Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, September 30, 2016

Resipi: Sayur Tau Meu Tumis Sos Tiram dan Ikan Bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selamat berhujung minggu, lega rasanya hari ini dah jumaat. Boleh dahlah cari-cari resipi apa nak masak esok ni, alang-alang dah cuti 3 hari kan. Hari ini aku nak share satu menu ini, masakan sayuran yang Incik Daus beria introduce pada aku. Jadinya masa ke Cameron Highlands baru ini, aku belilah sebungkus. Aku selalu Nampak sayur ini tapi tak pernah cuba nak masak. Bila dah cuba masak dan makan, aku rasa sedap pula. Rasanya rangup-rangup sedap.

Resipinya bila aku search, semuanya Nampak dari gabungan yang mudah. Jadi aku decide untuk jadikan dia masakan Tau Meu Tumis Sos Tiram dan Ikan Bilis. Dari kajian (ewah, kajian..hahahha), ada juga yang memanggil sayur ini sebagai teow meow, dikatakan addik-beradik tauge juga. Kat pasaraya pun banyak sayuran ini yang telah siap sedia dipek.

Ok, apa bahan-bahan yang aku gunakan?



*4 biji bawang merah kecil
*5 bii bawang putih
* Sedikit halia
(Kesemua bahan ini dihiris/dicincang halus)
Segenggam ikan bilis (ditumbuk sedikit kasar)
Sedikit sos tiram, air, dan lada sulah.

Cara Memasak:

1.    Panaskan minyak.
2.    Tumiskan bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. Masukkan pula ikan bilis yang telah ditumbuk.
3.    Kemudian, masukkan sedikit air. Perisakan dengan sos tiram dan juga lada sulah.
4.    Akhir sekali, masukkan sayur Tau Meu dan goreng seketika. Siap!


Mudah sangat kan? Sedap sayur ni kalau dimakan dengan nasi putih dan hidangan lauk lain yang dimasak kering seperti sambal tumis, ikan goreng atau telur masin. Memang membangkitkan selera.


Thursday, September 29, 2016

Jom Jamu Selera: Nescafe Tarik Kaw-Kaw Kasi Buih Paling Sedap di Ipoh...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Life must go on…sebabkan aku adalah manusia positif, marilah kita bercerita tentang benda yang aku suka…yeahhh!! Apa yang aku suka? Nescafe Tarik Kaw-Kaw Punya…. Hehehe….


Aku dengan kaffein memang bagaikan lagu dengan irama, tak mungkin dapat dipisahkan…hehehhe…jadinya Necafe Tarik Kaw-Kaw Kasi Buih ni (errr…kami yang bagi nama macam ni, tiap kali order sure sebut mcm ni), memang di antara minuman kegemaran kami.

Nak tau ke kat mana lokasi?

Ok, lokasinya adalah di belakang Tesco Extra berdekatan dengan Tasek. Bagi yang tak biasa, di Ipoh ini ada dua Tesco. Dua-dua pun namanya Tesco Extra. Satu adalah berdekatan dengan Aeon Kinta City manakala yang aku maksudkan ini adalah sebelum ke Taman Anda, Tasek dan sebagainya. 

Nama kedainya adalah tadaaa….




Ye, Restoran Gany. Selain Tesco, restoran ini juga berdekatan dengan Maybank dan juga Hotel Indra. Kalau nak guna waze, silalah guna alamat Hotel Indra ini pun boleh… 20-24, Laluan Tasek Timur 1, Pusat Perdagangan Tasek Indra, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia.

Mari kita teruskan dengan gambar-gambar minuman yang pada aku sangat menggegarkan jiwa raga…




See, semuanya berbuih tinggi kan. Air dia sedap, pekat dan tak terlalu manis walaupun buih dia meninggi. Aku kalau orang bancuh nescafe tak kaw…tak bestlah. Selain Nescafe, milo, teh..semua pun boleh kasi tarik..mention je kat dia nak sejenis yang tarik ada buih punya...

Selain daripada air, menu best pada aku kat sini adalah Maggi Sup dia…hahhaa…


Biasalah kan, makan kedai mamak, menu typical mestilah maggi goreng atau maggi sup…

Menu nasi campur kalau kat sini, kurang skit..pilihan tak banyak. Menu lain, biaselah...roti, telur separuh masak..xlah meletup sangat semeletup air dia...hehehe



Berapa kerap kami ke sini? Errrrr…kadang tu like every weekend…hahhaha..semata-mata nak minum air je…poyo kan?

Tak caya..meh aku kompilasikan gambar-gambar kami…hehehhe



Kakak dan bapak….sweetlah sangat…


Aku dan Daus…ni kategori masam manis…hahahahha…



Kadang-kadang, dengan mak pun kami bawak sekali….


Cuma kekurangan dia, tempat dia xbanyak….so kadang bila full house, nak kena tunggulah…apa pun, kalau nak cuba, amatlah dialu-alukan...

Ok friends, sign out dulu ya..sharing is caring... ;-)


Tuesday, September 27, 2016

Go and GET A LIFE, will you?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Maaf ya kawan-kawan, entry hari ini agak berbaur luahan perasaan..hehehhe…
Kehidupan ini penuh dengan perkara yang adakalanya tak kita duga langsung. Dalam pada kita duduk diam, senyap…buat hal kita, tetap juga ada manusia yang bersikap suka menyebar cerita yang bukan-bukan.

FITNAH orang. Agak-agaknya, apa ye kepuasan yang anda dapat kalau memfitnah orang? Seronok? Suka? Puas hati yang teramat sangat?

Kadang pelik aku dengan manusia…

Orang lain duduk senyap pun dijadikan bahan syakwasangka..

Walhal hakikatnya, berlegar-legar cerita adalah dari mulut yang akrab dengan dia juga…

Kadang pelik aku dengan manusia…

Orang ketawa gembira, disangkanya mentertawakan dia…

Kadang pelik aku dengan manusia,

Bukan sekadar pandai ‘selfie’ dan ‘wefie’ tapi makin pandai ‘print screen’ atas tujuan nak burukkan orang lain…

Tak ada life ke?

Sebab aku pelik, aku ada life…dan aku sangat tak ada masa untuk semua itu…
Aku tak marah Cuma aku pelik, apa kehidupan yang mereka jalani dengan hanya memburukkan orang lain?

Orang yang ketawa kuat tak bererti dia jahat…

Orang yang jujur suarakan pendapat, tak bererti suka menghasut..

Kadang-kadang orang yang tak pernah mengaku dirinya baik adalah lebih baik dari orang yang perwatakannya Nampak sangat baik…

Siapa kau dan aku untuk menilai?


Semuanya hamba Allah…Allah lebih mengetahui kerana setiap satu amalan dan keikhlasan hamba-NYA, hanya DIA yang tahu…

Monday, September 26, 2016

Jom Jamu Selera: Sambut birthday Incik Daus di Black Canyon Kinta City

Assalamualailkum dan Salam Sejahtera….

Marilah kita berkongsi satu entry yang lebih kepada throwback ini.

23.08.16 yang lepas adalah hari lahir Incik Daus yang ke-17, eh..mana boleh ni kawin dengan lelaki bawah umur..hahahha…yang biarlah rahsia dia..janji dia tetap Nampak tua skit dari aku yang sentiasa YOUNG AT HEART ini..ewah…hahaha..marah Incik Daus kalau baca ni, harus kena mintak maaf cium lutut.

Ok, so aku pun tepu tak tahu nak celebrate kat mana. Tapi aku akui, bila semakin meningkat umur ni sambutan tu lebih kepada hanging out bertiga, makan-makan, merepek bergelak ketawa dalam sejam dua…dan just enjoy our quality time together.

So, mohler kita ke Black Canyon. 


Terbayang-bayang Fish Head Tom Yam dia… ok, yang bayangkan itu adalah tukang belanja, bukannya birthday boy..ahaks!
Lama dah kami tak makan di sini terutamanya semenjak AEON Kinta City ni diubahsuai.


Muka malu-malu birthday boy…errr..macam xsesuai pula panggil boy…dah jauh meninggalkan alam ‘boy’ dah ni..hehehhe… *tetap nak kata dia lebih muda dari Incik Suami..hahahha*

Ok, jom tengok our wish list for the menu…



Panjang kan…walhal bertiga aje…

So marilah menjamu mata…


Inilah signature dish di sini yang sentiasa jadi pilihan hatiku…

Fish Head Tom Yum. Aku suka sebab kuah dia pekat dan macam serasi sangat dengan isi ikan itu.


Kailan Goreng Ikan Masin..wajib ada…


Telur dadar, dengan minced chicken..tapi kali ni aku rasa macam tak menjadi je telur dia ni haaa..dahla dieorang tercicir menu yang ini…

Untuk kakak, kuey teow ladna….


Jom makan…Bismillah....



Oh, dan tak sahlah kalau ke sini tak order air kopi dia kan...


Ok..nama air kat atas ni aku adalah lupa..tapi gabungan mint dengan tea...hahhaha

Tengok kakak, sekarang ini memang suka buat muka macam-macam…



Eh..kalau dah nama birthday, mana birthday cake?

Hehehhehe…Incik Daus xnak kek..so disebabkan itu kita tukar menu sambutan kepada aiskrim…




Segala macam aiskrim kami order..coklat, vanilla, mocha…silalah makan sambil kita chit chat….

Sambil-sambil itu jomlah posing…hehehhe…




Oklah, dah makan, dah happy-happy..sure nak kena wish..ahahhaha! Dear Bapak & Mr. Husband…Happy Birthday… May all your dream and wishes come true. May Allah lead us to Jannah, and grant you happiness dunia akhirat. Semoga kita melalui usia kita dengan penuh keberkatan dan terus memperbaiki diri untuk kebahagian bersama. Aammiinnn….


Meskipun keluarga kami bersaiz ‘mini’ (dari segi bilangan ya, bukan ukuran..hahahha), tapi kami yakin…Allah itu sebaik-baik perancang dan maha mengetahui akan apa yang ada dihati kami….

Mekasih semua, sudi baca….  ;-)




Friday, September 23, 2016

Resipi: Ikan Siakap Masak Taucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..jumaat sudah..leganya dapat balik rumah sambil mengetahui bahawa esok adalah cuti…yeayyy!

Ok, sebabkan esok cuti..so nak up lagi entry masak sebagai cetusan idea untuk kawan-kawan yang merancang mahu memasak esok. Aku tak tahulah orang lain tapi aku kalau stress memang suka memasak. Bagus memasak ini, dapat mengasah bakat kreatif dan inovatif. Sebab kita boleh mereka cipta rasa dan bagus juga mengajar kita untuk fokus bila nak kena ikut step by step resipi yang susah supaya menu berkenaan menjadi dengan jayanya! Ok, itu mukadimah berupa motivasi ya….

Sekarang, marilah menuju ke dapur dan mulakan dengan Bismillah…

Ikan Siakap Masak Taucu


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang Bombay (dihiris nipis bentuk bulat)
4 biji bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halia (dihiris nipis)
20 biji cili padi (ditumbuk hancur)
2 biji tomato (dibelah empat)
1 pek taucu (aku guna cap Opah Nur)
I batang lobak merah (dihiris nipis, kalau rajin nak buat bentuk bunga kecik-kecik pun boleh….aku xberapa nak rajin…ahaks!)
2 sudu besar sos ikan
Secubit gula

Cara Memasak:

1.    Didihkan air (sukatan silalah agak ikut saiz ikan dan kehendak masing-masing. Ada yang suka berkuah lebih dan ada yang tak)
2.    Kemudian, masukkan semua bahan yang telah dihiris dan ditumbuk tadi.
3.    Masukkan pula taucu, sos ikan dan sedikit gula. Aku dah tak masukkan garam sebab taucu dan sos ikan juga mengandungi garam.
4.    Masukkan ikan dan tutup kuali. Biarkan ikan mendidih seketika. Bila ikan dan masak, masukkan pula tomato. Tomato jangan masuk dipermulaan, bimbang lunyai nanti..dah tak segar.
5.    Angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang dan juga daun ketumbar.

Senang je kan, sihat pun sihat. Oh, nak bagi tau..aku kalau makan ikan siakap, memang akan suka bahagian sirip a.k.a pipi ikan…ok, perkongsian tak ada kena mengena dengan tip masak. ;p


Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu! 

Wednesday, September 21, 2016

Resipi: Terung Goreng Berlado Sedap dan Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Siapa yang ada sejenis perangai pelik iaitu bila stress terasa nak makan macam-macam? Terasa nak memasak untuk gembirakan hati family? Heheheh..akulah tu…so prinsip aku mudah saja, kalau nak gemuk…jomlah gemuk seisi keluarga… ;p

Ok, gurau je..jangan took it so seriously. Memasak ini ikut mood juga, kalau datang mood kerajinan melampaui batas, maka berialah complicated hidangan. Selalunya aku, masak yang mudah dan ringkas. Incik Daus bukan sejenis yang suka berkuah-kuah sangat sebab dia suka yang temanya, “aku cilikan mulut ko nak tak?”…haaa gitu…hahahahah…maksud aku, dia suka makanan yang pedas-pedas.

Masak Terung Berlado ini adalah di antara yang disukailah…


Jom aku share resipi nak membuatnya ye…

Bahan-bahan:

2 batang terung panjang (aku ambil saiz sederhana besar, potong dadu memanjang)
*5 biji cili cili merah (orang Kedah panggil cabai masak..hehehe)
*15 biji cili padi
*Udang kering (dalam sejemput lebih skit macam tu..ikut sukalah ya sukatan dia, nak guna ikan bilis pun boleh)
*1 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* Sedikit belacan
(Semua bahan bertanda * dikisar, tapi jangan halus sangat)
Bahan hirisan:
1 biji bawang besar (Hiris nipis)
Air asam jawa atau asam keping


Cara Memasak:
1.    Terung yang telah dipotong tadi, dilumurkan sedikit garam kunyit. Minyak dipanaskan dan gorenglah terung tersebut tetapi jangan terlalu lembik. Cukup sekadar masak kekuningan.
2.    Angkat dan toskan terung tersebut.
3.    Kemudian panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. Biar sehingga naik bau dan cili tersebut masak.
4.    Masukkan pula bawang yang dihiris tadi.
5.    Masukkan sedikit air asam jawa. Ikutlah, kalau suka masam masuklah banyak. Aku masukkan dalam 3 sudu besar macam tu.
6.    Perisakan dengan garam dan gula agar sebati rasa. Masukkan air kalau nak sedikit berkuah. Aku memang nak kering sedikit so air asam tadi dah memadai.
7.    Kacau seketika atau sehingga mendidih sebelum padamkan api.





 Dah, jom makan..heheheh...

TB: Aidilfitri 2016 kami...sibuk kalahkan artis!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Seperti yang aku cakap..terlampau banyak entry yang aku hutang. Ikutkan dah abis occasion dah, macam contoh entry sambutan Aidilfitri kami. Tapi atas dasar memori dihari tua, maka aku nak share jugak. 

Bulan Ramadhan tahun ini, aku sangat kelam-kabut. Rumah dalam proses minor renovation. Dah lama dah plan untuk buat rumah tu..tapi biasalah bila u berkahwin dengan suami yang kerjanya dalam bidang pembinaan, maka rumah sendiri adalah rumah terakhir yang dia akan buat… *muka marah, muka sedih, muka sedih* hahahha..sampaikan aku kena nyanyi lagu bertajuk ‘Leteran sampai seminggu’, barulah proses renovation tersebut dapat dimulakan….


Gaya orang merenung lantai mengenangkan cara terbaik nak pujuk bini…hahahhaha…

Actually kami taklah renovate beria bagai, lebih kepada nak selesakan dapur dan juga mengutamakan beberapa factor keselamatan rumah. Dapur rumah zaman sekarang, payah betullah nak jumpa yang besar. Tak pahamlah aku!


Ini bahagian dapur, kami tambah dan dijadikan ruang laundry dan wet kitchen.


Disebabkan rumah kami adalah memanjang, so kami buat mini bar selepas dining area.


Uncle pasang lampu. Aku masih berdukacita kerana tak tahu mana nak letakkan chandelier aku…hahahha…Incik Daus memang paham sangat ketaksuban aku pada chandelier. Aku beli untuk ruang tamu tapi at last Incik Daus nak gaya modern dan minimalis. Ohhh, I nak glam….hahhahah….


Jadi bayangkanlah dengan orang kalut nak renovate rumah, dan kakak kalut nak jugak buat popiah nestum. 

Sabor sangat-sangatlah aku…tak nak buat tak sampai hati pula. Biasalah, sindrom mak-mak..hahhaha….

Dapatlah dalam dua balang..tapi sebalang tu dah habis hari yang sama aku buat tu jugak…


Mana tak habisnya, kalau begini gaya mengusung balang popiah nestum tu…. Suka sangat kakak dengan popiah nestum.

Alhamdulillah, semua renovation sempatlah siap dua tiga hari before raya. Gambor lepas renovate? Biarlah rahsia…hahahhaha…retis gitu!


Oh ya, tahun ini aku dah latih kakak berpuasa. Dapatlah satu hari puasa paling panjang..dekat kul 6pm jugaklah..tapi then kakak tak tahan ibu..dahaga….


Mana taknya, main sakan tak ingat dunia…


Ok, tema kami tahun ini adalah biru.

Muka budak merajuk cebik bibir...hahhaha...ibumu tetap nak pose anak...hahaha...
Aku pilih songket, terasa nak kembali ke era klasik…..

Tahun ini Alhamdulillah, niat kami nak ajak saudara mara sambut Hari Raya di rumah kami tercapai. Hajat nak buat bbq malam raya pun tercapai. Rumah kami mungkin xsempurna tapi alhamdulillah, kami bersyukur kerana Allah permudahkan hajat kami untuk mengumpulkan dua buah keluarga bersama.


Keluarga aku…


Keluarga Incik Daus…

Kami buat kecil-kecilan..masak sendiri. BBQ udang, daging, ikan, ayam. Then kami order satay semua…



Seronok actually dapat beramai-ramai berkumpul santai macam ini. Aku memang suka sangat aktiviti berkeluarga macam ini. Alhamdulillah…doakan semoga kami dilimpahi rezeki untuk jadi tuan rumah lagi next year.


Jujur aku cakap, bila melangkaui usia sekarang..the only thing yang aku nak buat adalah membahagiakan dan menyatu-padukan keluarga…Itu sahaja…lain-lain, malas nak fikirkan sangat.