Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Aneka Masakan Nasi. Show all posts
Showing posts with label Aneka Masakan Nasi. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Nasi Goreng Senang dan Mudah yang amat... 5 minit siap!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hello Kengkawan…pernah tak ada masanya terasa macam teringin nak makan masakan mak kita time kita kecik-kecik. Masakan yang biasanya menjadi bekalan kita ke sekolah. Masakan yang ringkas tapi rasa puas sangat bila dapat makan. Macam tu jugaklah ngan aku. Ada satu hari tu, terasa teringin sangat nak makan Nasi Goreng Pecah Telur ngan tabur garam tu…aku tak surelah kalau u all pernah makan masakan ni..meh aku share gambarnya…


Simple je kan..sangat simple..itu pun aku rajin skit hiris kacang buncis. Kalau ikutkan resipi sebenar, nasi goreng ni memang ‘bogel’ semata..hehehhe…

Aku tak adalah nak share resipi bagai..ringkas yang amat. Apa yang perlu disediakan hanya bahan-bahan di bawah ni…



Mula-mula, panaskan minyak. Then tumis hirisan bawang, masukkan hirisan kacang buncis, masukkan air sikit je, then masukkan garam. Dalam bekas berasingan, pecahkan telur, pukul dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam. Masukkan telur, kemudian masukkan nasi. Gaul sehingga sebati. 

Siaaappppppp!


Wednesday, September 17, 2014

Resipi: Nasi Goreng Ikan dan Petai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni dah kembali bertugas..memang lemaulah kan setelah bercuti panjang. Apakan daya..uhukk…uhuk..bertabahlah ye…

Ok, udah..no more lemau-lemau..hari ni Masterchef Olok-Olok ni skali lagi nak share resipi simple-simple bila dah kering idea nak masak. Atau bila dilanda mood malas nak masak macam-macam jenis lauk. Nasi goreng pada aku adalah hidangan paling ringkas dan mudah disediakan malah kalau kreatif macam-macam jenis nasi goreng pun boleh dibikin.

Nasi Goreng Ikan Petai



Menu ni ringkas aje..apa yang ada. Nak-nak kalau ada baki ikan goreng tu kan. Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Nasi putih (sukatan ikutlah nak banyak mana. Macam aku ni, aku guna nasi yang dimasak dari 1pot beras).
  • Ikan goreng (asingkan isi ikan goreng ni dan gaulkan dengan nasi). Asingkan.
  • Pes cili (kisarkan cili kering dengan sedikit belacan, 1 biji bawang besar, 3 biji bawang putih dan juga ikan bilis).
  • Petai (dibelah dua)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap
  • Sos Cili
  • Sedikit garam sebagai penambah perisa.
  • Air

Cara Membuat:

1.      1. Panaskan minyak. Tumis pes cili, adunan bahan yang dikisar tadi.
2.      Masukkan sedikit air, macam aku, aku masukkan ½ cawan air. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan garam.
3.      Kacau, bila dah mendidih sedikit, masukkan petai. Biar sekejap.
4.      Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau sehingga rata. 


Siap...


Selamat Mencuba ya...

Thursday, July 17, 2014

Resipi: Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah yang sangat sedap dan terangkat gitu.... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Nasi lemak buah bidara…sayang selasih sayang selasih saya lurutkan... buang mak buang saudara, kerana kasih saya turutkan….hamboiii intro tak ingat..hahahah!

Meh kawan-kawan nak share, ni serba sedikit menu Iftar Isnin lepas…tak tahu nak masak apa.Tiba terasa lama jugak tak makan nasi lemak. So jomlah buat nasi lemak dengan ayam goreng rempah.



Aku rasa cara membuat nasi lemak ni kebanyakan dari kita pun tahu kan..sebab mudah saja. Tapi aku share jugalah ya…

Bahan-bahan:
2 pot Beras
11/2 cawan air
200ml santan
1 batang serai (diketuk)
Sedikit halia (dihiris nipis)
1 helai daun pandan (dipintal)
Sedikit garam

(Kaedah memasak sama saja macam nak masak nasi. Campurkan kesemua bahan ni, air tu agak-agaklah ya sebab sukatan beras saiznya mungkin berbeza)

Nasi lemak kali ni aku gandingkan dengan sambal tumis ikan bilis dengan petai….



Telur rebus dan timun jepun



Dan watak utama pada hidangan nasi lemak aku kali ini adalah taraaa….



Ayam Goreng Berempah…nanti aku share ya resipinya di entry akan datang…Insya-Allah…


Monday, December 2, 2013

Resipi Suka-Suki: Nasi Ayam Ibu dan Kakak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weeehuuu, apa khabar? Best tak hujung minggu u alls semua? Aku, weekend ni padat dan sendat skit jadualnya. Apatah lagi Incik Daus keja lagi weekend kali ni..hmmm, gitulah nasibnya..uhukk...uhukkk..

So xpe..jangan sedih-sedih, meh kita up entry masak memasak di hujung minggu...hehehe..oh btw, aku half day hari ni...saja abiskan cuti yang melambak-lambak itu... * SAMBIL TAIP SAMBIL PERASAN SEBAB CUTI BANYAK*...*POYO SAJAAAAA!!!*

So, meh la kita isi masa bujang, masak nasi ayam... *Wargghhhh..bujang sangat...heheheh*

Aku takdelah ya nak bagi resipi details sangat sebab masak nasi ayam saja pun...so mari kita mulakan dengan sediakan sup ayamnya dulu...


Masak sup biasalah kan..ada yang suka tumis dulu dan ada jugak yang suka tumis darat (tumis asing). Aku bantai tumis dulu saja. Bahan tumisan, bawang, bawang putih, halia..semua ni aku kasik kisar dulu ya. Then panaskan api, kemudian tumis, jangan lupa kulit kayu manis (bukan bukit kayu hitam ya puan-puan..ahaks!), bunga lawang dan sebagainya..barulah harum semerbak sup puan-puan...ewah! Lepas tu masuklah air, garam secukup rasa...then masukkan ayam. Untuk buat sup ayam, tekak aku suka yang pekat sikit..so aku suka sangat pakai sup bunjut seperti di bawah ini...


Memang sedap berempah kalau pakai sup bunjut ni..ya..aku pakai yang sup tulang sb aku suka...heheheh...

Bila buat nasi ayam, tentulah nak kena ada ayam panggang kan..so aku reneh sekali dengan sup ni...lepas dah masak, aku angkat ayam tu..dan aku perap plak macam ni...


Apakah bahan rahsia yang dilumur itu? Heheheh...aku ikut kreativiti dan sedap tekak aku je..aku lumurkan dengan kicap, sos tiram sikit dan sos bbq jenama Ita skit...kalau untuk ayam bahagian aku, aku tambahkan sos lada hitam yang jenama singkong tu..memang berasa panas ladanya...then perapkan selama 1jam..biar meresap dan sebati bahan perapan tu... *mcm poyo terasa sambil menaip ni...hahahah!*

Nanti ayam ni bakar lah macam biasa, tak payah lama, antara 10-15 minit sahaja pada suhu 180 darjah..sebabnya ayam tu kan dah masak tadi, cuma kita panggang untuk bagi dia garing-garing aje...

Inilah rupa parasnya lepas di panggang...

Caption: Yang hitam-hitam tulah yang best.... (Bukan hangit ya..hehehe..ayat cover line..) 

Then siap-siapkan plak bahan nak masak nasinya...

Sukat nasi macam biasa, cuma airnya, pakailah air masak sup tadi tu...then ketuk serai dan hiris skit halia, masuk serbuk kunyit skit nak bagi warna nasik naik kekuningannya....

Maka jadilah...taraaaa...


Nasi dah siap...jangan lupakan sambalnya..sambal nasi ayam...


Aku tak taulah orang lain buat sambal ni macam mana..tapi aku buat gunakan sedikit cili kering, 5biji cili merah (orang kedah kata cabai masak...hihihi..). Kisarkan dulu dengan sedikit air. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan bahan tersebut. Then masukkan beberapa sudu gula..(aku tak tambah gula banyak sangat, sebab tak suka sambal manis sangat). Kemudian, jangan lupa letakkan asam keping. Sos tomato tambah dalam dua sudu besar. masakkan atas api sampai mendidih dan pekat, kemudian siappppp!!!

Bila dah siapppp, apa lagi, jomlah kita santap.....yeeehhhaaaa!


Ulam-ulaman sampingan jangan dilupa...


Haaaa....nampak tak, betapa bersepahnya budak kecik ni makan...orang baru nak belajar suap pakai tangan..maklumler dulu ibu ajar makan cara omputeh, pakai sudu...hahahha! * Kasik dussshhhh sebijik pada ibu...*

Kakak memang suka makan nasi ayam, atau nasi putih dengan sup...then dia akan ratah ubi kentang tu jugak..memang suka sangatlah...lebih senang bagi makan bawah, hampar suratkhabar...senang nak kemas nanti..budak baru blajar makan sendiri, macam gitulah sepahnya...

Janji kakak suka dan senang hati....makan bertambah...hehehe..alhamdulillah....

*Ibu tau ibu masak memang sedap..*Ayat masuk bakul angkat sendiri*

Tapi kan..tapi kan..orang kata..gambor tak mampu menipu...






Kalau tak sedap...




Takkanlah kakak......















Senyum lebor cam gini.....heheheheh...



Ok tuan puan..itu saja nak share hari ni..got to go...ada keja skettt..

Babai..tatatititutu...


Sunday, May 5, 2013

PRU 13: Shhhhhh...Undi adalah rahsia...! ahaks!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni panas sungguh, matahari terik dari pagi, kat Ipohla..…ok kot kalau nak dikatakan sepanas PRU 13 kali ini. Ini kali pertama mengundi, teruja sikit..pagi2 dah bangun, sebab tempat mak dan aku mengundi berbeza-beza. Mak kena ngundi kat sekolah lain sebab alamat masih guna alamat rumah lama kami..manakala aku dengan Angah di tempat yang sama.

So kita selesaikan mak dulu…

Sangat panjang okayyyy barisan mak..satu jam kami tunggu...


 Muka kakak yang dah mula bosan..mana boleh duduk diam lama sangat....

Setelah selesai, barulah kami ke tempat mengundi kami plak...Di sana, punyalah teruja sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, di tempat mengundi aku tu. Dah rupa reunion jadinya. Biasalah, bila dah berkumpul, masing2 lupa diri, siap kena tegur dengan Pegawai SPR tu sebab bising sangat boraknya…hahahah..ampunkan kami duhai Incik SPR…kami lupa ini hari mengundi, bukan time nak ambik result SPM mcm dulu2…heheheheh….

Apa pun…

Taraaaaaaa…lihat jariku…tanda sudah selesai…yeayyyy!




Kakak cakap “ Cian Bu….tangan Bu akittttt…” hehehe..sebab dia tengok tangan Ibu warna biru…tapi kakak pelik sebab tangan Opah pun sama, Mak Ngah pun sama..

Ohhh, where is My Incik Daus? Dia balik Kedah cheq oiiiii…undi kat Aloq Staqqqq….tegar tak mau tukaq alamat….aisssshhh!!

Apapun, lakukan pilihan bijak, kaji pada setiap manifesto yang dijanjikan. Ada yang bersifat rasional dan tak kurang juga yang lebih kepada memancing undi. Aku yakin, semua di luar sana adalah pemilih yang bijak. Bagi yang tak keluar mengundi dengan rasa mengundi itu sesuatu yang remeh, pada aku, ruginya anda! Mengundi adalah pilihan untuk semua di mana anda tidak perlu untuk meminati politik untuk melakukannya...

Wokay…itu saja nak ngomel ini hari…tatatititutu….

Tuesday, April 16, 2013

Resipi: Nasi Briyani Kukus


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok..marilah mari, cepat menulis…hehehe..sementara my lil kakak masih lagi kuar jenjalan bersama Mak Ngah dan Opah…amboiii, berjalan sakan ye, ibu balik umah kakak xde ek…kebetulan Mak Ngah pun baru abis internship…so ape lagi..berjimbalah ya..

Baiklah, entry ni sebenarnya dah lama sangat nak ditaip..ade kot berlaku dua bulan lepas…isk..isk..apakah lambat sangat mau diupdate…hehehhe..dua bulan lepas, M.I.L aku datang ke Ipoh…so apa nak masak makan ni? Kata nak datang lunch kan..so tetibe hati ini ada berani mau masak nasi briyani…hebat sungguh cita-cita! To be honest, aku tak pernah pun masak nasi briyani. Tapi ok kot kalau nak dicuba. Aku guna resipi dari buku resipi antik mak aku..heheheh…

Nasi Briyani Kukus

4 cawan beras Basmathi (rendam selama satu jam, kemudian toskan. Aku guna Faiza)
4 cawan air
1 cawan susu cair

2 sudu besar rempah briyani (juga aku guna jenama Faiza)
2 sudu besar serbuk kas-kas
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
(bawang merah, putih dan halia ni dimesin dan dicampur dengan rempah briyani dank as-kas tadi)

12 biji buah badam
12 biji buah gajus
(direndam dalam air panas dan dimesin)

1 cawan minyak sapi
2 helai daun pandan
Kulit kayu manis dan bunga lawang (untuk naikkan bau harum, kalau tak suka, jangan letak..ikut citarasa masing-masing)
Sedikit garam dan gula

Cara Membuat:

  1. Sediakan tempat pengukus dan panaskan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang yang telah dimesin bersama rempah sehingga naik bau. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan air, susu cair, badam, gajus, garam dan gula. Kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan beras yang telah ditos, kacau seketika.
  5. Kemudian, setelah adunan sebati bersama beras, alihkan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama setengah jam.
  6. Setelah setengah jam, buka penutup dan gaul sekali lagi. Masukkan kismis, gajus dan daun pandan. Nak bagi warnanya cantik, titiskan pewarna kuning dan merah. Hati-hati waktu titiskan pewarna ini, takut terlebih. Sebaiknya jangan dikacau lagi setelah dititis pewarna, takut warna akan sebati, dan hanya jadi satu warna sahaja nanti.Kukus untuk 15 minit lagi.
  7. Kacau nasi dan tutup api setelah nasi dimasak.

 Fuhhhh…siap satu bab…lega cubaan menjadi! ;-)

Inilah hasilnya…



Apakah maknanya hidangan nasi briyani tanpa dalca, daging masak hitam dan ayam masak merah? Tunggu ya di next entry…kena stop dulu…kakak sudah pulang…..sat gi dia pun mau menaip sama…heheheh..

Ok..tatatititutu….