Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, August 25, 2016

Sambutan Pra-Kemerdekaan Tadika Kakak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alllooowww semua..apa khabar u all arini….kasi senyum sikit..hari ni dah khamis, esok last..then marilah berhujung minggu…heheheh…tapi aku dah start cuti pun esok…hehhehe…

Minggu ni memang minggu lemau. Semua dokumen aku baca pun Nampak bintang-bintang berkerlipan…

Semalam, kakak ada merdeka parade dekat tadika. So the kids kena pakai pakaian beragam. Peninglah aku memikir idea apa lepas dapat wassap dari teacher isnin tu. Penat sebab tak cukup tidur beberapa hari masih bersaki-baki. Time kita nak yang selalunya barang-barang tu kita xjumpa. So aku beli je apa yang ada dan dengan secebis konon-konon kreativiti yang aku ada..hahhaa….kreatiflah sangat kan… maka ini hasilnya….


Aku asalnya nak carikan kakak sari ke, cheong sam ke…tapi taka da plak saiz kanak-kanak. Dah sampai malam aku memusing. Nak cari riben saiz besar pun tak jumpa. Maka akhirnya terpaksalah aku jahit tiga riben tu. Sekali mak aku tanya, warna putih mana? Kan bendera Malaysia ada warna putih? Haahhhahah…boleh plak aku terlupa kaler putih….aduiii, xpelah…buat sajalah dengan apa yang ada. Itulah hasil kerja selama empat jam. Nampak sangat amatur kan.

Jadinya, inilah penampilan kakak untuk perarakan merdeka. 


Simple. Kebetulan kakak ada baju kurung yang warnanya adalah seakan warna bendera, jadi aku pakaikan je.

Tiba-tiba kat pejabat… kawan aku inform kata Little Caliph tempat kakak buat pertandingan plak, voting system. Kebetulan sebab ada jirannya tag dekat FB….


mujurlah, kalau tak…mahu sampai ke sudah pun aku tak tahu. Competition end 31 Ogos. 

Calon-calon semua hebat belaka. Saja suka-suka nak semarakkan lagi semangat kemerdekaan negara kita. ;-)

Meh tengok gambar parade yang teacher hantar..comel semuanya, macam nak babap aje geram...hahahha...



Dear all, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Meskipun kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang berlaku sampai sukar untuk dihadam...tapi harap dapatlah kita sama-sama mengekalkan keharmonian sesama kita. Tak usah bergaduh sana sini, lebih baik kita berbaik sesama kita dari bergaduh yang berkesudahan negara kita jatuh dan kita kembali dijajah.... 

Selamat Hari Merdeka in advance ya sahabat sekalian... ;-) 


Wednesday, August 24, 2016

Moment of LOVE #26 : Misi Nak Pakai Baju Seragam Superhero

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Tak taulah dari mana datangnya idea tu, tapi lately memang itulah yang sering disebut. Asyik paksa ibu jadi slim. Siap tegur ok kalau ibu makan banyak... sabor jelah... ni sambungan kisah larian tu..



Tuesday, August 23, 2016

UTP Seri Iskandar Half-Marathon 2016...cubaan pertama masuk larian... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hari ni nak share sikit apa aktiviti yang aku dan kawan-kawan buat. Aktiviti yang aku rasa agak mengejutkan juga aku mampu buat…hahahha! Memang tak pernah terfikir pun semenjak badan menggebu naik bagaikan kek ni…  

Nak tau tak? Taraaaaa…..


Ye, aku beranikan diri masuk 5km marathon. Bagi yang terror, mesti dengar 5km macam ciput aje senangnya kan. Cuma untuk aku yang peningkatan berat badannya sahaja dah pun over, agak mencabar jugalah.

Kami register last minute, masa tarikh tutup penyertaan. Tak fikir apa pun, macam hebat sangat kan…hahah! Siap register, aku baru terfikir..kasut sukan aku ok x, tracksuit aku muat lagi tak? Haaaa, selamba betullah. Nak tergelak pun ada, tapi belasah je lah! Janji dapat habiskan larian dan tak payah diangkut dengan ambulans. Itu saja yang aku fikir masa tu. Mana taknya, practise pun sekali je..itupun banyak gelak dari berlari..ape hal…hahahah!


Dan banyak posing...hahhaha..
Tapi dua round jugaklah naik turun jalan ni...bapakk cungap! Huhuhuhu...


Alhamdulillah, berjaya juga sudahkan larian. Honestly, aku rasa hari Ahad itu antara yang paling best sekali setelah sekian lama. Rasa segala stress dan sakit hati yang berbuku di hati selama ini terlepas bebas. I felt better and yet determined to become a strong contender.

Ini muka lepas larian. Gila penat, rasa berbaldi peluh yang lama tak dikeluarkan. Alhamdulillah, berjaya tamatkan 7km larian dalam masa 1 jam 10 minit. Tak baik tau urusetia sabotaj, kata 5km….actually 7km…mujur ahkak tak muntah hijau dikkkk…hahhaha…


Muka penuh kebanggaan kami semua bersama Dr. Airil…tapi kami bilis je, hahhaha..Dr. masuk acara 21km. Ntah bilalah agaknya kami nak berlari untuk 21km pula. Aku rasa kalau aku dapat lari 21km, mahu rasa bangga tu berhari-hari, hahahah! Insya-Allah, soon….


Apa pun, aku rasa cukup happy, rasa lepas lari badan segar sangat. Segar sampai ke jam 3a.m aku terkebil-kebil tak boleh tidur. Nasib x terbabas bangun, kalau tak dapat lagi warning letter sebab lewat seminit…upssss…terbabas kata plak, hahahha!

Oklah, to us… perhaps more marathon participation in the future…ewah!

Monday, August 22, 2016

Bangkitlah hendaknya dari ISOLATION SYNDROME...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hailahhh blog..kesian U blog…I abaikan U ye….aihhhh…banyak sangat urusan duniawi melanda diri empunya blog ni lately. Tak taulah apa yang dia sibukkan sangat..heheheh… Cuma lately ni pun xberapa ada mood…mungkin sebab keletihan dari sebelum puasa menyampai ke puasa dan bersambung bagaikan kilat sabung menyabung..eh..eh..apa aku merepek daaaaa…hahahha…

Aku rasa u all pun admit kan, keja menulis ni memerlukan mood. Lepas tu walau sekadar penulisan blog, aku naklah juga pastikan yang aku share some input juga dengan rakan-rakan alam maya ku ini. Takkanlah nak membebel kosong tak tentu hala setiap hari kan.

Selain itu faktor EMOSI juga memainkan peranan juga untuk kembali bersemangat menulis…hehhehe….lately ni ada satu sindrom yang melanda hidup…ISOLATION SYNDROME..hahahha…. tapi ni bukanlah the real isolation syndrom secara klinikal tau..aku saja bagi nama macam tu...sebab lately ni rasa nak duduk sorang2 kat satu sudut dan malas nak peduli hal manusia sejagat khususnya yang kat opice ni...hahhaha...tak taulah sebab faktor usia ke apa..hehehe…kehidupan peribadi macam biasa, penuh warna. Kehidupan pejabat je macam poyo…I lost my ‘teruja’ setiap kali nak datang office. Ya Allah..makbulkanlah doa hambamu ini… 

Kepada sahabat mayaku sekalian…doakan tau kemunculan post hari ini sebagai satu permulaan untuk lebih banyak entry lagi selepas ini..Insya-Allah….jumpa lagi tau lepas ni.... I nak  kembali ceria, beria dan iya iya..hahhaa...