Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, March 31, 2013

Resipi: Begedil Kentang dan Daging


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Minggu ini adalah minggu rehat2 saja setelah berminggu2 hujung minggu tak macam hujung minggu…so aku dan Incik Daus bab melepak kat umah adalah hobi, di mana kalau kami sangat lemau mau ke mana-mana..kan ada masa kita akan rasa..Ya Allah, malasnya nak kuar umah, malasnya nak buat apa2…hehehhe…

Tapi minggu ni aku just nak duduk umah, makan2..dan makan lagi..ahaks! So jomler menggentel BEGEDIL DAGING…aku suke sangat makan begedil ini…Resipinya aku belajar dari room-mate aku time belajar di UiTM dulu..mehle kite share resipi bersama-sama..kebetulan, my lil’ kakak pun suka makan begedil, actually kakak suka makan ubi…apa saja yang ada ubi… ;p



Bahan-bahan:

Ubi Kentang (dalam 5 biji)
Daging Cincang
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam (ikut selera masing-masing)
Sedikit garam
Daun pasli (dicincang halus)
Telur putih

Cara Membuat:

  1. Ubi kentang dipotong empat, kemudian digaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng. Ditos dan ditumbuk. (aku suka buat begedil dari ubi yang digoreng bukan direbus..mana2 pun boleh, ikut selera masing-masing.
  2. Daging cincang direbus. Setelah empuk, ditos airnya.
  3. Campurkan ubi yang ditumbuk tadi bersama daging cincang. Gaulkan bersama serbuk lada sulah/lada hitam, daging cincang dan sedikit garam. Jangan lupa hirisan daun pasli tadi, daun sup pun ok saja, ikut selera tekak anda ya…
  4. Setelah sebati, bulat-bulatkan adunan. Pada aku, begedil yang dibuat dari ubi yang digoreng, lebih mudah nak dibulat2kan berbanding dari ubi yang direbus.
  5. Celup ke dalam telur putih dan digoreng sehingga kekuningan.
  6. Sedia dihidang.

Makan begedil ni kalau dikahwinkan dengan sup daging ke..pehhh..syok jugak..tapi untuk aku yang penggemar begedil ni, meratah pun bulehhh, sebab tu aku suka buat saiz bulat-bulat dia comel2..kiranya ngam2 mudah nak dingapppp…hehehhe…

Selamat Mencuba ya tuan puan sekalian…

Saturday, March 30, 2013

My reason of being so busy....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Huh! Penat sungguh rasenye, rase letih tu sampai ke hari ni..yes, this two week I was so busy handling few events and still have to settle loads of work too! Time2 rushing sana sini tak terasa penatnya…tapi bila dah selesai…haaa…hambekkkk, lemau longlai je rase…hmmm..just nak share skit apa yang aku busykan…

Panggilan Meeting Pertama: 13 March 2013
Tarikh Event Mesti Jadi: 23 March 2013

Ya…tepat sekali, hanya 10 hari untuk siapkan segala-galanya…dapat plak event manager yang dilantik sgt hampeh cara kerjanya, mujurlah demi semangat ‘PR’ yang ada, aku rilekskan diri…walaupun dlm hati, punyelah membara!

So, inilah eventnya, yang pada mulanya sangat merisaukan dan menakutkan aku …takut tak capai KPI yg disasar iaitu 1000 kehadiran…



Alhamdulillah..berkat usaha seluruh team yang ada…akhirnya kami berupaya juga merealisasikan KPI itu….

So, jom kite layan gambornye yer…sb aku kepenatan… ;-) weekend ini hanya untuk bermalas-malasan dan menghabiskan masa berkualiti dengan my lil' kakak yang omeeeyyyyy!!!




Pertukaran momento di antara KPerak & MAMPU sebagai tanda kerjasama strategik yang terjalin...

One thing for sure...this event wouldn't be successful without them..my TEAM...thank you so much for all the effort...

Walau kepenatan masih mampu senyum, posing, merepek, merapu...kire okaylah tu..hehehhehe...

Upppsss...sorang lagik ni..yang tolong ambik gambor, merangkap asst.pilot on our way back to Ipoh...mekasih Akif... ;p

My lesson learned:
The leaders who work most effectively, it seems to me, never say 'I.' And that's not because they have trained themselves not to say 'I.' They don't think 'I.' They think 'we'; they think 'team.' They understand their job to be to make the team function. They accept responsibility and don't sidestep it, but 'we' gets the credit.... This is what creates trust, what enables you to get the task done. And I always remember my ex-boss always remind me, "A great leader left the legacy of leaders..so never be afraid of 'turunkan ilmu' to your staff.."

 

Sunday, March 17, 2013

Jom Makan Best di Ipoh: Jamu Selera Girang Gembira di Assam House, Ipoh!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ohhh, Ahad ku sayang, kenapalah cepat sungguh masa berlalu....kan best kalau hari Ahad ada 48 jam...hehehhe...

Ok...hari ini aku and Incik Daus telah plan acara makan2 sempena menyambut ulangtahun mak yang ke-60 dan jugak Angah yang ke-27...yg sebenarnya jatuh pada 18 & 19 March iaitu esok dan lusa. Tapi memangdangkan aku bakal sibuk giler sepanjang next week, so kita celebrate awal pun ok kan...

Actually agak pening gak mencari tempat makan that can suit everyone taste..nak2 di Ipoh..sebab dah terlalu lama merantau sampai tak berkesempatan nak terokai tempat sendiri..so sempena sambutan burfday kali ni, jomlah kita try makan di sini...

Restoran Assam House, 
29, Persiaran Greentown 4,
Pusat Perdagangan Greentown,
30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.



Interior restoran ini biasa2 saja..tapi selesa...

Actually aku dah pun reserve tempat sehari lebih awal, sebab takut penuh. Sementara tunggu makanan yang diorder sampai, marilah kita cam-whore seketika..

keropok sayur...kudap2 sambil tunggu makanan....


Burfday gurl kena serve air...giler kami kejam..hahahha!

Kami order set untuk 5-6 orang makan dalam RM 168++ untuk menu-menu ini...

Garoupa Head Fish Curry...Kuah pekat dan memang terbaiklah...sedap!
Sotong tumis petai...yummylicious!

Butter Prawn..yang ini, pada tekak aku, bolehlah...not the best from all range of butter prawn that I ever taste..


Fried Kailan With Oyster Sauce...Segar giler sayur dia, lembut dan tak rasa pahit kailan tu..

Steam Tofu With Oyster Sauce..ini di antara peberet aku...

Set ini termasuk air soya cincau ya..dia kasi pilihan, tak mau soya cincau buleh ambik air tebu bercampur herba...

Menu berikutnya aku tambah...ini tak termasuk dalam set di atas tau... ;p

Salted Soft Crab..Ya Allah, terasa2 sedapnya sampai sekarang...serius best!


Aku ade order tambahan kerabu mangga jugak tapi lupe plak nak ambik gambornya...

So, jom..jom..perut pun dah nyanyi2..mohle makan...Bismillah...



Sempat lagi ni..aishhh!

Huisshhh...Mak Mertua lalu belakang pun tak sedar laki aku nih...punyelah nikmat meratah kepala ikan...
Licin..bukti memang best makan kat sini!
Kini tibalah masanya untuk majlis syahdu2..sambil bagi hadiah burfday..yayyyy!!!

To mum and angah : Happy Burfday..thank you so much for making me to who am I right now...and thank you so much for taking care of 'kakak' sampai tembam and gebu! ahaks! ;-)

Kakak wishing Opah semoga panjang umur, sihat selalu... ;p

Untuk Opah...

Untuk Mak Ngah...

Friday, March 15, 2013

Rock Ooooo...Rimba Bara Kembali...Cayalah Amy Mat Piah! Muahahah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Allooowww...

Jom..jom..tenangkan otak..mau review filem ini..filem apakah? ;p

Ini kisah minggu sudah tak salah aku..kira dua minggu ini memang aku and Incik Daus sangatlah sibuk..jumpa pun during weekend saja..haaa, gitulah, Incik Daus busy outstation dan aku busy organizing an event. Jadi bila weekend bersama, marilah kita merehatkan otak...bergelak tawa...

So, nawaitu nak rileks2 je, memang kenalah bila tengok filem ini...pada aku, filem ini telah berjaya memecahkan perut aku..tinggal isi perut je tak kuar...hehehehe...

Sebelum kite nonton wayang, mohler kita lihat aksi excited penuh kegirangan kami...

Kemain lagi our 'Kakak' with her Mak Ngah and BB Umairah

Gambaq skema sebab mak ada kat depan..gatai!!!

sampai pejam mata 'kakak' penuh emosi

Inilah filemnya yang pada aku telah berjaya mengembalikan kegemilangan era rock dulu...





Selain itu syok jugak tengok tempat-tempat menarik di Ipoh yang penuh dengan mood klasik...era koyak seat kulit bus buat suar ketat... ;p sesape org Ipoh, tentu ingat Super Kinta lama yang jadik studio SYJ tu..Bazaar Bulat yang dah roboh tu....

Aku suke tengok Amy Mat Piah watak Que Haidar tu..menjadi sungguh watak 'berangan' dia tu...lawak sangat aku tengok..Jijo (Khir Rahman) pun best...antara scene yang buat aku gelak gile scene makan maggi sepinggan kongsi reramai dan scene yang rebus sebijik ubi tu, sambil sume tunggu time nak sebat...walau kalau dilihat secara dalam, sedih oooo time tu, betapa hebatnya perjuangan band rock time tu sampai sanggup tak cukup makan...

Dan satu word baru dalam kosa kata aku adalah... 'CINGGGEEEIIII'...muahahhaha!!! Apa tu? Kena nengokler filem Rock Ooooo ni baru tau apa dia...

Tatatititutu....






Thursday, March 14, 2013

Nasi Goreng Sekolah Rendah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Malam ini Incik Daus dah balik dari outstation...awal sehari dari kebiasaan. Aku pun teringatler akan janji aku hari isnin yang lalu...Incik Daus teringin nak makan nasi goreng ni....


Ha, nampak biase2 je kan? Sebab tulah aku panggil ni nasi goreng sekolah rendah..hehehe..sebab dulu mak selalu masak untuk bawak bekal time darjah satu, dua gitu...senang je nak masak..

1. Potong bawang merah dan bawang putih halus2. Hiriskan jugak cili padi kalau suka pedas.
2. Pecahkan telur, campur sedikit garam.
3. Tumis bawang sampai naik bau, then masukkan telur sekali.
4. Taraaa....Siap!!!

Simple, ringkas dan sempoi! Sesekali makan menu yang mengimbau kenangan syok jugak kan.... ;p

Monday, March 11, 2013

MATA KUNING: AMARAN KOLESTROL ANDA DAH MENINGGI!


 Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ini nak share info sikit tentang camner nak tau yang kadar kolestrol anda sudah mula meninggi. 

Masalah tinggi kolestrol bukan sahaja dialami oleh individu yang obes sebaliknya turut berlaku di kalangan individu yang kurus atau tiada masalah berat badan. Cuba perhatikan bawah mata anda. Jika bawah mata dan sekitar kulit mata anda kelihatan kekuningan, ini berkemungkinan kadar kolestrol anda dalam bahaya. Segeralah berjumpa doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh cuba amalkan memakan 2 1/2 biji lobak merah sehari bagi membantu mengurangkan kembali kadar kolestrol anda. Katakan tidak juga pada makanan berlemak dan bergoreng buat sementara waktu! Ini kerana kolestrol yang tinggi dan dibiarkan tanpa kawalan boleh menjadik punca darah tinggi atau serangan jantung..Bahaya!

NOTE: Info ini melalui pembacaan, tak salah untuk dijadikan langkah pencegahan. Tapi kalau lebih baik, selalulah buat medical check up ya tuan puan sekalian...


Friday, March 8, 2013

Jom Makan Best di Shah Alam: Yazid Supersized Burger..puas hati!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Hmmmm..aku kalau tengah sibuk menggila atau tengah penat akibat tak cukup tido dan sebagainya, dapat enjoy comfort food memanglah sangat syiok. So last weekend, kami baliklah rumah Shah Alam. Penat mengemas barang, (banyak gak lagi barang yang nak dikemas) kami pun plan nak kuar makan since dah janji jugak dengan adik ipar aku a.k.a adik Incik Daus. Dah alang-alang datang Shah Alam ni, tekak ni mengidam la plak nak rasa Burger Supersize yang jadik sebut-sebutan ramai itu.

Yazid Supersize Burger, lokasinya dekat Seksyen 7 Shah Alam, belakang UNISEL gitu, yang ada macam food court area tu. Kalau area atas ada jual mee ketam segala, turun tangga bawah ikut signboard nasi arab. Kalau tak  salah aku nama kawasan itu adalah Pusat Perniagaan Anjung 7, Shah Alam... 

Taraaaa…inilah kedainya….

Mee Rachun tu pun mcm hebat..hehehe..next time nak cubelah!
Masa kami sampai tu, orang tak ramai lagi. Nak order pun senanglah sikit, bulehlah dok mencongak menu berkali-kali. Selain kena pilih saiz, bahan ramuan sampingan pun kite leh pilih gak. Bayangkanle kalau sosnya aje macam-macam, ada black pepper, mayonis, mustard segala..belum masuk intinya ada nenas, epal, dan macam-macamle, bukan typical burger yang just letak kubis ngan bawang tu.

Kami order burger yang 500gm jer, harganya RM 20. Kalau 1kg, harga RM40 dan saiz burger paling kecik adalah 250gm dengan harga RM 10.


Haaaa...itulah dia burgernya..kalau u alls nampak tak berapa besar..mungkin salah angle gambar aku...hehhe..ini yang berat 500gm je..tapi bila aku potong 4 bahagian, rasenye macam 1 bahagian tu bersamaan dengan makan sebijik burger normal size tu dia punye kenyang...

tebal kan isi daging dia...aku pilih yang ada epal...nenas tak mau sb kalau aku makan nenas nt gatal2 lidah, allergic!

My Verdict: Aku suka burger dia lagi berbanding Rawang Burger. Makan tak rasa muak walaupun isi daging dia tebal dan besar. Daging dia masak sampai ke dalam dan lembut.

So moral of the story, next time boleh makan lagikkk…huhuhuhu.,..sedihnya nak tinggalkan Shah Alam secara rasmi…uhukk…uhukkk…


Thursday, March 7, 2013

Bila perut memulas..kepala pula pening..resah gelisah..ohhh..kenapakah?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Adakah ini yang anda alami sekarang?....

Ihsan Incik Google


Anda rasa resah, lemah, perut tidak selesa dan adakalanya pening? Anda lakukan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital dan jawapannya anda sihat? Gejala yang timbul ini adalah punca dari kurang tidur. Kajian yang dilakukan oleh Mark Liponis M.D dari 'Canyon Ranch Health Resorts' menunjukkan bahawa individu yang tidak cukup tidur akan mudah mengalami gangguan fungsi tubuh khususnya yang berkaitan penghadaman, kardiovaskular dan gangguan pada saraf utama. Kesan tidak cukup tidur ini pada jangka masa panjang akan menyebabkan anda mudah diserang sakit jantung, arthritis, kencing manis, dan depresi atau kemurungan. Oleh itu, dapatkan kembali lapan jam tidur anda yang berkualiti.

Wednesday, March 6, 2013

Jom Makan Best di Taiping: Kuey Teow Doli di Taiping


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alang-alang dah mai Taiping, jomlah kita explore banyak sikit. Dah dua kali aku datang sini tapi tak dapat nak merasa kuey teow doli ni…selalu aku baca review dan dengar orang cakap akan kesedapan kuey teow ni. Kali ini aku nekad nak kena cari jugak restoran ini. Pencarian menjadi lebih mudah bila trainee aku yang jugak merupakan rakyat jati Bandar Taiping ini sudi tunjukkan jalan dari Zoo Taiping. Bukan paksa dia datang semata-mata nak tunjukkan jalan ye..no..no..no..aku tak sezalim itu..actually ada urusan kerja yang aku mintak dia pass pada aku..so dengan innocentnya aku nyatakan keinginan aku nak gi makan kuey teow doli..so die pun volunteerkan diri menunjuk arah…hehehhehe..aku tak pakse yer.. (ok ke statement nih…ahaks!)

So, here we are..excited ni…aku ajak joint makan sekali, tak mau plak…anyway thanx to Akif…



Kami pun orderlah…


Makanan pun sampai…


Banyak juga bagi saiz sorang makan. Tanpa lengah, jemputlah makan ye tuan puan sekalian...


Aku pandang muka Incik Daus, cuba mencari kepastian… “Ok, sepatutnya kita nak kena rasa apa ek…”

This my verdict: Pada kami berdua, rasa kuey teow ini biasa saja, taklah sampai ke tahap terasa extraordinary…yang menghantar effect ‘WOW’ ke otak…tak sampai ke tahap itu maka tidak tepatlah dengan ekspektasi aku…rasanye biase, tapi bukanlah tak sedap langsung.

Selain kuey teow, ini di antara menu lain yang turut disajikan di sini…


Balik office, aku cakaplah ngan si Akif, hmmm kenapa saya rasa biasa je kuey teow itu..dan yang bestnya die menjawab..

“Itulah, saya pun pelik bila puan kata nak makan kat situ..sebab dia dah tak sedap macam dulu dah. Dulu time kat gerai biasa, sedaplah, bila dah bukak restoran, tak sedap sangat…”

Aissshhh..sopan yer..kenapalah tak dibilang pada aku awal-awal..hmmm…tapi takpe, aku paham niatnya..bahawa sesungguhnya citarasa setiap individu itu adalah berbeza…Sedap atau tidak tertakluk kepada deria rasa dan anak tekak masing-masing…pada yang ingin menikmati kuey teow doly ini..ini alamatnya…







Tuesday, March 5, 2013

Jom Terokai Perak: Taiping Golf Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ampunkan aku ya tuan puan sekalian..lama rupanya masa yang diambik nak sampai ke Taiping ni…heheheh..punyelah lama terperap story ni..ok, gi taiping ni actually sebelum cuti raya cina yang lepas. Sebab aku dapat baucar time annual dinner company. Kami sampai Taiping pun dah petang, terus check in di Taiping Golf Resort. Kali terakhir aku ke sini adalah 4 tahun yang lepas, time tu kami stay bilik yang view menghadap padang golf. Kali ni kami dapat bilik yang view menghadap hutan, so tak berapa seronok sangatlah especially bila bawak anak kecik.

Bilik dia ok, pada aku luas jugaklah kalau bawak family. Masih ada ruang yang selesa walaupun ada sofa di sisi katil. Pendek kata, masih boleh muat kalau lebih dari dua orang dewasalah. Sesuailah dengan harganya di antara RM 120-RM 140 semalam. Jom tengok sendiri keadaan biliknya…




Bilik air dia bersih walaupun tanpa bath tub. Keluasan bilik dia pun sangat selesa untuk yang membawa keluarga.

Macam biasa, disebabkan kaunter daftar masuknya bersebelahan dengan kolam mandi, so ‘kakak’ dah tak senang duduk. Asyik ajak mandi dari tadi. Jadi, marilah mari, kitalah mandi!!! Inilah view swimming pool di Taiping Golf Resort ini. Bilik-bilik di sini secara umumnya terdiri dari beberapa blok. Dan di setiap blok, ada poolnya sendiri. Ini yang tempat aku stay punya pool.





Dah mandi-manda, tentulah lapar. Lepas maghrib, kami pun keluar mencari makan tapi tak pergi jauh pun, kami singgah di kedai makan berhampiran hotel. Kalau keluar dari hotel, jumpa jalan besar, ke kiri, terus, nampak deretan kedai di sebelah kanan jalan, kat hujung sekali, inilah tempat makan yang kami singgah.
 

Incik Daus teringin nak makan Tom Yam…aku order kuey teow ladna..memang sedap, kuah pekat, isi-isi tambahan pun banyak, dihidang dalam sampan ngan cili padi kat tepi. Aku suka sangat, tekak aku puji kata sedap!! Air plak tembikai laici, pekat jugak, membuatkan rasa puas menikmatinya. 

Nampak itu sotong, udang, ayam..sume pun ade..kuah pekat, suke2!
Inilah wajah keletihan..sampai jer..terus...bummmmmmm!




Sekejap jer, dah pun pagi. Kami breakfast di hotel. Yang tak bestnya, breakfast kena pergi blok lagi satu, yang mengadap padang golf tu. Mula masuk ke ruang café, aku rasa macam tak meriah je breakfast dia. Makanan tak berapa banyak pilihan tapi aku faham what to expect dengan room rate yang sangat affordable itu. Cuma pada pandangan aku, bila pilihan makanan tak banyak, jadi tak perlulah nak susun satu makanan ke satu makanan tu jauh-jauh. Aku faham, mungkin chefnya nak buat ala-ala stesyen2..tapi kaedah itu menyukarkan pengunjung. Better letakkan saja di kawasan berhampiran. Macam stesyen telur, jauh hujung di sebelah luar…tapi satu je pun pilihan masakan telurnya, scramble egg semata-mata. Kalau dikumpulkan di satu kawasan, mungkin tak nampak sangatlah kekurangan pilihan makanan. Tapi ini pandangan aku saja…jangan marah yer pihak pengurusan TGR… ;p

Tapi anak-beranak ni rileks jerk..janji dpt makan...isk..isk...

Lagi satu kepantangan aku bila makan kat hotel adalah apabila nampak Bread Butter Pudding..heheheh..one of my favourite. So di sini, kelainannya adalah bread butter pudding dia bewarna hijau…tapi rasenye…ermmmm….

tak best, sgt plain...aku masih suke bread butter pudding holiday villa subang...tp this one, way too far to compare..sorry dear chef...

Cuma bestnya breakfast di sini adalah apabila anda dapat menikmati hembusan angin pagi sambil menyaksikan pemandangan hijau sebegini…


Gitulah kisahnye percutian pendek kami di Taiping Golf Resort ini...memandangkan kate Golf Resort kan..so kakak pun dapatlah hadiah mainan die...bagi menepati tema stay kali ini..hehhehe

Menangis iyer nakkan mainan ni...aishhh!
Lepas check out kami ke mana pula? tunggguuuuuuuu....in next entry wokeyyyy!