Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label life expression. Show all posts
Showing posts with label life expression. Show all posts

Thursday, December 1, 2016

Harga Sekeping Coklat....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Mana ahkak menghilang…hehehe…

Tak ke mana…

Wujud lagi..Alhamdulillah…

Last week aje ahkak ke training….suka gila training tu… J

Hari ini nak sembang skit…kisah kesedaran…

Semalam, kita aku melalui salah satu lorong di salah sebuah pasaraya…
Lorong yang selalunya mampu membuatkan aku rambang mata, kalau ada kakak lagilah.

Ini lorongnya…


Saat aku leka memilih…

Di satu bahagian..ada seorang ibu bersama tiga orang anak yg masih kecil…
Berebut-rebut memilih coklat…


Mulut si kecil kecoh meminta dibelikan coklat yang sedap dan banyak macam yang pernah diberikan kepada mereka suatu ketika dulu…pemberian ikhlas dari seorang ibu saudara, begitulah butir bicara yang singgah ditelingaku…


Indah, asyik melihat kekecohan anak-anak kecil…segera teringat pada kakak…
Tiba-tiba aku rasa bagaikan segenap ruang sunyi sepi tatkala aku mendengar pujukan si ibu….

“Kita tak ada duit banyak, kita ada duit sedikit saja…jadi kita beli yang ini sajalah ya…boleh kan anak-anak ibu…”

Rasa bagai dihempap batu ke dada..berat…berat sangat perasaan aku saat itu… spontan airmata laju mengalir…terus aku menunduk dan berlalu…

Jauh disudut hati, aku panjatkan doa…Semoga keluarga bahagia itu sentiasa dalam rahmat Allah…semoga anak-anak itu akan membesar dan memahami kesusahan ibu bapanya. Belajar rajin-rajin, kerja baik-baik…supaya dapat mengubah nasib keluarga…Lindungi keluarga itu Ya Allah….

Aku: Kita selalu rasa kita susah, tapi kita tetap pergi kerja menaiki kereta. Kita tetap kata kita susah, sedangkan kita boleh saja nikmati KFC…kita selalu rasa kita susah, meskipun mampu sahaja menukar baju saban bulan….kita selalu merungut kita susah…walau hakikatnya kita pakai handphone berjenama…. Jadi adakah benar kita susah atau ketamakan duniawi semata-mata? Wallahualam...jom muhasabah diri….




Sunday, October 2, 2016

2.10.16...Alhamdulillah...let's begin the new journey of LIFE...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

2.10.16

Alhamdulillah, genap setahun lagi usia aku di bumi Allah. Alhamdulillah, semakin hari semakin belajar memperbaiki diri dan Allah hantarkan ujian-ujian melalui manusia-manusia yang pelbagai.

Alhamdulillah, aku yakin bahawasanya…

“ALLAH gives his hardest battles to his strongest soldiers”

Tahun 2016, ternyata merupakan tahun paling banyak perkara yang berlaku antara suka dan duka. In fact, tahun yang paling banyak dijadikan mangsa fitnah. Alhamdulillah, aku rasakan kesemua itu mematangkan dan menjadikan aku lebih banyak mencari positive vibes dalam hidup berbanding dengan perkara yang negatif.

Aku tak nak stress dengan pertanyaan seperti, kenapa tak nak tambah anak lagi? Merancang ke? Atau dengan tohmahan manusia seperti, “Issshh, dia ni gelak kuat betul macam apa je”..atau “Dia tu mulutnya memang jahat…” Alhamdulillah…aku sudah mampu tenang mendengarkan semua itu datang bertandang ke telinga. Buat sesiapa pun orang itu, buatlah apa pun. Kerana aku berpegang pada pesan ummi dari seorang sahabat, “Serahkan segala perbuatan tidak baik mereka itu kepada Allah, baca Al-Fatihah dan Surah Yassin selalu, sedekahkan kepada mereka. Hanya Allah yang selayaknya mengadili dan membalasnya…” Like I said, umur pun dah bertambah. I ain’t kid like you anymore…. Oh yes, to those yang tak ada kerja tu, silalah print screen entry ini if you feel like to share in the ‘Gossip Forum’ or ‘Gossip Whats App Group’ or whatever. That was the most childish action if I may say….

Since hari ini merupakan hari lahir aku, aku decided to move on, moving beyond my enemies expectations. Walaupun aku pelik, aku ni simple sangat…ceria, suka melawak, suka gelak…ada juga yang tak suka rupanya. Oh yes, I think they just being jealousy of what I have…apa tu? I have my own happiness. I guess happiness is the best revenge because nothing drives your enemies more insane than seeing you smiling and living a good life.

And this is what happiness, my happiness…



Husband and daughter


Family

Friends and all...





I don’t do any campaign to be like by anyone, but I normally be myself and let them be their self… barulah happy! One tip for you, yes YOU, Mrs. Stalker, YOU can't be me because you are way too far from being me, no matter how hard YOU are trying to imitating me...kalau YOU nak happy, why don't YOU focus on yourself. Jaga diri, jaga anak-anak YOU...better kan..sebab kalau YOU sibuk sangat nak stalk my life, YOU will have lesser time to focus on your family...YOU pun tak happy bila family YOU x happy, am I right? And one more thing, please stop mengugut all my friends..come on, give us some privacy, will YOU


So as my new chapter of life begin, I do pray to Allah, for my family and friends happiness. Ya Allah, semoga tahun yang mendatang ini menjadikan aku hamba-MU yang lebih baik, semoga diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti buat mak dan Arwah Abah, semoga diberikan keselesaan hidup untuk dikongsi dan dinikmati dengan keluarga kami, Semoga berupaya menjadi ibu dan isteri yang lebih sempurna...dan semoga diberi izin untuk terus dipermudahkan dalam mencari rezeki dan dalam rahmat-MU Ya Allah, dunia akhirat. Aammiinn…. 

Wednesday, February 17, 2016

WAD KECEMASAN untuk muhasabah diri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Setelah bercuti lama menyambut Gong Xi Fa Chai…eh..eh..hehhehe..xlah. Sibuk actually ada event. Lately cuaca panas betul kan..kalau habis kerja tu rasa macam nak lari balik rumah cepat-cepat dan berendam dalam bath tub je…eh..eh..ade ke kat rumah tu bath tub..hahhaha….

Ok, hari ni nak share benda yang melankolik skit..sayu je penceritaannya…ewah! Last two weeks actually aku dengan rakan sekerja aku ni sibuk uruskan event. Dalam sibuk-sibuk tu, Allah uji dengan dugaan kemalangan pada rakan aku ni la. Jadinya di satu petang, tersadailah kami di sini…




WAD KECEMASAN (ER). Inilah lokasi yang pernah suatu ketika dulu sangat kerap aku kunjungi. Arwah abah dan mak memang bekerja di hospital. Arwah Abah pernah bertugas di ER ni pun. Aku ni actually ada perangai pelik. Aku suka menghabiskan masa duduk di depan ER ni sementara tunggu arwah abah atau mak aku habis waktu kerja. Tapi lebih pelik sebab aku tak minat langsung dengan kerjaya dalam medical line ni. Sekadar suka memerhatikan doctor dan nurse buat kerja.

WAD KECEMASAN (ER) bagi aku adalah lokasi yang banyak mengajar aku erti hidup dan erti bersyukur. Di sini, banyak kepelbagaian hidup dan dugaan yang boleh kita lihat. Di sini jugalah tempat yang paling baik untuk menginsafi diri kerana adakalanya mereka yang dihantar ke sini akan berakhir dengan kematian.

Petang tu, setelah sekian lamanya aku berada di situ sambil bermuhasabah diri. Sedih melihat ada anak kecil yang sakit dan dibawa ke sini. Melihat ibu bapa gigih memujuk anak dan menjanjikan sesuatu yang tak pasti seperti “Tak sakit..doktor cucuk sikit je ya…” Sedang hakikatnya aku pasti hati si ibu tentu menafikan apa yang keluar dari mulut sendiri. Dia juga tak pasti..sama seperti mana aku melalui dua tahun kakak perlu buat rawatan susulan dan segala pemeriksaan berkaitan akibat komplikasi kelahiran dia dulu.

Ada sebuah keluarga, seorang mak dan empat orang anak yang masih kecil. Kemalangan di dalam kawasan parkir. Niat dihati mak, nak bawa anak-anaknya beriadah tetapi berakhir dengan seorang anak berdarah kepala dan seorang lagi berdarah di tangan. Anak yang paling kecil menangis tanpa henti akibat trauma. Datang si ayah, marah-marah tanpa perasaan. Tak peduli pun seluar si isteri dah koyak rabak, jalan si isteri pun dah terhencut-hencut. Anak-anak berdarah-darah, sorang tunggu untuk x-tray, sorang lagi tunggu nak kena jahit dahinya akibat luka yang sangat dalam. Sedar xsedar, kelopak mata aku yang bergenang. Bukan si isteri tu nakkan kemalangan, dia pun xtahu benda nak jadi. Sekelip mata je. Tapi aku kagum dengan anak sulung mereka. Sebabkan si ayah pergi bawak dua orang adik-adiknya balik dan xkembali lagi ke ER tu..semuanya si ibulah yang uruskan. Waktu dia nak kena jahit dahinya, aku ada di dalam Minor OT Room tu. Kesian sangat…dia anak yang kuat. Ya Allah..semoga dia membesar menjadi anak yang baik. Nurse pujuk dia, dan dia bertanya antara yakin dan tidak..sakit tak nurse? Waktu itu dia seorang dan usianya tak salah aku di antra-7-8 tahun. Tubuhnya kecil tetapi semangatnya aku kagum. Nurse memujuk dengan tenang dan terima kasih wahai nurse sebab keupayaan menenangkan anak itu sangat baik. Bila doctor datang membawa jarum, dan mengarahkan dia untuk menutup mata. Jangan tengok, kata doctor. Kalau sakit, tahan saja! Eiii, aku plak yang rasa macam nak hempuk doctor tu. Anak ini terus anggukkan kepala lantas menekup mulut dengan kedua tapak tangan. Seakan memujuk diri sendiri untuk tidak menjerit atau termenangis kuat. Aku sedih yang amat sangat, terasa mencengkam ke tulang hitam! Apatah lagi bila doctor bertanya, mak dia mana? Mak dia bersama si adik yang luka tangannya dan di bawa ke bilik x-tray. Sambil doktpr cucuk bius, terdengar esakan kecil anak itu. Tapi dia tak meronta bila doctor mula menjahit luka, Cuma esakan kedengaran semakin kuat tapi dia kuat mengawal dengan menekup mulutnya. Sampailah bila maknya masuk, ternampak airmatanya menitis antara menahan sakit dan memujuk diri menjadi anak lelaki yang kuat. Allah Maha Besar, diutuskan bapa segarang itu untuk anak ini, semoga dia membesar menjadi anak yang kuat, anak yang baik dan sentiasa taat pada ibunya..Insya-Allah…

Macam-macam yang aku lihat untuk hanya 4jam berada di dalam ER itu. Ada yang terpotong jari, kemalangan di tempat kerja, ada yang sesak nafas, ada yang jatuh terkoyak gusi sewaktu bermain. Ada yang kemalangan motor, ada yang kritikal dan ada yang separa kritikal. Mereka melalui nasib mereka, ada yang bersifat ujian sementara malah ada juga yang bersifat kekal dan ada di antaranya melalui ER sebagai UJIAN AKHIR dari ALLAH. Macam mana pula dengan aku? Macam mana pula dengan kita? Kita tak pernah tahu kan….

Ya Allah, betapa masa itu cepat berlalu. Betapa aku bersyukur kerana aku merasai nikmat SIHAT..Aku bersyukur Allah berikan kesihatan dan tumbesaran yang baik untuk kakak. Aku bersyukur kerana Allah ambil arwah Durratul waktu dia masih bayi supaya dia tak merasai sakit. Alhamdulillah, pada satu muhasabah diri yang sangat ‘deep’ di satu petang….



Tuesday, September 29, 2015

A.B.A.H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

29.9.15 

12 tahun yang lalu...

Inilah harinya khabaran duka itu menampar telinga..

Terbungkam...

Aku masih ingat..waktu tu aku dalam perjalanan ke tempat internship...

Sebak..sayu..aku menangis sepanjang perjalanan balik ke Ipoh..

Sampai..tengok abah..kaku..

Aku juga jadi kaku..sekilas melihat emak..

Aku perlu kuat..aneh..aku tak menangis...

Ya, aku tak menangis sebaik sahaja ku hadap Abah...

Kekal tak menangis sehingga tiga hari berikutnya...

Bila aku memegang stering kereta peninggalan arwah...terus semacam perasaan mencengkam...

Ya, akhirnya baru aku sedar..aku masih terlalu muda untuk pikul erti tanggungjawab..

Tak mudah rupanya menjadi KETUA KELUARGA...

Aku menangis semahunya setelah 3 hari abah pergi...

Setelah 12 tahun..ada masanya terjatuh..hati masih lagi mengharapkan abah ada..

Untuk membimbing dan memberitahu akan beza baik dan buruk..

Untuk memberikan kata semangat supaya bangkit atas setiap kejatuhan..

Tapi aku yakin..Allah Maha Penyayang... perginya Abah untuk aku belajar mengenal hidup...

Itulah yang membentuk dan menjadikan aku yang hari ini...

Setelah 12 tahun...

Al-Fatihah Abah....


Tuesday, September 1, 2015

#nevergiveup anakku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku rasa ramai yang dah tengok iklan terbaru MILO dengan #nevergiveup tu..kalau yang belum, boleh ke link ini.. The Winner’s Podium: The truth behind our children’s desire to be #1 

Aku tengok iklan ni by accident actually. Bila watak utamanya adalah kanak-kanak, as mak-mak tentu cepat aje kan nak tengok. Bila dengar interview yang dilakukan dengan anak-anak ni, tiba terasa plak kita sebagai mak ni sangat high expectation. Dan adakah aku di antaranya? U know like, anak baru umur 4 tahun dah gayat yang anak tak boleh membaca..that anak tu konon tak leh kreatif bagai. Aku yakin most of the parents pada zaman sekarang dah plan dah masa depan anak dari awal. Maksud aku plan ni macam nak hantar sekolah mana..dan ada juga dari kenalan aku kat sini, siap dah tanya kenapa tak hantar anak aku ke sekolah ini dan itu. Bila aku jawab, " Anak kalau cerdik, Insya-Allah, hantar sekolah mana pun akan pandai..", itu pada mereka bukan jawapan. Jawapan patutnya hantar anak ke sekolah ini dan itu, sekolah elit..sekolah bestari..sekolah apa ntah lagi nama yang ada sekarang ni. Aku bukanlah skeptikal atau acting like good one. Tak! Cuma bila aku tengok video ni, tiba-tiba terasa kesian plak kat anak-anak..banyak rupanya expectation kita pada mereka yang masih kecil. Kadang-kadang terasa semacam nak bagi motivasi..tapi betul juga..apalah agaknya perasaan dieorang kan.. macam bila sekarang ni kakak selalu minta nak jalan-jalan..katanya lama dah xjalan as in bercutilah.. aku cakap.. "boleh..ibu boleh bawa dengan syarat naik buku 4.." dan kakak jawab lemah je.. "Baik ibu.."

Then tiba teringat masa aku kecil dulu..arwah abah memang garang dan tegas. Cubalah dapat keputusan exam teruk..adalah juga dalam seminggu arwah abah akan buat 'psycho war' dengan aku..maksudnya perang dingin..takkan bercakap. Arwah Abah jenis suka berpersatuan..sebab itu jugalah aku kena aktif dalam PBSM la..PROSTAR la..PRS la..name it..org balik sekolah kul 1pm atau 2pm..aku balik sekolah kul 5pm. Dah kalah YB zaman sekolah dulu..itu tak termasuk kena attend macam2 Program Khidmat Masyarakat..merasalah duduk kampung dan sebagainya. In fact, bila aku abis SPM, arwah abah nak aku sambung buat medic juga. Jenuhlah bertegang urat bertekak. Actually dr form 4 lagi..arwah abah suruh aku ambik science trim. Tp aku tak nak..aku ambik prinsip akaun..perdagangan..ekonomi bagai..bukanlah sebab aku ni teringin nak jadi akauntan. Cuma itulah kelas second pandai selepas kelas sains kan. So demi nak redakan kemarahan arwah abah..aku pun ambik jelah. Hakikatnya dalam hati ni sebenarnya teringin nak ambik kelas sastera je sebab aku memang minat menulis dan membaca. Bila settle SPM, arwah abah suruh aku ambik balik yang 6bulan sijil tu..sebab arwah abah nak juga aku buat medic. Iyalah..bila bukan dari kelas sains, susahlah nak sambung aliran lain kan.  Nangis ooo masa tu. LAst2, aku padam balik pilihan kat UPU tu dengan yakinnya. Hati ni takut juga..arwah abah dahlah garang tapi aku buat juga... *kakak, kalau besar nanti kakak baca blog ibu ni..kakak jangan buat tau..hahhaha...*  Aku selamba pilih option 1, Law Course.. (ye..aku memang sangat2 bercita2 menjadi lawyer...hehhehe), then option 2, mass comm..sebab pada aku kerjaya wartawan tu mencabar dan boleh bawa aku melihat dunia. So bila result UPU keluar..arwah abah sangat terkejut..bila masa yang aku apply. Sebab masa aku apply dengan dia..tak da pun course ni semua. Alhamdulillah..aku berjaya buktikan bidang yang aku pilih adalah serasi dengan jiwa aku. Aku masa tu nekad abis..aku kena buktikan! Errr..tapi aku tak jadi lawyer tau...loyar buruk tu kompem...hahahaha! I go for my second option tu sebagai kerjaya... ;-) 

Tapi bila aku dah berada di kedudukan aku sekarang, aku berasa sangat bersyukur kerana itu semualah yang membentuk aku menjadi manusia hari ini. Garang-garang arwah Abah..hantar aku sana-sini sepanjang musim cuti menjadikan aku lebih mengenali kehidupan dari pelbagai perspektif. Bukan kenal yang seronok je, tapi yang tak seronok juga. Aku pernah jadi anak angkat keluarga penoreh getah waktu Prog. Anak Angkat..dan aku merasa bangun seawal 4am dan ikut pergi menoreh getah. Merasa basuh baju tonyoh sendiri..alhamdulillah..ia membentuk peribadi aku untuk sentiasa menurut resam padi... Satu-satunya perkara aku paling kagum dengan mereka yang hidup di kampung dengan taraf hidup yang kadang mendesak adalah mereka kaya dengan kasih sayang. Masa lapang dihabiskan dengan berbual..makan bersama dan bergurau senda. Kasih sayang dan 'bonding' tu yang sangat mahal pada aku....

Ehh..tetiba jadi entry Erny dan cita-citanya plak..kih..kih..kih...

Berbalik pada iklan tu..aku rasa sedih sangat...If I don't be number 1..my mum will scold me... huisssshhh..aku ke tu? hahahha... 

Usia kanak-kanak pada aku sangat sweet...


Bermain..berlari...dan cuba menggapai pelangi...segalanya warna-warni...kena marah..cebik dan nangis...

Bila kena leter..buat muka sedih..tanda faham...tapi mungkin benar anak-anak ini faham..macam kakak..kalau tiba-tiba sesekali kakak datang pada aku dan cium pipi aku..sambil cakap, "Kakak sayang ibu..." touching sangat...banyak yang aku pelajari dengan bergelar ibu...

Hidup ini anakku..bukan tentang menjadi No. 1 semata-mata. Hidup ini adalah tentang menentukan di mana titik mula...


Mulakan langkah dan terus melangkah...



Kejayaan hidup bukan hanya pada mereka yang pantas berlari.,.kerana jika kita berlari tanpa matlamat, kita tidak mungkin sampai ke destinasi. 


Jika jatuh, bagus! Kerana kejatuhan itulah yang mengajar kita erti kekuatan. Jatuh bukan bererti gagal tetapi jatuh itulah yang mengajar kita untuk memperbaiki kelemahan...aku pernah laluinya, kerana over confident, PMR aku teruk..dapat 3A je masa tu..sedangkan UPSR cemerlang...tapi itulah yang mengajar aku agar jangan selalu selesa dengan apa yang ada. Hidup tak selalunya cemerlang. 



Hidup ini indah jika dalam hati ini sentiasa bersih. Jangan pernah letakkan tekanan untuk menjadi sama seperti orang lain. 


Jangan jadikan No. 1 sebagai matlamat tetapi jadikan matlamat untuk menjadi manusia yang lebih baik setiap hari..jadikan mencari keredhaan Allah sebagai ultimate goal. Ibu mungkin tidak sempurna tetapi dari kakak ibu sentiasa belajar untuk tidak pernah mengalah. Sentiasa memperbaiki diri demi nak menjadi 'cermin' yang baik. 

Kerna hidup ini penuh warna...kerna warna itulah keriangan hidup..maka jangan pernah putus asa.. neger give up, jangan gentar kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...Insya-Allah....

Babai u alls.. ;-) 





Monday, August 31, 2015

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

58 tahun telah berlalu...

Tiap tahun..pada detik waktu yang sama..terasa getar seluruh tubuh tiap kali laungan kemerdekaan bergema...


Malaysia semakin 'matang' seharusnya dalam menempuh usia 58 tahun ini...

Namun pada segala isu yang berlaku, kadang hati kecil ini terasa goyah...

Semoga keamanan dan kedamaian Malaysia sentiasa menjadi milik kita.

Ya Allah, semoga kami rakyat Malaysia sentiasa dalam lindungan-MU...

Amin Ya Rabb.....

Friday, March 6, 2015

Ngomel Jer: Pemalsuan identiti...a.k.a FAKE...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hari ni mood nak borak tentang apa yang dikatakan dengan PELAKON. Ya, pelakon. Pelakon ni bukan setakat yang memang kerja rasminya sebagai PELAKON tapi kebenarannya lebih ramai PELAKON BUKAN RASMI pun di luar sana.

Contoh adegan PELAKON 1:

Sebelum Adegan:

SITUASI: PELAKON A ni memang diketahui tak suka akan SI B ni.

PELAKON A: Eiiii..stress betullah si B ni asyiklah nak mengarah. Dia ingat dia tu siapa, bos aku ke? Dahlah berlagak macam tau semua. Bla..bla…

Dan anda pun mendengarlah penuh simpati. Kesiankan kawanlah konon, kita pun cubalah bagi moral support.

Tetiba di suatu hari, datanglah SI B yang konon dibenci dan yg paling menyampah tu berjumpa PELAKON A. Tiba-tiba dialognya menjadi….

PELAKON A: Oh..B..ya ke? Nak saya buat macam tu ke? Ok..boleh je… (Sambil gelak2 manja)..

KESIMPULAN… sekarang ni bukan barang je yang banyak FAKE..manusia pun sama..dah ramai yang FAKE…belakang cakap lain, bila depan jadi lain. Semuanya kerana faktor berikut:

1.      Suka bermuka-muka.
2.      Suka play safe.
3.      Suka mengampu

So, sila pastikan anda bukan dalam kategori FAKE..sebab pada aku siapa yang FAKE maka nilai diri dia equal to CHEAP


Ok bye..tu je nak share..esok cuti..yeayyy! 

Friday, January 9, 2015

Malaysia bakal dilanda cuaca sejuk melampau...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jumaat..lemau aje rasa..kakak demam, muntah, selsema, batuk..pakej siap semua!

Jadinya,

Ibu yang letih, lemau, xcukup tido..

Bapak as usual…keja luar kawasan lagik minggu ni..

Pagi ni datang office dari rumah mak..

Balik semalam pun dah lewat, hujan lebat..so ‘check-in’ rumah mak jelah..

Pinjam baju mak, pergi kerja… ;-)

Masuk office dapat sms Incik Daus, then mesej dalam wassap grup kengkawan sekolah..

Adik seorang sahabat kami telah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah..

Hari Jumaat..sejuk..semalam baca newspaper, dikhabarkan Malaysia akan mengalami cuaca sejuk yang melampau mulai hujung bulan ni, 17.2 darjah C. Mostly kawasan pantai timur dan Perlis x salah, yang diliputi kawasan Laut China Selatan yang berhampiran.

Dugaan demi dugaan kecil dan besar buat kita…


Ya Allah, berikanlah perlindungan buat kami…ammmiiinnn…. 

Monday, September 29, 2014

SOGO! SOGO! Jom...jom shopping kat SOGO...aku suka je, kenapa ko x suke ek?? ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hy anda-anda semua..apa khabar..semoga sihat hendaknye..aku cuti sabtu dan ahad baru ni, terasa sekejap sangat. Ermm..pernah ke cuti terasa lama pun kan? Hehehe..last week memang sangat-sangat mencabar minda. Terlalu banyak yang berlaku di awal minggu sehinggalah kemuncaknya pada Khamis lepas. Terasa emosi sangat-sangat tidak stabil dan memang aku terasa nak makan orang pun ada..tapi mujurlah hati ni boleh bertahan untuk rasional…

Sebelum aku berbicara lanjut…29.09.14..hari ni genap 11 tahun arwah Abah meninggal dunia..Al-Fatihah….semoga roh Abah tenang di sana dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman…Ammmiiinnn….

Dan marilah berbalik kepada apa yang aku nak tulis tu..actually, aku bukanlah orangnya yang suka melepaskan geram di media sosial atau sebagainya. Memaki orang pun, bukan aku jugak sebenarnya. Cuma kali ni aku rasa aku kena tulis jugak untuk meluahkan apa yang aku rasa. Dan kalau ‘yang berkenaan’ tu pun tetiba seronok nak menjadi Stalker membaca tulisan aku ni pun, lantaklah..bak kata Azwan Ali..”Why bother…why bother…” hahahaha…

Lately ni persekitaran kerja aku ni memang sangat tak best, keja aku memang best..tapi environment dia. Betullah kan, kejayaan sesebuah organisasi tu bergantung kepada nakhoda dia..kalau gagal mengemudi, memang abislah hanyut kelasi yang ada di bawah naungan dia. Dan lagi satu bila orang yang ada Phd.  Ni kan…ermmm kalau Phd.  tu as in doctorate aku ok lagi lah kan..tapi kalau stand for Perasaan Hasad Dengki..hmmmlahaaiiii..memang lah kan..rasa menyirap sangat… kalau isu kerja yang dijadikan benchmark, aku ok lagi, tapi kalau benda-benda remeh as in..tempat orang tu shoppinglah, jenama baju, beg, kasut orang tu lah..semua pun korang nak kecoh..memang lah nak ketawa berdekah-dekah aku rasa. Sorry to say, kadang-kadang orang yang dikedudukan tinggi ni, xsempat pun nak memikir mana nak shopping. Kalau sibuk, kadang-kadang aku ni memang shopping pun tak sempat. Bukan tipu, tapi realiti. Selalunya yang terjadi, kalau gi mana-mana, nampak baju yang berkenan…terus je rembat, rasa-rasa muat..terus je gi kaunter dan bayar. Aku bukan ‘branded person at all time’ but I do sincerely shop for some branded items..let say, kasut, beg dan jam. Benda-benda yang pada aku memang kita nak pakai lama kan. Tapi selalulah berbelanja ikut kemampuan, janganlah sampai berhutang-piutang atau sampai sanggup nak pinjam duit mak segala kan..kalau takde, duduk jelah diam-diam ko kat situ kan. 

Macam baru ni..adalah mek sorang kat office ni, sebar citer agaknya as in aku ni gila sangatlah suka benor shopping kat Sogo tu..tapi pada akulah..kalau iya pun, so what? Aku pinjam duit ko ke dik oiii? Btw, barang-barang kat Sogo tu pun bukannya jenis harga macam Kedai 2 hengget tu..kalau sale, iyalah..murah lah jugak, but still..kalau takde duit, tak ada jugaklah kan istilah ‘SHOPPING’. Be realistic, ko ingat orang yang tak mampu ke shopping kat Sogo tu…tak da maknanya! Nampak sangat kan yang bercakap ni, orang yang ‘culture shock’..tak pernah pun tahu kehidupan kat KL ni macam mana..baru je dapat ulang-alik KL lebih dari lima kali setahun…dah macam ko ‘HAFAL’ sangatlah kehidupan kat KL tu..kesian sangatlah kan.. Sogo tu aku dh start shopping situ dari zaman belajar lagi, dari zaman memang Empire Gallery dengan Pavillion pun tak naik lagi kat KL tu dik..dulu Sogo tu memang ‘A’ dah..sebelum Jusco ke AEON wujud lagi..tu..yang ada dulu tu..Hankyu Jaya semua tu..kalau dulu orang sebut memang femes pun tempat-tempat tu..Sungai Wang, Bukit Bintang…few years ni la, baru ada new shopping mall in the list as in Pavillion dengan Empire Gallery..so tak payahlah nak ejek aku sangat kan..ejek plak tapi belakang-belakang..ko dah tunggu orang tu menapak jauh skit, baru nak ejek-ejek. Memang aku suke beli set cadar dengan pinggan mangkuk time warehouse sale dekat Sogo..so ko kenapa sakit hati? At least, aku ada rumah sendiri, katil sendiri dan set pinggan mangkuk sendiri..bukan menumpang orang lain punya kesenangan. By the way girl, your attitude was so not like a corporate people..itu maknanya dik, kalau baju ko sehelai 2,3 ribu pun..tapi kalau ‘OTAK’ ko tu harga tak sama dengan harga baju..so please..please not judging others by their outfit or the places that they went to shop. Orang tak jaja citer dia beli baju jenama apa, shooping abis berapa ribu..sebab orang tak nak riak..ko paham tak?

Serius aku tak paham dengan orang yang merasakan cerita-cerita dalam telenovela tu semuanya betul 100%. Orang yang kerja corporate sector dan pangkat bos2 ni, kenalah 24jam pakai kot..kasut 2,3 inci all the time. Wake up lah wahai cik adik oiii..the reality is the bosses hanya akan pakai longue suit lengkap tu bila ada formal function or attending formal meeting. Kalau tak, takdelah si Tony Fernandes tu rileks je sarung topi almost all the time compare to a necktie or a coat. Pandai-pandailah orang nak sesuaikan keadaan.

Lepas tu last week, rasa hangin je jugak..sebab tak pasal-pasal nama baik aku dicemari. Dan kepada yang berkenaan jugak, yang kononnya..ooo..kita kena dengar cakap dua belah pihak..jangan mudah percaya..tapi hakikatnya..memang itu pun lah yang korang buat. Aku taklah keji untuk mengambil tindakan yang boleh merosakkan masa depan orang lain atau menganiaya orang..tapi aku rasa aku pun xperlu explain my decision if you all pun judge me without asking kan…again.. Why Bother…hahahahha! Korang ni.. cemburu sangat dengan aku ek..aku ni hebat sangat ke yang sampai korang kena bermesyuarat panjang lebar untuk kenakan aku ek? Kesian sangatlah wei..coz aku berpegang pada pesanan Prof. Dr. Muhaya..dulu pernah interview dia, sebelum dia femes mcm skrang lagi..pesan Prof. Dr. Muhaya..in whatever situation, always remember..

ALLAH, CEO Hatiku… ;-)

Anyway, kawan-kawan..sorry for this entry..terasa macam mahu luahkan perasaan… fuhhh..lega…
Now..jom nikmati…A&W Float ni…gerenti sejuk sampai ke usus perut…hehehheeh….



Friday, July 18, 2014

MH 17..Al-Fatihah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…



Allahuakbar..Maha Suci Allah..besar sungguh dugaan-MU buat kami umat-MU kebelakangan ini. Rentetan dari peristiwa MH370, peperangan kejam di Gaza, dugaan sakit buat sesetengah saudara sesama Islam dan kini yang terbaru, pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, wilayah yang kini bergolak sejak beberapa bulan lalu akibat campur tangan Rusia dalam konflik politik di negara tersebut. Tragedi ini dikhabarkan telah mengorbankan kira-kira 298 orang (penumpang dan juga anak kapal). 

Allahuakbar, Maha Suci Allah…pelbagai ‘tanda-tanda’ kecil dihantar kepada kami sebagai peringatan untuk kembali setia dan taat pada-MU Ya Allah… Kala aku merasakan terlalu banyak hal-hal yang berlaku disekeliling aku, membuatkan aku menjadi kadang-kadang takut sendiri, tentang bila pula kematian bakal menjemput kita. Pada saat dan ketika itu, terasa diri serba kerdil. Terasa segala ilmu dan amal masih belum padat dan kukuh untuk dibawa sebagai bekalan. Justeru, hati kecil terfikir juga, mungkin ‘dugaan-dugaan’ yang Allah berikan buat kita umat-NYA ini adalah untuk kita kembali betulkan cara dan jalan hidup kita.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui….
Allahuakbar..

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. 


Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Wednesday, July 9, 2014

Menghayati perjuangan dan dugaan hidup...Ahmad Ammar, Linda Rafar, Baby Izz...kerdil kan diri kita..Allahuakbar...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama sekali aku bukanlah ustazah, jauh sekali baik bebenor..aku hanya manusia biasa, yang serba lemah dan yang masih banyak perlu dipelajari…banyak yang perlu untuk diperbaiki…

Bulan Ramadhan ni, banyak keberkatan, banyak pahala mudah diperolehi dan banyak ujian serta  dugaan. Cuma dalam bentuk apa ujian dan dugaan itu hadir, itu yang kita tak pasti. So tulisan hari ni, sekadar perkongsian aku tau..sebab last week, aku akui aku memang down sangat. Tak tau nak cakap macam mana rasa down tu. Banyak betul ‘drama’ berlaku kat sekeliling aku yang aku tak pun menjadi part of it. Geram semua bercampur-baur! Rasa nak maki orang, rasa nak telan orang hidup-hidup, semua pun adalah! Kenapalah banyak betul manusia-manusia yang menguji kesabaran ni. Aku tak dengki pun kat u all, Cuma boleh tak give me my own space..korang janganlah calitkan aku sama..macam tu la..sampai ke tahap memang aku moral downlah! Tak pernah aku rasa seletih dan selemah itu.

Tiap kali balik rumah, aku cuba kaji diri…cuba cari kekuatan untuk menempuh macam-macam ‘drama’ depan mata..cuba untuk buang jauh-jauh perasaan sedih..cuba untuk cari kembali ketenangan…cuba fokus dan tetapkan matlamat bahawasanya aku hanya ingin bekerja dan mencari rezeki. Lain-lain aku malas nak fikir. Rasa down tu membawa kepada perasaan cepat marah dan mudah kecewa. Buat apa pun aku rasa macam serba tak kena. Rasa nak balik rumah, kurung diri dalam bilik sorang-sorang dan tidur..haaa..sampai macam tu la malasnya aku time tu…mungkin sebab dah terlalu banyak benda yang tak best jadi depan mata, tu yang jadi lemah semacam tu….marah dengan orang yang perasan bagus, terasa diri hebat..tapi hakikatnya sebaliknya.. (mujur bulan Ramadhan, xleh la express marah sangat..heheheh…)

Then, bila terkebil-kebil sorang kat rumah dengan si kakak…aku pun fikir apa aku nak buat ni. Then aku start baca buku. Kebetulan aku dah lama sangat tak betul-betul membaca. Dan memandangkan sepanjang Ramadhan, memang Incik Daus pun outstation dari Day 2, so mehla anak, kita cari hobi kita bersama. Kita membaca. Aku bacakan kakak buku ni…sebelum tidur..kakak yang pilih nak dibacakan buku ni…



Bila kakak dah tidur…aku baca buku ini..

GAMBOR AKU PINJAM DARI LAMAN WEB SINAR HARIAN..SEBAB BUKU SENDIRI TAK AMBIK GAMBOR LAGI.. ;-) 


Aku dengar nama arwah menjadi kisah dari bibir ke bibir dah lama, Cuma sehingga sekarang aku masih belum berpeluang untuk mendalami kisahnya sendiri. Alang-alang aku memang perlukan motivasi, dan memang perlukan sesuatu yang keluar dari kepompong rutin harian aku, so marilah kita mulakan pembacaan… Alhamdulillah, sekarang aku dah habiskan sehingga chapter 3. Masih usaha membaca walau sekadar 10 minit sebelum tidur. I really need this…

Kemudian, sepanjang minggu lepas, banyak betul ujian dan dugaan yang menjengah ruang pembacaan aku…






Akhirnya, aku tarik nafas dalam-dalam dan aku muhasabah diri..

Ya Allah, lagi besar dugaan-MU buat mereka-mereka ini di bulan Ramadhan…KAU kuatkanlah mereka Ya Allah…







*Teringat dugaan dan ujian buat aku dan Incik Daus pada Ramadhan 2010/1431..waktu kami terima khabar yang kami kehilangan permata hati kami..buat anak ibu…Durratul Khaleeda...
Al-Fatihah…* 


Monday, May 26, 2014

Berfikir di luar kotak atau masukkan aje diri dalam kotak tu... ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

“Think Outside the Box”, what would it be when someone discussing about this idea? Fikir luar kotak? Kotak apa, kotak tisu atau kotak coklat penyimpanan barang tu? Hehehhe…aku taklah nak sembang serius sangat..saja suka-suka nak share yang aku ada t-shirt ‘Think Outside the box’ ni…ahaks! ;-) Boleh ek entry cam gini?

Well, marilah aku share my thoughts sikit ya..sikit saja, sebab aku taklah bagus sangat..sekadar ulasan aku tentang ‘think outside the box’ ini…



Phrase berkenaan pada aku sangat bagus sebenarnya jika disemat ke dalam otak kita semua. Kesimpulan pendek bagi ‘think outside the box’ ini amat mudah, iaitu INOVASI. Kalau anda dapati diri anda adalah insan atau manusia yang selalu come out with new idea or at least innovate other ideas to becoming more simple..or you would initiate something new and must say, brilliant ideas…itu barulah pada aku dapat diklasifikasikan anda sebagai orang yang sentiasa menggunakan otak dengan lebih pintar. Tapi kalau sekadar ‘duplicating other ideas’ atau sekadar ‘rename’ the ideas instead of rebranding…apa kata anda elakkanlah diri dari mengatakan orang lain sebagai orang yang ‘not think outside the box’…ishhh..apahal aku asyik nak tersalah eja ‘box’ kepada ‘boss’ ni..hahahah! Takkanlah ‘boss’ dengan ‘box’ dah sama plak dah…adeiiii..mau aku kena transfer ni kalau aku samakan ‘boss’ dengan ‘box’..kih..kih..nak-nak plak kalau ada rakan sekerja yang sudi jadik ‘batu api’ kannnn….hihihihi…upppssss…terbabas sudahhh..nak cerita lain, jadik cerita lain plak dah aku ni…

Ok…aku nak pendekkan cerita, marilah kita berkongsi ilmu…apa yang perlu ada pada kita agar kita berupaya melatih diri kita supaya sentiasa menjadi manusia yang ‘Think Outside the Box’…ini pada pendapat akulah ya kawan-kawan sekalian..

  1. Anda perlu berani mengambil cabaran dan berani juga untuk mencabar serta mengubah diri. Paling-paling utama dalam hal berani mengambil cabaran ni pada aku, jauhkanlah diri anda dari terus mengatakan ‘Tidak’, ‘Tak Mahu’ atau ‘Tak Boleh’. Sebaliknya pada aku, tak salahkan kalau kita usahakan dulu. Cuba motivasi diri dengan ‘Saya cuba dulu..’. Sebabnya, sesuatu hal yang susah, atau yang kita tak pernah buat, bila tugasan itu diamanahkan kepada kita, akan membuatkan kita perlu berfikir di luar kotak. Kita sudah atasi masalah pertama iaitu, kita sudah tak takut untuk keluar dari ‘kotak’ yang membelenggu diri..kita ambil cabaran tersebut dan kita keluar dari ‘comfort zone’ kita. “If you never venture outside the box, you will probably not be creative. But if you never get inside the box, you will certainly be stupid.” Itulah pada aku keseimbangan yang perlu ada.
  2. Lagi satu, pada aku, individu yang mahir berfikir di luar kotak ini adalah individu yang sering diperlukan bila ada masalah yang meruncing. Mereka ini juga dikenali sebagai ‘problem solver’. Bukannya yang bila ada masalah, duduk aje menunggu orang selesaikan masalah kat dia. Dan bila orang tolong selesaikan plak, siap kondemkan lagi orang tu. Ish..ish...tak baik tau!
  3. Berfikir di luar kotak juga memerlukan daya fikir yang kreatif. Banyak mulakan pencarian idea dengan menjawab ‘Why?’, then tahu what is the purpose of doing things. Untuk mengasah pemikiran yang kreatif, pada aku selain membaca, pengalaman itu amat penting. Meskipun ada yang beranggapan ‘seniority’ itu tak penting, tapi dalam mengasah daya fikir yang kritis dan berdaya saing, pengalaman sangat penting. Dari mengharungi pelbagai pengalaman dalam hidup dan kerjaya, barulah seseorang itu bijak menangani situasi dan sering dapat memikirkan idea baru yang bernas dan member manfaat. Kreatif dan cantik, pada aku adalah dua criteria yang sangat berbeza. Kreatif adalah usaha untuk berfikir menghasilkan sesuatu yang bersifat ‘segar’ dan lain dari yang lain. Manakala cantik pula sangat subjektif bergantung pada judgement mata masing-masing. Itulah masalahnya bila mana orang selalu salah mentafsir antara cantik dan kreatif. Kalau selagi seseorang itu boleh deliver tugas yang diberi dalam masa yang sangat terhad atau dalam tempoh deadline yang diberi...itu dah dikira kreatif. Sebab dia berfikir untuk menyelesaikan tugasannya (daripada sibuk dok cakap dan kritik orang aje, tapi ngkau pun tak leh nak buat apa yang orang tu buat kan....dan oh ya, kalau setakat tau out source aje, itu pun bukan practise think out of box yang positif ya...). Dan bila hasil kerja yang siap tu boleh membuatkan orang berkata ‘Wow!’, maka itu menunjukkan hasil kerja orang itu sangat baik dan inovatif.

Bagaimanapun, sukacitanya aku ingin menitipkan pesan…jangan sesekali gunakan konsep ‘To think outside the box’ ini untuk mengenakan orang lain, menjatuhkan orang lain, memberi rasuah, menerima rasuah atau untuk menyalahgunakan kuasa dan mengembungkan poket sendiri…No..no..no! Tak baik tau..berdosa, Allah marah nanti, macam mana? Takut tak? ;p

Ok, itu sahaja corat-coret pendapat yang aku nak share hari ini. Yang buruk itu, atau yang salah pendapat itu datangnya dari aku yang lemah, dan segala yang baik itu sesungguhnya dari Allah jua…


Tatatititutu kengkawan..jumpa lagi nanti..Insya-Allah…

Tuesday, May 13, 2014

Apa kaitan MERAH dan personaliti?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ni kisah Isnin lepas..

Wahhhh..rajinnya nak berselfie jugak..kih..kih..



Ari ni ahkak pakai kaler merah..dari atas ke bawah merah..digabungkan dengan kaler ala-ala krim..
Sebab mood pun tengah 'merah' kan...hahaha...warna penyelamat yang paling selamatlahkan kalau terjadi sesuatu yang tak diingini..

Lepas tu Isnin tu plak, rakan sebreakfast dan selunch bercuti, tinggallah diriku ini sebatang kara..
Bila mood sedang 'merah', nak makan apa pun tak tau..rasa malas aje..itu yang sengaja pakai baju kaler merah..konon color therapy...hihihii..



Betul ker...

Apa kaitan merah dan personaliti? Ini aku dapat dari http://www.goodreads.com/, meh aku tolong share..katenye...

Personaliti Merah: Anda merupakan seorang yang optimistik. Anda jenis orang yang 'action oriented' dan secara fizikalnya jenis yang cergas dan aktif. Penggemar warna merah juga dikategorikan sebagai orang yang sukakan perhatian..(ermmm, bagi aku, aku jenis yang tak suka sangat dibagi perhatian..payah, nanti susah nak hilang2 ni..hahahah...ni terutamanya time belajor dulu..duduk dalam kuliah pun, seat paling belakang..hahahah).

Yang suka warna merah ini juga adalah orang yang sangat berhati waja, sangat bercita-cita tinggi dalam memajukan hidup. Mereka-mereka pencinta merah ini juga tidak takut mengejar impian . Tapi kan.. orang yang suka warna merah ni juga dikatakan susah nak kawal marah, mudah agresif dan kurang sabar. So, untuk kaum Hawa, sesuailah kot nak pakai warna merah menjelang 'Jepun attack'..hahahah...
Ok kengkawan.. itu sahaja perkongsian suka suki dariku...



Tatatititutu!

Wednesday, April 9, 2014

Jom tangani stress dengan cara terbaik.... ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni huh! Stress sungguh kat pejabat…macam-macam hal perangai manusia.. bila kita difitnah, memang terasa sakit sangat. Macam mana kita nak buat tak tahu pun, kadang terkesan juga dihati. Rasa macam..ish..ish..bagai ditusuk sembilulah… *AYAT TAHAP KEMAIN NIH…HIHIHI..*
Jadi apa yang aku buat…turun bawah, pi beli frozen cheese cake ni…sedap yang amat, keju melimpah, ditaburi coklat yang enak..ngan lemak2 biskut marie kat bawah dia…wow! Nikmat! Alhamdulillah, nikmat menikmati makanan seenak ini…Alhamdulillah…



Frozen cheesecake yang mantap ni boleh didapati di kedai mini mart kat bangunan PTTC, Meru Raya, Jelapang tu....wallahh!!1 Lemak krim keju tu bergabung ngan lemak biskut marie yang lembut..coklat tabur cam gini..memang heaven u alls! ;-) 

Dan akhirnya, lepas makan sesuap demi sesuap.. *SAMBIL MENGENANGKAN KALORI BERLEBIHAN YANG MASUK..HAHAHAH!*

Yang pastinya…

STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
Aku bukan ustazah ya..tapi aku rasa memamg inilah yang sebaiknya kita lakukan bila hati tak tenang..bila kita diuji…

Paling penting…. DOA

 Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia

ZIKIR

 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
Alhamdulillah…

Sesungguhnya Allah itu maha adil, balik rumah, Allah anugerahkan PENAWAR STRESS paling mujarab…iaitu…

Taaaaarrrrraaaaaa...........









Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.
Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya.