Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, March 28, 2016

Jom Makan Best di Pulau Pinang: Panas..Panas Si Ikan Bawal Juru...weeehuuuu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hai anda semua…minggu ni I’m back…minggu lepas tak sihatlah…kakak pun masih belum sihat sepenuhnya..then sibuk dengan pindah office lagi…bukan tukar kerja ya..hehhe..itu belum lagi..hahaha…baru pindah pejabat… ;p

Minggu ini aku nak marathon kisah percutian ke Pulau Pinang pula. Trip ini kami rancang khas buat Mak Siah…hehehe..teringin benor katanya nak naik Bukit Bendera yang dah berwajah baru itu. Actually, taklah baru sangat, Cuma anaknya ini yang lambat sikit bawa ke sana…

Jadinya, bila percutian keluarga kami, apalah percutian tanpa hentian makan yang banyak. Memang hobi kami suka jalan-jalan cari makan…hehehe…Kak Maria I alls…hahahha!

Dalam perjalanan ke Penang, kami singgah makan Ikan Bawal Panas Juru yang sangat popular itu..namanya Warung Kelapa Sawit Juru. Bagi yang tak tahu, lokasinya adalah selepas exit Tol Juru. Belakang Autocity Juru tu, lebih kurang landmarknya. Tapi bukanlah tepi highway tu, jalannya kena masuk ke dalam sedikit. Takpe, aku pun guna waze aje..nanti aku share alamatnya okay….

Maka setelah hampir terlepas simpang, kami pun tiba ke destinasi.


Teruja sangatlah sebab dah lama pun teringin sangat nak kembali singgah di sini. Last aku pergi adalah berbelas tahun lalu masa masih lagi bertugas di company lama di Shah Alam. Bukan main lagi kan, masa kerja kat Shah Alam boleh plak singgah Juru nak makan. Bila kerja dah dekat Ipoh, tak pula reti nak mencari jalan..aishhh…forget the land betullah..hahaha!

Kawasannya agak tersembunyi dan dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Redup dan rileks saja aku rasakan…



Sementara mak dan angah ‘cop’ tempat, aku dan Incik Daus pantas menjalankan tanggungjawab mengambil makanan. Ada banyak pilihan makanan tapi sebab orang ramai sangat..ini sajalah sempat aku snap… *errrrr…ke sebab lapar sangat..ahaks!*


Kami tiba agak awal, sekitar jam 12 tengahari. 


Nampak tak dah mula beratur panjang untuk ambil ikan bawal panas yang dikatakan ‘signature dish’ Warung Kelapa Sawit ini.

Taraaaaa….inilah meja kami yang dah hampir penuh dengan makanan…


Beginilah caranya makan Ikan Bawal Panas ni…kahwinkan dengan kari barulah umpphhh..hehhe…


Secara peribadi, ikan bawal goreng di sini, bukanlah rasa sangat berbeza dengan rempah berlainan ke..rasanya biasa saja di mana ikan bawal dilumur kunyit dan garam. Kemudiannya digoreng. Cuma yang buatkan hidangan ini special adalah kerana ikan tersebut digoreng panas. Side dish bagi hidangan ini seperti kari, haruslah pekat dan sedap..barulah anda akan terasa satu kombinasi yang baik.
Istimewanya makan di sini juga, airnya kalau kita pilih teh o ais, percuma.


Air kelapa di sini juga fresh dari sebiji kelapa. Segelas besar ni dalam RM 3-RM 5 tak salah aku.


See, ramai kan orang. Penuh sehingga ke hujung.


Eh..eh..model Ikan Bawal….aummm….

Santai makan di sini sebab kita boleh rileks, ambil angin sambil makan ramai-ramai. 


Kakak as usual...bila ada Opah maka kakak pun terus tak pandai nak suap makan sendiri...nak Opah juga yang suap...ngada-ngada namanya... aishhh...



Ok, pada yang nak cuba makan di sini, untuk makluman anda semua Warung Kelapa Sawit Juru ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 3 petang dan tutup hari Ahad.


Alamatnya adalah seperti berikut…

Warung Kelapa Sawit

Jalan Tok Kangar, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Wednesday, March 23, 2016

Jom Makan Best di Ipoh: 'Makan Besar' di Assam House Restaurant....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Last week actually kakak demam. Lepas balik kedah terus demam..demam sebab over dose main..hehehhe….

18 dan 19hb March actually birthday mak dan angah. Plan asal, nak bawa dinner malam 18hb tu (Jumaat). Aku pun dah siap apply half day. Oleh kerana kakak jenis demam dan suhunya hanya naik menjelang malam, so terpaksalah kami cancel dinner. Akhirnya cuti half day aku tu digunakan untuk bawa kakak ke klinik sebab aku test check suhu kat rumah pun dah 39. Masa tu jam 3.00 p.m. Selalu dia akan start panas jam 8.00 malam ke atas. Teruslah bawa kakak ke Poliklinik Ehsan. Ya, kakak serasi dengan ubat kat sini. Kejap je baik. Sekarang alhamdulillah, kakak dah sembuh.

Jadinya plan dinner Jumaat Malam dah jadi lunch sahajalah weekend tu bila tengok kakak dah ok skit. Angah pula kerja that weekend so aku decide ke Assam House Restaurant Greentown sajalah. Dulu tahun 2013 pun sambut birthday mak kat sini juga..hehhee. Oklah, baik bawa mak pergi tempat yang dia suka makan dari try restoran baru then ralat pula bila makanannya tak sedap. Betul tak?


Jadinya, here we are. Dari segi dekorasi, sama saja. Tiada perubahan melainkan set menu yang dia ada.

Inilah keluarga kecil kami.


Untuk hari istimewa ini, aku pilih menu set untuk 5-6 orang makan. 


Jadinya senarai menu adalah seperti yang tertera kecuali aku buat penukaran pada menu satu iaitu dari Green Chillies Grouper Fish Block kepada Curry Assam Grouper Fish Head. Itu adalah menu kegemaran mak kalau ke sini selain kerabu mangga. Ya, aku tambah juga kerabu mangga dan udang goreng nestum untuk kakak.

Jom kita jamu mata pada menu-menu hari tersebut…

Anda duduk saja di sini, terus boleh kudap-kudap keropok sayuran ni..free flow ya..


Inilah Curry Assam Grouper Fish Head. 



Sedap sungguh. Kuahnya pekat tapi tak peda. Ada bendi dan juga tauhu kering di dalamnya. Memang sedap. Menu kegemaran kami kalau ke Assam House ni.

Kemudian kita ada Udang Goreng Nestum dan Cereals. 


Ini first time kami cuba menu ini. Waiter tu sampai betul ke kami ni, punyalah banyak menu udang dalam pilihan..hehhee..takpelah Udang Mania! Hahahah.... Aku ambil untuk kakak. Kakak semenjak suka makan udang ni, asyiklah request nak makan udang besar kan. Sedap rasanya. Berlemak manis dengan aroma daun kari. Cuma udang ni sedap kalau dimakan sama sekali dengan taburan cereals tu sebab kalau tak, tak terasa sebarang perisa pada isi udang.


Ini pula kerabu mangga kegemaran mak juga. Aku tak tahu nak komen sebab aku tak suka mangga…hehhee..segala yang masam aku tak suka. Mak kata sedap, mangga dia rangup rangup gitu.


Sayur campur. Aku kalau makan di kedai macam ni, memang suka makan sayur dia sebab segar dan rangup. Sayur campur ni gabungan seafood tauhu, kacang peas dan macam-macamlah.


Ayam pandan. Besar juga saiznya berbanding ayam pandan yang aku pernah makan di beberapa kedai. Aku bukanlah penggemar ayam pandan. Cuma ayamnya memang isi sahaja. Sesetengah tempat tetap terasa lemak dia tu. Ini bagus, memang bersih..isi semata dan manis-manis yang minima.


Ya, inilah the star of the menu.. Asian Bamboo Crystal Prawn. Sangat sedap dan unik. Rasa dia sebenarnya macam rasa masala sedikit. Sedap sebab rasa ramuan rempah tu meresap ke dalam isi udang. Aku suka sangat.


Ini pun kegemaran kami, Baby Kailan…dimasak dengan gabungan cili dan juga udang kering yang dikisar. Sedap wei…thumbs up!

Ok selesai makan, barulah kami sambut harijadi...xdalah sambut dengan kek..just bagi hadiah pada mak dan angah. 



Kakak malu-malu tapi siap sibuk je nak tolong Opah buka hadiah...memang suka sibuk..hehhe..jenuh pesan juta kali pada kakak supaya simpan rahsia..jangan bagi tau Opah, Opah nak dapat hadiah apa...


 Happy Birthday Mak..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...Semoga mak selalu dalam lindungan dan redha Allah... we love you mak..thank you so much untuk menjaga kami selama ini..and thank u so much for taking care kakak selepas mak pencen...hehehe..dulu sebelum pencen mak kata mak tak nak jaga cucu... ;p Cuma kita merancang..perancangan Allah sebaiknya.... 


Opah dapat hadiah jam...yeayyyyyyy.... memang Opah lama dah dok hint2 kata jam pemberian arwah Abah tu dah rosak...rasanya bateri habis tu..takpe, itu nanti kita tukar..tapi this one is from us...


And for angah...Happy Birthday yang ke tuttttt... cepat2 kahwin...sebab I suka je nak jadi wedding planner...hahahhaa... 


Untuk angah aku tak tahu nak beli apa..at last borongkan tudung Aidijuma untuk angah..dia suka pakai tudung bawal..so aku pun belilah from the latest range yang ada studded tu.... 

Inilah pandangan dekat hadiah2 tu sebelum sampai ke tangan pemiliknya...hehehhee.... 



Inilah jam untuk mak..not that expensive tapi menepati ciri yang mak nak...permukaan jam yang besar dan ada nombor senang nak tengok. Ok, jam ni walau pun taklah ada semua nombor, sekurang-kurangnya ada..dan senang nak tengok...boleh masuk air lagi pada kedalaman sehingga 50m. 

Demikianlah kisah sambutan birthday untuk bulan March....then siapa plak lepas ni..hehehe..adik in June, and Incik Daus in August...aku dgn kakak, October girl...yeayyyyy!!! 

Ok, pada yang nak singgah makan di Restoran Assam House ni..ini details alamat dan juga restoran ini dah ada cawangan ya yang terletak di Petaling Jaya, Putrajaya dan Kota Kinabalu.... 



Bagi semua hidangan kami di atas, dengan penambahan dan perubahan pada set menu asal, kosnya adalah RM 300+ tapi taklah plus banyak, di antara RM 300-RM305 macam tu lah..aku tak ingat sangat bab ringgit dan sen tu..hehehhe.... 

Selamat mencubalah ya... 

Monday, March 21, 2016

Kenduri Kendara: Balik Kedah sat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weeehuuuu...cuti sekolah adalah musim apa kengkawan? Ya...betul, musim kenduri kendara...hehehe..maka kami juga tidak terkecuali. Weekend yang lepas, balik Kedah untuk attend wedding cousin Incik Daus. Kiranya majlis bertandanglah, sebelah lelaki. Majlis sebelah perempuan telah diadakan di Kuala Lumpur.


Tiba-tiba ada muka pengantin lama...tetap nak selfie saat panas terik matahari direct di kepala. Pakai pula hitam masing-masing..mau nyut nyut peningnya...hehehe...


Tiba-tiba nak juga pose lelaki maskulin..paksa juga aku mengambil gambar bawah matahari ni..dahi sendiri pun dah berkerut apatah lagi aku yang tukang ambik gambar...

Masya-Allah, cuaca sangat panas. Dan ini juga pengalaman pertama balik Kedah ambil masa 7-8 jam perjalanan. Balik Alor Setar je pun. Jammed tak ingat dunia. Kami siap keluar masuk highwaylah, silih berganti dengan jalan lama. Naik lemau aku dalam kereta. What to expect, cuti sekolah kan. Balik hari Ahad, lagi 5-6 jam dalam kereta. Oklah, kurang sikit.

Oh ya, ibu dengan bapak sibuk posing, si anak dara di manakah dia..ewah...

Ninnnnn diaaaaaa...

Baik punya....


Sibuk make-up okay...siap sanggup beratur menunggu giliran. Hmmm..nak main make up ibu, asyik x boleh aje kan..meh kita make up kat sini...Incik Daus kata, aku dengan Ina ni ni pangkat makcik, jadinya kalau dengan kakak, pangkat neneklah ek..muda kan..hehehhe...Family Incik Daus besar sangat dan aku sangat bertuah sebab dapat suami yang dia sendiri pun xtau nak suruh panggil apa kadang tu...sebab dia pun xtau...susur galur banyak sangat katanya..bertuah kan..hehehhe...


 
Ishhh..dah besar budak kecik ni...suka sangatlah tu...merah bibirnya...


As usual...gadis-gadis bunga...kakak xbawa uniform gadis bunganya..sebab tak dimaklumkan awal. Jadi kakak dengan Delisha, pakai busana masing-masing...busana okay.. ;p


Busana kakak ni, kainnya beli dekat je..dekat Nilai...hahahha...


Habis syif jadi gadis bunga, apa lagi..sibuklah berlari sana sini. Mainlah, apa lagi..geng ramai kan. Kami para ibu bapa ni kejap-kejap, meliar mata mencari anak masing-masing. Dalam dewan pun bahaya juga kan...


Awat tu kak..sembang sampai kesat ayaq mata...ibu tak bagi coklat ka...ke bapak jegil bijik mata... ;p


Ok, inilah pasangan mempelai yang dirai... 


Bapa pengantin lelaki merangkap Pak Njang Incik Daus membacakan doa permulaan majlis...


Haaaa ini...inilah uniform selepas itu...anak-anak plak nak bersanding..eh..bersanding ke..atau nak robohkan pelamin jadi pondok-pondok..main buat khemah...hehhee..anak-anak ni kan kreatif, ramai-ramai cam gini..ada je tu nanti idea masing-masing...hahhaha....

So u all, banyak tak makan nasi minyak cuti ni?

Ok ya..babai dulu ye...


Sunday, March 20, 2016

Resipi: Sayur Pucuk Paku Tumis Sos Tiram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Aku dengan Incik Daus memang suka makan pucuk paku. Tapi satu saja masalah aku bila cerita bab nak memasak sayur pucuk paku. Aku malas sungguh nak siang sayur pucuk paku ini. Adus, memang bercinta sangatlah. Sayur pucuk paku ini kalau setakat beli dua ikat, dapatnya bila siap masak taklah banyak mana. So memang kalau nak masak sayur pucuk paku, kena waktu angin rajin datang menyerbu si tukang masak…

Incik Daus, kalau sayur pucuk paku memang jenis suka dibuat goreng ringkas sahaja. Maksudnya, tak perlu dibuat masak lemak. Jadinya, aku pun berkreatiflah hasilkan resipi ringkas ni. Kreatiflah sangat, especially bagi yang nak sesuatu yang ringkas dan mudah macam aku..hehehhe…

Bahan-Bahan:

Pucuk Paku (aku guna dua ikat, cukuplah untuk kami berdua makan)
*4 biji bawang merah
*4 biji bawang Putih
*Sedikit ikan bilis
* 5 biji cili padi
(Semua bahan bertanda * ditumbuk halus)
Anggaran 3 sudu besar sos tiram
Sedikit garam dan gula penambah perisa

Untuk Hiasan:

Ikan bilis (digoreng dan asingkan)
1 biji cili merah (dihiris nipis)

Cara memasak:

  1. Mudah saja. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk sampai naik bau. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sedikit.
  2. Masukkan pula sos tiram, sedikit garam dan gula.
  3. Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku. Aku masukkan batangnya dulu (aku siang dan asingkan antara batang dia dan sayurnya). Lepas kuah tu mendidih kembali, baru aku masukkan daunnya pula, kacaukan seketika. Then padamkan api.
  4. Last sekali, taburkanlah hirisan cili dengan ikan bilis goreng on top. Ya, aku tau, cilinya tak nampak, nampak ikan bilis sahaja…hehehhehe…



Settle, satu lauk..senang kan!


Friday, March 18, 2016

Kisah Kakak: Konvokesyen Little Caliphs 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Aku belek-belek folder gambar, dan aku terjumpa folder ni. Ya Allah, hampir lupa weiii..konvo anak sendiri. Ish..ish…hahaha…

Ni flashback kira-kira tahun lepaslah ya..14 November 2015. Kakak konvo abis Year 5 punya class. Bukan main kan anak-anak zaman sekarang, ibu dulu nak konvo merasalah membanting keringat dan ayaq mata… huuhuhu..


Jadinya, pagi itu seawal jam 7.30 a.m kami dah bergerak menuju ke Heritage Hotel. Ya, konvo kakak buat di hotel.

Siap siagalah semuanya dengan warna tema green turquoise. Actually, warna tema itu untuk kakak sahaja sebab kelas kakak akan perform choral speaking. But knowing ibu yang memang suka colour co-ordination ni, maka semualah kena warna yang berpadu antara satu sama lain. Ewah!


Sampai sahaja, dewan dah hampir penuh. Parents dah diberikan tempat duduk masing-masing.


As usual, persembahan anak-anak. Aku memang bab-bab ni tak boleh. Suka sangat tengok anak-anak ni perform kadang sampai syahdu nak menangis..hahahha! Annoying tak perangai emosi seorang ibu ini? ;p


Ok, now turn kakak plak untuk perform. Choral speaking. 


Performance yang telah menjadikan aku seorang tenaga pengajar tambahan selama dua minggu. Tiap kali balik, mesti kakak nak hafal teks. Panjang okay teks dia...huhuhuhu...Mujur ibu memang gemar benda macam ni. Kalau bapak, lebihkan gelak dari mengajar…



Alhamdulillah, persembahan anak-anak 5 Water Lily sangat best. Semua berjalan lancar. Tengoklah dia punya konduktor, comel aje orangnya. Sweet sangatlah!

Lepas itu ada bacaan surah hafazan. Yang lelaki itu, classmate kakak.



Gambar atas ni adalah teacher kakak. Teacher Aisyah. Sincerely, tq so much teacher atas segala tunjuk ajar. Teacher dapat Anugerah Teacher Pilihan. Memang selayaknya sebab dia seorang yang sangat dedikasi. U can tell by the look of how she intreact and dealing with the kids. Rajin share dengan parents apa jadi. Macam kakak, mula-mula dulu teacher cakap dia risau juga sebab kakak selalu akan menyorokkan kepala bila dia tegur. Tapi kalau dengan kawan-kawan, suara dialah paling kuat. Good to know so that, aku boleh share karakter kakak, jadi from there, dia cuba untuk rapat dengan kakak. Sekarang, barulah kakak boleh ramah mesra and more free to be herself. Sayangnya, tahun ni, teacher Aisyah dah xajar kelas kakak. Dia ajar kelas tahfiz....harap2 teacher baru kakak sama semangat mendidik macam teacher Aisyah ni. 

Ini plak yang bawah ni adalah kawan baik kakak. Nieda....


Comel kan...macam nak gigit aje pipi dua orang ni..aishhhh...geram sungguh! 

Dan tanpa aku menjangka sebenarnya kakak ada dapat sesuatu untuk hari konvokesyennya kali ini. Aku dapat wassap teacher beberapa hari sebelum konvo, minta gambar kakak. Aku pun tak syak apa, terus je bagi. Bila aku sampai, aku meneliti buku program dan mata aku terpandang nama kakak pada satu anugerah. Aku memang terus je sebak dan menitiskan airmata. Yes, aku memang emo! Hehehe…

Ini kakak…my everything.. the love that make me stronger everyday…


Alhamdulillah, kakak dapat Anugerah Akhlak Terbaik Little Caliphs bagi tahun 2015.


Sesuatu yang aku sangat tak jangka. Kalau aku pun menangis, agak-agak Opah kakak? Hmmm…lebih lagi syahdunya. Kenapa aku sangat beremosi bila soal kakak. Sebabnya dugaan mengandung dan bersalinkan kakak bukan satu dugaan yang kecil. Aku sampai sekarang kalau ditanya mana datang kekuatan waktu hadapi saat itu, pun aku tak ada jawapan spesifik.

Doktor dulu pernah cakap, aku kena bersedia untuk terima anak aku akan membesar dan berkemungkinan menghadapi masalah seperti ADHD, kurang IQ, Dyslexia dan sebagainya. Jadi aku kena pantau kakak closely sampailah kakak berusia 7-8 tahun.


Namun melihat kakak membesar sekarang, alhamdulillah. Syukur Ya Allah…
Anugerah Akhlak Terbaik, terima kasih kakak, buatkan ibu bangga sangat dengan kakak. Alhamdulillah, kakak dengar pesanan ibu. Terima kasih kakak, sebab buat ibu sempurna setiap hari. Allah berikan ibu kakak untuk ibu menjadi manusia lebih baik setiap hari…Alhamdulillah… Tq ALLAH…

And we end the session by group performance...