Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, May 28, 2014

Merafak Sembah Takziah atas kemangkatan D.Y.M.M Sultan Azlan Shah


Kisah Kakak: Pistol dan Power Rangers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di suatu petang, dalam perjalanan ke Tesco…

Kakak: Ibu..banyaknya kereta polis ibu (sambil tangan kakak pegang pistol mainan dia..haaa..ini mood nak main pistol dia maiiii….ish..ish…)

Ibu: Iyalah, polis tu cari kakak…sebab kakak bawa pistol naik kereta…mana boleh bawa pistol..polis je kakak boleh bawa pistol… *Dalam hati Ibu, konon-konon nak bagi kakak berhenti main pistol..ala-ala reverse psychology ni…*

Kakak: Memanglah kakak bukan polis..kakak kan Power Rangers..sebab tu kakak bawa pistol..kakak Power Rangers Green, sama macam baju kakak ni..color Green..kakak kena bawa pistol, nak lawan dengan raksasa…

Ibu: ?????? * Dalam hati: Kakak!!!!!!!*


Incik Daus: *Gelak*



Monday, May 26, 2014

Berfikir di luar kotak atau masukkan aje diri dalam kotak tu... ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

“Think Outside the Box”, what would it be when someone discussing about this idea? Fikir luar kotak? Kotak apa, kotak tisu atau kotak coklat penyimpanan barang tu? Hehehhe…aku taklah nak sembang serius sangat..saja suka-suka nak share yang aku ada t-shirt ‘Think Outside the box’ ni…ahaks! ;-) Boleh ek entry cam gini?

Well, marilah aku share my thoughts sikit ya..sikit saja, sebab aku taklah bagus sangat..sekadar ulasan aku tentang ‘think outside the box’ ini…



Phrase berkenaan pada aku sangat bagus sebenarnya jika disemat ke dalam otak kita semua. Kesimpulan pendek bagi ‘think outside the box’ ini amat mudah, iaitu INOVASI. Kalau anda dapati diri anda adalah insan atau manusia yang selalu come out with new idea or at least innovate other ideas to becoming more simple..or you would initiate something new and must say, brilliant ideas…itu barulah pada aku dapat diklasifikasikan anda sebagai orang yang sentiasa menggunakan otak dengan lebih pintar. Tapi kalau sekadar ‘duplicating other ideas’ atau sekadar ‘rename’ the ideas instead of rebranding…apa kata anda elakkanlah diri dari mengatakan orang lain sebagai orang yang ‘not think outside the box’…ishhh..apahal aku asyik nak tersalah eja ‘box’ kepada ‘boss’ ni..hahahah! Takkanlah ‘boss’ dengan ‘box’ dah sama plak dah…adeiiii..mau aku kena transfer ni kalau aku samakan ‘boss’ dengan ‘box’..kih..kih..nak-nak plak kalau ada rakan sekerja yang sudi jadik ‘batu api’ kannnn….hihihihi…upppssss…terbabas sudahhh..nak cerita lain, jadik cerita lain plak dah aku ni…

Ok…aku nak pendekkan cerita, marilah kita berkongsi ilmu…apa yang perlu ada pada kita agar kita berupaya melatih diri kita supaya sentiasa menjadi manusia yang ‘Think Outside the Box’…ini pada pendapat akulah ya kawan-kawan sekalian..

  1. Anda perlu berani mengambil cabaran dan berani juga untuk mencabar serta mengubah diri. Paling-paling utama dalam hal berani mengambil cabaran ni pada aku, jauhkanlah diri anda dari terus mengatakan ‘Tidak’, ‘Tak Mahu’ atau ‘Tak Boleh’. Sebaliknya pada aku, tak salahkan kalau kita usahakan dulu. Cuba motivasi diri dengan ‘Saya cuba dulu..’. Sebabnya, sesuatu hal yang susah, atau yang kita tak pernah buat, bila tugasan itu diamanahkan kepada kita, akan membuatkan kita perlu berfikir di luar kotak. Kita sudah atasi masalah pertama iaitu, kita sudah tak takut untuk keluar dari ‘kotak’ yang membelenggu diri..kita ambil cabaran tersebut dan kita keluar dari ‘comfort zone’ kita. “If you never venture outside the box, you will probably not be creative. But if you never get inside the box, you will certainly be stupid.” Itulah pada aku keseimbangan yang perlu ada.
  2. Lagi satu, pada aku, individu yang mahir berfikir di luar kotak ini adalah individu yang sering diperlukan bila ada masalah yang meruncing. Mereka ini juga dikenali sebagai ‘problem solver’. Bukannya yang bila ada masalah, duduk aje menunggu orang selesaikan masalah kat dia. Dan bila orang tolong selesaikan plak, siap kondemkan lagi orang tu. Ish..ish...tak baik tau!
  3. Berfikir di luar kotak juga memerlukan daya fikir yang kreatif. Banyak mulakan pencarian idea dengan menjawab ‘Why?’, then tahu what is the purpose of doing things. Untuk mengasah pemikiran yang kreatif, pada aku selain membaca, pengalaman itu amat penting. Meskipun ada yang beranggapan ‘seniority’ itu tak penting, tapi dalam mengasah daya fikir yang kritis dan berdaya saing, pengalaman sangat penting. Dari mengharungi pelbagai pengalaman dalam hidup dan kerjaya, barulah seseorang itu bijak menangani situasi dan sering dapat memikirkan idea baru yang bernas dan member manfaat. Kreatif dan cantik, pada aku adalah dua criteria yang sangat berbeza. Kreatif adalah usaha untuk berfikir menghasilkan sesuatu yang bersifat ‘segar’ dan lain dari yang lain. Manakala cantik pula sangat subjektif bergantung pada judgement mata masing-masing. Itulah masalahnya bila mana orang selalu salah mentafsir antara cantik dan kreatif. Kalau selagi seseorang itu boleh deliver tugas yang diberi dalam masa yang sangat terhad atau dalam tempoh deadline yang diberi...itu dah dikira kreatif. Sebab dia berfikir untuk menyelesaikan tugasannya (daripada sibuk dok cakap dan kritik orang aje, tapi ngkau pun tak leh nak buat apa yang orang tu buat kan....dan oh ya, kalau setakat tau out source aje, itu pun bukan practise think out of box yang positif ya...). Dan bila hasil kerja yang siap tu boleh membuatkan orang berkata ‘Wow!’, maka itu menunjukkan hasil kerja orang itu sangat baik dan inovatif.

Bagaimanapun, sukacitanya aku ingin menitipkan pesan…jangan sesekali gunakan konsep ‘To think outside the box’ ini untuk mengenakan orang lain, menjatuhkan orang lain, memberi rasuah, menerima rasuah atau untuk menyalahgunakan kuasa dan mengembungkan poket sendiri…No..no..no! Tak baik tau..berdosa, Allah marah nanti, macam mana? Takut tak? ;p

Ok, itu sahaja corat-coret pendapat yang aku nak share hari ini. Yang buruk itu, atau yang salah pendapat itu datangnya dari aku yang lemah, dan segala yang baik itu sesungguhnya dari Allah jua…


Tatatititutu kengkawan..jumpa lagi nanti..Insya-Allah…

Thursday, May 22, 2014

Resipi: Nasi Goreng Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kadang-kadang nak memasak pun boleh jadi buntu…nak-nak bila badan letih, rasa nak masak yang ringkas-ringkas saja. Yang semuanya ada dalam satu hidangan. Macam hidangan makan tengahari kami Ahad baru ini. Fikir punya fikir, jomlah masak nasi goreng daging. Dapat ilham ni sebab asyiklah teringat nasi goreng daging pasar malam hari Sabtu dekat Taman Perpaduan tu…so dengan kreativiti mengagak, maka terhasillah hidangan ini..ewah!


Bahan-bahan:

Nasi  (aku masak 1 pot setengah)
1 biji bawang Bombay (hiris nipis, halus-halus)
10 biji cili padi (hiris nipis)
2 biji cili merah (hiris nipis)
10 batang kacang buncis (hiris nipis)
1 biji telur
Sos Tiram
Garam
Serbuk lada sulah

Bahan daging:

500 gram daging (sukatan ikut suka. Hiris daging ini nipis-nipis, supaya mudah masak dan empuk)

  • Lumur daging ini dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, sos seasoning Maggi, sedikit garam dan sedikit serbuk kari daging. Perapkan dahulu dan biarkan dalam 15-30 minit.

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak. Gorengkan daging dahulu. Biar sampai garing dan masukkan pula bawang, cili padi dan cili merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit air, sos tiram, garam dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan telur dan hancurkan. Kemudian, masukkan kacang buncis.
  4. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau rata.

Mudah saja kan…nasi, lauk, sayur..all in 1..siap untuk hari malas masak…hihihihi….



Wednesday, May 21, 2014

Kisah Kakak: Kakak suka makan 'KECODOK'…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung minggu baru ni, ada lebihan pisang kat umah. So aku masaklah ini…


Memang rupanya tak cantik, tapi rasanya mabeles... *siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan..hahahha!* Untuk pengetahuan u alls, aku memang tak suka bubuh soda atau serbuk penaik bila buat cekodok, lebih sukakan pisang yang banyak kat dalam tu..tapi bila tak bubuh soda, dia memang tak berapa nak kembang bulat cantiklah kan...eh...ini dah rupa nak cerita pasal masak memasak plak...bukan..tapi nak citer tentang kakak dan kuih ni...

Petang-petang, kuih ni kalau pekena ngan teh o panas, memanglah marbeles…goreng bulat kecik-kecik, senang untuk dingap terus…

Yang lawaknya, si kakak..suka makan cekodok ni, memang peberet kakak..tapi sebutnya tak pernah betul..jenuh ibu ajar, gitu jugak sebutannya...

Kakak: Ermmm, ibu…sedapnya 'kecodok' ni ibu..

Ibu: ??? Apa kakak, kuih apa ni kakak?

Kakak: Kecodok..

Ibu: Cekodok kakak, bukak kecodok..

Kakak: Kecodoklah ibu, bubuh pisang kat kuih ia..nama ia kecodok..

Ibu: Adeyyy..speechless…

Tuesday, May 20, 2014

CPUV Nuffnang dan kisah menulis blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ishhh, nak cerita terasa malu..tapi macam nak share juga akan terujaan di hati ini..

Aku mula try nak menulis blog dari tahun 2009 lagi, tapi waktu itu sekadar hobi. Dan tak boleh nak aktif sangat sebab takut ada conflict dengan kerjaya aku waktu itu. Then, tahun 2010, macam-macam hal yang berlaku, aku gagalkan pun nak menulis dengan jayanya.

Aku kembali aktif menulis, tahun 2013, setelah setahun aku berkhidmat di tempat baru. Menulis blog waktu itu pada aku sebab aku rindu nak menulis kot. Bila dah kerja di tempat baru ni...aku rasa lebih bebas. Dan tak terikat pada 'Akur Janji' kerjaya terdahulu...heheheh....tapi aku pelik skit..aku taklah sangat hebahkan tentang blog aku ni di kalangan rakan pejabat. Mana yang tahu, tahulah. Sebab rasa malu kot..hahahah...lawak! Walhal dulu memang kerjanya pun menulis kan...

Semenjak aktif tahun 2013, banyaklah aku ambik tahu tentang Nuffnang. Dulu tak sempat nak khatam mengenai Nuffnang. Baca dan kongsi seronok tengok blogger yang banyak jana pendapatan melalui Nuffnang. So aku pun dengan gigihnya, mendaftarkanlah blok aku ini dengan Nuffnang. Sambil dalam hati pasang cita-cita nak tambah follower dan sebagainya. Alhamdulillah..follower bertambah 5 orang last year...pada aku dah hebat sangatlah sebab like I said, aku tak hebohkan tentang blog ini di FB dan sebagainya..kadang-kadang aje aku link kan ke FB aku...sebab aku teringin nak dapat lebih banyak kawan baru dengan berblogging..melihat satu lagi perspektif kehidupan..ewah!

Dan tahun ini aku harap semangat aku kian hebat..apatah lagi iklan CPUV dari Nuffnang mulai masuk...tahun 2014, ada dua BE ni...walaupun akhir jumlahnya taklah sebanyak blogger famous amos yang lain..hehehhe..tapi pada aku, this is way too good for a start...


Itu kat atas iklan Whisper, waktu mula-mula ditempek di blog aku...


 Print screen di atas, aku ambik hari Ahad malam..iklan masih on going..dan Alhamdulillah, ada peningkatan...

Alhamdulillah...

Untuk yang rajin singgah dan membaca blog aku ini..sama ada anda follower atau silent reader..aku mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan jasa baik anda. Aku akan cuba untuk berblog-walking dengan gigih lagi..dan siapa-siapa yang follow blog aku ini, Insya-Allah, aku akan follow kembali..kalau nak aku follow dengan lebih pantas dan tangkas..hehehe..silalah tinggalkan link anda di entry ini ya...

Mekasih kengkawan...tatatititutu...


Monday, May 19, 2014

Rush Hour to get Magnum Gold Ice Cream..wow!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Macam title kisah aksi aje kan..hehehhe..takde maknanya..

Weekend ni memang lemau abis..rasa nak terus golek-golek atas katil hujung ke hujung aje rasanya…memang malas tahap gaban! Iyalah, dah dua minggu keja tak bercuti..memang syok sungguhlah bila dapat bercanda kat umah aje..hujan plak petang-petang…tutup langsir, biar cozy..fuhhhh! hahhaha!

Apa yang kami buat weekend baru ni?

Ini citer semalam ya..

Bangun pagi, basuh baju…itu wajib…mak kalau datang umah aku pun naik pelik, tinggalnya 3 orang..tapi basuh baju, sampai 3,4 kali pusingan tak abis-abis. Mungkin sebab aku jenis yang suka basuh baju ikut aturan warna..dan ikut jenis kain..aku akan asingkan dulu, baru masuk dalam washing machine..tudung dan yang ‘personal’ semua basuh tangan okay…boleh bukak kedai dobi tak agak-agak aku ni? ;-) Sebelum terlupa, semalam tak meniaga sebab ada kematian depan tempat kami meniaga, tauke kedai basikal..so petang Sabtu lagi dia dah naikkan dua khemah besar..so sendiri mau ingatlah…hehehhe…

Ok, back to the story..semalam, lepas basuh baju, mehla bawak kakak pergi mengeteh di AK Corner…kakak macam biasalah dengan Ayam Gorengnya..

Aku order maggi goreng, Incik Daus makan vadai ngan kuah kari daging…


Haaaa...memang gitulah..kakak dengan ayam goreng tak dapat dipisahkan...roti kosong cicah gula tu pun kakak punya juga...ini pemandangan bila selera kakak ok..kalau dia tengah tak nak makan, pujuklah macam mana pun..memang tak jalan!!

Settle kenyangkan perut, mehla kita pergi ke Tesco, beli barang-barang kedai.

Berminggu tak sempat nak ambik tahu perjalanan stok kedai, banyak juga barang dan habis. Panjang list mak aku bagi..hehehhe….

Settle beli barang…jenguk-jenguk ke kotak aiskrim dekat cashier…cari punya cari..wahhhhh, yes, spotted them...hati terus teruja, bernyanyi-nyanyi penuh keriangan…yeeehhhaaa…ttttaaarrrraaaa…..

Magnum Gold..jongkong emas yang boleh ditelan...ahaks!


Kakak, hari ini dia tak mau plak apa jenis Magnum pun, selalunya suka aje yang magnum coklat dengan strawberry tu..hari ni kakak nak makan aiskrim wall in a cup tu..tapi macam biasalah, tetap nak ngendeng ibu punya..tengoklah kat atas ni, haaaa...sampai terbeliak biji matanya menggigit aiskrim..memang suka makan aiskrim..jenuh aku control..tak boleh makan selalu..sebulan sekali, ok lagi..nanti batuk...kakak kalau batuk, lama kemain baru nak baik...

Hahahaha!..Ibu sibuk nak pandang kamera sangat...kakak tak peduli, kakak ngap jugak aiskrim magnum gold ibu tu....aduiiii.....last-last Bapak terpaksa beralah. Bapak makan aiskrim kakak dan kakak akhirnya beralih arah ke aiskrim Magnum Gold ini juga....kakak pandai pasang startegi muka sedihnya itu...bapak kan tak sampai hati...heheheh...dan ya rakan-rakan, abaikan muka aku yang tak cukup tidur itu..sebab dah dua minggu tak cukup tidur, suara tak ada..batuk..tengah malam je batuk teruk..so hanya dapat tidur dengan sempurna menjelang 4pagi saja...bayangkan...so alang-alang suara dah kalahkan ratu rock Ella, mehla makan ubat batuk..hahahh!

Lama dah cari kat Ipoh ni, asyiklah sold out, bila tanya, stok tak sampai lagilah…kebetulan last week nampak Cik Puan Wahida kita update di blognya.. My All so makinlah tekak ni teringin gak nak merasa..walau bukan mengidam sebab berbadan dua ya…

Pada aku rasa dia ok, balance antara manis coklat caramel gold topping tu dengan vanilla…aku memang kalau aiskrim lebih suka perisa vanilla daripada coklat. Kakak dengan Incik Daus yang lebih sukakan coklat…Cuma kat dalam tu memang vanilla sepenuhnya ek..aku ingatkan ada gak salutan caramel..jenuh merasa cup cap cup cap..tapi rasa vanilla je…

Sampai aje umah, hujan selebat-lebatnya. Kalut kami mengangkat kain...Then, lepak-lepak, syok gak melayan Rush Hour 3….lama oooo, tak dapat tengok tv dengan satu filem penuh begitu tenang. 


Cakap pasal filem, boyfriend I akan muncul di cinema minggu depan..harus ajak Incik Daus nengok ni…Wolverine…ohhhh, gugur jantung ahkak dengan keperkasaan Wolverine itu…hehehhehe….

Gitulah, hujung minggu kami bertiga…dan hari ni, lemau jugak..Monday Blues…huh!

Tuesday, May 13, 2014

Apa kaitan MERAH dan personaliti?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ni kisah Isnin lepas..

Wahhhh..rajinnya nak berselfie jugak..kih..kih..



Ari ni ahkak pakai kaler merah..dari atas ke bawah merah..digabungkan dengan kaler ala-ala krim..
Sebab mood pun tengah 'merah' kan...hahaha...warna penyelamat yang paling selamatlahkan kalau terjadi sesuatu yang tak diingini..

Lepas tu Isnin tu plak, rakan sebreakfast dan selunch bercuti, tinggallah diriku ini sebatang kara..
Bila mood sedang 'merah', nak makan apa pun tak tau..rasa malas aje..itu yang sengaja pakai baju kaler merah..konon color therapy...hihihii..



Betul ker...

Apa kaitan merah dan personaliti? Ini aku dapat dari http://www.goodreads.com/, meh aku tolong share..katenye...

Personaliti Merah: Anda merupakan seorang yang optimistik. Anda jenis orang yang 'action oriented' dan secara fizikalnya jenis yang cergas dan aktif. Penggemar warna merah juga dikategorikan sebagai orang yang sukakan perhatian..(ermmm, bagi aku, aku jenis yang tak suka sangat dibagi perhatian..payah, nanti susah nak hilang2 ni..hahahah...ni terutamanya time belajor dulu..duduk dalam kuliah pun, seat paling belakang..hahahah).

Yang suka warna merah ini juga adalah orang yang sangat berhati waja, sangat bercita-cita tinggi dalam memajukan hidup. Mereka-mereka pencinta merah ini juga tidak takut mengejar impian . Tapi kan.. orang yang suka warna merah ni juga dikatakan susah nak kawal marah, mudah agresif dan kurang sabar. So, untuk kaum Hawa, sesuailah kot nak pakai warna merah menjelang 'Jepun attack'..hahahah...
Ok kengkawan.. itu sahaja perkongsian suka suki dariku...



Tatatititutu!

Monday, May 12, 2014

Kisah Kakak: Eja lain, bunyi lain...ermmm....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Aku sambil nak taip ni pun, aku dok lah rasa nak tergelak...aku pun tak sure, kakak sengaja nak geletek usus perut aku ke..atau cuba menunjukkan bakat loyar buruk yang diwarisi oleh Bapak..

Kakak, tiap kali sampai umah kami..lepas aku ambik kakak dari umah Opah..masuk aje umah..kakak sure akan angkut buku-buku dia..dan duduk kat ruang tamu, cakap kat aku..

"Ibu..kakak nak buat keja solah...(sekolah..) "

Ok..baiklah..bagus..efisyen sungguh..terus nak buat keja sekolah..walhal mana ada pun keja sekolahnya..ya, memang aku kadang-kadang (errr..rasenye selalu..ampunkan ibu kakak..i am trying...huhuhu), bila balik keja memang letih sangat. Tapi aku tak nak bantutkan semangat kakak nak belajar kan.. *sound like so ibu mithali of me...hehhehe...Insya-Allah, I am trying ok..*

So pada suatu petang yang permai, dalam kereta waktu perjalanan balik ke rumah...

Ibu:  Kakak, kakak belajar apa kat school hari ni?

Kakak: Kakak belajar A,B, C ..ibu..

Ibu: Saja nak ajak kakak mengeja..so aku pun tanya.. "Kakak.. K.U..ku..C.I.N.G..cing..bunyinya apa kakak?"

Kakak: Meow...meow...

Ibu: Haaa?????? *Takpe, rileks ibu,kita cuba lagi..* "Ok kakak...A..aa..Y.A.M..yam...bunyinya apa kakak...?"

Kakak: Kok Kokkookoooo.. (macam bunyi ayam berkokok tu..)

Ibu: Grrrrrrr...katakan ini sekadar gurauan anakku...ohhhh no!!! no!!!

Citer kat Incik Daus. ketawa dia terkekek-kekek..geram aku ni ha...tapi bila dengan bapak dia, pandai plak dia bunyikan kucing, ayam...oh why anak? why? Kakak telah mendera emosi ibu....ohhh kakak!!!!



Thursday, May 8, 2014

Resipi: Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hahahah! Muak tak minggu ni empunya blog ini perasan Masterchef asyik nak share resipi aje..bukan resipi 5bintang pun presentationnya..simple aje..tapi rasa tu memang aku guarantee, 5stars! *kibas apron skit..hahahha!*

Sotong goreng tepung ni, aku buat ikut suka selera aku dan Incik Daus...kalau makan kat kedai tu, kadang-kadang rasa frust sangat bila makan sotong goreng tepung, yang tepunngnya macam nak buat cucur, lebih tebal dari isi sotong yang cinonit aje kat dalam..maka atas rasa frust itu, aku pun beria-ia lah cuba dan cuba membuatnya sampailah jadi macam ini...


Bahan-bahan yang diperlukan:
Sotong (pilih saiz besar), potong ikut saiz boleh sekali ngap dalam mulut.
Serbuk Mc Cormick, yang untuk bagi empuk daging tu..aku pun tak ingat nama penuhnya..tapi bubuh serbuk ni dahulu pada sotong supaya dia lebih lembut dan tak liat…)

Tepung tempura
Serbuk kari daging

Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam

(segala jenis serbuk ngan tepung tempura ni, satukan dan gaul sebati. Kemudian, hiris daun kari bagi naik bau)
2 biji telur (ambil putihnya sahaja)

Cara membuat:

1.       Gaulkan sotong ke dalam putih telur. Kaup balikkan kemudiannya di dalam adunan tepung.

2.       Goreng di dalam minyak yang panas. Minyak biar banyak, sebab teknik gorengannya biar deep fried.

3.       Angkat, toskan, dan sedia dihidang. Makan panas-panas, lagilah yummy!!!

 Just nak share, aku kalau buat sotong goreng tepung ni, aku suka pakai tepung tempura jenama Bestari ni..
 
Tepung ni, dah ada campuran garam tau, so u all tak perlu tambah garam ya. Dan serbuk perapan Mc Cormick tu pun, dh ada kandungan garam..so janganlah tambah garam lagi dalam adunan atau dalam telur putih tu. Rasa dulu, jangan bubuh serbuk perapan tu banyak sangat juga. Takut nanti masin gila. Rasa dulu tau, aku dah bagi tau banyak kali dah ni...kalau "Laukku terlebih masin", silalah jangan salahkan aku...okay ya anda2 sekalian... ;p

Senang je kan..cuba ya jangan tak cuba..!

 Wokey, tatatititutu!!!

Wednesday, May 7, 2014

Moments of LOVE #21: Aku, Kau dan CINTA...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini kisah 2 May 2014 lepas..

Time tu nak update tapi line kaput..slow sangat Internetnya..

Ha...kata nak cuti dalam suasana hijau, konon nak berteman unggas rimba dan deru air..so bertabahlah kalau takda line... hehehhe...

Aku ni kalau nak dibanding dengan Incik Daus, sebenarnya aku lebih kering hati..lebih terasa poyo kalau nak beromantik bagai...macam, awwww, ahkak is malu!!! Muahahah... * Rasa macam nak lempang diri sendiri kan...*

Tapi Incik Daus lebih telus dalam meluah rasa..macam bini dia ni, kalau nak bercakap romantik2 ke..mau sepatah kata yang keluar, yang berpatah-patah yang lain, dok ketawa aje berdekah2...hahahah! Rasa malu tu memang meneballah, maklumlah..I kan ala-ala Mawar Desa...kih..kih...

So, malu-malu...tergaraplah ucapan ini..malu-malu, so buatlah kunun-kunun ada suntikan sense of humour skit..al-kunun-kunun... ;p

Malu ahkak okay, tapi nak share jugak...


Awww..sweet tak I ni? kih..kih..kih..

And for that..meh aku wrap up dengan gambor teaser percutian pendek kami di Felda Residence Hot Spring yang lalu... *eksennye nak berteaser bagai.. ;p *


Cuba teka, siapa senyum paling lebar???? Cer teka..cer teka...hihihihi..


Itulah muka keceriaan kami..Alhamdulillah, for this 6 years...dengan rahmat dan nikmat Allah, memberikan kami peluang menjadi suami isteri, ibu dan bapak..semoga hubungan kami kekal bahagia, penuh dilimpahi kasih sayang dan keberkatan-MU Ya Allah...Alhamdulillah..

NOTA KAKI: Tapi bila aku belek-belek semua gambor kat Hotspring ni, aku plak yang konpius..
errr..ni honeymoon ibu dengan bapak ke...atau sambutan Birthday kakak..hahahha! Sebab banyak melayan kakak kat kolam aje.. celik mata, kolam..dh mandi kat kolam, balik bilik, nak berendam dalam bath tub plak..oiii kakak...cuti sungguh2 ya.. ;p


Tuesday, May 6, 2014

Resipi: Ikan Kembung Masak Singgang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Ok puan-puan, mai rapat-rapat, chef nak kongsi resipi kedua-dua berturut-turut minggu ini…ikan masak singgang..
Ikan masak singgang ni memang Incik Daus suka, tapi kalau aku masak untuk dia sahaja, syure tambah cili padi ngan cuka sikit. Tapi since masak untuk mak juga, aku tak bubuhlah cili padi ngan cuka. Nak rasa masam tu, gantikan aje dengan asam keping. Resipi ni mudah yang amat kalau nak buat, pejam mata je, bukak mata balik, dah siap.. *eh over gambaran pembuatannya di situ…hehehhe*



Dulu kan, time aku diet.. (wahhhh..diet u alls…yelah, tak diet, tak muat baju kawin karang..sanggup ke? Tak sanggup? Ha…makanlah ikan singgang okay… ;p )
Meh aku share bahan-bahan dan cara nak memasaknya…

Bahan-bahan:
Ikan kembung (dapat jenis lemak, lagilah sedap)

Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)

Halia (dihiris)
Serai (diketuk)

Suhun (yang macam bihun tu, kalau ada yang tak tau ek..rendam dulu)
Ubi kentang (dipotong kiub saiz sederhana, aku masukkan ubi kentang sebab kakak suka makan ibi kentang..ermm…jadi ibu-ibu ni memang kalau masak kena fikir 2 dalam 1)

Cili merah (dihiris)
Asam keping (ikut tahap kemasaman masing-masing)

Tomato ceri
Garam secukup rasa

Serbuk kunyit sedikit

Cara membuatnya:

1.       Rebus air bersama bawang, halia, dengan ubi kentang.

2.       Bila dah mendidih, masukkan pula asam keping dengan suhun.

3.       Masukkan garam secukup rasa dan serai yang telah diketuk.

4.       Biarkan sampai mendidih semula, kemudian masukkan ikan. Tutup periuk dengan tudung periuk, biarkan dalam seminit dua.

5.       Bila Nampak ikan dah masak, masukkan sedikit serbuk kunyit untuk bagi warna kuning. Akhir sekali, masukkan tomato ceri dan bolehlah padamkan api.

6.       Sedia untuk dihidang.

 

Monday, May 5, 2014

Resipi: Ayam Goreng Kunyit


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kengkawan..semalam masak apa? Saja nyibuk nak Tanya kan..atau makan kat luar aje? As for us, aku duduk umah je..sebab kakak macam dah xsihat…so aku pun taklah ke kedai semalam..duduk rumah, temankan kakak..sambil buatlah apa yang patut dibuat untuk mendapatkan title ‘Isteri Mithali’ kannnn…maka jomlah basuh baju yang berbeg-beg itu..ya, sebabnya last week, aku ke kursus di Cameron Highland, balik last Selasa, hari Rabu masuk office, bos antar aku pi satu lagi talk..khamis, off we go to Felda Residence Hotspring, Sungai Klah, Sungkai, Perak. Maka, beg aku pun tersadai. Incik Daus plak balik Rabu malam, dihumban lagi satu beg hasil outstationnya itu. Abis balik dari weekend getaway tu. U all rasa, berapa banyak lagi beg akan tersadai di hari Ahad yang permai ini… hmmm… akak terasa sangat pasrah…uhukk…uhukkk….
Wahhh..panjang dah intro aku ni..kate nak cite pasal masak-masak..skali pasal beg plak dah…ko nak masak beg ke kaedahnya ni Cik Puan Besar…??? Hehehhe..ampun akan kemelalutan aku okay…actually semalam, ajak mak aku melepak kat umah..saja, dah lama rasanya tak main masak-masak…buleh gitu? So aku pun menunjukkan master skills aku, eceh..ceh..master la sangat..setakat masak Ayam Goreng Kunyit, Ikan Kembung Singgang dengan sotong goreng tepung…sambil masak, sambil mendobi baju…  *tetap nak jugak citer pasal kain baju….orang lain pun basuh baju gak la erny oiiii…sudah2lah okay…*

So untuk hari Isnin yang permai ini, meh kita share resipi Ayam Goreng Kunyit dulu la ye…ringkas je, tapi saja..suke ati aku nak perasan hebat share resipi…hahahahh!
 
Bahan-bahan:

Isi Ayam (potong kecil-kecil, lumur garam kunyit, biarkan seketika)
Bawang Bombay (dihiris bulat)
Bawang putih (dihiris, kuantiti, ikut citarasa)
Cili merah (dihiris nipis)
Sedikit sos tiram

Sedikit serbuk lada hitam

Cara membuat:

1.       Goreng dulu isi ayam tadi, kalau suka garing, gorenglah sampai garing. Kalau tak suka, gorengla ikut yang you all suka ya…then toskan.

2.       Kemudian, tumislah bawang Bombay tadi ngan bawang putih. Agak naik bau, masukkan pula hirisan cili merah.

3.       Masukkan isi ayam yang dah goreng tadi, kemudian, masuk sos tiram dan serbuk lada hitam. AKu dh tak tambah garam dah sebab sos tiram tu pun dah masin kan…

4.       Tara…sudah siap! Tutup api tu, dah..silalah menghidang…

Friday, May 2, 2014

Happy 6th Anniversary to us... alhamdulillah....

Assalamualaikum...

Short update..

Hari ni tuan punya blog tengah rileks2 di Sungkai hotspring...sebab...sebab inilah...


Hari ni tuan punya blog punya anniversary tau..nak update gambor tapi line kat sini xberapa nak elok...so tunggu ya...

Doakan semoga hubungan kami diberkati,dirahmati dgn limpahan kasih sayang sehingga ke jannah..ammiinnn...