masak Lemak Betik Muda dengan Ikan bilis..itulah antara menu kegemaran arwah abah..dan aku pun jatuh cinta dengan menu ni. Semenjak arwah abah xda, memang jarang sangat masak menu ni..sedih terimbau kenangan... tapi kenangan tu la yang paling manis kan?

Jadinya weekend baru-baru ni, gigih ajak Incik Daus mencari buah betik ni..jenuh pusing..berminggu dah dok sebut teringin nak makan..so Incik Daus pun gigih temankan..Alhamdulillah, at last ada satu kedai tu terjumpa juga..mcm nak lompat bintang time tu...hehehhe...

Nak buat masak lemak ni, nak kena cari betik muda...baru sesuai nak dibuat masak lemak..macam mana rupa paras betik bila masih muda belia? Haaaa..sila rujuk gambar di atas...hehehhe...gambar bawah ni lepas dipotong...



Ok..so meh kita share ramuannya...

1 biji betik muda
Udang saiz besar (pakai ikan bilis pun boleh)
1 biji pati santan
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
Sedikit garam dan gula sebagai perisa
Air secukupnya

Cara Membuat:

1. Bersihkan betik, buang biji dan potong serong.
2. Rebus betik seketika sehingga empuk. Kejap je..dalam 10 minit atau sampai nampak air mendidih.
3. Masukkan udang dan hirisan bawang.
4. Masukkan santan dan perisakan dengan garam gula.
5. Biar sehingga mendidih sekali lagi dan padamkan api.

Siap!!! Senang je kan...


Babai kengkawannnn..skit lagi nak raya..mari tingkatkan usaha kita...mengejar nikmat bulan Ramadhan..Insya-Allah...


Tuesday, June 2, 2015

Resipi Si Kecil yang mudah sangat: Sup Sayur Bebola

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Weeehuuuu..morning u alls..rasenye dah lama sangat kan tak update resipi masak memasak kat blog ni..busy benor ngan entry jenjalan yer..hehhee...

Hari ni meh nak share skit..resipi ringkas je pun, masak untuk kakak. Aku tak taulah macam mana mak2 lain di luar sana..tapi aku kan..tiap kali masak sekarang ni sure akan fikirkan satu lauk yang kalau masak, kakak pun boleh makan..mak bapak kakak pun leh makan sekali, ahaks! *ni kreatif namanya..bukan malas tau..cewah..cewah!*

Kakak ni dari observation aku, makin lama makin terserlah sikap 'Picky Eater'..so aku tengah train 'paksa rela' kakak untuk mencuba lebih banyak makanan lain..tapi base food kakak, mesti kalau x kicap..sup..kicap..sup...adeyyyy...gitulah..kalau nak up skit...die request nak spaghetti...bukan bolognese plak tu..tapi carbonara.. *muka ibu mula nampak bintang dancing2* ;-)

Eh..panjang plak intro ku ini..hehhee...

So untuk kengkawan yang kadang2 kekeringan idea nak masak bercirikan 2 dalam 1..meh akak share... Sup Sayur Bebola...wow! Hahahaha...

Ni bahan2 dia yang ringkas dan mudah sangat...


Sayur-sayuran: Lobak Merah, enoki mushroom, putik jagung, tauhu telur (digoreng dulu)


Bebola: Ayam dan daging 

Bahan-bahan lain: 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 2 kiub ayam Knorr. 

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang sehingga naik bau. 
2. Masukkan air. Biarkan mendidih, Masukkan kiub ayam tadi. 
3. Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi. Masukkan juga bebola ayam dan daging. Masukkan sedikit serbuk lada putih. 
4. Biarkan sehingga mendidih kembali dan siap!!!!

Hehehhe..


Kalau nak bagi 'naik seri' hiris cili merah, daun sup..dan taburkan. Tapi kakak tak makan benda2 tu..so terpaksalah dibiarkan maintain cam gini... ;p

Ok u alls..jumpa lagi nanti yer..tatatititutu...

Tuesday, March 17, 2015

Resipi: Sayur kacang buncis tumis sambal dengan telur yang mudah dan sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Adalah hari tu, tekak macam teringin sangat nak makan sayur buncis buat masak macam ni…



Pernah makan x u alls sekalian? Kadang2 tauke kedai pun ada buat jenis goreng buncis macamni kan..kalau tak pun, dieorang tambah hati atau pedal ayam kan…

So balik tu, uiii maaakkkkk..terbayang2 nak makan sayur masam cam gini…hmm, ini membuktikan bahawa mengidam time tak mengandung lebih over dari time mengandung okayyy..

Balik tu, sayur buncis ni memang dah sedia ada…so marilah masak memasak..ewah!

Resipinya, hmmm, senang aje..kacang mak lodeh punya senanglah..

Bahan-Bahan:

Sayur Kacang buncis (anggaran ikut suka/bilangan yang nak makan)
1 biji lobak merah (dihiris nipis)
1 biji telur
Segenggam ikan bilis
3 sudu besar pes cili kering (ni anggaran aje, aku pun main agak je, taklah sukat beria…ikut level pedas masing2 ya)
Sedikit sos tiram
Sedikit garam dan gula sebagai penambah rasa
2 biji bawang merah dan 2 biji bawang Putih (hiris nipis)
1 cawan air (sukatan air ni kalau nak kering, masukkan ½ cawan air pun dah cukup)

Bahan Tambahan:

1 biji telur ( Ini aku goreng asing, pukul sebati dengan sedikit serbuk lada sulah dan garam, goreng macam telur hancur. Asingkan).

Cara Membuat:



1. Tumiskan bawang yang telah dihiris sampai naik bau bersama ikan bilis.
2. Masukkan pula pes cili kering. Kacau kejap, biar cili tu masak sikit.
3. Masukkan air sedikit sos tiram.
4. Masukkan kacang buncis dan hirisan lobak merah. Kemudian pecahkan telur. Kacau skit dan biarkan seketika.
5. Nampak telur pun macam dah masak, kacau. Perisakan dengan sedikit garam dan gula. Masukkan pula telur hancur yang dah digoreng awal tadi.
6. Kacau sekektika sebelum padamkan api. Siap sedia untuk dimakan.. ;-)

Senang je kan? Inilah lauk kalau penyakit ‘M’ datang. Satu lauk leh makan dengan nasi sebab ada telur da nada sayur. 2 in 1. Hahahha..betul-betul ‘M’ ni…

Okay u alls..mohon undur diri dulu okay…




Tuesday, February 24, 2015

Resipi: Kacang Bendi Tumis Cili dengan ikan bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Bulan ni, Alhamdulillah..kehidupan kembali normal sedikit. Jadinya, punyalah masa untuk aktiviti mari memasak di hujung minggu..hehhehe..hujung minggu ni, masak lauk ringkas2 saja..sebab Alhamdulillah, ada tempahan karipap pusing 300 biji untuk kenduri..fuhhh..jenuh ahkak menggoreng..hehehe…tapi Alhamdulillah..rezeki orang kata.. ;-)
Jadinya, balik dah penat..masak yang ringkas saja..lauk yang kakak dengan mak bapaknya boleh makan sekali..Ikan bawal masak kicap dengan tumis sayur bendi. Aku ni tak tahulah kenapa memang suka sangat makan sayur bendi ni yang dimasak begini..

Pernah makan tak sayur bendi masak tumis cili macam ni?


Cara buat pun ringkas sangat..sangat sesuai untuk waktu memasak yang minima..
Meh..meh..aku kongsi resipinya..mudah yang amat..

Bahan-Bahan:
Kacang bendi (anggaran ikut suka)
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 biji bawang Putih (dihiris nipis)
Sedikit sos tiram

Bahan untuk dikisar:
Sedikit cili kering
1 biji bawang besar
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis

Ikan bilis (digoreng dan diasingkan, tabur di atas kacang bendi yang siap dimasak)

Cara membuat:
1.      Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang merah dan Putih sehingga naik bau.
2.      Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak atau sehingga cili tersebut masak.
3.      Masukkan sedikit air (kalau suka lebih kuah, masuklah air lebih sikit). Masukkan sos tiram dan sedikit gula jika suka.
4.      Akhir sekali, masukkan kacang bendi yang telah dihiris. Biarkan seketika.
5.      Settle! Ikan bilis yang dah digoreng berasingan, jangan lupa taburkan di atas hidangan yang dah siap ni. Better tabur bila dah nak makan, barulah rangup. 




Tuesday, January 6, 2015

Resipi: Kailan Goreng Ikan Masin Tenggiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hy Kengkawan!

Lama dah kan aku tak share tentang kisah masak memasak kat blog kan...lama dah tak memasak sebenarnya..pengakuan jujur ikhlas dah ni..masak simple2 stakat masak maggi dengan goreng telur je lately ni sebab lebih banyak tak ada di rumah dari yang ada pun kan..

Jadinya baru2 ni, cannot go anymore..dah rasa tak puas dah makan kat luar kan..so terkenang ikan masin tenggiri yang fresh dalam fridge, baru je beli sayur kailan plak..so mari memasak...


Itulah menu ringkas yang menjadi mukadimah 'dapurku' setelah sekian lamanya tak berasap...huhuhuu..

Meh share bahan-bahannya:

Sayur Kailan (aku beli sepaket dari Giant)
Ikan Masin Tenggiri ( 1 potong, saiz besar)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
5 biji cili padi
10 biji bebola ikan (dibelah dua)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Cara Memasak:

1. Goreng ikan masin tenggiri terlebih dahulu sehingga garing. Kemudian, hancurkan isinya.

2. Sayur kailan tadi, dibersihkan dan dipotong. Macam aku, aku asingkan batang sayur dengan daunnya. Bila aku goreng, aku masukkan batang sayur tu dahulu. Yang daunnya kemudian, sb daun kan mudah je layunya.

3. Ambil sedikit minyak baki gorengan ikan tenggiri tadi.Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis tadi. Aku actually cincang keduanya bagi halus betul. Cili padi tu plak, ketuk-ketukkan.  Kalau rajin lagi, tumbukkan kesemua bahan ini. .

4. Bila dah naik bau, masukkan bebola ikan, sedikit air dan sos tiram. Masukkan batang sayur.

5. Kacau seketika dan masukkan daunnya pula. Masukkan isi ikan masin tenggiri yang telah dihancurkan. Gaul sebati.

6. Jangan gaul lama sangat, agak sayur tu dah masak, padamkan api.

7. Sedia dihidang. Senang aje kan...


Makan dengan nasi panas, sama telur dadar pun dah berselera yang amat sangat.. ;-)

Cubalah ya...


Monday, June 16, 2014

Resipi: Masak Lemak Cili Padi Nangka dengan ikan bilis...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Happy Father’s Day!!! So apa plan you all semua untuk father’s day? Macam aku dengan kakak, Incik Daus bertugas sepanjang weekend. Ada exhibition nun jauh di Utara tanahair. Jadinya semalam pagi-pagi dh SMS mintak tolong masakkan, dah lama konon tak makan masakan dari air tangan isteri dia yang mabeles ni..hahahah…kunun…

So sempena menghargai jasa baik seorang bapak..hehehe..aku plan nak masak jelah..dah requestnya gitu..Incik Daus memang jenis suka makan kat umah..dia kata rasa lebih puas kalau makan di rumah…
Aku fikir punya fikir, sambal beli barang-barang keperluan kedai Sabtu tu, Nampak nangka. So, jomlah buat masak lemak cili padi nangka.

Maka atas kegigihan dengan kakak yang sibuk ajak main…hmmm…maka terhasillah…



Simple je, meh aku share bahan-bahan dan cara membuatnya..

BAHAN-BAHAN:
500 gm nangka
30 biji cili padi kampong (aku guna yang kecil-kecil tu…memamg kaw pedasnya..kebetulan Incik Daus memang suka makan pedas, cili padi tu leh dia gigit macam tu aje..)
2 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
1 batang serai (hiris nipis)
Sedikit kunyit hidup
Sedikit ikan bilis
*Bawang, bawang Putih,serai,kunyit hidup dan ikan bilis ini dikisar halus
3 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
1 kotak santan (250ml)
Segenggam ikan bilis
Daun kunyit

Cara Membuat:

  1. Cuci bersih nangka dan kemudian rebus sehingga separuh empuk. Kemudian, toskan dan asingkan ke tepi.
  2. Panaskan kembali periuk. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi bersama dengan 1 liter air.
  3. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan nangka, asam keping, serai yang diketuk dan segenggam ikan bilis.
  4. Biar sehingga nangka tersebut empuk, dan masukkan pula santan serta sedikit garam.
  5. Akhir sekali, racik-racik daun kunyit dan masukkan sebagai pembangkit wangi masak lemak nangka kita.


Memang sedaplah!!! Memang bertambahlah makan! Kahwinkan plak dengan ikan kembung lemak goring, telur masin…peeehhhh!! Sebabkan semalam hari bapa, menu meriahlah sikit..kasi chance la, untuk Incik Daus rasa service ala hotel 5 bintang, bab sama macam hotel tu, bab yang banyak menu je la..table décor…tak sangatlah kan…heheheh..aku masak juga ayam goring kunyit dengan sup tauhu untuk kakak..sama dengan hati ayam sambal kicap…

Alhamdulillah…kenyang…dan memang ‘A’ sangat, makan pedas-pedas dalam keadaan cuaca panas…so jangan lupa minum air banyak tau!


 Meh jamu mata sekali lagi..meh..meh..


Tuesday, May 14, 2013

Resipi: Kincam Goreng Bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni nak share resipi Kincam Goreng dengan Ikan Bilis....Sejujurnya aku tak pernah pun masak kincam ni...tapi ini adalah antara khazanah alam semulajadi yang aku beli time pi Cameron Highlands last week. So, resipi ni aku buat hasil dari borak2 dengan akak Indon yang jual sayur tu.

Kincam ni adalah lily bud sebenarnya...ini adalah rupa parasnya...



Biasanya kalau kat Cameron Highlands, banyak yang jual sayur ni digoreng tepung..

Aku buat goreng campur..



Bahan-Bahan:

Sepaket Kincam
1 biji lobak merah
1 bungkus tauhu telur (egg tofu)
Satu biji bawang besar
4 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis
(bawang dan ikab bilis ditumbuk halus)
Sedikit cili kering
Sedikit sos tiram
Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

1. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan pula cili kering.
2. Kemudian, masukkan sedikit air.
3. Masukkan kincam dan lobak merah.
4. Masukkan tauhu telur yang telah digoreng terlebih dahulu.
4. Masukkan sos tiram dan kacau seketika.
5. Sedia dihidang.