Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Monday, March 21, 2016

Kenduri Kendara: Balik Kedah sat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weeehuuuu...cuti sekolah adalah musim apa kengkawan? Ya...betul, musim kenduri kendara...hehehe..maka kami juga tidak terkecuali. Weekend yang lepas, balik Kedah untuk attend wedding cousin Incik Daus. Kiranya majlis bertandanglah, sebelah lelaki. Majlis sebelah perempuan telah diadakan di Kuala Lumpur.


Tiba-tiba ada muka pengantin lama...tetap nak selfie saat panas terik matahari direct di kepala. Pakai pula hitam masing-masing..mau nyut nyut peningnya...hehehe...


Tiba-tiba nak juga pose lelaki maskulin..paksa juga aku mengambil gambar bawah matahari ni..dahi sendiri pun dah berkerut apatah lagi aku yang tukang ambik gambar...

Masya-Allah, cuaca sangat panas. Dan ini juga pengalaman pertama balik Kedah ambil masa 7-8 jam perjalanan. Balik Alor Setar je pun. Jammed tak ingat dunia. Kami siap keluar masuk highwaylah, silih berganti dengan jalan lama. Naik lemau aku dalam kereta. What to expect, cuti sekolah kan. Balik hari Ahad, lagi 5-6 jam dalam kereta. Oklah, kurang sikit.

Oh ya, ibu dengan bapak sibuk posing, si anak dara di manakah dia..ewah...

Ninnnnn diaaaaaa...

Baik punya....


Sibuk make-up okay...siap sanggup beratur menunggu giliran. Hmmm..nak main make up ibu, asyik x boleh aje kan..meh kita make up kat sini...Incik Daus kata, aku dengan Ina ni ni pangkat makcik, jadinya kalau dengan kakak, pangkat neneklah ek..muda kan..hehehhe...Family Incik Daus besar sangat dan aku sangat bertuah sebab dapat suami yang dia sendiri pun xtau nak suruh panggil apa kadang tu...sebab dia pun xtau...susur galur banyak sangat katanya..bertuah kan..hehehhe...


 
Ishhh..dah besar budak kecik ni...suka sangatlah tu...merah bibirnya...


As usual...gadis-gadis bunga...kakak xbawa uniform gadis bunganya..sebab tak dimaklumkan awal. Jadi kakak dengan Delisha, pakai busana masing-masing...busana okay.. ;p


Busana kakak ni, kainnya beli dekat je..dekat Nilai...hahahha...


Habis syif jadi gadis bunga, apa lagi..sibuklah berlari sana sini. Mainlah, apa lagi..geng ramai kan. Kami para ibu bapa ni kejap-kejap, meliar mata mencari anak masing-masing. Dalam dewan pun bahaya juga kan...


Awat tu kak..sembang sampai kesat ayaq mata...ibu tak bagi coklat ka...ke bapak jegil bijik mata... ;p


Ok, inilah pasangan mempelai yang dirai... 


Bapa pengantin lelaki merangkap Pak Njang Incik Daus membacakan doa permulaan majlis...


Haaaa ini...inilah uniform selepas itu...anak-anak plak nak bersanding..eh..bersanding ke..atau nak robohkan pelamin jadi pondok-pondok..main buat khemah...hehhee..anak-anak ni kan kreatif, ramai-ramai cam gini..ada je tu nanti idea masing-masing...hahhaha....

So u all, banyak tak makan nasi minyak cuti ni?

Ok ya..babai dulu ye...


Wednesday, March 16, 2016

Panduan dan Info Percutian di Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fuhhhh..lega sangat dapat habiskan semua entry tentang Pulau Langkawi. Ikutkan hati memang dah naik lemau, tapi kena siapkan juga. Semua info tu sebagai panduan di masa akan datang...

So jom recap..

Ya, aku adalah sejenis spesis yang suka buat itinerary cam gini...huhuhuhu...



PENGANGKUTAN KE PULAU LANGKAWI

Jeti Kuala Perlis


LOKASI MENARIK DI PULAU LANGKAWI 



Underwater World Langkawi
Aktiviti Petang di Pantai Cenang
Pantai Cenang
SKYCAB LANGKAWI
SKYBRIDGE Langkawi
Art in Paradise Langkawi (3D Art Gallery)
Oriental Village: The Elephant Ride
Pantai Cenang: Senarai Kemudahan
Wildlife Park & Bird Paradise
Taman Lagenda & Dataran Helang


SHOPPING

Borong Kain Batik

LOKASI MAKAN-MAKAN



Pasar Malam Pekan Kuah
Senarai tempat makan tengahari
Senarai tempat makan malam

KEMUDAHAN PENGINAPAN 

Malibest Beach Resort, Pantai Cenang
De' Baron Resort, Pekan Kuah

Ok..dah..jom balik....semoga segala perkongsian info dapat memberikan manfaat bersama...


Tuesday, March 15, 2016

Panduan Makan Malam di Langkawi: Mana yang sedap dan mana yang tak best!.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Hy u alls...sihat ke..hehhehe..harap sihatlah ya semuanya...

Kali ni aku nak share tentang mana tempat makan yang best, kurang best dan xbest langsung berdasarkan pengalaman kami sekeluarga sewaktu di Langkawi. Ini pandangan kami sahaja tau, ikut anak tekak kami bertiga. Kalau tekak kita berbeza citarasa, mohon jangan dikecam tekak kami ni ye.... *gituuuu...*

Ok, mehlah kita mulakan dengan kedai yang sedap dulu. Sedap dan mempunyai pemandangan yang cantik juga..Subhanallah....


Nak naik bot persendirian cam gini, macam tak mampu..jadinya empunya blog hanya mampu bergambar sahajalah dulu buat masa ni....gaya kena WIN okay...hahahha....

TANJUNG TIRAI VIEW CAFE..inilah destinasi makan malam kami. Lokasinya juga di Pekan Kuah, berhampiran Pelabuhan tu, dan kedainya adalah yang paling hujung sekali berdekatan dengan tempat naik bot dan feri semua inilah.


Itu kawasan bertentangan adalah De Baron Hotel dan deretan kedai. Yang Arabic Tent tu sebab waktu kami datang ni tengah hangat ada Pasar Barangan Kemboja tu...yang dok buat tour sana sini tu....


Melihat keindahan matahari terbenam



Subhanallah...aku suka sangat suasana di sini....tenang..aman. Bot-bot di persisir ini juga ada yang tinggal tau...maksud aku yang jenis konsep holiday tidur dalam bot. Mostly outsider touristlah. Sepanjang kat sini, nampak jugalah mat-mat salleh yang berulang alik beli barang keperluan sebelum kembali ke bot. Sebelah seberang sana actually ada sebuah Pulau kecil yang merupakan penempatan tetapi kepadatan penduduknya adalah sangat kecil iaitu Pulau Payar.



Macam aku cakap...air oren bancuh ni adalah satu kewajipan sepanjang di sini..hahahha


Yeaaa....nasib baik sotong goreng tepung dia cam gini..sama seperti yang aku suka. Aku tak suka sotong goreng tepung yang jenis macam cucur tu. Tepung tebal semacam....


Tom Yam Putih....ok, sesedap rasa...kakak acah-acah je tu nak makan. Walhal menu kakak ayam goreng kunyit je...dia mana makan tom yam...


Ok..meh nak share, ini adalah signature dish bagi kedai ini. Ikan masak air asam. Boleh pilih nak ikan bawal ke..ikan siakap, kerapu dan sebagainya. Tauke kedai yang suggest kami mencuba menu paling WIN di kedai ini.

Alhamdulillah, rasanya sedap sangat. Ikan pun digoreng rangup. Puas aku meratah. Aku suka bahagian sirip..hehehhe...siapa macam aku? Sila angkat tangan!! Hehehheeh....Harga di sini taklah terlalu mahal dan terlalu murah. Overall kami makan adalah dalam RM 80-RM90. Memang sangat disarankan untuk dicuba okay....

Ok, next lokasi yang aku nak share adalah RESTORAN ALIAH SEAFOOD MALAY RESTAURANT


Aku nak describe pun tak pandai sangat lokasi kedai ni sebab dia terletak di belakang bangunan hotel, di Pantai Cenang. So dari main road memang payah nak nampak kedai ini melainkan ada satu signboard kecil menunjuk arah ke lokasi ini. Kedainya adalah di belakang bangunan ini...




Ok, ini di antara pelbagai makanan laut yang menunggu untuk dipilih oleh 'tuan perut' masing-masing....hara juga diletak terus kat situ, so senang nak congak bajet mengikut keperluan citarasa.


Lokasi pameran barangan segar ni diletakkan di sudut belakang kedai. Kalau duduk di bahagian depan, biasanya tak perasan pun tempat ni. So jenguk-jenguk ya...


Aku tak pernah makan siput ni..siput retak namanya....tapi malam tu tak terasa plak nak cuba..orang tu kata masak pedas yang sedap untuk siput macam ni.


Malam tu kakak request nak makan ikan masak kicap. So orderlah untuk kakak. Ikan masak kicap dia sedap..dia goreng ikan tu rangup-rangup..so sedap meratah..maka hidangan ini xjadi hidangan kakak seorang la jawabnya..hahahha...


Muka pose suam-suam malas nak layan ibu...hahaha..


Sotong goreng tepung dia kureng skit kat sini sebab aku tak rasa ada sebarang perisa. Aku pun xsure dia lupa nak campurkan garam ke apa. Rangup-rangup dah. Digoreng cara yang aku suka tapi malangnya tawar...


Kami order Ikan Siakap 3 rasa...tapi tak sedap. Sebab kuah dia macam cair dan xnampak kemerahan macam selalu ikan 3 rasa kan....


Kailan Goreng Ikan Masin dia ok. Sayurnya segar dan rangup. Secara kesimpulannya makanan di sini ada yang sedap dan ada yang xsedap. Environment dia agak sederhana di mana dia xmaintain sangat tempat ni. Agak sayang sebab kedai makan ni mempunya satu kawasan yang luas di mana sangat sesuai dijadikan tempat makan bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Kedai makan ni juga mengadap laut, so terasa sejuk semulajadi dengan angin malam waktu makan di sini.


Nampak x muka kakak...hahahha...overall dari segi harga, kedai makan ni agak berpatutan. Semua menu kami tadi dianggarkan dalam RM 72.

So now, mari kita ke lokasi seterusnya. Lokasi yang AKU TAK CADANGKAN LANGSUNG. Sila jangan kecam aku tau...you all kalau nak cuba, aku tak larang. Boleh cuba, tapi aku bercerita berdasarkan pengalaman aku tau. Tempat ni memang nampak sangat class...environment menarik dan sentiasa ramai orang. Jadi, berdasarkan pemerhatian mata kasar, aku rasa nak mencuba.

TELAGA SEAFOOD  yang juga terletak di kawasan Pantai Cenang ni, memang sentiasa penuh dengan orang. Malam-malam memang meriah sebab ada live band juga. So kami pun, why not, jomlah try. Sesekali pergi bercuti. Aku bab makan ni, kalau harga mahal tapi sedap..aku ok lagi. Cuma yang marah kalau harga mahal tapi xsedap..memang hangin..aishhh!


Ni kawasan di dalam Restoran, sangat penuh dengan orang. Dia macam konsep dalam taman juga.


Muka kami yang naif tak tau bakal dapat makanan xsedap..huhuhuhu..*nangis...*


 
Ni display life seafood. adakah kerana kami memilih ikan yang dah mati seperti di bawah maka nasib makanan kami berbeza...huhuhuhu...*nangis lagi...*


Ok, buat pengetahuan kami order carbonara untuk kakak. Carbonara dia sangat berminyak dan aku tak leh terima kalau carbonara ada isi ayam. Macam xkena. Dan rasa dia sangat tawar. Memang tak rasa apa. Kakak yang memang suka makan carbonara pun makan skit je. Ohh, kalau ada yang bertanya kenapa tak mintak tukar..sebab orang terlampau ramai malah kami tunggu makanan pun lama sangat. So xpelah.

Menu kami pula ikan siakap stim halia, tom yam campur dan telur dadar. Ikan siakap dia pun out, macam distim dengan kicap cair dan halia semata-mata. Tak rasa pun lemak-lemak ikan. Tom Yam dia pun kurang bahan. Aku cakap ni sebab harga dia mahal, so aku expect mutu dari makanan yang disajikan. So malas nak cerita..sebab harga makanan kami semua in total RM 200. Paling mahal dalam sejarah makan di Pulau Langkawi...sekian.. *nangis lagi dan lagi...* 



Friday, March 11, 2016

Jom Makan Best di Pulau Langkawi : Lunch yang sedap dan meleTOP!

Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bila pergi bercuti, u all cerewet tak tentang makan? Kalau macam kami, kami xkisah sangat tetapi lebih suka memilih makanan tempatan di sesuatu lokasi yang dikunjungi. Saja tukar selera dan explore the food. Cumanya bila di tempat orang, adakalanya selera tu kena, dan ada juga kita yang terkena..hahaha..kena cekik…harga mahal tapi food tak sedap. Selalunya kalau aku, aku suka juga baca review restoran dan makanan di blog-blog. Then jom cuba nasib….hehehhe

Ok, meh aku nak share info tentang tempat makan yang kami singgah sepanjang ada di Langkawi.

WARUNG JATI AISYAH, KEDAWANG adalah kedai makan yang kami singgah untuk lunch pada hari pertama dan kedua. Incik Daus yang cadangkan kedai ini sebab selalu kalau dia datang kerja di sini, memang inilah kedai pilihan..katanya! So, jomlah.


Kedai ni biasa sahaja dan letaknya di tepi jalan di antara Pantai Cenang dan juga Pekan Kuah. Tapi tak salah aku kalau dari Pantai Cenang, lebih dekat.

Pilihan lauk-pauk tengaharinya sangat banyak dan harganya juga berpatutan. 
Incik Daus kata gulai dia sedap. Tau tak gulai? Hehehe…ya, gulai adalah kari.
Nak datang ke sini, kena awal. Waktu kami sampai dah dalam jam 2 lebih, jadinya banyak lauk dah habis.


Ini deretan lauk-pauk yang ada. Sebahagiannya sahaja okay..penuh tau, boleh pusing keliling.

Ini pilihan lunch menu diri ini..hehehe




Ini plak menu Incik Daus…dia memang bab makan sangat ringkas ya…

Sambal belacan ni sedap okay…patut cuba…



Kat warung jati ini jugalah ada sorang Atuk datang ke meja kami dan berikan duit pada kakak. Katanya anggaplah sebagai duit raya tahun depan. Dia suka tengok kakak..comel katanya…alahai terharu sangat. Rindukan cucu katanya…sedih plak aku dengar….bagi yang masih ada mak ayah, selalulah ya bawa anak-anak balik kampung. Pesanan penaja ikhlas dari aku ni…

RESTORAN TRIMULA MESRA BBQ, PEKAN KUAH

Kalau di Pekan Kuah pula, Incik Daus bawa kami makan di sini….



Lokasinya berdekatan juga dengan De Baron Resort. 


Nampak tak Menara comel itu..ya..kalau dari De Baron, sebelum jumpa menara tu..ambik simpang kiri, macam naik jambatan dulu…atau jika anda dari pelabuhan feri Pekan Kuah, ambil simpang kiri selepas traffic light pertama. Kedai makan ini juga berhampiran dengan Poliklinik Perdana.


Pelbagai pilihan sajian turut disediakan di sini. Memang kena datang seawal jam 12 tengahari kalau nak senang dpat tempat duduk. Selalunya full.Menu sihat..ikan bakar…sihatlah kalau makan itu aje..tapi kalau campur macam-macam, jawabnya bertambah sihat..hahahha!


Macam-macam ulam dan jenis sambal pun ada.

Aku ni ada masalah, bila lauk banyak mulalah jadi tak tahu nak pilih. Last sekali, ini pilihan aku…


Ini plak pilihan kakak, daging goreng kunyit dengan kentang.



Menu Incik Daus, daging dengan perut rebus cicah sambal. Jangan pelik ya, dia memang selalu makan macam tu..hehhehe


Ini plak yang paling WIN kalau datang ke sebelah Utara ni..


air oren bancuh depa panggil. Actually oren sunquick tu…tapi rasa dia memang pekat dan kaw… *slurp*


Memang wajib tau datang sini kalau u all ke Langkawi. Jalanlah keliling meja, banyak lauk dia. Rasa pun sedap dan harga sangat berpatutan….