Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, January 30, 2013

Erti Sebuah Kesyukuran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jangan pernah walau sekali
Melabel diri sebagai sempurna
Kerana KESEMPURNAAN itu hanya milik ALLAH yang hakiki

Jangan pernah walau sekali
Mendabik dada dengan segala amalan yang dilakukan
Kerana kesempurnaan sesuatu amalan itu juga
Bukan hak mutlak kita untuk memberikan ganjaran

Jangan pernah walau sekali
Merasa tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan
Kerana DIA memberi hanya pada yang bertawakal

Dan apabila diri dilimpahi nikmat dari-NYA
Jangan pula angkuh menyendiri
Allah itu maha adil
Mungkin hari ini kita di atas
Barangkali esok kita di bawah...
Soalnya hanya masa...

Semakin usia melewati kematangan..
Aku belajar banyak perkara
SABAR..SYUKUR DAN TAWAKAL
Perisai aku kini....

Ya Allah, aku mohon
Semoga segala ketakutan aku hanya padamu.....
Aku bersyukur atas segala kelebihan dan kekurangan
Yang telah dianugerahkan buat aku jalani hidup...
Mohon dipermudahkan segala urusan hamba-MU ini...
Di dunia dan akhirat...

Aku: Mencoret segala dari hati/Ipoh




Tuesday, January 29, 2013

Kenanga Wholesale City


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Weehooo…

Last month ada singgah ke ini tempat…

Kenanga Wholesale City or also known as KWC…

punyelah banyak tingkatnya... 

macam2 ada..tapi ini jer satu2nya gambor yang aku ada..ahaks!

Saja jer kaki menggediks mau singgah..apatah lagi bila dipelawa oleh Incik Daus..ohhh, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal saja lagaknya…hehehhe…

DULU, first time aku ke sini adalah dengan kengkawan opice lama..with Emy, Iema and Ila..ingat lagi time tu yang ada hanyalah deretan kedai2 saja..mana naik lagi shopping mall gini hebat sekarang..dulu pun auntie2 pemborong kat sini eksen, mana mau jual sikit2..semua main kodi..stress…but we manage to buy 6 pairs of exactly the same floral dress (with different colors and sizes), just to satisfied ourselves of coming here…dan syaratnya kalau mau dipakai ke pejabat perlu SMS dan beritahu yang lain hokey…hahaha..those days! ;-p
Dan pergi kali ni…saya sudah ditemani shopping partner yang baru….I loike…

agak seksi ya 'shopping partner' saya kali ni... ;p

taraaaaa.....sayalah tu...' kakak yang omeyyy!'

Selalu bikin Incik Daus stress ngan dialog "Ibu, kakak punya!"..toksah kata Bapak dpt nak jalan pegang2 tangan ngan  Ibu, berborak pun si kecik ni akan nangis tak bagi..uhuhu..sayang sungguh die pada diriku ini..heheh...

Ok...tersandar sudah... "Ibu..jom..mamam acikkkk, kakak LAPAQ"..hahha..yer, dia sebut LAPAQ..memang utara abihhhh...
So, jom2, carik tempat makan..tak tau nak makan mana..akhirnya, sini pilihan kami...

Kita belek menu book dahulu...

Bapak, kenapa sampai dua jam tu...and kakak, as always..AAAppppiiinnnn Bu....uishh!

Ginger Beef Kuey Teow..memang mewah kuah dia...!

Nasi putih sama ikan belah belakang..Incik Daussss, aishhh..
Ooo..untuk si kecik, nasi goreng cina..tak leh ambik gambar sebab dia dah lapar sangat..ready nak suap dia sahaja..

Oklah, bila dah ada mall ni, untuk mereka2 yang ingin membeli barang keperluan diri sendiri dah boleh datang. Sebabnya, anda dah boleh beli in loose items..kalau beli borong akan lebih bergandalah murahnya..dan tak limit macam dulu, macam kalau dulu, ini dialog yang menjual,

"You kena beli sama pattern, lain2 size dan lain2 warna..."

Bab lain2 size tu yang payah..

Tapi sekarang konsep niaga kat dalam mall ni..

Beli 1 = HARGA

Beli 3 = HARGA LEBIH MURAH

Beli lebih dari 3 = HARGA JAUH LEBIH MURAH

Dan kebanyakan kedai membenarkan anda membeli dari pelbagai jenis barang di dalam kedai dengan syarat di atas sahaja. So takdelah tertekan sangat nak kena beli baju dari design yang sama sahaja....

Baiklah..sekian dulu laporan shopping dari saya dan 'kakak yang omeeyyyy!'

Tatatititutu... ;-)

Monday, January 28, 2013

“Ko jangan cari pasal dengan aku! ANACONDA pun aku telan..inikan plak ko!!”


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Pherggghhh! This is a crucial heading that I ever wrote I think..thank you to Incik Daus for this attractive heading…hehehhe…

Suspens tak, sampai makan ANACONDA…ade siapa berani? Tak percaya? Betul….semalam kami satu family ‘meratah’ ANACONDA…terasa sungguh hebat apatah lagi kejadian tersebut disaksikan oleh banyak mata yang memandang. Ada yang tersenyum-senyum, malah tak kurang juga yang berbisik sesama sendiri. Ada juga yang sempat bertanya pada si tukang masak, siapakah gerangannya yang amat berani itu… ;p

Kalau xpercaya….cubalah lihat…..

Kami yang ceria menunggu ketibaan ANACONDA untuk breakfast... ;p

She always wanted to pose with a sign of 'PEACE'..and she kept trying to do it just right although that was FOUR dear..'PEACE SIGN' only involve 2...keep trying 'kakak' anak ibu ni.. ;-)

Mak and angah..kata mak "tak abis2 ngan ambik gambor.."ahaks!
Nak tengok ke mana ANACONDA hidangan breakfast kami ni...ermmm....

--------------




--------------




--------------




TARAAAAAAAAA!!!!!!!



Yer...meminjam jari 'kakak'  untuk dialog.. "Inilah dia..TOSAI ANACONDA'...heheheh...teruja x? ;-)




Memang besar..sampai terlebih meja...siap ada wording lg utk kami pelanggan tetap tosai anaconda ni..'Nasmir Special'
 Dulu, mula2 kami makan di sini, dalam tahun lepaslah jugak..ternampaklah ada satu family ini order benda ni..punyalah syok tengok...tapi masa tu aku dengan mak
  aku,so segan nak order. Then next time datang,incik daus ada sama...so apa lagi,teruslah cuber...terussuker....

Inilah tapak pembikinan....



Belum apa2 lagi dah ada org datang tanya...hehehe..siap dia ambik gambor ngan tosai ni lagi brader tuh...update kat FB ke bang oiii..hehehhe
So, kalau sesiapa yang ada di Ipoh ni atau yang saja-saja datang jenjalan..bolehlah carik lokasi ‘Awesome Food’ ni..

Restoran Nasmir (Tepi Tesco)
1, Jalan Medan Ipoh 2, Bandar Baru Medan Ipoh, Ipoh Garden,Ipoh Town, 31400

Harga: RM 6

Kenapa dia AWESOME: Sebab tosainya garing, xmasam malah rasa berlemak margarine tu campur kerangupannya, memang best! Sebab aku tak suka makan tosai sebenarnya, sebab masam. Cuma tosai ni garing dan berlemak, dicicah ngan sos campur mayonis tu pun dah best! Tosai Anaconda ini jugak dihidang dengan 7 jenis kuah iaitu sambal kelapa, cicah kelapa putih tu, kari ikan, kari daging, parpu a.k.a kacang dhal, kurma dan chutney.

Mulakan dengan 'melapah'...

Hmmm..sangat crispy...sedappp...!

eceh..ceh..ceh..dh lama x posing senget2 gini..ahaks!
'Kakak' ngan Incik Daus pun nak enter frame...meh kita lihat gelagat bapak ngan anak ini..Ibu dia kat atas ni dah abis syok sendiri dah... ;-)

Dah rabak separuh dah tosai ni di tangan mereka berdua...

Kakak paksa bapak makan..as always! 'Kakak suap.." ;-)
Huh, abis licin ANACONDA ni kami kerjakan...



Lepas selesai urusan dengan ANACONDA, kami pun singgah ke Jusco Kinta City (yang terletak tak sampai 5 minit dari Restoran Nasmir ini). Ada barang sikit nak cari. Penat berjalan dan beli apa yang nak beli tu..sementara menunggu Angah plak carik barang dia..kami pun membasahkan tekak dengan…





Sempat jugak cuba flavour baru Chatime..Horlick Cocoa (RM 5.90-R) dan Horlicks Smoothies (RM 7.90-L)…sedap jugaklah, berlemak tapi tak manis sangat.

Aku macam biasalah order Pearl Milk Tea..tapi tekak aku tetap rasa Pearl Milk Tea @ Hainan Express di Jusco Rawang yang terbaik.Rasa teh dia yang pekat tu memang wow la dengan tekak aku..kat kakak aku order Manggo with Yogurt Smoothies..tapi cer tengok muka dia…hehehhe…kat Incik Daus plak Lemon with Yogurt Smoothies…

'Nak mauuu.. (tak mau version kita..hehehe).. 'Macammmm!'..kate kakak..heheh...
Kata ‘Chatime’, kami pun lepak2 sambil berborak..kakak sampai naik bosan..siap tengok ‘Pada Zaman Dahulu’ kat atas meja terus…haaaaa…..

Jangan sape kacau yer..duit singgit tetap die nak pegang tiap kali kuar beli barang..isk..isk..

Sama khusyuk ya...aishhh..!
Dekat kul 3pm, baru sampai umah semula…kelam-kabut masak lunch. Upppsss…lunch ke? Hehehe…

Menu simple saja…

Sup sayur untuk kakak

Udang masak lemak cili padi untuk Incik Daus

Taraaa...klasik tak..mak aku still hidang lauk dalam talam ni yer..inilah talam yang 'kakak' teruja sgt tengok kat Hai Peng tu...

Wokey…itu saja kisah weekend kami...sign off dulu…tatatititutu…

Sunday, January 27, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: Pulau Langkawi Part Finale

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Weeehooo!! Seperti yang dijanjikan, malam ini nak selesaikan kisah percutian kami di Pulau Langkawi itu. Tak mau tangguh sudaaahhh...

Kami mulakan hari dengan pergi ke Dataran Helang. Memang sesiapa yang datang ke P.Langkawi tidak akan sah kunjungannya kalau tak bergambar di samping Burung Helang raksasa ini seperti yang kami buat di bawah ni…. ;-)


Tersergam indah menjadi mercu tanda Pulau Langkawi

Angin sangat kuat menghembus..menghempas rambut Incik Daus..heheheh...

Family aku yang 'cute in size..' angah tukang ambik gambor...

Kakak, buat ape tuuuuuu?????

Subhanallah...indah pemandangan...

Terjumpa Cik Puan Noli kat sini...kat Ipoh ngan Shah Alam tak plak terserempak..heheh..saja la tu... ;p
Opah2 dgn cucu2..my kakak still with her signature pose I think... ;p
hahaha..cer tengok muka masing2...ade macam nak nangis x?
Kemudian kami pun pergi ke Oriental Village. Aku suka kawasan sekitar Oriental Village ni, boleh dikatakan sangat bersifat tenang dan kaya dengan barang-barang berunsurkan budaya Malaysia. Tujuan kami ke sana juga untuk naik kereta kabel sambil menyaksikan panorama Gunung Machincang. Subhanallah, indah ciptaan Allah.


Kata percutian family..haruslah banyak gambor cam gini... ;p

aduii..keciknya kakak time ni...buat muka gitu sambil gigit kad nak masuk cable car PANORAMA...ghase nak puk puk buntut budak kecik ni..hehehe...omey!

Perjalanan naik ke puncak gunung kami abiskan dengan bergambor.... ;p

Cuba hilangkan gundah gulana hati mak yang gayat itu dgn ajak mak posing...ngeee!

Pasangan 'Maharaja Lawak'..hahahah...

-SISTERS-

hhhhaaallaaa....tomey2 anak ibu....

Ibu pun sayang kakak sgt2...mmmuuuaaahhhh 82x..mcm bapak slalu cakap...hehehe


Bila tiba di check point kedua aku rase...kami pun turun sambil menikmati panorama menghijau sambil ditiup angin bayu..subhanallah...sangat nyaman! Penat mendaki anak tangga  untuk melihat sendiri dari menara yang dibina di sini nyata berbaloi...







Bersantai2...berborak2..ambik angin...syiokkk!

Budak muka masam...ahaks!

Geng Gegurl yang over..Incik Daus...seriusnya!!! Geng mak2 ek..heheheh...

Jenuh keletek baru nak senyum...

Acara terakhir adalah..membeli belah coklat dan barangan ‘dapur’…suke2 banyak peralatan warna perak dan hijau..yeayyyy!!!

DAY 4

Kami pun bersiap untuk pulang. Sempat singgah makan ‘Laksa Teluk Kechai’ di kawasan Kuala Kedah. Suka betul ‘tomeitomeito’ Icha makan laksa berkuahkan kicap. And as for ibu yang tak berapa gemar makan laksa ini, cubalah untuk makan laksam. Oklah…


Ini laksam aku..pekat kan kuah dier...kuah laksa pun sama..banyak isi ikan..




Satay pun ade..sorry, resolution kurenggg sb aku pakai bb jerk..

Our 'kakak' sangat suka makan laksa..just like bapak!! tapi makan dgn kicap sahaja hokeyy!

Alhamdulillah..tertunai sudah hajat mak untuk ke Pulau Langkawi... ;p

Sekian...tatatititutu... ;-)