Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, December 29, 2013

Buat Arwah Sahabat...Al- Fatihah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini..bangun pagi
Cuaca terasa dingin
Buka jendela..
Mendung..

Ku renung jam, sudah menganjak 7 pagi
Harus pantas bergerak, segera ku sudahkan cucian kain
Satu 'spin' lagi..

Hari ini hari minggu
Tapi aku bekerja..
Entah kenapa
Insan yang sering dipinggir
Yang selalu diberi tugasan besar
Mungkin hakikatnya yang di atas itu tahu
Bahawa 'orang yang tak suka mengampu' ini..
Yang sebenarnya 'tahu erti kerja'

Kalut siapkan si kecil
Tunaikan permintaan mahu sarapan sama
Gegas pula hantarkan makanan
Juga keperluan barang runcit kepada mak
Berkejaran pula ke pejabat

Separuh jalan..
Bunyi pesanan ringkas masuk..
Segera dibuka
'Akak, abang Charlie dah meninggal.."

Sebaris ayat pendek...
Tapi buat jantung seakan terhenti berdegup
Ku baca ulang kali
Memang mata tak silap, dan ejaan ku tak salah...

Tak mampu berfikir..
Terkesima..
Akhirnya dalam kekalutan
Jasad terpacul di depan pintu rumah sahabat itu..
Ku lihat ister sahabat itu sedang tenang..
Bila ku peluk, terburai tangis..
Sambil anak kecil dikendong erat..
Anak yang baru menginjak usia setahun..
Sambil diriba seorang lagi pula menangis manja
Mintu itu dan ini..
Seakan tidak mengerti
Apa yang sedang berlaku..

Mana hilang ayah..
Allahuakbar..
Jika aku ditempat isterinya..
Aku sendiri tak pasti di mana kekuatan aku..

Ya Allah..
Berikanlah perlindungan
Buat wanita tabah ini..
Dan peliharalah anak-anak kecil ini
Biar menjadi dewasa yang sentiasa menemani si ibu di sisi...

Dan buat arwah sahabat..
Hanya doa mampu ku titip
Mengiringi pemergian yang memang dijanji Allah..

Takut Ya Allah..
Usia bukanlah lagi penentu
Bila ajal kan memanggil...

Peringatan buat aku..
Semoga sentiasa bersedia..

Ya Allah..
Sesungguhnya terlalu banyak lagi kedaifan diri,..
Bantulah aku agar sentiasa mengingati-Mu...

Aminnn..

Al-Fatihah ....


- Erny -



Thursday, December 26, 2013

Menu Si Kecil: Pasta Sayuran Isi Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Hari ni mungkin waktu u alls semua membaca atau terbaca entry ini kami sekeluarga dalam perjalanan ke Cameron Highlands. Kalau ikut plan asal sebenarnya aku nak bawa family semua ke JB, nak ke Hello Kitty land tu la konon-kononnya. Malangnya, tiba-tiba ada je keja adhoc yang aku nak kena uruskan. Hmmm..aku pun pelik, kenapalah asyik aku saja yang nak terpilihkan? Time aku tak apply cuti panjang-panjang, takdalah plak macam-macam bendanya...nak buat macam mana kan..takpelah, itu menandakan bertambah ilmu dan pengalaman yang aku dapat, betul tak? ;-) Dan alhamdulillah, aku ada Incik Daus yang sangat bertolak-ansur...errrrr...sebagai contoh, tolong tapaukan Mc Daud untuk kami lunch sementara buat keja...tenkiu2...

Ok, dah melalut dari tajuk entry..kih..kih..kih..saja nak share menu ringkas yang aku buatkan utk kakak weekend baru-baru ni...


Ringkas je kan...aku guna pasta jenis angel hair, halus sikit, senang kakak nak makan.

Cara nak masak pun senang je kawan-kawan...meh aku share dulu list bahan-bahannya...

100 gm pasta (anggaran separuh bungkusan tu)
Bawang merah (hiris nipis)
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk oregano
Sedikit garlic powder
Cherry Tomato
Kacang Pis
Isi ayam


 Cara nak masak:

Mula panaskan minyak, tumis bawang.
Pasta tu jangan pula lupa nak rebus dan tos. Masa rebuskan pasta tu, masukkanlah sikit garam ya.
Lepas tumis bawang, masukkan isi ayam, dengan kiub pati ayam tu. Then masukkan sedikit air.
Masukkan pasta dengan sedikit garlic powder dan serbuk oregano.
Last sekali masukkanlah kacang pis dan juga cherry tomato. Tambahkanlah garam ikut rasa masing-masing ya...




Ewah, very good is it my dear??? * IBU TAK PAKSA TAU PUJI IBU...HIHIHI...*

Jemput makan kawan-kawan.... ;-) 

Wednesday, December 25, 2013

Moment of LOVE #19: Naik feri ke Penang sambil posing...ha..cammana tu? ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entry ni takde nak cerita sangat..nak up gambar je..kire macam last entry la jugak percutian kami di Penang hari tu...


Pemandangan Pulau Pinang dari kejauhan...


Kakak excited...


Signature pose kakak...Peace...! Bukan ala2 peace AC Mizal ya..no..no..no!


* Berdua lebih baik*


Ibu ngan signature pose...kepala senget..muahahah!


Ini plak aksi skema pandang kamera namanya...


Pinggang kena kasik nampak skit walaupun tak berapa nak ramping...hahahah! *KUTUK DIRI SENDIRI TAK PE..JGN ORG LAIN KUTUK...ERR BULEH KOT KAN...*


Kakak memang suke buat muka tak berminat cam gini bila kena ambik gambor..ini maksudnya dia dah bosan sebab kena paksa ambik gambor...ahaks!


Ok...itu saja last collection of photo's kami di Penang...


Anyway,

 Merry Christmas kepada yang meraikan... ;-) 

Sunday, December 22, 2013

Kisah Kakak: Jom Main, Tak Mau Balik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

*INI KISAH WEEKEND YANG LALU + WEEKEND KALI NI...heheheh...sebab last week, sempat tulis tapi xsempat nak resize gambar dan publish... ;p *

Aku akui beberapa minggu ni, hujung minggu amat sibuk bagi aku. Mana taknya dah dua minggu berturut-turut pun Incik Daus tak dapat balik waktu weekend sebab out station. Macam tulah, semakin hujung tahun, semakin dia sibuk yang amat. Memang aku agak letih jugaklah antara menguruskan anak, dua rumah dan juga ‘sesuatu’ yang baru kami uruskan. Apa itu ‘sesuatu’? Insya-Allah, aku akan blogkan jugak di sini paling lewat di permulaan tahun baru ini. Dah berapa minggu saja lagi pun kita semua bakal mendepani tahun 2014. Cepat sungguh masa berlalu.

Jadinya, minggu baru ini, barulah Incik Daus ada hari Sabtu dan Ahad bersama kami. Pagi itu aku sibuk sikit dan petang tu, lepas Asar, kami pun bawalah kakak keluar jalan-jalan. Taklah ke mana pun, sebab dah hari Ahad dan hujan plak petang tu. So tanya kakak, nak ke mana.

“Kakak nak mainan…”

Hmmm…ringkas tapi penuh dengan matlamat yang sangat objektif..hahaha! Ikut akulah tu..!

*YANG BAIK-BAIK dan MOLEK-MOLEK aje, sure ikut Ibu kan…kan…. ;-) *

Kami pun bawalah kakak ke Tesco aje kaedahnya, kat situ kan ada tempat game kanak-kanak tu. Bolehlah, dekat dengan rumah dan dalam bangunan. So tak kena hujan.

Kakak memang terujalah, semua pun dia nak main..Jom kita mulakan dengan yang ini…



Abis main kereta, kakak main padamkan kebarakaran..yang jenis tembak pakai pistol air tu..ampunnn, gambar tak sempat nak ambik sebab ibunya pun sibuk nak main sama…hahahaha! Best weeiiiii!!!

Lepas tu jom main pukul-pukul benda alah ni plak..



Then, sambung plak main basket ball..


Mula-mula nak cuba sendiri...macam tinggi je kan..nak baling sendiri...


Last-last suruh bapak dukung...


Cer tengok scoreboard tu..masih kosong ya..hihihi...takpelah..janji baling... ;p

Itulah yang dia ulang-ulang main…lepas satu-satu kakak main...ulang-ulang, tapi tak reti nak bosan..ibu dgn bapak yang macam nak fiiitttaaaaammmm..hihihihi...



Main yang ganas-ganas, sikit pun kakak tak takut...sekali bila bapak suruh main permainan yang ala-ala pompuan...hhhaaaaa...yang seperti itulah jadinya..menangis...

"Kakak takutttt....nak turun...."

Hihihihi..alahai anak ibu ni lah....



Sempat jugaklah merengek mintak dibelikan kasut ni..bertambahlah koleksi kasut kakak..nampak gayanya ibu sudah ada 'rakan baik' yang share hobi mengumpul kasut..muahahah!! I like!!!!


Muka tenang lepas dapat kasut baru...hmmmm...


Habis melayan kakak main, pi melepak kat kedai mamak kat dalam Tesco ni jugak..macam hebat plak Teh Candu dia ni...first time kot minum...sengaja nak cuba...marvellous plak! Teh ni campuran semua air katanya...air teh, milo, nescafe dengan susu pekat...buih tinggi gitu.....

Settle kisah last week, ini plak kisah semalam...punyalah teringin sangat2 nak makan Ikan Bilis Sambal Petai..

Maka Jadinya.....

Tarrrrraaaaaa....


Dan ayam goreng kunyit untuk kakak...tapi kakak kutip ayam dengan ubi je...bawang-bawang semua tu bukan dia nak pun..tapi kalau tak dicampur tumis..tak sedap plakkkk...


Ok, itu je citer cerita untuk minggu ni...aku nak sambung buat keja...yeeehhhaaa...!

Tatatititutu!


Tuesday, December 17, 2013

Tip Hadapi Temuduga #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku rasa aku pernah share dulu mengenai panduan nak hadapi temuduga..so selepas dari sesi itu, boleh rujuk di entry ini  Tip Hadapi Temuduga aku adalah satu lagi sesi…dan aku rasa sangat hampa dengan apa yang aku lihat dan dengar. Kalau yang hadir tu, ada pengalaman, macam over la plak (tapi isinya kosong), ada yang fresh graduate, nampak sangat naifnya…hmmm, kenapalah ya dengan generasi kita hari ini..tau tak cabaran nak mendapat keja tu semakin susah, semakin kompetetif…

Ini antara tip tambahan yang aku rasa berguna untuk menghadapi sesi temuduga...

  1.  Jangan bagi tahu penemuramah atau bakal majikan anda yang anda berhenti kerja dari tempat lama atau ingin mencari pekerjaan baru kerana anda tidak ngam atau sebulu dengan bos lama atau sebab anda kerja tapi tak ada kenaikan gaji, so disebabkan anda memberontak maka anda terus ingin  cari kerja lain.
  2. Jangan sesekali bercakap perkara yang langsung tidak ada kena mengena dengan kerja yang anda nak apply dan tolonglah buat research tentang syarikat tu dulu.
  3. Lagi satu, adik2 sekalian, tolonglah banyak skit membaca tentang pengetahuam am sebab boleh dikatakan 80% adalah sangat membantu ye waktu anda diminta memberi pendapat atau ketika ditanya apa penambahbaikan yang anda mampu bawa kepada syarikat. Bila anda kurang membaca, ia akan terserlah di dalam jawapan anda.
  4. Be serious! This is a must. Tapi maksudnya bukanlah serius sampai buat muka ketat nak senyum skit pun tak boleh. Cuba menjadi orang yang santai, simple tetapi berketrampilan. Ok, maksud berketrampilan kat sini is not the way you mix and match things of your apparels but actually the way you present your thoughts okayyy!
  5. Dan tolonglah jangan berlagak ya adik-adik sekalian. Kalaulah you rasa pencapaian you setinggi gunung sekali pun, cer berpijak skit di bumi nyata. Kalau contoh, last position you is clerk…janganlah asyik dok ulang that even though you was a clerk but you are actually reporting directly to GM, Chairman or CEO because you was so good in such and such…ok, irritating yer…sebab yang interview awak tu pun mungkin jugak kadang-kadang big boss of the company sendiri…
  6.  Dan tolonglah tulis yang BENAR-BENAR sahaja ya di dalam resume anda…jangan tulis ekstra kebolehan anda yang pada hakikatnya anda hanya terlibat tak sampai pun 10%..sebab manalah tau kalau penemuramah tu tetibe berminat dengan kelebihan anda yang tambahan itu…dan again, back to pengetahuan dan pengalaman. Kalau anda benar ada ilmu dan pengalaman, insya-Allah, anda akan berupaya untuk menjawab soalan2 itu…
Aku pun bukanlah expert sangat..tapi apa salahnya kalau kita sharing2 kan...siapa lagi yang punya pengalaman, bolehlah share jugak ya...

Monday, December 16, 2013

Jom Makan Best di Kuala Lumpur: Tous les Jours, Authentic Bakery, Bangsar..aneka roti, pastri dan dessert yang best..yummy!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sambil aku taip entry ni, sambil aku terbayang-bayang indahnya menikmati segala roti, pastri dan kek kat sini. Memang best. Oh yaa..untuk yang tak tau, aku ni memang PANTANG nampak bakey..mesti aku akan terjah. Aku memang suka makan roti ngan dessert kot...sejak balik Ipoh ni, memang sedih sebab susah nak cari bakery yang authentic dan sediakan menu berbeza.

Ini masa kunjungan kami ke KL hari tu, waktu Angah konvo. Aku dapat tau tentang bakery ni, bila terbaca di blog BLOG AYUDENIRA. So hati meronta-ronta (*hihihi*) nak pergi dan merasa sendiri. Mujur Incik Daus ok kan saja walaupun mulanya dia macam malas jugak nak masuk Bangsar tu. Dan sebenarnya jugak konvo si Angah tu adalah di Bestari Jaya ya...jauhh tak kengkawan? ahaks!

Dipendekkan cerita, pagi-pagi Ahad tu, kami pun gegaslah siap-siap untuk ke sini...


Tak susah nak cari bakery ni, lokasinya betul-betul dihadapan Bangsar Village. Kedainya di corner lot.

Tous les Jours ini merupakan 'French-Asian Bakery Cafe', yang asalnya dari South Korea. Mula beroperasi di Telawi Bangsar dalam bulan Jun 2013 yang lalu.

Masuk saja ke ruang bakery ni, aku pun mulalah jadi tak menentu. Macam semua pun nak dirasa..yes, typical me, cannot tahan bila tengok roti dan pastri.

Di bawah ini adalah sebahagian dari menu pastri dan roti yang disediakan.

Aku suka susun atur dan dekorasi bakery ni..macam classic je..



Cheese Kipfel ni Incik Daus suka sangat, sampai 2 biji dimakannya, siap tapau sebijik lagi..hihihi..dia macam keras diluar tapi lembut dan gebu didalam, disebabkan kombinasi krim keju di dalam adunan. Macam lemak-lemak gitu...


Incik Daus: Nak yang mana, yang itu, ke yang itu?

Aku: Macam nak semua aje...muahahah!

Incik Daus: ***???? ####



Kakak: Ibu, kakak ada ni...yeayyy!!!

Adeyyy, memang setiap kali kalau ke bakery, memang dia sibuk nak tolong ambikkan roti..



Kakak sibuk jugak nak kek teddy bear itu...hmmm, lagi tinggi demand dia ngalahkan ibu ya...


Menu untuk mak dan maklong : Potato Foccacia (RM 5.50).


Peach Danish...sedap jugak.. RM 3.90


Dari kiri: Korean black rice 'Pulut Bun', filled with cream cheese, antara signature bread kat sini. Harganya dalam RM 4.80 sebijik. Dan pada aku rasanya sangat sedap. Mula rasa macam betulke ni, campur dengan beras pulut hitam, dengan keju lagi, tak muak ke. Tapi bila dah makan, baru tau memang sedap. Rasanya tak terlampau berat sehingga boleh jadi muak. Tekstur dia ringan saja, dan terasa kenyal-kenyal pulut hitam itu. Well combined. 

Sebelah kanan tu, Strawberry Milk Bread untuk kakak, yang itu rasanya biasa-biasa saja.



Ini pun sedap jugak.. Cranberry Apple Cream Cheese - RM 3.90


Ini namanya Berry Berry Tiramisu (RM 8.90), ini memang aku suka...sedap dan berkrim...aishh, semua pun aku suka ni..macam mana tak menggebu..ahaks!


Blueberry Yogurt Cup (RM 8.90)...teksturnya ringan dan tak muak..enjoy!


Latte, memang peberet aku, aku kan caffein addicted...hik..hik..hik..


Nyibuk jugak si kakak ni, kacau daun mak ngah nak posing....harap maklum, mak ngah je cantik bergaya ngan baju kurung sebab lepas ni mak ngah nak masuk Unisel balik sebab nak pulangkan jubah...dan ampunkan wajah aku yang serabai ngan t-shirt selamba kodok itu...storynya cam gini...aku kan direct ke sini dari Pangkor..kan aku outstation time tu..so aku adalah lupa membawa baju lebih...hahahha...t-shirt pun bolehlah...selamba kata...! ;p


Hallooo..hallooo, manjer le tu...lentok2...hihihi...

Kan depan tempat aku duduk ni, kan di sebalik cermin depan kami tu adalah tempat pembuatan roti. Nampaklah chef2 kusyuk buat keja...


Kakak dengan strawberry milk dia...bukan main ekspresi kakak..sama tak agak-agak dengan ekspresi muka bapak makan kat belakang tu...ahaks!


Lepas makan, jom jadik model sat...peace!


Kakak sangat teruja dengan basikal ni..sibuk dia nak naik..nak naik...aduiiii...


Tangan still dengan simbol peace tapi tangan satu lagi tetap dok pegang bakul basikal...hihihi..


Cewah..cewah...gabungan ibu dan anak... ;p


Berjaya jugak kakak naik beskal ni..jenuh kami angkat...jenuh jugak dok cuak takut basikal ni terbalik...


Tengok tu kakak, buat muka seposen dia..macam tak bersalah..


Ok..jom kita sambung jalan...yeayyyy!

Jadi, pada anda yang inginkan variasi pilihan roti, pastri dan juga kek serta dessert, bolehlah ke sini..alamatnya adalah seperti di bawah...

Lokasinya:

Tous Les Jours Malaysia @ Telawi Square,
Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 7a.m - 10p.m (Dibuka setiap hari)




Friday, December 13, 2013

Ustaz Kazim pesan.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Jumaat..

Jom kita berpesa-pesan untuk kebaikan...Insya-Allah...


Thursday, December 12, 2013

Jom Makan Best di Penang: Winter Warmers Coffee and Tea House

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weeehuuu..pagi semua! Aku cuti lagi hari ni..heheh...macam best je bunyinya kan..

Ok, setelah siaran tertunda semalam, jomlah kita cuba habiskan segala entry aku yang berkaitang dengan Penang ini..

Setelah penat melayan karenah kakak, jomlah kita santai-santai, minum-minum sambil berbual-bual..ewah!

Kami sempat menghabiskan masa minum petang di Winter Warmers Coffee and Tea House ini yang terletak di UG-41, Sunway Carnival Mall, Seberang Prai, Penang. Aku tertarik dengan konsep kafe ini bila melalui pintu hadapannya. Susunan koleksi 'tea set' berkonsep Inggeris yang tersusun rapi di hadapan kedai, memang menggamit perhatian.




Buku menu..pelbagai variasi minuman teh dan juga kopi yang terdapat di sini dengan aneka nama yang pada aku unik serta melambangkan unsur-unsur alam..sesuailah dengan konsep kafe ini..

Aku rasa macam selesa dan santai di sini, nak berborak pun macam tenang je... *tak tenang cuma bila si kakak banyak sungguh soalan2 cepu emasnye...heheheh...*



Kakak dah dapat 'appertiser' senyaplah..hmmm..aiskrim dia..itu beli kat luar, kat New Zealand Ice Cream..mujur dapat bawak masuk, Incik Dauslah yang berani..kalau aku dah soh kakak makan bagi abis kat luar dulu... ;p


Ini antara menu yang kami order: Fruit Garden Tea (Hot), didatangkan dalam teko yang comel dan cawan klasik Inggeris ni..then Incik Daus dengan Fruit Punch (Ice), tu yang dalam teko berbentuk balang..kakak order Ice Chocolate...


Bila minum teh panas, kenalah kahwinkan dengan scone..barulah gandingan yang 'serasi berdansa'...hehehe...


Gambar scone ini aku pinjam dari facebook Winter Warmers..orang 'pro' yang ambik, nampak lebih yummylicious...heheheh


Sambil gossip-gossip, kami nikmati juga nachos cheese ini...memang pehhh, banyak betul kejunya..kena makan terus time dihidangkan panas-panas ni..barulah terasa rangup nachos dan berkai-kait kejunya bila diangkat tinggi.. * aku memang pandai buat karangan berbentuk descriptive...hehehhe*

Overall, kafe ini sangat berbaloi untuk lepak bersama teman atau yang tersayang di waktu petang sambil berbual kosong. Suasana dia sangat mendamaikan. Untuk makanan, aku tak boleh nak komen banyak, sebab kami tak order makanan yang lain. Dekat sini ada juga disediakan aneka jenis kek dan pasta.

So, meh aku share alamat penuh lokasinya:

Winter Warmers Coffee & Tea House
U.G.41, Sunway Carnival Mall,
3068 Jalan Todak,
13700 Seberang Prai, Penang
Tel : 604-3995623