Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, September 25, 2014

Resipi: Bingka Labu Lemak Manis Yang Sangat Mudah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai anda semua..apa khabar??? Ewah..macam intro rancangan masakan sangat kan..hihihii...hari ni chef amatur ni nak share satu lagi resipi buat tatapan anda semua. Cara penyediaannya semudah A,B,C sahaja..tak sampai 15min mengadun bahan, dah leh masuk oven dah. Betul..ahkak chef tak tipu punyalah.. ;-)

Actually resipi ni, mulanya dicuba sebab di dalam fridge ada labu. Terbeli sebab dah lama tak makan labu dan sebab terpesona dengan warna kuningnya yang sangat memikat kalbuku..hehhee...over kan? Then buat masak lemak labu skit, sambil dihati berniat nak buat jugak apa-apa jenis manisan dari buah labu ni. So google la kaedahnya..dan terpesona dengan resipi dan hasil bingka ini dari blog Kak Yatie Memmories Sinar Kehidupanku dan juga dari Kak Nor Secubit Garam. Resipinya sama dan memang nampak mudah sangatlah. So, aku pun lepas masak makan tengahari, cepat-cepat sediakan bahan nak buat bingka labu ni. Niat dihati, nanti sambil makan tenghari, bingka ni dah selamat dalam oven. So bila dah masak, sementara nak sejukkan, sempatlah menyampai ke minum petang. Kiranya bajet masa konon ngam-ngam cantiklah...gitulah isteri-isteri ni. Dari masak breakfast, dah fikirkan menu lunch..dari lunch, kepala otak ni dah mengarang menu minum petang.. ;-)

Jadinya, Kak Yatie dan Kak Nor, mohon dishare resipinya juga hasil dari cubaan pertamaku itu...

Bahan-bahan yang diperlukan..



2 biji telur
2 cwn santan (Kak Yatie dan Kak Nor guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je, tapi aku memang betul-betul masukkan 2 cawan pati santan, memang saja nak bagi berlemak..)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi (aku gunakan butter)
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

* Aku tambah satu sudu kecil pewarna kuning telur supaya warnanya lebih terserlah. 



Ini labu, setelah dibuang kulit..direbus dulu ya..sebelum dilecek. 

Cara-cara membuatnya pula...

Panaskan oven. Aku gunakan suhu 180C, api atas bawah. Kepanasan suhu ni ikut oven masing-masing. Loyang yang telah disapu mentega tadi di panaskan seketika. 
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan. Aku campurkan semua ke dalam blender. Kisarkan. Senang kisah...hehhehe...
Tapis adunan tadi yang telah dikisar. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Aku tambah lagi 10minit, setkan api atas sahaja, sebab nak bagi bijan tu garing skit. 


Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.

**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati.. - Ini note Kak Yatie, so aku pun ikut jugaklah..nak juga rasa teruja...hehehehe...




Aku guna loyang 9inci. Sebelum dimasukkan bahan adunan, pastikan loyang ini disapu dengan mentega, senang nak keluarkan nanti.


Ini rupa sebelum masuk oven. Jangan lupa ditabur bijan ya...


Masa masak, bingka ni macam membuak naik sampai ke luar dari loyang. Ngeri aku tengok at first. Macam, alamak..jadi ke tak ni...tapi bila dah sejuk, size dia akan ok sama macam loyang.


Dah sejuk, mehla kita potong. Nampak x, dari sisi. Lembut je bingka ni..dengan serat-serat labu, manis-manis labu. Bau dia masa keluar dari oven, walllahhh!! Harum mewangi sangat...


Apa lagi yang lebih nikmat dari menikmati bingka labu lemak manis ini dengan segelas kopi o panas yang pekat kaw-kaw punya...hmmm...sedapnya!!!


Adeyyy..terasa-rasa plak kelembutan dan kelemakan kuih ini saat abis entry ini..aduiii..macam ada yang nak repeat buat jugak kuih ni... ;-)

Untuk anda yang ingin mencuba, Selamat Mencuba!


13 comments:

  1. Alamak, macam tergodalah pula. Kena pula dengan kopi O tu yer kak...

    ReplyDelete
  2. Aziela: Betul..tepat sekali..kena plak dengan Kopi O Panas..waktu hujan...memang layaaaannnnnnnnn... ;-)

    ReplyDelete
  3. Eynda: Sedap..lemak manis..wangi je bau time siap bakar tu... sila..sila cuba.. ;-)

    ReplyDelete
  4. Bingka labu ni juya sesuai dimkn smasa majlis bertunang, mesyuarat pibg juga majlis berkhatan. Terima kasih atas resepinya.

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeer.. akk amik respinye yer. jazaillahukhair!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak..untuk manfaat bersama... ;-)

      Delete
  6. sdpnyer.. akk mintak respinye ye. jazakillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..ye kak..sila..sila cuba...

      Delete
  7. sdpnyer.. akk mintak respinye ye. jazakillah.

    ReplyDelete
  8. Slm... Sis minta resepi ya...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....boleh ayn..silakan mencuba.. ;-)

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)