Maka dengan hati yang girang, daun pandan pun ku bawa pulang..lalalala! ;p
Selepas je rancangan MANIA malam semalam, dalam jam 10.30mlm, di dapur sudah ku proses bahan2nya. Syukur alhamdulillah, si kecik sudah tidur, kalau tak, baking with Arissa la jawabnya. Ok, ini bahan-bahan utk buat Kek Pandan ye tuan2 dan puan2..hehehe..
Bahan-bahan:
10 helai daun pandan (dikisar, kemudian tapis dan ambil patinya sahaja = 1 cawan pati pandan)
1 cawan pati santan
4 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
4 biji telur
13/4 gula
sedikit pewarna hijau (dalam beberapa titik dahlah..)
NOTA: Mulakan dengan memukul telur dan gula. Untuk elak kek menjadi 'kembang' atau 'bantat', pastikan gula dan telur dipukul sehingga gula hancur betul tau..
Cara Membuat:
1. Bila gula dan telur dah ok, masukkan plak santan dan pati pandan tadi. Titiskan sedikit pewarna hijau.
2. Dalam masa yang sama, tepung dan baking powder tu, dah diayak ya. Masukkan secubit garam utk kasi rasa lemak2 gitu..
3. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan cecair tadi. Sambil masukkan kena terus memutar, so kalau ada assistant tolong tuangkan tepung ni lagi baiklah...
4. Ohhh..oven jangan lupa nak dipanaskan..suhu 180darjah, api bawah saja..bakar nanti selama 45minit.
| Kuih cara home made... |















