Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, June 30, 2012

Awesome Food Finding #1: Apam Dolu2..hehehe

Aku dengan Incik Daus adalah org yg sangat suka menikmati makanan, no doubt that we are now a bit.. (shhhh.... * gebu*..hahaha...cakap slow2). Kalau travel, suka cuba makanan yang jarang-jarang ditemui. Aku dulu bukanlah jenis yang suka mencuba benda-benda pelik tapi bila dah kawin, pengaruh Incik Daus sangatler membantu. ;-)

Ini di antara yang kami temui dan sangat unik atas kreativiti pembuatnya untuk menjadikan hidangan tradisi lebih bersifat kontemporori...

Yang Ini yang telur dikacau dan dibancuh skali, isinya tebal..budak2 kecik leh makan

Menu:       Apam Manis
Lokasi:     Pasart Tani, berhadapan Stadium Indera Mulia Ipoh.
Waktu:     Pagi hingga tengahari (Sabtu)
Harga:      RM 1.00 - 1.50
Kenapa dia Awesome: Disediakan dalam pelbagai perisa seperti jagung, choc rice, kacang merah, bersama telur mata atau telur kacau dan ada juga perisa asli.

Yummy, cubalah!

Friday, June 29, 2012

Ibu Daughter Momment: Anak daraku sudah besar..uhukk...uhukkk


Akhirnya tidur juga ‘tomeitomeito’ yang tersayang. Mentang-mentanglah ibu dia cuti setelah sekian lamanya sibuk memanjang, maka hari ini anakku itu sanggup menahan matanya. ;-) Sorry sayang ibu, ibu teramat sibuk but I always find my time for you like today..yeayyy! Kami mulakan hari dengan berguling-guling di katil sambil nyanyi2 lagu yang tak tau patah perkataannya..  “Capica..capicapica…” and I sing along as I know the lyrics..hehehe..dan melihat dia tersenyum sambil berbaring di atas lengan ini, rasa satu nikmat yang sukar digambarkan..alhamdulillah. Errrrr..bapak waktu moment touching ni tengah bersiap nak pergi kerja. Tak boleh cuti pulak sebab ada report yang nak kena siapkan katanya. Ok, I am a ‘Supermak’, no big deals! ;p

Then after breakfast, kami pun menuju ke office Incik Hubby, pick him up and straight a way to KPJ Ipoh. Our sweet little gurl arini nak kena cucuk. Her 1st booster for Polio and Hib. Sepatutnya dah diberi suntikan tu masa 1tahun 6 bulan, malangnya anakku itu demam. Tumbuh gigi. As always, anak yang nak kena cucuk, ibu dia ni yang terlebih suspens. U know what, I never like to see a doc since I was young. Makan ubat? A big No, No, ok! Jadinya atas faktor genetik itu harus ku akui bahawasanya anak daraku ini telah mengikut jejak langkahku. Agak canggung juga kali ini sebab ini kali pertama kami ke sini. Nak pilih Dr mana pun tak pasti. Dah lama sangat dengan Dato’ Dr. Zul @ KPJ Shah Alam..So here, I finally choose Dr. David to be our daughter paed’s. Dr. David pun sudah sedia kenal akan Dato'..so senang kisahlah.. ;-)

Ini picture of her playing outside Doc’s room…

nyanyi2 dengan bapak..uppps, sorry, resolution pic xbrape baik..ambik pakai BB jerk..


Ok, alhamdulillah. Dr. David ini pandai ambil hati. Kalau tak, maunya dicekik leher ibunya ni. Ingat lagi last time masa dia demam, aku ngan mak bawak dia ke klinik, lepas tu dengan angah bawak dia ke satu lagi pusat perubatan, memang meraung sakan. Kali ini alhamdulillah, ok, walaupun mukanya sangat kelat.Hehehehe…Errr..as always, we’re a bit drama queen when it comes to Saffiya cases…Opah kat luar pun dah siap nangis dulu2 dah sebelum cucunya nangis kena cucuk. Heheheh…

Lepas tu, hantar Incik Suami  pulang ke pejabat, ibu, opah dan Saffiya ke kedai menjual barangan membuat kuih di Ipoh town. ;-) Nak buat cup cakes, yeayyy! Balik rumah, suapkan Saffiya makan.

Kemudian aku buat keputusan untuk keluar semula. Kali ni hanya kami berdua. Sambil aku memandu, anak dara aku ni pun menyanyi-nyanyilah seperti biasa. Tak taulah kenapa, sangat suka menyanyi! This is definitely opposite of me! Oh my baby gurl, ibu tak izin masuk Mentor ke, AF ke..ape2 jugak yang seangkatan dengannya tau…ingat pesan Ibu…ngomelan biasa aku seakan anakku itu sudah besar panjang! ;-)

We had fun at Giant. Jalan sama-sama, berpimpinan tangan. Hayun ke depan dan ke belakang. Pada aku, itulah saat paling indah buat seorang ibu dan anak. Kalau dulu, genggaman tangannnya erat sewaktu aku menyusukannya, kali ini situasi yang sama Cuma keadaan semakin berbeza. Dia sudah membesar. Sudah pandai ralit melihat ibu bersolek, sudah pandai mengusik dan mengajuk. Sudah pandai membunyikan ‘A’ sebagai ‘Aaaa’ dan ‘B’ sebagai ‘Baaa’, sudah pandai memanggil Bapak, Opah dan Mak Nyah (panggilan untuk Mak Ngah dier..hehehe)..dan untuk ibu, panggilan spesel.. ‘Kakak’ ok…Mekasihlah anak ibu, ibu tau ibu nampak muda dan jelita…hehehehe…Hati ini terusik, setiap kali bersamanya. I am a mother! I wish that this moment would never come to the end…

curik2 ambik gambor kat lane towel..ngeeee... 

Tuesday, June 12, 2012

KEHIDUPAN..dari pandangan Uncle Apek


Ini kisah weekend yang lalu. Saja berangan romantik, aku dgn Incik Daus menaiki motosikal mau ke Pekan Tg. Rambutan. Dan seperti selalu, setelah separuh jalan kami terpaksa berpatah balik akibat puteri ‘tomeitomeito’ yang akhirnya tertido. Memang tak boleh kena angin langsung…mulalah nak terlentok dan zzzzzzzzzzz…comel sgt, dgn helmet kuning yang masih melekat di kepala. Anak oh anak, boleh bikin hati ceria selalu.
So setelah settle menghantar ‘tomeitomeito’ kami itu pulang dan tinggalkan kejap dengan opahnya, kami pun kembali ke tujuan asal. Sebenarnya nak survey rumah (gilelah, survey umah naik motor, gerenti agent umah tak mau layan nengok dtg pun naik EX5 jerk..hahahah), tp nak ke Pekan Tg dulu nak beli asam keping yang dah abis, nak bikin asam pedas. Hmm..ujung minggu jelah sempat nak asah skill memasak pun, itu pun kalau tak keja. Ohhh pilihanraya, cepatlah dikau datang..dah letih dah ni.
Dah settle sume kt pekan TG tu..tetibe mata ni tertancap hebat kat mak cik jual air tebu la plak kat tepi jalan. Imaginekan, cuaca yang panas, pekena plak air tebu yang dingin meluncur laju ke anak tekak. Pasti hebat bukan? Apa lagi, paksalah Incik Daus berhenti dan pergi beli. Sedapnya….glurppp! Tiba-tiba waktu nak lompat naik sbg pembonceng semula tu, pekan Tg yang lengang jadi hiruk-pikuk sekejap. Ada motosikal besar ala2 peronda menahan laluan keluar dengan bunyi siren yang kuat. “Ohhh, what happened?”, naluri busy body segera berkata-kata. Tunggu punya tunggu, rupanya ada kenderaan yang membawa orang mati dari kaum Cina. Ohhh…ingatkan apa tadi. Dan disebabkan itu juga, aku telah terperangkap dalam satu perbualan dengan ini Uncle Apek..

UNCLE APEK: “Sikalang aaa…mau hidup pun susah, mau mati pun manyak susah. Dulu mau mati, ratus-ratus saja sudah cukup. Ini hari aaa…itu dua tiga ribu pun blum tentu cukup oooo. Mau mintak anak-anak pun susah..hidup diaolang pun susah juga…aiseeyyy”…

AKU: Kaget dan tersenyum sambil angguk2 dan berfikir. “Iyalah Uncle..” jawapan yang terbaik mampu aku beri.

UNCLE APEK: “Sikalang aaa…zaman sudah ubah manyak. Itu dulu saya sini juga besar. Mau main sana sini pun ammma tak pernah susah ati mau cari2. Sikalang aaa..manyak kes budak ilang kena kidnapped suma..manyak takut ooo..”

AKU: Melihat terus keresahan di dalam mata insan emas itu. Terbayang wajah ‘tomeitomeito’ kat umah, dgn wajah anak-anak kecil yang hilang tanpa ditemui kembali. Terfikirkan perasaan seorang ibu apabila kehilangan anak dambaan hati. I could never imagine myself in the situation. Ya, Allah, selamatkanlah anak-anak itu di mana jua mereka berada. Teringat plak wajah bayi yang didera yang diupload ke YOU TUBE tempoh hari. Nauzubilllaaahhhh….aku terkesima dengan perilaku makhluk dunia kini.

Sambil aku terfikir2..Incik Daus melayan Uncle Apek tu berbual.

UNCLE APEK: U olang muda, tentu tak percaya sama cakap saya.

INCIK DAUS:  Percaya Uncle, Uncle orang lama, lagi banyak tengok dunia, lagi tau apa beza…

Sambil Uncle Apek itu mengangguk-anggukkan kepala, kami pun minta izin berlalu meneruskan pencarian rumah kami itu…..



Saturday, June 9, 2012

Untuk GEN-Y #1: Gula Kabung


Aku yakin, teramatlah yakin…tidak ramai GEN-Y tahu apakah bendanya ini…..



Apa? Tengah fikir? Nakkan masa tambahan? No,no, no! Masa dah cukup! Hmmm...Inilah yang dinamakan Gula Kabung. Bukan ‘brown sugar’ ye adik-adikku sayang. 

Gula ni nak buat apa? What the ***** to know? Aissshhh...jomle ambik tau..kot2 esok kena masak...hehehe...

Suka makan itu buah melaka? Tau tak macam mana rupa paras kuih buah melaka tu? Ala, yang bulat2, warna hijau disaluti kelapa dan bila dimakan anda terasa ada gula mencair didalam mulut? Sorrylah, nak tempek gambar, takde la plak..Itu di antara resipi makanan yang menggunakan gula kabung ini. Ada juga yang memanggilnya dengan nama ‘Gula Melaka’.

Selain buah melaka, kuih-kuih lain yang dibuat menggunakan gula ini adalah seperti kuih koci, lepat liat, dodol dan juga sedap kalau dibuat bubur manis. Rasa dia lebih enak kalau dibandingkan dengan gula merah.

Gula kabung ini diproses tanpa pengawet dan pemutih. So lebih baik untuk kesihatanlah. Jika dibandingkan dengan gula pasir, gula kabung lebih mudah larut di dalam air dan memiliki rasa serta aromanya tersendiri.

KHASIAT LAIN: Protein, mineral dan vitamin. Warna coklat pada gula kabung adalah serat yang bermanfaat untuk kesihatan pencernaan.

TAPI…yer, dibold dengan warna merah yer..kandungan kalorinya agak tinggi iaitu…

368 kalori/100 gram

PESANAN PENAJA: 40 minit aerobik boleh bantu anda bakar semula kalori itu!!! Yeayyyy!!!

Saturday, June 2, 2012

Penyusuan Ibu Baik Untuk Bayi Pra-Matang


Sekarang jam menunjukkan angka 5.15 pagi. Kisah apakah aku bersengkang mata di depan komputer riba ku ini. Kalau dulu iyelah, waktu2 gini mmg idea baikkkk punya akan datang..hehehe..dululah, waktu nak kena tulis artikel2 berat, memang aku suka taip pepagi buta gini.

Tapi pagi ni, aku menulis sebab mata tak mau nak lelap kembali. Tadi si kecik ‘tomeitomeito’ kesayangan baru je lepas bangun menyusu. Yep, still breastfeed. Aku pun kagum dgn diri sendiri krn masih ‘GAGAH’melakukannya. Cumanye sekarang xlah breastfeed sekerap dulu. Dan penyusuan pun dah tak eksklusif, sudah mula campur susu formula. Dah nak masuk 2tahun pun, dlm proses untuk trained ‘tomeitomeito’ kami ini untuk mengucapkan sayonara pada alam breastfeeding. Tapi jauh di sudut hati aku, ada juga rasa sedih. Why? Coz I really adore and enjoy the moment of breastfeeding her while she holding my hand. Satu rasukan rasa maha halus yang hadir di dalam diri…

Dek krn mata yg tak mau lelap, jomlah layan mata ini. Terkedip2, tengok ‘tomeitomeito’ dah kembali dgn aksi ‘kuak lentang kekenyangan’ manakala Incik Firdaus tercinta plak sungguh hebat aksi tidurnya, hmm..penatlah katakan baru balik dari kerja luar negerinya selama 4 hari itu. Luar negeri ya, bukan luar negara..hehehe…

‘Penyusuan ibu secara eksklusif’, uisshhh..memang aku tak pernah terfikir mampu melakukannya. Kerana suatu ketika dulu, aku adalah manusia yang ‘sangat gila kerja’, sanggup ‘bertunggu-tangga’ di officelah tahap dedikasinya aku ni. ;-) SEkarang pun tahap dedikasi masih sama u alls… ;-)

Bila ‘tomeitomeito’ was born at her 32 weeks, aku mengambil serius nasihat puan DR.

“Hanya susu ibu yang mampu menjadi imunisasi terbaik untuk semua bayi terutamanya yang lahir pra-matang.”

Itu pesan Paed’s, ini plak kata2 jujur yang mampu membunuh…

“Bayi pra-matang mudah diserang penyakit. Tambahan plak dalam kes anak U yang sorang kembarnya meninggal dunia di dalam perut. Kemungkinan jangkitan kuman akibat mayat kembarnya mampu merebak dan menjangkiti otak anak U yang lahir ini. Kalau ada kecacatan pada sistem saraf otak, itu semua hanya mampu dilihat selepas usianya setahun. Sebabnya, hal berkaitan saraf ini sangat rumit.”

Dush2! Aku kena tembakan yg tepat. Terima kasih DR, maklumat anda sangat bernas sampai aku rasa nak terduduk. Alhamdulillah, atas kekuatan yang Allah berikan kpd aku melalui renungan mata sayu ‘tomeitomeito’ aku gagahkan diri utk mulakan tugas sbg seorang IBU dgn hal yang positif dahulu. Aku nekad untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Dengan hati berkobar, selepas 2hari, aku mula perah susu. Lambat sikit sebab aku kan operation. Itu pun the next day lepas operation aku dah gagahkn diri bangun, yakinkan hati je sb tak sabar dah nak p wad paed’s tengok ‘tomeitomeito’ dlm incubator. Ohh, berbalik kisah perah susu tadi, aku diuji..susu tak mau kuar. Toksah kata 10ml, 1ml pun tak sampai. Ada kot beberapa titik. Time tu ‘tomeitomeito’ menyusu pun guna syringe. Disebabkan die lahir pra-matang, dia tak pandai nak breastfeed naturally. Lagipun dia tak boleh kuar dari incubator lama2.

Aku tak putus asa, ikut nasihat nurse. Setiap 4 jam, muka aku dah tersembul kat bilik perahan susu. Naluri keibuan dan emosi yang berkecamuk, aku pun nangislah bagai budak kecik bila melihat perbandingan susu aku dan ibu2 lain di tempat simpanan kat PPUM itu jurangnya sgtlah besar. Alhamdulillah, di PPUM, ada kumpulan penyusuan ibu. Jadi, sorang nurse tu pun ajarlah aku teknik penyusuan yang betul dan cara membantu menggalakkan kehadiran susu melalui urutan dan tuaman. Kata nurse, disebabkan anak aku lahir pra-matang, badan aku sebagai ibu juga belum benar2 ready utk mengeluarkan susu. Justeru, rangsangan adalah perlu, positif, dan jgn berputus-asa. Nurse advise untuk lakukan urutan pada payudara setiap kali sebelum memulakan perahan atau penyusuan ibu. Tuam di sekitar payudara juga amat membantu. Selain nasihat nurse, nasihat org2 tua pun aku ikut dlm membantu memperbanyakkan susu. Contohnya, makan ulam pegaga dan juga lobak putih.

Lain-lain yang aku amalkan:

  1. Makan makan seimbang untuk menjamin kualiti susu.
  2. Minum susu dan air suam yang banyak.
  3. Jauhkan kaffein (yang ni part yg sgt2 susah sb aku adalah coffee addicted ya..). Ini kerana menurut kajian, kaffein boleh mengganggu penghasilan susu.
  4. Sentiasa cuba perah susu setiap 4jam sekurang-kurangnya bagi mengelak susu kurang. (Yes, ini part paling aku struggle terutamanya bila ada tugasan luar. Kdg2 dalam kereta pun boleh jadi port perah susu. Orang bwk satu beg p keja, aku siap 2,3 beg kekadang tu…)
  5. Jangan stress! Ini paling penting…

Apa yg dpt aku katakan, saat menyusukan anak adalah saat paling indah. Saat itu ibarat ubat penenang yang tak mungkin ada tandingannya. Aku sendiri tak pernah terfikir yang aku mampu melakukannya. Aku ingat lg azam utk menyusukan anak sendiri, pernah dpt pelbagai pandangan negatif sesetengah ‘org2 lama dalam keluarga’.Pandangan diberi krn aku org yg bekerja, kalau dlm pantang pun tak ajar susu botol, macam mana nanti bila dah kerja. Alhamdulillah, akhirnya ‘kedegilan’ aku direstui dan akhirnya diberi galakan padu. Mak pun dah sampai pandai cara-cara nak mulakan penyusuan dari susu stok yang ada.

I would never imagine me doing this, but I do it for the sake of my baby. To see her now, healthy and happy, is the best ‘anugerah’ above all. Thank you so much ALLAH…

Al-fatihah juga buat anak yang dirindui....

8 OKTOBER 2010 (2 Hari selepas her born day)

Bapak gigih berusaha..TQ so much!
at her 3-months old, a visit to DR every month

at her 4-months old..wave to the camera

at her 8-months, our first attempt of bringing her for a holiday, at A'Famosa Resort, Malacca
following ibu to work- At Sg Petani