Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, May 29, 2015

Penginapan Bajet di Temerloh, Pahang: Mirawan Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah..hari ni diberi kelapangan untuk kembali berkongsi entry yang tertunggak...

Aku nak share sikit informasi mana nak stay kalau-kalaulah anda bakal berkunjung ke kawasan Temerloh untuk jenjalan ke..kenduri-kendara ke... macam kami that day, kami pilih untuk stay dekat Homestay aje..gi ramai2, senang kalau menginap di homestay ni kan...

So inilah homestaynya..Mirawani Homestay...

Harganya satu malam, hehhehe..aku tak ingatla plak..sebab Incik Daus yang book..kalau tak salah akulah..antara RM 180- RM 200 semalam... tapi memang tak lebih dari RM 200 semalamlah.


Apa yang pasti, aku sangat puas hati dengan keadaan rumah ni..Meh tengok...


Haaa..itulah ruang tamu dia..ni aku ambik gambar dari pintu masuk..besar kan rumah dia..memang besar sangat...aku memang suka rumah besar2 ni..hehehhe...rasa macam lapang je kalau sedara mara datang kan... ;-)


Ni plak ruang dapur...nak memasak boleh..tapi kena praktikkan teknik memasak zaman blajor dulu..hehehhe..sebabnya dia bagi periuk nasi je weiii...dengan microwave...tapi tak perlu risau..kedai makan kat luar ni aje...dekat aje haaa..kalau makan malam memang tak risau..cuma sarapan aje masalah skit sebab susah betul nak cari org jual breakfast kat area berdekatan. Kalau terjumpa pun..cepat aje dah abis...musim cuti kot...



Itu kat tepi sebelah kiri ni..toto dan bantal ekstra yang disediakan oleh owner rumah. Kalau ramai, boleh je bentang toto ni kat ruang tamu...


Ini plak macam ada satu lagi ruang bersebelahan ruang tamu..luas jugak..ada satu kipas syiling kat sini..nak tido pun boleh..nak buat ruang solat pun boleh...errrrkkk..dah mcm plan rumah sendiri plak..hahhaha...


Ini master bedroom..ada attached dengan toilet..


Ini bilik kedua..ada dua katil single..


Ini plak bilik ketiga..ke belakang skit..tapi luas juga..


Basic needs...ada disediakan...


Toilet luas dan bersih...toiletries pun ada...tapi as usual..aku memang selalu bawak sendiri...


Ini barang2 dapur yang ada...bolehlah..tapi macam pisau semua tu takde..kalau plan nak masak memasak...silalah bawak ekstra barang skit yer...


Tengok siapa paling hyper? lari sana sini..hmmmlaaahhhaii bam bam ibu ni.. ;-)

Jarak perjalanan dari homestay ni nak ke Star Mall Mentakab, lebih kurang 30minit..pakai waze aje.. ;-)

Ok, settle dah sharing info kalau ke Temerloh...

Kalau nak terjah makan-makan: KEMAMAN KOPITIAM

Kalau nak tengok gajah:Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary

Ok semua..babai...

Wednesday, May 27, 2015

Office terbakar..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bismillahirrahmanirrahim...

Tak tahu macam mana nak mula dan apa yang nak diceritakan..tak pernah seumur hidup terfikir yang suatu hari akan diberi peluang merasai macam mana agaknya kalau jadi mangsa kebakaran. Itulah yang jadi last week...

Ermm..citenye mula macam ni..last week dalam hari Rabu, lewat petang..time tu aku stay siapkan keja di office. Bukan aku jelah..ada lagi dua colleague yang lain..deadline kata...suasana hari tu biasa aje..takde terasa yang luar biasa pun... sampailah dekat nak senja tu..tiba-tiba aircond kejap on, kejap off...ok..masa tu takdelah rasa seram sejuk ke apa...then member aku siap sound.."Haiii...siapa yang nak main-main dengan kita ni..." Lepas je cakap gitu, aircond on off semula..aku time tu dah menengok jam..okay..fine...dalam hati just berdoa, janganlah diganggu kami..kami nak siapkan kerja aje..

So member aku ni teruslah pergi tutup suis aircond...then elok je dia sampai ke tempat dia..black out!

Punyalah rileksnya kami..masing2 on kan flashlight kat hp..pi cari main switch box tu...time bukak je pintu bilik meeting..nampak macam ada spark api..kecik je masa tu..macam u all tengok kelip2 tu...dalam keadaan yang agak gawat tu..first thing ambik fire extinguisher manakala sorang lagi turun maklumkan pada security bangunan...aku dgn sorang lagi bukakkan pintu2 pejabat..takut2 sensor ID pintu tetibe tak function dan kami terperangkap..kiranya Alhamdulillah..diberikan ketenangan dan kemampuan untuk terus berfikir.

Dalam masa yang tak sampai 5minit tu..bila kami masuk semula ke meeting room tu..api dah start marak...time ni security tu cuba jugak padamkan api guna fire extinguisher tu..then kami ni..sempat lagi masuk dalam semula keluarkan dokumen penting yang mana SANGAT PENTING...untuk diselamatkan..imaginelah dengan tangan kiri kanan penuh..aku dgn heelsnya..lari turun tangga...opice aku tingkat 8 ye kengkawan...

Ni suasana di luar pejabat..asap dah start penuh ke luar...


Call bomba dan bomba datang dalam 10 minit kemudian.


Keadaan pengaliran udara ke luar bangunan yang agak terhad menyebabkan bomba sukar mengesan lokasi sebenar punca kejadian. Banyak yang aku belajar sepanjang proses kebakaran ni berlaku. Pentingnya untuk map sesebuah bangunan diletakkan di bilik pengawal bagi memudahkan tugas pegawai penyelamat sekiranya bencana sebegini berlaku...

Disebabkan asap hitam yang sangat tebal dan untuk mengelakkan sebarang perkara lain yang mungkin timbul..satu lagi unit bomba dikerahkan ke sini...


Alhamdulillah..sekitar jam 9.00 lebih macam tu..baru segala usaha memadamkan kebakaran selesai...kami memang letih dan lunyai...lepas settle ni..gi balai polis..buat report..then next day plak rakam keterangan dengan bomba plak...

Ni waktu ni..kami masih lagi dalam proses memindahkan barang2..ikutkan kawasan ruang kerja staff, dilanda air je..dari water sprinkler..yang memang teruk jugak kena api..bilik bos dan bilik meeting...

Alhamdulillah..waktu dilanda musibah macam ni..terasa lebih dekat diri dengan Allah..betapa nikmat ujian dan dugaan ini untuk terus mematangkan dan menginsafkan diri..yang paling utama..diberi keselamatan mengharungi musibah itu...dan dibukakan mata siapa tulus ikhlas dan siapa rakan yang sebaliknya... ;-)

Ok..sampai sini dulu ek..tak leh citer details2..hal ni masih dalam siasatan...doakan baik2 saja untuk kami semua ye... ;-)


Monday, May 25, 2015

Officeku dilanda musibah kebakaran... ;-(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Maaflah ye kengkawan sekalian..today update pun sekadar ringkas2 aje… tuan punya blog terpaksa menyepi sekejap..opice terbakor..jadinya terlampau banyak benda nak kena handle…termasuklah ngangkut apa barang yang saki baki ada…Apa pun, syukur Alhamdulillah…diberi perlindungan Allah..selamat dirinya…soon..nanti Insya-Allah, akan diceritakan lagi…
Letih..yang amat…so chill sat…




Tatatititutu….

Tuesday, May 19, 2015

Jom Makan Best di Temerloh, Pahang: Sotong Goreng Telur Masin yang sedap!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pengalaman kami di Temerloh dan Mentakab adalah kali pertama. Jadi hilang punca sebab tak tau di mana nak makan dan mana nak pergi. Mostly ikan patin, tapi sedih sangat sebab kunjungan kali ni tak sempat nak merasa keenakan ikan patin masak tempoyak air tangan org jati Temerloh..hehehe..Insya-Allah, next visit..waahhhh..tetiba ade next visit ni..hehehe...

Disebabkan ada few plan not goes as what we plan..so kena tukar plan. Plan yang bertukar telah menyebabkan kami kehabisan baju..hahahha..so plan pergi cari shopping mall..then makan jelah apa pun yang ada si sana. Survey punya survey, kami jumpalah Star Mall Mentakab, Temerloh. Mula-mula tu kami siap salah pergi lagi..hahaha..pi Pacific Pekan Temerloh..hahaha! Then masing-masing muka pelik…sb dalam gambar internet mall macam cantik…so set back our route hinggalah sampai. Roughly perjalanan dari homestay kami di Chenoh, Temerloh ke mall ni mengambil masa 30 minit. Cumanya mula pergi tu salah jalan. Masa balik waze bagi jalan dalam..pusing2 perumahan, then dah nak sampai homestay...hehehhe..

Ok, ok..melalut sudah..bila sampai di Star Mall Mentakab ni, kami pun shoppingla apa yang patut. Di sini, banyak jugak kedai makan yang ada. Ada KFC, MC’D, ada Kenny Rogers..ada banyak jugaklah yang kategori fast food ni. Kami memilih untuk cuba makan di sini…




Haruslah mencuba tempat yang ada sifat ‘keaslian’ Pantai Timur kan since we are here…


Tempatnya biasa, cozy..macam kebanyakan kopitiam yang ada sekarang ni. 

Nun yang banyak2 tu adalah kotak minuman kemaman white coffee yang juga boleh dibeli untuk kita bawak balik. 


Amboiiiii..sakan bergossip nampak..hehehehe…


Si kakak sibuk suruh uncle boboy melukis..kakak memang minat melukis...

Since kami semua sangat lapar maka hidangan yang dipilih tersasar sedikit dari kebiasaan makan di Kopitiam..hehehe…


Inilah Kemaman White Coffee..aku kan sangat menggilai kopi...hehehe..ok, sedap, pekat! 


Kita mulakan alas perut sambil bergossip family dengan kepppooookkkk..hehehe...order 2 pinggan ni, kejap aje abis..sebab sedap, rasa banyak ikan dia... fresh..sebab tak gatal tekak bila makan..orang lain aku xtau..tapi kalau aku dengan Incik Daus, symptom paling awal kalau ikan tu xfresh adalah rasa tekak gatal2... ;p



Sambal Petai..memang petai semata-mata u alls...sedap sungguh...lemak manis petai dia..sambal dia pun mabelesssss..tapi masa makan ni mak pesan.. 'toilet sila flush guna sabun wangi..." hahhaa...baiklah maaakkkk...


Tu..tu...yang bawak sekali dalam picture di atas ni adalah hidangan paling mantap bagi aku di Kemaman Kopitiam ini...sotong goreng telur masin..sotongnya rangup, fresh dan gandingan telur masin tu just nice. Ya Allah, terliur aku mengenangkan kesedapan sotong telur masin ni..punyalah teringat2 ada try makan kat Adam Lai Restaurant baru ni...ohhh..tak best macam di sini...lepas ni nak trylah masak sendiri...doakan ahkak berjaya ye memasaknya nanti..huhuhu...


Assam Kembung Fish..satu set hidangan ini ada dua ekor ikan kembung lemak. Hidangan ni adik waiter tu yang cadangkan. Tapi sopan sungguh.. "Ini mengikut selera sayalah ya kak, pada saya hidangan ni sedap.." Dik..mekasihlah..memang sungguh pun sedap..pekat kuah dia...dia lebih kurang version ikan asam pedas..


Ini ampunnn...Tak ingat nama hidangan ni..tapi telur yang campur-campur hirisan kucai dan udang yang dicincang…telur dadar..masaklah ape pun..pernah ke xsedap? Hihihihihi…


Kebetulan tarikh wedding BIL aku, lebih kurang sama aje date aku sambut anniversary kata…so Incik Daus..this year bagi sketches ni ajelah ek…hasil kerja kakak dengan uncle boboy…hehehhee….okler tu..


So..oklah..pada sesiapa yang nak pergi..kat bawah ni alamat dia. Memang makanan dia sangat puas hati. Kalau ke sana lagi, sure kompem nak repeat sotong goreng telur masin itu..hehehe…

Mentakab Star Mall
1, Jalan Star City 1,
28400, Mentakab,
Pahang, Malaysia.

* Kemaman Kopitiam ni kat aras pertama/GF..aku tak sure tapi yang u all masuk2 je dari tangga depan dia tu la..sebelah steamboat dengan berdepat dengan Chatime tak salah aku... ;-) 

Monday, May 18, 2015

Cuti-Cuti Temerloh, Pahang: Mari bermesra dengan gajah di Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Temerloh, Pahang. Aku tak pernah terfikir pun yang suatu hari aku akan singgah di sini dan jalan-jalan. Boleh dikatakan destinasi di pantai timur adalah destinasi yang jarang2 aku kunjungi. Bukan sebab tak suka tapi sebab jauh sangatlah haaaaiiiiiii….tapi kalau ada kesempatan apa salahnya…



1 May 2015, here I am in Temerloh Pahang for my BIL wedd’s.

Highway Karak time ni toksah katalah, memang jammed sesangat, sampai kakak soh ambik roti dan sapu..hahhaha..hammbeeekkkk, inilah bahananya bila bapaknye suka loyar buruk.

Dah lama tak lalu highway Karak ni, kali terakhir 2012 masa bercuti di Kemaman dan Kijal.
Sehari selepas wedding yang berlangsung di Chenoh, Temerloh, Pahang, kami pun gedik2..errr..aku ler tuu yang gedikkksss…hehehhe..merayu-rayu Mr. Google mencari destinasi jalan-jalan di Temerloh ni. Dah alang-alang ke sini, jomlah kita explore.

Survey punye survey..ok..jumpa beberapa tempat. Tapi untuk kali ni kita ke sini dulu…




Yes, Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Tak pernah hayat aku tahu akan kewujudan tempat pemuliharaan habitat gajah ini.


Nak jugak feeling muda-mudi yang suka ‘selfie’ dalam kereta…yang memandu, sila teruskan pemanduan..biar yang duduk sebelah aje feeling2 comel… ;p


So marilah kita meneroka Kuala Gandah ini…feeling baca sambil imaginasi macam pi tengok gajah kat Krabi okay..hehhee…


Tempat ni, memang tersangatlah jauh…

Sila keluar exit Lanchang ya kengkawan jika nak ke Kuala Gandah ni..lepas tu pandai2 baca signboard. Signboard memang banyak sebab bila dah sampai ke dalam kawasan ini, line telefon adalah di tahap zero yer…iyalah, nama pun pusat konservasi gajah..takkan dia nak buat dekat tengah pecan kan..on the other notes, bagus jugak..dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah..subhanallah.. 


Apabila sampai, terus ke lobi utama untuk mendaftar bagi mendapatkan tiket. Tiada bayaran dikenakan, hanya anda dialu-alukan untuk memberikan sumbangan seikhlas hati demi kemajuan tempat ini.

Di sini, kami kena isi indemnity form sebagai tujuan pendaftaran. Bagi yang tak tahu, indemnity form ini juga adalah borang perakuan di mana jika berlaku sebarang kecelakaan, pihak pengurusan pusat ini tidak akan bertanggungjawab. Isi jelah, Insya-Allah…takde apa yang berlaku..kita doa yang bebaik saja.

Lepas register…kita akan diberikan sticker ini..ya..mempersembahkan model tiket kite…Cik Saffiya Arissa..hehehe



Dapat sticker ni pandai2lah ek tampal..sebelum berpeluh2, meh ambik gambor standard keluarga dulu..huhuhuhu…



Let’s go…kakak tak abis-abis pesan.. “Opah dengan ibu jangan nak naik gajah tau..nanti tenggelam dalam air, haaaa..siapa nak jaga kakak…? “ hahhaa..baiklah tuan puteri pucuk ketapang… ;-)


Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni bukanlah tempat yang beria-ia banyak sangat aktiviti. Aktiviti yang kita betul boleh buat adalah:

  • Beri Makan Gajah
  • Tengok show
  • Mandikan Gajah
Ya, itu saja. Tapi untuk memperkenalkan anak-anak dengan alam semulajadi..sangat bagus. Ada mini herba park juga kat dalam ni. Dan aku tengok ramai jugak yang datang berkelah secara berjemaah. Tourist yang datang, ada juga yang mandi dengan selambanya dekat sungai berhampiran.

Ok, meh kita fokus pada aktiviti berkenalan dengan gajah…




Ber'wefie' bersama dengan geng 'Golden Angels'...hehehhe... 



Ni adalah kawasan anak-anak gajah yang seawal usia 7bulan-6tahun. Kalau nak bagi makan, belilah tebu seikat RM 3 dekat area sini dan boleh bagi makan anak-anak gajah ni…


Incik Daus: Selamat berkenalan Mr Carrie Junior.. ahaks!

Aku: Waaaahhhh gumbiranya..baby elephant ni sukakan I…I is so teruja.. *bukan main sengih lagi*







Memberi makan hasil tebu yang dibeli..mula2 gayat jugak..lama2 macam syok plak.. hehhee….


Si kakak takut plak dia dengan gajah..tak naknye dekat…


Info menarik..yang aku pun baru tau..huhuhuhu…

Sebab tu suka bawa kakak tempat2 macam ni..so we may be able to introduce to her the animals..habitat dia..dan bercerita pada dia… secara tak langsung dapat improve vocab anak kita juga. Kakak di usia 4tahun, memang Alhamdulillah..most of the words, dia cakap full..bulat aje bunyinya..tak ada pelat2… dan perkembangan terkini..she started to form a sentence..kadang2 terasa macam bercakap dalam siri ilmiah atau drama alih Bahasa plak..hahaha..sebab dia akan cakap ayat penuh yang tertib..hehehe..so bagus gak, lehlah ibu yang huru-hara ni pun jadi sopan dan penuh sistematik… huhuhu..


Selain kemahiran Bahasa, kakak pun sedang dalam usaha mempelajari teknik ber’selfie’ menggunakan monopod…errrkkkk..subjek itu ibu yang ajar..huhuhu…


Incik Daus teruja betul dengan poster ‘Siapa Saya’ ni..yer..yer..kami tahu..looks alike, ahaks! Larrrriiiikkkk…nanti raya kita mintak ampun cium lutut okayyy…



Then kami get ready untuk persembahan gajah pada jam 2.00 p.m. Mulanya kami tengok jadual show dalam web dia..rupanya jadual tu dah xapplicable. Sekarang ni show time hanya ada dua kali sahaja iaitu 10.30 a.m dan 2.00 p.m. Pada pendapat aku, silalah update supaya tak buat pengunjung yang datang dari jauh frust. 


Si kakak telah diberi pengiktirafan duduk kat ‘grand stand’..hahhaha…


Dia free stand, xde seating2..so yang bawa warga emas tu agak kesian jugaklah. 


Gajah-gajah ni selepas show yang pertama pagi tadi, penjaganya bawa masuk kembali ke dalam hutan atau habitat asal. Ini penting bagi mengelakkan gajah tu jadi ‘moody’ dan sebagainya. So bertabahlah tunggu ya…


Selepas gajah di bawa masuk..mereka akan diperkenalkan kepada semua pengunjung, ada nama masing2 ni..ini adalah gajah2 dewasa…



Then mereka di bawa mandi-manda. Masa ni pengunjung tak boleh joint lagi..nanti bila dah last nanti baru pengunjung diberi peluang mandikan gajah…masuklah yak e sungai untuk mandikannya..jangan lupa bawak sabun Carrie Junior..eh..eh..tetiba..ahaks!


Si kakak nak tengok jugak..terpaksalah bapak mengendongnya begini..hihihi…

Memang agak berlari jugaklah sebab org semua serbu…mak pun sama larik..hahhaha..berkat minum susu katenye..ahaks!




Kakak masih meneruskan keterujaan bermain dengan monopod…



Dan ibu sibuk gak nak joint sama..heheheh…







Ni sesi bagi makan gajah. Kali ni dieorang bagi buah betik. Buah tu diletak di area pengunjung, so sesapa nak bagi makan silakan…


Seperti biasa, semua orang takut..kakak siap lari menyorok belakang Opah..


Maka jadinya…bapaklah yang terpaksa ke depan..hmmlahaaiii…


Ramai kan manusia? ;-) 


 Last sekali mehlah berposing sebelum balik….



Masa nak balik ni, masih ramai yang berpusu-pusu datang. Jalannya kecik, so kena jadi pemandu yang cekaplah ye..dan juga bertolak-ansur…

Ok, bagi anda yang nak datang ke sini..ni alamat penuhnya..

National Elephant Conservation Centre
Address :
Department of Wildlife and National Parks, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur.

Phone: +609 - 2790 391
Fax : +609- 279 0398