Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Masakan Sotong. Show all posts
Showing posts with label Masakan Sotong. Show all posts

Friday, April 21, 2017

Resipi: Sambut Birthday dengan home-cooked shell out....



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

YA ALLAH, Alhamdulillah..Jumaat menjelma lagi, maksudnya bolehlah bercuti dari suasana office selama dua hari…phewww! 

Hari ini nak tentang sambutan hari lahir mak dengan angah pertengahan bulan march yang lalu. Selalunya aku memang akan plan awal, prepare hadiah dan sebagainya. This year, disebabkan masalah yang tiba-tiba muncul, everything jadi upside down. Jadinya, aku plan untuk masak sendiri saja, duduk ramai-ramai…gelak-gelak and sharing stories. Beli hadiah pun aku lari kejap time break Jumaat tu. 

Aku decide nak cuba bershell-out dekat rumah. Google la resipi mana yang patut dan akhirnya aku follow resipi dari blog https://cinta-caramel-latte.blogspot.my dengan sedikit pengolahan mengikut selera kami sekeluarga. 


Awal pagi tu bergegas ke Pasar Besar Ipoh. Selalunya di sini yang banyak seafood yang best dan saiznya besar. 

Jadinya, watak utama shell out aku terdiri daripada:
Ketam (5 ekor saiz besar)
Udang (1 kg)
Lala (1kg)
Sotong (10 ekor)

Anggaran kos kasar untuk semua makanan laut ini: RM 132
*Kesemua makanan laut ini, dicuci terlebih dahulu sehingga bersih. Kemudian, rendam seketika dengan air asam jawa. Then bilas. Selepas bilas kembali dengan air bersih, perapkan seketika dengan sedikit kunyit dan serbuk lada hitam (jenis kasar). 

Sambil itu, silalah sediakan bahan kisar untuk dijadikan pes. 

Bagi sayuran pula, aku hanya guna brokoli sahaja. Jagung tak dilupa. 

Di antara bahan untuk dikisar:

Cili Kering (aku campurkan yang jenis halus-pedas, dan saiz besar-tak pedas)
Udang kering.
Sedikit belacan.
Bawang besar ( 3 biji)
Bawang Putih (10 biji)
2 batang serai (hiris nipis)
Sedikit halia.
3 tangkai daun kari (ambil daunnya sahaja)

*Bahan untuk kisar ini, sukatannya mengikut kuantiti bahan yang ingin dimasak. Bahan kisar ini akan bertindak sebagai pes, so pandai-pandailah ya mengagak kuantitinya. 

Bahan untuk menumis:

Bawang Holland (dihiris nipis, kalau nak rasa lebih manis, gunakan ekstra bawang)
Bawang Putih
Halia
Daun Kari
Buttercup (1 buku)
Rempah Kari Ikan
Sos Tiram
Sos Ikan
Kiub Pati Ayam (1)


Cara Memasak:



  1. Makanan laut yang telah diperap tadi direbus dahulu. Didihkan air terlebih dahulu. Rebuskan seketika sehingga half-cooked. Asingkan kesemuanya.
  2. Panaskan buttercup di dalam kuali sehingga cair.
  3. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan juga daun kari sehingga naik bau. Anggarannya juga mengikut selera dan keperluan. Aku main agak-agak juga.
  4. Masukkan pula bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  5. Kemudian, masukkan dua sudu besar rempah ikan. Kacau segera supaya tak bergumpal.
  6. Masukkan sos tiram, sos ikan. (tak perlu masukkan garam dah)
  7. Akhir sekali masukkan 1 kiub pati ayam dengan serbuk lada hitam. Goreng sehingga masak dan padamkan api.
  8. Selesai semuanya, barulah aku ambil pes ini dan digoreng dengan makanan laut tadi. Anggaran scoop senduk tu mengikut jumlah makanan laut. Tak payah masak lama, sebab pes tersebut dah dimasak dan makanan laut pun dah half-cooked.


Bagi sayuran:
Didihkan air dengan sedikit garam. Rebus seketika brokoli. Angkat dan toskan. Kemudian taburkan serbuk lada hitam.

Bagi Jagung:
Didihkan air. Rebus jagung seketika. Angkat dan toskan. Kemudian, sapukan dengan soft marjerin. Aku guna jenis Nutri-Lite. 


NOTA: Untuk udang, aku xguna pes yang sama. Aku buat sambal tumis…hahhaha…letak je sekali. Udang untuk kakak pula, aku buat udang masak kicap. Gitewww, macam-macam style home shell out kami…takpelah, kami je pun nak makan ye tak..hehehheh…


Kami lengkapkan lagi sambutan burfday ini dengan aiskrim harijadi. Idea si kakak dan of courselah, kakak pilih aiskrim Milo..hahhaha….ikut tekak dia aje… then aku ambik mango sebab mak selalunya suka perisa  fruity macam tu. First time beli jenama La Cremeria ini. Sedap juga….ada cebisan mango lagi dalam tu..best!

Alhamdulillah….seronok dapat makan bersama. Chit chat with each other. Alhamdulillah….





Thursday, May 8, 2014

Resipi: Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hahahah! Muak tak minggu ni empunya blog ini perasan Masterchef asyik nak share resipi aje..bukan resipi 5bintang pun presentationnya..simple aje..tapi rasa tu memang aku guarantee, 5stars! *kibas apron skit..hahahha!*

Sotong goreng tepung ni, aku buat ikut suka selera aku dan Incik Daus...kalau makan kat kedai tu, kadang-kadang rasa frust sangat bila makan sotong goreng tepung, yang tepunngnya macam nak buat cucur, lebih tebal dari isi sotong yang cinonit aje kat dalam..maka atas rasa frust itu, aku pun beria-ia lah cuba dan cuba membuatnya sampailah jadi macam ini...


Bahan-bahan yang diperlukan:
Sotong (pilih saiz besar), potong ikut saiz boleh sekali ngap dalam mulut.
Serbuk Mc Cormick, yang untuk bagi empuk daging tu..aku pun tak ingat nama penuhnya..tapi bubuh serbuk ni dahulu pada sotong supaya dia lebih lembut dan tak liat…)

Tepung tempura
Serbuk kari daging

Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam

(segala jenis serbuk ngan tepung tempura ni, satukan dan gaul sebati. Kemudian, hiris daun kari bagi naik bau)
2 biji telur (ambil putihnya sahaja)

Cara membuat:

1.       Gaulkan sotong ke dalam putih telur. Kaup balikkan kemudiannya di dalam adunan tepung.

2.       Goreng di dalam minyak yang panas. Minyak biar banyak, sebab teknik gorengannya biar deep fried.

3.       Angkat, toskan, dan sedia dihidang. Makan panas-panas, lagilah yummy!!!

 Just nak share, aku kalau buat sotong goreng tepung ni, aku suka pakai tepung tempura jenama Bestari ni..
 
Tepung ni, dah ada campuran garam tau, so u all tak perlu tambah garam ya. Dan serbuk perapan Mc Cormick tu pun, dh ada kandungan garam..so janganlah tambah garam lagi dalam adunan atau dalam telur putih tu. Rasa dulu, jangan bubuh serbuk perapan tu banyak sangat juga. Takut nanti masin gila. Rasa dulu tau, aku dah bagi tau banyak kali dah ni...kalau "Laukku terlebih masin", silalah jangan salahkan aku...okay ya anda2 sekalian... ;p

Senang je kan..cuba ya jangan tak cuba..!

 Wokey, tatatititutu!!!

Monday, May 13, 2013

Resipi: Sotong Sumbat Masak Sambal


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Semalam adalah sambutan Hari Ibu..tapi pada aku, tak perlu tunggu Hari Ibu pun baru nak ingat…jadikan setiap hari adalah hari Ibu..betul tak? Cumanya semalam adalah masak special sikit. Hari Sabtu aku kerja, jadi taklah ke mana-mana melainkan pagi Ahad tu pergi ke pasar sekejap.
Menu untuk semalam adalah…….

SOTONG SUMBAT MASAK SAMBAL



Ya, hidangan ini adalah hidangan peberet mak aku. Selalunya kami buat bila tima bulan puasa atau bila time dapat sotong yang besar-besar saiznya… ;-)

Masak sotong ni taklah susah, Cuma renyah sikit…sebab banyak langkah-langkah penyediaannya…dan sotong sumbat ni, kita sumbat udang ya, bukan sumbat pulut macam yang biasa orang kelantan buat...

Bahan-Bahan:

Cili Kering (ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 batang serai
2 biji buah keras
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit halia
Sedikit Belacan
(* Semua bahan-bahan di atas untuk dikisar)
7 ekor sotong (saiz besar)
1/2 kilo udang (saiz kecil, dibuang kulit dan dicincang halus)
Sedikit daun bawang
Cili Merah (dipotong halus)
Sedikit garam
Serai untuk dititik ke dalam kuah
1 biji santan

Cara Membuat:

Penyediaan Sotong

1. Isi udang yang dicincang dicampur bersama daun bawang dan hirisan cili merah. Gaulkan bersama sedikit garam.
2. Sumbatkan ke dalam sotong dan gunakan lidi untuk tutup hujungnya.
3. Setelah siap, goreng sotong seketika di dalam minyak panas. Isi yang disumbat tadi, jangan terlalu padat sebab sotong biasanya akan mengecut apabila dimasak. Kalau terlampau padat, risau terburai isinya waktu menggoreng.


Inilah isi udang yang dicincang bersama daun bawang dan cili merah, utk disumbat ke dalam sotong

Penyediaan Kuah 

1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang dikisar.
2. Kacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air. Masukkan lebihan isi udang yang dicincang ke dalam kuah untuk berikan kepekatan kepada kuah.
3. Masukkan serai yang dititik bersama sedikit air asam jawa.
4. Perisakan dengan sedikit garam. Kemudian masukkan sotong.
5. Akhir sekali masukkan santan dan biar sehingga mendidih. Terus padamkan api,
6. Sedia dihidang.