Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, July 19, 2012

Letih tapi tak boleh tido...

Hari yang sangat letih..

Sungkai - Sg Siput - Ipoh- Jelapang

Penat perjalanan + Penat Otak

= Aku belajar banyak sepanjang jalan - HIDUP PERLUKAN KEJUJURAN

Aku: Tak mahu mindaku lesu tanpa diasah, tak mahu ilmu yang ada dipersia, tak mahu keupayaanku pupus..lalu aku rasa aku perlukan transformasi...SEGERA..itu bisikku pada diri..jika tidak, aku semakin kerugian...

Thursday, July 12, 2012

Bebelan tanpa hala tuju ;p

Dari jam 5a.m, mata terkebil-kebil memandang skrin komputer. Cita-cita mahu mengarang sebuah teks ucapan utk seorang tamu VIP bagi acara esok. Tapi akhirnya di sini aku tersadai. Lebih mudah tulis di sini dari mengarang ucapan itu. Hehehehe...Mungkin kerana otak dan badan sangat letih, keduanya bersatu menjadikan AKU BUNTU! Yep, minggu ini sangat letih, antara meeting ngan prepare untuk event dengan kerja-kerja lain yang menimbun, aduiiiilahai.  Uppps, tidak, bukan komplen tp sekadar bercerita. Tak baik komplen, cari rezeki tu utk 'tomeitomeito' khususnya.

By the way, semalam kosa kata my lil gurl dah bertambah. She now can pronounce 'susu' correctly. Dan semalam aku ajar dia mengira dari angka 1 hingga 10. Nak tergelak pun ada tapi alhamdulillah, bunyinya ada walaupun pelat...hehehe..and for a specific number like One, Two, Four, Six, Eight and Ten, her pronunciation sound correct event not really perfectlah..like Six, for her is 'Cix'..oklah..at her age, what do you expect? I am just 1years and 9 monthlah Ibu..I am suppose to be cute what...hehehe..Tapi yang aku ngan adik aku gelak bagai nak pecah perut tu adalah apabila 'Seven' menjadi 'BIO'..hahahha..kan lari jauh sangat bunyinya tu...Ohhh anakkk, she really make my day, despite all tiring and work load..She is my 'penglipulara'.. Love her so much as much I love being a mother... ;-)


P/S: Jap lagi mahu ke Selama..ada tamu VVIP mahu turun ke Perak. Aduiiii, ku bawa jasadku pergi dengan timbunan kerja di kepala. Ohhhhh, syioknya..hehehhe...

Tuesday, July 10, 2012

Awesome Food Finding # 2: Air Jagung

Ini menu sudah lama dalam simpanan..syiok giler untuk dinikmati time cuaca panas, sama macam time aku layan Air Jagung ni..time lepas penat set up booth waktu opice aku ada event kat area sini..

Menu:       Air Jagung
Lokasi:     Kedai ketiga dari laluan masuk (sorry, aku tak ingat nama gerainya), Medan Selera,
                 Bandar Taiping (sebelum kedai jual kuey teow doly yang popular tu, 
                berhampiran Balai Bomba, memang townlah)
Waktu:     Tengahari-Malam
Harga:      RM 2.50
Kenapa dia Awesome: Gelas dia besar sangat, boleh share dua orang (utk yang saiz perut
                                    kecik..hehehe) dan sungguh lemak berkrim.




Bayangkan kalau waktu panas terik pekena ini air...slurrrppp!



Monday, July 9, 2012

Di mana letaknya aku?

Assalamualaikum sumer..

Kali ni nak share sesuatu yang agak serius skit..heheh.. Eh bukan, bukanlah sangat serius umpama nak membahaskan 'Theory of the Big Bang'..tidak sama sekali! ;-)

Kisahnya begini, pagi tadi aku ada meeting. Ya, semenjak berkerja di tempat baru ni, aku pun naik confuse, kerja aku adalah bekerja atau menghadiri meeting semata2? Hehehe..dulu aku slalu beranggapan, orang yg selalu meeting ni adalah orang yang pandai bercakap dan memberikan idea tetapi bab pelaksanaan keja, ermm...payah nak komen! Makin lama aku plak yang naik takut sebab aku mula sedar yang aku selalu sangat kena attend meeting. Maka bertanya aku pada diri sendiri, mampukah aku untuk laksanakan dengan jayanya semua yang aku 'meeting' kan itu? Hmm..anyway, itu bukan akar umbi cerita kali ini, tapi sekadar aku tertarik dengan ayat spontan Tuan Pengerusi Sidang Mesyuarat ini hari..ujarnya..

"Kalaulah diterima setiap lontaran pendapat dari mereka yang bersidang di kedai kopi, maka saya yakin yang matlamat Wawasan 2020 itu mudah untuk kita capai, malah mungkin lebih awal dari jangkaan."

Aku terkesima malah terpanggil untuk mencerna ayat ini kerana lama jugak aku tidak dihadapkan dengan ayat berunsur kritis seperti ini. Ini adalah ayat spontan dari tuan pengerusi itu apabila memberikan pesan bahawa kadang-kadang sebagai ketua, kita perlu juga mendengar idea atau pandangan orang bawah kerana merekalah yang sebenarnya yang banyak membuat kerja asas untuk membangunkan sesuatu yang bersifat kukuh dan tinggi. Idea staff mungkin kedengaran mudah dan simple tetapi idea staff itulah yang kebanyakannya bersifat rasional kerana mereka memberikan pendapat hasil dari pemerhatian terhadap kerja yang mereka lakukan. Ini pula konsep yang diberikan sebagai contoh;

'BOTTOM UP CONCEPT'

Konsep yang memberikan peluang untuk staff didengari di mana idea untuk membangunkan sesebuah syarikat perlu bermula dari akar umbi. Kalau kita meletakkan penanda aras di antara 'kuli' dengan 'boss', sampaikan yang bergelar 'kuli' itu langsung tak boleh nak suarakan pendapat, maka 90% sesebuah syarikat itu tak mungkin ada pelbagai usaha inovasi di dalamnya. Hmm, aku setuju dengan pandangan yang diberi. Dan pada aku sebagai seorang ketua, cara kita meminta dan melayan staff akan menjadi 'vice versa'..Itulah penanda aras yang sebenar dalam hubungan di antara majikan dan pekerja atau boss dan staff...semua bergantung kepada sikap atau lebih tepat lagi yang dikatakan 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Dan ini pulak pesan mak aku;

" Bila berada di atas, jangan pernah lupa apa rasanya bila berada di bawah. Berbudi bahasa dan hormat orang, tak kisahlah apa pun kedudukan orang itu."

Ini pula yang aku pegang;

"Tunjukkan rasa hormat dan sikap yang positif jika kita nak dihormati kembali. Staff yang cemerlang atau sebaliknya adalah cerminan sikap ketua itu sendiri."

Yes, agreed or not, ketua adalah orang yang perlu bertanggungjawab atas jatuh bangunnya sesebuah organisasi itu.


AKU: Masih bertatih...