Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, January 24, 2017

Jom Makan Best di Matang, Taiping: Kari Sembilang Claypot di Selera Azrorasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hy kawan-kawan alam maya sekalian..hehehe…ada kawan ke kiter ni…ahaks!
Ok, semalam kita dah merasa kesedapan kari ikan sembilang di Kedai Kopi Kari Sembilang Matang, boleh rujuk link berikut:

Jadi untuk hari ini, jomlah kita berkongsi pengalaman makan kari ikan sembilang juga tapi kali ini di Kedai Makan Azrorasa….


Lokasi kedai ini terletak di dalam kawasan Kampung Matang Gelugor. Ya, kedainya masih di dalam kawasan Matang. Kalau Kedai Kopi Kari sembilang masuk simpang kanan (bila berada di Simpang Tiga, berhadapan Muzium Matang), Kedai Makan Azrorasa ini pula menghala ke Simpang Kiri.

Jalan terus sampailah anda menemui pintu gerbang ini….


Jalan masuk ke kedai makan Azrorasa ini jalan kampong ya, so bawalah dengan berhemah. Lokasinya agak ke dalam sedikit. Jalan terus sehinggalah anda melepasi jambatan comel ini.


Di sinilah letaknya kedai makan Azrorasa yang turut menyajikan kari ikan sembilang sebagai signature dish. Selain kari ikan sembilang, ramai juga yang memperkatakan tentang ketam masak cili mereka…


Kedai makan ini terletak di tepi sungai. 




Persekitaran juga jauh lebih bersih jika dibandingkan dengan Kedai Kopi Kari Sembilang Matang yang kami kunjungi semalam.


Kami tiba awal hari ini, siap call dulu untuk membuat pesanan. Kami belajar dari pengalaman…heheheh…sebab kedai Azrorasa pun sama, hanya akan masak bila kita membuat tempahan. Jadinya, kami call dulu sebelum sampai. Masalah bila nak menempah adalah satu je, susah nak dapatkan harga. Bila ditanya, jawapan adalah ikut size ikan dan berat.


Kami memilih untuk duduk di tepian sungai, sejuk saja suasana dengan angin sepoi-sepoi..ewah….

Sementara menunggu makanan sampai, sempat lagi nak berbuai dengan kakak…


Ok, ini yang kami order….


Kari Ikan Sembilang, Ikan sembilang Goreng, Ketam Masak Cili dan ulam-ulaman.

Marilah kita meninjau satu persatu hidangan di sini…


Ketam Masak Cili, kami order 5 ekor. Secara jujurnya, rasanya tidak menepati citarasa kami sekeluarga. Kurang menyengat dari segi rasanya…rasa plain…tapi ketam dia memang banyak isi.

Then, inilah menu yang dinantikan…


Kari Ikan sembilang. Kari Ikan Sembilang di sini istimewanya sebab dimasak menggunakan claypot. Bila dihidang masih panas-panas. Berbeza dengan kedai sebelum ini, karinya kosong tanpa bahan ramuan yang lain dan sewaktu dihidangkan tidaklah begitu panas. Kari di sini ada bendi dan disebabkan kami sampai awal, ikannya pun besar. Jika diukur dari segi rasa, mak lebih menggemari rasa kari di sini. Aku pula lebih sukakan kari di kedai Pak Ya tu…Incik Daus plak suka kedua-duanya...heheheh…so u all kenalah cuba keduanya untuk membuat pilihan. Satu lagi kelebihan di Azrorasa ini adalah, nasinya juga dihidang masih panas berasap-asap. Memang layanlah, keluar habis peluh macam pi jogging tu time makan…hahahha….


Hidangan seterusnya adalah ikan sembilang goreng..kami order dalam 4 ekor. Kalau ikan goreng, semua sebulat suara memilih ikan sembilang goreng di sini yang lebih berperisa ramuan gorengannya sebagai pemenang.


Di sini tak ada sayur campur, hanya ada set ulam.

Bagaimanapun kalau tak mahu menunggu, boleh juga memilih untuk mengambil nasi dan lauk-lauk yang siap dimasak. Ada juga disediakan satu buffet line untuk pengunjung yang tak mahu menempah ala-carte. Cumanya tak banyaklah menu pilihan. Tapi bagus juga, tak payah pening nak memilih kan….hehehhe….

Apa pun, hidangan masakan kampong memang sedap. Memang best dan boleh memenangi selera kami sekeluarga. Rasa macam nak repeat lagi makan kari ikan sembilang ni…heheheh….

Kalau dari segi harga, makanan di Azrorasa ini lebih mahal berbanding dengan harga makanan Kedai Kopi Kari Sembilang. Di sini semua harga makanan kami tadi adalah dalam RM 135+. Mungkin sebab ketam tu…. J

So pada sesiapa yang sukakan kari sembilang, datanglah ke kawasan Matang, Perak…banyak pilihan kari sembilang untuk anda cuba….
Meh aku sharekan lokasi …

Kedai Makan Azrorasa (Selera Azrorasa)
Alamat: Gr 131 B, Kampung Matang Gelugor, 34750,
    Taiping, Perak, Malaysia, 34750 Taiping, Malaysia
No. Telefon: 05-841 2004 / 013-5332253 / 013-5184479

Waktu Operasi: 12pm - 10pm (Selasa - Ahad)

Monday, January 23, 2017

Jom Makan Best di Matang, Taiping: Makan tengahari di Kedai Kopi Kari Sembilang Pak Ya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hello Monday…Monday yang selalunya rasa malasnyelah kan…hehehe…
So bagi menghilangkan rasa mengantuk, malas dan bosan…marilah kita sembang pasal makanan. Since masa ke Taiping hari tu agenda kami hanyalah santai-santai, maka dengan rasminya acara makan-makan akan sentiasa bertakhta dihati kami..hehehhe…


Untuk first day punya lunch, Incik Daus bawa kami makan di Kedai Kopi Kari Sembilang Matang yang dimiliki oleh Pak Ya. Menurut kata Incik Daus, masa datang kerja area sini dulu, kawan dia bawa ke sini. Karinya sedap. So as penggemar kari, let’s go…

Inilah kedainya…


Ya, kedainya adalah kedai biasa yang terletak berhadapan dengan pasar basah Matang. Kalau u all sejenis suka makan di kedai yang fancy, so mungkin ini bukanlah pilihan.

Kedai ini kalau waktu puncak, memang ramai orang. Kalau nak cepat, better call dan order dulu menunya. Kalau sanggup tunggu, orderlah bila dah sampai. Aku Cuma nak warning bahawasanya tempoh menunggu memang boleh mencengkam sukma juga. Mereka akan masak satu persatu hidangan yang dipesan. Jadi, silalah bertabah. Apa pun, tak pening nak membuat pesanan sebab menunya hanya pada lauk yang asas, KARI. Ya, anda pilih sahaja nak ikan apa, sembilang, jenahak, ikan merah, ikan kembung. Lepas itu, hanya ada ulam-ulaman dan sayur campur yang digoreng sebagai pilihan. Ikan tersebut kalau tak nak dibuat kari, pilihan lain adalah digoreng. Itu sahaja yang ditawarkan di sini.

Waktu kami sampai ini dah menjelang 3p.m. Ikan sembilang hanya tinggal 6 ekor sahaja, itu pun yang bersaiz kecil. Jadinya, kami pilih separuh untuk dibuat kari manakala separuh lagi digoreng. Kami juga memesan kepala jenahak dibuat kari. Itupun, kepalanya dah tinggal separuh..separuh lagi Zombie dah makan..hahahha… #siscubamelawak 

Selain dari ikan yang ada di kedai ini, pelanggan juga boleh membawa ikan sendiri untuk dimasak di sini. Syaratnya ikan berkenaan haruslah telah siap dicuci bersih. Jangan plak bawa ikan yang tak bersiang bagai…ingatlah bahawasanya ini kedai dan bukannya rumah sendiri…heheheh….

Ya, inilah hidangan karinya….


Masa mula dapat, aku pun terkejut. Kosong..hanya ikan dan kuah karinya sahaja. Kita kan dah terbiasa kalau masakan kari, mesti ada bendi..atau kalau over meriah, ada tomato….


TAPI….don’t judge a book by it’s cover…hahahhahah…..

Rasanya mantap! Sedap betul naik rasa kuah karinya tu. Kuahnya taklah over dengan rasa spices yang kuat tapi just nice walaupun aku rasa dia macam tak letak sangat santannya.

kakak dah sempat cubit sikit sebelum ibu sempat snap gambar...

Ikan gorengnya pun sedap, rangup je rasa….


Sayur goreng pun sedap..memang ramuan pure orang kampong yang masakannya sangat ringkas tapi kaya dengan rasa..ok..aku dah macam pengacara rancangan masakan…. Hehhehehe….


Alhamdulillah…kenyang semuanya, siap bertambah..sampaikan lupa ambik gambar diri sendiri..hahahah…harganya juga sangat berpatutan. Kami makan berenam, dengan dua nasi tambah…semua sekali dalam RM46+ macam tu sahaja.

Ok, bagi anda yang ingin mencuba, lokasinya adalah seperti berikut:


Kedai Kopi Kari Sembilang Matang

Jalan Titi Kertang, Kampung Pekan Matang, 
34750 Matang, Perak, Malaysia
No. Tel: 017- 5705134 (Pak Ya)

Saturday, January 21, 2017

Resipi: Sambal Tumis Telur Puyuh dengan Petai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Masak apa u alls sekalian hujung minggu baru ini…hari ni nak share resipi yang ahkak masak last weekend. Mana tahu ada yang buntu nak masak apa..ewah…bunyinya macam nak bagi resipi tahap 5 bintang aje kan…heheheh…

Last week ahkak masak ini ha…


Ya, Sambal Tumis Telur Puyuh dengan petai…

Siapa suka petai, angkat tangan!!! :p

Sebenarnya aku dulu sebelum kahwin pun tak makan petai walaupun arwah abah makan petai. Suka lagi petai tu….tapi anak dia macam eksenlah masa tu tak suka petai…bau u alls… *rasa gedik sangat* hahahha…bila dah kahwin, dapatlah suami sama perangai macam arwah abah…suka segala petai dan jering…so dari kerana cintaku padamu..maka terpaksalah I jatuh cinta juga dengan petai…hahahha….kengkonon sangat…

Sebelum melalut ke laut dalam, ini bahan-bahan yang diperlukan…

Bahan untuk dikisar:

* Segenggam cili kering (aku guna yang halus kerinting, rendamkan sekejap)
* 10 batang cili padi kampong
* Sedikit belacan
* Dua biji bawang besar
*semua bahan ini silalah kisar halus

30 biji telur puyuh (rebus dulu)
Petai (ikut sukalah ya nak banyak mana….seeloknya hidangan ini dimasak di hari Sabtu, supaya toilet rumah sendiri saja yang menjadi mangsanya..hahahha)
1 biji bawang Bombay (dihiris nipis, bulat-bulat)
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air, kalau suka nak berkuah sedikit.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga masak atau pecah minyak ek orang cakap….hehehe…
2.  Kemudian masukkan air asam jawa. Bagi kuahnya nampak pekat sedikit barulah dimasukkan hirisan bawang dan juga petai.
3.  Setelah itu, masukkanlah telur puyuh. Perisakan dengan garam dan gula.
4.  Siap semua, silalah hidang.. J



Friday, January 20, 2017

Jom Terokai Perak: Ziarah Haiwan di Zoo Taiping & Night Safari :-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Ok, jom kita sambung sembang #fromtaipingwithlove ni sebelum semakin berkurangan daya ingatan…hehehhe….

Kakak memang suka sangat dengan haiwan. Agaknya sebab dari kecil memang kami suka bawa kakak ke tempat-tempat macam ini kot. Sekarang ini sibuk setiap hari minta nak bela kucing. Ibu dia dahlah penakut kucing. Setiap hari isu ni akan jadi argument…”Kakak tak fahamlah apa yang ibu takut sangat dengan kucing…” ewah ewah…hahahha!



Zoo Taiping waktu kami ke sini dalam proses menaiktaraf. Jadinya ada haiwan yang dipindah sementara, so taklah begitu banyak keseronokan tu. Cumanya bagi anak seusia macam kakak, dengar zoo je dah excited kan..eh ye ke..anaknya je ke..ibu bapak dia tak excited ek..ok baiklah…hehehhe….



Ok Mr. Orang Utan, jadi model kami sat…jangan melawan! :p

Harga tiket masuk bagi dewasa adalah RM 17 seorang manakala bagi warga emas dan juga kanak-kanak adalah RM 8.50.

Masuk-masuk je, jomlah ambik gambar. Kenangan orang cakap…kalau ambil dua keping bayaran dalam RM50.


So tour kami mulakan dengan menaiki  mini train yang disediakan. Sajalah nak menengok apa yang ada, so that kami tak payah nak pusing ke tempat yang least attraction kan.


Zoo, sebab kenapa aku suka bawa kakak ke tempat-tempat macam ni dari dia kecil adalah kat sinilah yang paling senang untuk enhance their knowledge. Boleh bercerita dan sebagainya. 



Semenjak dah boleh membaca sendiri ini…sibuklah kakak nak membaca…


Tapi silalah bertabah okay..bacaannya LOUDER sama macam baca waktu kat tadika…hehehhehe…..


Ok time ni lawak..tapi aku dah tak ingat dah apa yang diborakkan anak beranak tentang seekor buaya. Kakak suruh bapa bercakap dengan buaya macam dialog dalam cerita Sang Kancil dan Buaya…so ada sedikit role play di sini..mungkin pihak zoo boleh consider pasangan ini untuk pertunjukan di hujung minggu…hahahaha….


Posing cover album dari kami bertiga..Incik Daus dah kurus..menyampah…ok bai…hahahha…


Ohoiiiii cik beruang..awat tu…lapaq madu kaaaaa….


Kakak with Mak Ngah… mak, maksu dah tak larat nak jalan, so they waited at the main entrance…. Kami yang gigih, gagah dan muda remaja je meneruskan tawaf ke sekeliling zoo….

Next, u all tengok gambor jelah ye…



Hmmm…inilah kisahnya. Bila dah tak larat nak jalan...



Bapaklah menjadi mangsa….maka dengan berdukungnya kakak ini..berakhirlah eksplorasi kami ke Zoo Taiping & Night Safari ini….hehehhe...

Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut, silalah layari




Thursday, January 19, 2017

Jom Makan Best di Kuala Sepetang: Restoran Mee Udang Mak Jah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Salah satu tarikan kalau ke Bandar Taiping, pastinya Mee Udang di Kuala Sepetang. 


Kalau ditanya, aku pun tak pasti Mee Udang Mak Jah, Mee Udang Salleh, Mee Udang Pak Hashim atau mee udang siapa yang menjadi juara dari segi kesedapan. Tekak masing-masing, tentulah rating berbeza-beza sedapnya kan….

Untuk trip kali ini, kami memilih untuk singgah makan di Mee Udang Mak Jah.


Keputusan sebulat suara ini kami buat bukan sebab igauan terhadap mee udangnya tapi disebabkan menu ini….


Ya, cucur udang nipis rangup….kegemaran Mak Siah dari masa kunjungan pertama kami ke sini lagi. Adalah rasanya dah bawa mak ke sini dalam tiga kali sebelum ini. J



Mak suka sebab cucur udangnya digoreng panas dan kuah kacangnya yang terasa lemak kacang. Kiranya kuah dia dikisar walaupun halus tapi masih boleh terasa kacangnya. Setengah kuah tu kan kacang dikisar halus sampai macam berkrim pula bila masak.


Harganya, boleh jeling-jeling banner ini…


Selain cucur udang, aku pun try order sotong goreng tepung. Aku kan peminat tegar sotong. 


Tapi malangnya sotong goreng tepung dia tak mencapai piawaian tekak aku. Agak keras dan terlalu banyak tepung. Tapi mungkin sebab dah nama menu ini kat sini cucur sotong kot…sebab tu lebih banyak tepung dari sotong. Harga dalam RM 10 sepinggan.

Meh kita jenguk menu lain yang ada di Restoran Mee Udang Mak Jah ni….


Ok, dah alang-alang datang ke sini, kami pun orderlah Mee Udang Special.
Udang besor-besor….




Tapi mak cakap, kuahnya tak sesedap kunjungan yang dulu. Anak dia tak cakap apa, sebab anak dia bedal sajalah…hahahha….


Ini pula menu Incik Daus, sambal udang. Incik Daus kalau ke sini dia memang akan order sambal udang makan dengan nasi putih. Kakak pula makan nasi putih dengan udang goreng kunyit.




Ok, meh bergambar dulu sebelum kita semua melakukan serangan padu terhadap makanan yang ada.

Ok, now boleh fokus makan…hehehhe…


Punyalah fokus…


sampaikan selamba tidur lepas makan..suami siapalah ni…hahhaha…sila..sila..sila jangan mengaku…. Adulahai incik daus…

Bagi sesiapa yang nak mencuba makan di sini, ini alamatnya ye….


Restoran Mak Jah
Alamat: Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak, Malaysia
No. Tel: +60 5-898 1400

Waktu Perniagaan: 12.00Noon – 10PM

Ok, kami nak pulang dulu ye....